makluman perubahan tarikh pendaftaran ......adalah saya merujuk perkara di atas. 2. tahniah kerana...

9
Tarikh : 11 Februari 2021 No Rujukan : PMM.JHEPP.600-2/1 Jld 4 ( ) Pelajar Baharu Politeknik Merlimau Sesi Disember 2020 Saudara/saudari, MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK MERLIMAU SESI DISEMBER 2020 Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari, pendaftaran pelajar baharu adalah secara atas talian (online) di laman sesawang http://spmp.pmm.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp dan perlu membuat cetakan Slip Pendaftaran Secara Atas Talian. 3. Merujuk kepada kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah mendapat persetujuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 31 Januari 2021, telah menetapkan pendaftaran yang dijadualkan pada 18 Januari 2021 di lanjutkan kepada 1 Mac 2020. Sehubungan itu, saudara/saudari diminta melapor diri secara fizikal di Kamsis Politeknik Merlimau bermula pada 1 Mac 2020 mengikut masa seperti dalam Jadual Pendaftaran Kamsis Politeknik Merlimau. Untuk makluman, semua pelajar baharu wajib tinggal di Kolej Kediaman sepanjang pengajian Sesi Disember 2020. 4. Untuk makluman sekiranya terdapat percanggahan maklumat dalam borang permohonan dengan sijil asal atau gagal mengemukakan bukti apabila dipohon, pihak Politeknik Merlimau berhak menarik balik tawaran kemasukan ini. Sekian, terima kasih. “MELAKA MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (HATTA BIN ZAINAL) Pengarah Politeknik Merlimau POLITEKNIK MERLIMAU KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KB 1031, Pejabat Pos Merlimau 77300 Merlimau MELAKA, MALAYSIA Tel : 06 – 263 6687, Faks: 06 – 263 6678 Laman Web : www.pmm.edu.my Facebook : politeknik.edu

Upload: others

Post on 17-Mar-2021

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN ......Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari,

Tarikh : 11 Februari 2021

No Rujukan : PMM.JHEPP.600-2/1 Jld 4 ( )

Pelajar Baharu Politeknik Merlimau Sesi Disember 2020

Saudara/saudari,

MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK

MERLIMAU SESI DISEMBER 2020

Adalah saya merujuk perkara di atas.

2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman

saudara/saudari, pendaftaran pelajar baharu adalah secara atas talian (online) di laman

sesawang http://spmp.pmm.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp dan perlu membuat

cetakan Slip Pendaftaran Secara Atas Talian.

3. Merujuk kepada kenyataan Media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah

mendapat persetujuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 31 Januari 2021, telah

menetapkan pendaftaran yang dijadualkan pada 18 Januari 2021 di lanjutkan kepada 1 Mac

2020. Sehubungan itu, saudara/saudari diminta melapor diri secara fizikal di Kamsis Politeknik

Merlimau bermula pada 1 Mac 2020 mengikut masa seperti dalam Jadual Pendaftaran Kamsis

Politeknik Merlimau. Untuk makluman, semua pelajar baharu wajib tinggal di Kolej Kediaman

sepanjang pengajian Sesi Disember 2020.

4. Untuk makluman sekiranya terdapat percanggahan maklumat dalam borang permohonan

dengan sijil asal atau gagal mengemukakan bukti apabila dipohon, pihak Politeknik Merlimau

berhak menarik balik tawaran kemasukan ini.

Sekian, terima kasih.

“MELAKA MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HATTA BIN ZAINAL)

Pengarah

Politeknik Merlimau

POLITEKNIK MERLIMAU KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KB 1031, Pejabat Pos Merlimau 77300 Merlimau MELAKA, MALAYSIA

Tel : 06 – 263 6687, Faks: 06 – 263 6678 Laman Web : www.pmm.edu.my Facebook : politeknik.edu

Page 2: MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN ......Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari,

MAKLUMAT PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

SESI DISEMBER 2020

POLITEKNIK MERLIMAU

1. PENDAFTARAN KAMSIS

Semua pelajar baharu Sesi Disember 2020 dikehendaki melapor diri pada:

Tarikh : 01 Mac 2021, 02 Mac 2021 & 03 Mac 2021 (Naik Taraf Pra Diploma)

(Mengikut Jadual Pendaftaran Kamsis)

Tempat : Kamsis Politeknik Merlimau

Calon Pelajar diingatkan untuk sentiasa melayari portal Pendaftaran Politeknik Merlimau

(http://www.jheppmm.com/portal/) bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan

pendaftaran pelajar baharu dan arahan semasa daripada Jabatan Pengajian Politeknik

Kolej Komuniti (JPPKK).

JADUAL PENDAFTARAN KAMSIS (POLITEKNIK MERLIMAU) JABATAN PROGRAM TARIKH/HARI MASA TEMPAT

JABATAN PELANCONGAN DAN

HOSPITALITI

(JPH)

Diploma Seni Kulinari Diploma Pengurusan Hotel Diploma Perkhidmatan Makanan

Amalan Halal Diploma Pengurusan Pelancongan Diploma Pengurusan Acara

01 Mac 2021 (Isnin)

08.30 Pagi -

12.30 Tengahari Kolej Kediaman

JABATAN KEJURUTERAAN

ELEKTRIK

(JKE)

Diploma Kejuruteraan Elektrik

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

01 Mac 2021 (Isnin)

2.30 Petang -

5.00 Petang

Kolej Kediaman

JABATAN PERDAGANGAN

(JP)

Diploma Akauntasi Diploma Pemasaran Diploma Pengajian

Perniagaan

2 Mac 2021 (Selasa)

8.30 Pagi -

12.30 Tengahari

Kolej Kediaman

JABATAN KEJURUTERAAN

AWAM

(JKA)

Diploma Kejuruteraan Awam Diploma Seni Bina Diploma Geomatik 2 Mac 2021

(Selasa)

2.30 Petang -

5.00 Petang

Kolej Kediaman

JABATAN KEJURUTERAAN

MEKANIKAL

(JKM)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diploma Kejuruteraan Mekanikal

(Pembuatan) Diploma Kejuruteraan

Mekatronik)

2 Mac 2021 (Selasa)

2.30 Petang -

5.00 Petang

Kolej Kediaman

PRA DIPLOMA (NAIK TARAF)

Semua Program

3 MAC 2021 (Rabu)

8.30 PAGI -

12.30 Tengahari

Kolej Kediaman

Page 3: MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN ......Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari,

2. RUPA DIRI PADA HARI MELAPOR DIRI Secara umumnya, pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi

pelajar Islam) dan sopan. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. Sila rujuk

Maklumat Rupa Diri Semasa Pendaftaran dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu

Sesi Dis 2020 yang boleh dimuat turun di laman sesawang

http://www.jheppmm.com/portal/index.php

3. TEMPOH ISOLASI SOP COVID -19

Kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi berhubung Kemasukan Pelajar ke Institusi

Pengajian Tinggi 2021 bertarikh 31 Januari 2021 adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, berdasarkan situasi semasa COVID -19 di Malaysia, PMM akan

melaksanakan proses isolasi bagi memastikan pelajar bebas COVID-19 iaitu bermula 01 Mac

2021 sehingga 10 Mac 2021.

i. Semua pelajar baharu tidak dibenarkan keluar daripada kampus PMM sepanjang

tempoh tersebut.

ii. Sebarang kunjungan/perjumpaan pelawat juga tidak dibenarkan sepanjang

tempoh tersebut.

iii. Pelajar boleh membeli makanan dan minuman serta peralatan harian di

kantin/koperasi/kiosk di dalam Politeknik Merlimau. Sebarang perbelanjaan adalah

di bawah tanggungan pelajar sendiri.

4. MAKLUMAT PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PASCA COVID-19 Pelajar dan ibubapa perlu memahami arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak

Politeknik, KPT selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan olek Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan

Negara (MKN). Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Disember 2020 (Pasca

Covid-19) adalah seperti berikut:

i. Sila tunjukkan maklumat DK (Deklerasi Kesihatan) yang telah lengkap diisi melalui

paparan telefon bimbit/cetak kepada pihak jawatankuasa petugas pendaftaran di

pintu masuk utama Politeknik Merlimau sebelum memasuki kawasan Kampus

PMM.

ii. Urusan pendaftaran dan lapor diri pelajar secara fizikal di Politeknik Merlimau adalah

secara Pandu Lalu melalui kenderaan masing-masing sahaja.

iii. Pelajar sahaja dibenarkan keluar daripada kenderaan bagi urusan penginapan

di Kolej Kediaman. Ibu bapa atau waris tidak dibenarkan sama sekali keluar daripada

kenderaan sepanjang berada di Politeknik.

Page 4: MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN ......Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari,

iv. Urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara berperingkat bagi

memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada satu-satu masa. Perjalanan

pelajar adalah ditanggung dan diurus sendiri oleh pelajar.

v. Pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, penggunaan

pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial akan

diadakan di seluruh politeknik.

vi. Hanya SATU (1) kenderaan dan DUA (2) ORANG WARIS sahaja yang dibenarkan

untuk mengiringi pelajar semasa hari pendaftaran. (Warga emas dan kanak-kanak

dibawah umur 12 tahun juga adalah tidak dibenarkan).

vii. Semua pelajar dan waris perlu memakai pelitup muka sepanjang berada di

Politeknik.

viii. Pelajar yang bergejala Covid-19, berstatus Person Under Investigation (PUI) atau

Person Under Surveillance (PUS), tidak dibenarkan mendaftar.

ix. Semua pelajar perlu menjalani Kuarantin Diri (Self Quarantine) di rumah masing-

masing selama 10 hari sebelum hadir ke PMM.

x. Semua pelajar perlu menjalani Proses Pengasingan Diri (Self Isolation) di Kamsis

selama 10 hari sebelum mengikuti pelaksanaan Kuliah secara Bersemuka/Hibrid.

xi. Sebagai langkah Pengurusan Penilaian Risiko pasca Covid-19, semua pelajar wajib mengisi Aplikasi PolyDec yang boleh di akses melalui pautan https://polydec.mypolycc.edu.my/. Pelajar juga diminta untuk menjawab dengan jujur dan

pihak PMM akan mengenal pasti data DK tersebut, jika perlu penempatan semula Bilik Kamsis akan dilaksanakan bagi pelajar yang berisiko.

xii. Pelajar perlu melengkapkan deklarasi ini melalui aplikasi PolyDec sebanyak 2 kali sehari mengikut tempoh masa berikut:

• Masa daftar masuk: 11.00 pagi – 1 petang • Masa daftar keluar: 6.00 petang – 8.00 malam

xiii. Sila Rujuk Pengguna bagi maklumat penggunaan PolyDec (Lampiran 2).

xiv. Sila Rujuk Carta Alir PolyDec bagi maklumat lanjut. (Lampiran 3).

Page 5: MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN ......Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari,

5. DOKUMEN PENDAFTARAN

Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa oleh pelajar semasa proses pendaftaran pelajar

baharu PMM sesi Dis 2020.

a. Proses Pendaftaran Kamsis

Slip Pendaftaran Secara Atas Talian yang akan diserahkan kepada kaunter Serahan Kunci.

Rujuk (Lampiran 1).

b. Proses Pendaftaran Kursus (Pada Minggu Suai Kenal)

i. Borang HEP1 hingga HEP6

ii. Salinan Asal bagi Sijil SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan Kad Pengenalan.

Page 6: MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN ......Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari,

LAMPIRAN 1

Slip Pengesahan Pendaftaran Atas Talian (Online)

Page 7: MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN ......Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari,

LAMPIRAN 2

Page 8: MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN ......Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari,

LAMPIRAN 3

MANUAL PENGGUNA APLIKASI POLYDEC

1. Klik pada pautan https://polydec.mypolycc.edu.my/

2. Paparan seperti berikut akan terpapar.

3. Selepas maklumat Username dan Password di isi, klik butang Login dan paparan seperti di

berikut akan terpapar.

Nombor Kad Pengenalan

Page 9: MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH PENDAFTARAN ......Adalah saya merujuk perkara di atas. 2. Tahniah kerana berjaya melanjutkan pengajian di Politeknik Merlimau. Untuk makluman saudara/saudari,

4. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dengan JUJUR.

5. Selepas menjawab soalan, klik butang Hantar.

6. Paparan berikut akan terpapar selepas butang Hantar di klik.

7. Pelajar boleh memuat turun aplikasi ini dengan menekan butang APK HP

8. Sila klik Logout apabila selesai. Sebarang masalah boleh hubungi JHEP PMM di talian

011 56944427.