laporan praktikum menjual

34
LOPORAN PRAKTIKUM PERNIAGAAN UW 00302 ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN NAMA PENSYARAH: DR. ABDUL SAID AMBOTANG BIL . NAMA PELAJAR NO. MATRIKS NO. TELEFON 01. TEO WEI SENG CT10210783 0168423352 02. WEE TECK FUAN CT10210806 0198700851 03. WONG HUI TZONG CT10210816 0146543361 04. WONG PIANG LOI CT10210819 0198302417 05. YAPP SIOW TENG CT10210825 0168106104 06. YEUNG FUI PING CT10210828 0138806261 07. YIP SING SONG CT10210829 0138119943 0

Upload: sing-song-yip

Post on 05-Aug-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan praktikum menjual

LOPORAN PRAKTIKUMPERNIAGAAN

UW 00302ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

NAMA PENSYARAH: DR. ABDUL SAID AMBOTANG

BIL.

NAMA PELAJAR NO. MATRIKS NO. TELEFON

01. TEO WEI SENG CT10210783 016842335202. WEE TECK FUAN CT10210806 019870085103. WONG HUI TZONG CT10210816 014654336104. WONG PIANG LOI CT10210819 019830241705. YAPP SIOW TENG CT10210825 016810610406. YEUNG FUI PING CT10210828 013880626107. YIP SING SONG CT10210829 013811994308. YONG NYUK JIN CT10210830 0128036739

SENARAI KANDUNGAN

0

Page 2: Laporan praktikum menjual

KANDUNGANMUKA

SURAT

1.0 PENGENALAN PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM 3

2.0PENCAPAIAN MAKLAMAT ATAU OBJEKTIF PROJEK

PRAKTIKUM4

3.0

PELAKSANAAN STRATEGI

3.1 PENGURUSAN

3.2 PEMASARAN

3.2.1 Harga

3.2.2 Promosi

3.2.3 Persaingan

3.3 OPERASI

3.3.1 Carta Operasi

3.3.2 Cabaran yang dihadapi semasa operasi

5

6

7

4.0

KEBERKESANAN PROJEK PRAKTIKUM BERBANDING

DENGAN RANCANGAN PERNIAGAAN

4.1 PERANCANGAN

4.2KEPIMPINAN

4.3PENGORGANISASIAN

4.4KAWALAN

8

9

10

11

12

5.0 LAPORAN KEWANGAN.

5.1 Jadual harga buah-buahan dari pembekal untuk

penjualan pada 09 November 2013.

5.2 Anggaran harga penjualan dan keuntungan.

5.3 Jualan Sebenar

13

14

15

1

Page 3: Laporan praktikum menjual

5.4 Untung bersih 16

6.0

PENGALAMAN, PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN YANG

DIBELAJARI DARI PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM

6.1Sebelum

6.1.1Kerjasama

6.1.2Berinteraksi dengan orang luar dan pihak atasan

6.1.3Mengenali dunia perniagaan dengan lebih

mendalam

6.1.4Kepimpinan

6.1.5Timbul perasaan minat dalam dunia perniagaan

6.2Semasa

6.2.1Menbuka gerai pada hari praktikum

6.2.2Berinteraksi dengan para pelanggan

6.2.3 Kerjasama antara ahli kumpulan

6.3Selepas

6.3.1Mula tahu akan susahnya berniaga

6.3.2Berani berhadapan dengan orang ramai

6.3.3Semakin matang dalam melihat pelbagai aspek

17

19

20

7.0

LAMPIRAN

7.1 Gambar

7.2 Minit Mesyuarat

21

23

2

Page 4: Laporan praktikum menjual

1.0 PENGENALAN PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM

Gerai buah-buahan “Saya suka” telah melaksanakan praktikum menjual

buah-buahan pada 9 November 2013 (Sabtu). Sebelum memulakan

penjualan, kami menempah buah-buahan pada hari selasa dan penghantaran

buah-buahan pada hari Khamis. Buah-buahan yang dihantar ialah betik,

jambu batu, belimbing, limau bali dan buah-buahan bermusim iaitu mangga.

Setelah buah-buahan dihantar, kami mula mengasingkan buah-buahan

yang masak dengan tidak masak serta juga mengasingkan buah-buahan yang

rosak atau buruk. Bagi buah-buahan yang tidak masak, kami letakan ianya ke

dalam kotak dan ditutup dengan guni untuk memasakkannya.

Pada hari jumaat, kami menyimpan semua buah-buahan dalam bekas

yang khas untuk simpan buah-buahan. Setelah itu, kami menaikan semua

peralatan ke dalam trak kereta serta semua buah-buahan.

Pada hari Sabtu pagi, setelah kami sampai tapak penjajahan. Kami mula

mendirikan meja dan menyusun buah-buahan diatas meja. Susunan buah-

buahan adalah berikut: betik, jambu batu, belimbing, mangga dan limau bali.

Apabila semua barang dalam persediaan, ahli kumpulan kami mengagihkan

tugas seperti dalam perancangan. Bagi ahli kumpulan yang

bertanggungjawab promosi, mereka pergi mengedarkan risalah kepada orang

awam dan rumah kediaman yang berdekatan dengan tamu Putatan.

Semasa menjual buah-buahan, kami mendapati ramai orang membeli

mangga. Ini adalah kerana orang ramai suka makan buah-buahan ini. Dan

kami mendapati masa yang ramai orang kunjungi gerai kita diantara jam 9:00

pagi hingga 1:00petang. Pada masa ini, kami semua sibuk menjual buah-

buahan. Kami juga menjumpa pelangan yang bermacam-macam. Ada

pelangan yang cerewet dan yang suka memijik buah-buahan, terutamanya

buah-buahan yang telah masak.

3

Page 5: Laporan praktikum menjual

Dalam pengendalian gerai buah-buahan “ Saya suka”, kami mendapat

pengalaman yang sangat berguna dari mula perancangan hingga praktikum

menjual.

2.0 PENCAPAIAN MAKLAMAT ATAU OBJEKTIF PROJEK PRAKTIKUM

Matlamat yang telah dirancang ialah mencapai keuntungan perniagaan

gerai selain daripada menawarkan perkhimatan menjual buah-buahan yang

segar dan berkualiti agar dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Kami telah mencapai maklamat yang kami telah rancang sebelum ini.

Dalam perniagaan ini, kami telah mendapat untung dalam keadaan yang

memuaskan. Dan kami juga telah menawarkan perkhidmatan yang baik kepada

pelangan yang menkunjungi. Buah-buahan yang kami tempah adalah segar dan

berkualiti.

Dalam melaksanakan perniagaan, kami juga bermatlamatkan untuk

menerapkan semangat berkumpulan di dalam diri setiap ahli kumpulan. Dari apa

yang dapat diperhatikan, matlamat ini dapat dicapai kerana setiap ahli kumpulan

kami sentiasa memberikan kerjasama dalam menangani sebarang masalah yang

tidak diduga. Sebarang masalah yang berlaku kami selesaikan dengan kadar

yang segera secara bersama-sama dan tidak hanya meletakkan beban tersebut

hanya pada ketua seorang sahaja.

Disamping itu dangan wujudnya perniagaan ini, kami dapat mempraktikan

segala pengajaran yang telah diajar bagi memastikan perjalanan operasi kami

berjalan dengan baik. Sikap keusahawanan kami serapkan dalam diri bagi

mencapai matlamat projek. Menurut sumber didalam buku keusahawanan, untuk

menjadi seorang usahawan yang berjaya, setiap ahli kumpulan mestilah

mempunyai ciri-ciri usahawan agar perniagaan yang dijalankan dapat

berkembang dan terus maju.

4

Page 6: Laporan praktikum menjual

3.0 PELAKSANAAN STRATEGI

3.1 PENGURUSAN

Dari segi pengurusan, Kumpulan kami telah membuat pengagihan tugas

untuk menjaga gerai. Dengan ini, ia memudahkan Kumpulan kami untuk

menjalankan perniagaan tanpa gangguan. Selain itu, setiap ahli Kumpulan

mempunyai tanggungjawab mengikut kepakaran masing-masing. Menurut

buku Williams (2007), Management, 4th Edition Thomson/South-Western juga

menyokong dengan mendefinisikan ”Work teams consists of a small number

of people with complementary skills who hold themselves mutually

accountable for pursuing a common purpose, achieving performance goals,

and improving interdependent work processes”.

3.2 PEMASARAN

3.2.1 Harga

Dari segi strategi harga, Kumpulan kami telah menawarkan harga dengan

untungnya 100% untuk menampung buah-buahan yang buruk serta buah-

buahan yang dijual secara lelong pada penghabisannya. Contohnya, harga

datang bagi jambu batu ialah RM3.00 dan dijual dengan harga RM6.00. Dengan

harga jualan ini, gerai kami dapat mengelakkan kerugiaan daripada buah-

buahan yang buruk dan buah-buahan yang dijual secara lelong.

3.2.2 Promosi

Dari segi promosi, Kumpulan kami telah menggunakan pelbagai strategi.

Pertama, pengedaran risalah. Ahli kumpulan kami telah mengedarkan risalah

5

Page 7: Laporan praktikum menjual

kepada orang awam dan perumahan yang berdekatan dengan tamu Putatan.

Tujuan utama pengedaran risalah adalah produk-produk yang dijual dikenali dan

diketahui oleh orang ramai serta menarik ramai lagi pelangan mengunjungi gerai

untuk membeli buah-buahan. Ini disokong dalam buku Barringer, B.R & Ireland,

R.P.(2006) Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures. New Jersey:

Pearson Prentice Hall iaitu iklan membuat consumer sedar akan produk yang

dijual dengan harapan mereka akan terdorong untuk membelinya.

Selain itu, Kumpulan kami juga meletakkan sample bagi setiap jenis buah-

buahan. Tujuan meletakkan sample ini adalah untuk meyakinkan pelangan

membeli buah-buahan tersebut.

3.2.3 Persaingan

Oleh kerana dalam tamu Putatan tiada gerai yang menjual buah-buahan yang

segar dan berkualiti dengan di gerai ini, maka keadaan ini telah memberi

peluang kepada kami untuk melakukan jualan buah-buahan dengan persaingan

yang kurang serta dapat meningkatkan nilai keuntungan yang lebih banyak.

6

Page 8: Laporan praktikum menjual

Membuat tempahan buah-buahan dari pembekal pada hari Selasa oleh En. Wee Teck Fuan

Menerima buah-buah dari pembekal pada hari Khamis

Menyemak kualiti buah-buahan

Mengasingkan buah-buahan yang belum masak dan masak serta buah yang rosak

Susun atur buah-buahan di meja untuk dijual mengikut susunan yang dirancang

Meletakkan papan tanda harga pada buah-buahan serta sample

Membuat timbangan buah-buahan mengikut permintaan pelanggan

Masukkan buah-buahan ke dalam plastik.

3.3 OPERASI

3.3.1 Carta Operasi

3.3.2 Cabaran yang dihadapi semasa operasi

Dalam pengendalian operasi gerai buah-buahan ini, kami semua kurang

pengalaman untuk mengurus gerai. Terutamanya penempahan buah-buahan,

kami perlu mencari pembekal yang menawarkan harga yang rendah serta buah-

buahan yang segar kepada kami. Perkara ini, kami meminta saudara yang

pengalaman untuk memberi bantuan menempah buah-buahan.

7

Page 9: Laporan praktikum menjual

Semasa operasi menjual juga kami manghadapi pelangan yang cerewet.

Pelangan ini suka menawarkan harga yang rendah. Untuk menyelesaikan

masalah ini, kami menawarkan harga yang berpatutan kepadanya.

4.0 KEBERKESANAN PROJEK PRAKTIKUM BERBANDING

DENGAN RANCANGAN

PERNIAGAAN.

Kami telah menilai keberkesanan projek praktikum keusahawanan kami

berdasarkan empat fungsi pengurusan iaitu fungsi perancangan,

pengorganisasian, kepimpinan, dan juga kawalan.

4.1 PERANCANGAN

Merujuk buku Management edisi yang keempat daripada Williams,

perancangan merupakan proses menentukan matlamat organisasi dan maksud

untuk mencapainya. Jika dilihat dari segi perancangan, terdapat beberapa aspek

yang perlu diambilkira untuk menentukan samada perancangan yang telah

dilakukan adalah berkesan untuk perlaksanaan projek praktikum ini. Di antara

aspek-aspek tersebut adalah seperti harga produk jualan kami, promosi, masa,

produk, sewa, perancangan sumber manusia, serta pembekal dan pelanggan

kami.

Produk utama yang dijual oleh perniagaan kami adalah buah-buahan

tempatan seperti betik, jambu batu, belimbing, limau bali dan mangga.

Walaubagaimanapun kami telah berjaya mendapat buah-buahan yang segar

serta berkualiti.

Jika dilihat dari aspek perletakan harga, kami telah mengenakan harga

sebanyak satu kali ganda daripada harga pembekal. Perancangan terhadap

harga jualan ini adalah untuk mengelakkan daripada risiko buah rosak dan jualan

lelong pada penghabisan.

8

Page 10: Laporan praktikum menjual

Manakala dari segi promosi pula, kami telah menjalankan beberapa jenis

strategi promosi termasuklah mengedarkan risalah kepada sasaran pelanggan

kami terutamanya kepada orang awam dan perumahan yang berdekatan tamu

Putatan. Walaubagaimanapun, promosi yang dilakukan ini adalah kurang

berkesan disebabkan beberapa faktor seperti pelangan lebih suka datang ke

gerai beli terus. Selain itu, tempat untuk meletakkan banner juga adalah kurang

sesuai kerana ia dihadang oleh kenderaan yang berhenti disana. Promosi lain

yang dilakukan oleh kumpulan kami adalah meletakkan sample buah-buahan. Ini

sangat berkesan kerana pelangan boleh terus nampak kualiti buah-buahan

tersebut. Mereka juga menbeli dengan penuh keyakinaan dan berpuas hati.

Tahap keberkesanan dari segi perancangan sumber manusia adalah agak

berkesan dimana setiap ahli perlu bertugas apabila tiada aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dilakukan pada 09 November 2013 (Sabtu). Walaubagaimapun,

berlaku masalah pada awal perniagaan kami beroperasi dimana kami telah

menetapkan operasi jualan pada minngu yang lebih awal, memandangkan ada

ahli kumpulan mempunyai aktiviti sekolah. Maka praktikum penjualan

dioperasikan pada 09 November 2013 (Sabtu).

Melihat perancangan dari aspek pembekal dan pelanggan, tahap

keberkesananya adalah baik. Pembekal utama bagi perniagaan kami

menghantar bekalan pada masa yang dijangkakan kepada kami. Keadaan ini

memudahkan peracangan untuk aktiviti perniagaan kami. Bagaimanpun, kami

juga tidak menghadapi masalah untuk berurusan dengan pembekal bagi

barangan-barangan lain yang diperlukan dimana kami sendiri telah mengambil

barang tersebut daripada mereka.

Perancangan dari aspek pelanggan juga agak memuaskan, dimana jumlah

pelanggan yang berkunjung ke gerai kami pada jam 9:00pagi hingga 1:00petang

agak ramai. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti waktu yang ramai orang

9

Page 11: Laporan praktikum menjual

ini, diantaranya ialah pada waktu ini pelangan adalah suri rumah dan mereka

telah siap tugas dirumah. Maka mereka keluar membeli sayur dan buah di tamu

Putatan. Pada waktu jam 12:00 tengahari hingga 1:00petang adalah pelangan

dari lepas kerja dan singgah tamu membeli sayur dan buah, serta faktor cuaca

yang dianggap baik juga banyak mempengaruhi jualan buah-buahan kami.

4.2KEPIMPINAN

Sekiranya dilihat dari segi kepimpinan, tahap keberkesananya adalah

agak baik dimana ketua kumpulan dan ahli bagi setiap bahagian telah

melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab.

Walaubagaimanapun, beberapa kesilapan dan kesalahan tetap wujud

disebabkan beberapa faktor seperti kekurangan pengalaman, kepakaran,

keberanian dalam membuat keputusan dan mengambil risiko, serta kemahiran

berkomunikasi yang kurang baik.

Seorang ketua sememangnya sangat penting dalam mengurus dan

mentadbir sesebuah perniagaan. Ketua mestilah seorang yang berkebolehan dan

mempunyai kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk memimpin ahli

kumpulan yang lain. Secara keseluruhannya, ketua kumpulan kami telah

berusaha menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dengan

memberikan hala tuju dan panduan untuk menjalankan perniagaan, dan telah

mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan berdasarkan kemahiran serta

kepakaran setiap ahli. Ketua kumpulan kami akan mengadakan perjumpaan dan

perbincangan sesama ahli kumpulan dan menilai baik buruk padangan setiap

ahli sebelum membuat keputusan yang penting dalam perniagaan kami dan

10

Page 12: Laporan praktikum menjual

sentiasa berjumpa dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab sekiranya

terdapat sebarang kesilapan dan kekeliruan.

Di samping itu, ahli-ahli bagi bahagian lain juga turut memainkan peranan

yang sangat penting di dalam memastikan aktiviti praktikum kami berjalan

dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. Sebagai contohnya,

pengurus bahagian kewangan telah berusaha menyediakan belanjawan untuk

menganggar kos yang akan dilibatkan serta sasaran jualan dan keuntungan

yang perlu dicapai oleh perniagaan kami. Begitu juga dengan pengurus di

bahagian pengeluaran yang bertugas menyediakan keperluan peralatan dan

tenaga sumber manusia yang diperlukan dalam aktiviti pengeluaran dan operasi.

Pengurus lain seperti pengurus bahagian pemasaran juga telah berusaha

merancang dan melaksanakan aktivti-aktiviti promosi yang perlu dilakukan

dengan bersungguh-sungguh untuk menarik minat pelanggan agar memilih

untuk berkunjung ke gerai kami. Sementara pengurus di bahagian risiko pula

telah berusaha mengenalpasti masalah-masalah dan risiko yang

berkemungkinan timbul dan terpaksa ditanggung oleh perniagaan ini serta

langkah-langkah yang pelu diambil untuk mengatasinya.

Setiap ahli kumpulan telah berusaha memainkan peranan masing-masing

untuk memastikan aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan lancar dan

teratur. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang berlaku

disebabkan kekurangan pengalaman secara praktikal dan amali didalam

menjalankan tugas masing-masing, kepakaran yang masih belum cukup untuk

menjalankan kerja yang diberi dengan sempurna, keberanian dalam membuat

keputusan dan tindakan bagi permasalahan yang timbul, mengambil risiko, serta

kekurangan kemahiran berkomunikasi serta berurusan dengan pelanggan dan

pembekal.

11

Page 13: Laporan praktikum menjual

4.3PENGORGANISASIAN

Sekiranya dilihat dari segi pengorganisasian pula, tahap keberkesanannya

adalah agak memuaskan. Seperti yang diketahui, kumpulan kami telah

ditubuhkan untuk memenuhi aktiviti praktikum yang diperlukan untuk subjek

penghantar kepada keusahawanan di UMS. Kami semua telah sepakat untuk

menjalankan aktiviti perniagaan menjual buah-buahan tempatan untuk

praktikum ini dan telah menamakan pernaigaan kami sebagai Gerai Buah-

Buahan “Saya Suka”. Bagi lebih menjayakan projek ini, kami telah melantik

seorang ketua kumpulan dan seorang penolong untuk mengetuai perniagaan

kami dengan memberikan autoriti kepadanya untuk membuat keputusan setelah

menilai dan mengambilkira pandangan setiap ahli kumpulan. Ketua kumpulan

kemudiannya telah mengagihkan tugas-tugas yang diberikan kepada setiap ahli

berdasarkan kemahiran masing-masing.

Semua ahli kumpulan telah melaksanakan kerja yang diberi dengan

bersungguh-sungguh baik didalam menyediakan rancangan perniagaan

mahupun ketika menjalankan aktiviti praktikum iaitu menjual buah-buahan.

Setiap ahli juga akan bertanggungjawab didalam tugas yang diberikan dan akan

berbincang dengan penolong dan ketua kumpulan sekiranya terdapat masalah

atau kekeliruan, dan ketua kumpulan pula akan berjumpa dengan pihak-pihak

yang bertanggungjawab untuk mendapatkan garis panduan dan langkah yang

betul didalam mengendalikan aktiviti praktikum kami ini.

Dari segi pengorganisasian masa pula, tahap keberkesanannya adalah

agak baik dimana kami telah merancang masa pernaigaan kami iaitu bermula

dari jam 7.00 pagi sehingga 5:00petang. Walaubagaimanapun, masa beroperasi

pernaigaan kami ini boleh berubah mengikut keadaan persekitaran pada waktu

tersebut.

12

Page 14: Laporan praktikum menjual

4.4KAWALAN

Fungsi terakhir yang dinilai adalah fungsi kawalan dimana tahap

keberkesanannya adalah agak baik dan memuaskan. Kami telah berusaha

menjalankan proses kawalan melalui beberapa aspek didalam perniagaan kami.

Diantaranya adalah aspek kualiti produk, promosi, sumber manusia, dan masa.

Sekiranya dilihat dari aspek kualiti produk, tahap keberkesanannya adalah

agak baik. Sebagai contohnya, kami telah mengasingkan buah yang baik dan

buruk. Dari segi kawalan promosi, kami telah menyediakan risalah kepada orang

awam dan perumahan yang berdekatan. Bagi sumber manusia, kami cukup

tenaga pekerja untuk mengurus gerai buah-buahan. Akhirnya ialah masa, masa

yang dirancangkan agak sesuai kerana semua ahli dapat hadir dalam perniagaan

penjualan.

5.0 LAPORAN KEWANGAN.

5.1 Jadual harga buah-buahan dari pembekal untuk penjualan pada 09

November 2013.

BIL BUAH-BUAHAN

HARGA

BELIAN

(per kg)

HARGA

JUALAN

(per kg)

UNTUNG

(per kg)

1 Betik RM 1.80 RM 3.00 RM 1.20

2 Jambu RM 3.00 RM 6.00 RM 3.00

3 Jambu Merah RM 4.00 RM 8.00 RM 4.00

4 Belimbing RM 3.00 RM 6.00 RM 3.00

13

Page 15: Laporan praktikum menjual

5 Limau Bali RM 2.50 RM 4.00 RM 1.50

6 Mangga Telur RM 5.00 RM 10.00 RM 5.00

7 Mangga Kahwin RM 5.00 RM 10.00 RM 5.00

8 Mangga Gajah RM 6.00 RM 12.00 RM6.00

9 Mangga Taiwan RM 6.00 RM 12.00 RM 6.00

10 Mangga Madu RM 6.00 RM 12.00 RM6.00

11 Mangga Kelapa RM 6.00 RM 12.00 RM 6.00

5.2 Anggaran harga penjualan dan keuntungan.

BI

L

BUAH-

BUAHAN

HARGA

BELIAN

(per kg)

HARGA

JUALAN

(per

kg)

KUANTI

TI

(kg)

JUMLA

H

UNTUN

G

KASAR

1 Betik RM 1.80 RM 3.00 25 RM 75 RM 30

2 Jambu RM 3.00 RM 6.00 20 RM 120 RM 60

3Jambu

MerahRM 4.00 RM 8.00

10RM 80

RM 40

4 Belimbing RM 3.00 RM 6.00 10 RM 60 RM 30

14

Page 16: Laporan praktikum menjual

5 Limau Bali RM 2.50 RM 4.0025

RM 100RM

37.50

6Mangga

TelurRM 5.00

RM

10.00

10RM 100

RM 50

7Mangga

KahwinRM 5.00

RM

10.0010 RM 100 RM 50

8Mangga

GajahRM 6.00

RM

12.00

10RM 120

RM 60

9Mangga

TaiwanRM 6.00

RM

12.0010 RM 120 RM 60

10Mangga

MaduRM 6.00

RM

12.00

10RM 120

RM 60

11Mangga

KelapaRM 6.00

RM

12.00

10RM 120

RM 60

JUMLAH RM

1115

RM

537.50

JUMLAH BELIAN =RM 1115 – RM 537.50

= RM 577.50

5.3 Jualan Sebenar

BI BUAH- HARGA KUANTI KUANTI JUALA

15

Page 17: Laporan praktikum menjual

L BUAHAN

JUALA

N

(per

kg)

TI

JUALAN

(kg)

TI

ROSAK

(kg)

N

LELON

G

JUMLAH

1 Betik RM 3.00 20 1 kg RM 10 RM 70

2 Jambu RM 6.00 18 0.3 kg RM 8 RM 116

3Jambu

MerahRM 8.00

8 0 kgRM 12

RM 76

4 Belimbing RM 6.00 7 0.5 kg RM 10 RM 52

5 Limau Bali RM 4.00 20 0 kg RM 15 RM 95

6Mangga

Telur

RM

10.00

8 0.4 kgRM 10

RM 90

7Mangga

Kahwin

RM

10.007 0.3 kg RM 20 RM 90

8Mangga

Gajah

RM

12.00

8 0 kgRM 18

RM 114

9Mangga

Taiwan

RM

12.009

0.4 kgRM 5

RM 113

10Mangga

Madu

RM

12.00

8 0.3 kgRM 15

RM 111

11Mangga

Kelapa

RM

12.007 0 kg RM 25 RM 109

JUMLAH RM 148 RM 1036

16

Page 18: Laporan praktikum menjual

JUMLAH UNTUNG KASAR = RM 1036 – RM 577.50

=RM 458.50

5.4 Untung bersih

BUTIRAN RM RM

Untung Kasar

Tolak belanja :

Sewa gerai

Plastik bag

Banner

4.00

8.00

150.00

458.50

Jumlah untung bersih 296.50

6.0 PENGALAMAN, PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN YANG DIBELAJARI

DARI

PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM

Selama kami melakukan aktiviti penjualan buah-buahan tempatan

bermula rancangan pada 12 Oktober hingga hari praktikum penjualan pada 09

November 2013 ,pelbagai pengalaman atau pengajaran yang kami

perolehi.Tidak kiralah sama ada ia manis atau pun pahit,seronok mahupun duka.

Terlalu banyak pengalaman atau pengajaran yang kami perolehi bermula

daripada perancangan yang dibuat sehinggalah perlaksanaannya.Pengalaman

tersebut kami kategori kan kepada tiga bahagian iaitu sebelum kami melakukan

urusniaga,semasa dan selepas kami selesai melakukannya.

17

Page 19: Laporan praktikum menjual

Bermula dengan pengalaman yang kami perolehi di awal pertemuan

perbicangan untuk membuat perancangan perniagaan dan berurusan dengan

pelbagai pihak yang berkenaan.Pengalaman tersebut kami pecahkan mengikut

persamaan pengalaman secara umum antara ahli kumpulan.

6.1Sebelum

6.1.1Kerjasama

Hampir setiap ahli kumpulan mengatakan mereka semua dapat

melakukan kerja masing-masing dengan selesa dan tenang.Mereka mengatakan

melalui perbincangan yang dibuat ia dapat memupuk semangat kerjasama untuk

melakukan sesuatu perkara.Contohnya dalam proses pembuatan kertas kerja

perniagaan setiap ahli kumpulan bersama-sama bekerjasama menyiapkannya

dan saling bantu-membantu di antara satu sama yang lain.Selain itu

pengalaman kerjasama ini dapat di rasai ketika beberapa ahli kumpulan keluar

ke bandar mencari lokasi para pembekal yang sesuai kumpulan yang lain

menguruskan sewa tapak gerai dengan pihak atasan.

6.1.2Berinteraksi dengan orang luar dan pihak atasan

Pengalaman berinteraksi dengan orang luar iaitu para pembekal dan pihak

atasan adalah sesuatu yang amat janggal maklum sajalah mereka merupakan

orang dewasa yang mempunyai kerjaya yang berjaya.Dalam hal ini kami

terpaksa menjaga penampilan seperti pertuturan,pemakaian dan etika serta

bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Pengalaman tersebut

mengajar kami untuk belajar berinteraksi dengan cara yang betul iaitu melalui

kaedah ‘softskill’. Tidak dapat dinafikan sepanjang sesi dua hala kami dengan

orang luar dan pihak atasan berlaku sedikit konflik dalam pertuturan, namun ia

tidaklah begitu ketara sehingga menimbulkan pergaduhan. Tetapi apa yang jelas

18

Page 20: Laporan praktikum menjual

cara percakapan kami perlu penambahbaikan dan pemulihan yang sempura agar

sebarang perselisihan tidak akan berlaku lagi di suatu hari kelak.

6.1.3Mengenali dunia perniagaan dengan lebih mendalam

Tidak dapat dinafikan setiap ahli kumpulan mula mengenali dunia

perniagaan dengan lebih mendalam semasa pembuatan kertas kerja lagi. Hal ini

kerana setiap ahli kumpulan telah diberikan tugas mengikut kepakaran masing-

masing dan mahir akan perkara terebut.Jika sebelum ini terdapat ahli

kummpulan yang langsung atau tahu akan serba sedikit mengenai dunia

perniagaan, namun melalui perancangan dan pembuatan kertas kerja yang telah

pun disempurnakan pengalaman tersebut dapat dirasai.

6.1.4Kepimpinan

Sememangnya setiap ahli kumpulan mempunyai tugas dan kewajipan

serta komitmen masing-masing. Semasa proses penyiapan kertas kerja setiap

ahli belajar untuk mengarah diri agar melakukan tugas yang dberikan dengan

sempurna, selain belajar untuk mengikut setiap arahan yang di berikan oleh

ketua mahupun ahli kumpulan yang mempunyai autoriti dalam sesuatu

perkara.Pengalaman tersebut menjadikan diri kami dapat merasai sifat

kepimpinan yang semakin menebal dalam diri.

6.1.5Timbul perasaan minat dalam dunia perniagaan

Pengalaman menyiapkan kertas kerja bersama-sama ahli kumpulan kami

rasakan amat seronok dan menjadikan kami semua bertambah rapat. Ini

sekaligus menimbulkan rasa minat dalam dunia perniagaan dan bercita-cita

untuk membuat suatu perniagaan yang komersial di suatu hari kelak bersama-

sama dengan semua ahli kumpulan. Jika sebelum ini kami hanya tahu menjual

19

Page 21: Laporan praktikum menjual

sahaja, namun kini kami sudah pandai membuat ketas kerja perniaggan dengan

lebih mendalam.

6.2Semasa

6.2.1Menbuka gerai pada hari praktikum

Sememangnya setiap ahli berasa berdebar-debar ketika membuka gerai

pada hari praktikum dan debaran tersebut telah pun dirasai sejak pembentukan

kertas kerja lagi. Maklum sajalah ini merupakan pengalaman pertama membuka

gerai hasil daripada usaha kami sendiri. Perasaan bedebar itu semakin melonjak

apabila melihat para pesaing yang turut membuka gerai di sekitar tapak

perniagaan kami .Namun semuanya berjalan dengan lancar dan setiap ahli

kumpulan menjalankan tugas masing-masing.

6.2.2Berinteraksi dengan para pelanggan

Pengalaman berinteraksi dengan pelanggan merupakan sesuatu yang

amat menyeronokkan dan merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin

akan dilupakan. Melalui perniagaan tersebut kami berhadapan dengan pelbagai

ragam pelanggan yang singgah berkunjung membeli buah-buahan kami. Di situ

kami semua belajar untuk menjaga hati para pelanggan kami kerana mereka

merupakan ‘raja’ yang mesti di layan dengan sebaik mungkin dan memujuk

mereka agar membeli buah-buahan yang kami jual. Pengalaman tersebut

menjadikan kami semakin mahir berinteraksi dengan orang ramai tidak kira

kanak-kanak,muda,dewasa mahupun tua.

6.2.3 Kerjasama antara ahli kumpulan

20

Page 22: Laporan praktikum menjual

Bekerja bersama-sama antara sesama ahli kumpulan merupakan

pengalaman yang manis dan menyeronokkan. Setiap ahli dapat melakukan

sesuatu tugas dengan sempura dan berjaya hasil daripada pertolongan ahli yang

lain. Masing-masing melakukan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin

dan dengar akan arahan daripada ketua. Secara keseluruhannya kerjasama yang

ditunjukkan oleh ahli kumpulan agak baik.

6.3Selepas

6.3.1Mula tahu akan susahnya berniaga

Sebelum ini kami semua menyangkakan menubuh serta menguruskan

perniagaan sanggatlah muda kerana bagi kami perniagaan adalah sekadar

menjual sesuatu dan mendapat hasilnya. Namun sangkaan kami itu meleset

sama sekali. Perniagaan memerlukankan perancangan yang rapi dan

melaksanakannya mengikut apa yang telah dirancang. Melalui perniagaan inilah

kami tahu akan risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh sesebuah perniagaan dan

dapat menganggarkan untung atau rugi perniagaan yang diusahakan. Namun

apa yang penting sesuatu perniagaan akan menjadi amat susah sekiranya tidak

ada pernacangan menyeluruh dan kerjasama antara ahli kumpulan itu sendiri.

6.3.2Berani berhadapan dengan orang ramai

Pengalaman berinteraksi dengan pelbagai ragam dan jenis orang telah

meningkatkan tahap keyakinan kami untuk bergaul dengan orang sekeliling. Jika

sebelum ini kami agak kekok atau tidak biasa bergaul dengan orang ramai

disebabkan perasaan malu yang menyelubungi diri, namun sekarang ia telahpun

berubah. Bahkan kami menjadi semakin mesra dengan sesiapa sahaja yang kami

temui dan bijak mengatur ayat dalam pertuturan.

21

Page 23: Laporan praktikum menjual

6.3.3Semakin matang dalam melihat pelbagai aspek

Pengalaman lalu betul-betul bermakna bagi kami kerana menjadikan kami

insan yang lebih matang dalam melihat sesuatu perkara terutamanya dalam

dunia perniagaan. Maklumlah sebelum ini kami kurang arif dalam bab-bab

perniagaan, namun sekarang kami sudah pandai melihat sesuatu dengan jelas

walaupun belum lagi di lakukan. Contohnya dalam aspek perletakan harga,

strategi promosi dan pemilihan pembekal dimana kami dapat membuat sesuatu

keputusan dengan lebih tepat dan berkesan.

7.0 LAMPIRAN

7.1 Gambar

1. Stok 2. Menaikkan peralatan dan buah-buahan ke

dalam trak kereta.

3. Tapak penjualan buah-buahan 4. Persedian meja untuk menjual buah-

buahan

22

Page 24: Laporan praktikum menjual

5. Pandangan dari luar 6. Buah-buahan disusun dengan ada

tanda harga

7. Ahli kumpulan mengangkat stok 8.Semua ahli sedang menyusun buah-

buahan

9. Menyusun buah-buahan 10. Urus niaga dengan pelangan.

11. Layanan yang mesra dengan pelangan 12. Mengedar risalah di perumahan

23

Page 25: Laporan praktikum menjual

7.2 Minit mesyuarat

Kepada : Semua AJK Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Tarikh : 21.09.2013 (Sabtu)Masa : 1:30Pm – 3:30PmTempat : Bilik mesyuarat

1

AGENDA

UCAPAN PENGERUSI

2 PENGAGIHAN TUGAS

3 ALAT-ALAT KEPERLUAN

4 HAL-HAL LAIN

Disediakan oleh,

..........................................……… ( CIK YONG NYUK JIN )Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

24

Page 26: Laporan praktikum menjual

Minit mesyuarat ( 1 )

MINIT MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Tarikh : 21.09.2013 (Sabtu)

Masa : 1:30Pm – 3:30Pm

Tempat : Bilik mesyuarat

Pengerusi : Pn Yeung Fui Ping

Kehadiran(Bilangan) : 8 orang

Turut Hadir (Jika ada) :-

1 UCAPAN PENGERUSI

Pn Yeung Fui Ping mengucapakan ribuan terima kasih kepada AJK yang

hadir. Beliau menjelaskan bahawa objektif untuk mesyuarat ini adalah

25

Page 27: Laporan praktikum menjual

untuk berbincang tentang Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”.

2 PENGAGIHAN TUGAS

a. Yeung Fui Ping Mengurus keseluruhan operasi gerai.

b. Teo Wei Seng Membantu mengurus dalam operasi keseluruhan

gerai.

c. Wee Teck Fuan Menempah stok buah-buahan dari pembekal

d. Yong Nyuk Jin Memeriksa kualiti stok yang ditempah dari

pembekal

e. Wong Piang Loi Merancang strategi perniagaan membuat

promosi serta publisiti untuk memastikan

pelanggan tertarik dengan perkhimatan

perniagaan yang ditawarkan.

f. Yip Sing Song Menyediakan peralatan untuk gerai buah-

buahan seperti meja, timbang, bekas buah-

buahan.

g. Wong Hui Tzong Mengurus aspek keluar masuk wang perniagaan

serta menguruskan segala perbelanjaan dan

pendapatan.

h. Yapp Siow Teng Sebagai juruaudit.

3 ALAT-ALAT KEPERLUAN

3.1. Pn Yeung Fui Ping membincangkan dengan AJK Gerai Buah-Buahan

26

Page 28: Laporan praktikum menjual

“SAYA

SUKA” masing-masing.

3.2 Pn Yeung Fui Ping memberitahu AJK peralatan menyediakan alat-alat

seperti:-

i. Plastik untuk pembungkusan

ii. Timbangan

iii. Meja

iv. Pisau

4 HAL-HAL LAIN

4.1. Tiada

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan olehPengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan

penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30 pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................…… ……...............................

……….

( CIK YONG NYUK JIN) ( PN YEUNG FUI PING)

Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” Pengerusi

Tarikh : 22-09-2013 Tarikh : 22-09-2013

27

Page 29: Laporan praktikum menjual

Kepada : Semua AJK Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Tarikh : 12.10.2013 (Sabtu)

Masa : 1:00 pm – 3:00 pm

Tempat : Bilik mesyuarat

1

AGENDA

UCAPAN PENGERUSI

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4 HAL-HAL LAIN

28

Page 30: Laporan praktikum menjual

Disediakan oleh,

..........................................………

( CIK YONG NYUK JIN )

Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Minit mesyuarat ( 2 )

MINIT MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”

Tarikh : 12.10.2013 (Sabtu)

Masa : 1:00 pm – 3:00 pm

Tempat : Bilik mesyuarat

Pengerusi : Pn Yeung Fui Ping

Kehadiran(Bilangan) : 8 orang

29

Page 31: Laporan praktikum menjual

Turut Hadir (Jika ada) :-

1 UCAPAN PENGERUSI

Pn Yeung Fui Ping mengucapakan ribuan terima kasih kepada AJK yang

hadir. Beliau menjelaskan bahawa objektif untuk mesyuarat ini adalah

untuk berbincang tentang Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh En Wong Piang Loi

Disokong untuk pengesahan oleh En Wee Teck Fuan

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pn Yeung Fui Ping mencadangkan Gerai Buah-buahan “SAYA SUKA”

akan

beroperasi di Putatan pada 9-11-2013.

3.2 En Wong Piang Loi mencadangkan menjual buah-buahan tempatan

seperti:-

- Betik

- Jambu

- Belimbing

- Pemelo

- Buah-buahan bermusim

3.3 En Yip Sing Song mencadangkan membuat Banner Gerai Buah-

buahan “SAYA

SUKA” supaya boleh menarik perhatian pelanggan mengunjungi ke

30

Page 32: Laporan praktikum menjual

gerai kami.

4 HAL-HAL LAIN

4.1. En Teo Wei Seng dan Pn Yapp Siow Teng akan berurusan dengan

Majlis Daerah

Putatan untuk menyewa tempat di Putatan untuk berniaga.

4.2 En Wee Teck Fuan dan En Wong Hui Tzong akan berurusan dengan

pembekal

buah-buahan dari Papar dan Tenom untuk mendapatkan buah-buahan

sebelum

gerai dibuka.

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan

penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:00 pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................

……….

( CIK YONG NYUK JIN) ( PN YEUNG FUI PING)

Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” Pengerusi

Tarikh : 13-10-2013 Tarikh : 13-10-2013

31