mask

6
‘Mask’ Watak dan perwatakan Mak Midah – berumur sekitar 40-an. Baik hati tetapi mudah percaya dengan kata-kata orang. Sofi – berumur 15 tahun. Mudah berprasangka. Raihana – guru muda dari Bandar. Berumur sekitar 25 tahun. Babak 1 Latar : Suasana petang di sebuah kampung. Kelihatan rumah-rumah penduduk yang serba sederhana di kawasan tersebut. Kamera dialihkan kepada suasana di dalam sebuah rumah di kampung tersebut. (Kelihatan seorang wanita separuh abad (Mak Midah) sedang melipat kain di ruang tamu rumahnya) Mak Midah : (merungut) Mana pula Sofi ni. Aku suruh beli kicap, bukan buat kicap. (Seorang budak perempuan (Sofi) masuk dari pintu utama dengan sebuah bakul plastic di tangannya) Mak Midah : Hah, panjang umur kau Sofi. Apahal lama engkau lama sangat kat kedai tu? Sofi : Sorry lah Mak, Sofi jumpa member tadi. Kita orang boraklah sekejap. Mak Midah : Sari apa? Aku tak suruh kau beli sarilah. Sofi : Alaa.. Spoil lah mak ni, orang cakap sorrylah, bukan sari. Mak Midah : Dah, dah. Jangan banyak cakap. Tolong hantar lauk yang mak masak tu kat cikgu Raihana.

Upload: necore

Post on 31-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mask

‘Mask’

Watak dan perwatakan

Mak Midah – berumur sekitar 40-an. Baik hati tetapi mudah percaya dengan kata-kata orang.

Sofi – berumur 15 tahun. Mudah berprasangka.

Raihana – guru muda dari Bandar. Berumur sekitar 25 tahun.

Babak 1

Latar : Suasana petang di sebuah kampung. Kelihatan rumah-rumah penduduk yang serba sederhana di kawasan tersebut. Kamera dialihkan kepada suasana di dalam sebuah rumah di kampung tersebut.

(Kelihatan seorang wanita separuh abad (Mak Midah) sedang melipat kain di ruang tamu rumahnya)

Mak Midah : (merungut) Mana pula Sofi ni. Aku suruh beli kicap, bukan buat kicap.

(Seorang budak perempuan (Sofi) masuk dari pintu utama dengan sebuah bakul plastic di tangannya)

Mak Midah : Hah, panjang umur kau Sofi. Apahal lama engkau lama sangat kat kedai tu?

Sofi : Sorry lah Mak, Sofi jumpa member tadi. Kita orang boraklah sekejap.

Mak Midah : Sari apa? Aku tak suruh kau beli sarilah.

Sofi : Alaa.. Spoil lah mak ni, orang cakap sorrylah, bukan sari.

Mak Midah : Dah, dah. Jangan banyak cakap. Tolong hantar lauk yang mak masak tu kat cikgu Raihana.

Sofi : Cikgu Raihana? Cikgu dari bandar tu ke Mak? Ish, nak ke dia makan masakan orang kampung ni mak?

Mak Midah : Hish, banyak soal pula budak ni. Hantar jelah, kita ni sebagai jiran mesti saling tolong-menolong, buat baik antara sesama. Jangan asyik nak berprasangka je.

Page 2: Mask

Sofi : Yelah mak, nanti Sofi hantarkan.

Babak 2

Latar tempat : Rumah Raihana

(Sofi mengetuk pintu rumah Raihana beberapa kali. Tidak lama kemudian Raihana mmbuka pintu tersebut)

Sofi : Arrgh..! err.. (terkejut dan hairan melihat Raihana yang memakai ‘mask’)

Raihana : (memandang Sofi tanpa reaksi, kelihatannya dia mahu mengatakan sesuatu tetapi tidak jadi)

Sofi : Se..selamat petang cikgu. Sofi nak hantar lauk ni. Mak suruh. (menyerahkan bekas makanan kepada Raihana)

Raihana : (masih seperti tadi) Hmmm….

Sofi : Sofi balik dululah..

(Sofi berlari meninggalkan rumah Raihana. Raihana masih tercegat di pintu rumahnya)

Babak 3 (i)

Latar tempat : Rumah Mak Midah

Sofi : Sofi tak tipu mak, cikgu Raihana memang marah bila sofi ketuk pintu rumahnya. Dia tak

senyum sedikit pun. Bercakap pun tidak.. Naik takut Sofi dibuatnya. Entah apa lah yang

diletaknya ke muka tu, dah macam pelakon opera cina je Sofi tengok. Putih semacam. Ee.

Mak Midah: (mengerutkan dahinya) betul ke apa yang kau cakapkan ni Sofi?

Sofi : Betullah mak, Raihana budak Bandar tu memang sombong. Mesti dia terpaksa datang mengajar kat kampung kita ni kan mak.

Page 3: Mask

Mak Midah : Macam susah nak percaya pula cikgu Raihana tu sombong.

Sofi : Tulah mak, judging book by its cover.. muka lawa tak semestinya hati pun baik.

Mak Midah : Engkau ni tak habis-habis dengan bahasa orang putih tu. Mak manalah faham semua tu.

Sofi : Sebab tak pandai lah kita mesti belajar. Ayuh,sahut wawasan 2020..sekarang dah 2015, tinggal 5 tahun lagi tau mak.

Mak Midah : hish, budak ni…

(tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk. Sofi mengekori Mak Midah yang menuju ke arah pintu rumah.)

Mak Midah : ( membuka pintu rumah ) eh.. cikgu Raihana .. jemputlah masuk.

Raihana : Tak apelah Mak Cik. Saya datang ni nak minta maaf kat Sofi je.

(Sofi hanya membisu di sebelah ibunya)

Raihana : Cikgu minta maaf ya Sofi, cikgu bukannya tak nak senyum.. cikgu nak ucapkan terima kasih tadi. Tapi, cikgu tak boleh cakap masa tu sebab cikgu pakai ‘mask’.

Sofi : Kenapa pula tak boleh cakap atau senyum? Apa bendanya mask tu cikgu? Topeng putih kat muka cikgu tu ke?

Raihana : Ha’ah.. mask tu produk kecantikan yang berfungsi untuk menaikkan seri muka kita ni. Tapi kita tak boleh gerakkan bahagian wajah ketika memakainya. Kalau tak, muka kita berkedut nanti.

Sofi : Oo.. begitu ya. Maaflah cikgu. Sofi tak tahu. Sofi ingatkan cikgu tak sudi nak bergaul dengan orang kampung macam kita orang ni.

Raihana : ish. Tak lah. Cikgu suka dengan orang-orang kampung disini. Baik dan ikhlas semuanya.

Mak Midah : Hah, dengar tu Sofi, cikgu Raihana ni cantik di luar baik di dalam tau. Mak bukannya sekadar judging book by its cover je macam yang kau cakap tu.

Sofi : Aik.. dah pandai speaking orang putih pula mak ni.. Amazing and wonderful!

Page 4: Mask

( Mereka bertiga ketawa serentak kemudiannya saling bersalaman)

Babak 3 (ii)

Latar tempat : Rumah Raihana

(Raihana membuka pintu rumahnya yang diketuk bertalu-talu)

Raihana : Eh, Mak Midah.. jemputlah masuk.

Mak Midah : (Mendengus perlahan) tak payah! Tak hingin pun aku nak masuk rumah orang sombong macam kau ni.

Raihana : (agak terperanjat) Apa maksud Mak Midah ni?

Mak Midah : Sudah, tak payah nak berlakon. Eh, aku taulah kau ni sombong. Eh, Raihana, aku suruh Sofi hantar lauk tu sebab dah adat kami di kampung ni untuk berbaik sesama jiran. Kalau iya pun kau tak suka, sekurang-kurangnya beritahulah Sofi. Ni, kau layan dia macam tunggul kayu. Dasar budak Bandar!

(Raihana tiba-tiba tergelak kecil. Mak Midah mengerutkan dahinya melihat gelagat guru muda itu)

Raihana : Mak cik, saya minta maaf. Tapi saya rasa Sofi dan Mak Cik dah salah faham ni.

Mak Midah : Salah faham apanya. Kau dahlah tak senyum, bercakap pun tidak kat Sofi tadi kan?

Raihana : ya, betul Mak Cik, tapi saya bukannya sengaja..

Mak Midah : Maksud kamu?

Raihana : Begini mak cik, saya tengah pakai mask tadi waktu Sofi datang. Saya boleh gerakkan bahagian wajah saya. Sebab tulah saya tidak senyum atau bercakap dengan Sofi tadi.

Mak Midah : Saya tak fahamlah..

Raihana : (menarik nafas pendek) Mak cik, mask atau ‘topeng’ tu produk kecantikan yang berfungsi untuk menaikkan seri muka. Kalau saya gerakkan wajah atau kulit wajah sewaktu memakainya, muka saya akan berkedut mak cik.

Page 5: Mask

Mak Midah : Ooo.. begitu.. Maaflah cikgu. Nampaknya Sofi dan mak cik dah salah faham.

Raihana : Tak pe mak cik.. saya tak ambil hati.

Mak Midah : Tapi kenapa kamu pakai benda tu semua? Kan lebih baik kamu guna je cara

tradisional.. makan ulam-ulam ke.. minum jamu..

Raihana : haha.. ni trend semasa lah mak cik.

(Mak Midah hanya menggeleng sambil tersenyum. Mereka kemudiannya tertawa bersama)