majlis penyerahan duit 100

Upload: muhd-hakim-shamshuddin

Post on 16-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

DOA

TRANSCRIPT

Majlis penyerahan duit 100Majlis mengumumkan ketibaan .. diiringi oleh Guru Besar SK Rawang dan semua tetamu jemputan masuk kedalam dewanMajlis pengagihan wang bantuan persekolahan dimulakan dengan menyanyikana. Lagu NegarakuPara hadirin diminta bersedia....................selepas nyanyian........Tuan-tuan dan puan-puan dan warga SK Rawang dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.1. Yang berhormat 2. Yang berusaha Tuan Guru Besar SK Rawang .3. Yang dikasihi . Yang dipertua PIBG 4. Yang dihormati ................................5. Para ibubapa dan penjaga pelajar6. Para pelajar yang di rahmati sekelian

Terbang belatuk ke kuala perlisDi tengah permatang mencari ikanKehadiran .. penyeri majlisSelamat datang kami ucapkan

ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang oleh kerajaan

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran ., para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian dalam majlis pengagihan wang bantuan persekolahan ini. Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis ini. BACAAN DOA Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan hidayah sempena majlis pengagihan wang bantuan persekolahan ini. Jesteru, Majlis mempersilakan . untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan........................ Bacaan DoaMajlis merakamkan jutaan terima kasih kepada di atas bacaan doa itu tadi.Selain daripada (BR1M) kerajaan juga telah memberikan Bantuan Persekolahan sebanyak RM 100 yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Melalui bantuan ini dilihat dapat membantu kira-kira 5.3 juta pelajar di seluruh negara dan tujuan bantuan ini diberi pada awal tahun ini adalah bagi memudahkan proses pembelian keperluan pembelajaran bagi setiap pelajar. Bebanan ibu bapa juga dilihat dapat dikurangkan kerana anak-anak dapat menggunakan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan tulis dan buku-buku. Bantuan persekolahan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat mengenai masalah yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa setiap kali musim persekolahan bermula dalam menyediakan anak-anak agar mendapat suasana yang selesa dalam proses pembelajaran.

Ucapan GB

Pergi ke kota beli selasih,mencari manisan buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan Guru Besar SK Rawang Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************************Ucapan GB****************************************Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan GB itu tadi.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Tanah terbiar tidak bertuan,Berpagar teguh tidak berpapan,Yang Berhormat jadi tumpuanPersilakan .. memberi ucapan

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh Yang berhormat Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*********************************Ucapan Perasmi**********************************Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berhormat ., atas ucapan sempena majlis pengagihan wang bantuan persekolahan sebentar tadi

Penyampaian wang sumbangan

Hadirin-hadirat warga dewan yang dikasihi,

Acara diteruskan lagi dengan pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan dari Yang berhormat ... Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berhormat diiringi oleh Tuan Guru Besar SK Rawang untuk tampil menyempurnakan pengagihan tersebut dengan segala hormatnya dipersilakan

PENUTUPWarga dewan yang dirai,kita telah pun sampai ke penghujung majlis, oleh itu maaf jua dipinta di atas sebarang kesilapan dan kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillahwassalamualaikum dan terima kasih. Majlis Bersurai.