lebih banyak masa diluangkan bersama-sama bapa ikea ... · pdf filemereka pada bulan pertama...

4
UNTUK SIARAN SEGERA Lebih Banyak Masa Diluangkan Bersama-sama Bapa IKEA Malaysia memperkenalkan satu bulan cuti bapa bergaji; Melancarkan pertandingan foto Bapa-bapa Malaysia bersama-sama dengan Kedutaan Sweden “Masa berharga.” Muhammad Rizal Sunalim, pekerja promosi produk/barangan dari IKEA Cheras adalah antara yang pertama di Malaysia yang mengambil cuti bapa selama sebulan. (Nota: foto tersedia untuk media) KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2017 – Dengan fokus ditumpukan kepada bapa-bapa serta betapa pentingnya kehadiran mereka semasa tahun-tahun awal, IKEA Malaysia dan Kedutaan Sweden bekerjasama melancarkan sebuah pertandingan foto yang meraikan bapa-bapa setempat. “IKEA telah sekian lama memberi perhatian terhadap kehidupan di rumah demi keluarga dan kami mendukung nilai murni orang Sweden – termasuk kesamarataan di tempat kerja dan di rumah,” kata Lydia Song, Pengarah Sumber Manusia untuk IKEA Asia Tenggara. “Kami percaya kedua-dua lelaki dan wanita seharusnya berpeluang terlibat secara aktif dalam membesarkan anak-anak.” “Pada tahun ini, kami telah memperkenalkan cuti bapa di seluruh gedung-gedung dan pejabat-pejabat kami di Asia Tenggara, bagi membolehkan bapa-bapa baharu menjaga bayi

Upload: lamnguyet

Post on 06-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lebih Banyak Masa Diluangkan Bersama-sama Bapa IKEA ... · PDF filemereka pada bulan pertama yang menakjubkan itu. Langkah kecil ini kami lihat sebagai arah kepada satu perubahan besar

UNTUK SIARAN SEGERA

Lebih Banyak Masa Diluangkan Bersama-sama Bapa

IKEA Malaysia memperkenalkan satu bulan cuti bapa bergaji;

Melancarkan pertandingan foto Bapa-bapa Malaysia bersama-sama dengan

Kedutaan Sweden

“Masa berharga.” Muhammad Rizal Sunalim, pekerja promosi produk/barangan dari IKEA Cheras

adalah antara yang pertama di Malaysia yang mengambil cuti bapa selama sebulan.

(Nota: foto tersedia untuk media)

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2017 – Dengan fokus ditumpukan kepada bapa-bapa serta

betapa pentingnya kehadiran mereka semasa tahun-tahun awal, IKEA Malaysia dan Kedutaan

Sweden bekerjasama melancarkan sebuah pertandingan foto yang meraikan bapa-bapa

setempat.

“IKEA telah sekian lama memberi perhatian terhadap kehidupan di rumah demi keluarga dan

kami mendukung nilai murni orang Sweden – termasuk kesamarataan di tempat kerja dan di

rumah,” kata Lydia Song, Pengarah Sumber Manusia untuk IKEA Asia Tenggara. “Kami

percaya kedua-dua lelaki dan wanita seharusnya berpeluang terlibat secara aktif dalam

membesarkan anak-anak.”

“Pada tahun ini, kami telah memperkenalkan cuti bapa di seluruh gedung-gedung dan

pejabat-pejabat kami di Asia Tenggara, bagi membolehkan bapa-bapa baharu menjaga bayi

Page 2: Lebih Banyak Masa Diluangkan Bersama-sama Bapa IKEA ... · PDF filemereka pada bulan pertama yang menakjubkan itu. Langkah kecil ini kami lihat sebagai arah kepada satu perubahan besar

mereka pada bulan pertama yang menakjubkan itu. Langkah kecil ini kami lihat sebagai arah

kepada satu perubahan besar untuk bapa-bapa dalam perniagaan kami dan rakan kongsi

mereka.

Cik Song berkata pertandingan foto ini menyediakan satu peluang bagi meraikan lebih ramai

Bapa-bapa Malaysia yang mengambil langkah aktif dalam penjagaan anak-anak – daripada

memberi susu dan mensendawakan bayi kepada ciuman dan pelukan.

Sepuluh bapa terpilih akan memenangi satu sesi bersama dengan seorang jurufoto

profesional dan potret mereka yang dipamerkan dapat dilihat bersama pameran Swedish

Dads di Balai Seni Negara serta Pusat Beli-belah MyTOWN. Tiga pemenang utama akan

berkongsi hadiah IKEA gift card bernilai RM4,500.

Swedish Dads ialah pameran foto yang merangsang pemikiran yang sedang diadakan di

seluruh dunia oleh jurufoto pemenang anugerah Johan Bävman. Foto-foto tersebut mengintai

detik-detik realistik kehidupan bapa-bapa yang mengambil cuti bapa yang panjang dan yang

telah membawa impak yang hebat di seluruh dunia.

Pada 1 Januari tahun ini, IKEA Asia Tenggara telah memperkenalkan satu bulan cuti bapa

bergaji, dan Muhammad Rizal Sunalim merupakan antara rakan sekerja Malaysia yang

memperoleh faedah tersebut.

“Inilah masa yang berharga untuk saya dan keluarga saya,” kata Rizal, pekerja promosi

produk/barangan, bersama dengan isteri beliau, yang bekerja di IKEA Cheras. Pasangan ini

mempunyai tiga orang anak.

“Dengan dua anak pertama, isteri saya perlu melakukan semua sendiri. Kini, saya berpeluang

menjaga bayi saya dan juga isteri saya. Ia sungguh bermakna buatnya kerana dia dapat

berehat dan bantuan. Saya memasak untuk keluarga, saya membasuh pakaian, saya

menjaga anak-anak perempuan kami. Masa ikatan yang benar-benar mengesankan.”

Tuan Yang Terutama Encik Dag Juhlin-Dannfelt, Duta Besar Sweden ke Malaysia, berharap

pertandingan foto dan pameran Swedish Dads bakal meningkatkan kesedaran betapa

pentingnya kesamarataan dalam keibubapaan, di mana peranan yang dimainkan oleh kedua-

duanya adalah sama penting.

“Kami ingin berkongsi pendekatan orang Sweden terhadap kesamarataan jantina dan cuti

bapa, berasaskan kepada kedua-dua ibu bapa memainkan peranan aktif dalam menjaga

anak-anak mereka. Kami harap dapat menginspiraskan bapa-bapa Malaysia untuk lebih

memanfaatkan pengalamaan yang sangat berharga ini yang seiring dengan sifat keibubapaan

yang harmoni dan sama rata. Kami percaya tempat kerja yang mesra keluarga – khususnya

faedah cuti bapa – adalah satu situasi menang menang. Ibu bapa memperoleh kehidupan

berkeluarga yang seimbang dan majikan memperoleh pekerja yang lebih produktif dan

berpuas hati.”

Page 3: Lebih Banyak Masa Diluangkan Bersama-sama Bapa IKEA ... · PDF filemereka pada bulan pertama yang menakjubkan itu. Langkah kecil ini kami lihat sebagai arah kepada satu perubahan besar

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN

Siapa yang layak?

o Bapa yang tinggal secara sepenuh masa di Malaysia

o Sedia mempamerkan foto profesional keluarga di Balai Seni Negara & MyTOWN.

o Tersedia untuk penggambaran antara 3 – 11 November.

o Bersedia memberi Kedutaan Sweden dan IKEA Asia Tenggara hak menggunakan foto

secara percuma.

o Bukan kakitangan IKEA Malaysia atau Pusat Beli-belah MyTOWN

Jenis foto?

o Sebarang foto yang menunjukkan kepada kami kehidupan anda di rumah

o Bersama-sama anak-anak berumur 5 tahun dan ke bawah

o Menggunakan sebarang kamera, kualiti tidak diambil kira

o Tidak mengandungi sesuatu yang dianggap keterlaluan

Cara bertanding? o Layari Kedutaan Malaysian Dads Photo Contest Facebook page antara 16 – 29 Oktober o Hantar satu foto bagi setiap keluarga sahaja. o Termasuk kapsyen kurang daripada 50 perkataan tentang bagaimana anda melihat

peranan anda sebagai seorang bapa dengan tanda pagar

#MalaysianDadsPhotoContest dan #IkeaMalaysia

Hadiah?

o 10 peserta terakhir menerima satu penggambaran foto profesional bersama anak atau

5 orang anak-anak mereka

o Foto akan dibingkaikan dan dipamerkan bersama dengan pameran foto Swedish Dads.

Foto boleh disimpan bapa-bapa apabila pameran berakhir.

o Semua peserta akhir dipelawa ke pembukaan rasmi pameran di Balai Seni Negara

pada 20 November 2017.

o Tiga pemenang utama akan diumumkan pada malam tersebut (mesti hadir bagi

mengambil hadiah.) Bapa-bapa akan memenangi IKEA gift card (Tempat pertama: RM

2,000, Kedua: RM 1,500 dan Ketiga : RM 1,000)

Bagaimana peserta terakhir dipilih dan diumumkan?

o Sebuah pasukan dari Kedutaan Sweden di Malaysia dan IKEA Malaysia, diketuai oleh

Duta Besar Sweden, akan mengadili semua penyertaan.

o Semua peserta akhir akan dihubungi melalui mesej peribadi di halaman Facebook

mereka bagi mengatur sesi bersama dengan jutufoto profesional

o Jika kontek tidak dapat dihubungi, peserta akhir yang lain akan dipilih

o Peserta akhir akan diumumkan di halaman Facebook pada 3 November

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Text100 Malaysia Yen Leong / Henry Khoo

Text100 Malaysia Tel: +603-2282 2152 E-mel: [email protected] / [email protected]

Page 4: Lebih Banyak Masa Diluangkan Bersama-sama Bapa IKEA ... · PDF filemereka pada bulan pertama yang menakjubkan itu. Langkah kecil ini kami lihat sebagai arah kepada satu perubahan besar

Tentang Kedutaan Sweden di Malaysia Tugas utama Kedutaan Sweden di Malaysia adalah untuk mempromosi dan mengukuhkan perhubungan antara Sweden dan Malaysia. Pihak kedutaan bukan sahaja memfokus terhadap promosi perdagangan tetapi turut melanjutkan kerjasama di bidang-bidang lain seperti pertahanan, kebudayaan dan pendidikan. Pihak Kedutaan selanjutnya menyediakan perkhidmatan konsulat kepada warganegara Sweden yang tinggal atau melawati Malaysia.

Tentang IKEA Kediaman merupakan tempat paling penting di dunia. Ruang peribadi dan sudut keselesaan di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul, di mana kanak-kanak belajar dan membesar. Sebuah tempat di mana semua dialu-alukan hanya untuk berinteraksi pada setiap hari. Visi IKEA adalah untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik di rumah untuk orang ramai. Semenjak diasaskan pada 1943 di Sweden, IKEA telah menawarkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian hidup fungsian yang luas pada harga tersangat rendah agar seramai mungkin mampu memilikinya. IKEA menerapkan usaha mesra alam ke dalam perniagaan hariannya dan terus-menerus menyokong inisiatif yang memanfaatkan, seperti kanak-kanak dan persekitaran. Sehingga hari ini, terdapat lebih 400 gedung IKEA di 49 negara – termasuk tiga di Malaysia.