lcd

4
KERTAS CADANGAN PEROLEHAN PERKAKASAN KOMPUTER RIBA, LCD, SKRIN DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN BAGI KEGUNAAN KHUTBAH MULTIMEDIA DI SEMUA MASJID KERAJAAN DAN TERPILIH NEGERI TERENGGANU 1 TUJUAN Kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri bagi perolehan perkakasan komputer Riba, LCD, Skrin dan Peralatan yang berkaitan bagi kegunaan khutbah multimedia di semua Masjid Kerajaan dan Terpilih Negeri Terengganu bagi Tahun 2006. Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM 1,580,280.00 termasuk kursus dan bengkel yang berkaitan pengendalian dan penggunaan Khutbah multimedia. 2. LATARBELAKANG . 2.1. Mendengar khutbah adalah kemestian dan syarat sah serta kemuncak kepada solat Jumaat. Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik, bercakap-cakap atau bergurau, dia tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh khatib. Lebih malang lagi, solat Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna, langsung tidak mendapat pahala. 2.2. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengorak langkah kedepan dengan menyediakan paparan isi teks khutbah dalam bentuk multimedia yang pertama di Malaysia. Teknik baru ini bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat dan multimedia. Justeru itu gabungan dua elemen media pendengaran ( Teks khutbah dibaca oleh khatib) dan elemen visual ( paparan slide ) menjadikan penyampaian khutbah menjadi lebih efisen dan dapat menarik perhatian jemaah untuk menghayati khutbah. 2.3. Secara tradisional penyampaian khutbah hanya cukup sekadar menerangkannya secara lisan, masyarakat kini perlu didedahkan dengan minda teknologi. Islam sendiri mementingkan pembaharuan atau pemodenan tanpa mengetepikan tuntutan dan landasan agama. Penyampaian khutbah Jumaat melalui evolusi baru ini akan dapat menambah rencah bagi menarik minat jemaah. Pendekatan khutbah multimedia adalah sebahagian usaha pentadbiran Agama Negeri melaksanakan konsep Islam Hadhari, Terengganu Bestari. 3. OBJEKTIF

Upload: azmira-binti-abdul-kadir

Post on 17-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA

TRANSCRIPT

Page 1: Lcd

KERTAS CADANGAN

PEROLEHAN PERKAKASAN KOMPUTER RIBA, LCD, SKRIN DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN BAGI KEGUNAAN KHUTBAH MULTIMEDIA DI SEMUA MASJID KERAJAAN DAN TERPILIH

NEGERI TERENGGANU

1   TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan Kerajaan Negeri bagi perolehan

perkakasan komputer Riba, LCD, Skrin dan Peralatan yang berkaitan bagi kegunaan

khutbah multimedia di semua Masjid Kerajaan dan Terpilih Negeri Terengganu bagi

Tahun 2006. Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM 1,580,280.00 termasuk

kursus dan bengkel yang berkaitan pengendalian dan penggunaan Khutbah multimedia.

2.         LATARBELAKANG  .          

2.1.        Mendengar khutbah adalah kemestian dan syarat sah serta kemuncak kepada solat

Jumaat. Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan

baik, bercakap-cakap atau bergurau, dia tidak dapat menerima apa yang disampaikan

oleh khatib. Lebih malang lagi, solat Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak

sempurna, langsung tidak mendapat pahala.

2.2.        Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengorak langkah kedepan dengan

menyediakan paparan isi teks khutbah dalam bentuk multimedia yang pertama di

Malaysia. Teknik baru ini bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat dan

multimedia. Justeru itu gabungan dua elemen media pendengaran ( Teks khutbah

dibaca oleh khatib) dan elemen visual ( paparan slide ) menjadikan penyampaian

khutbah menjadi lebih efisen dan dapat menarik perhatian jemaah untuk menghayati

khutbah.

2.3.        Secara tradisional penyampaian khutbah hanya cukup sekadar menerangkannya secara

lisan, masyarakat kini perlu didedahkan dengan minda teknologi. Islam sendiri

mementingkan pembaharuan atau pemodenan tanpa mengetepikan tuntutan dan

landasan agama. Penyampaian khutbah Jumaat melalui evolusi  baru ini akan dapat

menambah rencah bagi menarik minat jemaah. Pendekatan khutbah multimedia adalah

sebahagian usaha pentadbiran Agama Negeri melaksanakan konsep Islam Hadhari,

Terengganu Bestari.

3.         OBJEKTIF

Page 2: Lcd

            3.1.      Melaksanakan pengurusan pentadbiran masjid yang lebih kemas dan

efisien.

            3.2.      Menambahkan lagi kemahiran dalam bidang penggunaan komputer.

            3.3.      Meluaskan peranan Masjid melalui penggunaan system yang sistematik.

3.4.      Meningkatkan mutu perkhidmatan masjid dan ia bakal menaikkan imej masjid menjadi

satu institusi yang lebih disegani.

3.5       Mendedahkan masyarakat kepada minda teknolgi.

 4.         JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN PERKAKASAN

4.1.        Khutbah multimedia disampaikan oleh khatib bertugas dan seorang petugas

mengendalikan komputer Riba.

4.2.        Paparan Slaid dihasilkan menggunakan program Powerpoint.

4.3.        Slaid dipancar ke layar menggunakan LCD dan Skrin pada dinding.

4.4.        TV Plasma digunakan untuk kemudahan ahli Jumaat di Saf hadapan.

5.         CADANGAN PEROLEHAN DAN ANGGARAN PERUNTUKAN

5.1.        Bagi memperlengkapkan Program Khutbah Multimedia di semua Masjid Kerajaan dan

Masjid Terpilih bagi perolehan perkakasan Komputer tahun 2006 adalah seperti berikut

:-

BIL PERKAKASAN BILANGAN

UNIT

ANGGARAN

HARGA

SEUNIT (RM)

ANGGARAN

KOS (RM)

1 Komputer riba 52 3,800.00 197.600.00

2 LCD Projektor 104 9,700.00 1,008,800.00

3 Plasma TV 42” 3 14,000.00 42,000.00

4 Layar 104 1,600.00 166,400.00

5 Cable 104 600.00 62,400.00

6 Braket 104 800.00 83,200.00

JUMLAH 1,560,400.00

5.2.      Peruntukan ini dicadangkan disalurkan melalui peruntukan Kerajaan Negeri.

6.            KURSUS DAN BENGKEL

Page 3: Lcd

Memandangkan program khutbah multimedia akan melibatkan sebilangan besar

pegawai dan kakitangan masjid yang terpilih, maka keperluan kursus penghasilan teks

khutbah multimedia dan bengkel pengendalian peralatan perlu dibuat bagi

membolehkan mereka mahir dalam mengendalikan peralatan tersebut dengan baik.

Adalah dicadangkan kursus dan bengkel tersebut akan dilaksanakan mengikut daerah

masing-masing. Bagi permulaan, tahun 2006 dicadangkan sebanyak 13 siri bengkel

akan dilaksanakan bagi tujuh daerah.

 

6.1          Implikasi Kewangan

           

6.1.1    Perkakasan                                                          =  RM

1,560,400.00

6.1.2    Bengkel Penggunaan peralatan

Penceramah   :RM120.00 x 6 jam x 13 siri                        =  RM 9,360.00

Fasilitator         :RM  80.00 x 6 jam x 13 siri                      =  RM 6,240.00

Makan/Minum :RM15.00 x 20 orang x 1hari x 13 siri    =  RM 3,900.00

Urusetia           :RM30.00 x   1 orang x 1 hari x13 siri     =  RM   380.00

                                               

                                                                        Jumlah      =     RM 19,880.00

      Jumlah Besar                 

KOS PERKAKASAN + KOS BENGKEL                            = RM 1,580,280.00

7.         JAWATANKUASA KURSUS/BENGKEL

1.         KPP Pentadbiran dan Kewangan

2.         KPP Dakwah

3.         PP Pembangunan

4.         Pegawai ICT JHEAT

5.         Pegawai Agama Daerah

8.         PENUTUP

Page 4: Lcd

Memandangkan kepada perkembangan dan pengetahuan di zaman yang serba maju ini,

peralatan yang canggih amat diperlukan bagi melakukan sesuatu kerja/pengurusan

sama ada dalam mengurus dan mendapat maklumat secara elektronik. Adalah

diharapkan pentadbiran dan perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu akan

lebih cekap dan produktif demi memartabatkan agensi-agensi yang berkaitan dengan

agama. Di samping menonjolkan kecekapan, ia juga dapat menunjukkan kepada umum

bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk mengejar kemajuan dan teknologi

tetapi semestinya dengan cara dan pendekatan secara Islam. Oleh itu, Jabatan Hal

Ehwal Agama Terengganu memohon peruntukan sebanyak RM 1,580,280.00 ( Satu

Juta Lima Ratus Lapan Puluh Ribu Dua Ratus Lapan Puluh ) bagi membeli dan

melengkapkan peralatan komputer Riba LCD, Skrin dan peralatan yang berkaitan

dengannya bagi Khutbah Multimedia.

LAMPIRAN

 Terima kasih pada  laman sesawang ini....