lembaga lada malaysia (kementerian …ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/26042015.pdf · untuk...

7
Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bertaraf tetap di perkhidmatan Lembaga Lada Malaysia seperti berikut : BIL. JAWATAN / KOD JAWATAN GRED KLASIFIKASI PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN JADUAL GAJI (RM) LOKASI & BILANGAN KEKOSONGAN 1. Pegawai Penyelidik (PQ47-54/01/042015) Q47/48, Q51/52, Q53/54 Penyelidikan Dan Pembangunan Pengurusan & Profesional 5,000.00-10,681.00 (Q47/48) 5,626.00-11,281.00 (Q51/52) 5,934.00-11,968.00 (Q53/54) Ibu Pejabat, Kuching (1) 2. Pegawai Penyelidik (PQ41/01/042015) Q41 Penyelidikan Dan Pembangunan 2,146.00 – 8,718.00 Pejabat Wilayah Sarawak (1) 3. Jurutera (PJ41/01/042015) J41 Kejuruteraan 2,360.00 - 8,743.00 Ibu Pejabat, Kuching (1) 4. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (LE27/01/042015) E27 Ekonomi Pelaksana 1,362.00 – 5,092.00 Ibu Pejabat, Kuching / Pejabat Wilayah Sarawak (3) 5. Penolong Akauntan (LW27/01/042015) W27 Kewangan 1,367.00 - 5,098.00 Ibu Pejabat, Kuching (1) 6. Penolong Pegawai Penyelidik (LQ27/01/042015) Q27 Penyelidikan Dan Pembangunan 1,365.00 -5,096.00 Ibu Pejabat, Kuching / Pejabat Wilayah Sarawak (2) 7. Pembantu Tadbir (Kewangan) (LW17/01/042015) W17 Kewangan 929.00 - 3,377.00 Ibu Pejabat, Kuching. (1) 8. Pembantu Penyelidik (LQ17/01/042015) Q17 Penyelidikan Dan Pembangunan 931.00 - 3,379.00 Pejabat Wilayah Semenanjung Malaysia / Pejabat Wilayah Sarawak (1) a) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian melalui e-jawatan MPB melalui laman web :http://ejawatan.mpb.gov.my . b) Maklumat lanjut berkaitan kelayakan serta syarat-syarat yang diperlukan dan senarai tugas bagi setiap jawatan boleh didapati di laman web kami di www.mpb.gov.my atau di mana-mana pejabat Lembaga Lada Malaysia. c) Tarikh Iklan Tutup : 18 Mei 2015 (Jumaat) d) Pemohon yang memohon secara atas talian adalah dikehendaki membawa bersama sijil/dokumen asal beserta salinan-salinan fotostat sekiranya berjaya menghadiri temuduga. e) Pegawai kerajaan yang dipilih untuk menghadiri temuduga hendaklah membawa bersama dokumen-dokumen berikut: (i) Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini ; (ii) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2014 ; dan (iii) Ulasan Ketua Jabatan f) Sekiranya pemohon tidak dipanggil untuk menghadiri temuduga dalam tempoh tiga bulan dari tarikh iklan tutup, permohonan adalah boleh dianggap sebagai tidak berjaya. JAWATAN KOSONG LEMBAGA LADA MALAYSIA (KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI) NO. IKLAN : MPB/T01/01/042015

Upload: trandang

Post on 12-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA LADA MALAYSIA (KEMENTERIAN …ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/26042015.pdf · untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bertaraf tetap di perkhidmatan Lembaga ... Pegawai kerajaan

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bertaraf tetap di perkhidmatan Lembaga Lada Malaysia seperti berikut :

BIL.

JAWATAN / KOD

JAWATAN

GRED

KLASIFIKASI

PERKHIDMATAN KUMPULAN

PERKHIDMATAN

JADUAL GAJI

(RM)

LOKASI & BILANGAN

KEKOSONGAN

1. Pegawai Penyelidik

(PQ47-54/01/042015)

Q47/48,

Q51/52,

Q53/54

Penyelidikan Dan

Pembangunan

Pengurusan &

Profesional

5,000.00-10,681.00 (Q47/48)

5,626.00-11,281.00 (Q51/52)

5,934.00-11,968.00 (Q53/54)

Ibu Pejabat,

Kuching

(1)

2. Pegawai Penyelidik

(PQ41/01/042015) Q41

Penyelidikan Dan

Pembangunan 2,146.00 – 8,718.00

Pejabat Wilayah

Sarawak

(1)

3.

Jurutera

(PJ41/01/042015) J41 Kejuruteraan 2,360.00 - 8,743.00

Ibu Pejabat,

Kuching

(1)

4.

Penolong Pegawai Ehwal

Ekonomi

(LE27/01/042015)

E27 Ekonomi

Pelaksana

1,362.00 – 5,092.00

Ibu Pejabat,

Kuching / Pejabat

Wilayah Sarawak

(3)

5. Penolong Akauntan

(LW27/01/042015) W27 Kewangan 1,367.00 - 5,098.00

Ibu Pejabat,

Kuching

(1)

6.

Penolong Pegawai

Penyelidik

(LQ27/01/042015)

Q27 Penyelidikan Dan

Pembangunan 1,365.00 -5,096.00

Ibu Pejabat,

Kuching / Pejabat

Wilayah Sarawak

(2)

7. Pembantu Tadbir (Kewangan) (LW17/01/042015)

W17 Kewangan 929.00 - 3,377.00

Ibu Pejabat,

Kuching.

(1)

8. Pembantu Penyelidik (LQ17/01/042015)

Q17 Penyelidikan Dan

Pembangunan 931.00 - 3,379.00

Pejabat Wilayah

Semenanjung

Malaysia / Pejabat

Wilayah Sarawak

(1)

a) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian melalui e-jawatan MPB melalui laman web :http://ejawatan.mpb.gov.my.

b) Maklumat lanjut berkaitan kelayakan serta syarat-syarat yang diperlukan dan senarai tugas bagi setiap jawatan boleh didapati di laman web kami di www.mpb.gov.my atau di mana-mana pejabat Lembaga Lada Malaysia.

c) Tarikh Iklan Tutup : 18 Mei 2015 (Jumaat)

d) Pemohon yang memohon secara atas talian adalah dikehendaki membawa bersama sijil/dokumen asal beserta salinan-salinan fotostat sekiranya berjaya menghadiri temuduga.

e) Pegawai kerajaan yang dipilih untuk menghadiri temuduga hendaklah membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

(i) Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini ; (ii) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2014 ; dan (iii) Ulasan Ketua Jabatan

f) Sekiranya pemohon tidak dipanggil untuk menghadiri temuduga dalam tempoh tiga bulan dari tarikh iklan tutup, permohonan adalah boleh dianggap sebagai tidak berjaya.

JAWATAN KOSONG

LEMBAGA LADA MALAYSIA (KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI)

NO. IKLAN : MPB/T01/01/042015

Page 2: LEMBAGA LADA MALAYSIA (KEMENTERIAN …ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/26042015.pdf · untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bertaraf tetap di perkhidmatan Lembaga ... Pegawai kerajaan

1) Pegawai Penyelidik Gred Q47/48, Q51/52, Q53/54

i) Pemohon mempunyai pengalaman kerja tidak kurang tiga (3) tahun dalam aktiviti

penyelidikan dan telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan

kepada bidang pembangunan dan penyelidikan (R & D);

ii) Pemohon mempunyai pengalaman sebagai ketua atau penyelia dalam sesuatu

unit/kumpulan kerja;

iii) Pemohon dikehendaki sanggup bekerja lebih masa, di luar waktu pejabat dan di luar

stesyen apabila diperlukan serta bekerja dalam keadaan yang mencabar;

iv) Senarai tugas :

a) Mengurus, menyelaras dan memantau Aktiviti Penyelidikan;

b) Merancang aktiviti serta bajet untuk projek penyelidikan;

c) Menyediakan dan membentangkan kertas cadangan penyelidikan;

d) Menyelaras aktiviti-aktiviti Perolehan Peralatan Makmal, Bahan Kimia Dan Bahan

Pakai Buang Bagi Tujuan Penyelidikan;

e) Menyelia Kerja-Kerja Penyelidikan Yang Dijalankan Oleh Kakitangan Bawahan; dan

f) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua atasan dari semasa ke

semasa.

2) Pegawai Penyelidik Gred Q41

i) Pemohon mempunyai pengalaman kerja dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan;

ii) Pemohon dikehendaki sanggup bekerja lebih masa, di luar waktu pejabat dan di luar

stesyen apabila diperlukan serta bekerja dalam keadaan yang mencabar;

iii) Senarai tugas :

a) Menyediakan kertas cadangan penyelidikan berkaitan lada;

b) Mengurus, menyelia dan mengendalikan peralatan saintifik;

c) Mengumpul dan menganalisa data serta menyediakan laporan bagi kerja teknikal;

d) Menyediakan kaedah persampelan dan pengumpulan data serta kaedah operasi

penyelidikan;

e) Menyediakan bahan-bahan penyelidikan dan lapangan bagi tujuan penyelidikan;

f) Membuat percubaan dan kerja-kerja soal selidik bagi tujuan penyelidikan;

g) Menilai dan menentukan hasil penyelidikan bagi tujuan pembangunan;

h) Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar

maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dengan industri lada;

i) Melaksanakan kajian mengenai jaminan kualiti, pemindahan sains dan teknologi,

penyelidikan, pembangunan serta latihan bagi pengguna;

j) Menjalankan kajian untuk menghasilkan penemuan baru;

k) Menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan kualiti ciptaan yang sedia ada

l) Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki pengeluaran lada dan hasilan lada;

m) Penyediaan and penyelengaraan Harta Intelek (IPR) jika ada;

n) Perolehan peralatan and bahan-bahan kajian untuk tujuan penyelidikan;

o) Menjalankan aktiviti pengembangan lada; dan

p) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

KEUTAMAAN JAWATAN DAN SENARAI TUGAS

Page 3: LEMBAGA LADA MALAYSIA (KEMENTERIAN …ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/26042015.pdf · untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bertaraf tetap di perkhidmatan Lembaga ... Pegawai kerajaan

3) Jurutera Gred J41

i) Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh

kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan;

ii) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang kejuruteraan dan pernah bertindak sebagai

penyelia dalam mana organisasi;

iii) Pemohon dikehendaki sanggup bekerja lebih masa, di luar waktu pejabat dan di luar

stesyen apabila diperlukan dan bekerja dalam keadaan yang mencabar;

iv) Skop tugas ;

a) Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat teknikal kepada operasi MPB;

b) Memastikan aktiviti pemprosesan, perkilangan dan mesin – mesin mematuhi

peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan;

c) Memberi khidmat atau bantuan teknikal kepada Bahagian/Cawangan/Unit lain

dalam agensi bagi projek fizikal yang memerlukan kepakaran bidang

kejuruteraan/perkilangan;

d) Memastikan keselamatan mesin pemprosesan dan pekerja sentiasa terjamin.

e) Menyediakan laporan pencapaian dan analisis bagi setiap program/projek/aktiviti

yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Perkilangan;

f) Menjalinkan hubungan kerja yang baik dengan pegawai lain di Lembaga dan

agensi/Jabatan kerajaan;

g) Menyelia semua pegawai dan kakitangan bawahan seperti bertanggungjawab

sepenuhnya memantau kehadiran, kelakuan, displin dan prestasi kerja setiap

pegawai/kakitangan bawahan;

h) Menghadiri mesyuarat-mesyuarat pengurusan dan mesyuarat-mesyuarat lain serta

melaksana dan mengambil tindakan yang diperlukan pada mesyuarat; dan

i) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa.

4) Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27

i) Pemohon yang memiliki kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan diploma-

diploma dalam bidang sains pertanian, agronomi, tumbuhan dan kejuruteraan pertanian

yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan;

ii) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pertanian, perladangan, pengembangan

dan pelaksanaan program pembangunan setempat dan bertindak sebagai penyelia

dalam pemantauan projek pembangunan desa;

iii) Keutamaan juga diberikan kepada calon yang dapat bekerja di bawah pengawasan

yang minima serta berkebolehan mempelajari proses kerja sedia ada dengan pantas;

iv) Pemohon dikehendaki sanggup bekerja lebih masa, di luar waktu pejabat dan di luar

stesyen apabila diperlukan dan bekerja dalam keadaan yang mencabar;

v) Pemohon dikehendaki sentiasa bersedia dan berupaya melaksanakan tugas pada tahap

sukar atau susah seperti sanggup berjalan kaki dan menaiki bot atau perahu panjang ke

tempat yang dituju dan bermalam di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di

kawasan-kawasan pendalaman untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab;

vi) Senarai tugas ;

a) Aspek Pengurusan Pentadbiran Am

- Mengendalikan pengurusan aset dan inventori pejabat.

- Menyelia alat tulis, kawalan bahan cetakan dan cetakan serta kemudahan

pejabat.

- Menyelia logistik iaitu menguruskan kenderaan pejabat/pemandu, menguruskan

perkhidmatan mel, menguruskan kaunter khidmat pelanggan, bilik

mesyuarat/seminar, dewan dan menguruskan permohonan kemudahan

tambahan.

- Membantu menguruskan daftar bil serta pembayaran bil.

- Menyelia pengurusan fail & rekod, perpustakaan, pelaksanaan kad perakam

waktu, pelaksanaan audit nilai dan pelaksanaan anugerah-anugerah.

Page 4: LEMBAGA LADA MALAYSIA (KEMENTERIAN …ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/26042015.pdf · untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bertaraf tetap di perkhidmatan Lembaga ... Pegawai kerajaan

- Pengurusan dan penyelenggaraan (bangunan, kenderaan dan penghawa

dingin) Aset.

- Pelaksanaan kebersihan dan keceriaan pejabat dan komunikasi.

- Menyediakan kontrak perkhidmatan membersih pejabat dan memastikan susun

atur dan kebersihan pejabat.

- Menyediakan dan menyemak kontrak kawalan keselamatan.

- Membantu pelaksanaan projek-projek.

b) Aspek Perancangan Strategik

- Mengemaskini data-data sistem pemantauan projek (SPP II).

- Menyelaras dan mengurus setia mesyuarat di bahagian.

- Membantu menyedia jawapan/input untuk soalan Parlimen, DUN, jawatankuasa

kabinet, mesyuarat ketua menteri & sebagainya termasuk menyelaras &

menyediakan kertas kerja/jawapan kepada sebarang pertanyaan daripada

jawatankuasa di atas.

- Membantu menyediakan input cadangan program/projek.

- Membantu mengurus penerbitan buletin industri lada.

c) Perangkaan

- Menyediakan data-data, carta, draf dan statistik untuk buletin industri lada

(setiap suku tahun).

- Mengumpul harga lada dari perantara, pengeksport, Bahagian Dagangan,

pejabat-pejabat cawangan dan menyebarkannya ke bahagian/unit lain dalam

MPB, IPC Jakarta, kementerian, Jabatan Perangkaan dan media massa.

- Mengemaskini data-data berkaitan industri lada

d) Perhubungan Korporat

- Membantu merancang serta menguruskan imej korporat melalui media cetak,

eletronik dan laman web MPB.

- Membantu menyelia delegasi pelawat dari luar negeri.

- Mengendalikan lawatan dan kunjungan pihak luar (Menteri/Wakil Rakyat/Ketua

Jabatan/Agensi dan Institusi pendidikan).

- Menyelaraskan penyediaan dan penghantaran kenyataan akhbar mengenai

aktiviti Lembaga kepada media.

- Mengurus dan memantau aduan pelanggan.

- Membantu menguruskan pembekalan barang-barang korporat seperti memo,

kad ucapan, diari, almanac dan cenderahati MPB.

- Menyedia dan menyelaras penerbitan laporan tahunan MPB.

- Menyelia tugas Pegawai Khidmat Pelanggan (telefon, kaunter, peti aduan dan

perhiasan lobi).

e) Aspek Perdagangan Lada

- Membeli lada untuk pembelian setempat daripada pekebun, pelesen

(Usahawan) angkat dan para pengekspot/pelesen lada.

- Menyediakan laporan pembelian yang diperlukan oleh Pegawai Atasan.

f) Aspek Pemprosesan Lada

- Memantau dan memastikan aktiviti pemprosesan MPB Kuching bagi semua loji

berjalan dengan lancar.

- Menguatkuasakan pematuhan arahan kesihatan dan keselamatan kilang dan

pekerjaan.

- Menyelia dan memantau kebersihan kawasan dan loji pemprosesan.

g) Aspek Pembangunan Pengeluaran dan Usahawan Tani

- Melaksanakan aktiviti penghantaran input dan peralatan pertanian.

- Memantau dan menyelia pelaksanaan agihan input dan peralatan pertanian di

semua lokaliti yang telah ditetapkan.

- Menyediakan laporan status kemajuan dan pelaksanaan projek di peringkat

ladang dari semua pejabat cawangan.

- Menyelaras dan mengemaskini maklumat-maklumat pekebun mengenai

pemohonan bantuan input dan peralatan pertanian.

Page 5: LEMBAGA LADA MALAYSIA (KEMENTERIAN …ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/26042015.pdf · untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bertaraf tetap di perkhidmatan Lembaga ... Pegawai kerajaan

- Menyelaras aktiviti perlaksanaan dan mengenalpasti sasaran/bilangan T.O.T

(Transfer Of Technology) berdasarkan kepada peruntukan dan perancangan.

h) Aspek Galakan Pasaran Dalam dan Luar Negeri

- Membantu dalam urusan pendaftaran dan pembayaran untuk pameran luar

negeri atau misi dagangan.

- Membantu dalam menyediakan iklan-iklan, poster-poster/brosur, sampel-sampel

lada untuk tujuan promosi/galakan pasaran antarabangsa.

- Membantu untuk mengelolakan dialog/ceramah Opsyen Pemasaran Lada.

i) Aspek Pembangunan Kumpulan Sasaran

- Menyampaikan ceramah mengenai amalan agronomi tanaman lada dan aspek

pemasaran lada.

j) Perolehan

- Melaksanakan perolehan mengikut prosedur kewangan (arahan perbendaharaan

(pindaan) 31 Julai 2008 dan mengikut tatacara perolehan bekalan,

perkhidmatan dan kerja bagi perolehan dan kontrak, sebut harga, tender dan

kontrak perolehan.

k) Membantu menyelia kakitangan bawahan; dan

l) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa.

5) Penolong Akauntan Gred W27

i) Pemohon yang memiliki diploma-diploma dalam bidang pengajian perakaunan yang

diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan;

ii) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang perakaunan dan bertindak sebagai

penyelia dalam sesebuah kumpulan/unit;

iii) Keutamaan juga diberikan kepada calon yang dapat bekerja di bawah pengawasan

yang minima serta berkebolehan mempelajari proses kerja sedia ada dengan pantas;

iv) Senarai tugas ;

a) Menyelia tugasan daftar bil dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan daftar bil

tersebut;

b) Menyemak dan menyediakan Laporan Pengesahan Tuntutan Perjalanan 2 kali

sebulan dan bertanggungjawab untuk setiap tuntutan tersebut dibayar dalam

tempoh 14 hari;

c) Menyemak penyata pengiraan pelarasan gaji;

d) Menyemak laporan penyelarasan bulanan bagi pembelian/pelupusan aset;

e) Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan

dengan kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku

tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan;

f) Menyelia kakitangan bawahan;

g) Membantu menyelia kakitangan bawahan; dan

h) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke

semasa.

Page 6: LEMBAGA LADA MALAYSIA (KEMENTERIAN …ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/26042015.pdf · untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bertaraf tetap di perkhidmatan Lembaga ... Pegawai kerajaan

6) Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27

i) Warganegara Malaysia;

ii) Sihat tubuh badan;

iii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

iv) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

v) Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

vi) Senarai Tugas :

a) Membantu dalam pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod

maklumat dan menganalisis data-data penyelidikan;

b) Membantu dan bekerjasama dengan pegawai-pegawai di Bahagian Penyelidikan

serta bahagian-bahagian yang lain di pejabat ini dalam apa juga kegiatan jabatan;

c) Membantu dalam penyeliaan untuk merekod data eksperimen, menganalisa data

penyelidikan dan dokumentasikan laporan;

d) Membantu dalam kerja-kerja pemprosesan sampel dan kajian lapangan;

e) Membantu dalam penyeliaan penyediaan alat radas, bahan kimia, bahan kajian

untuk aktiviti penyelidikan dan kalibrasi peralatan makmal;

f) Membantu dalam penyeliaan penyimpanan dan mengemaskini inventori berkaitan

dengan sebarang projek penyelidikan;

g) Bertanggungjawab terhadap penjagaan serta penyelenggaraan peralatan makmal;

h) Menyelia pengurusan harian makmal;

i) Membantu menyelia kakitangan bawahan; dan

j) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua dari semasa ke

semasa.

7) Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

i) Pemohon mempunyai pengalaman kerja dalam menjalankan tugas-tugas kewangan

sepenuh masa seperti urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan,

perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun dan pelaburan pinjaman;

ii) Pemohon dikehendaki sanggup bekerja lebih masa dan dalam keadaan yang mencabar

dan mempunyai sikap berdikari dan pantas dalam pelaksanaan tugas harian dan

berupaya melaksanakan tugas pada tahap sukar/susah atau tertekan bagi

menyelesaikan sesuatu tugasan atau tanggungjawab;

iii) Senarai tugas :

a) Menjalankan tugas-tugas kewangan seperti berikut:

- Urusan Kawalan Belanjawan

- Urusan Kewangan Am

- Urusan Terimaan

- Urusan Perolehan Kerajaan

- Urusan Bayaran Emolumen

- Urusan Pembayaran

- Urusan Akaun

- Urusan Pelaburan dan Pinjaman

b) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa

Page 7: LEMBAGA LADA MALAYSIA (KEMENTERIAN …ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/syarat/26042015.pdf · untuk mengisi jawatan-jawatan kosong bertaraf tetap di perkhidmatan Lembaga ... Pegawai kerajaan

8) Pembantu Penyelidik Gred Q17

i) Keutamaan juga diberikan kepada calon yang dapat bekerja di bawah pengawasan

yang minima serta berkebolehan mempelajari proses kerja sedia ada dengan pantas;

ii) Pemohon dikehendaki sanggup bekerja lebih masa, di luar waktu pejabat dan di luar

stesyen apabila diperlukan dan bekerja dalam keadaan yang mencabar;

iii) Senarai tugas :

a) Membantu dalam pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod

maklumat dan menganalisis data-data penyelidikan (termasuk aktiviti persampelan

penyakit dan perosak pokok lada);

b) Memasukkan ‘data entry” bagi data projek penyelidikan;

c) Membantu dalam penyimpanan dan mengemaskini inventori berkaitan dengan

sebarang projek penyelidikan;

d) Membantu dalam penyediaan alat radas, bahan kimia dan bahan kajian untuk

aktiviti penyelidikan;

e) Membantu dalam pelaksanaan program-program pengembangan dan penyeliaan

agihan input dan peralatan pertanian di kawasan seliaan masing-masing di

kawasan tanaman lada di kawasan tanaman lada di Semenanjung Malaysia.

f) Melaksanakan aktiviti penghantaran input dan peralatan pertanian;

g) Menyedia dan melengkapkan dokumen untuk pembayaran bagi input pertanian;

h) Mengambil sampel input pertanian di peringkat gudang utama, stokis dan pekebun

di Semenanjung Malaysia;

i) Bertanggungjawab memaklumkan pekebun berkenaan masa untuk menuntut

bantuan daripada stokis dan memantau proses pengagihan input pertanian;

j) Mengemaskini Sistem Pangkalan Data Pekebun Lada seperti mengemaskini dan

menyelaras senarai nama pekebun yang mendapat bantuan di kawasan masing-

masing.

k) Membuat laporan status agihan input dan peralatan pertanian;

l) Menyediakan laporan status kemajuan dan pelaksanaan projek di peringkat ladang

bagi bahagian/daerah/kawasan di Semenanjung Malaysia;

m) Menyelaras dan mengemaskini maklumat-maklumat pekebun mengenai

pemohonan bantuan input dan peralatan pertanian;

n) Menyelaras aktiviti perlaksanaan dan mengenalpasti sasaran/bilangan T.O.T

(Transfer Of Technology) berdasarkan kepada peruntukan dan perancangan; dan

o) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa.