masyarakat muslim melayu champa di vietnam: · pdf filefilipina menghadapi pelbagai isu dan...

16
1 ISLAM DAN MASYARAKAT MUSLIM DI FILIPINA: KAJIAN MENGENAI ISU DAN CABARAN DALAM PEMIKIRAN ISLAM ERA GLOBALISASI Oleh: Prof Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali Dr Ahmad Zuhdi Ismail Abstract Research on Islam and Filipino Muslim in Philippines gives us a lot of opportunities to know every Muslim in this region on their main concerns and problems with regards to Islam. It seems that Muslims in Philippines and the rest of the world are facing the problems from within and outside. There is a need to look into these issues so as to find ways to overcome and to solve it within Islam and their close connection with other Muslims. Malaysia in particular plays important role with the Muslim especially in the Mindanao and the surrounding areas due to its close relationship in terms of the history of the Muslim community in Malaysia since the early relationship, historically and religiously. Hence, this research aims to study various issues such as sources, methodology, key issues concerning the field of Islamic Thought faced by Filipino Muslim community. Furthermore, it also aims to understand the challenges and its forms, whether internal, external, top-down, bottom-up, and so forth that are bothering them. This will be done by using two approaches or methods, the library and field research (fieldwork) especially interview. The findings show that Islam and Filipino Muslim in Philippines face many critical issues and challenges in the era of globalization from various factors, internally and externally that put them either in positive or negative situation. By understanding and sharing their problems, we can learn the way to move forward and foresee the challenges ahead for our own survival in the short and long term. Abstrak Penyelidikan mengenai Islam dan Muslim di Filipina memang menarik untuk diketahui kaum Muslimin di rantau ini dan di dunia Islam kerana hubungkait dengan Islam dalam dunia Islam. Ini kerana secara khusus, ia mempunyai hubungan dengan yang sangat rapat dari segi sejarah dengan masyarakat Muslim di Malaysia sejak abad-abad terawal kedatangan Islam di rantau ini. Ia bermatlamat untuk melihat pelbagai persoalan seperti sumber, metodologi, isu-isu utama dan primer bidang Pemikiran Islam yang dihadapi masyarakat Muslim dari pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. Selanjutnya, ia bertujuan untuk meneliti cabaran dan bentuknya, sama ada dalaman, luaran, top-down, bottom-up dan

Upload: lamlien

Post on 08-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

1

ISLAM DAN MASYARAKAT MUSLIM DI FILIPINA:

KAJIAN MENGENAI ISU DAN CABARAN DALAM

PEMIKIRAN ISLAM ERA GLOBALISASI

Oleh:

Prof Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali

Dr Ahmad Zuhdi Ismail

Abstract

Research on Islam and Filipino Muslim in Philippines gives us a lot of

opportunities to know every Muslim in this region on their main concerns and

problems with regards to Islam. It seems that Muslims in Philippines and the

rest of the world are facing the problems from within and outside. There is a

need to look into these issues so as to find ways to overcome and to solve it

within Islam and their close connection with other Muslims. Malaysia in

particular plays important role with the Muslim especially in the Mindanao

and the surrounding areas due to its close relationship in terms of the history

of the Muslim community in Malaysia since the early relationship,

historically and religiously. Hence, this research aims to study various issues

such as sources, methodology, key issues concerning the field of Islamic

Thought faced by Filipino Muslim community. Furthermore, it also aims to

understand the challenges and its forms, whether internal, external, top-down,

bottom-up, and so forth that are bothering them. This will be done by using

two approaches or methods, the library and field research (fieldwork)

especially interview. The findings show that Islam and Filipino Muslim in

Philippines face many critical issues and challenges in the era of globalization

from various factors, internally and externally that put them either in positive

or negative situation. By understanding and sharing their problems, we can

learn the way to move forward and foresee the challenges ahead for our own

survival in the short and long term.

Abstrak

Penyelidikan mengenai Islam dan Muslim di Filipina memang menarik

untuk diketahui kaum Muslimin di rantau ini dan di dunia Islam kerana

hubungkait dengan Islam dalam dunia Islam. Ini kerana secara khusus, ia

mempunyai hubungan dengan yang sangat rapat dari segi sejarah dengan

masyarakat Muslim di Malaysia sejak abad-abad terawal kedatangan

Islam di rantau ini. Ia bermatlamat untuk melihat pelbagai persoalan

seperti sumber, metodologi, isu-isu utama dan primer bidang Pemikiran

Islam yang dihadapi masyarakat Muslim dari pelbagai peringkat dan

lapisan masyarakat. Selanjutnya, ia bertujuan untuk meneliti cabaran dan

bentuknya, sama ada dalaman, luaran, top-down, bottom-up dan

Page 2: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

2

sebagainya. Kajian ini akan melibatkan dua kaedah atau metodologi kajian

iaitu kajian perpustakaan (library research) dan kajian lapangan

(fieldwork). Hasil kajian memperlihatkan bahawa Islam dan Muslim di

Filipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era

globalisasi kerana pelbagai faktor dalaman dan luaran yang memerlukan

mereka mengambil pendekatan untuk menyelesaikannya dengan cara yang

terbaik untuk survival mereka pada jangka masa pendek dan panjang.

Introduksi:

Islam di Filipina seperti juga Islam di beberapa buah negara lain di Asia Tenggara

sentiasa menghendaki kajian yang agak lengkap dilakukan. Ini kerana fenomenanya

adalah hampir sama dengan fenomena di kebanyakan negara muslim yang berhadapan

pelbagai isu, masalah dan cabaran dari awal perkembangannya hingga kini. Dengan data,

fakta dan informasi yang agak terbatas disebabkan pelbagai faktor, ia menyebabkan

perkongsian ilmu dan maklumat dalam kalangan kaum muslimin tentang keadaan dan

kedudukan mereka yang sebenar sukar dicapai, difahami dan diadili.

Kajian ini dilakukan untuk memenuhi bahagian yang dilihat “tandus dan gersang,”

terutama berkaitrapat dengan bidang Pemikiran Islam masa kini di sebuah negara yang

sentiasa memenuhi media massa dengan pergolakan antara Islam dan bukan Islam dan

antara Muslim dan non-Muslim.

Perkembangan Islam di Filipina Dari Perspektif Sejarah:

Di Filipina,1 Islam telah bertapak dan berkembang dengan mendapat pengaruh dan

kejayaan yang besar di Mindanao (Maguindanao) menerusi Syarif Muhammad

Kabungsuwan atau lebih dikenali Syarif Kabungsuwan,2 yang merupakan anak Syarif

‘Ali Zayn al-‘Abidin, daripada keturunan Rasulullah (s.a.w) yang berhijrah dari kota

Makkah ke Hadramaut, selatan Jazirah Arab ke Juhur (Johor) di Semenanjung Tanah

Melayu.3

Menurut Saleeby, kedatangan Syarif Kabungsuwan ke Mindanao mungkin berlaku

kira-kira pada akhir abad ke-9H/15M atau pada awal abad ke-10H/16M.4 Jika

berdasarkan kronologi sejarah selepas kejatuhan Melaka pada tahun 917H/1511M dan

berdirinya kerajaan Juhur (Johor), kemungkinan kedatangan Syarif Kabungsuwan ke

Malabang boleh dianggarkan pada tahun 921H/1515M. Terdapat dua versi yang

menyebutkan nama mereka berdua tetapi kedua-duanya berbeza. Versi pertama

menyebutkan Ahmad dan Alawi, manakala versi kedua pula menyebutkan Muhammad

1 Tom Harrison, “The Advent of Islam to West and North Borneo ", dlm. JMBRAS, XLV (45), 1972, Bhg.I,

h.10-20. 2 Abdullah T. Madale (Dr.), The Maranaw Torogan, Rex Bookstore, Sampaloc Manila, ed.I, 1996, h.6. 3 Saleeby, N.M., Studies in Moro History, Law and Religions, h.52. 4 Ibid, h.53.

Page 3: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

3

dan Ahmad. Saudara yang tertua mengasaskan kesultanan Brunei manakala yang kedua

pula mengasaskan kesultanan Sulu.5

Walaupun tradisi Maguindanao dan catatan bertulisnya menyebutkan beliau telah

didahului sebelumnya oleh dua orang pelopor yang juga berasal daripada keturunan

Nabi Muhammad (s.a.w) iaitu Syarif Awliya’ (Syarif Hasan) [sekitar 864H/1460M]6

dan Syarif Maraja yang kedua-duanya adalah bersaudara, tetapi pengaruh dan kejayaan

mereka dalam proses dakwah Islam tidak dapat dipastikan.7

Dipercayai bahawa sultan Sulu yang pertama ialah Syarif Hasan, dikatakan berasal

dari Basilan, yang merupakan tempat beliau berhenti dan mengasaskan kesultanan

tersebut. Keturunan sultan-sultan Brunei, Sulu dan bahkan Maguindanao sendiri

dikatakan mempunyai kaitan persaudaraan.8

Menurut keterangan Saleeby seterusnya, perkembangan Islam di Filipina terutama di

Mindanao berhubung rapat dengan dua orang tokoh penting yang berpengaruh besar,

iaitu Sharif al-Hashim @ Sayyid Abu Bakar di Sulu dan Sharif Kabungsuwan di

Mindanao.9 Tahun 807H/1405M merupakan tahun kedatangan Sharif al-Hashim @

Sayyid Abu Bakar ke Sulu.

Salasilah Sultan Syarif al-Hashim, yang nama biasa adalah Sayyid Abu Bakar

memperlihatkan bahawa beliau merupakan keturunan langsung daripada Nabi

Muhammad (s.a.w), melalui darah keturunan bapanya, Sayyid Jainul Abirin [Zayn al-

'Abidin] Hadramaut, Yaman yang dimiliki oleh empat belas generasi al-Hasan, cucu Nabi

(s.a.w). Disebabkan hubungan darah keturunan kepada Nabi (s.a.w), keturunannya telah

diberikan gelaran honorifik. Keturunan lelaki berbangga dengan gelaran "Datu Diraja,"

manakala keturunan perempuan pula berbangga dengan gelaran "Dayang-Dayang

(Puteri)”.10

Syarif al-Hashim (memerintah sekitar 853H/1450 – 884H/1480M) adalah nama agung

Sayyid Abu Bakar Abirin. Beliau adalah berbangsa Arab – Filipino, terkenal seorang

penjelajah muslim dan pengasas Kesultanan Sulu. Beliau mengambil alih kepimpinan

politik dan rohani alam, dan telah diberi gelaran Sultan, dan juga Sultan pertama Sulu.11

Kehidupan awal Sharif al-Hashim tidak begitu banyak diketahui. Nama sebenar

beliau dikenali sebagai Abu Bakar, manakala nama dengan gelar pemerintah dikenali

5 Ibid. 6 Lihat: Saleeby, N.M. (1908), The History of Sulu, Manila. 7See:http://www.webcitation.org/query?url=http://www.geocities.com/lppsec/pp/maguindanao.htm&date=2

009-10-26+01:59:24 8 Ibid, h.52.

9 Saleeby, N.M. (1913), The Moro Problem, Manila: Philipine Islands, h.6.

10 Qoted from an article by Datu Albi Ahmad Julkarnain Chairman, Council of Royal Datus] See:

http://www.zambotimes.com/archives/9504-Sultan-Sharif-Ul-Hashim-acknowledged-among-Filipino-

great-men.html

11

Maria Christine H. Halili, Philippine History, Rex Book Store, Sampaloc, Manila, ed. I, 2004, h.52.

Page 4: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

4

sebagai Paduka Mahasari Maulana al-Sultan Sharif al-Hashim, dan "Paduka" dalam

bahasa Suluk bererti "tuan". Salasilah Sultan Sharif al-Hashim menjelaskan beliau adalah

berketurunan Nabi Muhammad (s.a.w), melalui darah keturunan sebelah bapa beliau,

Sayyid Jainul Abirin dari Hadaramaut, Yemen yang merupakan generasi ke-14 daripada

keturunan Husayn, cucunda Nabi Muhammad (s.a.w).

Kedudukan Agama dalam peruntukan perlembagaan di Filipina:

Kerajaan Filipina mengamalkan sistem pemerintahan bercorak republik dengan kuasa

di tangan Presiden. Dalam konteks kehidupan beragama secara idealnya, polisi kerajaan

Filipina memberikan ruang dan peluang kepada semua agama untuk hidup, berkembang

dan diamalkan secara bebas. Mereka memberikan peruntukan pada umumnya secara

sama kepada semua agama.12

Filipina adalah salah satu daripada 2 buah negara yang mempunyai lebih ramai

penganut Roman Katolik di Asia, selain dari Timor Timur. Kira-kira 93% daripada

penduduknya adalah Kristian, 5% adalah Islam dan 2% lagi tidak mempunyai agama

yang dikenal pasti.13

Bagaimanapun dalam konteks agama Kristian, disebabkan majoriti

rakyat Filipina adalah beragama Kristian bermazhab Roman Katholik,14

maka ia

diberikan tempat dan kedudukan yang jauh lebih besar dan lebih istimewa berbanding

agama-agama lain walaupun pada dasarnya peruntukan adalah sama. Keadaan ini

tentulah dapat difahami dengan mudah.

Dari segi idealnya, agama Nasrani, seperti juga Islam adalah agama samawi yang

memberikan penekanan kepada konsep fitrah dan sifat semulajadi manusia yang

bertuhankan Allah. Bagaimanapun, agama Nasrani yang melalui proses kristianisasi

dengan pelbagai sekte dan sub-sekte telah mengubahkan paradigma pemikiran, apatah

lagi dalam konteks Filipina, dominasi para penganut Kristian yang lebih besar

menyebabkan tekanan dan paksaan dikenakan kepada agama-agama lain. Dalam hal ini,

Islam merupakan agama yang paling banyak menghadapi tekanan berbanding dengan

yang lain.

Justeru, walaupun Islam dalam konteks Filipina, telah wujud jauh lebih lama daripada

Kristian, namun usaha-usaha untuk mengancam dan memupuskannya telah dilakukan

pihak penjajah sama ada oleh Sepanyol pada awalnya, diikuti oleh Amerika dan kini

kerajaan Filipina sendiri. Dengan kata-kata lain, apa yang tersurat dalam perlembagaan

dan apa yang tersirat di sebalik perlembagaan tidaklah sama dan sekata.

Kedudukan Agama Islam sebagai salah sebuah agama:

Islam adalah agama monoteistik tertua yang direkodkan di Filipina (walaupun ia

bukanlah agama tertua secara keseluruhannya). Islam sampai ke Filipina antara abad-

abad ke-12 dan 14 dengan ketibaan pedagang Islam dari Teluk Parsi, Selatan India, dan

12

Rujuk: The Constitution of Philippines. 13

See: http://en.wikipedia.org/wiki/Christianity_in_the_Philippines 14

See: http://en.wikipedia.org/wiki/Christianity_in_the_Philippines

Page 5: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

5

pengikut mereka dari beberapa kerajaan kesultanan di Kepulauan Melayu. Menurut

Jabatan negara Amerika, laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2010, penduduk

Islam di Filipina adalah antara 5% hingga 9%. Walaupun majoriti penduduk Roman

Katolik, beberapa kumpulan etnik adalah Protestan, bukan agama, Buddha dan

Animisme.15

Islam dan agama selainnya pada asasnya diakui dan dibenarkan diamalkan

dengan bebas di Filipina.

Uniknya, sejarah awal Islam di Filipina muncul dan berkembang jauh lebih awal

sebelum kedatangan agama pesaingnya, Kristian. Ini memang berkaitrapat dengan dasar

Islam menerusi proses pendakwahan dan penyampaian [tabligh] Islam yang digalakkan

dilakukan oleh setiap muslim di mana-mana sahaja mereka berada dan dalam keadaan

apa sekalipun mereka berada. Sejarah juga membuktikan Islam berkembang tanpa

tekanan, paksaan dan penindasan. Ia berlaku secara semulajadi dan mudah dijiwai

masyarakat tempatan.

Kedudukan Islam dalam konteks kemazhaban:

Seperti dimaklumi mulai zaman kesultanan Melaka pada abad ke-7H/13M, Islam di

alam Melayu diwarnai aliran pemikiran atau mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah

[ASWJ], dengan akidahnya berdasarkan mazhab al-Asy’ariyyah dan fiqhnya pula,

berdasarkan mazhab al-Syaf’iyyah. Mazhab-mazhab yang lain dalam Ahl al-Sunnah wa

al-Jama’ah [ASWJ] seperti mazhab al-Maturidiyyah dalam akidah dan mazhab al-

Hanafiyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah dalam fiqh, tidak kelihatan dengan nyata di

mana-mana lokasi di Filipina.

Bagaimanapun kontroversi tidak dapat dielakkan kerana bukti dan kronologi sejarah

memperlihatkan kewujudan aliran lain serentak atau bahkan lebih awal daripada Ahl al-

Sunnah wa al-Jama’ah. Salah sebuah ialah mazhab Syi’ah tanpa mengira sama ada al-

Zaydiyyah, al-Isma’iliyyah mahupun Imamiyyah Ithna-‘Asyariyyah selaku kelompok

majoriti.

Di Filipina, keadaan seperti ini juga tidak terkecuali, apatah lagi tokoh-tokoh penting

daripada keturunan Rasulullah (s.a.w) yang dimuliakan golongan Syi’ah turut dikesan

dan dibuktikan wujud serta berpengaruh besar, di antara mereka ialah Sayyid Abu Bakr,

Syarif Kabungsuwan, Syarif Maraja, Syarif Darajat dan lain-lain. Kajian yang dilakukan

ini turut membuktikan terdapat sebilangan kecil Syi’ah yang tinggal di wilayah Lanao del

Sur dan Zamboanga del Sur di Mindanao. Dalam era globalisasi terutama pada awal abad

ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok yang dikenali

Wahhabi daripada puak al-Salafiyyah.

Kedudukan Islam dalam konteks sumber dan metodologi:

Dari segi sumber dan metodologi:

15

See: http://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_the_Philippines

Page 6: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

6

Al-Qur’an Kalam Allah merupakan kitab utama yang menjadi sumber rujukan kaum

muslimin di Filipina. Namun dari segi penyebaran dan pengagihannya, kebanyakan al-

Qur’an yang ditemui sepanjang kajian ini adalah diterbitkan dan disumbangkan oleh

kerajaan Arab Saudi. Al-Qur’an yang dirujuki mereka adalah al-Qur’an mushaf ‘Uthmani

yang lazim ditemui di mana-mana dunia Islam bermazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah

[ASWJ]. Mereka tidak menerima kewujudan al-Qur’an selain daripada mushaf tersebut.

Al-Qur’an dan terjemahannya16

yang diterimapakai ada 2 pula iaitu al-Qur’an dan

terjemahannya oleh Dr. Muhammad Muhsin Khan cetakan Arab Saudi dan kedua, al-

Qur’an dan terjemahan maknanya ke dalam bahasa Meranao yang diketuai Sheikh Abdul

Aziz Gurualim Saromantang.17

Kedua-duanya boleh ditemui dengan mudah di

kebanyakan lokasi kajian terutama di masjid-masjid dan institusi agama.18

Bukan itu

sahaja, bahkan dalam internet, al-Qur’an yang dipasarkan di Filipina mempunyai kaitan

daripada segi penerbitan dan pemasarannya dengan kerajaan Arab Saudi.

Berhubung dengan Tafsir al-Qur’an, kitab tafsir Ibn Kathir merupakan sumber

rujukan utama dan mungkin satu-satunya kitab tafsir yang digunapakai di kawasan

berautonomi Islam [Autonomous Regions of Muslim Mindanao @ ARMM] di Mindanao

dan kawasan sekitarnya. Setakat kajian, tidak ditemui sumber tafsiran al-Qur’an yang

lain. Sehubungan dengan ini, di kawasan berpengaruh Wahhabi, tafsir Ibn Kathir adalah

antara kitab tafsir yang memang popular dan digunapakai secara meluas.

Secara umumnya, di kebanyakan institusi pengajian Islam di Mindanao khususnya di

Islamic City of Marawi, kedua-dua sumber ini merupakan sumber utama dan kelihatan

mereka mendapat bantuan al-Qur’an dari Arab Saudi. Dalam konteks sumber, kelihatan

sumber pemikiran masyarakat muslim Filipina adalah berasaskan sumber yang disepakati

dalam Islam, iaitu al-Qur’an dan al-Hadith. Ini mudah difahami memandangkan

kebanyakan muslim di Filipina menganuti mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah

[ASWJ].

Dalam konteks al-Hadith pula, sumber rujukan utama bagi ASWJ di seluruh Filipina

biasanya adalah Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang dilihat mendahului senarai

rujukan utama diikuti dengan kitab hadith enam [kutub sittah].19

Begitu juga dengan al-

Hadith, kerana mereka secara majoritinya bermazhab Sunni, maka sumber al-Hadith

Sunni diterimpakai dan tidak kelihatan sumber al-Hadith yang lain dijadikan rujukan.

16

Terdapat 3 websites merujuk kepada al-Qur’an versi Filipina, lihat: sesliquran.net [Bahasa Turki],

suaraquran.net [Bahasa Maranao] dan tinigquran.net [Bahasa Tagalog]. 17

Temubual dengan Dr. Noralin M.Sharief - Ador, pemangku Presiden PMTC di Islamic city of Marawi

pada 2hb Jun 2011 jam 9.30 pagi di PMTC. 18

Temubual dengan Imam Faisal R.Baulo, berjawatan Imam di Masjid Emas [Golden Mosque] yang

terletak dalam kawasan “Muslim Town” di Qauipo city, di tengah kota Manila. 19

Temubual dengan para pensyarah di KFCIAS, Mindanao State University (MSU), Marawi city pada

31hb Mei 2011, jam 4.00 petang di KFCIAAS. Mereka terdiri daripada Dr. Ali B.Panda, Jastin dan Prof

Benito. Dr. Ali Panda, salah seorang pensyarah Pengajian Islam di KFCIAAS, dalam perkembangan terkini

di Mindanao telah dilantik ke jawatan Mufti.

Page 7: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

7

Dari perspektif metodologi pula, masyarakat muslim Mindanao dan Filipina

umumnya yang berpaksikan al-Qur’an dan al-Hadith, menerima metode yang selari

dengan kebanyakan muslim di dunia Islam. Dalam persoalan berkaitan fiqh pula, sumber

dan metode selepas al-Qur’an dan al-Hadith adalah kepada Ijma’ dan Qiyas.

Persoalan mazhab, budaya bertaklid dan kedudukan aliran-aliran pemikiran

(mazhab) lain di Filipina:

Persoalan mazhab tetap merupakan persoalan yang tidak boleh ditolak ke tepi kerana

konflik sekiranya berlaku, tetap memberikan kesan dan pengaruh yang mendalam

terutama apabila ia dicuba untuk diselesaikan secara Islam atau menurut kaedah dan

sistem Islam. Apabila ditanya sekiranya berlaku pertembungan [khilaf] antara mazhab

dan penyelesaiannya, maka jawapan yang diberikan adalah kembali kepada para ulama

yang berkecenderungan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, di samping pengaruh mazhab al-

Salafi dan al-Wahhabi. Mereka kelihatan menjadi penentu arah dan haluan pemikiran

Islam di kawasan berautonomi Islam di Mindanao dan bahkan di seluruh Filipina.

Isu taqlid dan persoalan bertaqlid memang menimbulkan masalah. Ia memang sesuatu

yang boleh dijangkakan apabila sesuatu kaum atau seseorang berada dalam situasi dan

lokasi serba kekurangan dan kelemahan sehingga menyebabkan mereka terpaksa

bergantung kepada apa yang tersedia ada. Keadaan ketertutupan dan ketidaksediaan

untuk berfikiran terbuka akibat politik sezaman yang mengongkong dan membataskan

lokasi dan cara berfikir kepada persekitaran

Persoalan berhubung aliran dan mazhab di Filipina kelihatan tidak dapat dipisahkan.

Kewujudan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Wahhabi, Syiah dan selainnya mewujudkan

kepelbagaian pemikiran dan penyelesaian. Dalam konteks keanikaragaman pemikiran,

aspek pemikiran yang berbeza daripada golongan majoriti juga kelihatan dengan jelas

dan diketahui oleh masyarakat setempat. Dalam hal ini, para pengikut mazhab Syi’ah

berada dalam kelompok minoriti. Majoriti tidak menerima mereka, tetapi kewujudan

mereka tidak pula dihalang, cuma penglibatan mereka dalam masyarakat agak terbatas,

atau sengaja dibataskan dan tidak disambut baik dalam suatu persaudaraan seIslam.

Terdapat unsur keengganan dan keberatan untuk menerima mereka sebagai sebahagian

daripada masyarakat Islam, dan agak sukar untuk menyakinkan anggota masyarakat

untuk menerima mereka akibat pelbagai pengaruh dalaman dan luaran.20

Usaha untuk

mencari penyelesaian telah, sedang dan akan dilakukan dengan tujuan

mengharmonikannya.

Institusi dan pewartaan Fatwa berkaitan akidah, usuluddin dan pemikiran Islam di

Filipina:

Institusi mufti wujud untuk menyelesaikan masalah kaum muslimin. Semasa kajian

ini, difahamkan mereka mempunyai dua orang mufti yang mewakili dua entiti: MILF

diwakili Aleem Omar Pasigan, dan liga ulama [ulama league of the Philippines] diwakili

20

Wawancara bersama-sama masyarakat setempat terutama di lokasi sekitar Masjid ‘Ali ibn Abi Talib di

dalam Islamic City of Marawi sepanjang kajian dari 31 Mei hingga 7 Jun 2012.

Page 8: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

8

oleh Aleem Murad Amanuddin.21

MILF mempunyai seorang mufti yang dipilih dan

dilantik secara pilihan ramai dari kalangan mereka sendiri dan beliau boleh dirujuk dalam

pelbagai masalah oleh penduduk muslim. Bagaimanapun, tidak ramai yang berbuat

demikian kerana rata-rata, muslim di Filipina masih lemah dan jahil dalam melihat

masalah ini. Mufti yang dipilih selain MILF juga boleh diminta bantuan untuk

menyelesaikan masalah, namun tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Fungsi mufti juga kelihatan tidak begitu penting. Ia boleh dilihat sekadar untuk

mengisi ruang kosong dalam aspek berkaitan kepimpinan dalam agama. Ini kerana

perlantikan mufti dan prosesnya lebih banyak bergantung kepada kecenderungan politik

dan sokongan. Ia tidak kelihatan sebagai paksi dan fokus penyatupaduan ummah dalam

konteks Islam dan muslim Filipina.

Kemungkinan disebabkan faktor pemisahan di antara politik dan agama yang lazim

berlaku di kebanyakan negara bermajoriti muslim di nusantara yang dikuasai aliran

Sunni, yang menganggap politik dan agama adalah terpisah, menyebabkan institusi mufti

tidak berjalan dan berfungsi sebagaimana sepatut dan selayaknya. Justeru, “ia seumpama

hidup segan mati tak mahu.”

Isu-isu primer dan utama:

Islam dan agama serta kepercayaan lain:

Isu akidah Islam dan ajaran sesat:

Dalam isu berkaitan dengan Syi’ah, kumpulan Syi’ah terutama Imamiyyah al-Ithna-

‘Asyariyyah [Imam 12] wujud di Mindanao walaupun mereka dilihat bertaqiyyah dan

dikatakan menjadi penghalang kepada kesatuan ummah di Mindanao. Usaha dikatakan

dilakukan oleh para ulama dan agamawan untuk penyatuan atas nama Islam. Usaha ini

masih belum dapat dilihat semasa kajian ini kerana golongan Syi’ah dikatakan tidak

kelihatan menyokong idea tersebut.

Walaupun mereka adalah sebahagian daripada masyarakat muslim di Mindanao,

tetapi kewujudan mereka dianggap seperti tidak ada, dan tidak kelihatan usaha-usaha

yang berkesan untuk menarik mereka kembali bersama-sama berganding bahu dalam

masyarakat. Keengganan kedua-dua pihak untuk berkerjasama juga mudah difahami

kerana latar belakang sejarah perkembangan pemikiran kedua-dua mazhab yang saling

bergeseran sejak dari awal, ditambah lagi dengan usaha pihak luar untuk melaga-lagakan

mereka untuk mengelakkan kesatuan dan perpaduan ummah yang kuat, yang pada

akhirnya akan membahayakan mereka.

Falsafah Islam dan moden, ideologi, dogma dan doktrin:

21

Interview dengan Dr. Noralin M.Sharief-Ador, pemangku Presiden PMTC di Islamic city of Marawi

pada 2hb Jun 2011 jam 9.30 pagi di PMTC di pejabatnya. [Di Filipina, lepasan di peringkat sekolah dalam

Pengajian Islam dikenali sebagai Ustaz; manakala lepasan di peringkat kolej dan university pula dipanggil

Aleem.]

Page 9: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

9

Falsafah Islam: Secara umumnya, hampir tidak ada perbahasan dan perbincangan

dalam bidang falsafah. Kajian di King Faisal Centre for Islamic and Arabic Studies

[KFCIAAS], Mindanao State University [MSU], dari segi pengajaran secara khusus

sebagai institusi pendidikan tinggi terpenting berkaitan Islam, difahamkan menerusi

interview dengan pihak pentadbir dan pensyarah institusi tersebut, hanya teks Falsafah

Islam, Sharif M.M Mian sahaja digunapakai dan dijadikan rujukan. Rujukan lain hampir

tiada. Ini seolah-olah memberikan kesimpulan bahawa bidang falsafah tidak menjadi

keutamaan, tidak berpengaruh besar, kurang diminati dan tidak ada tokoh yang dilihat

berkepakaran dalam bidang ini di Mindanao.

Kemungkinan, ia berhubungrapat dengan dunia Sunni dalam Islam, yang dapat dilihat

tidak memberikan penekanan besar kepada bidang ini kerana pelbagai faktor dalaman,

apatah lagi dengan kehadiran pemikiran al-Salafiyyah yang menguasai pemikiran di sini,

falsafah seperti suatu bidang yang terasing dan tersisih dan bahkan tergolong dalam

bid’ah dalalah.

Tasawuf Sunni dan Falsafi:

Secara mudahnya, tasawwuf Sunni mendapat tempat di Mindanao, tetapi sebaliknya

pula berlaku kepada tasawwuf falsafi. Bagaimanapun, agak sukar menemui ahli

tasawwuf, tariqah dan amalan kesufian diamalkan di Mindanao, bahkan di Luzon sendiri

di bahagian utara Filipina. Kemungkinan, penekanan terbesar diberikan kepada bidang

pengajian dan pendidikan Islam untuk membentuk asas dan jatidiri yang diperlukan

setiap muslim Filipina. Justeru, berdasarkan catatan dan kajian mengenai madrasah dan

sistem pendidikan tradisional, subjek asas dan fundamental adalah keutamaan seperti

fiqh, akidah dan akhlak berbanding dengan subjek yang menekankan pendalaman Islam

pada peringkat lebih tinggi seperti tasawwuf.

Pemikiran Islam: Klasik dan tradisional dengan moden:

Melihat kepada tatacara kehidupan masyarakat muslim di Filipina, ia mempunyai

hubungan langsung dan tidak langsung dengan corak dan gaya pemikiran Islam mereka.

Pemikiran Islam yang lebih moden boleh wujud dengan syarat proses percambahan

pemikiran boleh dibenarkan berlaku secara semulajadi, positif, bebas dan terbuka.

Namun, dalam keadaan dunia Sunni dan Salafiyyah yang mencengkam, pemikiran

Islam lebih bercorak klasik, tradisional, konservatif dan ortodoks adalah suatu kenyataan.

Sekiranya falsafah Islam, tasawwuf falsafi dan kepelbagaian pemikiran dibincangkan dan

diberikan pendedahan dalam kalangan muslim Filipina, ia besar kemungkinan akan

mengubah anjakan paradigma pemikiran mereka ke hadapan untuk berdiri sama tinggi

dan duduk sama rendah dengan bangsa dan agama lain di Filipina.

Kepercayaan animisme, dinamisme dan paganisme dan sebagainya:

Page 10: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

10

Dalam keadaan kehidupan dan pemikiran yang agak tertutup daripada dunia luar,

muslim di Mindanao secara khusus tidak terlepas daripada amalan khurafat, bid’ah,

budaya animisme, dinamisme dan paganisme. Kebudayaan tempatan dan kepercayaan

agama Islam berada dalam situasi terima dan tolak. Terima sebagai kepercayaan dan

pengamalan hidup dan tolak sebagai cara hidup yang menyeluruh. Dari segi idealnya,

Islam diakui tetapi dari segi realitinya, Islam kelihatan tidak begitu dijiwai sebagai cara

hidup kecuali oleh sebahagian kecil manakala sebahagian besar masih mengamalkan

tradisi dan budaya warisan nenek-moyang mereka.

Cabaran-cabaran utama kepada masyarakat Muslim di Filipina:

Islam dan cabaran daripada agama-agama lain:

Dalam konteks cabaran agama Yahudi, kuasa Yahudi Zionis merupakan kuasa

sebenar di sebalik semua ancaman terhadap Islam di Filipina yang diwakili oleh kuasa

besar, Amerika. Isu Yahudi dan pengaruhnya adalah ketara. Dalam sepanjang kajian di

Mindanao State University [MSU], di kota Islam Marawi dilihat menjadi tapak dan

markas utama pengaruh Yahudi yang ditempatkan di sana menerusi usaha kerajaan

Amerika ketika mereka menguasai Filipina selepas negara tersebut ditinggalkan oleh

Sepanyol.22

Kewujudan mereka bukan hanya pada nama tetapi dapat dilihat pengaruh dan

kesannya sehingga kini. Sekumpulan Yahudi mendiami MSU di dalam mahupun di luar

MSU. Kewujudan kelab berkaitan Yahudi di MSU – dapat dilihat menerusi batu tanda

yang bertulis dalam bahasa dan simbol Yahudi. Kumpulan Yahudi di MSU terlibat dalam

pelbagai aktiviti di fakulti-fakulti berkaitan sains dalam pelbagai bentuk kajian dan

penyelidikan seperti kajian alam sekitar, bio-kimia, fizik dan sebagainya. Kewujudan

mereka boleh dilihat, disedari dan dirasai. Bagi kaum muslimin, ia dilihat sebagai suatu

bentuk ancaman terhadap kedudukan dan keselamatan Islam dan kaum muslimin.

Walaupun tidak disenangi, tetapi ia tidak dapat dielakkan. Namun, hubungan dengan

mereka tidak berlaku kecuali kepada mereka yang berkenaan dari kalangan bukan

muslim sahaja.

Pelajar Filipina bukan muslim yang mengikuti kursus dalam bidang berkaitan,

dikatakan menjadi sebahagian anggota penting dalam gerakan yang mewakili kelompok

Yahudi. Ini boleh dilihat sebagai suatu strategi oleh Amerika, selaku kuasa besar penjajah

di rantau ini untuk menguasai pemikiran dan bahkan pelbagai aspek lain di Filipina.

Difahamkan terdapat khazanah hasil bumi yang besar di Filipina yang menjadi buruan

Amerika di negara tersebut terutama di kawasan tasik besar Lanao del Sur yang dapat

dilihat dari kawasan berbukit MSU.

Dalam konteks cabaran Kristian, Kristian seperti dijelaskan merupakan agama

majoriti rakyat Filipina. Di Mindanao, jumlah mereka tidaklah begitu besar tetapi

22

Temubual bersama Prof. Paladan P.Bardon dari KFCIAAS di pejabat beliau pada 1/06/2011 dan

2/06/2011. Beberapa siri pertemuan bersama Prof. Paladan juga berlaku di luar waktu pejabat beliau di

kawasan sekitar kota Marawi.

Page 11: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

11

kehadiran mereka bukanlah tidak disengajakan, bahkan ia termasuk dalam strategi besar

pihak kerajaan Kristian untuk mengimbangi jumlah kaum muslimin. Jurang di antara

kedua-duanya memang besar dan ketara dengan masing-masing berada pada posisi

tertentu untuk mengelakkan pertembungan dan permusuhan. Pihak tentera Kristian

kelihatan berada hampir dengan sempadan kawasan berpenduduk muslim, dan gerakan

misionari Kristian majoriti biasa mengadakan provokasi dan bahkan gangguan seperti

yang pernah dilaporkan oleh International Religious Freedom Report 2007, Bureau of

Democracy, Human Rights and Labor U.S. Polisi kerajaan yang disokong oleh kuasa

Barat terutama Amerika atas nama agama Kristian dipergunakan dalam peperangan

terhadap Islam dan kaum muslimin.

Islam dan cabaran terhadap institusi keagamaan:

Cabaran terhadap institusi keagamaan terutama dalam bidang pendidikan tinggi

seperti madrasah agak ketara dan amat mencabar. Cabaran besar datang daripada

kerajaan Kristian Filipian sendiri, yang walaupun dalam Perlembagaan, akta dan perkara

yang berkaitan dengannya, memberikan hak, namun ia dilihat dengan jelas di atas kertas

semata-mata, tetapi tidak dapat dilihat dalam realiti.

Cabaran dari segi kurikulum terutama buku teks, terutama yang disediakan oleh pihak

kerajaan yang mengandungi pelbagai fakta yang tidak tepat dengan Islam. Atas alasan ini

juga, buku-buku teks kerajaan tidak digunapakai dalam pengajaran, sebaliknya silibus

diajar berpandukan teks Islam yang diambil daripada institusi pengajian Timur Tengah

sama ada Mesir, Arab Saudi, Turki, Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Terdapat bukti

yang cukup jelas mengenai campurtangan dan pengaruh Kristianisasi dalam penulisan

buku teks Islam untuk peringkat kolej. Beberapa kesalahan data dan fakta mengenai

Islam termuat dalam buku rujukan yang dicetak oleh Kerajaan Filipina [Kristian].

Islam dan cabaran daripada pelbagai mazhab dalam dan luar:

Jamaah Tabligh turut memberikan impak menerusi pengaruh mereka yang kuat

terutama di beberapa buah masjid tertentu yang memang diketahui masyarakat muslim

Filipino sebagai markas JT. Dalam kajian ini, pengkaji sempat mengunjungi masjid yang

dikuasai mereka di Marawi, bertemubual dan berwawancara dengan beberapa orang ahli

jemaahnya. JT tanpa pemikiran politik, mudah diterima oleh mana-mana pihak terutama

kerajaan dan tiada sebarang halangan dikenakan terhadap mereka di Filipina, khususnya

di Mindanao.

Islam dan cabaran terhadap kedudukan institusi kekuasaan:

Salah satu daripada empat problem utama komuniti muslim di Mindanao adalah

pemerintahan yang salah, di samping kemiskinan, buta huruf dan penyakit.23

Walaupun

Marcos dianggap diktator dari segi kuasa dan pengaruh, namun dalam konteks Islam,

beliau dikatakan mempunyai sikap yang memberikan keuntungan kepada Islam. Sikap

23

The Maranao, (ed. Mamitua Saber dan Abdullah T.Madale), Manila: Solidaridad Publishing House,

h.105.

Page 12: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

12

Marcos terhadap Islam seperti dijelaskan lebih baik berbanding dengan para pemimpin

Filipina yang lain. Walaupun begitu, ia boleh dilihat dari segi luaran sahaja, kerana aspek

dalaman memperlihatkan bahawa hak Islam dan muslim tetap berada dalam keadaan

terkebelakang berbanding dengan hak Kristian dan bukan Islam yang lain di era

pemerintahannya dan era seterusnya.

Islam dan cabaran dalam bidang sosial, mahupun sosio-politik, sosio-ekonomi dan

lain-lain:

Islam dan cabaran-cabaran dari luar Filipina:

Dari pihak musuh Islam, kuasa dan politik luar – Amerika [Yahudi] dan grand design

to conquer the world and the South East Asian region due to economic purposes. Kuasa

Sepanyol dan penyebaran dan penguasaan Kristian dilakukan. Cabaran ini disahut dengan

usaha pengukuhan Islam dan jatidiri kaum muslimin ketika berhadapan dengannya.

Bagaimanapun, perjuangan ini sampai ke peringkat mempertahankan diri atau Jihad fi

sabilli’Llah yang melibatkan pengorbanan nyawa dan harta.

Dari pihak sesama Islam, sokongan dan bantuan dalam pelbagai aspek diberikan sama

ada oleh OIC, Libya, Arab Saudi, Turki, Indonesia, Malaysia dan lain-lain kepada Islam

dan muslim Filipina. Cabarannya adalah bantuan yang disalurkan biasanya dilakukan

menerusi kerajaan Filipina Kristian, dan bantuan yang dikatakan itu tidak disalurkan terus

kepada mereka sebaliknya sebahagian kecil sahaja yang diterima, manakala sebahagian

besar lagi digunakan oleh kerajaan. Ini membantutkan usaha mengangkat Islam dan

muslim di selatan Filipina dan sehingga kini, keadaan kaum muslimin masih pada tahap

kemiskinan dan kedaifan dalam semua aspek.

Islam dan cabaran-cabaran kontemporari lain:

Dalam konteks kuasa pemerintahan, Marcos yang dilihat seorang diktator, namun

demikian dikatakan bahawa pada zamannya, Islam dapat berkembang dengan baik dan

bebas, tanpa tekanan dan penindasan yang ketara. Ini dibuktikan dengan banyaknya

MOU, perjanjian dengan Muslim Filipina ditandatangani.

Dari segi ideologi dan pengaruh, Arab Saudi yang bertindak sebagai sebuah

negara dan wakil [yang mewakili mazhab al-Wahhabiyyah] sangat ketara. Peranan

mereka dilihat berpengaruh di Filipina menerusi sumbangan mereka berbentuk

penyediaan tempat dalam bidang pendidikan kepada lulusan pendidikan Islam yang ingin

melanjutkan pengajian di peringkat tinggi di Arab Saudi. Justeru, ramai graduan terlatih

di Riyadh dan Umm al-Qura. Bantuan Arab Saudi juga dilihat dalam sumbangan dana

dan kewangan dan juga bantuan material seperti hadiah al-Qur’an dan lain-lain.

Turki tidak ketinggalan turut memberikan sumbangan dan meninggalkan

pengaruh menerusi sumbangan dana dan kewangan. Contohnya, Khadijah Mohammad

Islamic Academy [KMIA] mendapat tajaan dan pembiayaan daripada sumber Turki

walaupun mereka berhadapan dengan problem dari segi bahasa dan komunikasi. Selain

Page 13: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

13

itu, PMTC yang menyediakan pendidikan peringkat tinggi turut mendapat bantuan Turki.

Justeru, dapat dilihat kitab Risalai-Nur oleh Badi’ al-Zaman Said Nursi dari Turki yang

merupakan salah sebuah teks digunapakai dalam pengajian di institusi tersebut.

Masyarakat muslim Mindanao juga mendapat bantuan Aga Khan, dalam

pembinaan muzium kebudayaan yang ditempatkan dalam Mindanao State University

[MSU]. Persoalan sama ada masyarakat muslim Filipina terutama di Mindanao

memahami kedudukan Aga Khan atau tidak, tidak timbul kerana mereka kelihatan lebih

mengharapkan sumber bantuan dalam apa bentuk sekalipun daripada mana-mana pihak

yang bersedia memberikan sumbangan, lantaran keperluan dan survival mereka.

Policy divide and rule – kuasa-kuasa besar terutama Amerika dan kuasa barat lain

yang menguasainya. Usaha pemecahan sama ada secara kasar dan jelas, mahupun secara

halus dan taktikal sentiasa merupakan polisi negara bukan Islam terhadap Islam dan

muslim, tidak terkecuali Filipina, sebagaimana dibuktikan dalam sejarah perkembangan

Islam di seluruh Filipina sebelum kemasukan kuasa kolonial dan penjajah Sepanyol dan

Amerika. Polisi kedua-dua kuasa ini menjadi hala tuju kerajaan Filipina pada zaman

tersebut membawa kepada era globalisasi.

Problem dalaman pula, masyarakat muslim di Filipina sendiri dikatakan terpecah

kepada 12 kumpulan etno-lingustik dengan sebahagian terpisah daripada yang lain.24

Pemecahan berasaskan kepada etno-linguistik adalah suatu yang sepatutnya tidak berlaku

kerana Islam sendiri tidak memberikan penekanan kepada etnik dan linguistik, bahkan

melihatnya hanya sebagai kaedah untuk kenal mengenali satu dengan lain.

Bagaimanapun, kesempatan ini boleh digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan

untuk menangguh di air yang keruh dan mencetuskan permusuhan, yang pada akhirnya

akan melemahkan semua pihak yang terlibat.

Dalam proses penyatuan Islam dan Muslim di Filipina terutama di Mindanao

yang merupakan kawasan majoriti muslim, Islam mempunyai peranan dan fungsi yang

berpengaruh dan penentu hala tuju muslim Filipina. Dari pandangan dan persepsi

masyarakat muslim, Islam memang dilihat sebagai al-Din atau “a way of life” bagi

mereka semenjak zaman awal perkembangan Islam dari abad ke-1H/7M sehingga abad

ke-14H/21M dan seterusnya. Islam dianggap agama fitrah di nusantara yang dikenali

“Alam Melayu.” Islam kekal menjadi agama bangsa Melayu dari mula sehingga

kedatangan bangsa penjajah seperti Portugis, Belanda, Sepanyol, Inggeris dan pada abad-

abad mutakhir, Amerika. Islam juga menjadi simbol penyatuan bangsa Melayu sebelum

kehadiran proses Kristianisasi dan penguasaan sumber ekonomi di rantau ini. Dengan

kedatangan bangsa penjajah, proses Kristianisasi dan penguasaan ekonomi, agama Islam

dan bangsa Melayu mulai terancam dan sedikit demi sedikit ditukarkan kepada agama

baru. Justeru, dalam konteks Islam di Filipina, istilah “Balik Islam” dalam bahasa

Meranao yang juga sama dengan bahasa Melayu dipopularkan. Istilah dan slogan ini

dipopularkan dengan andaian bahawa Melayu yang juga Muslim pada asalnya, kemudian

diubah kepada Kristian, perlu dikembalikan kepada agama asal, Islam. Istilah yang lain

24

Islam dan Kebudayaan Melayu, Malaysia: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Page 14: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

14

dalam Islam tidak dipopularkan kerana ketidaksesuaian dalam kalangan masyarakat

setempat.

Konklusi:

Islam dan kaum muslimin di Filipina mempunyai keadaan dan situasi yang

hampir sama dengan Islam dan kaum muslimin di lokasi geo-politik “Alam Melayu.”

Islam di Filipina telah bertapak awal jauh sebelum kehadiran bangsa penjajah Sepanyol

dan Amerika, yang sekiranya tidak diganggu mempunyai potensi untuk mengislamkan

keseluruhan Filipina sendiri. Islam yang dipraktikkan adalah berasaskan mazhab Ahl al-

Sunnah wa al-Jama’ah yang merupakan mazhab majoriti Muslim di Filipina. Mazhab-

mazhab lain turut boleh dikesan seperti Salafi Wahhabi dan juga Syi‘ah. Dari segi isu dan

problem, dalam konteks Filipina secara keseluruhan, Islam dan kaum Muslimin

menghadapi pelbagai isu dan problem, disebabkan pelbagai faktor, dalaman mahupun

luaran. Faktor dalaman boleh dilihat dari dalam Islam itu sendiri manakala faktor luaran

pula disebabkan oleh gangguan dan ancaman pihak luar yang merasakan Islam pada

masa hadapan boleh menjadi musuh mereka. Cabaran sesama Muslim tidaklah begitu

ketara, sebaliknya cabaran luar merupakan cabaran terbesar terhadap kedudukan Islam

dan kaum Muslimin. Dengan berita terkini dan mutakhir pada 9 Oktober 2012 mengenai

perjanjian perdamaian antara Kerajaan Filipina [Kristian] dan pejuang Moro

[Muslim/Melayu], dengan Malaysia memainkan peranan utama sebagai kuasa pendamai,

diharapkan akan mengubah paradigma dan harapan masa hadapan Islam dan kedudukan

Muslim Melayu di Filipina.

Referensi dan Bibliografi:

1. Abu Bakar, Asiri J., (1973), Muslims Philippines: with referente to the Sulus,

Muslim-Christian contradiction and the Mindanao Crisis.

2. Agoncillo, Teodoro A. & Oscar M.Alfonso, (1967), History of the Filipina People,

Malaya Books, Quezon City.

3. Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique, Yasmin Hussain, (1990), Islam di Asia Tenggara:

Perkembangan kontemporer, (ed.Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique, Yasmin Hussain)

Jakarta: LP3S.

4. Ali B. Panda (2009), Mranao Ulama in Philippine Politics: A Nonviolent Hijratic

Approach, King Faisal Center for Islamic, Arabic and Asian Studies, Mindanao State

University, Marawi City.

5. Aliasa M.I.Alinog & Dr. Abdullah T.Madale (2010), Road Signs For Real Success,

[Book Six] 1st. edition, Balulang, Cagayan de Oro city, Northern Mindanao,

1431/2010.

6. Asreemoro (2008), Tausug & the Sulu Sultanate, Kuala Lumpur: Saba Islamic Media,

2008.

7. Auni Hj Abdullah, Tradisi, Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam Sejarah

Alam Melayu, Darul Fikir, cet.I, 2005.

Page 15: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

15

8. Carmen Abu Bakar, (2011), “Mainstreaming Madrasah Education in the Philippines:

Issue, Problems and Challenges,” dlm. Islamic Studies and Islamic Education in

Contemporary Southeast Asia, Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuwan.

9. Che Man, W.K., Muslim Separatism: The Moros of the Southern Philippines and the

Malays of Southern Thailand, Singapore: Oxford University Press, New York, 1990.

10. Code of Muslim personal Law of the Philippines, Quezon City, U.P.Center, 1977.

11. Djunaidi, H. Mahbub (1973), Pergolakan Umat Islam di Filipina Selatan, Bandung:

al-Ma’arif, 1973.

12. Frederic H.Sawyer, (1900), The Inhabitants of the Philippines, New York Chales

Scribner’s sons.

13. Giang, Alunan, (1977), What is the future of the Moros and Khaeks, Conference on

Southeast Asian Studies 22-26 Nov 1977: Kota Kinabalu.

14. Gowing, Peter Gordon, (1985), Moros and Khaek: The position of Muslim minorities

in the Philippines and Thailand, Reading on Islam in the Southeast Asia, (compiled

by Ahmad Ibrahim, Sharon Siddique, Yasmin Hussain), Singapore: Institute of

Southeast Asian Studies, 1985, 180-192.

15. Hilario Molijon Gomez, Jr., (1977), The Muslim Filipino Rebellion, Meaning and

Challenges to the Mission and Ministry of the Christian Church in the Philipines,

(unpublished PhD Thesis – to the Faculty of Princeton Theological Seminary,

Princeton, N.J.

16. Hooker, M.B., (1983), Islam in Southeast Asia, [ed. Hooker, M.B.], Leiden: E.J.Brill.

17. International Religious Freedom Report 2007, Bureau of Democracy, Human Rights,

and Labor, USA.

18. Jason F. Isaacson & Colin Rubenstein, (2005), Islam in Asia: Changing Political

Realities, New Brunswick: Transaction Publishers.

19. Jesus T. Peralta, (1975), “A Visit to Marawi,” dlm. The Maranao, (ed. Mamitua

Saber and Abdullah T.Madale), Manila: Solidaridad Publishing House.

20. Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad, Patrick Jory, (2011), Islamic Studies and Islamic

Education in Contemporary Southeast Asia, Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuwan.

21. Kiefer, Thomas M., (1972), The Tausug: Violence and Law in a Philippine Moslem

Society, USA: Holt, Rinehart and Winston Inc.

22. Kroeber, A.L., (1973), People of the Philippines, Greenwood Press Publishers,

Wesport, Connecticut.

23. Lacar, Luis, Q (1986), Madrasah education in the Philippines and its role in nacional

integration: a book of readings, Iligan City: Coordination Center for Research and

Development MSU-IIT.

24. Lizaq, Abdul Rahman, (1993), “Problems and prospects of conveying the message of

Islam to the non-Muslim Philippines in Light of their values, World-view and

personality traits,” International conference on Islamic Da’wah in Southeast Asia:

Culture and Human Dimensions, 15-1 Feb 1993: Kuala Lumpur

25. Madale, Nagasura, (1983), Resurgence of Islam and nationalism in the Philippines,

Islam and society in Southeast Asia, (eds. Taufik Abdullah, Sharon Siddique),

Singapore: Institute of Souteast Asian Studies (ISEAS), 1986, 282-314.

26. Majul, Cesar Adib, (1988), Islam di Filipina, (terj: Shamsuddin Jaapar), Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 16: MASYARAKAT MUSLIM MELAYU CHAMPA DI VIETNAM: · PDF fileFilipina menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era ... ke-12H/18M dan 13H/19M, dunia Islam mulai mengenali kelompok

16

27. Majul, Cesar Adib, (1977), “Some of the Social and Cultural Problems of the

Muslims in the Philippines,” dlm. Islam dalam Kebudayaan Melayu, KKBSM

(Seminar Kebudayaan 25-28 Julai 1976/21 Rajab – 1 Syaaban 1396), Cet.I.

28. Mamitua Saber, Abdullah T.Madale, (1975), The Maranao, Solidaridad Publishing

House, Manila.

29. Michael O. Mastura, (2001), “The Making of Civil Society Through Waqf Institution

in Mindanao,” dlm. Islam & Civil Society in Southeast Asia, Singapore: ISEAS.

30. Michael O. Mastura, (1996), “A reappraisal the administration of Islamic Law in

Philippines – Penilaian semula pentadbiran undang-undang Islam di Filipina” dlm.

Seminar Antarabangsa Pentadbiran Undang-Undang Islam 23-24 Julai 1996, Kuala

Lumpur.

31. MILF Peace Panel, (2010), GRP-MILF Peace Process: Compilation of Signed

Agreements & other related Documents (1977-2010), MILF Peace Panel - The Asia

Foundation.

32. Mohd Salleh Asah, (1998), Masalah Kaum Minoriti: Tumpuan kepada masalah dan

perjuangan bersenjata masyarakat orang Islam di Selatan Filipina, Latihan Ilmiah

B.A, Rancangan Pengajian Antarabangsa, FSSS, UM, 1997/98.

33. Nakamura Mitsuo, Sharon Siddique, Omar Farouk Bajunid, (2001), Islam & Civil

Society in Southeast Asia, Singapore: ISEAS.

34. Najeeb, M.Saleeby, (1913), The Moro Problem, Manila: Philippine Islands.

35. Nathan, K.S., Mohammad Hashim Kamali, (2005), Islam in Southeast Asia: Political,

Social and Strategic Challenges for the 21st Century, Institute of Southeast Asian

Studies [ISEAS], Singapore.

36. Peter Chalk, (2005), “Militant Islamic Extremism in the Southern Philippines,” dlm.

Islam in Asia: Changing Political Realities, New Brunswick: Transaction Publishers.

37. Report on the Asian Muslim Youth Seminar on Da’wah, Kuala Lumpur, 1927.

38. Teodoro, Noel, (1993), Tradisi Kesusasteraan suku-suku Islam di Nusantara Filipina,

Seminar on Indigenious Community in Relation to the Festival of Art and Culture of

Asia and Pacific (2-5 Sep 1993), Pekanbaru, Riau.

39. Fernando A. Bernardo, Silent Storms: Inspiring Lives of 101 Great Filipinos, [talks

about Sharifu’l-Hashim @ Abu Bakr]

40. 485 R. Salas Street, Ermita Manila, Philippines, Tel. No. +63 2 334-0206, +63 2 524-

6873, +63 2 302-9178 Fax No. +63 2 536-9411, Email: [email protected]

Web Site: www.filmusfoundation.org

[The Fil-Mus Foundation, Inc. is a non-stock, non-profit, non-governmental

organization established for the general welfare of the Muslims in the Philippines. It

was founded on December 20, 2000 by Mr. Hassan “Tho” Dalimbang based on one

wish: “The Filipino Muslims shall be united and charitable to one another”. Through

its programs, it builds a new generation of Filipino Muslims that are cohesive, peace-

loving, educated and progressive. These were the motors that drove the founder to

establish the Fil-Mus Foundation, Inc on December 20, 2000. Their slogan is as

follows: One Wish: The Filipino Muslims united and charitable to one another.

One Group: The Filipino Muslim group. One Country: The Philippines