learn . lead . legacy 018 2 p horizon baharu kik executive talk · kumpulan inovatif dan kreatif di...

4
Program Jalinan Ukhwah 2018 April 2012 Learn . Lead . Legacy Horizon Baharu KIK Executive Talk P ada 19 Julai 2018 bertempat di Dewan Jubli Perak, INTAN Wilayah Utara telah berlangsung seminar Horizon Baharu KIK Executive Talk. Seminar yang disasarkan kepada pegawai awam di zon utara ini telah disampaikan oleh penceramah INTURA, En. Abdul Aziz bin Yusof yang merupakan pakar rujuk berkaitan Kumpulan Inovatif dan Kreatif di wilayah utara. Seminar ini bertujuan untuk mengupas kandungan PTPA bil 1/2012 (Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor Awam melalui Horizon Baharu KIK). KIK baharu ini berfokuskan kepada outcome, impak dan p o t e n s i pengembangan projek bagi tujuan replikasi, pengkomersialan dan penyertaan dalam pertandingan. Peserta turut di dedahkan d enga n pengetahuan d a n kefahaman mengenai k a e d a h penubuhan, pelaksanaan dan pengurusan KIK di jab- atan masing masing. Peserta turut berpeluang untuk mempelajari kaedah penghasilan idea- idea yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk direplikasi dan dikomersialkan. Seminar ini dihadiri oleh seramai 290 orang peserta. Diharapkan seminar ini dapat membantu para peserta untuk merancang strategi dan jadual pelaksanaan penubuhan KIK di agensi masing-masing. P rogram Jalinan Ukhwah ini telah berlangsung pada 5 Julai 2018 yang lalu bertempat di Dewan Jubli Perak dan sekitar perkarangan bangunan pentadbiran. Program ini dijalankan serentak dengan majlis Synchronization of Minds. Program ini berlangsung dari 11.00 pagi hingga 2.00 petang yang melibatkan warga INTURA, pekerja swasta, peserta kursus dan agensi dari sekitar Sungai Petani. Pelbagai juadah telah disediakan antaranya nasi tomato, capati, bihun sup, kambing golek, sate, dan pelbagai jenis kek dan kuih-muih. Selain itu, tumpuan utama pada hari itu ialah booth dan props bergambar yang telah disediakan oleh jawatankuasa keceriaan unit pentadbiran bertemakan ‘Jom Balik Kampung’. Objektif utama program ini ialah untuk mewujudkan semangat kerjasama di antara warga INTURA yang melibatkan persediaan sebelum, semasa dan selepas majlis. Selain daripada itu program ini juga bertujuan merapatkan silaturahim dan hubungan sesama warga, pekerja swasta, peserta kursus dan pegawai dari agensi sekitar Sungai Petani. Julai 2018 Mutiara Kata When you show deep empathy toward others, their defensive energy goes down, positive energy replaces it. That's when you can get more creative in solving problems. Stephen Covey En. Abdul Aziz, penceramah KIK Execuve Talk Menjamu selera Aluan dari YBrs. PWU Nasyid Aidilfitri

Upload: hoangkien

Post on 04-Apr-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Program Jalinan Ukhwah 2018

Ap

ril

20

12

Learn . Lead . Legacy

Horizon Baharu KIK Executive Talk

P ada 19 Julai 2018 bertempat di Dewan Jubli Perak, INTAN Wilayah Utara telah berlangsung seminar Horizon Baharu KIK

Executive Talk. Seminar yang disasarkan kepada pegawai awam di zon utara ini telah disampaikan oleh penceramah INTURA, En. Abdul Aziz bin Yusof yang merupakan pakar rujuk berkaitan Kumpulan Inovatif dan Kreatif di wilayah utara. Seminar ini bertujuan untuk mengupas kandungan PTPA bil 1/2012 (Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor Awam melalui Horizon Baharu KIK).

KIK baharu ini b e r f o k u s k a n kepada outcome, i m p a k d a n p o t e n s i pengembangan p r o j e k b a g i

tujuan replikasi, pengkomersialan dan penyertaan dalam pertandingan.

Peserta turut di dedahkan d e n g a n pengetahuan d a n k e f a h a m a n m e n g e n a i k a e d a h p e n u b u h a n ,

pelaksanaan dan pengurusan KIK di jab-atan masing masing. Peserta turut berpeluang untuk mempelajari kaedah penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk direplikasi dan dikomersialkan. Seminar ini dihadiri oleh seramai 290 orang peserta. Diharapkan seminar ini dapat membantu para peserta untuk merancang strategi dan jadual pelaksanaan penubuhan KIK di agensi masing-masing.

P rogram Jalinan Ukhwah ini telah berlangsung pada 5 Julai 2018 yang lalu bertempat di Dewan Jubli Perak dan sekitar perkarangan bangunan pentadbiran. Program ini dijalankan serentak dengan majlis Synchronization of Minds.

Program ini berlangsung dari 11.00 pagi hingga 2.00 petang yang melibatkan warga INTURA, pekerja swasta, peserta kursus dan agensi dari sekitar Sungai Petani.

Pelbagai juadah telah disediakan antaranya nasi tomato, capati, bihun sup, kambing golek, sate, dan pelbagai jenis kek dan kuih-muih. Selain itu, tumpuan utama pada hari itu ialah booth dan props bergambar yang telah disediakan oleh jawatankuasa keceriaan unit pentadbiran bertemakan ‘Jom Balik Kampung’.

Objektif utama program ini ialah untuk mewujudkan semangat kerjasama di antara warga INTURA yang melibatkan persediaan sebelum, semasa dan selepas majlis. Selain daripada itu program ini juga bertujuan merapatkan silaturahim dan hubungan sesama warga, pekerja swasta, peserta kursus dan pegawai dari agensi sekitar Sungai Petani.

Ju

lai

20

18

Mutiara Kata When you show deep empathy toward others, their defensive energy goes down,

positive energy replaces it. That's when you can get more creative in solving problems.

Stephen Covey

En. Abdul Aziz, penceramah KIK Executive Talk

Menjamu selera

Aluan dari YBrs. PWU

Nasyid Aidilfitri

Accept the discomfort:

When faced with the need to come up with a creative

solution, oftentimes we may feel anxious or uncomfortable.

This is normal and the key to overcoming this state of mind is

to accept it as part of the process. The search for a creative

idea may be confusing and we need to accept this temporary

confusion so that we are well positioned to explore in a

fruitful way the question that the problem is presenting to us.

Research and prepare:

Acquire as much knowledge as you can about the question

the problem poses. This will allow you to understand the

nature of the challenge thoroughly and establish a framework

from which new ideas can emerge. To come up with a new

and creative idea, you need to understand what is

Allow your mind to wander and explore:

Do not obsess or worry about the problem and the need to

come up with a solution. By having accepted the discomfort

mentioned earlier, adopt a “relaxed attentiveness” and allow

your unconscious mind to tackle the problem. Most

important: trust yourself and your mind’s own creative

nature.

Try new ways of representing and approaching the question:

Use a mind map or issue tree to represent from a different

standpoint the question and the challenge it is presenting.

You may also want to try drawings or picture boards. These

means of expressing the question will allow you to see it in

a more creative way.

Be attentive to “whispers” from your unconscious mind:

Keep a small notepad with you at all times to write down

any ideas that may emerge throughout the day. These can be

captured using words and/or drawings, diagrams, charts,

symbols etc. Your unconscious mind can gently “whisper”

an idea when you are most relaxed and receptive and when

you least expect it, including while you are occupied with

other tasks such as driving, washing dishes, gardening,

cleaning, exercising, cooking etc. Ideas can also emerge

during the state between waking and sleeping. The key is to

be ready to receive these thoughts so they don’t sink back

into the unconscious and you forget them. Do not dismiss

any ideas at this stage; write them all down. You can evalu-

ate them later.

Extract from: https://blog.schneider-electric.com

Muka 2

Bahan Bacaan Pilihan Bulan Julai

Artikel Pilihan

Berita@INTURA

B u k u i n i

m e n y e d i a k a n

rangka kerja yang

sistematik untuk

memahami apa

i t u i n o v a s i ,

kenapa ianya

b e r l a k u ,

bagaimana ianya

diuruskan dan bagaimana inovasi

dapat menolong sesebuah organ-

isasi mencapai matlamatnya. Bu-

ku ini mempersiapkan pemimpin

dengan struktur yang kukuh dan

idea yang inovatif untuk lebih ber-

jaya dalam mengharungi perseki-

taran inovasi yang intensif.

B u k u i n i

mendedahkan 50

pengajaran yang

setiap ketua atau

pemimpin perlu

tahu untuk men-

capai kejayaan.

Buku ini dapat

m e m b a n t u

sesiapa sahaja yang mahu belajar

untuk memimpin. Kualiti seorang

ketua, kemahiran yang perlu di

kuasai dan bagaimana untuk men-

erajui sesebuah organisasi dibin-

cangkan secara terperinci di da-

lam buku ini.

B u k u i n i

m e n g u p a s

p e m a h a m a n

mengenai stres,

kaedah untuk

mengurangka n

s t r e s d a n

p a n d u a n

membina pelan

pembangunan diri sendiri untuk

menangani stres di tempat kerja

berdasarkan Cognitive Behav-

ior Therapy (CBT) yang akan

membantu untuk menguruskan

stres kerja dengan lebih efektif.

5 Tips for Creative Thinking

Gelagat@INTURA

Warga Proaktif, INTURA Inovatif Muka 3

Adab Ketika Berdoa

Daripada Fadhalah bin ‘Ubaid RA berkata; Nabi SAW mendengar seseorang berdoa dalam solatnya dan tidak mengucapkan selawat kepada Nabi SAW, kemudian Nabi SAW bersabda: "Orang ini telah tergesa-gesa." Kemudian Baginda SAW memanggilnya dan berkata kepadanya atau kepada orang lain: "Apabila salah seorang di antara kamu bersolat, maka hendaklah dia memulai (doanya) dengan memuji Allah SWT, kemudian berselawat kepada Nabi SAW, kemudian berdoa setelah itu dengan doa yang dia kehendaki." Abu ‘Isa berkata; hadith ini adalah ha-san sahih.

(Hadith riwayat At-Tirmizi, No: 3477, Abu Dawud, No: 1481, an-Nasaie, No: 1284, Ahmad, No: 22811).

Huraian

Berdoa dari segi bahasanya bererti memanggil, memohon, atau meminta. Ketika berdoa, bererti sedang memanggil, memohon, dan meminta kepada Allah, Zat Yang Maha Agung, lagi Maha Mendengar.

Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh Nabi SAW adalah dengan memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT dan berselawat kepa-da Rasulullah SAW. Selain itu ketika berdoa, seseorang itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila berte-patan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut. Begitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam.

Berdoa adalah ibadah. Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab di-tunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

Sumber: JAKIM

Untuk pertanyaan kursus hubungi : Setiausaha Kursus

04-4218321 samb. 238 (Pn. Ku Intan Sakinah bt. Ku Ahmad/En. Khairul Asyraf bin Abdul Talib)

samb. 118 (Pn. Mimi Noorzan bt. Abd Hamid)

Kursus Sepanjang Ogos 2018

PROJEK KHAS

1. Talent X 07/08/2018 hingga 09/08/2018

KURSUS BERJADUAL

1. Kursus Pengurusan Stor Kerajaan 06/08/2018 hingga 08/08/2018

2. Kursus Innovation : Do You Want To Be Creative? 06/08/2018 hingga 18/08/2018

3. Kursus Pengurusan Mesyuarat 06/08/2018 hingga 09/08/2018

4. Kursus Horizon Baharu KIK untuk Panel 13/08/2018 hingga 14/08/2018

5. Infographics Using Power Point 13/08/2018 hingga 15/08/2018

6. Kursus Pengukuhan Pasukan 13/08/2018 hingga 16/08/2018

7. Kursus Pengukuhan Pasukan 27/08/2018 hingga 30/08/2018

SEMINAR

1. Big Data Analytics : A Government Perspective 16/08/2018

Hadis Pilihan

http://www.intanbk.intan.my

Diterbitkan oleh : Pusat Sumber Maklumat, INTAN Wilayah Utara