majlis 3 penjuru smk aapertang 2011

3
SKRIP PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENYAMPAIAN KOMPUTER RIBA 1 MALAYSIA DAN PERJUMPAAN TIGA PENJURU SMK PERTANG 2011 Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Razak bin Mansor, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Bismillahirrahmanirahim Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera 1. Yang Berhormat Dato Razak bin Mansor, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap ADUN Pertang. 2. Yang Berusaha Tuan Haji Ab Kadir bin Haji Nordin, Pengetua SMK Pertang. 3. Yang Berusaha Encik Padzlan bin Rosu, Yang Dipertua PIBG SMK Pertang dan barisan Ahli Jawatankuasanya. 4. Yang dihormati Puan Hajah Noor Lailawati binti Nordin, GPK Akademik. 5. Cik Lim Boon Yuan, GPK HEM 6. Encik Johar bin Abu, GPK Kokurikulum 7. Guru-guru ketua bidang 8. Guru-guru 9. Para ibu bapa, dan seterusnya 10. Murid-murid yang dikasihi. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin- Nya jua, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi menjayakan Majlis Penyampaian Komputer Riba 1 Malaysia dan Perjumpaan Tiga Penjuru SMK Pertang 2011 bagi memberi gambaran kepada kita tentang kepentingan penggunaan komputer riba dalam usaha mempelbagaikan sumber untuk menambahkan ilmu dan kemahiran murid, serta dalam masa yang sama, majlis ini dapat dijadikan sebagai medan untuk pihak sekolah dan para ibu bapa atau penjaga untuk berbincang tentang kemajuan akademik dan sahsiah anak- anak mereka yang menjadi keutaman bersama. Kami, warga SMK Pertang mengambil kesempatan pada pagi ini untuk mengucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Dato , para ibu bapa atau penjaga ke majlis yang penuh bermakna ini. Tahniah dan syabas buat kalian atas keprihatinan yang diberikan

Upload: austin-schmidt

Post on 02-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

AAA

TRANSCRIPT

PROGRAM CURAHAN KASIH

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENYAMPAIAN KOMPUTER RIBA 1 MALAYSIADAN PERJUMPAAN TIGA PENJURU SMK PERTANG 2011

Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Razak bin Mansor,

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera1. Yang Berhormat Dato Razak bin Mansor, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap ADUN Pertang.2. Yang Berusaha Tuan Haji Ab Kadir bin Haji Nordin, Pengetua SMK Pertang.3. Yang Berusaha Encik Padzlan bin Rosu, Yang Dipertua PIBG SMK Pertang dan barisan Ahli Jawatankuasanya.4. Yang dihormati Puan Hajah Noor Lailawati binti Nordin, GPK Akademik.5. Cik Lim Boon Yuan, GPK HEM

6. Encik Johar bin Abu, GPK Kokurikulum

7. Guru-guru ketua bidang

8. Guru-guru9. Para ibu bapa, dan seterusnya

10. Murid-murid yang dikasihi.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi menjayakan Majlis Penyampaian Komputer Riba 1 Malaysia dan Perjumpaan Tiga Penjuru SMK Pertang 2011 bagi memberi gambaran kepada kita tentang kepentingan penggunaan komputer riba dalam usaha mempelbagaikan sumber untuk menambahkan ilmu dan kemahiran murid, serta dalam masa yang sama, majlis ini dapat dijadikan sebagai medan untuk pihak sekolah dan para ibu bapa atau penjaga untuk berbincang tentang kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak mereka yang menjadi keutaman bersama. Kami, warga SMK Pertang mengambil kesempatan pada pagi ini untuk mengucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Dato, para ibu bapa atau penjaga ke majlis yang penuh bermakna ini. Tahniah dan syabas buat kalian atas keprihatinan yang diberikan demi masa depan anak-anak bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan.11. Para hadirin yang dihormati, manusia hanya merancang dan Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Demi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Encik Marzuki bin Abd Rahaman untuk mengetuai bacaan doa, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Marzuki bin Abd Rahaman atas bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada pagi ini beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

12. Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha Encik Padzlan bin Rosu, Yang Dipertua PIBG SMK Pertang untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

...

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Yang Dipertua PIBG SMK Pertang atas ucapan yang diberi.

13. Para hadirin yang dihormati, marilah kita bersama-sama mengikuti ucapan Yang Berhormat Dato Razak bin Mansor, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, merangkap ADUN Pertang dan seterusnya merasmikan majlis kita pada pagi ini.

Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

...

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus atas ucapan dan perasmian majlis ini sebentar tadi.

14. Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian Komputer 1 Malaysia. Bagi atur cara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Ab Kadir bin Nordin, Pengetua SMK Pertang menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Dato Razak bin Mansor, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap ADUN Pertang untuk menyempurnakannya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus atas kesudian menyampaikan Komputer 1 Malaysia kepada para penerima.

15. Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih daripada warga sekolah ni, majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Ab Kadir bin Nordin, Pengetua SMK Pertang untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dato Razak bin Mansor, dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

16. Sebelum mengundurkan diri, saya bagi pihak warga SMK Pertang mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Dato Razak bin Mansor, tuan-tuan dan puan-puan yang sudi hadir dalam majlis kami pada pagi ini. Kepada para ibu bapa atau penjaga yang dihormati, sila dapatkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 daripada guru kelas anak tuan-tuan dan puan-puan. Akhir kata, wasalamualaikum warahmatullah. Sekian, terima kasih.