laporan latihan industri telekom malysia

177

Click here to load reader

Upload: hafeez-noornadzri

Post on 02-Aug-2015

651 views

Category:

Documents


34 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pengenalan

Bagi setiap penuntut POLITEKNIK yang terdapat di Negara ini di wajibkan

untuk menjalani Latihan Industri sama ada mereka ini mengikuti kursus Sijil ataupun

Diploma. Ini adalah syarat yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan

POLITEKNIK dan tempoh Latihan Industri yang ditentukan adalah selama 6 bulan.

Semua pelajar akan diberi tempoh ini untuk menjalani Latihan Industri di mana-

mana firma yang mereka pilih sendiri ataupun yang telah ditentukan oleh pihak

pengurusan POLITEKNIKLatihan Industri ini dijalankan pada semester yang ketiga

bagi Kursus Peringkat Sijil dan semester keempat bagi Kursus Peringkat Diploma (

1

Page 2: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

kecuali bagi penuntut Kursus Diploma Sains Kesetiausahaan iaitu bagi

semester ketiga ). Penganugerahan Sijil atau Diploma hanya akan diberikan kepada

para pelajar yang telah berjaya menamatkan Latihan Industri sebelum menyambung

semula semester nanti. Ia juga merupakan salah satu syarat yang di wajibkan untuk

penganugerah Sijil mahupun Diploma. Dengan ini para penuntut POLITEKNIK

semua harus memandang serius terhadap Latihan Industri ini dan kita tidak boleh

memandang remeh sahaja. Melalui Latihan Industri inilah kita akan dapat

mengetahui alam pekerjaan yang sebenar-benarnya.

1.1.1 Pendahuluan

Latihan industri bagi pelajar yang menjalani kursus Sijil ataupun Diploma

adalah satu langkah yang baik dalam usaha Negara iaitu Malaysia untuk melahirkan

ramai tenaga mahir dan separuh mahir. Melalui Latihan Industri ini para pelajar yang

menuntut di Politeknik dapat menimba kemahiran dan pengalaman yang baru. Malah

disamping itu juga, mereka dapat mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa

belajar di tempat pengajian. Ini kerana ketika apa yang para pelajar belajar di tempat

pengajian berbanding semasa menjalani Latihan Industri ini adalah amat berlainan

sekali. Ternyata semasa para pelajar menjalani Latihan Industri mereka dapat

memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang dunia pekerjaan yang sebenarnya.

Dengan ini mereka dapat memantapkan lagi tahap pemikiran serta kepakaran para

pelajar lepasan Politeknik khususnya.

Dunia pekerjaan adalah lebih banyak rintangan dan memerlukan kematangan

seseorang itu dalam melakukan sesuatu tugas yang telah di berikan. Latihan industri

menguji sejauh manakah kebolehan serta kesabaran para pelajar untuk

mempraktikkan semula teori yang telah dipelajari dan merupakan penyediaan diri

bagi pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenarnya. Ketika di alam

2

Page 3: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

pekerjaan nanti para pelajar perlu mempelajari dan mengetahui lebih banyak

kesulitan yang akan menimpa diri kita apabila sudah bekerja kelak.

Oleh itu, buku laporan industri ini adalan gambaran keseluruhan semasa saya

menjalani latihan industri di Pejabat Telekom Batu Gajah Perak. Selain itu, saya

sertakan juga penerangan-penerangan bagi sesuatu tajuk yang berkaitan dengan

tugas-tugas yang saya lakukan di Pejabat Telekom Batu Gajah Perak.

1.1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri adalah wajib bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di

POLITEKNIK sebelum layak dipertimbangkan untuk mendapat Sijil dan Diploma di

dalam bidang pengkhususan masing-masing. Kepentingan Latihan Industri ini dapat

dilihat apabila setiap palajar perlu lulus di dalam Latihan Industri sebelum mereka

memasuki semester yang berikutnya.

Para pelajar yang menjalani Latihan Industri ini akan ditempatkan di firma-

firma atau organisasi-organisasi yang sesuai dengan kursus yang di pelajari ketika

berada di POLITEKNIK. Oleh itu, beberapa objektif Latihan Industri ini diadakan

adalah :

Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenarnya.

Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan membina perhubungan baik

sesama pekerja.

Untuk memperlihatkan pelajar perkaitan antara teori dan praktikal.

Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan, displin masa dan etika

kerja dalam Latihan Industri.

3

Page 4: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Untuk memupuk sifat amanah, bertanggungjawab, membina keyakinan diri

dan tahan menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

Untuk menyiapkan diri bagi menyediakan satu laporan rasmi setelah tamat

Latihan Industri.

1.1.3 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan Industri mempunyai banyak kepentingannya kepada para pelajar.

Tambahan pula tempoh masa panjang yang di tetapkan oleh pihak POLITEKNIK

memberi kelebihan kepada pelajarnya berbanding dengan industri pengajian lain

yang hanya menyediakan ruang tempoh yang begitu singkat.

Selain itu, Latihan Industri ini membolehkan para pelajar mengaitkan teori-

teori kepada praktikal dan sebaliknya. Sebagai seorang penuntut di POLITEKNIK,

teori dan praktikal adalah dua perkara yang sama penting. Oleh itu, sebagai seorang

penuntut amat penting bagi mereka yang mempraktikkan apa yang telah dipelajari

agar tidak berasa kekok apabila bekerja nanti.

Latihan Industri amat penting kepada para pelajar kerana :

Pelajar dapat berdikari dengan mengenali cabaran dunia luar dan bertemu

orang-orang yang baru di sekeliling mereka.

Mengasah bakat dan minat para pelajar terhadap setiap tugasan yang telah di

berikan oleh penyelia atau kakitangan di syarikat tersebut.

Mematangkan kehidupan serta pemikiran pelajar dalam menempuhi tempoh

sepanjang Latihan Industri tersebut.

Dapat membentuk sahsiah diri dan keterampilan para pelajar kearah yang

lebih positif agar mereka lebih berkeyakinan apabila bekerja kelak.

4

Page 5: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Mengetahui serta mempelajari lebih mendalam lagi bagaimana sesuatu

pekerjaan itu dilaksanakan dengan sistematik dan bagaimana menyelesaikan

masalah yang timbul.

1.1.4 Ringkasan Aktiviti Semasa Latihan Industri

Semasa menjalani Latihan Industri di Pejabat Telekom Batu Gajah Perak ini

saya telah banyak

didedahkan dengan tugas-tugas yang berlainan setiap hari. Antara aktiviti dan tugas

yang telah saya lakukan di Pejabat ini ialah :

Configuration streamyx.

Memasang jumper di kabinet dan MDF.

Menerima aduan kerosakan daripada pelanggan.

Menulis doket baru dan lama untuk di serahkan kepada kontraktor.

Complete job apabila kerosakan telah dibaiki oleh pekerja Telekom ataupun

kontraktor.

Memfotostat borang dan dokumen.

Menukar pair dan eside di kabinet dan MDF.

Menghadiri mesyuarat yang diadakan pada setiap bulan.

Membetulkan kerosakan pada telefon radio ( Fixed Wireless Terminal ).

Memasang dan membetulkan kerosakan bagi talian ISDN.

1.1.5 Skop Latihan Industri

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini, penyelia telah

menetapkan jadual tugasan kepada saya. Oleh itu, setiap hari saya melakukan tugas

yang mengikut jadual yang diberikan. Ini kerana penyelia mahu melihat saya

melakukan tugas saya yang banyak bersangkut paut dengan kursus yang saya ambil

5

Page 6: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik(Perhubungan). Saya amat berterima kasih

kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada penyelia serta rakan-rakan sekerja

sebagaimana yang diharapkan sebelum menghadapi Latihan Industri.

Walaupun sebahagian besar tugas-tugas yang saya lakukan berkait rapat

dengan jurusan yang diambil, namun saya juga diajar bagaimana menerima aduan

daripada pelanggan, menggunakan mesin fotostat, menggunakan mesin fax, telefon

pelanggan bagi mengetahui samada kerosakan telah dibaiki ataupun tidak, menyalin

worklist, memasang jumper di kabinet dan MDF, configuration streamyx, closed

doket yang telah siap dibaiki dan menghadiri mesyuarat.

1.1.6 Penulisan Laporan

Laporan ini dihasilkan adalah untuk di jadikan sumber rujukan kepada pihak

majikan apabila pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di

POLITEKNIK keluar untuk mencari peluang pekerjaan. Malah laporan ini dapat di

jadikan panduan oleh para pelajar untuk melakukan sesuatu tanggungjawab terhadap

pihak majikan mereka kelak.

1.1.7 Penyelarasan

Buku laporan Iatihan Industri ini adalah :

Merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang

berkaitan dengan perjalanan Latihan Industri.

Untuk tujuan penyelarasan. Penulisan laporan ini adalah mengambil kira

setiap tugasan mengikut keutamaan yang sistematik dan bersepadu serta

6

Page 7: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

laporan disesuaikan dengan perhubungan semasa agar peningkatan diri di

dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah dapat membangun dengan

seiringan.

1.1.8 Objektif Laporan

Objektif laporan ini adalah untuk menghuraikan apa yang telah dipraktikkan

semasa menjalani Latihan Industri dan juga dapat melihat sejauh manakah

kefahaman para pelajar tentang Latihan Industri sebenarnya.

Selain itu, di dalam laporan ini saya juga turut menceritakan serba sedikit

tentang apa yang saya laksanakan di Pejabat Telekom Batu Gajah Perak ini. ini

bertujuan untuk dijadikan sumber rujukan bagi saya serta para pelajar lain di masa

akan datang.

Akhir sekali, laporan ini juga bertujuan sebagai satu rumusan atau

kesimpulan tentang segala aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dan pelajari di pejabat

ini selama tempoh 6 bulan ketika menjalani Latihan Industri.

Semoga dengan adanya ilmu serta kemahiran yang diperolehi semasa

menjalani Latihan Industri ini saya berharap semua pelajar dapat mempraktikkan

dengan sebaik yang mungkin. Di samping itu, para pelajar dapat membantu Negara

melahirkan tenaga pekerja yang lebih optimis di masa hadapan apabila mereka sudah

mendapat pekerjaan kelak.

7

Page 8: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

1.1.9 Cara Laporan Disusun

Cara yang mudah untuk saya menyusun laporan ini agar nampak lebih kemas

supaya dapat mencapai objektif yang sebenar adalah seperti berikut :

19 Dis 2011 – 20 Jan 2012

Lapor diri dan Mempelajari asas konsep MDF di Telekom Malaysia serta

memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan segala hal-hal syarikat.

23 Jan 2012 – 10 Feb 2012

Mula mencari maklumat-maklumat yang di perlukan untuk memuatkan ke

dalam buku Laporan Industri seperti latar belakang syarikat, pemegang

saham, keluaran syarikat, pelanggan dan sebagainya serta diberi tugasan

doket dikawasan Gopeng dan Malim Nawar.

13 Feb 2012 – 9 Mar 2012

Mencari maklumat yang perlu di tambah untuk dimasukkan ke dalam buku

Laporan Industri iaitu tentang syarikat dan mula merangka isi-isi yang perlu

ditaip untuk laporan ini serta mengikut kumpulan kabel team Telekom di

kawasan Gopeng dan Malim Nawar.

12 Mar 2012 – 30 Mar 2012

Menaip sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi dan disamping itu juga

mencari maklumat tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan di dalam

laporan ini serta diberi tugasan lain iaitu Data Service Team di kawasan Batu

Gajah.

2 April 2012 – 27 April 2012

Meneruskan menaip segala maklumat-maklumat yang diperolehi agar mudah

untuk disusun dan dijadikan buku laporan yang lengkap. Kemudian,

menyiapkan isi laporan kandungan serta lampiran yang perlu dimuatkan.

8

Page 9: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

30 April 2012 – 18 Mei 2012

seterusnya menyusun segala maklumat yang telah siap ditaip agar menjadi

sebuah buku laporan sebelum ia dijilid serta membuat presentersion di

Telekom.

1.1.10 Jadual Latihan Industri

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini mereka Telah

menyediakan jadual Latihan Industri yang tetap bagi setiap pelajar. Oleh itu, ini

terpulang kepada daya usaha oleh seseorang pelajar itu untuk melakukan kerja-kerja

yang telah disediakan dan kerja-kerja sampingan yang diberikan oleh kakitangan

mereka.

Pada kebiasaannya, kerja-kerja yang diberikan oleh penyelia turut diberi juga

oleh kakitangan yang lain kerana mereka memerlukan bantuan para pelajar. Antara

kerja-kerja yang biasa saya lakukan ialah menerima order pemasangan baru dari

kedai Telekom Batu Gajah, menyemak inform & sams, menulis aduan baru dan

lama, memfotostat borang dan kertas kerja, menerima aduan daripada pelanggan,

menolong mengemas pejabat, menghadiri mesyuarat dan tutup aduan apabila

kerosakan telah siap dibaiki.

Saya bersyukur kerana kebanyakkan kerja-kerja yang diberikan adalah

berkaitan dengan bidang yang diambil iaitu elektronik.

9

Page 10: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 1.1.10

10

Page 11: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Jadual yang telah diberikan oleh penyelia

1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI TELEKOM MALAYSIA

BERHAD

1.2.1 Pengenalan

Rajah 1.2.1 (a): Pejabat Telekom Batu Gajah Perak

11

Page 12: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 1.2.1(b): Pejabat Telekom Malim Nawar Perak

Telekomunikasi merupakan salah satu keperluan dalam hidup manusia yang

mana melalui telekomunikasi telah dapat meningkatkan taraf hidup manusia

seterusnya dapat membangunkan negara. Dengan adanya telekomunikasi, suatu

maklumat dapat disalurkan dengan mudah dan cepat tanpa sebarang halangan.

Kerana mengetahui hal ini, kerajaan mengambil langkah yang bijak, menubuhkan

Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1968 sebelum diperbadankan pada Oktober

1984. Ini memandangkan telekomunikasi adalah satu aspek yang terpenting dalam

kehidupan manusia seharian pada hari ini. Dari tahun ke tahun, Telekom Malaysia

berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya dan kini Telekom Malaysia Berhad

berdiri megah bersama syarikat telekomunikasi lain di dunia yang memberikan

produk, perkhidmatan dan penyelesaian bertaraf dunia.

Telekom Malaysia Berhad pada mulanya ditubuhkan bagi memberikan

perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat Malaysia. Di antara perkhidmatan yang

disediakan adalah seperti perkhidmatan telefon awam dan rumah, panggilan rumah,

panggilan kecemasan dan sebagainya. Melalui pemberian lesen oleh kerajaan kepada

Telekom Malaysia Berhad ia memberikan hak kepada Telekom untuk

mengendalikan kesemua sistem telekomunikasi. Selain itu, penubuhan Universiti

Telekom (UNITEL) pada tahun 1997 adalah merupakan universiti swasta pertama di

12

Page 13: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Malaysia yang mempunyai objektif menyumbang ke arah pembangunan teknologi

maklumat, industri multimedia dan telekomunikasi. Begitu juga dengan penubuhan

Universiti Multimedia pada tahun 1999.

Dalam era teknologi pada masa kini, Telekom Malaysia Berhad berusaha

mempertingkatkan perkhidmatannya dan sentiasa menyalurkan produk dan

perkhidmatan terbaik demi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan –

pelanggannya. Salah satu produk dan perkhidmatan yang merupakan penyumbang

utama kepada keuntungan syarikat ialah perkhidmatan telefon Direct Exchange

Line. Dengan pelanggan melebihi 4.4 bilion, Telekom Malaysia Berhad telah

berusaha untuk mempertingkatkan pasaran bagi memenuhi impiannya untuk menjadi

sebuah organisasi bertaraf dunia dengan memberi tumpuan penuh kepada kepuasan

pelanggan secara menyeluruh.

Penubuhan Telekom Malaysia Berhad juga dapat menyediakan peluang-

peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, penduduk tempatan dapat

memenuhi peluang-peluang pekerjaan yang disediakan dan kadar pengangguran

yang wujud dapat dikurangkan .

1.2.2 Sejarah Penubuhan Telekom Malaysia Berhad

Pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia telah diswastakan yang dikenali

sebagai Telekom Malaysia yang masih dikawal sedia oleh Kementerian Tenaga,

Komunikasi dan Multimedia . Selaras dengan perkembangan komunikasi, Telekom

mengorak langkah dengan terus berkembang dengan pertubuhan hasil yang

berterusan menyumbangkan dengan pertambahan keuntungan yang tinggi. Telekom

Malaysia juga menyumbang dari segi pembangunan pasaran telekomunikasi di

Malaysia secara progresif .

13

Page 14: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

1.2.3 SEJARAH PERKEMBANGAN ORGANISASI

Jabatan Telekom Malaysia Berhad wujud pada tahun 1946 iaitu selepas

zaman pemerintahan Jepun. Dalam matlamat Rancangan Persekutuan 1956, ia

meletakkan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan telefon termoden. Dalam era

60–an, rangkaian telefon telah dipertingkatkan oleh Jabatan Telekom. Pada tahun

1963, sistem gelombang mikro yang pertama telah dipasang diantara Kuala Lumpur

dan Singapura. Ia diperluaskan ke Ipoh dan Pulau Pinang di Pantai barat serta ke

Pantai Timur meliputi Kuantan dan Kota Bharu. Sistem Telefon Radio Antarabangsa

daripada Kuching ke Malaya dan Singapura telah diperkenalkan pada tahun 1960.

Pada April 1970, stesen Satelit Bumi Antarabangsa yang pertama ditubuhkan bagi

menyediakan perkhidmatan telefon di peringkat antarabangsa. Perkhidmatan Teleks

secara manual digantikan dengan sistem automatik pada tahun 1975. Manakala,

Telekom juga telah memperkenalkan perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail

(International Direct Dialling / IDD). Melalui perkhidmatan ini, panggilan terus

boleh dibuat ke luar negara seperti United Kingdom, Austarlia, Jepun dan Hong

Kong serta ditambah kepada lebih 70 destinasi luar negara.

Pada tahun 1980, ibusawat elektronik pertama (SPC) telah dilancarkan di

Johor. Pada masa yang sama projek kabel dasar laut (submarine cable) yang

menghubungkan Kuantan dan kuching telah berjaya dilaksanakan. Pada tahun 1981,

‘ Standard Satelite ’ yang kedua di Lendu, Melaka yang menghubungkan Satelit

Lautan India telah dilancarkan . Manakala pada tahun 1982, Telefax telah

diperkenalkan dengan tujuan memberi kemudahan pancaran saluran cetakan, imej

dan grafik. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan

Telekom Malaysia (JTM), kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dengan

menswastakannya pada 12 Oktober 1984. Dengan ini, JTM telah ditukar nama

kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan ia mampu bersaing dengan syarikat

14

Page 15: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

telekomunikasi yang sedia ada di Malaysia. Matlamat penswastaan organisasi

tersebut adalah untuk meningkatkan produktiviti negara dan menyimbangkan ke arah

negara perindustrian. Selain itu, Telekom malaysia Berhad (TMB) diswastakan bagi

menyahut cabaran kerajaan dalam menjadikan sebuah organisasi yang terunggul di

negara ini.

Pada tahun 1990, Telekom telah berjaya meningkatkan keberkesanannya

apabila jumlah talian meningkat kepada 1.58 juta talian dengan anggaran nisbah 8

talian untuk 100 orang penduduk. Telekom juga telah disenaraikan di Bursa Saham

Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun tersebut. Industri telekomunikasi di Malaysia

berubah ke arah matlamat unuk menggalakkan persaingan sihat dengan pelbagai

rangkaian lain dalam pasaran telekomunikasi menerusi perlaksanaan Akses Samarata

(Equal Acess) mulai 1 Januari 1999.

Mulai 1 Julai 1995, Telekom melaksanakan penstrukturan semula organisasi

sebagai persediaan menghadapi perubahan situasi pasaran terutamanya akibat

pertambahan jumlah pesaing dalam industri ini. Ia memberikan tanggungjawab dan

kawalan penuh kepada Pengurus Pejabat Telekom Tempatan menurut segmen

masing- masing. Menerusi struktur baru ini, Telekom dapat memenuhi keperluan dan

kehendak setiap segmen pasaran dengan lebih berkesan. Untuk menghadapi era

globalisasi , sekali lagi pada Januari 2001 TMB distrukturkan semula. Dalam

pengstrukturan baru TMB mempunyai lebih daya saing untuk mengharungi era

globalisasi.

Di samping itu, perkembangan era teknologi yang semakin meningkat,

pelbagai perkhidmatan baru telah disediakan. Antaranya ialah Talian COINS,

TOLLFREE, VPN, KADFON, MALAYSIA DIRECT, VSAT, WILL,

TELESSTOCK, ISDN, TMNET, VIDEO CONFERENCING dan sebagainya

telah diperkenalkan. Dengan pencapaian dan peningkatn yang dialami oleh Telekom

15

Page 16: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Malysia Berhad, tidak mustahil sekiranya ia menjadi sebuah syarikat telekomunikasi

yang terunggul dan terkemuka serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

1.2.4 Penswastaan Jabatan Telekom Malaysia

Berdasarkan kepada permintaan dan perkembangan telekomunikasi yang

semakin menggalakkan, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) telah

diperbadankan pada 12 Oktober 1984 untuk mengambil alih operasi Jabatan

Telekom Malaysia selaras dengan dasar penswastaan. Operasinya dikawal melalui

lesen yang dikeluarkan oleh KementerianTenaga, Telekom dan Pos bagi percubaan

20 tahun mulai Januari 1987. Lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga,

Telekom dan Pos telah memberikan hak kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad

(STMB) untuk penubuhan, penyelenggaraan dan mengendalikan semua sistem

telekomunikasi milik pelesen yang sedang beroperasi atau dijadualkan beroperasi

ketika itu bertujuan menyediakan semua bentuk telekomunikasi, televisyen dan radio

dalam negara dan seluruh dunia.

Fungsi Jabatan Telekom Malaysia diambil alih dengan rasminya oleh

Syarikat Telekom Malaysia Berhad pada 1 Januari 1987. Jabatan Telekom Malaysia

adalah organisasi sektor awam yang pertama dikomersilkan dengan penswastaan.

Pada 6 Januari 1987 jam 10 pagi bertempat di ibu pejabat Syarikat Telekom

Malaysia Berhad, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur telah berlangsung upacara

pelancaran Syarikat Telekom malaysia di rasmikan oleh Menteri Tenaga, Telekom

dan Pos iaitu Yang Berhormat Dato’ Leo Moggie.

1.2.5 SEJARAH SISTEM RANGKAIAN TELEKOM MALAYSIA

16

Page 17: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

1874 – Talian pertama menghubungkan pejabat Residen di Kuala Lumpur dan

pejabat Penolong Residen di Taiping .

1882 – Talian yang melalui dasar laut yang menghubungkan Seberang Prai dan

Pulau Pinang diwujudkan .

1891 – Ibusawat pertama di bina di Kuala Lumpur .

1900 – Perkhidmatan telefon Magneto yang pertama yang dilancarkan di Sabah .

1962 – Kemudahan Sambung Terus Dail (STD) diantara Kuala Lumpur dan

Singapura diwujudkan .

1964 – Pemasaran kabel dasar laut SEACOM diantara Singapura Dan Kota

Kinabalu .

1970 – Stesen satelit bumi dibina di Kuantan .

1975 – Pemasangan ibusawat teleks automatik .

1979 – Kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD) diperkenalkan .

1980 – Ibusawat elektronik dilancarkan .

1981 – Stesen satelit kedua di Lendu dilancarkan .

1983 – Perkhidmatan Datel dan telefaks diperkenalkan .

1987 – CASS (Customer Automatik Service System) dilaksanakan .

1988 – Perkhidmatan Business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur

dan Pulau Pinang . Telekom Malaysia memberi tumpuan kepada

perlaksanaan stesen

17

Page 18: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai rekabentuk dan teknologi yang

termoden .

1989 – TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan computer

dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggeris .

1990 – Perkhidmatan Toll – Free antarabangsa diperkenalkan diikuti dengan kad

fon tanpa bayaran .

1998 – ISDN (Intergrated Service Digital Network) yang membolehkan

pelanggan malihat pemanggilnya yng menggunakan ISDN juga

1999 – TM-CLIP boleh mengetahui dari mana panggilan dibuat .

1.2.6 LOGO TELEKOM MALAYSIA BERHAD

18

Page 19: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

1.2.7 OBJEKTIF TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Objektif penubuhan Telekom adalah untuk memberi kemudahan kepada para

pelanggan berkenaan dengan pelbagai urusan yang berkaitan dengan sistem

19

Page 20: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

telekomunikasi dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Slogan ‘merintis kemungkinan’ menjadi bukti bahawa Telekom sentiasa

mengutamakan kepuasan para pelanggannya secara menyeluruh.

1.2.7 VISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

“Visi Telekom adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan

penumpuan ke arah menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak-

pihak lain yang berkepintangan dalam Syarikat”.

1.2.8 MISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Untuk mencapai Visi ini Telekom berazam melaksanakan perkara – perkara berikut :

Menjadi peneraju yang di iktiraf dalam semua pasaran yang kita ceburi.

Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan

menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.

1.2.9 PERANAN TELEKOM MALAYSIA DALAM MSC

20

Page 21: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Koridor Raya Multimedia atau MSC (Multimedia Super Coridor) merupakan

penggerak era teknologi maklumat yang direkabentuk bagi mempertingkatkan

pembangunan syarikat-syarikat dan Negara-negara dengan menggunakan teknologi

termaju di dunia ini. MSC akan menjadi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D) bagi industri-industri berasaskan maklumat, di mana ia membawa

pembaharuan dalam teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat.

Pada masa kini, Telekom telah dilantik sebagai pembekal tunggal

telekomunikasi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bertanggungjawab

dalam merekabentuk, memasang dan menjalankan operasi utama telekomunikasi

MSC. Dalam era teknologi maklumat ini, rangkaian teknologi adalah sangat penting

kerana ia adalah kunci dalam mencipta dunia tanpa sempadan. Dalam membina

rangkaian telekomunikasi MSC, Telekom memasang rangkaian kabel optik yang

komprehensif, disokong oleh aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang

berkaitan demi menetukan kejayaan cemerlang MSC. Dengan ini, ia akan

mempertingkatkan kecekapan, kelajuan dan kualiti dalam MSC di seluruh negara dan

di peringkat antarabangsa.

Telekom Malaysia menghubungkan rangkaian seluruh negaranya iaitu

Corporate Information Superhigway ( COINS ) dan talian Integrated Services

Digital Network (ISDN ) dengan MSC. Melalui COINS, laluan domestik boleh

mencapai kelajuan sehingga 155 mbps sementara talian ISDN menyediakan kelajuan

yang tinggi untuk tujuan faksimili dan telefon. Dalam proses pembangunan MSC,

Telekom Malaysia terlibat sepenuhnya dalam aspirasi MSC bagi memastikan

rangkaian yang terbaik dan paling ekonomi . Oleh yang demikian, segala maklumat-

maklumat dapat disalurkan ke seluruh negara di dunia ini dengan pantas dan

berkesan

21

Page 22: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Pengenalan

Sewaktu menjalankan Latihan Industri di Telekom Malaysia Berhad di Batu

Gajah & Malim Nawar, saya telah ditempatkan di tiga bahagian utama iaitu :-

(a) Operasi Rangkaian Tempatan (CNO).

(b) Operasi Rangkaian Jauh (TOMA).

(c) Operasi Rangkaian Suis (SOMA).

2.1.1 OPERASI RANGKAIAN SUIS

Di bahagian operasi rangkaian suis (SOMA), kebanyakkan kerja yang dilakukan adalah

melibatkan perisian komputer. Setiap pekerja di dalam bahagian ini hendakiah

22

Page 23: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

mahir dan cekap dalam mengendalikan komputer tersebut. Antara kerja-kerja yang di

lakukan di bahagian ini ialah proses pemotongan telefon dan penyambungan telefon,di

mana pemotongan boleh di buat secara sementara atau terus kepada pelanggan, selain itu

aktiviti lain seperti merekod caj-caj panggilan atau proses charging, menyelenggarakan

pakej, membuat penyambungan baru, mengambil bacaan meter dan CAMA dan

sebagainya.

Saya juga turut di beri penerangan tentang toll free, ISDN, SOMA, TOMA,

Streamyx, Fiber Optik, Bahagian Radio SRS, Pendawaian Dalam dan lain-lain. Terdapat

sepuluh ibusawat yang di kawal oleh Host Ibusawat Batu Gajah iaitu

,Pusing,Chenderong,Tanjung Tualang,Malim Nawar,Gopeng,Kampar,Parit,Bota,Seri

Iskandar,dan Tronoh. Di setiap bilik pensuisan di ibusawat peralatan seperti alat

penghawa dingin perlu di lengkapi dengan secukupnya kerana untuk memastikan haba

yang panas yang keluar daripada equipment tidak menjejaskan peralatan itu sendiri.

Semasa berada di bahagian ini saya telah di tempatkan di tiga bahagian yang

berasingan mengikut jadual yang telah ditetapkan bersama pelatih yang lain.

Rajah 2.1.1 : komputer

23

Page 24: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

2.1.2 OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN

Di dalam bahagian CNO terdapat beberapa operasi yang penting dan

melibatkan keseluruhan rangkaian sama ada rangkaian jauh atau rangkaian suis,

antaranya ialah :-

(a) Bahagian pemasangan kabel.

(b) Bahagian pemasangan dan baikpulih telefon.

(c) Bahagian pusat kawalan utama (assignment control center @ ACC).

Di bahagian ini pula rutin harian yang sentiasa dilakukan ialah melibatkan kerja-

kerja luaran, tetapi di bahagian (MDF) rutin harian yang sentiasa dilakukan ialah pilih

order yang keluar dari printer iaitu hanya di kawasan Batu Gajah sahaja. Semasa

menjalankan tugas di bahagian ini, saya telah mempelajari cara untuk membuat

pemasangan jumper iaitu dari ibusawat ke sesebuah rumah pelanggan. Di samping itu

saya juga dapat mengenali alat yang digunakan di bahagian ini iaitu punce ( terdapat tiga

jenis), cutter, jumper, testfon dan sebagainya. Selain itu saya juga dapat mengenali

beberapa jenis kabinet, DP (distribution Frame), kabel serta sistem penyambungan kabel.

Sehubungan dengan itu, saya juga turut di terangkan serba sedikit tentang MDF (Main

Distribution Frame) atau JAB (Junjungan Agilian Besar) dan juga IDF.

24

Page 25: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

2.1.3 OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN (PELANGGAN)

Operasi Rangkaian Tcmpatan atau Pelanggan (CNO) adalah salah satu unit yang

terdapat di dalam Syarikat Telekom Malaysia Berhad, bahagian ini bertanggungjawab

melaksanakan, mengendalikan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan

(kerja-kerja fizikal luaran) Telekom Malaysia Berhad secara manual. Antara pekerjaan

atau aktiviti yang dilakukan ialah:-

i. Pemasangan telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya.

ii. Pemotongan talian telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya.

iii. Penyambungan talian telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya.

iv. Membaikpulih kerosakan secara manual.

v. Penyelenggaraan kabel-kabel telefon sama ada kabel atas, kabel bawah tanah

dan kabel fiber optik.

Rajah 2.1.3 : Operasi rangkaian tempatan (CNO)

25

Page 26: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

2.2 Ringkasan Aktiviti Mingguan

Jadual 2.2.1 – Bulan Disember 2011

Jadual 2.2.1 : Jadual Latihan Industri Bulan Januari

Minggu 1 & Minggu 2 Melapor diri di pejabat telekom Batu

Gajah

Diberi penerangan tentang tatacara dan

cara bekerja di pejabat Telekom.

Dibawa ke Ibusawat dan pejabat Telekom

Batu Gajah untuk mengambil Punch Card

dan cop pengesahan penyelia untuk borang

lapor diri.

Membuat penyambungan talian telefon

dan streamyx di MDF tingkat 1 Batu

Gajah.

Membuat pemasangan jumper di cabinet di

kawasan batu gajah.

26

Page 27: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

JADUAL 2.2.2 – Bulan Januari 2012

Jadual 2.2.2 : Jadual Latihan Industri Bulan Januari

Minggu 3 , Minggu 4 ,Minggu

5 , Minggu 6 & Minggu 7

Cuti ganti sempena tahun baru

Membaiki kerosakan bagi talian telefon dan

streamyx pelanggan.

Memasang talian baru bagi ISDN.

Belajar mengenai soket telefon dan langkah-

langkah pemasangannya.

Cuti tebus baucar 1Malaysia

Melihat kerosakan pada cabinet.

Configuration semula streamyx di rumah

pelanggan.

Membaiki kerosakan telefon dan streamyx

pelanggan

Diberi penerangan mengenai sistem pendawaian

dan langkah-langkah pemasangannya.

Menolong kakitangan pejabat mencari nombor

telefon pelanggan di MDF

Memasang jumper bagi pemasangan telefon baru.

Cuti tahun baru cina

Mengemaskini jumper didalam MDF

Membuat doket

27

Page 28: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Jadual 2.2.3 – Bulan Febbuari 2012

Jadual 2.2.3 : Jadual Latihan Industri Bulan Febbuari

Minggu 7,minggu 8 Buat MDF,DOKET

Telefon pelanggan yang aduannya masih

terdapat didalam TROUBLE TICKET

Terima aduan kerosakan daripada

pelanggan.

Belajar mengenai laman web webSTARS.

Diberi penerangan daripada kakitangan

MDF Malim Nawar mengenai kerja yang

akan dilakukan.

Memberi docket kepada kontraktor.

Diberi penerangan tentang bangunan

pejabat Telekom Malim Nawar

Minggu 9,Minggu 10 Membuat kaji selidik.

Belajar mengenai kabel utama dan kabel

agihan.

Diberi penerangan tentang saiz kabel

agihan dan jenis cabinet.

Closed docket.

Membaca pelan kabel utama dan kabel

agihan.

Mencari bahan-bahan unuk dimasukkan ke

dalam Laporan latihan industri.

28

Page 29: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Melakukan kerja-kerja pejabat.

Telefon pelanggan untuk mengetahui

aduan telah dibaiki ataupun tidak.

Membaiki kerosakan telefon dan streamyx

pelanggan.

Jadual 2.2.4 – Bulan mac 2012

Minggu 11,Minggu 12,Minggu

13,Minggu 14 dan Minggu 15 Membuat pemasangan baru del &

streamyx.

Membuat aduan kerosakan.

Print screen system

inform.sams,Siebel & webstar.

Survey tiang kable.

“Setting” modem

Kemaskini kertas doket.

Melihat pencantuman fiber optic.

Recover jumper

Memasang wireless telefon &

antenna.

Menyusun & mengemas ibusawat

29

Page 30: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Batu Gajah.

Jadual 2.2.5 – Bulan April 2012

Minggu 16 ,Minggu 17 ,minggu

18 ,minggu 19,& minggu 20

Memasang jumper streamyx dan del

Menyemak inform

Mencari maklumat tambahan untuk

dimuatkan dalam report.

Mengikut team data iaitu encik Ibrahim

Recover jumper yang tidak digunakan

Mengikut team fiber iaitu encik sable

Memasang inform dan sams di mdf

Mencabut jumper pelanggan yang tidak

aktif

Mencari maklumat tambahan untuk

dimuatkan kedalam report akhir dan

harian.

Jadual 2.2.6 – Bulan Mei 2012

Minggu 20,minggu 21,&

30

Page 31: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

minggu 22 Memasang inform dan sams di mdf Batu Gajah

Mengikut team fiber Membuat report akhir Presentation di telekom Menyelesaikan langkah yang terakhir

report akhir dan harian.

2.3 MASA BEKERJA DAN REHAT HARIAN

Jadual 2.3 : Masa Bekerja Dan Rehat Harian

HARI MASA BEKERJA MASA REHAT

ISNIN – KHAMIS

(PEJABAT)

JUMAAT

(PEJABAT)

8.30 PG – 5.30 PTG

8.30 PG – 5.00 PTG

1.00 PTG – 2.00 PTG

12.30 PTG – 2.30 PTG

Hari Sabtu dan Ahad ialah hari cuti bagi Kakitangan Pejabat Telekom Batu Gajah

31

Page 32: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

BAB 3

PERALATAN DAN KESELAMATAN

3.1 PENDAHULUAN PERALATAN

Dalam proses kendalian di ibusawat, perkara utama yang perlu dititikberatkan

ialah peralatan, hal ini kerana setiap peralatan atau istilah lain iaitu equipment adalah

penting dalam menjalani sesuatu perkerjaan dan peralatan ini juga berfungsi untuk

menggerakkan, menjanakan, atau bertugas untuk melaksanakan setiap pekerjaan

yang hendak dibuat di setiap ibusawat. Antara peralatan penting yang digunakan di

setiap ibusawat, stesen pemancar dan bangunan berkenaan dengan Telekom

memerlukan peralatan seperti :-

i. Alat Penghawa Dingin (Air Cond)

ii. Sistem ALARM

iii. Bekalan Kuasa (Power Supply)

iv. Bateri (Battery)

v. Rektifier

32

Page 33: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

vi. Komputer

vii. Alat uji pembumian (Tester Earthing)

viii. Hidrometer

3.2 ALAT PENGHAWA DINGIN (AIR COND)

Alat penghawa dingin adalah salah satu sistem yang paling penting dalam

ibusawat serta stesen pemancar di setiap tempat. Sistem ini penting kerana ia bertujuan

untuk memastikan keadaan peralatan di ibusawat seperti CSN, SMM, SMT, SMX, SMC,

SMA, SIM, TIM, RBS dan sebagainya berada dalam suhu yang rendah atau sejuk iaitu

20°c hingga 23°c, hal demikian berlaku kerana setiap peralatan di ibusawat atau stesen

pemancar bekerja dalam suhu yang panas. Oleh yang demikian, sistem penghawa dingin

inilah yang bertindak untuk menstabilkan suhu supaya berada dalam takad suhu yang

rendah atau sejuk.

Rajah 3.2 : Alat Penghawa Dingin (Air Cond)

33

Page 34: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

3.2.1 JENIS-JENIS ALAT PENGHAWA DINGIN

Terdapat dua jenis alat penghawa dingin yang biasa digunakan iaitu :-

a) Sistem Unit (Unit System)

b) Sistem Pusat (Central Plant System)

3.2.2 SISTEM UNIT (UNIT SYSTEM)

1. Sistem unit adalah proses penyaman udara, ia terletak rapat dengan bilik

supaya udara segar dan bersih dapat diperolehi dalam saluran yang pendek.

2. Asas unit penghawa dingin sistem unit terbahagi kepada 6 komponen dan

setiap komponen mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Komponen-komponen

ini adalah :-

Pemampat (Compressor)

Pemeluwap (Condenser)

Injap Pengembang (Expansion Valve)

Pencairwap (Evaporator/Cooling Coil)

Kipas (Fan Motor)

Sesalur (Duct)

34

Page 35: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

3.2.3 SISTEM PUSAT (CENTRAL PLANT SYSTEM)

1. Sistem ini merupakan satu sistem dimana semua proses penyejukan di

jalankan dalam satu alat (chiller) terlebih dahulu dan cecair (chiller water)

yang telah disejukkan dihantar ke alat penyejukan dalam bilik-bilik (A.H.U

@ F.C.U).

2. Tetapi sistem ini jarang digunakan di ibusawat dan sistem pemancar kerana

kosnya yang tinggi dan peralatan yang terdapat di dalam ibusawat juga,

cukup sekadar menggunakan sistem panghawa dingin jenis sistem unit.

3.3 SISTEM ALARM

ALARM adalah isyarat yang digunakan untuk mengetahui kerosakan atau

sebarang jenis masalah yang berlaku di stesen-stesen atau ibusawat Telekom Malaysia

Berhad di seluruh Malaysia.

Isyarat alarm biasanya digunakan untuk mengetahui keadaan sebenar yang terjadi.

Antara masalah yang sering berlaku yang dapat dikesan oleh alarm ialah pada

kebiasaannya ia berpunca daripada kerosakan seperti alat penghawa dingin, bekalan

kuasa, arus pada peralatan dan kabel, peralatan yang berkaitan dengan sistem

penghantaran (transmittion) dan penerimaan (receiver) iaitu kebiasaanya pada equipment

atau peralatan elektrik dan elektronik. Punca lain seperti kerosakan pada rectifier dan

sebagainya yang berkaitan dengan ibusawat atau stesen pemancar.

35

Page 36: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Setiap kejadian yang berlaku contohnya seperti kejadian suhu yang tinggi pada

penghawa dingin akan mengeluarkan isyarat terus ke ipoh dan dari Ipoh akan terus di

hantar ke Kuala Lumpur, kemudiannya akan dipasukan oleh pihak kuasa di Kuala

Lumpur , dan dapat melihat sebarang jenis kerosakan yang berlaku. Isyarat alarm di

perolehi dengan wayar E dan M. wayar E ialah ear manakala wayar M ialah mouth,

wayar E akan menerima manakala wayar M akan memanggil. Kedua-dua jenis wayar ini

juga digunakan dalam system transmittion dan receiver.

3.4 Bekalan kuasa

Bekalan kuasa adalah punca elektrik yang diterima dan TNB atau Tenaga

Nasional Barhad, kerana jabatan ini berfungsi untuk menyalurkan voltan pada pengguna,

sektor, firma, dan sebagainya. Punca voltan yang disediakan adalah mengikut piawaian

yang biasa digunakan untuk kegunaan yang bersesuaian iaitu 240 volt tetapi di ibusawat

ianya hanya menggunakan 230 volt sahaja kerana setiap peralatan atau equipment yang

terdapat di dalam ibusawat mempunyai rektifier tersendiri untuk menyukat takat voltan

pada tahap yang sepatutnya.

Rajah 3.4 : Meter bekalan Kuasa TNB

36

Page 37: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

3.5 Bateri/Generator

Bateri berfungsi sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada bekalan kuasa atau

power supply dan bateri ini kemudiannya akan mengambil alih tugas atau peranan yang

dibuat oleh unit bekalan kuasa tersebut.

Pada kebiasaannya, bateri akan membekalkan voltan selama 10 jam sahaja iaitu

tahap ketahanan dan ia juga bergantung pada masa dan arus (ampiars/hours). Bagi bateri

yang mempunyai usia yang lama voltan yang disimpan akan habis dengan cepat sekali,

pada kebiasaanya bateri ini akan diperiksa sebulan sekali untuk mengetahui kadar

voltannya.

Rajah 3.5.1 generator

37

Page 38: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 3.5.2 Tangki diesel generator

3.6 Komputer

Komputer adalah salah satu peralatan yang terpenting di setiap ibusawat serta

stesen pemancar kerana komputer adalah alat untuk memberi arahan kepada peralatan

atau equipment di dalam ibusawat untuk melakukan kerja atau tugas masing-masing.

Setiap komputer yang terdapat di dalam ibusawat telah diprogramkan sendiri

oleh pihak-pihak yang tertentu untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan, setiap

programming komputer akan dibuat secara rahsia dan seseorang pekerja yang hendak

melakukan kerja dengan menggunakan komputer tersebut perlulah melepasi beberapa

syarat dan peraturan yang telah di tetapkan antaranya ialah kod rahsia atau password

dan nama pekerja tersebut. Sistem ini dibuat bertujuan supaya tidak akan berlaku

38

Page 39: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

sebarang pencerobohan atau eksploitasi terhadap kod rahsia atau jenis-jenis

maklumat yang hanya boleh di ketahui oleh pekerja sahaja.

Di setiap bahagian di dalam ibusawat seperti SOMA, TOMA, CNO dan

sebagainya alatan kebanyakannya akan berkendali bersama komputer yang telah di

programkan, seperti di bahagian switching, komputer yang telah di programkan banyak

digunakan di sini kerana dalam proses switching ianya akan melaksanakn tugas seperti

charging, billing, mengambil bacaan meter, proses pemotongan terus, pemotongan

sementara, proses kemasukan talian telefon dan sebagainya dan ia menggunakan kaedah

programming iaitu menggunakan nama singkatan untuk membuat sesuatu proses. Oleh

yang demikian, seseorang penceroboh berkemungkinan tidak dapat menembusi komputer

yang telah di programkan ini.

Rajah 3.6 : Komputer

39

Page 40: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

3.7 UJI Pembumian

Alat uji ini lebih dikenali lagi sebagai "earthing tester' ,dimana alat ini adalah

untuk menguji kehilangan pada bumi sama ada pada tahap yang dibenarkan ataupun pada

sebaliknya, tujuan lain alat ini juga adalah untuk menguji dan justeru untuk menghalang

daripada sabungan kilat terus kepada peralatan di dalam ibusawat atau stesen pemancar.

Pengujian ini penting bagi memastikan peralatan di dalam ibusawat berada dalam

keadaan yang baik iaitu supaya tidak berlaku litar pintas yang disebabkan oleh arus yang

mengalir dari tindakbalas yang dikenakan oleh kilat.

Rintangan yang normal atau paling baik adalah 012 hingga 0.5Q tetapi pada

keadaan yang baik ianya mestilah mencapai 0Q kerana semakin rendah nilai rintangan

semakin cepat arus kilat tersebut masuk ke bumi. Oleh yang demikian sermua punca

pembumian perlulah di sambungkan pada setiap peralatan demi mengelakkan daripada

berlakunya kejadian litar pintas dan kerosakan pada peralatan.

3.8 HIDROMETER

Hidrometer adalah sejenis alat yang berfungsi untuk menyukat bacaan bateri, iaitu

untuk mengetahui bateri tersebut dalam keadaan baik atau sebaliknya. Cara

penggunaannya ialah selamkan hidrometer tersebut ke dalam air bateri setelah pam di

40

Page 41: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

tekan, kemudiannya pam yang di tekan sebentar tadi dilepaskan untuk mengetahui

bacaan bateri tersebut.

Sekiranya bacaan menunjukkan pada warna merah ia bermakna bateri ini berada

pada keadaan tidak baik dan merbahaya, oleh itu bateri ini perlulah dibuang untuk

menjamin keselamatan. Apabila bacaan menunjukkan pada warna kuning maka bateri ini

berada pada tahap yang stabil dan bagus untuk digunakan dan sekiranya bacaan

menunjukkan pada warna hijau ianya menandakan bateri ini berkemampuan tinggi dan

sangat baik untuk digunakan.

3.9 PENDAHULUAN KESELAMATAN

Rajah 3.9 Papan Tanda Keselamatan

Secara umumnya, keperluan keselamatan dalam sesebuah bangunan ibusawat

dan stesen pemancar terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

a) Keselamatan Diri sendiri

41

Page 42: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

b) Sistem Pencegah kebakaran

3.9.1 KESELAMATAN DIRI SENDIRI

Sebagai seorang pekerja yang membuat penyelenggaraan (maintenance),

keselamatan diri adalah tanggungjawab setiap individu itu sendiri pada setiap masa.

Segala situasi yang berkemungkinan yang akan berlaku perlu di hadapi dan di

selesaikan oleh setiap pekerja itu sendiri, maka pemerhatian yang mencukupi harus

diserap di dalam setiap sanubari seseorang pekerja demi mengelakkan daripada

berlakunya kemalangan, begitu juga individu lain yang sama menjalani pekerjaan

perlulah bantu-membantu sekiranya pekerja lain mendapat sebarang kecelakaan.

Keselamatan bermaksud seseorang itu dapat menjalankan tugas seharian dengan

bebas tanpa menghadapi sebarang risiko atau permasalahan, manakala takrif bagi

kemalangan pula ialah satu keadaan yang berlaku yang tidak dapat dikawal dan boleh

mendatangkan kecederaan atau kerosakkan kepada manusia, haiwan, mesin, dan peralatan

di sekeliling kehidupan.

Seperti yang telah di ketahui sistem pencegah kebakaran adalah sistem yang

paling penting sekali bagi setiap individu. peralatan dan pembangunan, kerana ia adalah

perkara penting dalam menjaga dan mengawasi sesebuah bangunan, ia juga adalah untuk

mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini seperti

kebakaran, kecederaan pada kakitangan pekerja, pengekploitasian terhadap peralatan dan

sebagainya.

Begitu juga keadaan di ibusawat, penyediaan alat pencegah kebakaran turut di

sediakan kerana kebimbangan dan berkemungkinan akan berlaku sebarang perkara yang

tidak diingini. Antara alat pecegah kebakaran yang di sediakan ialah :-

42

Page 43: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

i. Loceng Penggera Kebakaran

ii. Alat pemadam api

iii. Hos kebakaran (pili bomba)

iv. Tangga dan pintu kecemasan.

3.9.2 LOCENG PENGGERA KEBAKARAN

Loceng penggera ini adalah sejenis alat yang di sediakan sekiranya berlaku

sebarang kebakaran atau terperangkap di dalam lif. Loceng ini akan bertindak sendiri

apabila penggera pada loceng tersebut mengesahkan keadaan seperti haba yang panas dan

asap, secara automatik loceng ini akan berbunyi dan ia menandakan sesuatu kejadian telah

berlaku. Loceng yang berada pada lif pula perlu di tekan sendiri oleh si mangsa yang

terperangkap dan pihak keselamatan pekerja akan memberi pertolongan dan bantuan

kepada individu atau pekerja tersebut. Pada kebiasaanya loceng penggera ini akan

diletakkan di setiap tingkat di ibusawat atau stesen pemancar kerana untuk

keselamatan dan kemudahan para pekerja di Telekom sendiri.

43

Page 44: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 3.9.2 : Loceng Penggera Kebakaran

3.9.3 ALAT PEMADAM API

Pada kebiasaanya, alat pemadam api ini akan di tempatkan di setiap bilik di

dalam ibusawat, kerana untuk memudahkan pekerja memadam sebarang jenis

kebakaran sekiranya berlaku kebakaran. Terdapat bilik yang mempunyai alat ini lebih

daripada satu kerana mengikut saiz dan keluasan bilik serta bergantung juga pada

kuantiti atau kandungan bahan pemadam api tersebut. Dengan terdapatnya alat ini para

pekerja tidak lagi khuatir dan bimbang sekiranya berlaku sebarang keadaan tanpa di

duga. Antara jenis alat pemadam api yang di gunakan di ibusawat ini ialah jenis ‘carbon

dioxide’.

44

Page 45: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 3.9.3 : Alat Pemadam Api

3.9.4 HOS KEBAKARAN (PILI BOMBA)

Hos kebakaran adalah saluran daripada paip bomba yang dibuat bertujuan untuk

menyalirkan air sekiranya berlaku sebarang kebakaran atau kecemasan di setiap tempat

dan juga ibusawat. Pada kebiasaanya hos ini akan di letakkan di setiap tingkat berhadapan

dengan tangga ibusawat, ia adalah untuk memudahkan lingkaran hos tersebut di bawa

naik atau turun daripada tangga sekiranya berlaku sebarang kebakaran.

45

Page 46: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 3.9.4 : Hos Kebakaran (Pili Bomba)

3.9.5 TANGGA DAN PINTU KECEMASAN

Tangga dan pintu kecemasan pada kebiasaanya akan dibuat pada bahagian tepi

bangunan ibusawat, kerana ia berfungsi untuk pekerja menyelamatkan diri sekiranya

berlaku kebakaran atau kecemasan dan sekiranya berlakunya kebakaran, seseorang

pekerja tidak dibenarkan untuk menggunakan lif yang disediakan, kerana sistem elektrik

akan tergendala dengan serta-merta, oleh yang demikian pekerja di sarankan dan diberi

tanggungjawab untuk menyelamatkan diri mengikut pintu dan tangga kecemasan. Pada

kebiasaanya pintu kecemasan akan sentiasa tidak berkunci dan untuk memudahkan

pekerja meyelamatkan diri masing-masing.

46

Page 47: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

3.9.6 JENIS-JENIS PAKAIAN DAN PERALATAN PERLINDUNG

KESELAMATAN

Pakaian dan peralatan pelindungan keselamatan adalah penting untuk setiap

pekerja di Telekom Malaysia, kerana ia adalah perkara utama untuk menghalang daripada

berlaku kemalangan atau kecemasan yang begitu berat dan merbahaya. Antara peralatan

perlindungan tersebut ialah :-

(a) Pelindung kepala {headprotection)

(b) Pelindung kaki (foot protection)

(c) Pelindung tangan {handprotection)

(d) Pelindung mata dan inuka {eye's and face protection)

(e) Pelindung pernafasan {respiratoryprotection)

Rajah 3.9.6 : Peralatan Perlindung Keselamatan Diri.

47

Page 48: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

BAB 4

OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN

4.1 RANGKAIAN AGIHAN DI ANTARA IBUSAWAT DAN PELANGGAN

Rajah 4.1: rangkaian agihan diantara ibusawat dan pelanggan

48

Page 49: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Ianya merupakan rangkaian yang menghubungkan pelanggan telefon dan ibusawat

Secara amnya, semua pengguna telefon, teleks, faks dan Iain-lain disambung ke ibusawat.

lni adalah kerana setiap panggilan atau aktiviti perhubungan di antara pelanggan akan

diatur terlebih dahulu di ibusawat. Rajah di bawah menunjukkan rangkaian agihan di

antara ibusawat tempatan dengan pelanggan

4.2 MAIN DISTRIBUTION RAME (MDF DI IBUSAWAT)

MDF adalah bahagian yang menyambungkan pelanggan dengan pusat

pensuisan (SOMA) selepas kabinet, ianya terdiri daripada semua pelanggan atau

pengguna telefon dan data yang berada di satu kawasan atau satu daerah. Oleh itu,

MDF juga berfungsi sepcrti kabinet dan peti agihan yang lebih besar iaitu sebagai titik

rujukan. Ini adalah kerana tugas-tugas yang dilakukan oleh MDF adalah hampir sama

49

Page 50: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

dengan tugas yang dilakukan di kabinet. Selain daripada nama MDF ia juga lebih

dikenali sebagai JAB iaitu Junjungan Agihan Besar.

Di antara tugas yang dilakukan oleh MDF ialah :-

i. Melakukan ujian talian telefon (untuk pemasangan telefon baru dan kerosakan).

ii. Melakukan proses jumper (untuk pemasangan telefon baru dan kerosakan).

iii. Memeriksa talian telefon yang rosak.

iv. Memotong talian telefon secara manual.

v. Menyambung talian telefon secara manual.

Rajah 4.2 : Peralatan-peralatan yang diperlukan di bahagian MDF.

50

Page 51: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Di dalam MDF, mempunyai 3 bahagian yang saling berhubung:

NTA - iaitu sambungan ke bahagian suis (SOMA).

LEN - iaitu sambungan kepada pelanggan atau pengguna.

VBAR-dikenali juga sebagai si/eside

4.3 NTA ,LEN & VBAR

NTA dan LEN adalah nombor setiap pelanggan atau pengguna yang telah di

tentukan oleh unit pemasangan melalui pesanan perkhidmatan yang menyatakan sama

ada menyambung, memasang atau memotong talian telefon secara manual. NTA

adalah bahagian ‘horizontal’ yang berbentuk mendatar manakala LEN adalah

bahagian ‘vertical ‘ yang berbentuk pugak.

Sekiranya pemasangan baru hendak dilakukan, dua wire jumper akan

digunakan untuk disambungkan antara sisi ibusawat dengan sisi talian. Di dalam

sistem ini menggunakan kabel jenis copper dan terdapat juga dari jenis fiber tetapi

fiber hanya sedikit sahaja digunakan.

51

Page 52: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 4.3 : NTA dan LEN.

4.4 LOHONG

Lohong atau nama lain lubang mekanikal adalah tempat pemasangan kabel di

bawah tanah untuk diagihkan kepada kabinet. Ia juga merupakan tempat untuk proses

penyelenggaraan dan tempat membaikpulih sebarang kerosakan yang berkaitan dengan

kabel bawah tanah. Lubang mekanikal ini terdapat dalam pelbagat saiz mengikut

keperluan dan jumlah kabel yang digunakan di satu-satu tempat.

52

Page 53: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 4.4: Lohong/main holl

4.5 KABINET

Kabinet atau dikenali juga sebagai Gerabak Agihan mempakan tempat

pengagihan talian untuk ke peti agihan (DP) sebelum sampai ke rumah pelanggan.

Secara umumnya, kabinet mempakan tempat penamat kabel utama dimana ia bermula

dari MDF (Main Distribution Frame) melalui lohong dan terus ke kabinet. Kabinet

menggunakan unit penyambungan silang dengan dawai pemintas untuk

penyambungan silang.

Pada kebiasaannya, untuk penyambungan dari kabinet ke ibusawat, kabel jenis

'lead’ digunakan dengan saiz 100, 1000 dan dalam pelbagai jenis saiz lagi digunakan.

Di dalam sesebuah kabinet terdapal 9 teras (kompaun) iaitu setiap darinya mempunyai

200 pasang dan diagihkan kepada 20 peti agihan (DP Box).

53

Page 54: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Bermula dari kabinet ke peti agihan, kabel yang digunakan adalah dari jenis

plastik (kabel plastic) dalam sesebuah kabinet juga mempunyai 1800 pasang dan

terdapat dua bahagian utama iaitu E-side dan D-side. Bilangan bagi setiap teras pada

E-side ialah 101 hingga 301, manakala bagi D-side pula bermula dari kabinet ke DP

dan mempunyai nilai maksima 1000 pasang, bilangan bagi setiap teras bermula dari 1

hingga 200.

Di dalam kabinet mempunyai 9 teras dan ianya mempunyai 5 SA dan 4 SI.

Setiap pcngiraannya adalah bermula dari SA. Agihan kabel dan talian adalah

bergantung kepada keperluan dan permintaan pelanggan bagi sesuatu perrnintaan

pelanggan bagi sesuatu kawasan. Pihak pemasangan akan melakukan proses

menjumper atau ‘jumpering’ dari bahagian E-side dan D-side bagi membolehkan satu-

satu talian dapat beroperasi. Kabinet merupakan rujukan talian pelanggan pada sesuatu

kawasan, ia juga bertindak sebagai titik ujian untuk mengesan kerosakan dan

memudahkan kerja pemasangan.

Terdapat dua jenis kabinet iaitu :-

i. Jenis APO (Australian Post Office)

ii. Jenis BPO (British Post Office))

Kabinet jenis APO dan jenis BPO adalah kabinet yang paling banyak

digunakan. Kabinet jenis APO inempunyai 1800 pasangan dan 200 pasangan penamat,

untuk kabinet jenis ini, terdapat cara pengiraannya yang tertentu iaitu bermula dari

bawah dan berselang-seli dengan SI dan SA iaitu E-side dan D-side, manakala kabinet

jenis BPO pula mempunyai 900 pasangan dan menempatkan sehingga 100 pasangan.

54

Page 55: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

4.5.1 CIRI-CIRI SEBUAH KABINET

Pemasangan kabel yang di sambungkan ke rumah pelanggan adalah sebanyak

1000 pasang tetapi hanya 800 kabel sahaja yang digunakan. Kabel yang selebihnya

digunakan untuk persediaan atau ‘standby’ sekiranya berlaku kerosakan pada talian. la

digunakan bertujuan untuk memastikan keadaan tersebut berada dalam keadaan yang

baik.

4.5.2 FUNGSI KABINET

fungsi asas bagi sesebuah kabinet adalah seperti berikut :-

a) Untuk memberi penjimatan dalam penggunaan kabel dan juga pemasangan kabel

supaya lebih mudah untuk di tukar ganti.

b) Untuk mengelakkan sambungan dibuka bagi penyusunan semula kabel utama

yang disebabkan oleh sedikit sisihan dan daripada permintaan terdahulu. Dengan

itu, ia menjimatkan masa dan kos serta mengelakkan kerosakan yang terjadi di

sebabkan oleh permukaan penyambungan.

c) Sebagai tempat ujian pertengahan bagi memudahkan kerosakan.

d) Untuk mengelakkan pengurangan keupayaan pemancaran yang sepatutnya

dipancarkan.

e) Untuk meningkatkan penyusunan bagi talian atau memudahkan pengendalian

rekod-rekod supaya perlaksanaan kerja penyambungan dapat di percepatkan.

f) Untuk memudahkan perancangan di masa hadapan.

g) Untuk membolehkan lepasan kabel utama dengan mudah tanpa memotongnya

menjadi kabel-kabel agihan yang kecil.

55

Page 56: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

4.5.3 KABINET JENIS APO

Kabinet APO terdiri daripada dua saiz iaitu 900 dan 1800 sepasang, kedua-

duanya berbentuk silinder dan sama garis pusatnya, bagi kabinet jenis ini, tiga

komponen utamanya iaitu tudung, sarung dan tapak dan bahagian luarannya

diperbuat dari aluminium dan permukaan luarnya di semburkan dengan pasir untuk

menampakkan rupasaip yang pudar. Tudung kabinet disertakan dengan kunci sebagai

langkah keselamatan untuk mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Di dalam kabinet terdapat bacaan pasangan, bacaan ini digunakan untuk

membezakan sisi ibusawat dan sisi agihan. lanya juga ditunjukkan pada label yang terdiri

daripada unit penamat ibusawat (B-side) dengan agihan (D-side) yang disusun berselang

seli mengikut arah lawan pusingan jam disekeliling tapak kabinet.

Kebaikan menggunakan kabinet jenis ini adalah ;-

i. Dapat menjimatkan penggunaan kabel dan boleh diubahsuai dengan pasangan

kabel.

ii. Dapat mengelakkan daripada membuka sambungan semasa penyusunan

semula kabel utama dan juga memudahkan pasangan kabel yang bersaiz kecil.

iii. Merupakan tempat ujian penghantaran bagi memudahkan mencari

tempat kerosakan (mengenalpasti).

56

Page 57: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 4.5.3 : Kabinet Jenis APO

4.5.4 KABINET JENIS BPO

Terdapat dua jenis kabinet dalam kabinet BPO iaitu kabinet Krone dan kabinet

Pouyet. Antara kabinet yang sering digunakan dalam kabinet jenis BPO ialah kabinet

Krone. Kabinet ini mempunyai persamaan dengan kabinet APO dari segi fungsinya iaitu

merupakan rujukan talian pelanggan dengan sesuatu kawasan. la juga bertindak sebagai

titik ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja pemasangan. Tetapi

kabinet Pouyet mempunyai kedudukan SI (sisi ibusawat) dan SA (sisi agihan) yang

berbeza dengan kabinet APO, iaitu penamat ibusawat E-side dan penamat agihan D-side.

Alat 'jumpering' yang digunakan adalah berbeza dengan kabinet APO.

Kabinet Krone mempunyai dua pintu dan binaannya dibuat daripada fiber glass

polyster, pembinaannya juga adalah tahan kepada iklim dan persekitaran yang boleh

membahayakan atmosfera, sebatian kimia dan bahan hakisan. Kabinet ini juga boleh

57

Page 58: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

memuatkan bilangan pelanggan sehingga mencapai 2400 pemasangan pelanggan, tetapi

biasanya 1800 sahaja yang digunakan.

Rajah 4.5.4 : Kabinet Jenis BPO

4.6 PETI AGIHAN (DP BOX)

Peti agihan berfungsi untuk memudahkan kerja-kerja membaiki kerosakan dan

tempat untuk membuat penyambungan kabel di bawah tanah. Pada kebiasaannya peti

agihan ini mempunyai 10 pasang tetapi hanya 8 pasang sahaja yang digunakan dan

selebihnya adalah sebagai simpanan dan untuk ujian dari peti agihan ke ibusawat.

Pada masa kini, peti agihan yang digunakan di Malaysia didapati tidak

memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan tertentu, ia diperkenalkan dari

Australia dan sistemnya dihentikan kerana kesukaran untuk mcndapatkan bekalan.

Oleh yang demikian, peti agihan yang terbaru telah diperkenalkan di Malaysia iaitu

peti agihan jenis Ericsson, setelah diuji ia didapati amat memuaskan sekiranya

58

Page 59: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

digunakan di dalam perkhidmatan Syarikat Telekom Malaysia Berhad.contohnya

seperti gambar di bawah.

Rajah 4.6.1: kotak dp(peti agihan)

Rajah 4.6.2: peti agihan

59

Page 60: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 4.6.3:

Kotak peti agihan mempunyai 10 agihan ke rumah penggunaan.

4.7 HURAIAN TENTANG PETI AGIHAN

a) Binaan satu peti agihan 10 pasang. Antara sistem yang terdapat di dalamnya

ialah sistem pembumian (earth bar), iaitu ia terletak pada kedudukan yang

melalui spring dan penyambungan elektrik dibuat melaluinya kemudian kabel

dua dawai akan disambung dengan menggunakan skru.

b) Setiap peti agihan yang baru akan dilengkapi dengan 10m atau 2.5m hujung kabel

iaitu untuk membolehkan ia disambung secara terus ke kabel bawah tanah atau ke

kabel atas.

60

Page 61: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

c) Hujung kabel yang digunakan daripada PEUT, ‘non-filled’ iaitu kumpulan

pemasangan untuk 10 pasang dimana .5mm adalah untuk satu pasangan dan kod

warna ditunjukkan pada jadual di bawah.

d) Cara untuk membuat bacaan dan pengiraan daripada bahagian hadapan ialah dari

atas ke bawah iaitu daripada pasangan 1 hingga pasangan 10, dimana kaki A

adalah di sebelah kiri dan kaki b di sebelah kanan.

e) Skru pembumian di letakkan di bahagian bawah dan dihalang oleh bar

pembumian.

NOMBOR

PEMASANGANKAKI A ATAU WAYAR I KAKI B ATAU WAYAR 2

1 PUTIH BIRU

2 PUTIH OREN

3 PUTIH HIJAU

4 PUTIH COKLAT

5 PUTIH KELABU

6 MERAH BIRU

7 MERAH OREN

8 MERAH HIJAU

9 MERAH COKLAT

10 MERAH KELABU

jadual 4.7.1 :jadual penyalut bagi pengalir.

61

Page 62: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 4.7.2: Menyemak Kerosakan Kotak Dp

Rajah 4.7.3 : Peti Agihan (DP BOX)

62

Page 63: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

PERHATIAN:

10 Perkara yang wajib di buat di DP

i. Pastikan penebat plastik kuning ditanggalkan untuk pasangan yang

berkerja.

ii. DP yang tertanggal perlu diikat semula di tiang dengan menggunakan

kabel tie “stainless steel”.

iii. System pembumian mengikut spesifikasi dan bersambung dengan

setiap dawai bumi.

iv. DP sentiasa ditutup dengan rapat.

v. Label DP ada dan jelas.

vi. Drop wire(dw) dipasang dengan betul di “pole head ring” mengikut

spesifikasi teknikal.

vii. Tiang DP perlu ada pole step dan berkeadaan baik.

viii. Setiap sambungan antara drop wire dengan menggunakan “IDC

connector”.

ix. Setiap bearier wire dan DP earthing bersambungan dengan

menggunakan openable wire connector.

x. Akhir sekali selalu mematuhi peraturan OSH untuk kerja-kerja diatas

tiang.

Cara pemasangan DP dan drop wire

Rajah 4.7.4:Cara pemasangan DP dan drop wire

63

Page 64: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

4.8 KABEL ATAS

Kabel atas adalah perantaraan yang menghubungkan pelanggan dengan peti

agihan. Kabel yang biasa digunakan adalah kabel dua dawai, selain daripada itu,

terdapat juga kabel atas yang menggunakan kabel banyak pasang iaitu digunakan untuk

pasangan antara tiang ke tiang yang dikenali sebagai IB kabel.

64

Page 65: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 4.8: Kabel Atas

65

Page 66: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

4.9 KABEL BAWAH TANAH

Kabel bawah tanah menghubungkan kabinet dengan ibusawat ke ibusawat yang

lain. Jenis kabel yang digunakan adalah kabel banyak pasang.

Rajah 4.9: Kabel Bawah Tanah

66

Page 67: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

67

Page 68: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

BAB 5

STREAMYX

5.1 Pendahuluan

streamyx adalah satu jalur lebar yang menyediakan hubungan untuk internet

dengan kelajuan bandwidths daripada 384 k hingga 4Mbps. Dengan laju berkaitan /

lebar jalur, khidmat ini adalah untuk menyokong kebanyakkan aplikasi-aplikasi jalur

lebar seperti jaringan pengacaraan, aliran video, e-dagang, pembelajaran jarak dan

lain-lain.

5.2 Faedah Pemasangan Streamyx

Pada dasarnya khidmat ini akan memberikan banyak faedah antaranya :-

68

Page 69: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

i. Pelanggan-pelanggan kediaman dapat menggunakan internet berat

menggunakan jaring melalui 56 Kbps dail atas atau ISDN.

ii. Perniagaan kecil dapat mengakses internet walaupun memerlukan lebar jalur

yang lebih tinggi pada kos yang sama.

iii. Perniagaan besar yang memerlukan akses internet dengan gred perniagaan

yang tinggi untuk streamyx dan telefon pada masa yang sama.

iv. Glite DSL adalah serupa tetapi ADSL kelajuannya berkurangan daripada

kadar penuh ADSL.

5.3 Pakej-Pakej Streamyx yang ditawarkan

Pakej streamyx untuk dirumah.

Rajah 5.3.1: Contoh Pakej Streamyx

69

Page 70: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 5.3.2: pakej streamyx khas untuk pelajar IPTA/IPTS

Pihak telekom Malaysia telah menyediakan banyak pakej internet yang ditawarkan untuk para pelanggan dan para pelanggan boleh menikmati pakej internet yang disediakan mengikut kemampuan pelanggan.Jika pelanggan ingin mendapatkan perkhidmatan pelanggan perlu mengisi borang-borang yang berkaitan dengan pakej yang hendak diambil contohnya seperti dibawah.

70

Page 71: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 5.3.3: Contoh borang permohonan untuk melanggan streamyx Gradpack

5.4 INTERNET NORMAL DAILAN

Dapat disambung ke internet melalui dailan. Mempercepatkan pautan

sehingga 56.6 Kbps menggunakan sebuah komputer dan modem atas talian telefon

normal. Ia menyediakan hubungan kos rendah dan ideal untuk pengguna yang

hendak menggunakan internet dan telefon pada satu masa.

5.5 TM WIFI

Rajah 5.5.0: logo TM WIFI

71

Page 72: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Cara yang paling cepat bagi mendapatkan internet adalah dengan internet

prabayar.Pengguna tidak perlu berbaris untuk membayar bil.Pengguna boleh

mendapatkan laluan internet daripada mana-mana lokasi.Dahulunya dikenali sebagai

streamyx zone dan kini dikenali sebagai Tm wifi.

TM WIFI boleh di akses dimana-mana lokasi yang menyediakan,perkhidmatan

Tmwifi.contohnya Kfc,Mcdonald,Pizza Hut dan lain-lain.

Rajah 5.5.1

Contoh lokasi yang menyediakan perkhidmatan Tm Wifi

Untuk mendapatkan perkhidmatan TM WIFI pelanggan perlu membeli

prabayar.

Terdapat 3 jenis perkhidmatan yang ditawarkan untuk menggunakan

perkhidmatan TM WIFI.

72

Page 73: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Personal Postpaid Packages

Business Broadband TM WIFI Packages

Prabayar

Bagi pelanggan yang bukan pelanggan TM,boleh menikmati melayari dengan

membeli kad prabayar wifi TM dengan harga Rm5 atau Rm28 atau menggunakan

dalam talian https://prepaid.tm.net.my/ atau pergi ke cawangan-cawangan TM

POINT yang berdekatan untuk mendapatkan kad prabayar Tm wifi.

73

Page 74: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 5.5.2

Portal TM 1515 prepaid

5.6 MODEM

Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan

isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk

gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya.

Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan

isyarat gelombang kepada isyarat digital. Modem ialah perkataan bahasa Inggeris

yang merupakan singkatan bagi modulator-demolator,

iaitu pemodulat dan penyahmodulat.

74

Page 75: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 5.6.1: Modem jenis Aztech

Rajah 5.6.2: Modem jenis Billion

Rajah 5.6.3: Modem jenis D-Link

75

Page 76: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 5.6.4: Modem jenis Innacom

Rajah 5.6.5: Modem jenis Riger

Rajah 5.6.6: Modem jenis Riger

76

Page 77: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

5.7 Perkhidmatan Pelanggan

Jika mengalami sebarang masalah telifon(del) atau internet(streamyx) pelanggan hendaklah membuat aduan kepada pihak telekom Malaysia dengan mendial perkhidmatan yang disediakan iaitu 100.

Talian 100 (TM GROUP CUSTOMER SERVICE CENTRE )

100 ialah talian bantuan untuk pertanyaan mahupun aduan kerosakan.produk dan Perkhidmatan TM:

Maklumat dan pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatanPertanyaan bil dan pembayaranPerkhidmatan aplikasi baru dan tambahanLaporan kerosakan dan bantuan teknikalmaklum balas pelangganterbaru promosiPelanggan telifon mudah alih boleh boleh mendial ke Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1 300 888 123.

Berikut adalah panduan kepada Respons Suara Interaktif (IVR) untuk Kumpulan TM Pusat Khidmat Pelanggan melalui cepat 100.

1. TM Group Customer Care: Dial 100 or 1 300 888 123 2. TM Telephony & Data Services Option 3. Detail for Option Product Info 4. Consumer Products/Services Information Menu Option 5. Business Products/Services Information Menu Option

6. Internet Services Option

JENIS SERVICE TM CUSTOMER SERVICE 100

FIXED LINE PERCUMA

MAXIS RM2/Call

CELCOM RM1/Call

DIGI RM0.60/Call

U-MOBILE,TUNE TALK @ LAIN Bergantung pada cas service tersebut

77

Page 78: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

BAB 6

OPERASI RANGKAIAN SUIS (SOMA)

6.1 PENDAHULUAN

SOMA atau Switching Operation & Maintenance Area merupakan satu

bahagian pusat bagi ibusawat, manakala ibusawat pula merupakan satu pusat dimana

semua talian telefon dapat disambungkan bagi memudahkan seseorang

berkomunikasi antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain mengikut destinasi

tersendiri. Oleh kerana semua peralatan atau ‘equipment’ di ibusawat adalah

berkenaan dengan pensuisan, maka ia digunakan untuk memudahkan proses

penyambungan. Antara tugas utama yang dilakukan oleh bahagian Operasi rangkaian

suis ini ialah :-

a) Melakukan kerja-kerja penyambungan talian yang baru dengan

menggunakan sistem komputer (ALCATEL E-10).

b) Memotong talian bagi pelanggan yang tidak menjelaskan bil telefon

sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Telekom.

78

Page 79: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

c) Mengambil bacaan meter dan CAMA bagi semua talian telefon dengan

menggunakan sistem komputer (ALCATEL E-10).

d) Memprogramkan semua kemudahan yang disediakan untuk pelanggan

telefon.

e) Mengadakan pengujian ke atas peralatan ibusawat (Common Equipment).

f) Pengujian ke atas ujian meter.

g) Merekod semua panggilan yang melalui ibusawat Jitra.

h) Membuka talian telefon untuk perkhidmatan ‘toll free’.

Rajah 6.1 : Jenis-jenis PUNCE yang biasa digunakan.

79

Page 80: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

6.2 IBUSAWAT (EXCHANGE)

Ibusawat merupakan sumber atau pusat pengendalian pemprosesan secara

automatik. Ibusawat untuk talian telefon pula terdiri daripada pelbagai jenis dan

bergantung kepada peralatan yang telah disediakan oleh syarikat yang mencipta

peralatan, walaupun setiap ibusawat mempunyai jenis ‘equipment’ yang berbeza

tetapi fungsi peralatan bekerja adalah sama dengan peralatan lain, contohnya seperti

di ibusawat Jitra menggunakan sistem ALCATEL terdapat juga sistem lain yang

digunakan di ibusawat ini. Penentuan untuk perhubungan telefon di seluruh dunia

telah ditentukan dan di buat secara seragam oeh pihak CCITT (Consultant Comitee

International Telephone Telegraf).

Di Malaysia, rangkaian telefon nasional terdiri lebih daripada 525 ibusawat

telefon secara automatik. Antara jenis-jenis ibusawat yang terdapat di Malaysia

ialah :-

i. Step By Step (ST 901)

ii. Common Control (RF, ARM,H ITACHI)

iii. Semi Electronic (ESK, PENTEX)

iv. SPC (Analog-AXE, Digital-NEAX)

Di negeri perak, terdapat beberapa ibusawat yang berfungsi untuk membuat

kendalian kerja dan jenis-jenis ibusawat ini ialah :-

a) AXE - Sweden

b) NEAX - Jepun

c) ALCATEL 1 - Perancis

d) ALCATEL 2 - Perancis

80

Page 81: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Terdapat beberapa jenis atau kelas ibusawat, antaranya ialah :-

a. Ibusawat Tempatan

b. Ibusawat Kumpulan

c. Ibusawat Tendem

d. Ibusawat Zone

e. Ibusawat ITE

6.2.1 IBUSAWAT TEMPATAN

Ibusawat tempatan merupakan ibusawat yang dihubungkan kepada ibusawat

kumpulan dan ibusawat tempatan ini juga akan mewakili kawasan tersebut untuk

sambungan talian contohnya ibusawat PI,CDR,TT,MW,GG,KR,PA,BV,SIK,&TO.

Setiap ibusawat mempunyai singkatan nama, begitu juga ibusawat kumpulan turut

mempunyai singkatan nama untuk kod yang telah ditetapkan oleh pihak Telekom.

Penerangan tentang Short Name di atas :-

i. PI - Pusing

ii. CDR - Chenderong

iii. TT - Tanjung Tualang

iv. MW - Malim Nawar

v. GG - Gopeng

vi. KR - Kampar

vii. PA - Parit

81

Page 82: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

viii. BV - Bota

ix. SIK - Seri Iskandar

x. TO - Tronoh

xi. BG - Batu Gajah

Rajah 6.1.1 : Ibusawat Tempatan

6.2.2 IBUSAWAT KUMPULAN

Ibusawat kumpulan merupakan ibusawat yang dihubungkan dengan ibusawat

tempatan, contohnya ibusawat Batu Gajah (host), ianya perlu berada di tempat yang

strategik kerana untuk memudahkan perhubungan yang dibuat melalui ‘carrier’ dan

kabel dapat disambung dengan cara yang mudah.

82

Page 83: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

6.2.3 IBUSAWAT ZONE

Ibusawat ini merupakan ibusawat yang mengendalikan penyambungan

ibusawat ITE mengikut aras-aras ibusawat yang melibatkan panggilan antarabangsa

(international) iaitu perhubungan antara luar negara dengan erti kata hubungan

destinasi ke negara yang lain.

6.3 PERINGKAT KENDALIAN IBUSAWAT (SOMA)

Setiap sistem ibusawat telefon, biasanya mempunyai beberapa peringkat atau

proses untuk membuat sesuatu panggilan. Antara peringkat bagi sistem ibusawat

telefon ini ialah penyediaan pelanggan, pemprosesan panggilan, pengagihan dan

menyediakan panggilan untuk pelanggan sama ada panggilan luar atau dalam negeri.

Selain daripada proses penyediaan untuk pelanggan tersebut, ibusawat juga

menyediakan litar pengagihan, iaitu sekiranya terdapat seorang pelanggan yang hendak

membuat panggilan ke mana-mana bandar, maka terlebih dahulu litar akan melalui SPC

Batu Gajah.

Sistem perhubungan yang dibuat oleh 'switching' adalah termasuk memberi

latihan kepada setiap pelanggan dan selepas itu akan memberi 'ringging tone’ kepada

telefon pelanggan yang membuat panggilan dan yang menerima panggilan. Sewaktu

proses 'ringging tone' berlaku ia telah mengalami beberapa proses iaitu penukaran dari

kod digital kepada bentuk analog dan ke bentuk digital semula menggunakan sistem

binary dan sebagainya. Oleh yang demikian, dapatlah seseorang pelanggan berhubung

dengan pelanggan yang lain

83

Page 84: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Terdapat beberapa pengkelasan dalam sistem telefoni, antaranya ialah crossbar.

Step by step, digital exchange dan SPC (Store Programme Control). Pada masa kini,

sistem SPC di gunakan di setiap ibusawat dan penggunaannya adalah secara

berkomputer. Bagi tujuan mengawal pesuisan. Sistem SPC ini juga lebih cepat dan

dapat menyimpan banyak data kerana programnya menggunakan 'software' dan

'hardware’.

6.3.1 TUGAS BAHAGIAN SOMA

Bahagian Operasi Rangkaian Suis merupakan unit yang paling penting dalam

sistem perhubungan telefon, kerana unit ini juga berfungsi sebagai nadi untuk

menggerakkan sistem telefon dengan pelanggan. Dalam erti kata lain, sekiranya

SOMA tidak mempunyai kendalian, maka setiap operasi dengan pelanggan tidak akan

berjalan dengan lancar kerana bahagian ini adalah perantaraan antara satu destinasi

dengan destinasi yang lain.

Antara tugas yang di jalankan di bahagian ini ialah :-

i. Membuat 'backup’

ii. Mengambil meter dan CAMA

iii. Mencari kerosakan talian atau talian ‘line up’

iv. Membuat 'route trace'

v. Out going trunk test (QGT)

vi. Pemasangan baru

vii. Pemotongan perkhidmatan

viii. Penyambungan semula perkhidmatan

ix. Penukaran nombor telefon

x. Membuka laluan (RC)

xi. Mengambil bacaan bateri di ibusawat

84

Page 85: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

xii. Membaiki aduan kerosakan talian (Doket)

6.4 MEMBUAT ‘ROUTE TRACE’

‘Route Trace’ atau dengan erti kata lain ialah membuat imbasan untuk

mengenal pasti nombor-nombor telefon pemanggil yang membuat panggilan, proses ini

dilakukan ialah bagi menolong pekerja-pekerja pada bahagian kabel dan pemasangan.

Apabila pekerja mengalami masalah kekeliruan dalam memasang kabel maka untuk

memastikan kabel yang betul, pekerja tcrsebut hendaklah melakukan penyambungan

kabel tadi kepada set telefon serta mendailkan nombor yang menggunakan talian khas

ISDN yang terdapat di bilik pensuisan.

Selain dari itu, terdapat juga pekerja pada bahagian verifikasi menjalankan tugas

unluk memastikan apa yang tertera di dalam rekod-rekod yang lepas adalah dalam

keadaan yang betul, sekiranya terdapat kelainan maka satu laporan yang lengkap akan di

hantar dan arahan-arahan yang telah di tetapkan perlu di masukkan ke dalam terminal

bagi mengenal pasti nombor pemanggil tadi.

85

Page 86: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 6.4 : Telefon uji untuk ‘Route trace’.

6.5 PEMASANGAN BARU

Apabila kerja pemasangan dan penyambungan selesai dibuat maka dengan itu,

petugas di bilik MDF akan memberikan arahan kepada petugas di bilik penyuisan bagi

memasukkan isyarat tone kepada talian yang telah siap di pasang. Kerja-kerja

memasukkan tone tersebut dilakukan dengan mengawal Aturcara Kawalan Tersimpan

(SPC) di terminal CRT- TTY. Arahan yang dimasukkan ke terminal akan terus dihantar

ke dalam terminal akan terus di hantar ke dalam peralatan-peralatan pensuisan yang mana

ianya dikawal secara automatik oleh litar mikro pemprosesan.

86

Page 87: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

6.6 PERMOTONGAN PERKHIDMATAN

Pemotongan perkhidmatan bermaksud menamatkan perkhidmatan kepada

pelanggan yang gagal menjelaskan bayaran bil bulanan yang tertunggak setelah amaran

diberikan beberapa kali kepada pelanggan tersebut. Pemotongan perkhidmatan ini

dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :-

a) Pemotongan Sementara

b) Pemotongan Terus

6.6.1 PEMOTONGAN SEMENTARA

Di dalam perkhidmatan ini pula dapat dibahagikan kepada tiga pengkelasan

yang

utama iaitu :-

(a) Pemotongan atau penahanan panggilan masuk :

i. Biasanya dilakukan pada telefon-telefon awam

ii. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pelanggan daripada membuat

panggilan 'reverse charge' kepada telefon awam.

(b) Pemotongan atau penahanan panggilan keluar :

i. Dilakukan kepada pelanggan yang gagal menjelaskan bayaran bil telefon pada

suatu tarikh yang telah ditetapkan di dalam bil tersebut.

ii. Pemotongan jenis ini dilakukan sekiranya jumlah atau nilai yang gagal

dijelaskan melebihi daripada nilai deposit telefon pelanggan.

87

Page 88: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

iii. Setelah pemotongan ini dibuat maka pelanggan tidak dapat lagi membuat

panggilan keluar dan hanya boleh menerima panggilan masuk sahaja.

(c) Pemotongan atau penahanan masuk dan keluar :

i. Dilakukan kepada pelanggan yang masih gagal membayar bil telefon

mereka walaupun pemotongan kedua telah dibuat.

ii. Sekiranya pemotongan ini di lakukan, maka pelanggan tidak boleh lagi

membuat panggilan keluar dan menerima panggilan masuk.

6.6.2 PEMOTONGAN TERUS

Pemotongan terus ini dibuat setelah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan

telefon tidak lagi memerlukan perkhidmatan ini dan juga kepada pelanggan yang masih

belum menjelaskan bil mereka kepada pihak Telekom.

6.7 PENYAMBUNGAN SEMULA PERKHIDMATAN

Penyambungan perkhidmatan bermaksud menyambung semula perkhidmatan

telefon kepada pelanggan yang telah melangsaikan bayaran kepada pihak Telekom iaitu

pelanggan yang lelah dibuat pemotongan secara sementara.

88

Page 89: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

6.8 PENUKARAN NOMBOR TELEFON

Penukaran ini bermaksud menukar nombor telefon yang sedia ada atau talian

peralatan kepada yang baru. Penukaran ini dilakukan di atas permintaan pelanggan sendiri

ataupun talian peralatan yang sedia ada mengalami kerosakan.

6.9 SOMA

i. Pemerhatian {attending) :-

a) Sistem ini memaparkan semua panggilan yang dilakukan oleh para

pelanggan.

b) lsyarat daripada panggilan 'calling’ juga dikenali sebagai isyarat ‘seize’

kerana ianya mengawal sumber dari ibusawat.

ii. Penerimaan maklumat {information receiving) :-

a) Berperanan sebagai menerima panggilan dan pemadam isyarat.

b) Sistem ini sedia untuk menerima maklumat daripada pelanggan yang ingin

membuat panggilan.

c) Semua proses ini dinamakan sebagai ‘address signalling’.

iii. Memproses maklumat (information prosessing) :-

a) Memproses setiap maklumat yang diterima bagi mengawal dan

menentukan maklumat tersebut.

b) Oleh kerana panggilan yang masuk dan panggilan yang keluar mempunyai

proses yang berlainan untuk setiap pelanggan, maka ianya memerlukan

maklumat bagi menentukan alamat dan kelas telefon tersebut.

iv. Ujian kesibukan (busy testing) :-

89

Page 90: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

a) Bagi memproses maklumat yang diterima, ianya akan menentukan arah

yang diminta oleh litar keluar dan sistem akan membuat ujian kesibukan

untuk mengetahui sama ada talian yang di perlukan tersebut kosong atau

sedang digunakan.

v. Sambungan dalam (interconnection) :-

a) Tiga proses penyambungan dilakukan bagi perbualan yang hendak

dilakukan antara dua pelanggan iaitu penyambungan kepada panggilan

terminal, penyambungan kepada pemanggil teminal dan penyambungan

diantara kedua-duanya.

vi. Berjaga-jaga (alerting) :-

a) Selepas penyambungan dilakukan maka sistem ini akan membuat

penghantaran isyarat berjaga-jaga kepada pelanggan bahawa penyambungan

telah dapat dilakukan.

vii. 'supervision’ :-

a) Selepas panggilan dijawab maka sistem tersebut akan memonitorkan

panggilan tersebut untuk menamatkan penyambungan yang dibuat selepas

panggilan tersebut tamat.

viii. Penghantar maklumat (information sending) :-

a) Sekiranya panggilan yang dibuat menggunakan ibusawat yang berlainan,

maka ibusawat yang pertama akan meminta ibusawat kedua supaya

menghantar maklumat yang diperlukan oleh ibusawat yang baru.

90

Page 91: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

6.10 ISDN

Perkhidmatan ISDN (Integrated Service Network) atau dikenali sebagai

perkhidmatan rangkaian digital bersepadu. la merupakan suatu sistem dan juga berbentuk

aplikasi dengan kelajuan yang tinggi iaitu 64 kbits. Dengan adanya sistem ISDN ini, ianya

membolehkan audio, dimana ia menggunakan jarak yang sesuai. Disamping itu juga ianya

dapat disambungkan kepada telefon, komputer, mesin faksimili dan video 'conference’.

Bagi perkhidmatan ‘primary Rate Interface’ (PR1) pula ia berkeupayaan untuk

menampung kegunaan PABX.

6.10.1 KONSEP ISDN

Dengan adanya ISDN ianya dapat membantu di dalam pelbagai pekerjaan sama

ada di dalam sistem penyuisan ataupun sebaliknya. Selain daripada itu, ia juga

berkeupayaan mengaplikasikan dalam kelajuan 64 kbits. ISDN juga mengandungi

peralatan yang berteknologi tinggi dan berketerampilan bagi tujuan memperbaiki sifat-sifat

yang khas iaitu dalam penyelenggaraan dan juga sebagai penyuisan perhubungan.

91

Page 92: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

BAB 7

OPERASI RANGKAIAN JAUH (TOMA)

Operasi Rangkaian Jauh atau lebih lagi dikenali dengan panggilan TOMA

{Transmittion Operation and Maintenance Area). Bahagian ini merupakan satu bahagian

yang diberi tanggungjawab untuk memasang, membuat operasi dan menyelenggarakan

peralatan agar semua penghantaran dan penerimaan gelombang sentiasa beroperasi dalam

keadaan yang baik dan mengekalkan sistem pemprosesannya pada tahap yang paling

maksima sama ada untuk jarak yang jauh atau dekat.

Di antara kawasan penghantaran dan penerimaan yang di buat di bahagian ini ialah

Malim Nawar , kampar, gopeng, bota, dan lain-lain. Pada kebiasaannya, pekerja-pekerja

di dalam bahagian ini melakukan aktiviti seperti menjaga peralatan, membuat jumper,

melihat kawasan stesen pemancar, memasang kabel optik, mengendalikan antena yang

rosak dan pelbagai lagi.

92

Page 93: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Terdapat beberapa bahagian utama yang di kawal oleh operasi rangkaian jauh ini,

antaranya ialah :-

a) Multipleks/SOH

b) PCM (Pulse Code Modulation)

c) Gelombang mikro (Microwave)

d) Bahagian Radio SRS

e) Stesen Pemancar

7.1 PCM (PULSE CODE MODULATION)

Rajah 7.1: Pulse code modulation

PCM beroperasi sebagai satu proses pemodulatan dimana isyarat maklumat

yang diterima dalam bentuk analog akan melalui proses sampelan. Isyarat yang telah

disampel tersebut akan ditukarkan kepada kod penduaan atau lebih dikenali lagi

93

Page 94: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

dengan kod binary yang mewakili maklumat asal sebelum ianya dihantar melalui talian

atau dipancarkan.

Frekuensi gelombang suara manusia adalah antara 300 hingga 3400 Herz dan

kadangkala mencecah sehingga 4000 Herz, dan gelombang suara ini didapati dalam

bentuk analog. Dalam operasi PCM, frekuensi suara tersebut akan ditukarkan kepada

bentuk digital, dimana ia akan menjalani beberapa proses, antaranya ialah :-

i. Penyampelan (sampler)

ii. Pengkuantuman (quantiser)

iii. Pengkod (coder)

Ketiga-tiga proses yang berlaku di atas berlaku dalam masa yang singkat dan pantas

serta sukar bagi seseorang individu menganalisa atau melihat proses-proses yang

terjadi dalam hal ini.

7.1.1 KEISTIMEWAAN ISYARAT DIGITAL (PCM) BERBANDING

DENGAN ISYARAT PEMODULATAN ANALOG

a) Di dalam perhubungan jarak jauh, isyarat PCM dijanakan semula dengan

sepenuhnya pada setiap stesen pengulang. Kesan hingar tidak akan menjadi

komulatif. Dalam mereka bentuk sistem pengulang, perkara yang diambil kira

ialah hingar saluran diantara dua stesen pengulang. Di dalam sistem

pemodulatan analog, pengulang berfungsi sebagai penguat untuk menaikkan

amplitud isyarat dan voltan hingar.

94

Page 95: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

b) Nisbah isyarat hingar bagi sistem PCM adalah lebih baik berbanding dengan

sistem analog.

c) Dapat mengendalikan pelbagai isyarat dan sistem PCM ini juga digunakan untuk

memancarkan isyarat analog yang boleh diubahsuai kepada penghantaran

maklumat yang berbentuk digital.

d) Proses pemodulatan dan penyahmodulatan dapat dilaksanakan dengan

menggunakan litar-litar sistem digital. Ia juga dapat mcmberikan kestabilan dan

kebolehan yang tinggi serta penggunaan litar terkamil dapat menjimatkan kos.

e) Isyarat PCM juga boleh disimpan untuk masa akan datang, ia juga mudah

dilaksanakan dengan menggunakan memori berdigit.

f) PCM memberi kemudahan kepada teknik pemultipleksan didalam perhubungan.

Teknik pemultipleks ini adalah sistem dimana banyak saluran yang boleh

dimuatkan didalam satu talian penghantaran.

g) Isyarat ini boleh dihantar menggunakan gelombang mikro, VF line, Kabel

Coaxial, gentian optik dan wave guide.

h) Penggunaan kabel optik menjadikan ia lebih ekonomik kerana boleh membawa

muatan yang tinggi.

i) Mudah untuk diselenggarakan kerana alatannya terdiri daripada litar bersepadu

atau integrated circuit dan kurang menimbulkan sebarang masalah.

j) Lebih menarik jika dibandingkan dengan sistem FDM pada masa lalu.

95

Page 96: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

7.1.2 KEKURANGAN DALAM SISTEM PCM

Walaupun sistem ini dikatakan sistem terbaik yang digunakan oleh pihak Telekom,

namun terdapat beberapa kekurangan pada sistem ini, antaranya ialah :-

i. Tidak fleksibel serta mahal bagi rangkaian televisyen.

ii. Rangkaian pengurusan dan kebolehan penyelenggaraan bantuan amal terhad.

iii. Kadar talian sistem yang lebih tinggi adalah satu kemestian.

7.2 PENYAMPELAN (SAMPLER)

Penyampelan adalah satu proses bagi mengubah isyarat suara manusia iaitu 300Hz

hingga 3400Hz kepada PAM (Pulse Amplitude Modulation). Setiap penyampelan isyarat

maklumat mengambil masa 3.9us dan masa yang di ambil bagi satu sample pula ialah

125us. Frekuensi penyampelan telah di tetapkan iaitu 8 kHz, sekiranya didapati frekuensi

penyampelan ini kurang daripada nilai tersebut, maka isyarat daripada channel-channel

yang lain akan bertindih dengan isyarat lain. Sekiranya kejadian ini berlaku maka mutu

penghantaran isyarat digital akan berkurangan dan isyarat yang dihasilkan juga tidak

berkualiti. Seandainya frekuensi penyampelan ini melebihi 8Hz maka jarak antara satu

channel dengan channel yang lain akan menjadi terlalu jauh serta memakan masa yang

panjang.

96

Page 97: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

7.3 PENGKUANTUMAN (QUANTISER)

Selepas melalui proses penyampelan, isyarat yang telah tersampel tersebut akan

melalui satu proses iaitu proses pengkuantuman. Proses ini adalah bertujuan untuk

menentukan nilai amplitud analog kepada isyarat maklumat. Aras-aras isyarat yang telah

melalui proses penyampelan tersebut akan dibulatkan kepada aras pengkuantuman yang

terhampir. Selepas itu, denyut-denyut atau isyarat tadi akan dikodkan kepada kumpulan

berdasarkan kepada kod-kod binary atau perduaan.

7.4 PENGKODAN (CODER)

Selepas proses pengkuantuman tadi, isyarat yang lelah dikuantumkan akan

melalui proses yang dinamakan pengkodan. Isyarat tadi dikodkan kepada 8 bit iaitu 7 bit

adalah isyarat pembawa maklumat dan 1 bit darinya adalah digunakan bagi menentukan

polariti iaitu 1 adalah polariti positif dan 0 adalah polariti negatif.

7.5 MULTIPLEKS / SDH

SDH atau ‘Synchronous Digital Hierarchy’ adalah satu piawaian antarabangsa

bagi rangkaian telekomunikasi optik untuk sesuatu kapasiti tinggi. Ia adalah bertujuan

untuk menyediakan infrastruktur yang lebih mudah, ekonomik, dan fleksibel untuk

rangkaian telekomunikasi. Sistem ini menggunakan laluan FOC dan DRS.

97

Page 98: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

7.6 FIBER OPTIK / GENTIIAN OPTIK

Rajah 7.6(a) : Fiber optik

Kabel gentian optik adalah sejenis kabel yang diperbuat daripada kaca yang

diselaputi oleh getah. Media penghantarannya adalah dalam bentuk cahaya atau laser

yang bergerak dengan kelajuan cahaya dengan mempunyai sudut pantulan yang

tertentu sebelum menghasilkan penghantaran. Di sini gentian optik dapat

menyediakan banyak laluan bagi pelbagai jenis kemudahan.

Apabila dilihatkan dari segi saiz dan rekabentuk gentian ini ia didapati bersaiz

kecil namun ia mampu membawa maklumat lebih banyak dan pantas berbanding dengan

kabel kuprum yang biasa digunakan. Namun begitu, kabel gentian optik ini amat

merbahaya jika dibandingkan dengan kabel yang lain kerana sekiranya cahaya

penghantaran daripada kabel tersebut dibuat dan terkena pada mata ia akan

mengakibatkan kerosakan pada mata atau mungkin seseorang boleh menjadi buta.

Gentian yang dihasilkan daripada kaca juga boleh menyebabkan jari seseorang yang

terluka apabila menyentuhnya.

98

Page 99: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Ketahanan kabel gentian optik adalah melebihi daripada kabel yang biasa

digunakan kerana struktur semulajadi yang tidak membawa kesan kepada sebarang

tarikan elektromagnatik dan juga elektrik. Dari segi kehilangan pula, pada kebiasaannya

ianya berlaku sekitar I8dB/m pada kabel biasa.

Antara keburukan kabel gentian optik ialah ianya mudah patah apabila

dibengkokkan semasa proses pemasangan, ia juga tidak terlepas dari serangan tikus,

tupai dan anai-anai, kejadian sedemikian lazimnya terjadi di kawasan luar bandar

atau pedalaman dimana melibatkan kabel 'over head' dan kabel 'underground'. Kos

untuk membaiki kabel jenis ini adalah terlalu tinggi kerana ianya menggunakan

peralatan yang mahal dan kerja yang hendak dilakukan juga perlu dibuat dengan teliti

dan berhati-hati.

Rajah 7.6(b)

Pelbagai jenis slicer machine (digunakan umtuk penyambungan “Fiber Optic”)

Terdapat beberapa jenis gentian optik yang digunakan di dalam sistem perhubungan

di Telekom Malaysia, antaranya ialah:

a) Single Mode Step Index

99

Page 100: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

b) Multimode Step Index

c) Multimode Graded Index

7.6.1 SINGLE MODE STEP INDEX

Rajah 7.6.1: contoh data bergerak dalam “Single Mode Step Index”

Kabel jenis ini adalah kabel yang paling banyak digunakan, kerana diselaputi

oleh satu persatu sarung kabel yang tebal iaitu bahan pelindung bagi menutupi

gentian optik daripada sebarang kerosakan.

100

Page 101: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

7.6.2 MULTIMODE STEP INDEX

Rajah 7.6.2 Multimode Step Index

Kabel jenis ini mempunyai banyak wayar di dalam sarung penebatnya. Oleh yang

demikian, ia boleh menyebabkan berlakunya pantulan yang tidak seragam dan akan

mengakibatkan berlakunya kehilangan yang akan menjejaskan isyarat yang dihantar

menerusi talian. Kapasiti yang dibawa oleh salurannya lebih kurang 150 kapasiti sahaja

dan ia amat sesuai bagi kegunaan untuk jarak dekat sahaja sebagai contoh di dalam

ibusawat.

7.6.3 MULTIMODE GRADED INDEX

Kabel jenis ini berlaku pembiasan yang besar di pusat fiber semasa proses

penghantaran dijalankan tetapi akan mengecil pada bahagian permukaan. Walau

bagaimanapun pantulan yang berlaku tersebut berlaku dalam keadaan yang seragam

dalam bahagian fiber ini. Ianya lebih sesuai digunakan dalam jarak yang sederhana

seperti perantaraan ibusawat tempatan dengan ibusawat kawasan yang berdekatan.

101

Page 102: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 7.6.3: Jenis Gentian optik

7.7 BINAAN KABEL FIBER OPTIK

Fiber optik mengandungi teras dengan index biasan yang tinggi, manakala

lapisan yang mengelilinginya pula mempunyai index biasan yang rendah. Kaca fiber

dilindungi oleh dua lapisan iaitu lapisan pertama daripada plastik atau resin atau kain

kasa lembut (soft ultra violet cured acrylate) dan lapisan kedua pula ialah nylon atau

kain kasa yang keras atau kasar {hard ultra violet cured acrylate). Rajah dibawah

menunjukkan binaan kabel fiber optik.

102

Page 103: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

7.8 PERBEZAAN ANTARA KABEL FIBER OPTIK DENGAN KABEL

LOGAM

Jadual 7.8 menuniukkan Perbezaan antara Kabel Fiber Qptik dengan Kabel Logam

CIRI-CIRI KABEL FIBER OPT1K KABEL LOGAM

Kehilangan per km Lebih rendah (0.3 hingga 0.6

dB/km)

Lebih besar (18 dB/km)

Garis pusat Lebih kecil (0.125mm) Lebih besar

(9.5mm kabel sepaksi)

Gangguan gelombang

elektromagnetik

Tiada Ketara

Lebarjalur Lebih besar (sehingga 1 GHz) Lebih kecil (beberapa ratus

MHz)

Kos Makin menurun dalam jangka

panjang

Kos yang tinggi

Kualilti maklumat Baik Terdapat gangguan

Kemudahan bahan Senang di perolehi Semakin berkurangan

Berat Lebih ringan

(1 kg untuk 40 km)

Lebih berat (1 kg untuk

0.7km)

7.9 GELOMBANG MIKRO / MICROWAVE

Gelombang mikro atau lebih dikenali lagi dengan ‘microwave’ adalah satu

perantaraan di antara satu tempat dengan tempat yang lain dalam sistem

telekomunikasi atau perhubungan dua arah, dalam erti kata lain ia berperanan dalam

proses penghantaran dan penerimaan bagi setiap proses yang terlibat sama ada

ibusawat atau stesen pemancar di seluruh negara. Antara sistem yang terdapat di

dalam microwave ialah :-

103

Page 104: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

i. Power Supply (unit bekalan kuasa)

ii. Transmitter (penghantar)

iii. Receiver (penerima)

iv. Modulator (pemodulatan)

v. Demodulator (penyahmodulatan)

vi. Switching

Dalam sistem penghantaran (Tx) tahap frekuensi yang digunakan ialah daripada

frekuensi yang rendah kepada frekuensi yang tinggi, manakala bagi sistem

penerimaan di microwave pula adalah daripada frekuensi yang tinggi ke frekuensi yang

rendah. Tugas modulator pula adalah untuk meninggikan frekuensi dan menstabilkannya,

manakala bagi demodulator pula adalah untuk merendahkan kembali frekuensi.

7.10 TRANSMITTER (ALAT PEMANCAR / PENGHANTAR)

Transmitter atau alat pemancar adalah satu rangkaian yang terdapat di dalam

rangkaian gelombang mikro, ianya mempunyai ribuan saluran telefon di bahagian

inputnya, untuk membolehkan pesanan dihantar secara serentak, saluran-saluran ini

mestilah digabungkan terlebih dahulu, hal ini berlaku disebabkan oleh lebar jalur bagi

satu rangkaian gelombang mikro adalah lebih besar berbanding dengan satu saluran

telefon.

Saluran-saluran ini biasanya digabungkan dalam domain frekuensi

menggunakan proses SDH (Synchronise Digital Hirarcy). Ini dilakukan di bahagian

multipleks di transmitter. Isyarat keluaran daripada bahagian multipleks disesuaikan

dengan kuasa yang diperlukan dan di tekankan dalam bahagian BB (baseband)

transmitter

104

Page 105: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Proses penekanan ini adalah prose pembentukan amplitud atau frekuensi untuk

membolehkan nisbah optimum isyarat kepada hingar di kekalkan semasa proses

penghantaran. Selepas melalui bahagian BB, kemudiannya BB tersebut akan masuk

kepada bahagian pemodulatan, dimana ia dimodulatkan ke pembawa IF

(Intermediate Frequency) dengan frekuensi biasa iaitu 70 MHz.

Dalam rangkaian tertentu, pembawa RF (Radio Frequency) atau sebahagian

daripada pembawa RF dimodulatkan terus daripada pembawa BB, tetapi penggunaan IF

adalah lebih umum. IF digunakan kerana penguatan dan pembentukan lebih mudah di

perolehi serta perlindungan dan pengawalan lebih mudah dilakukan pada frekuensi

rendah.

Bahagian If menguatkan frekuensi yang telah termodulat ke atas IF tertentu dan

jika perlu ia juga boleh mengubah nilai fasa dan nilai amplitud untuk keadaan isyarat

yang optimum. Penghadang amplitud dilakukan pada peringkat akhir bahagian IF

untuk membuang pemodulatan amplitud yang tidak diperlukan.

7.11 BAHAGIAN RADIO SRS (STATION RADIO SYSTEM)

Radio dan gelombang mikro adalah bahagian yang mempunyai tujuan atau

fungsi yang sama, tetapi gelombang radio merambat arah pancaran ke semua arah

manakala gelombang mikro bergerak dan memfokuskan pada arah yang dituju sahaja.

Radio adalah istilah am yang kadangkala digunakan bagi semua frekuensi

daripada 30 kHz hingga kepada 300 GHz. Kegunaan radio ialah bagi perhubungan

105

Page 106: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

data yang menggunakan antena di paras bumi untuk menghubungkan titik-titik dalam

rangkaian penghantaran data dan kegunaannya juga adalah untuk radio bersel.

Satu kelebihan radio berbanding dengan gelombang mikro ialah tiada

gangguan daripada hujan, tetapi ia juga mempunyai keburukan iaitu kadar data yang

rendah, iaitu dalam julat kilo bits, berbanding dengan julat yang dicapai oleh

gelombang mikro dalam Giga bits.

Di dalam SRS, antara tugas yang dijalankan ialah clearing fault, maintenance,

annual tests, installation (bergantung kepada bahagian CNO) dan mengemaskini rekod

setiap hari. Antara aktiviti yang dijalankan di bahagian radio SRS ini ialah :-

7.11.1 WIRELESS IN LOCAL LOOP

Rajah 7.11.1 Telifon Wireless(CDMA)

Sistem ini direka khas untuk memudahkan pelanggan yang mempunyai

masalah talian telefon di rumah, hal ini kebiasaannya berlaku dikawasan luar Bandar

atau pendalaman. Oleh itu, pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan

perhubungan rangkaian telefon ini akan disediakan sistem WILL. Sistem ini berfungsi

106

Page 107: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

seperti telefon yang menggunakan elektrik iaitu bateri yang perlu di cas. Sistem ini

lebh baik jika dibandingkan dengan RILL kerana satu kad pada telecenter WILL akan

menghasilkan dua channel berbanding dengan RILL yang hanya dapat menghasilkan

satu channel sahaja.

7.12 MULTI ACCESS RADIO SISTEM

Perkhidmatan MARS digunakan untuk kawasan seperti pulau, pedalaman dan

seberang sungai. Tujuan utama MARS digunakan adalah kerana ibusawat yang terdapat di

tempat atau kawasan tersebut kecil dan jauh daripada ibusawat utama. MARS

memberikan perkhidmatannya kepada 128 pelanggan bagi setiap satu centre (stesen pusat)

dan hanya 10 panggilan sahaja yang dapat dibuat dalam satu masa. Apabila kesemuanya

telah digunakan maka nada sibuk akan diterima oleh pelanggan lain yang mana ianya

bertindak sebagai pengulang untuk menghantar balik kepada tempat yang hendak di

hubungi.

107

Page 108: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

BAB 8

UNIT DATA

8.1 Pengenalan

Sistem rangkaian (Networking) boleh ditakrifkan sebagai lebih daripada satu

hardware yang terdapat di dalam teknologi maklumat dipisahkan secara fizikal

kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya.ini

bererti,system rangkaian computer (computer networking) merupakan satu system

computer yang mengandungi dua atau lebih computer yang dihubungkan diantara

satu sama lain melalui system pengoperasian yang selaras walaupun komputer-

komputer tersebut.

108

Page 109: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

8.2 Rangkaian Setempat (LAN)

Rangkaian setempat atau dikenali sebagai LAN (Local Area Network)

merupakan system rangkaian yang kecil kira-kira sehingga 10km dan ianya seperti

berasa di sesebuah banggunan atau sekolah.

Rajah 8.2: Local Area Network(LAN)

8.2.1 Pelayan dan Pelanggan (Client Server)

Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah computer pelayan (server) untuk melayan

computer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client).komputer pelayan akan

menjalankan pengurusan pusat untuk melayan pengguna-pengguna dari segi

perkongsian perisian aplikasi ,data ,pencetak, dan lain-lain.Pelayan biasanya

berkuasa tinggi.jenis-jenis pelayan:

i. Pelayan fail(fail server)-menyimpan perisian dan data

ii. Pelayan data(database server)-menyimpan data sahaja.

iii. Pelayan cetak (print server)-mengawal atau satu lebih pencetak.

iv. Pelayan fax(fax server)-Menguruskan penghantaran fax

v. Pelayan mail(mail server)-menguruskan email.

109

Page 110: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang

dikirim.pelayan tidak perlu tahu jenis fail,sebaliknya ia menjawab permintaan dari

computer pengguna atas fail yang disimpannya.contohnya perisian Sistem operasi

Rangkaian Network Operation System (NOS) ialah seperti Window dan linux.

8.2.2 Pelayan – pelayan sebaya(peer to peer)

Sistem ini tidak melibatkan computer pelayan.ia membenarkan perkongsian

alat dan fail.setiap computer dapat mengirim,menerima,dan menaik taraf

keselamatan dengan menggunakan rangkaian seperti ini adalah sangat lemah kerana

tidak mempunyai sebuah ‘host’ yang mengawal keselamatan fail dan data yang

dipindahkan ataupun disimpan.contoh NOS ialah Appleshare dan Window 95 dan

Window 98.

8.2.3 Komponen-komponen Sistem Rangkaian. (Networking)

Terdapat komponen yang diperlukan untuk membina system

Rangkaian.Diantaranya adalah seperti:

i. Komputer pelayan (server)

ii. System kerja(workstation)

iii. Kad Antara Muka Rangkaian(network interface card (NIC))

iv. Kabel

110

Page 111: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

8.3 Rangkaian Metropolitan

Rangkaian metropolitan (MAN) merupakan sebuah rangkaian yang amat

besar.ianya boleh menjangkaui sejauh 3-30km.ianya mungkin meliputi kawasan

seluas sebuah Bandar.rangkaian ini juga mempunyai kad jarak dan liputannya.ianya

tidak akan meliputi kawasan diluar Bandar dan di luar kawasan metropolitannya.

Rajah 8.3.1: rangkaian Metropolitan(MAN)

8.4 Rangkaian kawasan luas (WAN)

Rangkaian jenis ini merupakan rangkaian yang teramat besar dan melebihi dari

rangkaian jenis LAN atau MAN.Rangkaian WAN merupakan rangkaian yang

meliputi sesebuah Negara,negeri, dan seluruh dunia.Rangkaian jenis ini memerlukan

sebuah server yang boleh menyokong setiap proses rangkaian yang dilakukan.Selain

itu juga, ianya memerlukan penggunaan gelombang mikro atau satelit.

111

Page 112: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 8.4.1 : WAN

8.5 Rangkaian tanpa wayar(Wireless)

Rangkaian tanpa wayar merupakan rangkaian evolusi terbaru didalam dunia

pengkomputeran.Rangkaian tanpa wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi

gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di antara satu sama

lain.Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan computer

buku(notebook),computer tangan dan PDA yang bergerak didalam sesebuah

bangunan.Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu secara

tetap,peer to peer dan bergerak.

8.6 Router

Router merupakan sebuah perkakasan yang berfungsi untuk menyambungkan

satu network yang lain sama ada dari LAN ke LAN atau dari LAN ke WAN.Router

juga merupakan penghubung kepada network lain dari protokolnya.contoh, sekiranya

sesebuah computer menggunakan IP (internet protocol) 192.168.1.126 dan sesebuah

computer menggunakan computer IP 192.168.2.1 maka untuk menyatukan network

tersebut router diperlukan.kegunaan router seperti berikut:

112

Page 113: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

i. Menguruskan penghantaran isyarat dengan berkesan.

ii. Menghantar maklumat di antara dua protocol atau rangkaian.

iii. Menhantar maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.

iv. Menghantar maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.

Rajah 8.6.1

Router

8.7 Hub

Hub merupakan pusat kawalan kepada topologi bintang(star).ia merupakan alat

kawalan aliran segala data dan maklumat dalam rangkaian.Hub digunakan untuk

sebuah bentuk jaringan yang sederhana (misalnya hanya menyambungkan beberapa

computer di satu group IP local).sekiranya data yang melalui hub,computer yang lain

bersambung dengan hub tersebut dapat membaca dan menerima data tersebut.Hub

juga mempunyai fungsi yang lain seperti:

113

Page 114: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

i. Workstation,menambah jarak untuk network

ii. Memberi sokongan terhadap interface yang berbeza.

Rajah 8.7.1

Hub

Rajah 8.7.2

D-link hub

114

Page 115: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

BAB 9

SISTEM INFORM,SAMS,SIEBEL COMMUNICATION & WEBSTAR

9.1 PENGENALAN SISTEM INFORM

Sistem INFORM adalah satu sistem yang diwujudkan untuk menyemak order

baru pelanggan atau appointment dengan pelanggan.INFORM adalah singkatan

daripada Intergrated Fulfillment Order Management System.

9.2 CARA MENGENDALIKAN

Masukkan ID Telekom untuk ke peringkat seterusnya. Masukkan kod laluan

atau ‘password’ dan pilih bahagian yang hendak digunakan.Untuk sebarang bantuan,

rujuk maklumat yang tertera di bawah.

115

Page 116: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

9.3 PENGGUNAAN

Untuk masuk ke sistem ini, perlulah klik pada ikon SISTEM INFORM yang

terdapat pada desktop.

Untuk memasuki sistem ini, perlulah taip ID Telekom & Password.Selepas

itu, tekan ‘ENTER’ untuk seterusnya.

Rajah 9.3.1: Cara masukkan ID Telekom

Masukan no ic staff berserta password dan tekan “enter”

116

Page 117: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 9.3.2: Menu Utama INFORM

Pilih jumper list untuk pemasangan di Mdf dan daily appointment untuk

appointment dengan pelanggan.

Rajah 9.3.3: contoh senarai pemotongan & pemasangan

117

Page 118: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

9.4 Pengenalan Sistem Sams

Sams atau maksud perkataan sams itu adalah Service Appointment Management

System.Ia digunakan untuk menyemak detail pelanggan streamyx ataupun

pemasangan baru.malah ia juga berfungsi sebagai system yang mengatur

appointment kontraktor dengan pelanggan yang ingin membuat pemasangan

streamyx atau del(telifon).

9.5 Cara Mengenalikan Sistem Ini

Mula-mula pergi mana-mana browser dan click pada favorite dan pilih service

appointment system dan akan terkeluar menu log in masuk kedalam system ini

seperti pada rajah 9.5.1

Rajah 9.5.1: log in masuk ke dalam system sams

118

Page 119: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Kemudian .selepas log in akan muncul menu sams dan pilih lokasi ibusawat yang

mengawal bagi ibusawat tersebut.

Rajah 9.5.2:menu plihan sams

9.6 Sistem Siebel Communication(trouble tiket)

Siebel communication ialah system yang mengawal atau system yang

menguruskan soal aduan oleh pelanggan kepada pihak telekom.cara untuk log in

kedalam system ini ialah seperti rajah berikut.

119

Page 120: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 9.6.1: log in masuk ke dalam system

Rajah 9.6.2: menu dan pilih kawasan yang di kehendaki contohnya dalam system ini

saya memilih mw(malim nawar)

120

Page 121: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 9.6.3: cara hendak print aduan.

Rajah 9.6.4: dan print aduan tersebut

121

Page 122: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

9.7 Sistem Webstar

System webstar adalah seperti system Siebel,inform dan sams digunakan untuk

menyemak aduan pelanggan.

Cara untuk membuka system webstar

1. Pertama,perlulah buka browser chrome/explorer atau sebagainya dan click

pada link webstar dan akan terhasil paparan seperti dibawah.

Rajah 9.7.1

Paparan untuk log in masuk kedalam system

2. Selepas masukkan user name dan password,paparan akan menjadi seperti

dibawah.

122

Page 123: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Rajah 9.7.2

Paparan menu webstar

3. Masukkan LMG ID dan tekan ok selepas itu akan terhasil paparan dibawah

Rajah 9.7.3

Contoh tugasan yang perlu dilakukan

123

Page 124: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

9.8 KOMEN DAN CADANGAN

Setiap sistem yang beroperasi, pasti ada kelemahan masing-masing. Begitu

juga dengan sistem CASS. Walaupun ia ditugaskan untuk memberi kemudahan

untuk mencari maklumat pelanggan, adakalanya ia tidak dapat berfungsi dengan

baik. Contohnya;

i. Sistem ini sering ‘break down’ secara tiba-tiba. Pernah juga ia tidak dapat

digunakan setengah hari. Ini akan melambatkan setiap tugasan yang

menggunakan sistem ini kerana ia perlu diselesaikan dengan cepat tanpa

sebarang masalah dan gangguan.

ii. Adalah disyorkan supaya pihak bertanggungjawab dapat memantau dan

memastikan sistem ini sentiasa dalam keadaan baik dan tidak bermasalah

bagi melicinkan lagi kerja-kerja yang berkaitan.

iii. Nama syarikat dan alamat pelanggan yang tidak kemaskini. Pelanggan tidak

memberitahu pihak Telekom tentang pertukaran nama syarikat dan alamat

terkini. Ini menyukarkan pihak Telekom mengesan pelanggan tersebut.

iv. Untuk menjadikan setiap keja berjalan dengan lancar tanpa sebarang

gangguan, adalah dicadangkan supaya pihak Telekom sentiasa mengemaskini

dan mengambil tahu tentang maklumat pelanggan dari semasa ke semasa.

Oleh itu, hubungan antara pelanggan dan kakitangan Telekom adalah sangat

penting.

124

Page 125: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

9.9 KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan daripada sistem CASS ini ialah penggunaan

sistem ini sangat penting kepada Telekom Malaysia kerana tiada alternatif lain untuk

mengesan maklumat pelanggan selain sistem ini.

125

Page 126: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

BAB 10

KESIMPULAN, SARANAN DAN CADANGAN

KESIMPULAN

Setelah tamat menjalani Latihan Industri yang bermula pada 19 hb disember

2011 dan telah selamat berakhir pada 18 hb may 2012 di Pejabat Telekom Batu

Gajah. Kini dapatlah saya membuat beberapa kesimpulan.

Selama 6 bulan saya menjalani Latihan Industri di pejabat tersebut, saya telah

diajar dan diberi pendedahan dengan lebih mendalam mengenai bidang Elektronik

dan berkaitan dengan Elektrik iaitu kursus yang diambil di PSAS. Banyak perkara-

perkara yang sebelum ini tidak diketahui telah dipelajari sepanjang saya melalui

tempoh Latihan Industri ini. Sesungguhnya ini dapat mematangkan para pelajar bagi

menempuhi alam pekerjaan yang sebenar setelah tamat pengajian di politeknik.

Walaupun terdapat beberapa tugas yang tidak berkait rapat dengan bidang yang

diambil, ini juga dapat menambahkan lagi pengetahuan para pelajar. Saya bersyukur

kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada pihak syarikat terutamanya penyelia serta

rakan-rakan sekerja.

126

Page 127: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah Latihan Industri yang diwajibkan

kepada pelajar politeknik ini dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman kepada

saya. Selain daripada itu, ia juga memberi semangat serta kenyakinan kepada saya

untuk terus menceburkan diri dalam bidang ini kerana ia berkait rapat dengan kursus

yang saya ambil di PSAS iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik(Perhubungan).

Mulai dari saat ini saya bertekad dan terus berazam untuk terus menimba

pengetahuan sebanyak yang mungkin dalam bidang yang saya ceburi.

SARANAN DAN CADANGAN

Semasa menjalani Latihan Industri, para pelajar mungkin menghadapi

masalah-masalah tertentu contohnya seperti penyesuaian diri di tempat kerja.

Disebabkan perkara tersebut, beberapa faktor perlu diambil kira bagi mengelakkan

masalah-masalah ini dari terus berlaku. Bagi menambahkan lagi keupayaan dan

membantu para pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah yang menjalani Latihan

Industri, terdapat beberapa saranan dan cadangan yang boleh diambil dan

diantaranya ialah :

1. Bagi pihak para pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah yang akan menjalani

Latihan Industri, mereka perlu menitik beratkan tentang masalah-masalah

yang bakal dan dihadapi oleh mereka sendiri semasa menjalani Latihan

Industri. Pihak politeknik juga haruslah mengambil berat mengenai masalah

yang dikemukan oleh para pelajar serta mengambil tindakan yang

sewajarnya.

2. Para pelajar yang akan menjalani Latihan Industri perlu mengambil beberapa

langkah berjaga-jaga dan harus tahu apakah tindakan yang perlu diambil

seandainya berlaku sebarang masalah atau kesulitan.

127

Page 128: Laporan Latihan Industri Telekom Malysia

3. Bagi majikan, pegawai atau penyelia firma atau syarikat perlu memberikan

perhatian yang penuh terhadap para pelajar serta memberi tunjuk ajar yang

secukupnya seperti yang diharapkan. Selain itu,mereka juga perlu memberi

kerjasama yang sepenuhnya kepada para pelajar yang menjalani Latihan

Industri.

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa Latihan Industri yang

dijalankan oleh para pelajar bukanlah semudah yang disangkakan. Dengan itu,

para pelajar mestilah mengambil inisiatif dan memandang lebih serius dalam

perkara tersebut.

SENARAI RUJUKAN

1. Buku Laporan Latihan Industri Diploma Kejuruteraan Elektronik, Sesi

Januari 2004, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Syaifullizan

Anuar bin Azham.

2. Buku Laporan Latihan Industri Sijil Ukur Bahan, Sesi Julai 2006, Politeknik

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Badrul Hisyam Bin Ishak.

3. Buku Garis Panduan Latihan Industri Politeknik(Cetakan april 2009)

4. Buku Laporan Harian Latihan Industri

5. Profil Pejabat Telekom Berhad..

6. Wikipedia(http://www.wikipedia.org/)

7. Telekom Malaysia Berhad Portal(http://www.tm.com.my/)

8. Staff-Staff Telekom Malaysia(Kawasan Batu Gajah)

128