laporan seminar pembiakan manusia

Upload: mohamad-amirul

Post on 08-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Laporan Seminar Pembiakan Manusia

    1/4

    LAPORAN SEMINAR PEMBIAKAN MANUSIA : LEMBARAN FITRAH TERAGUNG

    Pada 4 April 2011, 1 PISMP Sains telah menganjurkan satu seminar mengenai

    pembiakan manusia yang bertempat di Dewan Kuliah bermula pada pukul 10.30 pagi dan

    berakhir pada pukul 2.00 petang. Pengarah projek seminar ini ialah Nur Shafiah bt. Mohd Shafie.

    Seminar ini disampaikan oleh 23 pelajar iaitu dari 1 PISMP Sains sendiri yang telah dibahagikan

    kepada 10 kumpulan dengan pelbagai tajuk yang berkaitan dengan sistem pembiakan manusia.

    Berikut adalah tajuk-tajuk mengikut susunan kumpulan:

    i) Perbandingan dari segi keberkesanan dalam langkah-langkah mengawal kadar

    kelahiran

    ii) Sistem fisiologi pembiakan wanita dan lelaki serta masalah kemandulan

    iii) Cara-cara tradisional untuk mengawal kelahiran

    iv) Keberkesanan Pendidikan Seks di sekolah

    v) Kontroversi pengguguran janin

    vi) Pengklonan dan faktor genetik yang menyebabkan fetus tidak normal

    vii) Penyakit-penyakit yang tersebar melalui hubungan seks

    viii) Kelahiran secara normal dan kaedah Caeseran serta puncanya.

    viiii) Persenyawaan tabung uji dan bank sperma

    x) Perjalanan 9 bulan dan kitaran haid

    Semua pensyarah, staf dan kakitangan serta guru pelatih IPGM Kampus Pendidikan Teknik telah

    dijemput untuk menyertai seminar ini.

    Majlis perasmian bermula pada jam 10.30 pagi dan sepatutnya dirasmikan oleh Timbalan

    Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Dr Mahmud bin Yahya. Namun, atas sebab yangtidak dapat dielakkan, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Teknik tidak dapat

    menghadirkan diri dan majlis ini dirasmikan oleh pengganti beliau iaitu Ketua Jabatan Hal

    Ehwal Pelajar, IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Ustaz Muaaz bin Mohamad. Majlis perasmian

    telah berjalan dengan lancar dan dipengerusikan oleh saudari Nur Aliaa Ajlaa bt. Mohamad. Doa

    pula telah dibacakan oleh saudara Mohamad Habibullah b. Mohd Arshad.

  • 8/7/2019 Laporan Seminar Pembiakan Manusia

    2/4

    Terdapat dua orang juri yang ditugaskan untuk menilai setiap kumpulan yang

    membentangkan tajuk mereka, iaitu pensyarah dari Jabatan Sains, Pn. Nordiana bt. Mohd Yusof

    dan Cik Dayang Bibah bt. Awang Tuah. Setiap kumpulan telah menyedia dan membentangkan

    slaid Microsoft Power Point masing-masing mengikut tajuk-tajuk yang telah diberikan. Terdapat

    sebilangan pelajar dari semester 2PPISMP, 1PISMP dan 3PISMP yang telah menyertai seminar

    ini.

    Setiap kumpulan membentangkan maklumat mengikut tajuk masing-masing dan

    menunjukkan contoh-contoh yang berkaitan melalui gambar dan animasi. Semua guru pelatih

    1PISMP Sains telah bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mengadakan dan

    menjayakan seminar untuk tahun ini. Segala pertanyaan dan kemusykilan yang dilontarkan oleh

    guru pelatih lain yang datang menyertai seminar ini telah dijawab dengan sebaik mungkin oleh

    ahli kumpulan. Bagi memudahkan guru pelatih menanyakan soalan, terdapat dua mikrofon telah

    disediakan berhampiran dengan tempat duduk audiens. Makanan bagi guru pelatih (pembentang)

    ialah nasi goreng dan air mineral disediakan oleh pihak pengurusan.

    Seminar berakhir pada jam 2.00 petang. Para guru pelatih mengemaskan dewan dan

    membuang sampah-sampah yang terdapat di dalam dewan. Peralatan-peralatan seperti mikrofon

    yang dipinjam dari perpustakaan dipulangkan semula pada hari yang sama. Semua aktiviti

    berjalan lancar. Semua ahli kelas 1 PISMP Sains berharap agar mereka dapat memberikan hasil

    yang lebih baik pada masa akan datang dan dapat menimba lebih pengalaman lagi.

    Laporan disediakan oleh :

    ...........................................

    (Mohamad Amirul Asraf Bin Ahmad)

    AJK Dokumentasi,

    Seminar Pembiakan Manusia Lembaran Fitrah Teragung,

    1PISMP Sains Ambilan Januari 2011,

    IPGM Kampus Pendidikan Teknik,

    Kuala Lumpur.

  • 8/7/2019 Laporan Seminar Pembiakan Manusia

    3/4

    Disahkan oleh :

    ...........................................

    (Nur Shafiah bt. Shafie)

    Pengarah Projek,

    Seminar Pembiakan Manusia Lembaran Fitrah Teragung,

    1PISMP Sains Ambilan Januari 2011,

    IPGM Kampus Pendidikan Teknik,

    Kuala Lumpur.

    Lampiran Aktiviti :

    LN

  • 8/7/2019 Laporan Seminar Pembiakan Manusia

    4/4

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)

    KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

    KUALA LUMPUR.

    LAPORAN SEMINAR PEMBIAKAN MANUSIA

    Lembaran Fitrah Teragung

    Oleh

    1PISMP Sains Ambilan Januari 2011

    Tarikh : 14 April 2011

    Masa : 10.30 pagi 2.00 petang

    Tempat : Dewan Kuliah