m18

6
WAJ3101 UNIT BERUNIFORM I ORIENTASI KURIKULUM UB DI SEKOLAH RENDAH Program Unit Beruniform merupakan sesuatu program wajid dilaksanakan semua sekolah rendah di Malaysia. Ia telah diperkenalkan kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah rendah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengangkap, Pandu Puteri, Kadet Polis, Bulan Sabit Merah Malaysia. Sebagai contohnya, kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) yang dilaksanakan berpandu pada 3 teras iaitu yang pertama pendidikan moral. Kurikulum TKRS dirangkakan untuk membolehkan murid-murid memahami dan mengenal Tuhan, mengamalkan amalan yang murni dan mengetahui adat istiadat kaum lain. Teras kedua iaitu pendidikan ketatanegaraan, TKRS mendidik murid-murid mengenal bendera negara Malaysia dan menghayati Rukun Negara. Seterusnya, teras yang ketiga adalah latihan fizikal. Iaitu aktiviti-aktiviti seperti kawad kaki dan latihan kecergasan juga turut diadakan. Manakala teras elektif pula merangkumi beberapa aktiviti seperti aktiviti di darat, mental, ketahanan diri, pendidikan luar, alam sekitar atau kemahiran hidup, aktiviti di air dan khidmat kepada sekolah. Sebagai contohnya, aktiviti di darat yang dilaksanakan adalah seperti penggunaan kompas, aktiviti pandu arah, atau ikhtiar hidup. Manakala aktiviti mental pula termasuklah mencipta slogan dan logo. Aktiviti ketahanan diri seperti latihan asas bantu mula, latihan asas kawad kaki, latihan kecemasan semasa kebakaran, ikatan dan simpulan serta membaca dan mentafsir peta juga merupakan salah satu aktiviti dalam kurikulum TKRS. Selaras dengan itu, aktivtii pendidikan luar seperti perkhemahan, orienteering, aktiviti tali (abseiling, flying fox) atau kembara juga dilaksanakan. Melalui TKRS, murid-murid dapat menyertai aktiviti pendidikan alam sekitar untuk mengenal flora dan fauna serta belajar untuk menjaga kebersihan. Selain itu, mereka juga dapat menyertai aktiviti kemahiran hidup seperti merekacipta dari bahan-bahan terbuang, mengitar semula dan mempelajari asas jahitan, memasak dan kraftangan. Mereka juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti di air seperti water confidence dan asas berenang.

Upload: tieng-huang

Post on 18-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

adat istiadat menaikkan bendera

TRANSCRIPT

WAJ3101 UNIT BERUNIFORM I ORIENTASI KURIKULUM UB DI SEKOLAH RENDAHProgram Unit Beruniform merupakan sesuatu program wajid dilaksanakan semua sekolah rendah di Malaysia. Ia telah diperkenalkan kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah rendah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengangkap, Pandu Puteri, Kadet Polis, Bulan Sabit Merah Malaysia. Sebagai contohnya, kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) yang dilaksanakan berpandu pada 3 teras iaitu yang pertama pendidikan moral.

Kurikulum TKRS dirangkakan untuk membolehkan murid-murid memahami dan mengenal Tuhan, mengamalkan amalan yang murni dan mengetahui adat istiadat kaum lain. Teras kedua iaitu pendidikan ketatanegaraan, TKRS mendidik murid-murid mengenal bendera negara Malaysia dan menghayati Rukun Negara. Seterusnya, teras yang ketiga adalah latihan fizikal. Iaitu aktiviti-aktiviti seperti kawad kaki dan latihan kecergasan juga turut diadakan. Manakala teras elektif pula merangkumi beberapa aktiviti seperti aktiviti di darat, mental, ketahanan diri, pendidikan luar, alam sekitar atau kemahiran hidup, aktiviti di air dan khidmat kepada sekolah.

Sebagai contohnya, aktiviti di darat yang dilaksanakan adalah seperti penggunaan kompas, aktiviti pandu arah, atau ikhtiar hidup. Manakala aktiviti mental pula termasuklah mencipta slogan dan logo. Aktiviti ketahanan diri seperti latihan asas bantu mula, latihan asas kawad kaki, latihan kecemasan semasa kebakaran, ikatan dan simpulan serta membaca dan mentafsir peta juga merupakan salah satu aktiviti dalam kurikulum TKRS. Selaras dengan itu, aktivtii pendidikan luar seperti perkhemahan, orienteering, aktiviti tali (abseiling, flying fox) atau kembara juga dilaksanakan. Melalui TKRS, murid-murid dapat menyertai aktiviti pendidikan alam sekitar untuk mengenal flora dan fauna serta belajar untuk menjaga kebersihan. Selain itu, mereka juga dapat menyertai aktiviti kemahiran hidup seperti merekacipta dari bahan-bahan terbuang, mengitar semula dan mempelajari asas jahitan, memasak dan kraftangan. Mereka juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti di air seperti water confidence dan asas berenang.

Skim Latihan

Antara Skim Latihan yang dikandung dalam Program Unit Beruniform termasuklah aktivtiti-aktiviti seperti latihan kawad kaki, perkhemahan, pertolongan cemas dan ikatan tali. Latihan kawad kaki ditawarkan untuk menerapkan kemahiran kawad kaki kepada setiap anggota. Aktiviti pertolongan cemas pula diperkenalkan atas tujuan untuk memberi persediaan kepada murid-murid bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan yang berlaku di rumah atau di mana-mana tempat. Aktiviti perkhemahan pula merangkumi tiga jenis aktiviti iaitu Solo camping, meredah hutan dan meredah sungai yang bertujuan menguji kekuatan fizikal dan mental, membina hubungan sosial dengan rakan dan mengeratkan ikatan silaturahim dan memupuk kerjasama antara rakan kadet. Aktiviti ikatan tali pula merangkumi simpulan dan ikatan asas, simpulan buku sila, ikatan manuk dan ikatan balak. Ikatan dan simpulan memainkan peranan yang penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Ikatan semasa membuat balutan haruslah kemas supaya menyenangkan pakar paramedik. Selain itu, kemahiran dan teknik ikatan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Galakan dan Motivasi

Menurut Kamus Pelajar DBP (2008), galakan merupakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dan lain-lain seperti sokongan dari segi moral. Manakala motivasi pula merupakan sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dgn penuh minat. Motivasi adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat yang berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaabadan, Zuraida, 2004). Dalam hal ini, guru harus memainkan peranan untuk memberikan galakan dan motivasi kepada murid-murid.

Galakan dan motivasi daripada guru adalah amat penting untuk menggalakkan penyertaan murid dalam Unit Beruniform. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keinginan murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam Unit Beruniform. Dengan motivasi guru, maka murid akan terus usaha untuk mencapai matlamat yang disasarkan dalam sesuatu unit beruniform yang disertai. Seterusnya, mewujudkan keghairahan murid untuk belajar dan bergiat aktif dalam Unit Beruniform dan mengalakkan perkembangan individu secara holistik.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam meningkatkan motivasi dan minat murid terhadap penglibatan diri dalam unit beruniform. Sebagai contohnya, guru boleh mewujudkan Unit Beruniform yang sesuai dengan minat murid. Dengan demikian, murid adalah lebih minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktivit yang dilaksanakan. Seterusnya, guru menjelaskan secara terperinci tujuan sesuatu Unit Beruniform diwujudkan dan kepentingannya kepada murid. Murid sedar akan kebaikan unit beruniform terhadap diri sendirinya, maka mereka akan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Guru juga harus mewujudkan persekitaran yang selamat semasa menjalankan aktiviti Unit Beruniform. Keselamatan murid adalah eleman yang paling penting sekali dan harus dipantau oleh guru dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti Unit Beruniform.

Sehubungan dengan itu, guru harus memastikan setiap murid rasa diterima dalam Unit Beruniform yang dianggotai oleh murid tersebut. Dengan perasaan dirinya dihargai dan diiktiraf oleh kawan-kawannya dalam sesuatu unit beruniform, maka mereka akan terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Guru boleh memperkenalkan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dalam setiap perjumpaan Unit Beruniform untuk meningkatkan minat mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menjadikan pembelajaran setiap topik dalam kurikulum Unit Beruniform lebih menarik dan sesuai dengan minat murid dan melibatkan murid-murid secara aktif dalam setiap pembelajaran / aktiviti dalam Unit Beruniform.

Cintakan Pertubuhan Sukarela

Kerja Sukarela merupakan sesuatu aktiviti yang amat bermakna untuk seseorang individu dengan hati yang ikhlas tanpa sebarang paksaan. Sebagai contohnya, seorang muda menolong warga tua melintas jalan yang sibuk, pelajar sekolah memungut kaca di tepi jalan dan memasukkannya ke dalam bakul sampah, penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman ataupun mahasiswa universiti membantu mangsa-mangsa banjir. Ini merupakan antara contoh-contoh kerja sukarela yang sering dilakukan dalam masyarakat kita.

Kerja-kerja sukarela haruslah dilaksanakan oleh kita dengan ikhlas, tanpa mengharapkan ganjaran, balasan material, tanpa paksaan sesiapa dan dapat memberi manfaat kepada pihak sasar (yang dibantu). Dari segi konsep, kerja sukarela dikatakan lahir di dalam diri seseorang (cetusan dalaman, merupakan suatu proses pendidikan dan pembelajaran dan suatu bentuk penyertaan aktif warganegara dalam isu-isu dan kepentingan bersama. Kerja sukarela dilaksanakan atas tujuan untuk menjalin hubungan persaudaraan, menanam perasaan kasih sayang dan meningkatkan keperihatinan sosial serta kerjasama masyarakat. Selain itu, kerja sukarela juga dilaksanakan untuk mengukuhkan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Melalui kerja-kerja sukarela, dapat mengasahkan bakat dan kebolehan murid-murid. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan semangat patriotisme dan menanam nilai-nilai kemanusiaan sejagat dalam kalangan masyarakat.

Antara prinsip kerja-kerja sukarela termasuklah sedia berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran dengan pihak yang memerlukan (sedia membantu, tidak kedekut), berkhidmat tanpa pilih kasih atau diskriminasi, menyumbang atau berkongsi tanpa mengharapkan balasan material dan mesti bertolak daripada keadaan dan keperluan kumpulan sasar (bukan daripada sikap, keadaan, kemahuan sukarelawan, ia bermula dari komuniti). Kerja-kerja sukarela juga harus melibatkan kumpulan sasar dalam sebarang keputusan dan tindakan (komuniti harus bersama-sama terlibat aktif, cuba dapatkan penyertaan mereka..). Manusia atau insan sumber utama dalam kerja sukarela (bukan duit, bukan pangkat, atau kedudukan..) Setiap orang boleh bersukarela, berkongsi, menyumbang sesuatu. Ciri-ciri yang harus diterapkan oleh seseorang dalam menjalankan kerja sukarela adalah bersedia dan suka berkhidmat, bertimbang rasa , faham dan jelas sebab-sebab menceburkan diri dalam kerja sukarela, sedia berkongsi, bersikap rendah hati (humble) dan mempunyai andaian-andaian (assumptions) dan tanggapan positif terhadap kumpulan sasar dan masyarakat. Mereka juga suka belajar, bersedia memperbaiki diri, sanggup menghadapi cabaran dan rintangan serta bersemangat dan teguh meskipun tidak mendapat penghargaan dan pengiktirafan orang.

Refleksi

Refleksi merupakan satu tindakan di mana guru-guru akan mengimbas kembali terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan untuk mengadakan sebarang penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang dihadapi dalam kelas. Pengajaran Mikro merupakan sesuatu aktiviti yang diperkenalkan kepada guru pelatih secara ansur maju dengan aktiviti yang kompleks. Ia fokus kepada pengajaran khusus, manakala maklum balas pula dimantapkan dengan penggunaan video dan boring penyeliaan. Antara tujuan pengukuhan dilaksanakan dalam pengajaran kokurikulum adalah untuk menggalakkan murid menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan melibatkan murid dalam perbincangan kelas. Manakala peneguhan positif yang boleh diberikan oleh guru adalah melalui ganjaran yang digunakan untuk memotivasikan, memberikan pujian dan penghargaan dan mengalakkan murid bertindak positif. Peneguhan negatif pula diberikan kepada murid-murid apabila rangsangan yang buruk seperti tahan dalam kelas. Guru memberikan pilihan kepada murid sama ada hendak peneguhan negatif atau tindakan sewajarnya bagi memastikan kelancaran pengajaran kokurikulum.