latihan pantun lapan kerat dan seloka si luncai

Upload: minachang

Post on 08-Mar-2016

303 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Set 1 Pantun Lapan Kerat

Buat bangsal di tengah hutan,

Tebaslah hutan buat halaman,

DI tepi halaman menanam kubis,

Diselang dengan pokok papaya;

BIarlah bersabar dengan perlahan,

Itulah tanda tuan beriman,

Tidak patah digoncang iblis,

Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,

Anak ketam disangka lelabi,

Berburu musim tengkujuh,

Dapat buruan dibelah-belah;

Bukan makhluk sebarang-barang,

Cucu Adam sepaian nabi,

Turun dari langit ketujuh,

Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,

Paku jatuh patah dua,

Menjadi riuh orang di darat,

Anak Cik Itam jatuh jalar;

Bumi kandungan nenek moyangku,

Kerana lalai rosak binasa,

Kebudayaan Timur dinodai Barat,

Bahasa ibunda hina terbiar.

SET 1

(i) Apakah akibat sikap lalai seperti yang dinyatakan dalam pantun di atas? [2 markah]

(ii) Sebagai khalifah Allah, manusia pasti akan menghadapi pelbagai masalah dalam membimbing manusia ke jalan benar. Jelaskan masalah-masalah yang mungkin dihadapi. [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah]

SET 2

( i) Terangkan kebaikan-kebaikan yang kita peroleh jika kita mengamalkan sifat sabar seperti yang ditonjolkan dalam pantun di atas. [2M]

(ii) Rangkap kedua pantun menyatakan bahawa manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Pada pandangan anda, apakah yang harus kita lakukan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini? [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah]

Seloka Si Luncai

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Seloka Si Luncai

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan

Ada rumah tidak dijaga,

Ada anak tidak dilatih,

Ada ternakan tidak dibela,

Ada kebun tidak ditanam,

Ada cerdik tidak selidik,

Ada belajar kepalang ajar,

Ada mengaji tidak mengkaji,

Ada mata tiada kuasa,

Ada kuat tiada buat,

Biarkan, biarkan!

Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

SET 1(i) Berikan maksud ada kuat tiada buat. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah keburukan jika kita tidak menuntut ilmu dengan sempurna? [3 markah](iii) Huraikan dua pengajaran seloka ini [4 markah]

SET 2(i) Nyatakan contoh-contoh Si Luncai mengabaikan keluarganya.

[2 markah]

(ii) Seloka ini menyindir sikap Si Luncai yang tidak serius dalam kehidupannya dan sikap seperti ini memang terdapat dalam kalangan masyarakat kita. Bagaimanakah caranya kita dapat membantu orang yang bersikap demikian agar lebih serius dalam kehidupan? [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam seloka tersebut. [4 markah]