makluman ibu bapa

3
_________________________________________________________________ _____________ Kepada, 20 April 2015 Ibubapa/ penjaga Tuan/Puan, LAWATAN SAMBIL BELAJAR-PELAJAR ELEKTIF (GEOGRAFI) TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS PAHANG Merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah telah merancang dan mengatur beberapa program yang berfaedah untuk pelajar- pelajar yang mengambil matapelajaran Geografi bagi mendapat pendedahan yang sebenar dan bukannya hanya melalui buku teks semata-mata . Oleh itu salah satu daripada program tersebut adalah lawatan ke Jabatan Meteorologi. 2. Bagi yang berminat untuk menyertai lawatan ini, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan lawatan tersebut seperti berikut:- Tarikh : 24 April (Jumaat) – 25 April (Sabtu) 2015 Tempat : Cameron Highlands, Pahang. Masa berkumpul: 7.30 pagi Bayaran: RM50 (tambang bas, penginapan, sijil penyertaan dan cenderahati) 3. Oleh itu, kami berharap pihak ibubapa/penjaga boleh membenarkan anak-anak mereka menyertai lawatan ini dan menjayakan program ini. Kami berharap pihak ibubapa/penjaga boleh membuat SMK KAMPONG SOEHARTO 44010 KUALA KUBU BHARU SELANGOR DARUL EHSAN TEL : 03-60461193

Upload: epuls3200

Post on 16-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Geografi

TRANSCRIPT

______________________________________________________________________________

Kepada,

20 April 2015

Ibubapa/ penjaga

Tuan/Puan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR-PELAJAR ELEKTIF (GEOGRAFI)

TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS PAHANG

Merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah telah merancang dan mengatur beberapa program yang berfaedah untuk pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Geografi bagi mendapat pendedahan yang sebenar dan bukannya hanya melalui buku teks semata-mata . Oleh itu salah satu daripada program tersebut adalah lawatan ke Jabatan Meteorologi.

2.Bagi yang berminat untuk menyertai lawatan ini, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan lawatan tersebut seperti berikut:-

Tarikh

: 24 April (Jumaat) 25 April (Sabtu) 2015

Tempat: Cameron Highlands, Pahang.

Masa berkumpul: 7.30 pagi

Bayaran: RM50 (tambang bas, penginapan, sijil penyertaan dan cenderahati)

3.Oleh itu, kami berharap pihak ibubapa/penjaga boleh membenarkan anak-anak mereka menyertai lawatan ini dan menjayakan program ini. Kami berharap pihak ibubapa/penjaga boleh membuat keputusan dengan segera agar pengurusan lawatan boleh dilakukan dengan lancar.

4. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar, (MUHAMMAD RAMZE BIN BAHARIN) Ketua Panita Geografi

SMK Kg. Soeharto

SMK KAMPONG SOEHARTO

44010 KUALA KUBU BHARU

SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-60461193

Saya_______________________ibu/bapa/penjaga kepada________________________daripada kelas_________ telah membenarkan/tidak membenarkan anak jagaan saya menyertai lawatan ke Cameron Highlands, Pahang pada 24-25 April 2015 dengan bayaran RM50.00

2. Sesungguhnya saya faham, pihak sekolah dan badan pengelola aktiviti telah memberi segala penerangan dan mengambil langkah-langkah keselamatan serta pengawasan rapi semasa aktiviti tersebut dijalankan dan saya mengaku sekiranya berlaku sebarang kemalangan / kecederaan kepada anak / jagaan saya sewaktu dalam perjalanan atau ketika dalam menjalankan aktiviti berkenaan.3. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah dan badan pengelola aktiviti ini atau wakilnya untuk memberi pertolongan cemas atau bantuan perubatan dan rawatan kepada anak / jagaan saya jika perlu.

Yang benar,_____________________

( )

Ibu bapa / PenjagaSMK KAMPONG SOEHARTO

44010 KUALA KUBU BHARU

SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-60461193