lirik lagu alatan tangan kawan ku

Upload: nik-husni-nik-hashim

Post on 09-Oct-2015

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk pembejalaran alatan tangan RBT tahun 4

TRANSCRIPT

ALATAN TANGAN KAWAN KU

Nak guna mestilah tahu,Penuh ilmu di dada,Semua alat ini,Ohh.. sangat berbahaya,

Mulakan dengan Apit-G,Bentuknya huruf G,Kayu diapit rapi,Itulah Apit-G,

Alat ini Pita Ukur,Gunanya ukur bahan,Besi, kayu dan bahan lain,Semuanya boleh ukur,

Kicauan burung kakak tua,Itu tandanya riang,Alat ini Ragum Kakak Tua,Digunakan cabut paku,

Nak tahu sudut di kayu,Gunalah alat yang tepat,Ambillah Sesiku-L,Haa.. ukurlah cepat-cepat,

Gergaji ada dua,Gergaji besi dan tangan,Gunanya potong bahan,Hati-hati nak gergaji,

Kayu yang kasar jadi licin,Bagaimana nak hasilkannya,Gunalah Kikir Parut,Kayu boleh jadi rata,

Kayu disambung guna paku,Paku diketuk kuat,Gunalah tukul ini,Haaa.. itulah Tukul Kuku Kambing,

Tersalah ketuk paku,Sudah lekat pada kayu,Gunalah Tukul Kuku Kambing,Cabut paku di kayu,

Terima kasih cikgu,Terima kasih kawan,Kerana mengajarku,Penuh dengan pengetahuan.