marikh : bumi kedua

20
NAMA KUMPULAN : METEORIT

Upload: afifiechan

Post on 22-Jan-2018

1.662 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Marikh : Bumi Kedua

NAMA KUMPULAN : METEORIT

Page 2: Marikh : Bumi Kedua

ISI KANDUNGAN

OBJEKTIF

PENGENALAN

KEISTIMEWAAN MARIKH

WARNA MARIKH DARI BUMI

ATMOSFERA

HIDROLOGI MARIKH

BULAN DI MARIKH

STRUKTUR DALAMAN MARIKH

MARIKH SEBAGAI BUMI KEDUA?

Page 3: Marikh : Bumi Kedua

Membandingakan geologi bumi dan Marikh.

Menentukan kesesuaian Marikh sebagai bumi kedua.

Page 4: Marikh : Bumi Kedua

Sistem suria terdiri daripada 9 planet iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto dimana Marikh merupakan planet keempat.

Marikh mempunyai dua bulan iaitu Phobos dan Deimos.

Marikh mempunyai jarak dari Matahari 227.9 juta kilometer dan jaraknya dari bumi 78.3 juta kilometer.

Page 5: Marikh : Bumi Kedua

Marikh mempunyai warna yang menarik iaitu warna merah dengan suhu 210-240K (-63 hingga -330C).

Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh).

Atmosfera Marikh sangat nipis dengan komposisinya terdiri daripada 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon, 0.15% oksigen dan 0.03% kandungan air.

Marikh mempunyai potensi sebagai bumi kedua untuk hidupan.

Page 6: Marikh : Bumi Kedua

KEISTIMEWAAN MARIKH

• Marikh yang mempunyai jarak secara purata 1.5 AU.

• Marikh berputar di atas paksinya lebih-kurang dalam masa yang sama dengan

Bumi. Oleh yang demikian, pertukaran siang dan malamnya agak serentak

dengan Bumi.

• Paksi putarannya juga condong berbanding dengan dataran orbit pada sudut

yang lebih kurang sama dengan Bumi menyebabkan musimnya lebih kurang

serupa dengan Bumi, cuma mengambil masa yang lebih panjang sebab satu

putarannya mengelilingi Matahari atau setahun di Marikh, mengambil masa

lebih panjang dari setahun di Bumi.

Page 7: Marikh : Bumi Kedua

Marikh mempunyai persamaan dengan Bumi seperti:

- Suhu permukaan boleh mencecah 200°C- Mempunyai kutub- Mempunyai panjang siang yang sama- Kecenderungan paksi kutub yang sama- Ada gunung berapi namun mungkin bersaiz lebih besar kerana tiada kepingan tektonik

Perbezaan Marikh dengan Bumi :

- Suhu di waktu malam mencecah -1400°C- Tiada kepingan tektonik- Atmosfera sangat nipis dan 96% adalah gas karbon dioksida- Marikh lebih kecil dan kurang tumpat berbanding bumi maka graviti permukaan lebih rendah. - Permukaan Marikh didominasi oleh oksida besi (karat) yang memberi warna merah kepada Marikh

Page 8: Marikh : Bumi Kedua

WARNA MARIKH DARI BUMI • Dari permukaan Bumi, Marikh kelihatan agak merah dengan beberapa zon-

zon gelap.

• Kutubnya pula kelihatan agak putih.

• Permukaan Marikh bertukar bergantung kepada musimnya.

• Pada musim panas zon kutub yang agak putih kelihatan kecil. Manakala

pada musim sejuk pula, zon kutub yang putih kelihatan membesar

sementara zon gelap pula mengecil.

• Zon gelap adalah kawasan batu-batuan yang diliputi debu-debu yang

bertukar ketebalannya mengikut musim.

• Warna merah di permukaan Marikh adalah disebabkan oleh kewujudan

besi-oksida.

Page 9: Marikh : Bumi Kedua

ATMOSFERA

• Atmosfera Marikh adalah agak berbeza daripada bumi.

• Ia terdiri daripda karbon dioksida dengan sejumlah gas-gas yang lain.

• Enam komponen atmosfera marikh adalah seperti berikut :-

• Karbon Dioksida (CO2): 95.32%

• Nitrogen (N2): 2.7%

• Argon (Ar): 1.6%

• Oksigen (O2): 0.13%

• Air (H2O): 0.03%

• Neon (Ne): 0.00025%

• Suhu purata Marikh direkodkan -63 ° C (-81 ° F) dengan suhu maksimum 20 ° C

(68 ° F) dan suhu minimum -140 ° C (-220 ° F).

Page 10: Marikh : Bumi Kedua

• Tiada ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa terdapat air sebesar lautan di Martian.• Berdasarkan kepada gambar satellite, didapati bahawa Marikh mempunyai beberapa lineasi yang tidak sekata,saliran dan lembah.• Fitur yang paling ketara menunjukkan bahawa adanya kewujudan sungai di Marikh ialah 4 saliran yang lebar dan berliku-liku.• Kebanyakkan air terhasil daripada ais yang terbeku di kutub. • Proses penghasilan air adalah sama seperti yang terjadi di bumi. • Air meresap ke dalam bahan yang berliang hingga ke kedalaman yang ketara.

HIDROLOGI MARIKH

Page 11: Marikh : Bumi Kedua
Page 12: Marikh : Bumi Kedua

Dasar Sungai Kuno

Page 13: Marikh : Bumi Kedua

•Terdapat dua bulan :

- Phobos (28kmx20km), dan

- Deimos (12km).

•Kedua-dua bulan ini sebenarnya ialah asteroid yang melalui Marikh

dan tertarik oleh daya graviti Marikh (pasang surut).

•Bulan-bulan ini mempunyai permukaan berkawah dan berwarna

gelap (albedo) yang mempunyai kekuatan pantulan sebanyak 0.06.

Ketumpatannya ialah 2gram/cm padu.

•Kesemua ciri di atas adalah menyerupai ciri-ciri asteroid.

•Mereka tidak dapat menarik antara satu sama lain untuk membentuk

bulat kerana daya gravitinya di sebabkan ketumpatannya yang

rendah.

BULAN DI MARIKH

Page 14: Marikh : Bumi Kedua

• Terdapat calahan-celahan genting yang selari selebar 150m dan sedalam 25m.

• Celahan-celahan itu bersebelahan kawah-kawah besar (stickney). Terdapat teori

yang mencadangkan celahan-celahan itu adalah rekahan-rekahan dalaman.

• Kawasan tanpa corak pada bulan phobos adalah hasil daripada hasil

‘gelombang-gelombang seismik’.

PHOBOS

Page 15: Marikh : Bumi Kedua

• Deimos tidak mempunyai celahan-celahan dan licin. Sebenarnya ia mempunyai

celahan, tetapi debu yang tebal telah mengisi permukaannya.

• Debu yang terdapat padanya adalah disebabkan oleh graviti yang dan ianya jauh

dari marikh.

• Terdapat 3 prinsip yang menyatakan bahawa :

- setengah bulan-bulan didunia adalah berasal dari asteroid.

- satelit atau bulan yang kecil berbentuk tidak seragam dan penuh

dengan kawah.

- terdapat daya-daya pasang-surut.

DEIMOS

Page 16: Marikh : Bumi Kedua
Page 17: Marikh : Bumi Kedua

STRUKTUR DALAMAN MARIKH

• Ia boleh dimodelkan dengan kerak nipis, serupa dengan bumi,

mantel dan teras.

• Jika teras Marikh padat (terdiri daripada besi) yang serupa dengan

Bumi atau meteorit berasal dari Marikh, maka jejari teras minimum

akan kira-kira 1300 kilometer.

• Jika teras yang dibuat daripada bahan yang kurang tumpat seperti

campuran sulfur dan besi, maka jejari maksimum mungkin akan

kurang daripada 2000 kilometer. (Calvin J. Hamilton,1998)

Page 18: Marikh : Bumi Kedua
Page 19: Marikh : Bumi Kedua

MARIKH SEBAGAI BUMI KEDUA?

Marikh berpotensi menjadi Bumi kedua namun banyak usaha perlu dilakukan bagi menangani pelbagai kekurangan di Marikh seperti kandungan oksigen, sinaran ultra ungu, sumber air yang banyak, tumbuh-tumbuhan.

Tetapi dengan teknologi masa kini,Marikh masih belum dapat dibangunkan atau berpotensi untuk melakukan usaha-usaha tersebut.

Page 20: Marikh : Bumi Kedua