laporan program sehati sejiwa

1
Laporan Program Sehati Sejiwa Pada 3 September 2015, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya telah mengadakan Program Sehati Sejiwa bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Sengat. Program ini yang bertujuan untuk memberi suntikan motivasi kepada calon UPSR kedua –dua buah sekolah tersebut. Selain itu, program ini juga diharap dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kaum di Telok Sengat. Program ini adalah usahasama kedua-dua orang guru besar sekolah SJKC Nan Ya dan SK Telok Sengat iaitu Encik Ching Yun Ming dan Puan Hajah Halijah binti Attan. Semua calon harapan telah mendapat hadiah galakan daripada sekolah. Calon UPSR dari SJKC Nan Ya iaitu adik Darius Pang Yong Jun merupakan calon harapan untuk mendapat 7A dalam UPSR dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Adik Mohd Haziq Fahmi bin Mohd Nizam dan Nur Faradina binti Mohd Fauzan pula merupakan antara calon harapan dari SK Telok Sengat yang dijangkakan mendapat 5A dalam UPSR. Ucapan semoga berjaya diucapkan kepada semua calon UPSR yang akan menduduki UPSR pada 8, 9 dan 10 September yang akan datang. SK Telok Sengat, SJKC Nan Ya dan SJKT Ladang Telok Sengat adalah sekolah wawasan yang diberi nama Kompleks Sekolah Telok Sengat yang ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu iaitu YB Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Upload: aai-zairi

Post on 12-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan program sehati sejiwa

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Sehati Sejiwa

Laporan Program Sehati Sejiwa

Pada 3 September 2015, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya telah mengadakan Program Sehati Sejiwa bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Sengat. Program ini yang bertujuan untuk memberi suntikan motivasi kepada calon UPSR kedua –dua buah sekolah tersebut. Selain itu, program ini juga diharap dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kaum di Telok Sengat. Program ini adalah usahasama kedua-dua orang guru besar sekolah SJKC Nan Ya dan SK Telok Sengat iaitu Encik Ching Yun Ming dan Puan Hajah Halijah binti Attan. Semua calon harapan telah mendapat hadiah galakan daripada sekolah. Calon UPSR dari SJKC Nan Ya iaitu adik Darius Pang Yong Jun merupakan calon harapan untuk mendapat 7A dalam UPSR dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Adik Mohd Haziq Fahmi bin Mohd Nizam dan Nur Faradina binti Mohd Fauzan pula merupakan antara calon harapan dari SK Telok Sengat yang dijangkakan mendapat 5A dalam UPSR. Ucapan semoga berjaya diucapkan kepada semua calon UPSR yang akan menduduki UPSR pada 8, 9 dan 10 September yang akan datang. SK Telok Sengat, SJKC Nan Ya dan SJKT Ladang Telok Sengat adalah sekolah wawasan yang diberi nama Kompleks Sekolah Telok Sengat yang ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu iaitu YB Dato’ Seri Najib Tun Razak.