malaysia terajui.doc

1
Malaysia terajui penubuhan pasukan keselamatan serantau - Hishammuddin KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerajui usaha penubuhan pasukan keselamatan serantau pada peringkat Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM). Penubuhan pasukan itu selaras usaha mewujudkan kerjasama perkongsian aset ketenteraan dalam memerangi ancaman yang bakal dihadapi dan persediaan bencana. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata cadangan itu yang kali pertama dikemukakan kepada anggota ASEAN, adalah antara langkah 'kreatif' kerajaan memperkasa pertahanan negara tanpa memerlukan peruntukkan besar dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Katanya, negara serantau kini berdepan dengan ancaman keselamatan yang sama, justeru ia membuka ruang 'situasi menang-menang' untuk semua negara di rantau ini bekerjasama menghimpunkan aset mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau. "Saya sudah bertemu dengan rakan sejawat di rantau ini dan mereka bersedia menyertainya. Ini adalah antara agenda penting yang dibincangkan dalam ADMM untuk mencari fokus sumbangan masing-masing sebelum penubuhannya dibentangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya di sini hari ini.

Upload: mohdradzlee77

Post on 19-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tutyutyu

TRANSCRIPT

Malaysia terajui penubuhan pasukan keselamatan serantau - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerajui usaha penubuhan pasukan keselamatan serantau pada peringkat Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).

Penubuhan pasukan itu selaras usaha mewujudkan kerjasama perkongsian aset ketenteraan dalam memerangi ancaman yang bakal dihadapi dan persediaan bencana.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata cadangan itu yang kali pertama dikemukakan kepada anggota ASEAN, adalah antara langkah 'kreatif' kerajaan memperkasa pertahanan negara tanpa memerlukan peruntukkan besar dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Katanya, negara serantau kini berdepan dengan ancaman keselamatan yang sama, justeru ia membuka ruang 'situasi menang-menang' untuk semua negara di rantau ini bekerjasama menghimpunkan aset mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau.

"Saya sudah bertemu dengan rakan sejawat di rantau ini dan mereka bersedia menyertainya. Ini adalah antara agenda penting yang dibincangkan dalam ADMM untuk mencari fokus sumbangan masing-masing sebelum penubuhannya dibentangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya di sini hari ini.