laporan teknik vokal

Upload: ammar-faiq

Post on 14-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Laporan Teknik Vokal

    1/4

    1

    Laporan Teknik Vokal

    Oleh: Mohd Faiq bin Ab. Latif

    (T1MU1 PISMP Ambilan Januari 2012, IPG Kampus Pulau Pinang)

    Pada 29 Jun 2012 dan 01 Julai 2012 yang lalu, bertempat di Gereja St.

    George telah diadakan persembahan koir oleh dua pasukan koir yang terkenal iaitu

    Operafest Childrens Choir of Malaysia dan The Philippine Madrigal Singers.

    Persembahan yang dibawa oleh kedua-dua pasukan ini sangat menarik dan amat

    memberangsangkan. Masing-masing mempunyai kriteria-kriteria penarik dan teknik

    yang tertentu. Kumpulan dari Operafest Children dianggotai oleh kumpulan kanak-

    kanak yang masih muda dan kupulan Madrigal Singers dianggotai oleh orang

    dewasa, lelaki dan wanita.

    Antara teknik vokal yang penting dapat diamati dari awal sehingga akhir

    persembahan ialah postur badan. Postur berdiri diperlihat dengan begitu jelas oleh

    kumpulan koir kanak-kanak Operafest. Hal ini adalah kerana mereka hanya berdiri

    sepanjang persembahan koir mereka. Postur berdiri mempunyai ciri-ciri penting yang

    telah ditonjolkan. Kepala berada dalam keadaan tenang di mana dagu adalah searas

    dengan lantai. Berdiri juga dalam keadaan yang tidak lurus di mana dapat dilihat

    ketenangan dalam mengambil nafas dan menyanyi. Seterusnya, keadaan tangan

    diletakkan pada belakang tubuh. Pada pandangan saya, ia adalah bertujuan

    memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan yang terkawal dan badan mereka

    berada dalam postur yang betul semasa menyanyi. Namun sekiranya ahli koir adalah

    dalam kalangan yang dewasa, tangan tidak perlu diletakkan di belakang tetapi di sisi

    kerana mereka sudah mempunyai disiplin sendiri. Selain itu, sekiranya tedapat

    pergerakan-pergerakan semasa sedang menyanyi, ia telah dirancang dengan begitu

    baik. Tiada lompatan dilakukan semasa menyanyi. Hal ini bagi mengelakkan

    kesilapan pic dan konsentrasi mungkin terganggu pada penyanyi kanak-kanak.

    Sementelahan, postur duduk pula ditunjukkan oleh pasukan koir Madrigal

    Singers. Sepanjang persembahan mereka hanya duduk dan tiada postur berdiri

    ditunjukkan. Persembahan ini juga menarik di mana kawalan suara, not, pic danpernafasan dilakukan dengan begitu baik sekali. Semasa menyanyi, kaki dibuka

  • 7/29/2019 Laporan Teknik Vokal

    2/4

    2

    sedikit dan punggung berada dalam satu per tiga daripada permukaan kerusi. Tapak

    kaki diletakkan rata di atas lantai pada posisi yang sangat seimbang agar boleh

    menyokong keseluruhan badan semasa duduk. Kelihatan juga bahagian abdomen

    rata dan bersedia semasa menyanyi. Bahu dalam keadaan relaks dan dada tidak

    terlalu ke hadapan. Tambahan pula, tangan penyanyi sentiasa berada di atas paha

    tanpa memegang apa-apa skor. Kepala, dagu adalah selari dengan lantai dan tidak

    berada dalam keadaan terlalu mendongak ataupun menunduk.

    Seterusnya ialah tentang pernafasan. Teknik pernafasan yang dikesan adalah

    sangat baik. Ia menunjukkan kematangan dalam cara pernafasan untuk menyanyi.

    Untuk koir kanak-kanak, disebabkan oleh nafas mereka tidaklah panjang seperti

    dewasa, maka frasa yang dinyanyikan juga tidak terlalu panjang. Adalah menjadisatu tanggungajawab yang sangat penting untuk guru atau jurulatih koir untuk

    memastikan frasa yang sesuai bergantung kepada pernafasan ahli koirnya. Berbalik

    kepada koir dewasa, didapati mereka dapat menguasai cara pernafasan dengan baik

    sekali. Hal ini dapat dilihat melalui frasa-frasa yang dinyanyikan panjang dan tidak

    tergantung atau berhenti tiba-tiba. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah

    menguasai pernafasan dengan baik apatah lagi mereka menyanyi dalam keadaan

    duduk. Mereka menggunakan diafragma sebagai support kepada suara mereka.Apatah lagi, apabila ingin menyanyi not yang tinggi atau belting notes semestinya

    amat sukar dalam keadaan duduk dan ia hanya dapat dicapai dengan teknik lontaran

    suara dibantu pernafasan yang betul.

    Di samping itu, pemilihan suara juga amat sesuai dalam kedua-dua pasukan

    koir. Untuk koir kanak-kanak, suara alto dan soprano sahaja digunakan. Pertama

    adalah kerana semua ahli adalah perempuan. Kedua kerana faktor usia mereka

    yang kecil dan membataskan renj suara yang lebih luas lagi. Mereka telah

    dibahagikan dengan baik oleh jurulatih mengikut kemampuan. Susunan suara alto

    dan soprano juga disusun mengikut lagu dan ada strategi mereka yang tersendiri.

    Sebagai contoh, semasa lagu Panis Angelicus, penyanyi soprano berdiri di belakang

    suara alto. Sebaliknya, dalam pasukan koir The Philippine Madrigal Singers, mereka

    telah membahagikan penyanyi kepada empat suara iaitu soprano, alto, tenor dan

    bes (SATB). Hal ini adalah kerana penyanyi koir terdiri daripada penyanyi dewasa

    yang telah mampu untuk menyanyi dalam renj yang lebih luas. Kawalan suarapenyanyi soprano kadang kala tidak dapat dikawal dengan baik terutamanya apabila

  • 7/29/2019 Laporan Teknik Vokal

    3/4

    3

    menyanyikan not-not yang tinggi contohnya dalam lagu Earth Songlagu asal Michael

    Jackson (1985-2009). Namun begitu, kawalan suara bes, tenor dan alto sangat

    mantap dan dapat diberi penghargaan yang sewajarnya. Penyanyi alto dan soprano

    akan bertukar status apabila tiba lagu yang tertentu. Begitu juga dengan susunan

    mereka. Hal ini adalah kerana ia akan membantu untuk menyeragamkan lontaran

    suara dan bagi mengelakkan pic yang salah oleh percampuran suara yang pelbagai.

    Dalam pada itu, pemilihan repertoire juga turut menjadi satu faktor yang amat

    penting bagi melancarkan persembahan. Sepanjang persembahan, kedua-dua buah

    pasukan ini menyanyikan repertoire dengan baik sekali. Untuk pasukan koir kanak-

    kanak, mereka telah memilih repertoire yang telah disusun sesuai mengikut aras

    suara serta pengalaman mereka. Maka, hasil yang ditonjolkan amatmemberangsangkan. Manakala, repertoire yang dipilih oleh pasukan koir Madrigal

    Singers menunjukkan kematangan dari segi aras yang tinggi dan pemilihan lagu

    yang sesuai dengan kelebihan vokal (SATB) mereka. Kelebihan ini tidak

    membataskan mereka untuk mempersembahkan apa-apa repertoire sekalipun dari

    repertoire beraras rendah hinggalah tinggi.

    Selain itu, lihat pula dari aspek artikulasi. Kedua-dua pasukan koir ternyata

    telah dilatih dengan baik supaya sebutan huruf, perkataan dan suara yang

    dikeluarkan adalah jelas dan lunak didengari. Seperti sedia maklum, teknik yang

    tepat adalah perlu supaya alat artikulasi digunakan secara optimum tanpa

    merosakkannya. Didapati cara menyebut perkataan dan huruf adalah sangat jelas

    dengan pergerakan bibir yang amat bulat. Justeru, sebutan yang terhasil adalah

    lebih bulat. Apabila tiba di sesuatu not yang tinggi ataupun belting note, penyanyi

    soprano atau alto masih dapat mengekalkan keadaan peti suara supaya dalam

    keadaan tenang. Hal ini sangat penting supaya resonan yang berkualiti dapat

    dihasilkan. Sekiranya kord vokal tidak berada dalam keadaan relaks, kemungkinan

    besar akan berlaku kerosakan kord vokal dan menimbulkan ketegangan yang

    melampau kepada peti suara dan penyanyi tidak akan dapat meneruskan nyanyian.

    Melihat pula kepada aspek ekspresi. Pelbagai jenis ekspresi dapat dilihat

    sepanjang kedua-dua pasukan koir membuat persembahan. Ekspresi yang

    ditunjukkan bergantung kepada repertoire yang dinyanyikan. Sebagai contoh,

    apabila lagu Earth Song dinyanyikan, terdapat ekspresi serius dan marah yang

  • 7/29/2019 Laporan Teknik Vokal

    4/4

    4

    ditunjukkan oleh penyanyi. Ekspresi ini ditonjolkan dengan muka penyanyi dan

    penekanan pada suara. Hal ini memberikan satu perasaan serius dan bersungguh-

    sungguh dalam usaha menyampaikan makna repertoire itu.

    Sementelahan, brochure atau pamplet yang diedarkan sangat mudah untuk

    dilihat dan senang dibaca. Atur cara program yang tersusun dan tepat masanya

    amat memuaskan hati bagi sesiapa sahaja yang mengikutinya. Warna, tulisan dan

    corak/gaya penyusunan memainkan peranan yang penting dan ia juga satu daya

    penarik untuk penonton yang hadir. Sekiranya pamplet yang disediakan dalam warna

    dan corak yang menarik, ia menggambarkan persembahan yang bakal

    dipersembahkan menarik dan penonton tidak sabar untuk menyaksikannya.

    Akhir kalam, sesuatu persembahan vokal memerlukan latihan dan persediaan

    yang amat teliti dalam semua aspek. Hal ini adalah bagi memastikan hasil yang

    dikeluarkan amat berkualiti dan memuaskan. Malahan, kord vokal juga perlu dijaga

    sedari awal agar dapat digunakan sehingga hari esok. Justeru, sebagai seorang

    bakal guru yang akan mengajar anak-anak murid pada masa akan datang, ilmu

    perlulah dipertingkatkan dan pengalaman perlu dicedok di mana sahaja daripada

    individu yang mahir lagi arif bagi menghasilkan manusia yang peka akan selok belok

    vokal.

    Disediakan oleh,

    ________________________

    (MOHD FAIQ BIN AB. LATIF)