laporan program unit biaisiwa dan bantuan 2014

5
LAPORAN PROGRAM UNIT BIASISWA DAN BANTUAN 2014

Upload: yusra-abllah

Post on 01-Oct-2015

68 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

2014

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAMUNIT BIASISWA DAN BANTUAN

2014LAPORAN PROGRAM CERAMAH MOTIVASI PENERIMA BIASISWA BKP

Pada 20 Mac 2014, Satu program ceramah motivasi untuk penerima biasiswa BKP yang dianjurkan oleh Unit Biasiswa Dan Bantuan SMK Abdul Rahim dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Abdul Rahim. Program ini diadakan di Dewan SMK Abdul Rahim yang bertujuan untuk menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk terus berusaha bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik dan kokurikulum. Program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar tentang teknik pembelajaran yang berkesan khususnya kepada pelajar yang bakap menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM. Objektif lain penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya mengekalkan prestasi yang dalam peperiksaan dan akademik serta membentuk sahsiah baik dalam diri pelajar.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 85 orang penerima biasiswa BKP yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 5.Program ini bermula pada pukul 11.00 pagi yang bertempat di dewan sekolah dengan ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan HEM , En. Datu Badaruddin Bin Datu Ibrahim .Dalam ucapannya , PK HEM mengingatkan pelajar tentang beruntungnya mereka mendapat bantuan Biasiswa BKP dari Kementerian Pelajaran Malaysia berbanding pelajar-pelajar yang lain. Dengan bantuan sebanyak RM 840.00 setahun, penerima biasiswa seharusnya rasa bersyukur dengan menggunakan wang bantuan tersebut untuk membeli kelengkapan persekolahan yang membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.Beliau juga memngingatkan pelajar-pelajar supaya tidak terlibat dengan masalah disiplin sekolah terutamanya ponteng sekolah yang boleh menjejaskan pencapaian pelajar dalam matapelajaran serta perbuatan yang melanggar peraturan sekolah. Beliau meminta agar pelajar-pelajar yang pernah mempunyai masalah disiplin ini, mengubah sikap untuk menjadi pelajar yang lebih baik kerana ia melanggar perjanjian penerimaan tawaran biasiswa BKP.

Program kemudian diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh kaunselor sekolah iaitu En. Herodis Marajak pada pukul 11.00 pagi. En. Herodis memberi beberapa tips belajar yang berkesan dan kata-kata semnagat kepada semua pelajar yang hadir. En. Herodis mengingatkan kepada pelajar bertapa pentingnya peningkatan pencapaian dalam akademik dan kokurikulum bagi pelajar untuk berjaya pada masa depan.Program ini berakhir pada pukul 12.30.

Diharap program yang diadakan ini dapat membantu meningkatkan kesedaran dan motivasi pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan dalam akademik secara tidak langsung melonjakkan pencapaian sekolah.

Disediakan oleh :

..

(YUSRA BT AB.LLAH)

Ketua Penyelaras

Unit Biasiswa Dan Bantuan (HEM)

SMK Abdul RahimLAPORAN MAJLIS MENANDATANGANI AKU JANJI PENERIMA BIASISWA BKP DAN BKPU

1Tarikh13 Ogos 2015(Rabu)

2Masa 9.00 pagi-11.00 pagi

3Tempat Bilik Kuliah Tingkatan 6

4Objektif1) Memberi makluman kepada ibu bapa dan pelajar tentang syarat-syarat penerimaan biasiswa BKP dan BKPU2) Menandatangani aku janji penerimaan tawaran biasiswa BKP dan BKPU

3) Memberi makluman kepada ibu bapa tentang peranan ibu bapa dalam memantau prestasi akademik, disiplin dan penggunaan wang biasiswa.

5Penglibatan Seramai 37 orang penerima biasiswa BKP dan BKPU serta ibu bapa penerima .

6Kehadiran yang hadir 70 orang termasuk pelajar dan ibu bapa

7Aturcara / aktiviti 1)Pendaftaran pelajar dan ibu bapa

2) Ucapan dari penolong kanan HEM , En. Datu Badaruddin Bin Datu Ibrahim

3) Taklimat ringkas dari Penyelaras Biasiswa

4) Penyerahan surat tawaran penerima biasiswa BKP dan BKPU

5) Tandatangan perjanjian / aku janji- pelajar dan ibu bapa menandatagan aku janji penerimaan tawaran biasiswa di hadapan guru-guru biasiswa.Satu salinan surat aku janji turut diserahkan kepada ibu bapa.

8Masalah Dan Penambahbaikan Masalah :

1) Kelewatan ibu bapa yang hadir disebabkan masalah pengangkutan

2) Terdapat pelajar yang tidak hadir bersama ibu bapa

Penambahbaikan :

1) Mengubah waktu dan hari mengikut kemampuan ibu bapa untuk hadir

2) Memaklumkan lebih awal kepada pelajar dan mengambil tindakan yang tegas .

Disediakan oleh :

..

(YUSRA BT AB.LLAH)

Ketua Penyelaras

Unit Biasiswa Dan Bantuan (HEM)

SMK Abdul Rahim