malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … (khamis).pdf · pembinaan fasa 4 untuk jalan...

32
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 10 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 6 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1352-MQT0146 Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan Rundingan Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau atau Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) telah bermula sejak tahun 2013, yakni sudah memakan masa empat tahun. Pemimpin-pemimpin negara RCEP telah menyatakan komitmen untuk memuktamadkan rundingan ini pada tahun 2017. Oleh yang demikian, dengan masa yang semakin terhad, apakah tahap rundingan yang telah dicapai dan adakah Malaysia masih lagi komited untuk meneruskan rundingan RCEP. 2. PR-1352-MQT0136 Tuan Idris Bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah punca dan langkah segera yang diambil oleh Kerajaan dalam menyelesaikan masalah Jemaah Haji yang terkandas kerana kelewatan pengeluaran visa Arab Saudi. 3. PR-1352-MQT0145 Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihak Kementerian bersetuju ke atas cadangan saya untuk memberi pengikhtirafan khusus iaitu Hari Profesion Teknikal Negara dan insentif tertentu yang sewajarnya kepada jurutera, arkitek dan juru ukur profesional kerana sumbangan dan impak mereka terhadap perubahan besar dan kemajuan negara.

Upload: dangquynh

Post on 12-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 10 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

6

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1352-MQT0146

Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan Rundingan Kerjasama

Komprehensif Ekonomi Serantau atau Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) telah bermula sejak tahun 2013, yakni sudah memakan masa empat tahun. Pemimpin-pemimpin negara RCEP telah menyatakan komitmen untuk memuktamadkan rundingan ini pada tahun 2017. Oleh yang demikian, dengan masa yang semakin terhad, apakah tahap rundingan yang telah dicapai dan adakah Malaysia masih lagi komited untuk meneruskan rundingan RCEP.

2. PR-1352-MQT0136

Tuan Idris Bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah punca dan langkah segera yang diambil oleh Kerajaan dalam menyelesaikan masalah Jemaah Haji yang terkandas kerana kelewatan pengeluaran visa Arab Saudi.

3. PR-1352-MQT0145

Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihak Kementerian bersetuju ke atas cadangan

saya untuk memberi pengikhtirafan khusus iaitu Hari Profesion Teknikal Negara dan insentif tertentu yang sewajarnya kepada jurutera, arkitek dan juru ukur profesional kerana sumbangan dan impak mereka terhadap perubahan besar dan kemajuan negara.

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 10 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

32

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1352-L01833

Datuk Joseph Salang Gandum [ Julau ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah kementerian bersedia

meletakkan Lembaga Lada Malaysia (MPB) di bawah Kementerian Permodenan Pertanian Negeri Sarawak memandangkan lada adalah hasil keluaran pekebun-pekebun dan hampir kesemuanya dari Sarawak .

2. PR-1352-L02352

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

bahawa memandangkan kos sara hidup dalam negara kita semakin naik dan kedudukan negara dalam World Competitive Index telah merosot dari No.12 jatuh ke No.24, apakah langkah dan rancangan Kerajaan untuk mengurangkan beban hidup rakyat dan meningkatkan daya saing negara di persada dunia.

3. PR-1352-L02120

Dato' Sri Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Jalan Kemaruak, Jalan Buang Sayang dan Jalan Sungai Rotan, Kinabatangan dapat dinaiktaraf.

AUM DR 10/8/2017 2

4. PR-1352-L02296

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

bahawa FELDA telah mengalami kerugian yang besar dalam saham FGV terutamanya ramai di kalangan para pelabur telah meminjam pelaburan wang dari bank untuk melabur dalam saham FGV. Apakah tindakan Kerajaan supaya mereka boleh mendapatkan kembali keuntungan dari pelaburan mereka.

5. PR-1352-L02166

Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengapakah pembinaan Fasa 4 untuk Jalan Meritam/ Telahak/ Buangabai/ Pengkalan Rejab/ Sungai Poyan belum bermula sedangkan peruntukan telah diluluskan dan bilakah pembinaan jalan tersebut akan dimulakan.

6. PR-1352-L01869

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-

(a) adakah Kementerian akan menambah baik tali air-tali air Jabatan Pengairan dan Saliran yang ada di sekitar parlimen Pasir Puteh yang tidak diguna sebagai pengairan sawah-sawah padi yang ada, ini adalah disebabkan tali air-tali air ini adalah penyebab banjir apabila air sungai yang melimpah ketika musim hujan; dan

(b) membina longkang yang lebar dan dalam di sekitar bandar Pasir Puteh supaya dapat mengelakkan air yang bertakung ketika musim hujan.

7. PR-1352-L02441

Ir. Shaharuddin Bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan rancangan Kerajaan menaik taraf Jalan Persekutuan daripada Changlun hingga ke Kuala Perlis di mana struktur jalan raya yang tidak diselenggarakan dengan baik dan boleh membahayakan kepada pengguna jalan raya.

8. PR-1352-L02087

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pelajar mengikut kaum yang telah dilatih sepenuh masa di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dari tahun 2013 hingga 2017. Apakah strategi dan sasaran ILJTM dalam tempoh 5 tahun akan datang..

3 AUM DR 10/8/2017

9. PR-1352-L02509

Puan Rubiah Binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kolaborasi strategik antara Kementerian bersama Kementerian Pendidikan bagi mengatasi masalah kesihatan mental golongan remaja yang mengakibatkan perilaku ganas seperti buli di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

10. PR-1352-L01977

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik purata bilangan warganegara Malaysia dan bukan Malaysia, serta purata bilangan kereta dan motosikal berdaftar Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor dan Jambatan Linkedua setiap hari dari Johor Bahru ke Singapura, bagi tahun 2013 hingga 2017.

11. PR-1352-L01521

Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kementerian boleh

mempertimbangkan kaedah alternatif untuk bekalan air seperti "stand-alone" water treatment plant bagi rumah-rumah panjang di luar bandar Sarawak di mana tekanan air yang dibekalkan oleh Water Board / JKR sangat lemah dan amat menjadi masalah terutama semasa musim perayaan seperti Gawai.

12. PR-1352-L02244

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan yang

dilaburkan di Free Industrial Zone Bayan Lepas dari 2013 ke 2017 mengikut tahun. Berapakah pekerjaan biasa dan pekerjaan berpendapatan tinggi yang dijanakan mengikut tahun.

13. PR-1352-L01553

Datuk William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengapakah perlaksanaan naik taraf bekas jalan balak dari Simpang Sebeliau ke Ng. Uyau belum lagi dilaksanakan hingga sekarang.

14. PR-1352-L01604

Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) sejauh mana keuntungan dan zakat dari Tabung Haji dimanfaatkan kepada masyarakat secara langsung dan berapakah nilai yang telah digunakan mengikut asnaf yang telah menerimanya dari 2016 sehingga Jun 2017; dan

AUM DR 10/8/2017 4

(b) adakah Tabung Haji memberikan perlindungan kepada pendeposit Tabung Haji sebagaimana bank lain yang menjadi ahli PIDM.

15. PR-1352-L02726

Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah projek ameniti sosial telah menjamin pembangunan yang seimbang di antara bandar dan luar bandar sebagai usaha dalam mencapai matlamat pertumbuhan dengan ekuiti selaras dengan dasar urbanisasi negara.

16. PR-1352-L01584

Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan pelajar di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta kos tajaan masing-masing, mengikut tempat/negara mereka belajar.

17. PR-1352-L02668

Dato' Sri Douglas Uggah Embas [ Betong ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan secara terperinci kadar kemiskinan di Sarawak dan berikan pecahan mengikut kumpulan etnik.

18. PR-1352-L02365

Datuk Mohd Idris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan langkah-langkah dan tindakan menggerakkan serta menggalakkan politik nilai, politik ilmu, keadilan dan kebenaran, mengelak politik adu domba, politik caci maki, politik perkauman, pecah belah dan kebencian kaum, agama serta budaya bagi memelihara keharmonian masyarakat.

19. PR-1352-L02492

Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keberkesanan penggunaan kaedah online bagi pendeposit-pendeposit ASB berbandingan dengan kaedah-kaedah konvensional yang mengguna buku simpanan terutama sekali bagi pendeposit-pendeposit yang tidak celik IT di luar bandar.

20. PR-1352-L01798

Dato' Abdullah Sani Bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah penjelasan lanjut mengenai pindaan

Akta Kesatuan 1959 tentang proses mengundi untuk menubuhkan Kesatuan Sekerja.

5 AUM DR 10/8/2017

21. PR-1352-L01691

Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah perincian terhadap rombakan modul pembelajaran dan latihan yang akan dilaksanakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berikutan kes kematian mangsa buli di universiti terbabit.

22. PR-1352-L02520

Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan telah membuat kajian berkaitan

jumlah rakyat Malaysia yang agak ramai tidak mendaftar sebagai pengundi dan kenapakah Kerajaan tidak membuat pendaftaran pemilih secara automatik apabila mereka sampai umur 21 tahun.

23. PR-1352-L01749

Dr. Ismail Bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji semula caj rawatan pergigian bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menikmati rawatan yang lebih selesa.

24. PR-1352-L02165

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pandangan Kementerian untuk memberi peluang kepada pelarian-pelarian (refugees) yang berada di Malaysia untuk bekerja sementara (temporary employment) dalam sektor pekerjaan 3D "dirty, difficult and dangerous" (kotor, sukar dan bahaya), sementara mereka menunggu penempatan semula (resettlement).

25. PR-1352-L02758

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan keputusan terkini Kerajaan terhadap komitmen

untuk mewujudkan Skim Khas Veteran Tentera yang tidak berpencen dan sejauh manakah skim tersebut dapat membantu veteran tentera dalam menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat.

26. PR-1352-L02557

Tuan Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keadaan keselamatan di sepanjang sempadan

Malaysia-Thailand dan langkah-langkah yang dilaksanakan bagi meningkatkan jaminan keselamatan khususnya di pintu-pintu masuk ke negara ini.

AUM DR 10/8/2017 6

27. PR-1352-L02390

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan kos tajaan dan jumlah pelajar biasiswa JPA dan MARA (untuk setiap tahun, mengikut pecahan negara) sehingga sekarang. Apakah langkah Kerajaan untuk membantu pelajar sekiranya peruntukan biasiswa terus dipotong.

28. PR-1352-L01999

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan laporan maklum balas pusingan pertama Pelan Transformasi Nasional 2050 atau TN50 yang dilaksanakan oleh Kerajaan kepada setiap lapisan masyarakat untuk menyumbang citra minda dalam pembinaan Gagasan TN50.

29. PR-1352-L01822

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

tentang projek perumahan PR1MA:-

(a) berapakah peraturan pencapaian setakat ini dengan sasaran yang ditetapkan dan berapa negeri yang masih belum melaksanakan projek ini. Apakah sebabnya; dan

(b) berapa buah projek perumahan PR1MA telah dilaksanakan di negeri Melaka dan berapa buah lagi yang akan dapat diklaksanakan untuk tahun 2018.

30. PR-1352-L01550

Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kemajuan dan kejayaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam melaksanakan "Guided Self Regulation" (GSR) menerusi penerapan dan membudayakan elemen "Environmental Mainstreaming Tools" (EMT) oleh stakeholder dalam penguatkuasan alam sekitar.

31. PR-1352-L01644

Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan impak dasar baru Beijing yang menyekat aliran keluar Yuan, khususnya ke atas pelaburan di Malaysia.

7 AUM DR 10/8/2017

32. PR-1352-L01434

Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilangan syarikat yang berjaya ditumpaskan

oleh KPDNKK kerana terlibat dengan sindiket skim pelaburan piramid dan berapa jumlah rampasan tunai yang terlibat serta apakah langkah Kerajaan bagi menyekat kegiatan syarikat seumpama ini dari terus wujud di negara ini.

33. PR-1352-L02288

Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan pengguna sering tertipu dengan maklumat yang diperoleh tentang suatu barangan yang dijual kerana maklumat yang didedahkan adalah tidak sama serta mengelirukan. Adakah terdapat peraturan yang jelas bagi situasi ini.

34. PR-1352-L02236

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan dan nilai peningkatan atau pengurangan dari segi nilai aset peribadi bagi setiap Menteri Kabinet mengikut perbandingan yang dibuat terhadap masa pelantikan mereka sebagai seorang Menteri Kabinet dengan nilai aset peribadi terkini yang dimiliki oleh mereka masing-masing.

35. PR-1352-L02253

Dato' Hajah Normala Binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Hospital Pasir Gudang akan mula dibina.

36. PR-1352-L02289

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan status terkini berkenaan Cukai Pelancongan yang telah dilaksanakan baru-baru ini. Apakah kesan negatif akibat perlaksanaan cukai tersebut .

37. PR-1352-L01829

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan perancangan Kerajaan untuk membanteras hingga ke akar umbi terhadap penjawat awam yang terlibat dalam aktiviti rasuah terutama sekali kepada mereka yang memegang jawatan tinggi dalam Kementerian.

AUM DR 10/8/2017 8

38. PR-1352-L02525

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah halangan Kerajaan untuk menghentikan hidangan arak dalam semua penerbangan Malaysian Arlines (MAS).

39. PR-1352-L01879

Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha berterusan dan berkala KDN dalam menyelesaikan masalah PATI di negara ini.

40. PR-1352-L01975

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

menyatakan secara terperinci cadangan projek melebarkan jejambat Jalan Sungai Besi/Jalan Yew dari Bulatan Jalan Sungai Besi/Jalan Loke Yew ke Bulatan Kampung Pandan, anggaran kos projek, tarikh memulakan kerja dan apakah manfaatnya kepada pengguna jalan serta peniaga-peniaga dan penduduk-penduduk di Jalan Yew.

41. PR-1352-L02411

Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan sistem Visa Ketibaan (Visa On Arrival) untuk pelancong-pelancong asing yang memasuki Pulau Langkawi.

42. PR-1352-L01821

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) mengapakah Zakir Naik diberi kebenaran bermastautin tetap di Malaysia dan sama ada Kerajaan bersedia untuk membatalkan kebenaran tersebut; dan

(b) adakah Zakir Naik mengemukakan permohonan kewarganegaraannya dan jika ada, apakah keputusan untuk menolak permohonan kewarganegaraannya tersebut.

43. PR-1352-L01556

Puan Zuraida Binti Kamaruddin [ Ampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat ini tindakan yang diambil bagi membersihkan nama isteri Perdana Menteri yang telah banyak difitnah berkaitan perbelanjaan mewah.

9 AUM DR 10/8/2017

44. PR-1352-L01656

Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kementerian dapat memperuntukkan dana untuk membina jalan baharu menghubungkan Sare, Sarikei ke Kampung Bukit Kinyau dalam anggaran 12km di samping menyediakan bekalan air ke kampung tersebut.

45. PR-1352-L01606

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

menyatakan status pembinaan balai bomba di Pekan Belaga.

46. PR-1352-L02559

Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah konkrit Kerajaan dalam menyelesaikan isu sempadan bolos di Sungai Golok sehingga menyebabkan sindiket penyeludupan dadah dan pil kuda begitu berleluasa di sempadan Malaysia-Thailand.

47. PR-1352-L01679

Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah seriusnya pencerobohan nelayan asing dalam perairan negara dan jumlah nelayan asing yang ditangkap serta hukuman yang dikenakan.

48. PR-1352-L02291

Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian dalam penjara dari tahun 2015 sehingga 2017 dan punca-punca kematian tersebut.

49. PR-1352-L02144

Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menetapkan garis panduan pembelian ataupun menetapkan had umur pembeli minima bagi barangan seperti karbaid yang amat popular semasa musim perayaan dalam usaha mengurangkan kecelakaan.

50. PR-1352-L01462

Datuk Abd Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan bilakah kerja-kerja pembinaan bangunan gantian baru bagi SK Pekan Pitas dan SK Muhibbah Kudat dapat dilaksanakan.

AUM DR 10/8/2017 10

51. PR-1352-L01846

Tuan Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah jitu dalam menghapuskan aktiviti penyalahgunaan dadah khususnya syabu yang dikatakan meningkat permintaannya di kalangan belia luar bandar terutamanya di FELDA.

52. PR-1352-L01772

Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan :-

(a) pendirian Kerajaan sama ada akan melanjutkan tempoh pelantikan "Chief Justice" Tan Sri Dato Raus Sharif selepas beliau telah pun mencecah usia 66 tahun dan tempoh lanjutan selama 6 bulan akan berakhir; dan

(b) adakah Kerajaan bersetuju dengan pendapat mantan Chief Justice, Abdul Hamid Mohamed yang menyatakan sekiranya tempoh pelantikan Tan Sri Raus dilanjutkan semula ianya adalah bercanggah dengan Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan.

53. PR-1352-L02003

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab kerugian di Felda Global Ventures Holdings Bhd dan alasan-alasan Felda membeli balik tanah perladangan dari Felda Global Ventures.

54. PR-1352-L02636

Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah punca dan langkah penyelesaian krisis di

antara Mantan Pengerusi Felda Global Ventures dengan CEO Felda Global Ventures .

55. PR-1352-L02616

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah strategi

Kerajaan untuk membangunkan sistem E-Tanah di setiap negeri dan bagaimanakah sistem ini dapat memanfaatkan pentadbiran hal ehwal tanah di negara kita.

11 AUM DR 10/8/2017

56. PR-1352-L01482

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada serangan terhadap T Nhaveen ada mempunyai kaitan dengan persepsi isu seksualiti. Apakah jumlah serangan terhadap individu-individu homoseks dan transgender di Malaysia sejak Januari 2015 hingga sekarang dan berapakah antara ini yang telah menyebabkan kematian mangsa.

d

57. PR-1352-L01410

Dato' Wira Othman Bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan berapakah jumlah sukuk yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan tahun matang yang dipegang oleh orang asing.

58. PR-1352-L02570

Tuan Haji Nasrudin Bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan adakah pihak Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan supaya pelantikan pegawai eksekutif tertinggi mana-mana syarikat GLCs perlu melalui Parlimen terlebih dahulu untuk diperhalusi.

59. PR-1352-L02014

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah orang yang ditahan di bawah SOSMA hingga Mei 2017. Nyatakan kategori kesalahan dan berapa yang telah dibicarakan serta yang telah disabitkan kesalahan.

60. PR-1352-L01946

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik terkini pengamal perubatan di

dalam sektor Kerajaan dan swasta yang telah memiliki insurans indemniti profesional serta kes-kes yang telah berjaya diselesaikan menerusi pemilikan insurans ini.

61. PR-1352-L02577

Tuan Idris Bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah kriteria yang melayakkan Tan Sri Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) setelah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FGV.

AUM DR 10/8/2017 12

62. PR-1352-L01835

Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia mencadangkan kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong bagi pengampunan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan sekaligus membebaskannya dari tahanan penjara memandangkan jasa-jasanya kepada negara, keuzurannya di samping penghukumannya banyak dipertikaikan oleh pihak-pihak perundangan luar negara, khususnya oleh pihak Bangsa Bangsa Bersatu.

63. PR-1352-L01719

Dato' Ahmad Fauzi Bin Zahari [ Setiawangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah siri dialog TN50 yang telah dilakukan dan adakah ianya telah diadakan di semua 222 Parlimen.

64. PR-1352-L02602

Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh

Kerajaan terhadap masalah lambakan makanan di pasaran yang masih tiada logo halal dan meragukan.

65. PR-1352-L01799

Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang diambil melalui Bank Negara untuk membantu rakyat berpendapatan rendah untuk mendapatkan pinjaman pembelian rumah sederhana rendah RM35 ribu yang pada ketika ini begitu sukar mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan.

66. PR-1352-L01914

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah dasar Kerajaan dalam pengawalan penjualan kamera tersembunyi dan alat pengintipan lain di pasaran, termasuknya kedai, gerai ataupun secara atas talian.

67. PR-1352-L02730

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah

kemudahan-kemudahan serta insentif yang diberikan untuk menarik ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk kembali ke tempat kerja supaya dapat menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara dan apakah keberkesanannya.

13 AUM DR 10/8/2017

68. PR-1352-L02531

Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah perkembangan projek "High Speed Broadband" dan "Rural Broadband" di negeri Sarawak sejak dimulakan sehingga Jun 2017.

69. PR-1352-L01463

Datuk Sapawi Bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan berapa jumlah sekolah di seluruh negara yang dikategorikan sebagai sekolah yang mempunyai masalah disiplin yang memerlukan perhatian khusus pihak berkuasa.

70. PR-1352-L02195

Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tahap kemajuan terkini pembinaan Hospital Bachok dan mengapa dengan jumlah kos sebanyak RM140 juta ia hanya mampu menyediakan kemudahan 76 katil sahaja.

71. PR-1352-L01737

Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha yang dilakukan

Kementerian bagi menangani kepupusan ikan air tawar terutamanya yang tersenarai di dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

72. PR-1352-L01451

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan perancangan pelancongan dalam memperkasakan daerah Tenom sebagai potensi industri pelancongan di peringkat antarabangsa serta berapa jumlah pelancong domestik dan luar negara yang melawat daerah Tenom pada tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan tujuh bulan pertama tahun 2017.

73. PR-1352-L01469

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Bin Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah Kementerian sedar baru-baru ini 6 tan ayam dirampas di beberapa pasaraya di Tawau. Minta YB Menteri menyiasat mengapa semua daging ayam ini tidak mempunyai sijil halal dan ada beberapa pasaraya memalsukan sijil halal; dan

(b) apakah tindakan Kementerian untuk membanteras perkara ini dan tidak akan berlaku lagi.

AUM DR 10/8/2017 14

74. PR-1352-L01615

Dato' Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah terdapat sebarang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan oleh Kementerian dalam mengkaji keberkesanan vaksin denggi pertama 'dengavaxia' serta sejauh manakah vaksin ini akan digunakan bagi tujuan perubatan sekiranya ianya terbukti berkesan.

75. PR-1352-L02345

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan [ Padang Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menghentikan pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman yang mana mereka tidak mempunyai jaminan tempoh jawatan (security of tenure), untuk memastikan kebebasan Institusi Kehakiman.

76. PR-1352-L02299

Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status terkini siasatan ke atas kes pembunuhan Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Morais .

77. PR-1352-L02256

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pelan tindakan bersama Kementerian

Kewangan dan Bank Negara Malaysia untuk memulihkan Ringgit ke paras lebih munasabah dan seterusnya menjamin kestabilan kadar pertukarannya berbanding mata wang utama dunia lain demi mengelakkan kelemahan berterusan atau kejatuhan lebih parah.

78. PR-1352-L02458

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebabnya Datuk Zakaria Arshad, Presiden dan CEO kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan ketua pegawai kewangan kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha telah digantung tugas dengan serta-merta.

79. PR-1352-L01784

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan

bahawa tiada lagi lesen Pukat Tunda Zon B dikeluarkan demi mencapai Penghapusan Pukat Tunda Zon B pada tahun 2020.

15 AUM DR 10/8/2017

80. PR-1352-L02047

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jenis-jenis bantuan dan jumlah peruntukan yang telah disalurkan ke kawasan kampung sekitar Kota Kinabalu contohnya di Pulau Gaya dan Kg. Numbak Sepanggar seperti menyediakan bekalan air dan elektrik, jeti, jambatan dan sebagainya.

81. PR-1352-L01913

Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) rancangan Kerajaan dalam menguruskan lebih 153 ribu SME (Small Medium Enterprise) dalam industri halal makanan, minuman, premis, ubatan, kosmetik dan haiwan yang sepatutnya layak mendapat sijil halal tetapi hanya 1% sahaja yang telah disahkan mendapat sijil tersebut pada masa kini ; dan

(b) implikasi terhadap industri eksport produk halal Malaysia memandangkan tempoh masa kelulusan sijil halal mengambil masa yang panjang antara 6 bulan hingga 2 tahun .

82. PR-1352-L01929

Dr. Azman Bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perkembangan Projek Tebatan Banjir di utara Kedah khususnya segmen yang melibatkan Sungai Kedah. Apakah masalah yang menyebabkan projek ini tergendala di sekitar Kubang Pangas .

83. PR-1352-L02357

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan purata pendapatan dan perbelanjaan isi rumah bagi kumpulan B40 mengikut negeri, jantina ketua isi rumah, dan kaum bagi 2015-2016, dan nyatakan pencapaian dalam bentuk statistik kerajaan dalam usaha peningkatan taraf hidup kumpulan B40.

84. PR-1352-L02457

Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik terkini selama 5 tahun bilangan kes buli melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dan faktor berlaku perbuatan buli serta nyatakan secara terperinci langkah yang diambil oleh Kementerian dalam memerangi gejala buli ini.

AUM DR 10/8/2017 16

85. PR-1352-L01963

Tuan Sivarasa A/L K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan kenapa sistem mendapat ubat percuma untuk kakitangan Kerajaan dan pesara daripada farmasi-farmasi melalui Syarikat Oratis diberhentikan sejak bulan Mac 2017 dan kenapa dibuat tanpa penjelasan kepada umum.

86. PR-1352-L02329

Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang asing yang ditangkap/ditahan dan

didakwa di mahkamah dikaitkan dengan pelacuran mulai tahun 2013 hingga kini. Nyatakan juga dari negara asal mereka. Apakah langkah pihak penguatkuasa PDRM untuk membanteras gejala sosial ini.

87. PR-1352-L02134

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permit pekerjaan (work permit) yang telah dikeluarkan untuk warganegara Korea Utara untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada tahun 2017 dan sama ada Kerajaan ada rancangan untuk menghadkan permohonan warganegara Korea Utara untuk bekerja di Malaysia.

88. PR-1352-L02028

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah "citation" yang dicapai

oleh universiti awam dari tahun 2013 hingga Jun 2017 dan sejauh manakah usaha Kementeriann untuk meningkatkan kualiti dan pengkomersilan penyelidikan di institusi pengajian tinggi Malaysia.

89. PR-1352-L02776

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) sehubungan dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk mengeluarkan pelbagai jenis makanan dari senarai barang makanan yang tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), adakah perkara ini akan terus berlaku sehingga semua barang dan perkhidmatan dikenakan GST; dan

(b) apakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk menaikkan kadar GST selepas Pilihan Raya Umum ke14 dan apakah komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap kadar GST kini dan selepas Pilihan Raya Umum ke14.

17 AUM DR 10/8/2017

90. PR-1352-L(5)00011

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan secara

terperinci:-

(a) mengapakah Kerajaan masih tidak lagi bercadang untuk memindahkan pusat memproses sisa berjadual Pusat Kualiti Alam di Bukit Nenas, Negeri Sembilan yang sering menyebabkan pencemaran udara; dan

(b) apakah langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan kilang memproses sisa toksik berjadual ini tidak akan menggugat keselamatan dan kesihatan rakyat di Negeri Sembilan.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

91. PR-1352-L(5)00009

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil oleh pihak polis dan hasil siasatan terhadap:-

(a) Kulai/009363/17; dan

(b) Sea Park/005584/17.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

18 AUM DR 10/8/2017

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R.31/2017 ) Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 [ Menteri Pertahanan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

2. ( D.R.30/2017 ) Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

3. ( D.R. 32/2017 ) Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri Pengangkutan ]

4. ( D.R.34/2017 ) Rang Undang-undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

5. ( D.R. 29/2017 ) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

6. ( D.R.27/2017 )

Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [ Menteri Sumber Manusia ]

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(1) dan subseksyen 11(2), Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.43/2017, ST.44/2017, ST.48/2017, ST.49/2017, ST.50/2017 dan ST. 51/2017 disahkan."

19 AUM DR 10/8/2017

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 6(1), Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.45/2017, ST.46/2017 dan ST.47/2017 disahkan."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 17(5) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.42/2017 disahkan."

10. PR-1352-U(27)038 Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut: Pindaan Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

11. PR-1352-U(27)039

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 60 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan antara satu sama lain dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan Impian Malaysia." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

20 AUM DR 10/8/2017

12. PR-1352-U(27)040

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

13. PR-1352-U(27)041

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan semua rakyatnya kebebasan beragama. Dan mengambil maklum juga bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kesamarataan hak untuk warganya bagi menjalani kehidupan harian mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, Malaysia sebagai negara peneraju gerakan kesederhanaan global dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, telah berjaya memahat nama di persada antarabangsa dimana Malaysia menjadi model penerimaan kepelbagaian agama dan kaum sebagai sumber kekuatannya. Dan mengambil maklum juga bahawa, konsep penerimaan kepelbagaian agama dan bangsa melalui Gagasan 1Malaysia adalah model yang terbaik dalam mewujudkan keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kaum dan agama di negara ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, sejak akhir-akhir ini, perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semakin terhakis memandangkan terdapat segelintir rakyat yang tidak lagi peka kepada kepentingan untuk mengekalkan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semata-mata untuk kepentingan politik atau kepentingan individu mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, insiden-insiden yang boleh menyebabkan keruntuhan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama di negara ini kian menular dan yang terkini adalah dimana Azril Mohd Amin telah dengan lantang menggesa Kerajaan untuk mengharamkan "Christian Evangelicalism" dengan tanpa mengambil kira apa yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia. Maka, bagi menangani perkara-perkara yang boleh menggangu-gugat perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama yang negara ini kecapi oleh negara sekian lama, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah dengan segera mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab agar tidak menjadi teladan di masa akan datang demi untuk kepentingan negara."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

21 AUM DR 10/8/2017

14. PR-1352-U(27)042 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan graduan dinegara ini adalah pada tahap yang amat minima dan keadaan ini telah menjadikan sumber tenaga manusia negara ini kurang berdaya saing di luar negara. Dan mengambil maklum juga bahawa, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk pengajian yang terdapat diatas talian dan buku-buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga manusia dan para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk berkerja dan bersaing di peringkat global. Dan mengambil maklum juga bahawa sumber tenaga manusia daripada negara-negara yang membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih mendapat pasaran tenaga kerja di peringkat antarabangsa. Mengambil maklum juga bahawa Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru Sabah telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sejak penubuhannya pada tahun 1903 sehinggahlah dimansuhkan pada lewat tahun 1970an. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera meluluskan penubuhan sekolah menengah aliran Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya satu sekolah menengah disetiap kawasan Parlimen sebagai permulaan dan bagi kawasan Parlimen P.173 Putatan, Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru sebagai perintis."

[ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1352-U(27)043

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, masalah setinggan dibandar adalah masalah yang saban hari saban meningkat kerana migrasi dari luar bandar ke bandar, terutama sekali untuk tujuan mencari pekerjaan. Dewan ini hendaklah juga mengambil maklum bahawa migran ekonomi yang berpindah daripada luar bandar ke bandar ini adalah dari golongan yang kurang berkemampuan / berpendapatan rendah dan mereka tidak mampu untuk membeli atau memiliki rumah-rumah yang dibina oleh pihak pemaju atau prima yang ada pada ketika ini, dimana kebanyakkan mereka ini hanya mampu untuk membayar kadar sewaan dibawah RM350.00 sebulan. Dan mengambil maklum juga bahawa, matlamat Kerajaan mensasarkan sifar setinggan terutama sekali dikawasan bandar adalah agak sukar untuk dicapai selagi masalah perumahan bagi migran yang dimaksudkan diatas tidak ditangani secara tuntas, Dan mengambil maklum juga bahawa, Program Perumahan Pakyat (PPR) yang dahulunya untuk sewaan tanpa had masa dilihat sebagai satu langkah alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dan sekaligus memberikan kumpulan sasar untuk menduduki rumah

22 AUM DR 10/8/2017

yang agak selesa. Tetapi malangnya, status PPR tersebut telah dipinda kepada status rumah transit untuk pendudukan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun. Dan mengambil maklum juga bahawa Program Perumahan Pakyat atau PPR yang ada sekarang ini merupakan sumber alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dimana rumah-rumah PPR ini diubah syarat daripada sewaan kepada sewa beli bagi membolehkan mereka yang dimaksudkan diatas untuk akhirnya memiliki rumah mereka sendiri. Maka, bagi menangani masalah setinggan bandar dan kekurangan perumahan untuk golongan kurang mampu, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah meminda syarat pendudukan rumah PPR diseluruh negara daripada syarat sewaan bulanan kepada syarat sewa-beli." [ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

16. PR-1352-U(27)044 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independent School di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan mereka melalui sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate (UEC) yang mana dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified Examination Certificate -Junior Middle (UEC-JM), Unified Examination Certificate Vocational (UEC-V) dan Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC-SML). Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC telah pun diguna pakai dalam persekolahan oleh United Chinese School Committees Association Of Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975. Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan oleh UCSCAM ini telah diikiraf oleh universiti diserata negara seperti di United Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China, Australia, Canada, Singapore dan lain-lain negara. Dan mengambil maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga Akreditasi Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi kemasukkan ke universiti awam Malaysia, walaupun National University Of Singapore yang berkedudukan tempat keempat universiti terbaik di dunia mengiktiraf sijil UEC ini. Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan pengiktirafan yang dimaksudkan diatas, negara Malaysia secara tidak langsung mengalami kerugian yang besar dimana pemegang sijil UEC ini terpaksa meneruskan pendidikan tinggi mereka di luar negara dimana aliran wang keluar daripada negara ini dan juga kecenderungan lepasan sijil UEC ini untuk terus berkerja di luar negara adalah tinggi, di mana dalam hal ini negara Malaysia akan kerugian "aliran keluar" tenaga mahir ke luar negara. Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate bagi manfaat negara."

[ Menteri Pendidikan ]

23 AUM DR 10/8/2017

17. PR-1352-U(27)045 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kesan pemanasan global dan perubahan cuaca kini menjadi topik perbualan harian diseluruh pelusuk dunia dimana ianya bukan lagi satu fenomena tetapi telah menjadi realiti yang mana setiap warga dunia mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya keatas kehidupan manusia. Dan mengambil maklum juga bahawa salah satu penyebab utama kedua-dua masalah diatas adalah akibat daripada kesan penebangan pokok-pokok disebabkan aktiviti ekonomi seperti pembukaan ladang dan sebagainya. Dan mengambil maklum juga bahawa pihak berkuasa tempatan berperanan untuk mengambil bahagian dalam usaha untuk langkah mitigasi bagi mengatasi kedua-dua masalah diatas walaupun dalam bentuk kecil, dengan menanam lebih banyak pokok-pokok diseluruh kawasan seliaan mereka. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah meminta pihak berkuasa tempatan untuk segera menanam lebih banyak pokok-pokok dikawasan dibawah seliaan mereka disamping memperbanyakkan kempen menanam pokok untuk menyemai budaya menanam pokok di kalangan rakyat setempat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

18. PR-1352-U(27)046

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa Kabinet Malaysia pada 19 Mac 2011 telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa Statut Rom "Rome Statute of the International Court (ICC)" Namun, sebarang tindakan kesertaan tidak dilakukan sehingga kini. Diharapkan Dewan ini akan mengambil keputusan dengan mengarahkan Kementerian Luar Negeri dan Peguam Negara untuk menfailkan kertas kerja yang diperlukan tanpa melengahkan masa lagi."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. PR-1352-U(27)047

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini membahaskan keadaan bon Kerajaan Malaysia."

[ Menteri Kewangan ]

24 AUM DR 10/8/2017

20. PR-1352-U(27)048

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk makluman dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya kebakaran tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah dan mengelakkan tragedi kebakaran berulang lagi di mana-mana hospital atau pusat perubatan." [ Menteri Kesihatan ]

21. PR-1352-U(27)049

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara." [ Menteri Pertahanan ]

22. PR-1352-U(27)050

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini bersetuju mengurangkan peruntukan untuk JPM dan menyalurkan kepada peruntukan bagi hal ehwal pendidikan, pengangkutan awam, kesihatan dan kebajikan rakyat. Peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri telah dihadkan tahapnya pada tahun 2008 iaitu masing-masing sebanyak RM3.4 bilion bagi peruntukan pengurusan dan RM3.5 bilion untuk pembangunan. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM6.9 bilion. Berbanding 2017, anggaran peruntukan pengurusan dan pembangunan telah melepasi tahap ditetapkan pada 2008 tersebut iaitu masing-masing sebanyak RM4.92 bilion dan RM11.02 bilion yang membawa kepada jumlah keseluruhan RM15.94 bilion." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

25 AUM DR 10/8/2017

23. PR-1352-U(27)051 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan Pertanyaan Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings) bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke dalam portal rasmi Parlimen Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

24. PR-1352-U(27)052

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru mengeluarkan kenyataan bahawa "ketupat segera" yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya atau oleh penjual-penjual satay boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser. Ini kerana beg plastik yang mengandungi bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk merebus ketupat dalam masa yang lama akan merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluwap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Kementerian Kesihatan mesti mengambil tindakan segera menyiasat dan mengambil tindakan bagi menasihati pengguna dengan kadar segera. "

[ Menteri Kesihatan ]

25. PR-1352-U(27)055

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari masyarakat umum berpendapat terdapat kecelaruan Kementerian Dalam Negeri mentadbir dan mengendalikan pendaftaran pekerja dan pendatang asing di negara ini. Adalah dicadangkan setiap warga asing yang menetap di negara ini sama ada sebagai pekerja, pelajar, pengajar, atau investors jika tinggal lebih lama dari satu masa yang layak seperti yang diberikan dalam visa, mereka mestilah memohon Kad Izin Tinggal Terbatas (KITT). Di dalam kad ini akan tersimpan nama, negara asal pemegang kad, tempuh tinggal yang dibenarkan, no. pasport, nama majikan, alamat dan no. telefon majikan, maklumat kesihatan dan lain-lain . KITT ini, seperti Mycard, diwarna dengan berbagai warga bagi memisahkan kategori mereka. Dengan mempunyai KITT ini, mereka tidak perlu lagi membawa pasport mereka. Juga amat mudah bagi pihak berkuasa mengesan mereka jika mereka tidak berada di tempat yang diluluskan untuk bekerja, atau mereka menghilangkan diri dari majikan mereka " [ Menteri Dalam Negeri ]

26 AUM DR 10/8/2017

26. PR-1352-U(27)057

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap tahun pada bulan Disember." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

27. PR-1352-U(27)059

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu di mana Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar segera." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

28. PR-1352-U(27)060

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa cukai pelancongan perlu dimansuhkan memandangkan industri pelancongan terutama pengusaha hotel tempatan bakal berhadapan dengan risiko kemerosotan jumlah pelancong dan seterusnya akan menjejaskan peluang pekerjaan. Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil maklum bahawa pengenalan cukai ini juga berisiko melembapkan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pendapatan rakyat yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan." [ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

29. PR-1352-U(27)061

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa banyak pengusaha teksi persendirian mahu pun berdaftar di bawah syarikat swasta menghadapi kesukaran dan ada yang terpaksa menutup operasi mereka. Salah satu punca permasalahan ini adalah dengan kewujudan Uber dan GrabCar yang jauh lebih efisien daripada operasi mereka melalui penggunaan teknologi aplikasi dengan menggunakan telefon pintar. Maka dengan menyedari hakikat ini, Dewan yang mulia ini hendaklah membahaskan langkah-langkah strategik bagi menyelamatkan pengusaha teksi yang ada dalam menghadapi persaingan daripada Uber dan GrabCar ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

27 AUM DR 10/8/2017

30. PR-1352-U(27)063

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menggesa Kerajaan untuk menghentikan pembinaan pusat penyembelihan ayam di pasar borong Selayang sehingga kajian kesesakan lalu lintas dan alam sekitar dapat dilakukan." [ Menteri Wilayah Persekutuan ]

31. PR-1352-U(27)065 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Malaysia untuk membawa isu ketegangan Saudi dan Qatar ke OIC dan mewujudkan satu mekanisme pendamaian." [ Menteri Luar Negeri ]

32. PR-1352-U(27)067 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gegaja pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai - kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama. " [ Menteri Kewangan ]

33. PR-1352-U(27)068

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan." [ Menteri Dalam Negeri ]

28 AUM DR 10/8/2017

34. PR-1352-U(27)069 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai -nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [ Menteri Pendidikan ]

35. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] akan mencadangkan :-

“Bahawa pada 24.07.2017, saya telahpun menerima surat pemberitahuan

bertarikh 21.07.2017 dimana 3 soalan pertanyaan jawab lisan saya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) dan Peraturan Mesyuarat 23 (1)(g). Saya kepilkan di sini sesalinan surat-surat berkenaan untuk rujukan mudah Tan Sri

Dengan segala hormatnya, saya usulkan supaya keputusan tersebut dikaji semula menurut Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat di atas alasan-alasan berikut: 1. Pertanyaan PR1352-LO2403 berkaitan status siasatan kes 1MDB dan SRC bukan dikeluarkan dengan tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang dan yang belum jadi masalah sepertimana dinyatakan.

(i) Kes 1MDB dan SRC sedang disiasat oleh PDRM pada 12.04.2017,

Ketua Polis Negara telahpun menyatakan bahawa kertas siasatan telahpun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. (Sila lihat laporan Malay Mail Online yang dilampirkan di sini bertarikh 12.04.2017 yang jelas kandungannya.)

(ii) Oleh yang demikian, sebab soalan PR1352-LO2403 ditolak iaitu dengan

tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum jadi tidak betul dan

perlu diketepikan.

(iii) Adalah jelas bahawa soalan tersebut tidak melanggar mana-mana peraturan mesyuarat dan seharusnya dijawab.

2. Pertanyaan PR1352-LO2404 berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh negara kita, Malaysia dalam saman DOJ di Amerika Syarikat khususnya di mana ianya melibatkan wang berbilion ringgit: (i) Ini tidak sama sekali melencungkan perkara yang sedang dibicarakan

oleh Mahkamah.

29 AUM DR 10/8/2017

(ii) Tindakan mesti diambil oleh Malaysia untuk melindungi hak-hak kami dalam kes itu dan juga pastikan bahawa usaha dijalankan untuk menuntut semula wang yang boleh dituntut untuk negara kita khususnya di mana ianya melibatkan satu jumlah wang yang cukup besar.

(iii) Tindakan yang dicadangkan perlu dinyatakan dengan terperinci dan oleh

itu, keputusan Tuan Speaker untuk menolaknya seharusnya diketepikan dan soalan tersebut perlu dijawab.

3. Pertanyaan PR1352-LO2412 berkenaan dengan sama ada ataupun

tidak mana-mana Kerajaan lain telahpun meminta bantuan bersama dalam siasatan kes 1MBD atau SRC: (i) Perkara ini bukan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau

hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah.

(ii) Pada 14.04.2017, pihak berkuasa Switzerland telahpun dilaporkan

menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama sekiranya apa-apa bantuan diminta oleh Malaysia berkenaan siasatan SRC dan 1MDB. (Sila lihat petikan daripada Malaysiakini bertarikh 14.04.2017.)

(iii) Pada 16.06.2017, Peguam Negara kita, Tan Sri Apandi Ali pula

dilaporkan berkata bahawa tiada mana-mana negara yang meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kes 1MDB. (Sila lihat petikan daripada NST bertarikh 16.06.2017.)

(iv) Jadi cukup jelas bahawa soalan PR1354-LO2412 adalah berkenaan perkara undang-undang yang sudah terjadi dan oleh itu sebab atas

mana soalan itu ditolak tidak berasas sama sekali. Ianya seharusnya dijawab.

Saya dengan segala hormatnya ingin menegaskan sekali lagi bahawa soalan-soalan yang ditanya itu adalah relevan dan perlu dijawab oleh Menteri-Menteri berkenaan. Saya juga difahamkan bahawa banyak soalan-soalan berkenaan 1MDB dan/ atau perkara yang berhubungkait dengannya telahpun ditolak. Soalan-soalan ini adalah penting dan berkaitan dengan perkara-perkara yang sedang berlaku dan diketahui umum sepertimana dinyatakan dan oleh yang demikian, adalah tugas dan tanggungjawab saya selaku Ahli Parlimen untuk membangkitkannya dalam Dewan Rakyat. Saya dengan itu merayu supaya usul saya dibenarkan dibahaskan dan keputusan Tuan Speaker itu dikaji semula dan diketepikan dengan serta-merta.” [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

30 AUM DR 10/8/2017

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN RAKYAT)

TAHUN 2017

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

DR. 7

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

- Pengurusan Bekalan Ubat di Klinik Kesihatan

Kementerian Kesihatan

10 Ogos 2017

ST.58

Perintah Ekstradisi (Ukraine) 2017

10 Ogos 2017

ST. 59

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Bagi Tahun 2016

10 Ogos 2017

31 AUM DR 10/8/2017

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU ) ( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 10.8.2017 (Khamis)

1. YB Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy

(Kota Kinabalu)

1. Perancangan BRT Dan Pengangkutan Awam Di Bandaraya Kota Kinabalu

1. YB Menteri Kewangan

2. 10.8.2017 (Khamis)

2. YB Puan Teo Nie Ching

(Kulai)

2. Isu kuari, Pembalakan, Keselamatan serta Permit Masuk Taman Rekreasi Hutan Simpan Kekal Gunung Pulai, Johor

2. YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

** Ucapan-ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)