lembaran pendedahan produk - ocbc.com.my · pdf file(sila baca lembaran pendedahan produk ini...

4
LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Produk: PEMBIAYAAN TUNAI-i Tarikh: (Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini dan Terma-terma & Syarat-syarat sebelum anda memohon untuk Pembiayaan Tunai-i. Jika anda tidak memahami sebarang bahagian dokumen ini atau terma-terma am, dapatkanlah penjelasan dari OCBC Al-Amin.) 1. Apakah produk ini? Produk ini ialah sejenis produk pembiayaan peribadi tanpa cagaran yang berdasarkan pengiraan kadar rata (“Rule of 78” atau kaedah “Sum of Digits”). Kadar keuntungan tahunan sebenar produk ini adalah dari 13.51% - 26.58%. 2. Apakah konsep Syariah yang digunakan? Konsep Syariah yang digunakan ialah Bai’ Al-Inah. 3. Apakah yang saya dapat dari produk ini? Ilustrasi* Jumlah Harga Jualan : RM 48,000.00 Jumlah Pembiayaan (Harga Belian) : RM 30,000.00 Kadar Keuntungan : 12% setahun pada jangka masa yang dipersetujui Tempoh : 5 Tahun Jumlah Keuntungan dikira dengan menggunakan formula (Jumlah Harga Jualan – Jumlah Pembiayaan). 4. Apakah tanggungjawab saya? Ilustrasi* Ansuran bulanan : RM 800.00 Jumlah untuk dibayar termasuk jumlah pembiayaan : RM 48,000.00 Syarat pembiayaan termasuk kadar keuntungan, harga jualan, harga belian, tempoh dan/atau ansuran boleh berubah bergantung kepada penilaian kami ke atas kredit anda. Segala perubahan akan dimaklumkan kepada anda. 5. Apakah yuran dan caj-caj yang perlu saya bayar? Duti setem (Mengikut Akta Duti Setem 1949 (semakan 1989)) Ya Tidak Yuran Guaman Ya Tidak Takaful Ya Tidak Caj-caj GIRO Ya Tidak 6. Bagaimana jika saya membayar lebih daripada jumlah ansuran bulanan? Sebarang bayaran yang dibuat, yang melebihi jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar akan dianggap sebagai Pra- bayaran. Bayaran sebegini tidak akan mengurangkan Jumlah Keuntungan dan tidak boleh diambil keluar. 7. Bagaimana jika saya menyelesaikan pembiayaan sepenuhnya sebelum tempoh matang? Jika Harga Jualan diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh matang, Bank akan memberi Ibra’ (rebat) kepada pelanggan. Bagaimanapun, jika Harga jualan diselesaikan sepenuhnya dalam separuh masa pertama tempoh Pembiayaan, rebat itu akan dikurangkan oleh Yuran Penyelesaian Awal (jika ada) yang terdiri daripada: (a) amaun anggaran yang lebih tinggi dari (i) 2.5% baki tertunggak pada tarikh penyelesaian awal; atau (ii) RM150; dan (b) kos luar-saku yang ditanggung dan yang akan ditanggung oleh Bank berkaitan dengan Pembiayaan. Ia akan dibayar oleh anda pada masa yang sama apabila jumlah penebusan atau langsaian dibayar kepada pihak Bank.

Upload: donhi

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK - ocbc.com.my · PDF file(Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini dan Terma-terma & Syarat-syarat sebelum anda memohon untuk Pembiayaan Tunai-i. ... : RM

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Produk: PEMBIAYAAN TUNAI-i Tarikh:

(Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini dan Terma-terma & Syarat-syarat sebelum anda memohon untuk Pembiayaan Tunai-i. Jika anda tidak memahami sebarang bahagian dokumen ini atau terma-terma am, dapatkanlah penjelasan dari OCBC Al-Amin.)

1. Apakah produk ini?

Produk ini ialah sejenis produk pembiayaan peribadi tanpa cagaran yang berdasarkan pengiraan kadar rata (“Rule of 78” atau kaedah “Sum of Digits”). Kadar keuntungan tahunan sebenar produk ini adalah dari 13.51% - 26.58%.

2. Apakah konsep Syariah yang digunakan?

Konsep Syariah yang digunakan ialah Bai’ Al-Inah.

3. Apakah yang saya dapat dari produk ini?

Ilustrasi*

Jumlah Harga Jualan : RM 48,000.00

Jumlah Pembiayaan (Harga Belian) : RM 30,000.00

Kadar Keuntungan : 12% setahun pada jangka masa yang dipersetujui

Tempoh : 5 Tahun

Jumlah Keuntungan dikira dengan menggunakan formula (Jumlah Harga Jualan – Jumlah Pembiayaan).

4. Apakah tanggungjawab saya?

Ilustrasi*

Ansuran bulanan : RM 800.00

Jumlah untuk dibayar termasuk jumlah pembiayaan : RM 48,000.00

Syarat pembiayaan termasuk kadar keuntungan, harga jualan, harga belian, tempoh dan/atau ansuran boleh berubah bergantung kepada penilaian kami ke atas kredit anda. Segala perubahan akan dimaklumkan kepada anda.

5. Apakah yuran dan caj-caj yang perlu saya bayar?

Duti setem (Mengikut Akta Duti Setem 1949 (semakan 1989)) Ya Tidak Yuran Guaman Ya Tidak Takaful Ya Tidak

Caj-caj GIRO Ya Tidak

6. Bagaimana jika saya membayar lebih daripada jumlah ansuran bulanan?

Sebarang bayaran yang dibuat, yang melebihi jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar akan dianggap sebagai Pra-bayaran. Bayaran sebegini tidak akan mengurangkan Jumlah Keuntungan dan tidak boleh diambil keluar.

7. Bagaimana jika saya menyelesaikan pembiayaan sepenuhnya sebelum tempoh matang?

Jika Harga Jualan diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh matang, Bank akan memberi Ibra’ (rebat) kepada pelanggan. Bagaimanapun, jika Harga jualan diselesaikan sepenuhnya dalam separuh masa pertama tempoh Pembiayaan, rebat itu akan dikurangkan oleh Yuran Penyelesaian Awal (jika ada) yang terdiri daripada:

(a) amaun anggaran yang lebih tinggi dari (i) 2.5% baki tertunggak pada tarikh penyelesaian awal; atau (ii) RM150; dan

(b) kos luar-saku yang ditanggung dan yang akan ditanggung oleh Bank berkaitan dengan Pembiayaan. Ia akan dibayar oleh anda pada masa yang sama apabila jumlah penebusan atau langsaian dibayar kepada pihak Bank.

Page 2: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK - ocbc.com.my · PDF file(Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini dan Terma-terma & Syarat-syarat sebelum anda memohon untuk Pembiayaan Tunai-i. ... : RM

(Pengiraan yang disediakan tidak termasuk kos luar-saku dan hanya untuk ilustrasi)

Contoh Pengiraan 1

Jika pelanggan ingin membuat penyelesaian awal pada bulan yang ke-23 Jumlah Pembiayaan : RM 30,000 Tempoh Pembiayaan : 5 tahun (60 bulan) Kadar Pembiayaan : 10.50% Ansuran : RM 763 Baki Belum Jelas pada bulan ke-23 : RM22,913.59 Penyelesaian Awal : 2.5% x RM22,913.59= RM572.84

YURAN PENYELESAIAN AWAL (Tidak termasuk tanggungan kos luar-saku) : RM572.84

Contoh Pengiraan 2

Jika pelanggan ingin membuat penyelesaian awal pada bulan yang ke-23 Jumlah Pembiayaan : RM 6,000 Tempoh Pembiayaan : 5 tahun (60 bulan) Kadar Pembiayaan : 10.50% Ansuran Bulanan : RM 153 Baki Belum Jelas pada bulan ke-23 : RM4,573.92 Penyelesaian Awal : 2.5% x RM4,573.92= RM114.35

YURAN PENYELESAIAN AWAL (Tidak termasuk tanggungan kos luar-saku) : RM150.00

Penyelesaian sebelum akhir tempoh pembiayaan adalah termasuk (tetapi tidak terhad kepada) situasi berikut:

1. Penyelesaian awal atau penebusan awal, termasuk apabila berpunca daripada prabayaran;

2. Penyelesaian penuh melalui penyusunan semula pembiayaan;

3. Penyelesaian selepas peristiwa keingkaran; dan

4. Penamatan atau pembatalan pembiayaan sebelum tarikh matang.

8. Bagaimana jumlah Ibra’ (rebat) dikira?

Jumlah Ibra’ (rebat) dikira menggunakan formula seperti di bawah:

Ibra’ = Keuntungan Tertunggak - Yuran Penyelesaian Awal (seperti dalam no. 6 di atas)

Di mana,

Keuntungan Tertunggak = PTT

nn

)1(

)1(

n = Bilangan ansuran bulanan yang tinggal berdasarkan tempoh pembiayaan yang telah dijadualkan

T = Tempoh pembiayaan, dalam kiraan bulan

P = Keuntungan yang patut dibayar di dalam keseluruhan tempoh pembiayaan

Kaedah ini juga dikenali sebagai “Rule of 78” atau “Sum of Digits”. (Pengiraan yang disediakan hanya untuk ilustrasi)

Contoh Pengiraan 1

Sekiranya pelanggan berhasrat untuk membuat penyelesaian awal dalam tempoh 23 bulan

(cth. selepas membuat pembayaran selama 23 bulan),

Jumlah Pembiayaan : RM 30,000

Tempoh Pembiayaan : 5 tahun (60 bulan)

Kadar Pembiayaan : 10.50%

Jumlah Keuntungan : RM 15,750

Ansuran : RM 763

Keuntungan Tertunggak

=

)160(60

)137(37RM15,750

= RM6,050.41

Contoh Pengiraan 2

Sekiranya pelanggan berhasrat untuk membuat penyelesaian awal dalam tempoh 5 bulan

(cth. selepas membuat pembayaran selama 5 bulan),

Jumlah Pembiayaan : RM 50,000

Tempoh Pembiayaan : 7 tahun (84 bulan)

Kadar Pembiayaan: 8.50%

Jumlah Keuntungan : RM 29,750

Ansuran : RM950

Keuntungan Tertunggak

=

)184(84

)179(79RM29,750

= RM26,333.33

Page 3: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK - ocbc.com.my · PDF file(Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini dan Terma-terma & Syarat-syarat sebelum anda memohon untuk Pembiayaan Tunai-i. ... : RM

9. Bagaimana jika saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?

Caj Pampasan (Ta’widh): 1% setahun daripada jumlah tertunggak akan dikenakan.

(Pengiraan yang disediakan hanya untuk ilustrasi)

Ansuran bulanan :

RM 950

Tarikh Ansuran : Hari pertama (1hb) setiap bulan

Tarikh bayaran dibuat : Hari dua puluh satu (21hb

) bulan

Bilangan hari bayaran tertunggak : 20 hari

Caj Pampasan (Ta’widh) : RM 950 * 20 hari / 365 hari * 1% = RM0.52

Hak untuk menolak (“set-off”): Kami berhak untuk menolak baki kredit dalam akaun anda dengan kami terhadap sebarang baki belum jelas dalam akaun pembiayaan ini (sila rujuk kepada fasal 15.2 dalam Terma & Syarat).

Tindakan undang-undang akan diambil jika anda gagal bertindak balas terhadap notis peringatan.

Sebarang rekod tindakan undang-undang terhadap anda boleh menjejaskan taraf kredit anda. Ini boleh menyebabkan pemohonan pinjaman kredit anda dikenakan kadar yang lebih tinggi atau ditolak sama sekali.

10. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

Tiada penjamin dan cagaran diperlukan.

11. Bagaimana jika tempoh pembiayaan dilanjutkan sehingga tempoh persaraan saya?

Sila ambil perhatian bahawa jika tiada penyelesaian awal dilakukan, ansuran bulanan perlu dibayar sehingga akhir tempoh kemudahan tersebut. Jika ia dilanjutkan sehingga umur persaraan anda, adalah penting untuk merancang terlebih dahulu pendapatan persaraan anda sama ada ia mencukupi untuk meneruskan bayaran ansuran bulanan ini.

12. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan mengenai butiran perhubungan saya?

Adalah penting untuk anda memberitahu kami mengenai setiap perubahan butiran perhubungan anda bagi memastikan bahawa semua urusan surat-menyurat sampai kepada anda pada waktu yang tepat.

13. Di mana boleh saya dapatkan maklumat lanjut?

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau maklum balas mengenai produk dan perkhidmatan kami yang terkini, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan kami di 1300 88 0310 atau kunjungi laman web kami di www.ocbc.com.my atau mana-mana cawangan OCBC Bank / OCBC Al-Amin yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi kami bila-bila masa untuk mengemaskini Maklumat Peribadi anda. Maklumat ini sangat penting dalam usaha yang berterusan kami dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik. Yakinlah, maklumat peribadi anda akan dirahsiakan.

Jika anda mempunyai kesukaran dalam membuat pembayaran, anda haruslah menghubungi kami untuk membincangkan pembayaran alternatif secepat mungkin. Anda boleh menghubungi kami di 1300 88 0310.

Jika anda mempunyai sebarang aduan tentang produk atau tahap perkhidmatan kami, anda juga boleh menulis kepada kami di alamat berikut:

Service Transformation, c/o OCBC Bank (Malaysia) Berhad, P.O. Box 10197, 50911 Kuala Lumpur

Jika anda ingin mendapatkan pandangan dari pihak berkuasa mengenai pengendalian aduan kami, Biro Pengantaraan Kewangan boleh dihubungi di 03-2272 2811; e-mel [email protected] atau

Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Blok D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur. Tel : 1300 88 5465 Fax : 03-2174 1515 E-mel : [email protected]

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan perkhidmatan percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang untuk individu. Untuk pertanyaan, sila hubungi 1 800 88 2575.

Page 4: LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK - ocbc.com.my · PDF file(Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini dan Terma-terma & Syarat-syarat sebelum anda memohon untuk Pembiayaan Tunai-i. ... : RM

Program POWER! adalah sebuah program yang dikendalikan oleh AKPK yang direka untuk memberikan golongan muda dan peminjam kali pertama dengan pengetahuan untuk menguruskan kewangan mereka secara berkesan. Untuk mendaftar, sila hubungi 1 800 88 2575 atau layari www.akpk.org.my untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Produk-produk Kewangan, sila layari : www.bankinginfo.com.my www.insuranceinfo.com.my

14. Pakej pembiayaan peribadi lain yang sedia ada:

Pembiayaan Tunai-i Korporat

NOTA PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN AKAN DIKENAKAN JIKA ANDA TIDAK MENERUSKAN PEMBAYARAN PEMBIAYAAN PERIBADI ANDA. * Penafian: Jumlah yang dipaparkan di atas adalah UNTUK ILUSTRASI SAHAJA dan mungkin berbeza dengan jumlah sebenar. Maklumat yang disediakan di dalam Lembaran Pendedahan Produk ini adalah sah dari 01/08/14.