m16

76
1. Bincangkan asas-asas hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia. 2. Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia. Disediakan oleh: Anne Sia Kah Bing Cecilia Tiong Kim Chin Hun Ming Yen Tan Joo Khiung Tu Hiong Hiong

Upload: may-tyng-lam

Post on 18-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Cabaran Terhadap Hubungan Etnik

1. Bincangkan asas-asas hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia.2. Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.Disediakan oleh:Anne Sia Kah BingCecilia Tiong Kim ChinHun Ming YenTan Joo KhiungTu Hiong HiongBincangkan asas-asas hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia.Ralph Linton (1936) Kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu. Lucy Mair (1965) Masyarakat adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia yang saling berhubungan secara kolektif dengan mampunyai hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf. Menurut definisi Kamus Dewan (2005)Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu. Definisi MasyarakatSecara umumnya, masyarakat boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia hidup bersama, saling berhubungan dan bekerjasama, mempunyai kesatuan sosial, serta sentiasa membina kebudayaan.Definisi MasyarakatCiri-ciri Utama MasyarakatAsas-asas Hubungan EtnikAhli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza. EtnikGabungan pelbagai sifat dan komponen yang kebiasaannya dimiliki oleh kumpulan etnik (Smelser, 1988). Etnisiti merangkumi perkongsian kepercayaan, norma, nilai, keutamaan di dalam kumpulan, ketaatan dan menyenangi kelompoknya sendiri.EtnisitiSatu tanggapan bahawa kumpulannya adalah yang terbaik berbanding dengan kumpulan yang lain. Ini mengakibatkan kegagalan untuk menerima pandangan orang daripada kumpulan lain. Contohnya seperti dalam sistem kasta, golongan Brahmin menganggap diri mereka adalah suci dan mulia. Etnosentrisme Pengasingan secara fizikal atau emosi antara individu yang mempunyai perbezaan tanggapan. Jarak sosial boleh wujud akibat sikap negatif terhadap kelompok lain. Kewujudan jarak sosial disebabkan oleh ketiadaan interaksi sosial di antara kelompok kerana perbezaan tempat tinggal, pekerjaan, bahasa, agama, adat resam dan perbezaan etnik.Jarak Sosial Penyatuan antara kelompok yang berbeza tetapi hidup di bawah sistem pemerintahan yang sama. Setiap kelompok hidup bersama secara aman tanpa mengira latar belakang dan bebas mengamalkan budaya masing-masing. Integrasi boleh berlaku melalui proses akomodasi, akulturasi dan asimilasi.Integrasi Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya (Ting Chew Peh, 1987).Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.AkomodasiSatu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Dalam perkataaan lain, akomodasi dikenali sebagai situasi menang-menang (win-win situation) di mana kedua-dua pihak yang bertentangan pendapat akan memperoleh faedah daripada satu matlamat baru yang telah dibina secara bersama dan kolektif. Sebagai contoh, di Malaysia, meskipun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian bahasa-bahasa lain masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan.AkomodasiSatu proses penggabungan kebudayaan masyarakat yang berbeza-beza untuk membentuk satu kebudayaan serta identiti masyarakat yang baru. Asimilasi boleh mendatangkan dua jenis kesan yang berbeza. Kelompok masyarakat yang diasimilasikan akan berubah menjadi satu kelompok yang baru dengan menghilangkan kebudayaan serta identiti asalnya. Kelompok yang diasimilasikan akan mengamalkan kebudayaan baru yang dicipta hasil daripada percantuman budaya antara kelompok dengan kebudayaan asalnya. AsimilasiProses asimilasi boleh berlaku apabila golongan minoriti bersedia untuk menyerap budaya golongan majoriti dan golongan majoriti bersedia menerima golongan minoriti tersebut. Proses ini ialah asimilasi sehala (rujuk kepada Rajah 3).

Asimilasi

Asimilasi dua hala pula ialah apabila kedua-dua kumpulan menerima sebahagian kebudayaan antara satu dengan lain (rujuk kepada Rajah 4).Asimilasi

Didefinisikan sebagai proses penerimaan unsur budaya dari satu kelompok kepada satu kelompok yang lain. Tahap penerimaan sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada sejauh mana kebudayaan asing tersebut mampu memberikan kelebihan dan manfaat kepada kelompok tersebut. Penerimaan adalah dalam bentuk unsur budaya yang positif.Sebagai contoh, pemakaian tali leher telah diterima oleh semua masyarakat dunia. Akulturasi Walau bagaimanapun, penyerapan nilai negatif juga berlaku dan selalunya ditolak oleh masyarakat umum dan hanya diamalkan oleh segelintir ahli masyarakat. Seperti pengaruh black metal dalam kalangan anak muda. Isu penolakan atau keengganan tersebut timbul ekoran wujudnya perasaan bahawa kebudayaan asing akan menghancurkan serta merosakkan kebudayaan asal mereka.Akulturasi Merupakan sikap pilih kasih sesebuah kelompok terhadap satu kelompok yang lain yang dirasakan tidak setaraf dengannya. Merupakan perbuatan yang dizahirkan melalui perasaaan yang telah dicipta iaitu memandang rendah terhadap standard kebudayaan kelompok lain. Sebagai contoh, krisis yang wujud di Barat yang memandang orang kulit hitam sebagai golongan masyarakat yang hina. Diskriminasi yang wujud itu dicipta oleh orang kulit putih untuk menghalang orang kulit hitam menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah organisasi.DiskriminasiMerupakan kesimpulan yang dibuat berdasarkan perasaan dalaman individu terhadap individu lain atau antara kelompok dengan kelompok lain yang tidak berdasarkan sebarang bukti atau maklumat yang lengkap dan betul. Prasangka lazimnya timbul apabila wujudnya khabar angin yang bersifat negatif dalam sesebuah masyarakat terhadap kelompok lain. Prasangka akan menyumbang kepada kesan yang negatif yang mengancam hubungan dan keharmonian sesebuah kelompok masyarakat. Kewujudan prasangka adalah disebabkan kurangnya interaksi serta keengganan menerima dan memahami budaya orang lain.PrasangkaDitakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.PrejudisPrejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.PrejudisStereotaip merupakan satu fahaman sesebuah kelompok dengan mengeneralisasikan kelompok yang lain berdasarkan sikap, perbuatan serta fahaman seseorang individu daripada kelompok tersebut. Sebagai contoh, dalam kajian Gallup yang dibuat terhadap 1,007 responden yang terdiri daripada orang dewasa Amerika mendapati mereka enggan berjiran dengan orang Islam. Ini kerana mereka berpendapat orang Islam bersifat ekstremis (Utusan Malaysia, 13 Ogos 2006). StereotaipMerupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik.Seperti "semua orang Arab itu beragama Islam", "orang Belanda itu bersifat kedekut". Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.StereotaipCABARAN GLOBALISASI DALAM MEMPENGARUHI HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.Menurut Kamus Dewan Fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.Cediakawan barat Satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini

DEFINISI GLOBALISASIEKONOMIGlobalisasi ekonomi telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui perluasan perusahaan melampaui sempadan negara .IMPLIKASI DAN KESANPerspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap.Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar sempadan nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan bukan mentah.Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara.Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global.Teknologi

Kehidupan manusia pada masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi. Teknologi seperti komputer menjadi canggih adalah bergantung pada sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang sedang berlaku hari ini pasti memberikan peningkatan dan perubahan yang lebih ketara dalam bidang teknologi.Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi maklumat dan komputer.Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin teknikal, statistik dan berasaskan komputer.Kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan ke arah menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi komputer.Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Akan tetapi, cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju ke arah globalisasi.Kebudayaan sebuah negaraTerdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam bentuk globalisasi.Budaya MakanBudaya FesyenBudaya KerjaBudaya Muzik dan HiburanBudaya BahasaCabaran Terhadap Hubungan EtnikCABARAN 1 Membina Personaliti Rakyat yang berjiwa Merdeka

Memiliki iltizam keagamaan yang kuat adalah antara prasyarat utama bagi membolehkan seseorang memiliki personaliti berjiwa Malaysia.Hal ini akan mencegah penganiayaan kepada orang lain kerana setiap agama sentiasa menyeru untuk berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.AGAMAOleh hal yang demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.Di Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah dimaktubkan sebagai bahasa rasmi. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahasa melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.BAHASAKedudukan dan taraf bahasa kebangsaan terkandung dalam :Perkara 152 Perlembagaan PersekutuanAkta bahasa kebangsaan 1963Akta PendidikanDengan bahasa ini maka lahirlah ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa yang melambangkan martabat dan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai identiti kepada bangsa Malaysia.Seluruh rakyat Malaysia perlu menghayati dasar kebudayaan kebangsaan yang telah digubal berteraskan semangat kerjasama dan persefahaman antara kaum.Kepelbagaian yang wujud tidak seharusnya menjadi kekangan untuk berinteraksi dan memahami antara satu sama lain.Ada banyak persamaan yang boleh dijadikan landasan bagi memungkinkan masyarakat berkongsi bukan sahaja dari segi nilai malahan dari segi amalan dan tatacara kehidupan.BUDAYA DAN NILAIJati diri ialah rangkuman segala nilai,budaya, bahasa, pegangan, fahaman dan pandangan jagat sesuatu kaum.Kita sering mendengar jati diri bangsa kita kian luntur. Selalunya kelunturan ini dirujuk kepada watak, cara hidup dan penampilan seseorang.Kalaulah dia seorang Melayu-Islam tetapi tidak lagi mempamerkan cara hidup, cara bertindak dan perwatakan malah berfikir sebagai orang melayu maka orang ini dikatakan hilang jati diri keMelayuaan dan keIslamannya.JATIDIRICABARAN 2Membina Jalinan Harmoni Hubungan Interetnik dan Intraetnik

Hubungan interetnik merujuk kepada hubungan antara satu etnik dengan etnik yang lain.HUBUNGAN INTERETNIK1.PERINGKAT NASIONAL- Pada peringkat nasional, cabaran utama yang sering dihadapi adalah sejauh mana dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan negara ini telah berjaya memupuk semangat perpaduan, setia kawan dan keharmoniaan kaum di Malaysia?2.PERINGKAT GLOBAL- Cabaran pada peringkat global dapat dilihat daripada banyaknya pergolakan yang berlaku di negara-negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai etnik.Ketegangan hubungan kaum yang berlaku di Afrika (seperti di Rwanda dan Burundi)Eropah Timur ( Bosnia Hezergovina)Indonesia (Ambon) membuka mata kita bahawa konflik kaum boleh tercetus dan berlaku pada bila-bila masa atas sesuatu sebab.Cabaran besar yang dihadapi adalah apabila adanya pihak yang mengambil kesempatan dan tidak mahu mengambil pengajaran daripada pengalaman negara lain dalam soal menguruskan hubungan antara kaum.

Hubungan Intraetnik merujuk kepada hubungan antara sesama etnik atau satu keturunan.HUBUNGAN INTRAETNIKa)POLITIK ANTARABANGSAKetegangan etnik yang berlaku di Balkan dan Eropah Barat, Konflik di Sierra Leone, Bosnia dan Kosovo semuanya menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Perhatian dunia telah memberikan satu dimensi baharu kepada proses perhubungan kaum abad 21.CABARAN PENGARUH LUARANApakah kesan Politik antarabangsa terhadap hubungan etnik? Jawapan: Kesannya adalah pihak berkuasa perlu bersikap lebih telus, adil dan saksama dalam menangani masalah perhubungan kaum di negara masing-masing.Antara contoh yang dapat dilihat adalah berakhirnya rejim aparteid di Afrika Selatan yang mengamalkan diskriminasi kaum berasaskan warna kulit.b)IDEOLOGI- Ideologi sering digunakan sebagai alat yang cukup ampuh dalam menggembleng tenaga dan mendapatkan sokongan dalam sesuatu misi atau perjuangan.

Nasionalisme pada peringkat yang lebih ekstrem boleh mendorong kepada semangat perkauman sempit atau cauvinisme dan rasisme. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka kestabilan sosial dan keharmonian dalam masyarakat yang bersifat plural itu akan berada dalam keadaan yang gawat.c)EKSTREMISMEEkstremisme atau sikap melampau dalam apa jua keadaan pun amat jarang memberikan kesan positif. Lazimnya membawa kepada kemudaratan.Dalam konteks hubungan kaum sikap pelampau ini perlu dijauhi. Hal ini kerana ketegangan amat mudah berlaku antara kaum berlainan sekiranya sebelah pihak telah mendapat pihak yang sebelah lagi melakukan perbuatan yang melampau.Contohnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.d)GLOBALISASIProses globalisasi sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada kehidupan manusia. Akan tetapi yang menjadikannya satu cabaran besar kepada umat manusia kini adalah kerana adanya pihak-pihak yang tertentu yang mengambil kesempatan daripada perkembangan ini dan mengenakan tekanan kepada pihak lain secara tidak adil, khususnya dalam konteks hubungan antara negara.CABARAN DALAMAN- Malaysia banyak menghadapi cabaran termasuklah dari segi sosial, ekonomi, agama dan ras.Dari segi sosioekonomi, jurang antara kaya dan miskin, jurang antara bandar dan luar bandar masih menjadi isu yang diperdebatkan dan memerlukan penyelesaian.Dari segi agama, memanglah rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan keturunan, tetapi hal ini tidak boleh menjadi halangan untuk mewujudkan perpaduan kaum.

iii. CABARAN PSIKOLOGIa)PersepsiPersepsi bermaksud tanggapan. Dalam konteks hubungan etnik, persepsi yang salah terhadap sesuatu etnik yang lain boleh memberikan kesan atau memudaratkan keharmonian.b) PrejudisPrejudis atau prasangka merupakan elemen yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam hubungan kaum.Konflik timbul dengan adanya sikap prejudis yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati antara satu etnik dengan etnik yang lain.c) DiskriminasiDiskriminasi boleh difahami sebagai lanjutan daripada sikap prasangka terhadap kaum yang lain.Dalam negara yang berbilang kaum seperti malaysia, Sesuatu tindakan yang boleh mengarah kepada diskriminasi akan memberikan kesan negatif dan boleh mencetuskan keadaan yang tidak harmoni.d) StereotaipStereotaip ialah pernyataan-pernyataan yang ditanggapi terlebih dahulu yang bersarang dalam kotak pemikiran manusia.Memiliki pandangan serong atau memiliki pandangan tertentu tentang sifat-sifat negatif sesuatu kaum amat suakr untuk bertindak secara objektif.-Menghilangkan pemikiran dan sikap stereotaip yang mungkin ada pada sesuatu kaum terhadap kaum lain juga merupakan cabaran besar yang perlu ditangani oleh masyarakat Malaysia.e) EtnosentrismeEtnosentrisme merujuk kepada sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih baik, tinggi dan mulia daripada budaya dan nilai etnik lain.Inilah cabaran besar untuk mengikis sikap dan pemikiran yang bersifat etnosentrisme dan menggantikannya dengan sikap dan pemikiran yang lebih positif.CABARAN 3Menangani hubungan etnik di Malaysia Pasca Kemerdekaan (Peristiwa Ketegangan Kaum)

Politik perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat.

ASPEK POLITIK

a. Perbezaan pekerjaan.b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat majmuk.

EKONOMI

a. Pemisahan penempatan: bukan sahaja boleh merenggangkan hubungan & interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota yang seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan dalam kalangan etnik terhadap etnik yang lain.b. Pengasingan sistem pendidikan: interaksi hanya berkisar dalam kalangan etnik yg sama.

SOSIAL

Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik. - Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan.

Cabaran globalisasi.- Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik Barat sejagat.Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia. SEKIAN, TERIMA KASIH !!!