laporan ketua audit - intosaiitaudit.org. aktiviti melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran...

112
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2016 SIRI 2

Upload: phamlien

Post on 14-Mar-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANo. 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya.| Tel : +603 8889 9000 | Faks : +603 8888 9721

JABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA

LAPORANKETUAAUDITNEGARA PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN

NEGERI MELAKA TAHUN 2016

SIRI 2

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA | PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2016

SIRI 2

Page 2: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 3: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LAPORAN

KETUA AUDIT NEGARA

PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN

PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN

NEGERI MELAKA TAHUN 2016

SIRI 2

Jabatan Audit Negara Malaysia

Page 4: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 5: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

KANDUNGAN

Page 6: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 7: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | iii

KANDUNGAN

vii

KATA PENDAHULUAN

xi

INTISARI LAPORAN

AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

3

BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA Pengurusan Kawal Selia Air

39

JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA Pengendalian Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka

61

PERBADANAN BIOTEKNOLOGI MELAKA Melaka Biotech Holdings Sdn. Bhd.

89

PENUTUP

Page 8: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 9: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

KATA PENDAHULUAN

Page 10: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 11: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | vii

KATA PENDAHULUAN

1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957

menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri,

Pengurusan Kewangan dan Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri. Seksyen 5(1)(d) Akta Audit

1957 serta Perintah Audit (Akaun Syarikat) 2017 pula memberi kuasa kepada Ketua

Audit Negara untuk mengaudit sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta

Syarikat 1965 yang menerima geran/pinjaman/jaminan daripada Kerajaan Persekutuan

atau Kerajaan Negeri dan sesebuah syarikat di mana lebih daripada 50% modal saham

berbayar dipegang oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan

Persekutuan/Negeri.

2. Pengauditan prestasi telah dijalankan selaras dengan Seksyen 6(d), Akta Audit

1957 serta berpandukan kepada piawaian pengauditan antarabangsa yang dikeluarkan

oleh International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI). Laporan saya

ini mengandungi Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri

Melaka bagi tahun 2016 Siri 2 mengenai perkara yang telah diperhatikan hasil daripada

pengauditan yang telah dijalankan terhadap aktiviti di dua Jabatan dan satu Syarikat

Kerajaan Negeri.

3. Pemerhatian Audit daripada pengauditan tersebut telah dikemukakan kepada

Ketua Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri berkenaan. Ketua-ketua

Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri juga telah dimaklumkan mengenai isu-isu

berkaitan semasa Exit Conference yang diadakan sebelum laporan ini disediakan.

Sehubungan itu, hanya penemuan Audit yang penting sahaja yang dilaporkan dalam

laporan ini. Laporan berkenaan juga telah dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan

Negeri Melaka. Bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan atau bagi

mengelakkan kelemahan yang sama berulang, saya telah mengemukakan sebanyak 13

syor untuk diambil tindakan oleh Ketua Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri

berkenaan.

4. Auditor General’s Dashboard yang mula dilaksanakan pada 31 Mei 2013

memaparkan isu dan status terkini tindakan Laporan Ketua Audit Negara. Mekanisme

ini berjaya membantu Jabatan/Agensi Kerajaan untuk menyalurkan maklum balas

dengan cepat dan pantas. Ini membuktikan komitmen dan keprihatinan Kerajaan dalam

menjelaskan kedudukan terkini isu Laporan Ketua Audit Negara serta menyalurkan

status tindakan yang telah diambil kepada pihak awam.

Page 12: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | viii

5. Saya berharap laporan ini akan digunakan sebagai asas untuk memperbaiki

segala kelemahan, memantapkan usaha penambahbaikan, meningkatkan akauntabiliti

dan integriti serta mendapat value for money bagi setiap perbelanjaan yang dibuat

seperti mana yang dihasratkan oleh Kerajaan.

6. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai

Jabatan/Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri yang telah memberikan kerjasama

kepada pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan

penghargaan dan terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta

memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan laporan ini.

(TAN SRI DR. MADINAH BINTI MOHAMAD)

Ketua Audit Negara

Malaysia

Putrajaya

17 Oktober 2017

Page 13: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

INTISARI LAPORAN

Page 14: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 15: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | xi

INTISARI LAPORAN

BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA 1. Pengurusan Kawal Selia Air

a. Kuasa dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pengurusan dan kawal selia

sumber air dan kawasan tadahan air di Negeri Melaka adalah di bawah Badan

Kawal Selia Air Negeri Melaka (BKSA), Jabatan Ketua Menteri Melaka yang

ditubuhkan pada 1 Julai 2006 sejajar dengan pewartaan Enakmen Pembekalan Air

(Negeri Melaka) 2002. Enakmen ini telah dipinda pada tahun 2014 dan diluluskan

pada 25 Disember 2014. Objektif utama BKSA ditubuhkan adalah untuk

menyediakan bekalan air mentah yang mencukupi dan berkualiti baik bagi

memenuhi keperluan sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan

sosioekonomi negeri. BKSA melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana,

penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguat kuasa secara efektif, sistematik,

dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air mentah.

b. Pengauditan yang dijalankan antara bulan April 2017 hingga Jun 2017 mendapati

pengurusan kawal selia air adalah tidak memuaskan kerana pengurusan kuantiti

dan kualiti sumber air mentah, pelesenan, pengurusan hasil dan kaedah penutupan

serta pemberhentian abstraksi air mentah tidak dilaksanakan secara cekap dan

berkesan serta tidak dapat memenuhi objektifnya dalam membekalkan air mentah

yang mencukupi dan berkualiti baik. Antara kelemahan yang ditemui dan perlu diberi

penambahbaikan adalah seperti berikut:

i. kajian kecukupan kuantiti air mentah tidak dilaksanakan;

ii. perjanjian lis pajakan tidak ditandatangani;

iii. aktiviti penerokaan dan pencemaran di kawasan tadahan air (empangan);

iv. penguatkuasaan dan pelesenan tidak dijalankan secara menyeluruh;

v. tunggakan caj abstraksi air mentah yang tinggi dan bil caj abstraksi air mentah

oleh pelesen lewat dibayar; dan

vi. tiada kaedah penutupan yang spesifik dan pemberhentian abstraksi air mentah

dijalankan.

Page 16: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | xii

c. Bagi memastikan pengurusan kawal selia sumber air Negeri Melaka diuruskan

dengan cekap dan berkesan selaras dengan objektif yang ditetapkan adalah

disyorkan BKSA supaya melaksanakan perkara-perkara berikut:

i. Menjalankan kajian secara terperinci berkaitan kuantiti, kualiti dan sumber

alternatif air mentah bagi memastikan bekalan sumber air mentah yang optimum

dan mencukupi serta terjamin kualitinya; dan

ii. Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan empangan, lesen

abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain perkara yang

berkaitan dibuat secara berkala.

JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA 2. Pengendalian Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka a. Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka telah ditubuhkan pada 1 November 1997

dengan nama Akaun Amanah Tabung Pembangunan Nelayan Negeri Melaka (TPN)

melalui Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 9(3). Objektif

penubuhan adalah untuk memberi bantuan kepada nelayan berdaftar dengan

Jabatan Perikanan Negeri Melaka yang terjejas akibat aktiviti penambakan laut dan

lain-lain kerja pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pada 14 November

2014, Arahan Amanah Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka telah dipinda bagi

meluaskan skop penggunaan wang daripada akaun. Antara pindaannya adalah

bayaran sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan konsesi penambakan laut

mengikut kelulusan Jawatankuasa Menangani Isu Tuntutan Nelayan, bayaran sagu

hati kepada nelayan selain yang terlibat dengan konsesi penambakan laut mengikut

kelulusan Jawatankuasa Menangani Isu Tuntutan Nelayan, menambah baik

infrastruktur dan kemudahan bagi kegunaan nelayan ini, pembangunan Modal Insan

di kalangan komuniti dan pelaburan dan simpanan tetap yang ditadbir oleh

Bendahari Negeri. Akaun ini dikawal oleh Pegawai Kewangan Negeri Melaka

merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah dan Bendahari

Negeri bertanggungjawab menyelenggara akaun tersebut bagi penerimaan dan

pembayaran. Terimaan bagi akaun amanah ini terdiri daripada syarikat-syarikat

yang mendapat konsesi penambakan laut di pantai Negeri Melaka, terimaan selain

daripada syarikat-syarikat konsesi penambakan laut, terimaan daripada agensi-

agensi atau daripada orang awam dan faedah daripada simpanan tetap yang

ditadbirkan daripada pelaburan oleh Bendahari Negeri.

b. Pengauditan yang dijalankan mulai April 2017 hingga Julai 2017 terhadap aspek

penerimaan sumbangan, agihan bantuan / sagu hati, dan penggunaan dana untuk

tujuan perolehan, pembangunan modal insan di kalangan komuniti nelayan serta

pelaburan mendapati, secara keseluruhannya pengendalian Akaun Amanah

Page 17: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | xiii

Nelayan adalah tidak memuaskan disebabkan perbelanjaan tidak diuruskan dengan

cekap dan berkesan seperti pembayaran sagu hati yang dibuat tanpa garis panduan

dan perolehan tidak dapat dimanfaatkan oleh nelayan. Sungguhpun demikian dari

aspek penerimaan sumbangan adalah memuaskan kerana kutipan sumbangan

telah mencapai 83.1% berbanding sasaran. Di antara kelemahan yang ditemui

adalah seperti berikut:

i. kadar bayaran sagu hati kepada nelayan yang terjejas akibat penambakan laut

dan lain-lain projek pembangunan adalah berbeza-beza;

ii. objektif perolehan kerja infrastruktur yang dilaksanakan tidak tercapai kerana

tidak dapat dimanfaatkan oleh nelayan;

iii. pembangunan modal insan di kalangan komuniti nelayan tidak dirancang; dan

iv. tiada perancangan bagi pelaburan dan simpanan tetap terhadap lebihan baki

akaun amanah untuk memperolehi pulangan yang optimum. c. Bagi memastikan Pengendalian Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka diuruskan

dengan cekap dan mencapai objektif yang ditetapkan di dalam Arahan Amanah

adalah disyorkan supaya JKPNM melaksanakan perkara-perkara berikut:

i. garis panduan pengurusan pembayaran bantuan sagu hati perlu ditetapkan bagi

memastikan nelayan menerima bantuan sagu hati yang sewajarnya berbanding

sumbangan sagu hati yang diterima daripada syarikat konsesi dan penyumbang

yang lain;

ii. pemantauan hendaklah dilaksanakan bagi memastikan kerja pembinaan

dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, pembayaran perlu

dilaksanakan berdasarkan peraturan kewangan semasa untuk memastikan

perolehan dilaksanakan dengan cekap dan mematuhi undang-undang serta

mengikut amalan tadbir urus yang baik (Good Governance Practices);

iii. perancangan projek infrastruktur perlu diteliti supaya dapat dimanfaatkan oleh

nelayan; dan

iv. pembangunan modal insan di kalangan nelayan perlu diberi perhatian bagi

memberi peluang kepada nelayan untuk menambah pengetahuan dan

kemahiran serta menjadi lebih produktif bagi menyumbang peningkatan

perkembangan ekonomi.

Page 18: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | xiv

PERBADANAN BIOTEKNOLOGI MELAKA

3. Melaka Biotech Holdings Sdn. Bhd. a. Syarikat Melaka Biotech Holdings Sdn. Bhd. (MBH) merupakan syarikat subsidiari

milik penuh Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) yang ditubuhkan pada 27 Julai

1995 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan berjumlah RM5 juta

dan modal berbayar berjumlah RM1.1 juta. MBH ditubuhkan untuk menjalankan

aktiviti komersial bagi pihak PBM. Aktiviti komersial yang dijalankan adalah

mengkomersialkan perkhidmatan ujian makmal saintifik, menganjurkan

seminar/bengkel dan latihan yang berkaitan dan sebagai konsultan bagi

pembangunan produk, farmaseutikal dan peranti perubatan. Visi MBH menjadikan

Melaka sebuah negeri yang progresif dan dinamik serta pusat kecemerlangan

dalam bidang bioteknologi dalam membentuk kekayaan baru yang berterusan. MBH

beroperasi di bangunan PBM, Ayer Keroh, Melaka. Setakat bulan Jun 2016, MBH

melaksanakan 12 perkhidmatan/produk di bawah tiga jenis perkhidmatan iaitu

mengkomersialkan ujian makmal saintifik, produk biodegradasi dan perkhidmatan

konsultasi. Lembaga Pengarah MBH dianggotai oleh seramai enam orang yang

dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka. Ahli lain terdiri daripada wakil Kerajaan

Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif PBM, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Pengarah MARDI dan seorang Pengarah Syarikat Persendirian. Pengurusan MBH

diketuai oleh seorang Pengarah Urusan yang juga merupakan Ketua Pegawai

Eksekutif PBM dan dibantu oleh 34 orang kakitangan PBM. MBH mempunyai

sebuah syarikat subsidiari dan sebuah syarikat bersekutu iaitu Melaka Cell Farming

Sdn. Bhd. (MCF) dan Tropical Bioessence Sdn. Bhd. dengan pegangan saham

masing-masing sebanyak 100% dan 20%. Pengurusan MBH adalah tertakluk

kepada Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Penubuhan (M&A) serta

Standard Operating Procedures syarikat.

b. Pengauditan telah dijalankan pada bulan April 2017 hingga Julai 2017 mendapati

pada keseluruhannya, prestasi kewangan MBH adalah kurang memuaskan kerana

mengalami kerugian terkumpul bagi tiga tahun berturut-turut. Kerugian MBH pada

tahun 2014 mencatatkan jumlah RM344,214, 2015 berjumlah RM311,940 dan pada

tahun 2016 berjumlah RM301,304. Bagi tadbir urus korporat MBH juga didapati

kurang memuaskan kerana terdapat beberapa aspek penting tadbir urus seperti

amalan terbaik Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan dan Standard Operating

Procedures, Rancangan Korporat/KPI, Jawatankuasa Audit dan Audit Dalaman

masih belum dilaksana. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan kurang cekap,

berhemat dan berkesan tetapi selaras dengan objektif yang ditetapkan. Terdapat

beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh MBH seperti ringkasan

berikut:

Page 19: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | xv

i. sasaran pendapatan MBH daripada perkhidmatan ujian makmal tidak tercapai

kecuali pada tahun 2015; tunggakan penghutang perniagaan meningkat setiap

tahun; ujian makmal secara outsource lebih banyak berbanding ujian inhouse

dan pendapatan ujian makmal saintifik oleh PBM diakaunkan ke dalam akaun

MBH; dan

ii. tiada sasaran pendapatan untuk penjualan produk biodegradasi dibuat pada

tahun 2015 dan 2017 walaupun stok masih ada dan sasaran pendapatan pada

tahun 2016 tidak dicapai.

c. Bagi memastikan objektif penubuhan MBH dapat dicapai sepenuhnya, adalah

disyorkan pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah MBH mengambil langkah yang

proaktif dan berkesan bagi menangani kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan

ini. Sehubungan ini, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat memberi

pertimbangan terhadap perkara berikut:

i. MBH hendaklah memastikan pengurusan aktiviti syarikat diurus dengan cekap,

berhemat dan berkesan selaras dengan objektif yang telah ditentukan;

ii. MBH dan PBM perlu menetapkan KPI berhubung perkhidmatan ujian makmal

yang dipersetujui bersama pada setiap tahun serta memperjelas syarat-syarat

berkaitan dalam perjanjian antara kedua pihak;

iii. MBH perlu menyemak semula harga produk biodegradasi bagi membolehkan

produk ini bersaing dengan pembekal-pembekal di pasaran semasa;

iv. MBH perlu menyediakan Pelan Perniagaan Strategik (strategic Business Plan),

Rancangan Korporat/Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama yang baik

bagi memastikan perancangan perniagaan yang berkesan dapat dilaksanakan

untuk memaju dan memantapkan syarikat;

v. MBH perlu mewujudkan Jawatankuasa Audit dilantik dari kalangan Ahli

Lembaga Pengarah MBH. Manakala Audit Dalaman hendaklah diwujudkan

dikalangan kakitangan MBH selain daripada unit pentadbiran dan kewangan;

vi. MBH hendaklah mewujudkan kod etika rasmi syarikat, menyenaraikan peranan,

tugas dan tanggungjawab ahli dan memberi program pembelajaran kepada ahli

supaya tadbir urus bagi Pengarah Urusan di amalkan dengan baik untuk

memajukan syarikat; dan

vii. Mewujudkan mekanisme pemantauan yang teratur kepada syarikat milikan

MBH.

Page 20: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 21: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Page 22: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 23: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 3

BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA

1. PENGURUSAN KAWAL SELIA AIR

1.1. LATAR BELAKANG

1.1.1. Sumber air terdiri daripada air sungai, empangan, air bawah tanah, air

bukit, tasik dan sebagainya. Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan kepada

Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memindahkan perkara-

perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada Senarai Negeri

kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah dan Sarawak) berkuat kuasa pada

21 Mac 2005. Dengan pindaan itu, Kerajaan Persekutuan akan mengawal selia

bekalan dan perkhidmatan air manakala Kerajaan Negeri pula bertanggungjawab

terhadap sumber air.

1.1.2. Bagi menguruskan sumber air, kuasa dan tanggungjawab yang berkaitan

dengan pengurusan dan kawal selia sumber air dan kawasan tadahan air di Negeri

Melaka adalah di bawah Badan Kawal Selia Air Negeri Melaka (BKSA), Jabatan

Ketua Menteri Melaka yang ditubuhkan pada 1 Julai 2006 sejajar dengan pewartaan

Enakmen Pembekalan Air (Negeri Melaka) 2002. Enakmen ini telah dipinda pada

tahun 2014 dan diluluskan pada 25 Disember 2014.

1.1.3. Objektif utama BKSA ditubuhkan adalah untuk menyediakan bekalan air

mentah yang mencukupi dan berkualiti baik bagi memenuhi keperluan sejajar

dengan pertambahan penduduk dan pembangunan sosioekonomi negeri. BKSA

melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara,

penyelidik dan penguat kuasa secara efektif, sistematik, dan efisien dalam

pembangunan dan pengurusan sumber air mentah.

1.1.4. Antara bidang tugas BKSA adalah seperti berikut:

i. menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air mentah termasuk

menentukan standard kualiti air mentah dan menguatkuasakan undang-

undang berkaitan;

ii. memastikan pembekalan air mentah yang optimum dengan caj yang

munasabah dan memastikan kualiti air dibekalkan adalah selamat;

iii. badan penasihat kepada pihak berkuasa negeri mengenai perkara-perkara

yang berhubung pembekalan air mentah;

Page 24: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 4

iv. memantau pemegang lesen supaya menjalankan kewajipan yang dikenakan

kepadanya di bawah enakmen dan memastikan pemegang lesen dibiayai

aktiviti-aktiviti yang dibenarkan;

v. memastikan pemegang lesen membayar caj abstraksi air mentah mengikut

caj yang ditetapkan; dan

vi. mengawal selia dan memantau pencemaran ke atas punca dan air mentah.

1.1.5. Sehingga tahun 2016, sebanyak 103 kawasan lembangan sungai yang

telah diwartakan di Negeri Melaka seperti di jadual:

JADUAL 1.1 LEMBANGAN SUNGAI DI NEGERI MELAKA

BIL. DAERAH PANJANG

(KM) LEBAR (Meter)

BILANGAN

1. Melaka Tengah 144 1109 25

2. Alor Gajah 243 1903 42

3. Jasin 215 2026 36

JUMLAH 602 5038 103

Sumber: BKSA

1.1.6. Negeri Melaka telah mewartakan caj abstraksi air mentah pada 21 Jun

2012 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Kadar caj abstraksi air mentah

seperti jadual:

JADUAL 1.2 CAJ ABSTRAKSI AIR MENTAH

BIL. KATEGORI CAJ (RM)

1. Fi Proses (setiap kali permohonan) 150.00

2. Lesen (Setahun) 350.00

3. Caj Air Mentah

- Industri Komersial (per meter padu (m3)) 0.08

- Bekalan Air Awam (per meter padu (m3)) 0.04

- Air Laut (per meter padu (m3)) 0.01

Sumber: BKSA

1.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan kawal selia air telah

dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi menyedia dan memastikan bekalan air

mentah yang mencukupi dan berkualiti untuk memenuhi keperluan sejajar dengan

pertambahan penduduk dan pembangunan sosio ekonomi negeri.

Page 25: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 5

1.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan merangkumi kawalan sumber air mentah iaitu dari aspek kuantiti,

kualiti, pelesenan, pengurusan hasil dan operasi abstraksi air mentah oleh BKSA dalam

menguruskan sumber air di Negeri Melaka bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016. Selain

itu, data dan maklumat yang berkaitan daripada Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan

Persekutuan seperti Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Jabatan Kesihatan Negeri

(JKN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Pejabat

Daerah dan Tanah (PDT) dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) diperoleh

untuk tujuan analisis Audit.

1.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, dokumen, fail, laporan, perjanjian,

minit mesyuarat dan analisis data yang berkaitan bagi tempoh tersebut. Perbincangan

dan temu bual juga diadakan dengan pegawai yang terlibat bagi tujuan pengesahan

serta lawatan Audit dijalankan di lokasi yang dipilih.

1.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan April 2017 hingga Jun 2017 mendapati

pengurusan kawal selia air adalah tidak memuaskan kerana pengurusan kuantiti dan

kualiti sumber air mentah, pelesenan, pengurusan hasil dan kaedah penutupan serta

pemberhentian abstraksi air mentah tidak dilaksanakan secara cekap dan berkesan

serta tidak dapat memenuhi objektifnya dalam membekalkan air mentah yang

mencukupi dan berkualiti baik. Antara kelemahan yang ditemui dan perlu diberi

penambahbaikan adalah seperti berikut:

i. kajian kecukupan kuantiti air mentah tidak dilaksanakan;

ii. perjanjian lis pajakan tidak ditandatangani;

iii. aktiviti penerokaan dan pencemaran di kawasan tadahan air (empangan);

iv. penguatkuasaan dan pelesenan tidak dijalankan secara menyeluruh;

v. tunggakan caj abstraksi air mentah yang tinggi dan bil caj abstraksi air mentah

oleh pelesen lewat dibayar; dan

vi. tiada kaedah penutupan yang spesifik dan pemberhentian abstraksi air mentah

dijalankan.

Perkara yang ditemui dan maklumbalas BKSA telah dibincangkan dalam Exit

Conference pada 28 Ogos 2017. Penjelasan lanjut mengenainya adalah seperti di

perenggan berikut:

Page 26: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 6

1.5.1. Kuantiti Sumber Air Mentah

1.5.1.1. Perancangan Kuantiti Sumber Air Mentah

a. Mengikut Seksyen 6, Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014

menyatakan Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui warta mengisytiharkan

mana-mana sumber air dan kawasan tadahan air mana-mana kawasan atau

bahagiannya menjadi kawasan lembangan sungai, kawasan tadahan air,

kawasan air bumi termasuk air telaga, tanah perairan atau badan air. Secara

umumnya, kawasan tadahan air ialah kawasan air yang ditampung secara

semulajadi melalui landskapnya dan kawasan air yang ditampung secara

buatan melalui pembinaan empangan. Seksyen 4, Enakmen Sumber Air

(Negeri Melaka) 2014 menetapkan tugas Pengarah Sumber Air untuk

memastikan bahawa segala permintaan air mentah yang munasabah

dipenuhi. Manakala, Seksyen 7(2)(c) menyatakan Pengarah boleh

mengendali penyiasatan dan menjalan penyelidikan atas sumber air dan

kawasan tadahan air yang berhubungan dengan ketersediaan air,

kecukupan dan kualiti air itu serta tindakan-tindakan yang telah diambil dan

yang akan diambil oleh Pengarah bagi memelihara, melindungi dan

memulihara atau sebaliknya menyenggarakan sumber air itu. Kajian bagi

menentukan kecukupan kuantiti air mentah hendaklah dijalankan bagi

memastikan bekalan air mentah dapat memenuhi permintaan air pada masa

hadapan.

b. Negeri Melaka mempunyai tiga buah empangan dan sebuah bunded storage

yang dibina untuk menakung taburan air hujan yang efektif bagi tujuan

bekalan air minum pada masa kini. Empangan yang terawal telah dibina

ialah Empangan Asahan di Daerah Jasin pada tahun 1932. Kaedah

pengisian empangan ini dari taburan hujan atau tadahan mata air dan air

mentah dari Gunung Ledang. Pada tahun 1974, Empangan Durian Tunggal

pula telah dibina di Daerah Alor Gajah. Kaedah pengisian empangan ini dari

taburan hujan atau tadahan mata air, air mentah yang di pam dari bunded

storage dan dari Sungai Muar/Gerisek. Air mentah tersebut di pam ke Loji

Rawatan Air (LRA) DAF, pelepasan air mentah ke Sungai Melaka dan ke

Empangan Jus. Empangan Jus telah siap dibina pada tahun 2003 di Daerah

Jasin. Kaedah pengisian empangan ini dari taburan hujan atau tadahan mata

air dan air mentah yang di pam dari Empangan Durian Tunggal. Maklumat

empangan sedia ada seperti jadual berikut:

Page 27: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 7

JADUAL 1.3 SENARAI EMPANGAN DI NEGERI MELAKA

BIL. EMPANGAN LUAS KAWASAN TAKUNGAN

(hektar) KAPASITI (ml)

1. Durian Tunggal 580 32,600

2. Jus 535 45,000

3. Asahan 85 450

4. Bunded Storage Durian Tunggal 20 850

JUMLAH 1,220 78,900

Sumber: BKSA

c. Semakan Audit mendapati pada tahun 2015, BKSA telah merancang untuk

menjalankan Kajian Sumber Air Negeri Melaka (2016 – 2040) dengan

objektif untuk mengenalpasti kapasiti sungai dan kapasiti keseluruhan

sumber air bagi memenuhi permintaan penggunaan Negeri Melaka serta

mengetahui kualiti sungai-sungai utama Negeri Melaka. Namun, kajian ini

tidak dapat dilaksanakan oleh BKSA kerana peruntukan yang dipohon

berjumlah RM50,000 dari Kumpulan Wang Amanah Sumber Air tidak

mencukupi. Walaubagaimanapun, sebagai alternatif BKSA menggunakan

Laporan Kajian Sumber Air Negara (KSAN) 2000 – 2050 yang telah

dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia bagi

mengenal pasti peningkatan permintaan air dan keperluan memelihara air

untuk manusia dan alam semulajadi.

d. Analisis Audit selanjutnya terhadap Laporan KSAN 2000 – 2050 mendapati

Negeri Melaka antara negeri di Malaysia yang mendapat taburan hujan yang

terendah iaitu purata 1,880mm setahun. Selepas menjalani proses

penyejatan dan recaj air bumi, jumlah air hujan yang menjadi larian

permukaan ialah 570mm. Hasil daripada Laporan KSAN 2000 - 2050

merumuskan bahawa sumber air mentah untuk domestik dan industri di

Negeri Melaka mempunyai defisit yang besar. Kajian ini berdasarkan

perbandingan air larian permukaan daripada taburan hujan dengan

permintaan air domestik seperti jadual berikut:

JADUAL 1.4 JUMLAH TABURAN AIR HUJAN DI MALAYSIA

NEGERI KELUASAN (km persegi)

TABURAN HUJAN (mm)

PENYEJATAN SEBENAR

(mm)

RECAJ AIR BUMI

(mm)

LARIAN PERMUKAAN (mm)

Perlis 821 1,880 1,290 120 470

Kedah 9,500 2,310 1,430 130 750

Pulau Pinang 1,048 2,350 1,430 120 800

Perak 21,035 2,480 1,320 170 990

Selangor 8,396 2,190 1,280 150 760

Negeri Sembilan 6,686 1,830 1,210 130 490

Melaka 1,664 1,880 1,210 100 570

Page 28: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 8

NEGERI KELUASAN (km persegi)

TABURAN HUJAN (mm)

PENYEJATAN SEBENAR

(mm)

RECAJ AIR BUMI

(mm)

LARIAN PERMUKAAN (mm)

Johor 19,210 2,470 1,130 200 1,140

Pahang 36,137 2,470 1,250 120 1,100

Terengganu 13,035 3,310 1,470 150 1,690

Kelantan 15,099 2,600 1,290 140 1,170

Malaysia Barat 132,631 2,495.5 1,283.8 147.6 1,064

Sabah 73,631 2,560 1,190 190 1,180

Sarawak 124,450 3,640 1,250 240 2,150

WP. Labuan 91 3,100 1,480 150 1,470

Malaysia Timur 198,172 3,238.5 1,227.8 221.4 1,789.3

Malaysia 330,830 2,940 1,250.3 191 1,498.5

Sumber: Review Of The National Water Resources Study (2000-2050) and Formulation of National Water Resources Policy

e. Jumlah air hujan ini tidak semuanya disimpan dalam empangan dan kolam

takungan. Ini kerana berdasarkan Laporan Kajian KSAN 2000 – 2050 hampir

70% larian air hujan telah hilang ke laut dengan disebabkan pelepasan

banjir. Manakala 30% atau separuh darinya (15%) yang masih tinggal untuk

kegunaan lain-lain sektor dan dikatakan sebagai taburan air hujan yang

efektif. Butiran lanjut seperti jadual berikut:

JADUAL 1.5 JUMLAH PERMINTAAN SUMBER AIR

DI NEGERI MELAKA (MM TABURAN AIR HUJAN TAHUNAN)

TAHUN LARIAN

PERMUKAAN (mm)

ANGGARAN 15% YANG ADA

JUMLAH PERMINTAAN AIR

KONSUMTIF DEFISIT

2010 570 85.5 193.3 (108.4)

2020 570 85.5 220.1 (134.6)

2030 570 85.5 225.9 (140.4)

2040 570 85.5 246.0 (160.5)

2050 570 85.5 263.4 (177.9)

Sumber: Review Of The National Water Resources Study (2000-2050) and Formulation of National Water Resources Policy

f. Kesannya, ketiadaan kajian yang dijalankan oleh BKSA terhadap kecukupan

air mentah boleh menyebabkan Negeri Melaka mengalami masalah

kekurangan bekalan air pada masa hadapan.

Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017

BKSA memaklumkan mereka terlibat secara tidak langsung dalam

perkongsian data dan maklumat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran

Malaysia dalam membangunkan National Water Balance Management

System (NAWABS) bagi lembangan sungai Melaka. Kajian ini bertujuan

Page 29: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 9

untuk menyediakan penyelesaian komprehensif kepada isu pengurusan

sumber air seperti maklumat mengenai ketersediaan air, permintaan air,

pilihan pemindahan air, penyimpanan air dan peruntukan integrasi air

permukaan dan air bawah tanah. Melalui Mesyuarat Teknikal Working

Group (TWG) laporan penemuan rancangan wilayah kawasan

persempadanan antara Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang telah

diadakan pada 21 Ogos 2017, Jawatankuasa Pengurusan lembangan

Sungai Linggi/Sungai Muar telah ditubuhkan yang mana Jabatan

Pengairan dan Saliran dilantik sebagai Sekretariat Jawatankuasa Kajian

Pengurusan Lembangan Sungai Linggi dan Sungai Muar. Pentadbiran ini

juga terlibat secara langsung dalam kajian ini. Perancangan kerja tahun

2018, pentadbiran ini akan meneliti semula bagi penyediaan Kajian Sumber

Air Negeri Melaka (2020-2050) secara menyeluruh yang mana ianya selari

dengan Pelan Transformasi Nasional (TN50).

1.5.1.2. Abstraksi Air Mentah Alternatif

a. Seksyen 4(1)(e) menyatakan fungsi dan kewajipan BKSA untuk

menggalakkan, menggiatkan dan memastikan sumber air mencukupi untuk

pembangunan ekonomi Negeri Melaka. Pada tahun 2014, BKSA telah

menerokai sumber air mentah alternatif dari telaga bawah tanah untuk

menampung bekalan sumber air ketika musim kemarau. Semakan Audit

mendapati pada 19 September 2014 BKSA telah membina 11 Telaga

Pengejetan Tiub (telaga bawah tanah yang digerudi dengan kedalaman

maksimum 20 meter dan berdiameter kurang dari 2 inci) dengan anggaran

luahan melebihi 10,500 juta gelen air mentah seperti di Jadual 1.6.

Bagaimanapun, BKSA tidak mempunyai data bilangan telaga bawah tanah

seperti telaga individu, perindustrian, perladangan, penternakan dan

sebagainya selain dari telaga yang dibina oleh BKSA sebagai sumber air

mentah alternatif pada musim kemarau.

JADUAL 1.6 TELAGA PENGEJETAN TIUB

BIL. LOKASI (DUN)

ANGGARAN LUAHAN (Gelen/Juta)

1. Sungai Udang 1,200

2. Tanjung Bidara 800

3. Gadek 800

4. Klebang 1,000

5. Merlimau 900

6. Pantai Kundur 1,500

7. Lendu 1,800

8. Durian Tunggal 500

9. Machap 1,000

10. Tabuh Naning 500

Page 30: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 10

BIL. LOKASI (DUN)

ANGGARAN LUAHAN (Gelen/Juta)

11. Sungai Rambai 500

JUMLAH 10,500

Sumber: BKSA

b. Data ini sepatutnya diperolehi dan direkodkan bagi mengelakkan berlakunya

abstraksi air mentah secara haram. Menurut BKSA, Penguatkuasaan

dijalankan berdasarkan maklumat bilangan telaga yang dilesenkan oleh

BKSA sahaja dengan memfokuskan kepada penggunaan sumber air secara

komersil.

Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017

BKSA memaklumkan akan mendapatkan data secara menyeluruh dari

semasa ke semasa. Bagi tujuan pelesenan pula BKSA akan menjalankan

pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh.

1.5.1.3. Paras Air di Empangan

a. Bacaan paras kritikal bagi Empangan Jus, Durian Tunggal dan Asahan

masing-masing 67 meter (44.8%), 24.64 meter (39.9%) dan 68 meter (96%).

Pihak Audit telah membuat perbandingan bagi tiga buah empangan bagi

memastikan kapasiti peratusan paras air di empangan dipantau dan tahap

paras air yang sepatutnya. Perbandingan bagi tahun 2015 dan 2016 seperti

di Jadual 1.7 dan bagi tahun 2014 BKSA tidak mempunyai data paras air di

empangan.

JADUAL 1.7 PARAS AIR DALAM EMPANGAN BAGI TAHUN 2015 DAN 2016

BULAN

2015 2016

EMPANGAN JUS

EMPANGAN DURIAN

TUNGGAL

EMPANGAN ASAHAN

EMPANGAN JUS

EMPANGAN DURIAN

TUNGGAL

EMPANGAN ASAHAN

meter % meter % meter % meter % meter % meter %

Januari 68.20

– 68.62

79.9 –

83.3

27.11 –

27.30

79.9 –

83.3 71.00 100

70.98 –

71.24

77.5 –

80.1

27.58 –

28.23

87.5 –

98.1 71.00 100

Februari 68.40

– 68.62

68.6 –

79.6

26.38 –

27.09

68.6 –

79.6

70.55 –

71.00

90.1 –

100

71.18 –

71.58

79.5 –

83.7

27.50 –

28.10

87.4 –

96.0 71.00 100

Mac 68.10

– 68.34

54.0 –

68.1

25.51 –

26.38

54.0 –

68.1

69.10 –

70.48

75.0 –

89.1

71.12 –

71.56

78.9 –

83.7

26.00 –

27.80

61.9 –

91.1

70.60 –

71.00

91.6 –

100

April 68.10

– 68.62

55.9 –

74.9

25.63 –

26.80

55.9 –

74.9

69.92 –

70.40

76.1 –

86.9

70.10 –

71.10

69.8 –

78.7

24.60 –

25.94

39.3 –

61.0

70.18 –

70.58

82.6 –

91.2

Mei 68.64

– 68.98

65.2 –

72.5

26.20 –

26.71

65.2 –

73.4

70.30 –

70.84

84.8 –

97.0

69.36 –

70.12

63.0 –

70.0

24.60 –

26.17

39.3 –

64.7

70.28 –

71.00

84.8 –

100

Jun 68.88

– 69.04

59.1 –

60.0

26.22 –

26.61

65.5 –

71.8

70.78 –

71.00

95.5 –

100

69.34 –

69.40

62.7 –

63.3

26.13 –

26.43

63.6 –

68.9

70.71 –

71.00

93.4 –

100

Page 31: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 11

BULAN

2015 2016

EMPANGAN JUS

EMPANGAN DURIAN

TUNGGAL

EMPANGAN ASAHAN

EMPANGAN JUS

EMPANGAN DURIAN

TUNGGAL

EMPANGAN ASAHAN

meter % meter % meter % meter % meter % meter %

Julai 67.74

– 68.88

57.6 –

58.7

25.91 –

26.89

60.5 –

76.4

70.72 –

70.92

93.4 –

98.4

68.78 –

69.40

57.9 –

63.3

25.60 –

26.26

55.5 –

66.1

70.38 –

70.69

86.3 –

93.4

Ogos 68.78

– 69.40

57.9 –

63.3

26.80 –

27.50

74.9 –

86.9

70.68 –

71.00

93.4 –

100

68.52 –

68.76

55.8 –

57.8

26.07 –

26.58

62.9 –

71.3

70.14 –

70.58

81.6 –

90.2

September 69.40

– 69.42

63.3 –

63.5

26.85 –

27.29

77.3 –

82.8

70.10 –

70.72

80.5 –

94.4

68.02 –

68.50

51.9 –

55.7

25.27 –

26.09

50.1 –

63.1

69.72 –

70.18

72.8 –

81.6

Oktober 69.28

– 69.42

62.0 –

63.5

26.19 –

26.94

65.0 –

77.2

69.89 –

70.24

76.1 –

84.8

66.68 –

67.98 8 hari paras kritikal

42.6 –

51.6

25.23

37.6 –

49.5

58.9 –

72.8

November 69.32

– 70.22

62.6 –

63.5

26.34 –

27.77

68.8 –

90.6

69.94 –

71.00

77.2 –

100

66.36 –

66.66 30 hari paras kritikal

24.70 –

26.30

40.9 –

66.8

69.00 –

69.87

57.5 –

76.1

Disember 70.24

– 70.94

71.0 –

77.1

27.79 –

28.21

90.9 –

97.7

70.95 –

71.00 100

66.54 –

66.78 31 hari paras kritikal

26.34 –

27.52

67.4 –

86.6

69.97 –

71.00

78.3 –

100

Sumber: BKSA

b. Bagi Empangan Jus, analisis Audit mendapati pada tahun 2015 takungan air

di Empangan Jus berada pada paras selamat dan mencukupi manakala

pada tahun 2016, Empangan Jus telah mencatatkan bacaan pada paras

kritikal di bawah paras 67 meter atau 44.8% pada bulan Oktober sehingga

Disember selama 69 hari. BKSA menjelaskan tiada keperluan untuk

menaikkan paras takungan air kerana Empangan Jus merupakan kawasan

tadahan sokongan untuk Empangan Durian Tunggal. Air di Empangan Jus

hanya dipam keluar jika paras air di Empangan Durian Tunggal menurun di

paras kritikal.

c. Manakala bagi Empangan Durian Tunggal, analisis Audit mendapati pada

tahun 2015 takungan air berada pada paras selamat dan mencukupi

manakala pada bulan April, Mei dan Oktober tahun 2016 mencatatkan

bacaan paras kritikal di bawah 24.64 meter atau 39.9% selama 16 hari.

Sumber air mentah Empangan Durian Tunggal diperolehi daripada tadahan

hujan, pengepaman air mentah dari Empangan Jus dan Sungai Grisek/Muar.

Melalui Perjanjian Air Sungai Muar diantara Kerajaan Negeri Johor dengan

Negeri Melaka pada 22 Ogos 1991, kadar pengepaman air mentah dari

Sungai Grisek/Muar dibuat setiap hari ke Empangan Durian Tunggal

sebanyak 35 juta gelen sehari (maksimum) berjumlah 1.05 billion gelen

sebulan bersamaan RM525,000. Semakan Audit mendapati bil caj abstraksi

–24.32 69.10

–69.68

40.3

42.5 –

41.6 –

43.3

Page 32: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 12

air mentah dari Negeri Johor pada bulan April, Mei dan Oktober tahun 2016,

telah dibekalkan melebihi paras 35 juta gelen sehari iaitu masing-masing

berjumlah 1.07 bilion gelen, 1.18 bilion gelen dan 1.19 bilion gelen namun

masih tidak dapat menampung paras kritikal yang telah dicatatkan. Selain

itu, semakan Audit juga mendapati walaupun air yang dipam diterima terus

dari Sungai Muar, namun alirannya akan berpecah ke LRA Chin-Chin, LRA

Merlimau sebelum ke tangki pengimbang yang akan ke Empangan Durian

Tunggal dan LRA Bertam I dan II. Ini menunjukkan jumlah sebenar air yang

diterima akan berkurangan apabila dipam Empangan Durian Tunggal dan

sebelum dipam semula ke Empangan Jus.

d. Bagaimanapun semakan selanjutnya mendapati berdasarkan bil (surat

keterangan berkenaan tuntutan yang dilakukan) tahun 2016 kadar

pengepaman masih tidak mencapai tahap maksimum yang disyaratkan di

dalam perjanjian selama 9 bulan yang lain. Ini disebabkan kadar

pengepaman air ditentukan oleh Badan Kawal Selia Air Johor berdasarkan

bacaan paras air di Sungai Muar. Kesannya, sekira paras air di Sungai Muar

berkurangan, tiada air yang akan di pam ke Empangan Durian Tunggal.

Butiran terperinci seperti jadual berikut:

JADUAL 1.8 KADAR PENGEPAMAN AIR MENTAH

BIL. NO. BIL BULAN

BACAAN METER (‘000 Juta Gelen) JUMLAH

BACAAN METER (‘000 Juta Gelen)

Meter 1 Meter 2

1. 01/2016 Januari 15 429,341 429,356

2. 02/2016 Februari 86,923 344,535 431,458

3. 03/2016 Mac 288,259 426,190 714,450

4. 04/2016 April 402,188 667,602 1,069,791

5. 05/2016 Mei 613,038 571,382 1,184,420

6. 06/2016 Jun 410,490 560,175 970,665

7. 07/2016 Julai 446,932 371,878 818,810

8. 08/2016 Ogos 525,748 381,734 907,482

9. 09/2016 September 671,198 348,493 1,019,692

10. 10/2016 Oktober 521,216 669,809 1,191,026

11. 11/2016 November 404,072 621,643 1,025,716

12. 12/2016 Disember 385,469 656,488 1,041,958

JUMLAH 4,755,548 6,049,270 10,804,824

Sumber: BKSA

1.5.1.4. Perjanjian Lis Pajakan Tidak Ditandatangani

Seksyen 8(1) Perjanjian Air Sungai Muar menyatakan Kerajaan Melaka

hendaklah menanggung kos pengambilan balik tanah dan penggunaan tanah

Kerajaan dalam Negeri Johor apabila perlu dibuat demikian bagi tujuan

Page 33: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 13

pemasangan saluran paip dan/atau kerja-kerja lain untuk membekalkan air

mentah ke Negeri Melaka. Semakan terhadap perjanjian tersebut, dilampirkan

juga perjanjian lis pajakan yang berkaitan perkara ini. Semakan Audit mendapati

perjanjian lis pajakan masih belum ditandatangani sejak tahun 1991 dan

bayaran pajakan belum dikenakan ke atas Negeri Melaka. Kerajaan Negeri

Melaka telah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Johor pada 5 Julai 2013

mengenai kadar lis pajakan tanah, tempoh bayaran lis pajakan tanah dan kadar

bayaran cukai tanah. Bagaimanapun, tiada maklumbalas yang diterima daripada

Kerajaan Negeri Johor berkenaan perkara ini sehingga kini.

Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017

BKSA memaklumkan perjanjian lis pajakan tidak ditandatangani bersekali

dengan Perjanjian Air pada 1991 tetapi ianya masih digunapakai merujuk

pada risalat MMKN. Kerajaan Negeri Johor dan Melaka sedang dalam

peringkat penyemakan dan perbincangan bagi semua tarif air dan

perjanjian lis pajakan yang belum ditandatangani.

Pada pendapat Audit, pengurusan kuantiti sumber air mentah adalah tidak

memuaskan kerana tidak dijalankan dengan cekap dan berkesan dimana

kajian kuantiti sumber air tidak dijalankan dan perjanjian lis pajakan tidak

ditandatangani.

1.5.2. Kualiti Sumber Air Mentah

1.5.2.1. Mengikut Seksyen 7(2)(c) menyatakan Pengarah boleh mengendali

penyiasatan dan menjalan penyelidikan atas sumber air dan kawasan tadahan

air yang berhubungan dengan adanya tidaknya air, kecukupan dan kualiti air itu

dan tindakan-tindakan yang telah diambil dan yang akan diambil oleh Pengarah

bagi memelihara, melindungi dan memulihara atau sebaliknya menyenggarakan

sumber air itu. BKSA bertanggungjawab memantau kualiti air mentah di Negeri

Melaka yang merangkumi sungai, empangan, telaga, kolam dan tasik.

Manakala, KKM telah mengeluarkan Garis Panduan Kualiti Air Minum yang

menetapkan piawaian kualiti air mentah dan terawat untuk tujuan air minum.

1.5.2.2. Semakan Audit mendapati BKSA tidak mempunyai parameter untuk

mengukur kualiti air mentah di kawasan sumber air. Bagi menentukan tahap

kualiti air mentah di lembangan sungai dan di muka sauk berada pada paras

tidak tercemar, BKSA menggunapakai parameter kualiti air mentah yang

dikeluarkan oleh National Water Quality Standards for Malaysia dan Garis

Panduan Kualiti Air Minum yang diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Sehubungan itu, pihak Audit

telah mendapatkan maklumat dari pihak KKM dan JAS berkaitan perkara ini

seperti berikut:

Page 34: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 14

a. Kualiti Air Mentah di Lembangan Sungai

i. Berdasarkan piawaian Indeks Kualiti Air (IKA) dalam menentukan

keberadaan kualiti air sungai mengikut Kelas I, II, III, IV atau V terbahagi

kepada Bersih, Sederhana Tercemar dan Tercemar seperti di jadual:

JADUAL 1.9 KELAS KUALITI AIR BERDASARKAN IKA

KELAS JULAT IKA

(%) KLASIFIKASI

JULAT INDEKS (%)

I > 92.7 Bekalan air tanpa sebarang rawatan Bersih

II 76.5 – 92.7 Bekalan air dengan rawatan konvensional

III 51.9 – 76.5 Bekalan air dengan rawatan tambahan Sederhana Tercemar

IV 31.0 – 51.9 Sesuai untuk tujuan pengairan Tercemar

V < 31.0 Tidak sesuai untuk mana-mana tujuan di atas

Sumber: National Water Quality Standards for Malaysia

ii. Petunjuk kualiti air terdiri daripada Parameter Oksigen Biokimia (BOD),

Parameter Oksigen Kimia (COD), Oksigen Terlarut (DO), Nitrogen

Ammonia (NH3-N) dan Pepejal Terampai (TSS) dan pH. Dalam konteks

bekalan air minuman, parameter biologi (analisis kandungan bakteria)

dan kandungan kimia (logam berat berbahaya) selalu ditekankan agar

bekalan air yang dihasilkan bebas daripada sebarang bentuk

pencemaran yang berbahaya. Piawaian IKA, kategori kelas sungai dan

parameter kualiti air mentah berdasarkan National Water Quality

Standards For Malaysia adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 1.10 PARAMETER KUALITI AIR MENTAH

BIL. PARAMETER PIAWAIAN BACAAN

1. Parameter Oksigen Biokimia (BOD) 6mg/I

2. Parameter Oksigen Kimia (COD) 10 mg/I

3. Oksigen Terlarut (DO) 8 mg/I

4. Pepejal Terampai (TSS) 25 mg/I

5. PH 5.5-9.0

6. Kekeruhan 1000 NTU

7. Ammonia 1.5 mg/I

8. Ferum 1.0 mg/I

9. Manganese 0.20 mg/I

Sumber: National Water Quality Standards for Malaysia

Page 35: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 15

iii. Pemeriksaan kualiti air bagi enam lembangan sungai di negeri Melaka

telah dijalankan oleh JAS yang melibatkan 42 stesen atau tempat.

Berdasarkan purata data indeks kualiti air (IKA) yang dikeluarkan oleh

JAS bagi tempoh 2014 hingga 2016 adalah seperti di Jadual 1.11. Hasil

analisis yang dijalankan oleh JAS menunjukkan kualiti air mentah di

Sungai Merlimau berada pada Kelas IV, tercemar pada tahun 2014 dan

Kelas III, sederhana tercemar pada tahun 2015 dan 2016. Punca

pencemaran ini adalah dari kawasan perindustrian, penternakan dan

penanaman kelapa sawit di sekitar kawasan sungai Merlimau. BKSA

tidak pernah mengeluarkan apa-apa notis kesalahan di Kawasan Sungai

Merlimau ini dan tidak pernah mengeluarkan kompaun bagi kesalahan

ini. Ini kerana BKSA menjelaskan pihak JAS dan Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) telah mengambil tindakan sewajarnya. Selain itu, pihak

Audit mendapati unit perundangan masih belum diwujudkan bagi

menguruskan hal-hal perundangan dan pendakwaan. Hasil perbincangan

dengan pegawai BKSA mendapati berlaku pertindihan kuasa di antara

BKSA, JAS dan PBT dari segi ujian ke atas pencemaran air dan

penguatkuasaan kompaun. Isu pencemaran ini telah mendapat liputan

media seperti di gambar berikut:

JADUAL 1.11 PURATA DATA INDEKS KUALITI AIR BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016

BIL. SUNGAI JUMLAH STESEN

PURATA INDEKS KUALITI AIR (IKA)

2014 2015 2016

1. Sungai Melaka 21 73.85 73.85 74.6

2. Sungai Kesang 8 77.33 80.89 75.6

3. Sungai Merlimau 4 50.15 63.89 56.8

4. Sungai Duyong 4 76.4 74.56 69.1

5. Sungai Sri Melaka 2 59.42 58.03 57.2

6. Sungai Linggi 3 80.23 82.99 83.0

Sumber: JAS

GAMBAR 1.1

Akhbar Sinar Harian - Pencemaran Sungai Merlimau

(01.06.2017)

Page 36: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 16

Maklum Balas BKSA Dalam Exit Conference Pada 28 Ogos 2017

BKSA menjalankan ujian kualiti air mentah berdasarkan parameter yang

digunakan oleh JAS dan KKM. BKSA sedang menjalankan usahasama

dengan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mewujudkan parameter

kualiti air mentah BKSA sendiri.

b. Kualiti Air Mentah di Muka Sauk

i. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) juga telah menjalankan siri pemantauan

dengan menjalankan pengujian terhadap kualiti air sungai di sembilan

muka sauk LRA. Berdasarkan laporan pengujian kualiti air sungai bagi

tahun 2014 hingga 2016 menunjukkan jumlah pelanggaran yang tinggi

berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Bertam, LRA Chin-Chin dan LRA

Merlimau seperti jadual berikut:

JADUAL 1.12 KUALITI AIR MENTAH CADANGAN

BIL. PARAMETER UNIT KRITERIA KUALITI AIR MENTAH

1. pH - 5.5 – 9.0

2. Kekeruhan NTU 1000

3. Warna TCU 300

4. BOD5 (20oC) mg/L 6

5. COD mg/L 10

6. Jumlah pepejal terlarut (TDS) mg/L 1500

7. Jumlah pepejal terampai (TSS) mg/L - -

8. Ammonia Nitrogen mg/L 1.5

9. Detergen anionik (MBAS) mg/L 1.0

10. Jumlah keliatan (CaCO3) mg/L 500

11. Jumlah nitrogen mg/L -

12. Nitrogen nitrat (N) mg/L 10

13. Sianid (CN) mg/L 0.07

14. Minyak dan gris mg/L 0.3

15. Zink (Zn) mg/L 3

16. Sodium (Na) mg/L 200

17. Kuprum (Cu) mg/L 1

18. Mangan (Mn) mg/L 0.2

19. Ferum (Fe) mg/L 1.0

20. Arsenik (As) mg/L 0.01

21. Plumbum (Pb) mg/L 0.05

22. Selenium (Se) mg/L 0.01

23. Merkuri (Hg) mg/L 0.001

24. Kadmium (Cd) mg/L 0.003

25 Klorida (Cl) mg/L 250

26. Sulfat SO4) mg/L 250.0

27. Kromium (Cr) mg/L 0.05

28. Magnesium (Mg) mg/L 150

Page 37: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 17

BIL. PARAMETER UNIT KRITERIA KUALITI AIR MENTAH

29. Perak (Ag) mg/L 0.05

30. Fenol 0.002

31. Jumlah koliform (TC) MPN / 100 mL 5000

32. E. coli MPN / 100 mL -

Sumber: KKM

JADUAL 1.13

PERATUSAN PELANGGARAN PIAWAIAN KUALITI AIR MENTAH DI MUKA SAUK BAGI TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2016

BIL. LOJI

RAWATAN AIR

TAHUN JUMLAH

PELANGGARAN

KEKERAPAN PELANGGARAN MENGIKUT PARAMETER (%)

TC NTU PH COD NO3-N NH3-N FE AI MN

DAERAH MELAKA TENGAH

1. LRA Bkt. Sebukor

Sampel air mentah bermula pada tahun 2017

DAERAH JASIN

2. LRA Asahan

2014 15 12.5

(6/48) 0 0

75 (9/12)

0 0 0 0 0

2015 9 0 0 0 75

(9/12) 0 0 0 0 0

2016 8 0 0 0 66.7

(8/12) 0 0 0 0 0

3. LRA Merlimau

2014 25 29.6

(8/27) 0

7.4 (2/27)

40 (2/5)

0 20

(1/5) 100 (5/5)

80 (4/5)

60 (3/5)

2015 29 8.8

(3/34) 0 0

88.9 (8/9)

0 0 77.8 (7/9)

100 (9/9)

22.2 (2/9)

2016 25 9 (4/44) 0 0 27.3

(3/11) 0 0

81.8 (9/11)

81.8 (9/11)

0

4. LRA Jus

2014 15 6.5

(3/46) 0 0

75 (9/12)

0 0 0 25

(3/12) 0

2015 10 2.2

(1/46) 0 0

75 (9/12)

0 0 0 0 0

2016 8 4.3

(2/47) 0 0

25 (3/12)

0 0 8.3

(1/12) 0

16.7 (2/12)

5. LRA Chin-Chin

2014 52 48

(24/50) 0

4 (2/50)

70.7 (9/12)

0 0 66.7

(8/12) 58.3

(7/12) 16.7

(2/12)

2015 38 35.6

(16/45) 0 0

50 (6/12)

0 0 83.3

(10/12) 50

(6/12) 0

2016 47 54.1

(26/48) 0 0

8.33 (1/12)

0 0 75

(9/12) 83.3

(10/12) 8.33

(1/12)

DAERAH ALOR GAJAH

6. LRA Bertam

2014 61 16.5

(17/103) 2.88

(3/104) 0

12.5 (3/24)

0 0 70.8

(17/24) 70.3

(17/24) 16.7

(4/24)

2015 105 60.4

(58/96) 1

(1/96) 0

20.8 (5/24)

0 0 95.8

(23/24) 75

(18/24) 0

2016 121 66.7

(68/102) 1.9

(2/102) 0

33.3 (4/12)

0 0 87.5

(21/24) 100

(24/24) 8.3

(2/24)

7. LRA Gadek

2014 26 26

(13/50) 12

(2/51) 0

33.3 (1/3)

0 0 4.17

(5/12) 33.3

(4/12) 8.3

(1/12)

2015 52 74

(37/50) 4

(2/50) 0

16.7 (2/12)

0 0 66.7

(8/12) 25

(3/12) 0

2016 45 54.9

(28/51) 1.9

(1/51) 0 0 0

8.3 (1/12)

75 (9/12)

50 (6/12)

0

8. LRA DAF 1

2014 Sampel air mentah bermula pada tahun 2015

2015 7 6.1

(3/49) 0 0

16.7 (2/12)

0 0 0 16.7

(2/12) 0

2016 9 0 0 0 33.3 (2/6)

0 0 0 58.3

(7/12) 0

Page 38: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 18

BIL. LOJI

RAWATAN AIR

TAHUN JUMLAH

PELANGGARAN

KEKERAPAN PELANGGARAN MENGIKUT PARAMETER (%)

TC NTU PH COD NO3-N NH3-N FE AI MN

9. LRA DAF 2

2014 LRA DAF 2 belum beroperasi

2015 12 6 (3/50) 0 0 16.7

(10/60) 0 0 0 0 0

2016 2 0 0 0 16.7 (1/6)

0 0 0 8.3

(1/12) 0

Sumber: JKN Nota: TC - Koliform NTU - Kekeruhan PH - Potential of Hidrogen COD – Chemical Oxygen Demand NO3-N - Nitrogen NH3-N – Nitrogen Hidrogen FE- Ferum AI – Aluminium MN – Mangan

ii. Berdasarkan jadual di atas, jumlah pelanggaran yang dicatatkan bagi

9 LRA di ketiga-tiga daerah sebanyak 721. Pelanggaran yang terendah

dicatatkan adalah di LRA DAF 1 sebanyak 16 manakala pelanggaran

tertinggi adalah di LRA Bertam iaitu sebanyak 287 bagi tahun 2014

hingga 2016 yang disebabkan oleh bacaan Ferum (Fe), Aluminium (AI)

dan Koliform (TC) yang tinggi. Di antara bahan-bahan pencemar utama

yang menyumbang kepada pencemaran tersebut ialah penggunaan baja

kimia dan racun rumpai, pengorekkan pasir, penternakan ikan keli,

ladang kelapa sawit dan ladang getah.

iii. Berdasarkan Laporan Kajian Kebersihan bagi tahun 2014 hingga 2016

oleh JKN juga menunjukkan terdapatnya pencemaran di semua sampel

sumber air yang dijalankan berpunca daripada aktiviti-aktiviti pertanian,

perladangan, perindustrian dan pembuangan sisa buangan serta

kumbahan. Di antara kawasan yang terlibat adalah di LRA Gadek, Bukit

Sebukur, Merlimau, Bertam, DAF dan Chin Chin adalah seperti berikut:

JADUAL 1.14 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN BERHAMPIRAN DENGAN SUMBER AIR

BIL.

LOJI RAWATAN

AIR/ EMPANGAN

SUMBER AIR

AKTIVITI YANG BOLEH

MENYEBABKAN PENCEMARAN

ULASAN LAPORAN

LAPORAN KAJIAN KEBERSIHAN 2014

1. Chin Chin Sungai Kesang, Sungai Chohong, Sungai Sempang Kerayong

Ladang kelapa sawit, penternakan, kolam ikan keli, perindustrian, perumahan, perniagaan

Memantau kawalan penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun dan aktiviti penternakan dan pembuangan sisa dari kandang.

LAPORAN KAJIAN KEBERSIHAN 2015

2. Bukit Sebukur

Sungai Durian Tunggal, Sungai Parit Melana, Sungai Melaka

Kilang kayu, bekas kilang dan kolam takungan sisa air getah (MARDEC), penternakan, pertanian, kolam ikan keli, perlombongan pasir

Pemantauan secara berkala perlu dibuat bagi memastikan tiada sisa yang dibuang ke dalam sungai. Mengambil tindakan supaya pengusaha ternakan ikan membina sistem rawatan air buangan. Kawalan pengeluaran permit pengorekkan pasir.

Page 39: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 19

BIL.

LOJI RAWATAN

AIR/ EMPANGAN

SUMBER AIR

AKTIVITI YANG BOLEH

MENYEBABKAN PENCEMARAN

ULASAN LAPORAN

3. Gadek Sungai Menggong, Sungai Batang Melaka, Sungai Tebong.

Pertanian, penternakan, aktiviti korekan dan pembersihan pasir, kolam ikan keli, ladang kelapa sawit dan getah.

Kawalan penggunaan baja kimia dan racun rumpai. Pemantauan aktiviti pengorekan pasir. Mengambil tindakan supaya pengusaha ternakan ikan membina sistem rawatan air buangan.

LAPORAN KAJIAN KEBERSIHAN 2016

4. Bertam 2 Sungai Batang Melaka, Sungai Parit Melana

Ladang kelapa sawit dan getah, penternakan, aktiviti korekan dan pembersihan pasir, kolam ikan keli.

Kawalan penggunaan baja kimia dan racun rumpai. Pemantauan aktiviti pengorekan pasir. Mengambil tindakan supaya pengusaha ternakan ikan membina sistem rawatan air buangan.

5. Bertam 1 Sungai Batang Melaka, Sungai Parit Melana

Ladang kelapa sawit dan getah, penternakan, aktiviti korekan dan pembersihan pasir, kolam ikan keli.

Kawalan penggunaan baja kimia dan racun rumpai. Pemantauan aktiviti pengorekan pasir. Mengambil tindakan supaya pengusaha ternakan ikan membina sistem rawatan air buangan kerana pencemaran terhadap parameter bakteria dikesan.

Sumber: JKN

Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017

BKSA memaklumkan data pelanggaran parameter kimia dan bakteria di

muka sauk loji kerap berlaku. Namun arahan henti tugas tidak dikeluarkan

selagi LRA tersebut mampu merawat air yang berkualiti rendah kepada air

terawat yang melepasi Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan KKM. LRA

Bertam seringkali menghadapi pelanggaran parameter kerana muka sauk

Bertam yang terletak di Sungai Melaka ini menerima air mentah dari jajaran

Sungai Batang Melaka yang merupakan sungai merentas sempadan iaitu

Negeri Sembilan. Masalah kualiti air mentah yang berkeruhan tinggi

seringkali menjadi isu sumber air di muka sauk loji yang terletak di jajaran

Sungai Melaka yang berada di downstreams Sungai Batang Melaka. Sejak

tahun 2013 sehingga tahun 2015, BKSA terlibat secara NBOS dalam kajian

kebersihan yang dijalankan oleh JKN. Pada tahun 2017, kajian kebersihan

akan dijalankan di Sungai Kesang dan Empangan Asahan serta Sungai

Tampin dan Sungai Batang Melaka.

c. Kualiti Air Di Kawasan Tadahan Air (Empangan)

i. Lawatan Audit ke atas dua empangan iaitu Empangan Jus dan

Empangan Durian Tunggal telah dijalankan bagi menentukan keadaan

dan kualiti air di kawasan tadahan air. Semakan Audit mendapati BKSA

Page 40: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 20

tidak menjalankan pemantauan secara berkala bagi kualiti air di kawasan

tadahan air.

ii. Berdasarkan Laporan Kajian Kebersihan bagi LRA Jus pada tahun 2015,

JAS memaklumkan bahawa tiada pemantauan dilakukan bagi kawasan

pencemaran di sekitar Empangan Jus kerana tiada inlet yang masuk dari

sumber air sungai dan longkang. Selain itu, terdapatnya aktiviti-aktiviti

yang boleh menyebabkan pencemaran seperti hakisan tanah, pertanian

tidak mengikut kontor, sisa kumbahan dilepaskan tanpa rawatan,

perumahan, ladang kelapa sawit dan getah serta penternakan. Pihak

Audit telah mendapatkan kerjasama dari Agensi Remote Sensing

Malaysia (ARSM) untuk mendapatkan imej setelit di kawasan terlibat.

Berdasarkan kepada imej Geographic Information System (GIS)

menunjukkan berlakunya perubahan mukabumi di sekitar kawasan

Empangan Jus yang disebabkan beberapa aktiviti penerokaan daripada

tahun 2007 sehingga 2016 seperti di gambar berikut:

GAMBAR 1.2

Empangan Jus

- Imej GIS Tahun 2007 (01.06.2017)

Page 41: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 21

GAMBAR 1.3

Empangan Jus

- Imej GIS Tahun 2014 (01.06.2017)

GAMBAR 1.4

Empangan Jus

- Imej GIS Tahun 2015 (01.06.2017)

Page 42: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 22

GAMBAR 1.5

Empangan Jus

- Imej GIS Tahun 2016 (01.06.2017)

iii. Berdasarkan kepada imej GIS juga menunjukkan berlakunya perubahan

mukabumi di sekitar kawasan Empangan Durian Tunggal yang

disebabkan beberapa aktiviti penerokaan dikesan bermula pada tahun

2007 sehingga 2016 seperti berikut:

GAMBAR 1.6

Empangan Durian Tunggal

- Imej GIS Tahun 2007 (01.06.2017)

Page 43: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 23

GAMBAR 1.7

Empangan Durian Tunggal

- Imej GIS Tahun 2014 (01.06.2017)

GAMBAR 1.8

Empangan Durian Tunggal

- Imej GIS Tahun 2015 (01.06.2017)

Page 44: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 24

GAMBAR 1.9

Empangan Durian Tunggal

- Imej GIS Tahun 2016 (01.06.2017)

iv. BKSA menjelaskan keadaan ini berlaku disebabkan kesan dari aktiviti

pertanian walaupun kawasan empangan adalah kawasan larangan yang

telah diwartakan. Namun, kelonggaran diberikan berdasarkan pewartaan

yang telah dibuat melalui Warta Kerajaan Negeri No. P.U. 20 bertarikh

8 Julai 2010 menjelaskan aktiviti yang dibenarkan di dalam kawasan

tadahan air dan tidak menjejaskan kualiti air. Ini menyebabkan aktiviti

pertanian diteruskan dan dikenakan sewaan tanah. Ketua Menteri

Melaka juga telah mengeluarkan kenyataan di akhbar utama pada

31 Oktober 2015 bagi memberhentikan aktiviti pertanian di dalam

kawasan Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus kerana aktiviti

ini telah menyumbang kepada kemerosotan kualiti air di dalam kawasan

empangan. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)

Bil.35/2015 bertarikh 7 Januari 2016 telah memutuskan untuk

menamatkan semua aktiviti di dalam kawasan empangan pada

penghujung tahun 2016. BKSA telah mengeluarkan notis penamatan

kepada pengusaha sehingga penghujung tahun 2017. Sekiranya

aktiviti-aktiviti ini tidak dapat dikawal dan dihentikan, fungsi air mentah di

kawasan tadahan air akan terjejas dan menyebabkan kemerosotan

kualiti alam sekitar. Kawasan aktiviti pertanian dan memancing adalah

seperti di gambar berikut:

Page 45: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 25

GAMBAR 1.10 GAMBAR 1.11

Empangan Jus

- Imej GIS Aktiviti Pembersihan Tanah Untuk Pertanian

(01.06.2017)

Empangan Jus - Aktiviti Pembersihan Tanah Untuk Pertanian

(01.06.2017)

GAMBAR 1.12 GAMBAR 1.13

Empangan Jus

- Imej GIS Aktiviti Kawasan Memancing (01.06.2017)

Empangan Jus - Aktiviti Memancing

(01.06.2017)

v. Di Empangan Durian Tunggal juga terdapat aktiviti penerokaan pertanian

seperti di gambar berikut:

GAMBAR 1.14

Empangan Durian Tunggal

- Aktiviti Penerokaan Pertanian (01.06.2017)

Page 46: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 26

GAMBAR 1.15

Empangan Durian Tunggal

- Aktiviti Penerokaan Pertanian Buah Naga (01.6.2017)

GAMBAR 1.16

Empangan Durian Tunggal

- Aktiviti Penerokaan Pertanian Pisang (01.06.2017)

GAMBAR 1.17

Empangan Durian Tunggal

- Aktiviti Penerokaan Pertanian Kelapa Sawit (01.06.2017)

d. Kualiti Air Mentah Bagi Pelesen

Bagi setiap pemegang lesen abstraksi air mentah, BKSA perlu menjalankan

pemeriksaan kualiti air mentah berdasarkan Garis Panduan Kualiti Air

Mentah KKM setiap tiga bulan sekali bagi memastikan kualiti air mentah

berada dalam keadaan bersih. Semakan Audit mendapati pada tahun 2014

hingga 2016 pihak BKSA hanya menjalankan pemeriksaan kualiti air

sebanyak setahun sekali. BKSA menjelaskan analisa kualiti air mentah tidak

dapat dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan kerana masalah

kekurangan pegawai walaupun permohonan pertambahan perjawatan telah

Page 47: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 27

dibuat pada tahun 2015. Kesannya, tahap kualiti air mentah tidak dapat

ditentukan pencemarannya.

Maklum Balas BKSA dalam Exit Conference pada 28 Ogos 2017

Pengawalan di kawasan empangan telah ditukar dari syarikat pengawal

keselamatan kepada polis bantuan dan pemasangan pagar secara

berperingkat serta papan tanda amaran. BKSA menjalankan pemantauan

kualiti air mentah sebanyak sekali setahun manakala JKN sebanyak tiga

kali setahun. Penamatan aktiviti pertanian telah dibuat secara berperingkat

dan tiada lagi pemajak dibenarkan berada dalam kawasan tanah rizab

kerajaan di Empangan Jus dan Empangan Durian Tunggal mulai

1 Januari 2018.

Pada pendapat Audit, kualiti sumber air mentah adalah tidak memuaskan

kerana tidak dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dimana kualiti air

mentah di kawasan tadahan air (empangan) tercemar disebabkan aktiviti

pencerobohan serta ujian kualiti air mentah bagi pelesen tidak dijalankan

mengikut peraturan yang ditetapkan.

1.5.3. Pelesenan

Negeri Melaka telah mewartakan caj abstraksi air mentah pada 21 Jun 2012 yang

menyatakan kadar caj abstraksi air mentah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.

Premis, pengusaha industri atau individu yang menggunakan sumber air bagi tujuan

komersial hendaklah memohon lesen abstraksi air bumi, air laut, sungai dan lain-lain

sumber air daripada BKSA yang diberi tanggungjawab mengeluar dan

memperbaharui lesen tersebut.

1.5.3.1. Notis Pemberitahuan Caj Abstraksi Air Mentah

a. Menurut Seksyen 9, Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014

menyatakan tiada seseorang pun boleh mengabstrak air daripada mana-

mana sumber air seperti air bumi, sungai, tasik, kolam, tanah perairan,

perairan pantai dan badan air lain serta kawasan tadahan air bagi apa jua

tujuan melainkan jika diberikan lesen oleh Pengarah Sumber Air. Setiap

permohonan lesen yang diluluskan akan dikenakan fi sebanyak RM350 dan

tempoh sah lesen adalah selama 1 tahun. Di dalam proses pelesenan

abstraksi air mentah, terdapat dua borang yang disediakan iaitu Borang A

(Abstraksi Air Bumi) dan Borang B (Abstraksi Air Laut, Sungai dan lain-lain

sumber air). Lesen ini hendaklah diperbaharui tiga bulan sebelum tamat

tempoh dan tidak lebih daripada setahun. Setiap permohonan dan

pembaharuan lesen hendaklah diangkat untuk pertimbangan Pihak

Berkuasa Negeri melalui MMKN untuk diluluskan.

Page 48: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 28

b. Semakan Audit mendapati BKSA telah mengeluarkan sebanyak 401 notis

pemberitahuan kepada syarikat-syarikat yang mengabstrak air mentah

supaya membuat permohonan lesen dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat

dan menyertakan bayaran fi proses sebanyak RM150 dan lesen sebanyak

RM350. Sehingga tahun 2016 sebanyak 79 pemegang lesen abstraksi air

bumi dan air laut, sungai dan lain-lain sumber air yang telah diluluskan

seperti di Jadual 1.15. Manakala baki 322 syarikat yang lain, BKSA tidak

membuat tindakan susulan bagi memastikan syarikat ini di lesenkan untuk

abstraksi air mentah. Anggaran kehilangan hasil dari baki syarikat yang tidak

membuat permohonan lesen tahun 2012 hingga 2016 adalah berjumlah

RM0.81 juta selama lima tahun.

JADUAL 1.15 STATISTIK PEMEGANG LESEN ABSTRAKSI

AIR MENTAH BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016

SEKTOR BILANGAN LESEN

2014 2015 2016

Perladangan 7 8 8

Penternakan 13 25 28

Industri 8 9 13

Perhotelan 1 4 7

Perlombongan 2 2 4

Pertanian 5 10 10

Operator Air 8 9 9

JUMLAH 44 67 79

Sumber: BKSA

1.5.3.2. Lesen Lewat Dikeluarkan

Piagam pelanggan BKSA menetapkan lesen yang dipohon oleh pengguna air

mentah dikeluarkan sekurang-kurangnya enam bulan dari tempoh pembelian

borang dan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tujuh hari bekerja dari

tarikh disahkan oleh MMKN. Semakan Audit terhadap 30 atau 38% daripada

79 syarikat mendapati proses pengeluaran lesen mengambil masa yang lama

antara 30 hingga 180 hari terutama bagi pembaharuan lesen. Ini disebabkan

permohonan lewat diangkat ke mesyuarat MMKN untuk diluluskan. Walaupun

lesen telah tamat tempoh dan lewat diperbaharui, operasi syarikat tetap berjalan

seperti biasa dan caj abstraksi air mentah dibayar mengikut bil yang telah

dikeluarkan.

1.5.3.3. Abstraksi Air Mentah Tanpa Lesen

Seksyen 8(1) Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014 pula menyatakan

Pengarah boleh melalui notis untuk mencegah kepada pengguna yang

menyebabkan pencemaran/pengelodakan sumber air dan kawasan tadahan air.

Page 49: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 29

Seksyen 9(1)(c), Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014 menyatakan tiada

seorang pun boleh mengabstrak air daripada mana-mana sumber air termasuk

mengusahakan, mengadakan atau menyediakan apa-apa perikanan dan

penternakan melainkan jika diberikan lesen untuk berbuat demikian oleh

Pengarah. Seksyen 9(3), Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014

menetapkan mana-mana syarikat yang mengabstrak air mentah tanpa lesen

boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Jika kesalahan tersebut

masih berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi

setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan.

Seksyen 11, Enakmen Pembekalan Air (Negeri Melaka) 2002 menyatakan

mana-mana syarikat yang mengambil air tanpa lesen boleh dikenakan denda

tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh

tahun atau kedua-duanya. Seksyen 39 menyatakan mana-mana orang dengan

sengaja atau cuai mencemarkan atau menyebabkan air di dalam mana-mana

sumber air dan kawasan tadahan air melakukan kesalahan dan apabila

disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 72(1)

menyatakan Pengarah boleh dengan keizinan pendakwaraya mengkompaun

kesalahan di bawah subseksyen ini.

a. Penternakan Babi

i. Semakan Audit mendapati terdapat 30 pengusaha yang melibatkan

36 kandang ternakan babi di Paya Mengkuang, Alor Gajah yang

beroperasi sejak tahun 2007 berdasarkan pada imej GIS yang bertanda

segi tiga berwarna kuning seperti berikut:

GAMBAR 1.18

Paya Mengkuang, Alor Gajah

- Aktiviti Penternakan Babi Tahun 2007 (01.06.2017)

Page 50: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 30

GAMBAR 1.19

Paya Mengkuang, Alor Gajah

- Aktiviti Penternakan Babi Tahun 2016 (01.06.2017)

ii. Pada bulan Mac 2017, lawatan penguatkuasaan telah dijalankan oleh

BKSA keatas aduan yang diterima daripada penduduk sekitar mengenai

bau busuk serta pencemaran pantai di Pengkalan Balak dan Sungai

Tuang ekoran penternakan babi di kawasan berkenaan. Hasil lawatan

mendapati terdapat aktiviti abstraksi air daripada kolam dengan

penggunaan melebihi lima meter padu serta terdapat kolam kumbahan

disediakan. Pada 19 April 2017, pihak BKSA telah mengeluarkan notis

pemberitahuan kepada kesemua pengusaha ternakan babi tersebut

untuk mendapatkan lesen abstraksi air mentah. Mengikut pengiraan

Audit, anggaran kehilangan hasil bagi aktiviti penternakan babi dari tahun

2012 sehingga 2016 berjumlah RM90,000. Masalah pencemaran yang

disebabkan aktiviti penternakan babi ini telah dilaporkan di dalam akhbar

bertarikh 12 Mei 2017 dan 17 Mei 2017 dan aktiviti tersebut seperti di

gambar berikut:

GAMBAR 1.20 GAMBAR 1.21

Paya Mengkuang, Alor Gajah

- Kandang Ternakan Babi (01.06.2017)

Paya Mengkuang, Alor Gajah -Kolam Sisa Kumbahan Ternakan Babi

(01.06.2017)

Page 51: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 31

b. Penternakan Unggas

Semakan Audit mendapati BKSA telah memohon maklumat senarai

pengusaha penternakan ayam daripada JPV pada tahun 2013.

Bagaimanapun, hanya 28 pengusaha ternakan ayam sahaja yang dikenakan

caj abstraksi air mentah sejak tahun 2014 berbanding maklumat yang

diterima sebanyak 165 pengusaha. Mengikut pengiraan Audit, anggaran

kehilangan hasil bagi aktiviti penternakan ini dari tahun 2012 hingga 2016

berjumlah RM342,500.

c. Penternakan Kolam Ikan

Semakan Audit mendapati BKSA telah mendapatkan maklumat senarai

kolam ikan dari Jabatan Perikanan Negeri Melaka. Sebanyak 861 kolam/

sangkar dari 209 orang penternak ikan telah didaftarkan. Bagaimanapun,

pihak Audit mendapati BKSA belum mengenakan lesen ke atas penternak

ini. Lawatan Audit telah dijalankan di lima buah kolam ternakan dan kolam

pancing seperti di Gambar 1.22 hingga Gambar 1.27 namun aktiviti

abstraksi air mentah tidak dapat disahkan kerana tiada pegawai

penguatkuasa BKSA yang turut serta dalam lawatan tersebut. Ini kerana

BKSA masih belum menguatkuasakan lesen bagi aktiviti penternakan ikan

yang mengabstrak air mentah. Mengikut pengiraan Audit, anggaran

kehilangan hasil bagi aktiviti penternakan ini dari tahun 2012 hingga 2016

berjumlah RM522,500.

GAMBAR 1.22 GAMBAR 1.23

Daerah Jasin

- Kolam Ternakan dan Pancing Ikan Masin (02.07.2017)

Daerah Jasin - Kolam Ternakan dan Pancing Ikan Masin

(02.07.2017)

GAMBAR 1.24 GAMBAR 1.25

Daerah Jasin

- Kolam Ternakan dan Pancing Ikan Masin (02.07.2017)

Daerah Jasin - Kolam Ternakan dan Pancing Ikan Masin

(02.07.2017)

Page 52: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 32

GAMBAR 1.26 GAMBAR 1.27

Daerah Melaka Tengah

- Kolam Pancing Bukit Katil (02.07.2017)

Daerah Melaka Tengah - Kolam Pancing Cheng

(02.07.2017)

d. Semakan Audit selanjutnya mendapati pemantauan yang dilaksanakan oleh

BKSA hanya berdasarkan aduan yang diterima berkaitan dengan isu

pencemaran. Rekod aduan juga tidak diselenggarakan dengan baik pada

tahun 2014 hingga 2015. Semakan Audit terhadap 13 aduan bagi tahun

2016 dan 2017 mendapati BKSA hanya mengeluarkan notis untuk

mendapatkan lesen abstraksi air dan kesalahan mengalirkan sisa kumbahan

terus ke sungai atau parit sebelum dirawat. BKSA masih tidak mengenakan

tindakan tegas ke atas kesalahan tersebut.

e. Lawatan Audit juga telah dijalankan ke sebuah kilang yang mempunyai

saluran paip yang dibina dari kolam bersebelahan dikhuatiri telah

menjalankan aktiviti abstraksi air mentah. Semakan silang dari senarai

pelesen abstraksi air mentah juga mendapati kilang ini tiada dalam senarai

kilang yang telah dilesenkan. Aktiviti berkenaan adalah seperti di gambar

berikut:

GAMBAR 1.28 GAMBAR 1.29

Daerah Melaka Tengah

- Kilang Mengabstraksi Air Mentah Dikhuatiri Tanpa Lesen (02.07.2017)

f. Hal ini berlaku kerana BKSA belum menguatkuasakan sepenuhnya

Enakmen dan tidak menjalankan pemantauan serta penguatkuasaan secara

menyeluruh kepada semua pengusaha ternakan di Negeri Melaka. BKSA

menjelaskan keadaan sedia ada organisasi BKSA daripada segi bilangan

staf yang tidak mencukupi untuk membolehkan BKSA bertindak dengan

Page 53: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 33

berkesan dalam melaksanakan tanggungjawabnya terutamanya dari segi

penguatkuasaan kompaun. Bermula pada bulan Mac 2017, pegawai

penyiasat akan menyediakan kertas siasatan dan dibincangkan di dalam

Mesyuarat Pengurusan BKSA untuk menentukan samada tindakan

perundangan wajar dikenakan kepada pesalah. Selain itu, BKSA juga telah

mewujudkan Peraturan-Peraturan Abstraksi Air, Carigali, Pelencongan Air

Dan Aktiviti Pengubahan Sumber (Negeri Melaka) 2016 yang menjelaskan

secara terperinci berkenaan caj abstraksi air mentah mengikut kategori

seperti pertanian, perladangan, penternakan, perikanan, penternakan katak

dan kolam memancing bagi mengambil tindakan untuk memulakan

penguatkuasaan dan kutipan hasil penggunaan abstraksi air mentah.

Bagaimanapun, sehingga tahun 2017, Peraturan ini masih belum

dikuatkuasakan.

Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017

BKSA memaklumkan pentadbiran telah mengambil langkah pendekatan ke

arah untuk pelesenan dengan menjalankan kunjung hormat ke

Agensi/Jabatan bertanggungjawab seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar

dan Jabatan Perikanan bagi penerangan fungsi BKSA dan tujuan

pelesenan. Selain itu, berlaku pertindihan kuasa dalam menguatkuasakan

undang-undang berkaitan pencemaran di antara PBT dan BKSA. Dari segi

kompaun, BKSA belum dapat menguatkuasakan lagi kerana pegawai sedia

ada tiada kemahiran. BKSA juga telah menghantar kertas siasatan bagi kes

pencemaran akibat ternakan babi di Paya Mengkuang pada 11 Ogos 2017

kepada Timbalan Pendakwaraya bagi mendapatkan kebenaran mendakwa.

Pada pendapat Audit, pelesenan abstraksi air mentah adalah tidak

memuaskan kerana tidak dijalankan dengan cekap dan berkesan dimana

tiada tindakan susulan terhadap notis pemberitahun caj abstraksi air

mentah yang dikeluarkan, lesen abstraksi air mentah lewat dikeluarkan dan

berlakunya abstraksi air mentah tanpa lesen kerana penguatkuasaan tidak

dijalankan secara berkala.

1.5.4. Pengurusan Hasil

1.5.4.1. Prestasi Kutipan Caj Abstraksi Air Mentah dan Royalti Air

Bagi tahun 2014 hingga 2016, sejumlah RM24.34 juta kutipan hasil telah

diperolehi berbanding anggaran sebanyak RM28.30 juta seperti di Jadual 1.16.

Pada tahun 2016 kutipan hasil meningkat sejumlah RM13.09 juta berbanding

pada tahun 2015 sebanyak RM5.27 juta disebabkan bayaran royalti air dari

SAMB berjumlah RM4.50 juta. Bagaimanapun, kutipan hasil bagi tahun 2015

menurun kepada RM5.27 juta berbanding pada tahun 2014 iaitu berjumlah

Page 54: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 34

RM5.98 juta yang disebabkan caj abstraksi air mentah dan royalti air tidak dapat

dikutip mengikut anggaran yang ditetapkan. Pada tahun 2014, kutipan hasil

berjumlah RM4.38 juta adalah tinggi kerana termasuk tunggakan caj abstraksi

air mentah oleh SAMB sebanyak RM2.93 juta bagi tahun 2012.

JADUAL 1.16 CAJ ABSTRAKSI AIR MENTAH DAN ROYALTI AIR BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016

TAHUN

ABSTRAKSI AIR ROYALTI AIR JUMLAH

KESELURUHAN

ANGGARAN (RM Juta)

SEBENAR (RM Juta)

ANGGARAN (RM Juta)

SEBENAR (RM Juta)

ANGGARAN (RM Juta)

SEBENAR (RM Juta)

2014 6.50 4.38 2.00 1.60 8.50 5.98

2015 7.00 3.97 2.00 1.30 9.00 5.27

2016 9.00 8.59 1.80 4.50 10.80 13.09

JUMLAH 22.50 16.94 5.80 7.40 28.30 24.34

Sumber: Bajet JKM dan Laporan Prestasi Hasil BKSA

1.5.4.2. Tunggakan Caj Abstraksi Air Mentah oleh SAMB

Semakan Audit mendapati caj abstraksi air mentah SAMB bagi tahun 2014

hingga 2016 adalah berjumlah RM16.06 juta. Sehingga bulan Disember 2016,

bayaran yang telah dijelaskan adalah berjumlah RM6.97 juta dan baki

tunggakan berkurangan kepada RM9.10 juta. Tunggakan ini tidak dapat

dijelaskan sepenuhnya kerana SAMB telah memohon pengurangan kadar

bayaran caj abstraksi air mentah namun ditolak semenjak tahun 2013. Selain itu,

SAMB juga memaklumkan di dalam Minit Mesyuarat Pemantauan Ke Atas

Tunggakan Caj Air Mentah Bil.2/2016 kerana masalah kewangan. Butiran

terperinci adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 1.17 TUNGGAKAN CAJ ABSTRAKSI AIR MENTAH OLEH SAMB SEHINGGA 31 DISEMBER 2016

TAHUN CAJ ABSTRAKSI AIR

MENTAH (RM Juta)

BAYARAN (RM Juta)

TUNGGAKAN (RM Juta)

2014 3.10 - 3.10

2015 6.32 6.32 -

2016 6.64 0.65 6.00

JUMLAH 16.06 6.97 9.10

Sumber: BKSA

1.5.4.3. Bil Caj Abstraksi Air Mentah Lewat Dibayar

Mengikut syarat lesen, pemegang lesen perlu mengemukakan bacaan

penggunaan air mentah kepada BKSA pada setiap bulan selewat-lewatnya pada

5hb. Pemegang lesen perlu membayar bil air mentah selewat-lewatnya pada

25hb. Bagi pemegang lesen yang lewat membayar selepas 25hb BKSA akan

menghantar notis peringatan kepada pemegang lesen. Semakan Audit

Page 55: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 35

mendapati bagi tahun 2015, sebanyak sembilan pemegang lesen telah lewat

membayar bil bagi tempoh antara tiga hingga 42 bulan yang berjumlah

RM14.01 juta. Manakala bagi tahun 2016, sebanyak 16 pemegang lesen telah

lewat membayar bil abstraksi air antara dua hingga 10 bulan yang berjumlah

RM87,253. Ini disebabkan BKSA tidak menetapkan pegawai yang khusus untuk

menguruskan perkara ini yang akan mengurangkan hasil Kerajaan Negeri.

Butiran lanjut seperti di jadual berikut:

JADUAL 1.18 PEMEGANG LESEN LEWAT MEMBAYAR BIL CAJ

ABSTRAKSI AIR MENTAH PADA 31 DISEMBER 2016

BIL. TARIKH NOTIS

TEMPOH TERTUNGGAK (Bulan)

BILANGAN PEMEGANG LESEN

JUMLAH TUNGGAKAN (RM)

TAHUN 2015

1. 02.09.2015 3 - 42 3 13,982,912

2. 01.10.2015 2 1 684

3. 02.11.2015 2 - 5 5 29,659

JUMLAH 9 14,013,255

TAHUN 2016

1. 06.01.2016 2 - 3 3 3,119

2. 04.02.2016 2 2 2,340

3. 07.06.2016 2 - 10 6 65,625

4. 24.10.2016 3 1 499

5. 13.10.2016 3 1 1,814

6. 18.08.2016 3 2 2,484

7. 29.07.2016 2 1 11,373

JUMLAH 16 87,253

Sumber: BKSA

Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017

BKSA memaklumkan SAMB telah menyelesaikan tunggakan bayaran bagi bil caj air mentah dari bulan Februari 2016 sehingga Ogos 2016 berjumlah RM3.89 juta.

Pada pendapat Audit, pengurusan hasil adalah tidak memuaskan kerana

tidak dilaksanakan secara cekap dan berkesan terutama berlakunya

tunggakan caj abstraksi air mentah yang tinggi dan kelewatan dalam

pembayaran bil caj abstraksi air mentah.

1.5.5. Penutupan Dan Pemberhentian Operasi Abstraksi Air Mentah

1.5.5.1. Kaedah Penutupan Tidak Spesifik

a. Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014 tidak menjelaskan secara

terperinci mengenai penutupan atau pemberhentian operasi lesen abstraksi

air. Walau bagaimanapun penutupan dan pemberhentian operasi telah

Page 56: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 36

dijelaskan di dalam Seksyen 13(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Abstraksi

Air, Carigali, Pelencongan Air Dan Aktiviti Pengubahan Sumber (Negeri

Melaka) 2016 yang menyatakan tindakan penutupan dan pemberhentian

operasi abstraksi air perlu dimaklumkan secara bertulis kepada Pengarah

dalam tempoh 14 hari sebelum langkah tersebut diambil dan kos yang timbul

hendaklah ditanggung oleh pemegang lesen.

b. Lawatan Audit bersama penguatkuasa BKSA mendapati sebuah kilang

(Hexachase Packaging Sdn Bhd) telah menutup operasi dua telaga aktiviti

abstraksi air mentah seperti di gambar berikut. Notis untuk memohon lesen

abstraksi air telah dikeluarkan pada tahun 2012 kepada kilang tersebut

namun tiada maklum balas diterima dari syarikat berkenaan. Kilang tersebut

juga telah bertukar operasi dan pemilik. Lawatan juga dijalankan di kilang

tisu di kawasan perindustrian Krubong yang memegang tiga lesen abstraksi

air mentah sejak tahun 2012 seperti di gambar berikut. Pengusaha telah

membuat satu penutupan pam abstraksi air tetapi tidak menimbus tempat

tersebut. Ini disebabkan tiada pemantauan dan penguatkuasaan yang

menyeluruh dijalankan menyebabkan penggunaan abstraksi air mentah tidak

dapat dipastikan oleh BKSA sehingga kepada penutupan dan penggunaan

telaga tersebut.

GAMBAR 1.30 GAMBAR 1.31

Perindustrian di Malim

-Telaga Yang Telah Ditutup (01.06.2017)

Perindustrian di Krubong -Telaga Yang Telah Ditutup

(01.06.2017)

1.5.5.2. Pemberhentian Abstraksi Air Mentah Tidak Dijalankan

a. Seksyen 37(7) Enakmen Sumber Air Negeri Melaka (2014) menyatakan

sekiranya apa-apa caj yang dikenakan di bawah subseksyen (1) masih

belum dibayar dan tertunggak melebihi 90 hari, Pengarah boleh

menghentikan untuk membekalkan air atau sumber-sumber itu mengikut

mana berkenaan dan Pengarah boleh mengambil tindakan tertentu yang ia

anggap perlu bagi menghentikan pembuangan, aliran atau pembekalan air

atau sumber-sumber itu. Selain itu, Peraturan-Peraturan Abstraksi, Cari Gali,

Pelencongan Air dan Aktiviti Pengubahan Sumber (Negeri Melaka) 2016 di

bawah seksyen 16(1) apa-apa jumlah wang yang berkenaan dengan aktiviti

yang dilesenkan hendaklah kena dibayar dalam masa 30 hari dari tarikh

Page 57: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 37

penyerahan bil, notis, resit atau inbois dan jika jumlah ini tidak dibayar

sedemikian, jumlah ini boleh didapatkan oleh Pengarah sebagai suatu

hutang terakru kepada Kerajaan Negeri melalui tindakan sivil di mahkamah.

b. Semakan Audit terhadap tunggakan caj abstraksi air mentah bagi tahun

2015 dan 2016 mendapati tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh

BKSA dalam menghentikan abstraksi air mentah walaupun tunggakan telah

melebihi 90 hari dan BKSA hanya mengeluarkan notis tunggakan sahaja.

Bagi tahun 2015, sebanyak enam pemegang lesen mempunyai tunggakan

bayaran caj bulanan berjumlah RM14 juta bermula dari tiga hingga 42 bulan.

Manakala, bagi tahun 2016 tunggakan bayaran caj bulanan dari tiga hingga

10 bulan berjumlah RM70,157. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

JADUAL 1.19 TUNGGAKAN MELEBIHI 3 BULAN

BIL. TARIKH NOTIS BULAN TERTUNGGAK TEMPOH (BULAN)

JUMLAH TUNGGAKAN (RM)

TAHUN 2015

1

2.09.2015

Mei - Julai 2015 3 132

Mei - Julai 2015 3 1,272

2012 - Julai 2015 42 13,981,506

2 1.10.2015 Mei – Sept 2015 5 4,160

3 2.11.2015

Jun - Sept 2015 4 332

Julai – Sept 2015 3 15,000

JUMLAH 14,001,570

TAHUN 2016

1 6.01.2016 Sept - Dis 2015 4 1,430

2

7.06.2016

Ogos 2015 – Jan 2016 6 10,560

Mei - Sept 2015 5 4,160

Julai – April 2016 10 49,660

3 18.08.2016 Mei - Julai 2016 3 2,034

4 24.10.2016 Julai - Sept 2016 3 499

5 13.10.2016 Julai - Sept 2016 3 1,814

JUMLAH 70,157

Sumber: BKSA

Maklum Balas BKSA yang Diterima pada 30 Ogos 2017

BKSA memaklumkan lawatan semula ke tapak premis yang tidak lagi

mengabstrak air mentah turut dijalankan oleh pentadbiran ini kepada

Syarikat Risda Semaian dan Landskap Sdn. Bhd. Pentadbiran sedang

meneliti kaedah bersesuaian daripada pihak Jabatan Mineral dan Geosains

namun begitu masih tidak ada lagi kaedah bersesuaian telah dijalankan di

Negeri Sembilan mahupun Melaka. Kaedah lain akan dikaji bagi usaha

menambahbaik kaedah penutupan dan pemberhentian operasi air mentah.

Page 58: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 38

Pada pendapat Audit, proses penutupan dan pemberhentian operasi

abstraksi air mentah adalah tidak memuaskan kerana kaedah tidak

dijelaskan secara terperinci dan pemberhentian ke atas pelesen yang lewat

menjelaskan bil caj abstraksi air mentah melebihi tempoh yang ditetapkan

tidak dibuat.

1.6. SYOR AUDIT

Bagi memastikan pengurusan kawal selia sumber air Negeri Melaka diuruskan dengan

cekap dan berkesan selaras dengan objektif yang ditetapkan adalah disyorkan BKSA

supaya melaksanakan perkara-perkara berikut:

1.6.1. menjalankan kajian secara terperinci berkaitan kuantiti, kualiti dan sumber

alternatif air mentah bagi memastikan bekalan sumber air mentah yang optimum

dan mencukupi serta terjamin kualitinya; dan

1.6.2. memastikan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan empangan, lesen

abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain perkara yang berkaitan

dibuat secara berkala.

Page 59: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 39

JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA

2. PENGENDALIAN AKAUN AMANAH NELAYAN NEGERI MELAKA

2.1 LATAR BELAKANG

2.1.1. Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka telah ditubuhkan pada

1 November 1997 dengan nama Akaun Amanah Tabung Pembangunan Nelayan

Negeri Melaka (TPN) melalui Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan

Seksyen 9(3). Pada 28 September 2005 Arahan Amanah TPN telah dipinda dan

objektif penubuhan adalah untuk memberi bantuan kepada nelayan berdaftar

dengan Jabatan Perikanan Negeri Melaka yang terjejas akibat aktiviti penambakan

laut dan lain-lain kerja pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Akaun ini

dikawal oleh Pegawai Kewangan Negeri Melaka merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah dan Bendahari Negeri

bertanggungjawab menyelenggara akaun tersebut bagi penerimaan dan

pembayaran.

2.1.2. Pada 14 November 2014, Arahan Amanah Akaun Amanah Nelayan Negeri

Melaka telah dipinda bagi meluaskan skop penggunaan wang daripada akaun ini.

Objektif akaun amanah selepas pindaan Arahan Amanah adalah seperti berikut:

i. bayaran sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan konsesi

penambakan laut mengikut kelulusan Jawatankuasa Menangani Isu

Tuntutan Nelayan;

ii. bayaran sagu hati kepada nelayan selain yang terlibat dengan konsesi

penambakan laut mengikut kelulusan Jawatankuasa Menangani Isu

Tuntutan Nelayan;

iii. menambah baik infrastruktur dan kemudahan bagi kegunaan nelayan;

iv. pembangunan Modal Insan di kalangan komuniti nelayan; dan

v. pelaburan dan simpanan tetap yang ditadbir oleh Bendahari Negeri.

2.1.3. Mengikut Arahan Amanah Akaun Amanah Nelayan, wang yang boleh

dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Nelayan adalah terimaan daripada syarikat-

syarikat yang mendapat konsesi penambakan laut di pantai Negeri Melaka,

terimaan selain daripada syarikat-syarikat konsesi penambakan laut, terimaan

daripada agensi-agensi atau daripada orang awam dan faedah daripada simpanan

tetap yang ditadbirkan daripada pelaburan oleh Bendahari Negeri. Butiran lanjut

kedudukan kewangan Akaun Amanah Nelayan bagi tahun 2014 hingga 2016 adalah

seperti jadual berikut:

Page 60: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 40

JADUAL 2.1 KEDUDUKAN KEWANGAN AKAUN AMANAH

NELAYAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016

TAHUN BAKI AWAL

(RM Juta) TERIMAAN (RM Juta)

PERBELANJAAN (RM Juta)

BAKI AKHIR (RM Juta)

2014 10.43 5.89 0.00* 16.31

2015 16.31 4.87 0.20 20.98

2016 20.98 15.74 1.64 35.09

Sumber: Penyata Terimaan Dan Bayaran Nota: * - RM14,500

2.1.4. Jawatankuasa Menangani Isu Tuntutan Nelayan (JKMITN) telah

ditubuhkan bagi membincangkan cadangan/usul permasalahan nelayan serta

tuntutan ganti rugi dan sagu hati kepada nelayan yang terjejas akibat projek

penambakan laut di Negeri Melaka sebelum dibawa ke dalam Jawatankuasa

Pentadbiran Akaun Amanah Nelayan untuk kelulusan. Mesyuarat JKMITN

dipengerusikan oleh Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan dan

bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun mengikut permasalahan yang

dihadapi oleh nelayan. Urus setia bagi mesyuarat JKMITN adalah Jabatan

Perikanan Negeri Melaka.

2.1.5. Projek-projek infrastruktur bagi kemudahan nelayan seperti pembinaan jeti

nelayan, menara tinjau, projek membina struktur hakisan pantai (groyne) dan projek

mendalamkan sungai dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri

Melaka.

2.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan bagi menilai pengendalian Akaun Amanah Nelayan

diuruskan dengan cekap dan mencapai objektif yang ditetapkan di dalam arahan

amanah.

2.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan adalah terhadap pengendalian Akaun Amanah Nelayan di Jabatan

Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM). Perkara utama yang diliputi

di dalam pengauditan ini adalah penerimaan sumbangan, agihan bantuan / sagu hati,

dan penggunaan dana untuk tujuan perolehan kerja, perolehan peralatan,

pembangunan modal insan di kalangan komuniti nelayan serta pelaburan. Selain itu,

data dan maklumat yang berkaitan diperolehi daripada Jabatan Perikanan Negeri

Melaka (JPM), Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPENM) dan Jabatan

Pengairan dan Saliran Negeri Melaka (JPS) meliputi tempoh tahun 2014 hingga 2016.

Page 61: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 41

2.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan adalah dengan menyemak, mengkaji dan memeriksa rekod

serta dokumen. Lawatan fizikal, temu bual dan soal selidik dengan pegawai serta

nelayan turut dilakukan bagi mendapat maklum balas dan pengesahan.

2.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan mulai April 2017 hingga Julai 2017 terhadap aspek

penerimaan sumbangan, agihan bantuan / sagu hati, dan penggunaan dana untuk

tujuan perolehan, pembangunan modal insan di kalangan komuniti nelayan serta

pelaburan mendapati, secara keseluruhannya pengendalian Akaun Amanah Nelayan

adalah tidak memuaskan disebabkan perbelanjaan tidak diuruskan dengan cekap dan

berkesan seperti pembayaran sagu hati yang dibuat tanpa garis panduan dan

perolehan tidak dapat dimanfaatkan oleh nelayan. Sungguhpun demikian dari aspek

penerimaan sumbangan adalah memuaskan kerana kutipan sumbangan telah

mencapai 83.1% berbanding sasaran. Di antara kelemahan yang ditemui adalah seperti

berikut:

i. kadar bayaran sagu hati kepada nelayan yang terjejas akibat penambakan laut

dan lain-lain projek pembangunan adalah berbeza-beza;

ii. objektif perolehan kerja infrastruktur yang dilaksanakan tidak tercapai kerana

tidak dapat dimanfaatkan oleh nelayan;

iii. pembangunan modal insan di kalangan komuniti nelayan tidak dirancang; dan

iv. tiada perancangan bagi pelaburan dan simpanan tetap terhadap lebihan baki

akaun amanah untuk memperolehi pulangan yang optimum.

Perkara yang ditemui dan maklum balas JKPNM telah dibincangkan dalam

Exit Conference pada 18 Ogos 2017. Penjelasan lanjut mengenainya adalah seperti di

perenggan berikut:

2.5.1. Sumbangan Tabung Ekonomi Nelayan dan Sagu Hati Nelayan yang

Diterima oleh Kerajaan Negeri Bagi Nelayan Pantai yang Terjejas Akibat

Penambakan Laut

2.5.1.1. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan

Bilangan 8 Tahun 2013 telah menetapkan syarikat-syarikat konsesi yang terlibat

dengan penambakan laut dikehendaki membuat bayaran sumbangan Tabung

Ekonomi Nelayan dan bayaran sumbangan sagu hati kepada nelayan. Kadar

yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi bayaran sumbangan Tabung

Ekonomi adalah RM5,000 bagi setiap ekar dan RM0.50 bagi setiap kaki persegi

sebagai bayaran sumbangan sagu hati kepada nelayan berkuat kuasa mulai

tahun 2010.

Page 62: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 42

2.5.1.2. Kerajaan Negeri mensasarkan kutipan sumbangan keseluruhan

berjumlah RM45.53 juta berdasarkan kadar tersebut bagi 15 buah syarikat

konsesi penambakan laut dan satu syarikat yang menjalankan projek

pembangunan kemudahan Liquefied Natural Gas Regasification (LNG). Butiran

lanjut adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 2.2 SUMBANGAN MENGIKUT KADAR YANG DITETAPKAN

BIL. NAMA SYARIKAT

(Sdn. Bhd.)

LUAS TAMBAK

LAUT (Ekar)

KADAR YANG DITETAPKAN

TABUNG EKONOMI NELAYAN (RM5,000 Seekar)

SAGUHATI NELAYAN (RM0.50

Setiap Kaki Persegi)

JUMLAH

(RM) (RM) (RM)

1. Puncak Jasasia 100 500,000 2,178,000 2,678,000

2. Jayamas Cekap (lantikan Yayasan DMDI)

250 1,250,000 5,445,000 6,695,000

3. Laila Development 6 30,000 130,680 160,680

4. Prestige Waves Realty 50 250,000 1,089,000 1,339,000

5. Obor Maju 40.77 203,850 887,970 1,091,820

6. Linggi Base 620 3,100,000 13,503,600 16,603,600

7. Awan Plasma 120 564,000* 2,613,600 3,177,600

8. Dewi Pertiwi Development 100 500,000 2,178,000 2,678,000

9. Nusa Waja 60 300,000 1,306,800 1,606,800

10. KAJ Development 91 455,000 1,981,980 2,436,980

11. Golden Straits Development 100 500,000 2,178,000 2,678,000

12. Sekitar Makmur 60 300,000 1,306,800 1,606,800

13. Laksamana Prima 60 300,000 1,306,800 1,606,800

14. Ultra Green ** - 130,900 130,900

15. Haruman Utama ** 9,544 207,868 217,412

16. Regas Terminal *** 195,150 630,680 825,830

JUMLAH 8,457,544 37,075,678 45,533,222

Sumber: UPENM Nota: * - Bayaran Telah Diterima Sejumlah RM36,000 pada Tahun 2007

** - Tuntutan Tunggakan Bayaran Kepada Syarikat Konsesi Terdahulu *** - Syarikat Projek Pembangunan Kemudahan Liquefied Natural Gas Regasification (LNG) *** - Tidak Terlibat Dengan Perkiraan Mengikut Kadar

2.5.1.3. Prestasi Sumbangan Yang Diterima Berbanding Sasaran

a. Kerajaan Negeri mensasarkan kutipan sumbangan berjumlah RM31.89 juta

bagi tahun 2014 hingga 2016. Kutipan sumbangan ini merangkumi Tabung

Ekonomi Nelayan dan Tabung Sumbangan Sagu hati Nelayan masing-

masing berjumlah RM8.45 juta dan RM23.44 juta. Pada tahun 2014,

Kerajaan Negeri telah menerima kedua-dua sumbangan tersebut berjumlah

RM5.89 juta atau 50.9% berbanding sasaran kutipan sumbangan iaitu

RM11.56 juta. Peratusan kutipan sumbangan berkenaan pada tahun 2015

dan 2016 masing-masing RM4.88 juta (116.5%) dan RM15.73 juta (97.5%).

Lebihan sumbangan bagi Tabung Ekonomi Nelayan pada tahun 2015 adalah

Page 63: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 43

disebabkan sumbangan terlebih diperakaunkan berjumlah RM0.69 juta bagi

Syarikat Obor Maju Sdn. Bhd. Secara keseluruhan prestasi kutipan

sumbangan oleh Kerajaan Negeri adalah memuaskan di mana Kerajaan

Negeri menerima sumbangan 83.1% iaitu RM26.50 juta berbanding sasaran

kutipan bagi tempoh tersebut. Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 2.3 PRESTASI SUMBANGAN BERBANDING SASARAN

TAHUN

SASARAN SUMBANGAN SUMBANGAN SEBENAR PERATUS JUMLAH

SUMBANGAN BERBANDING

SASARAN

TABUNG EKONOMI NELAYAN

TABUNG SUMBANGAN

SAGUHATI NELAYAN

JUMLAH (RM Juta)

TABUNG EKONOMI NELAYAN

TABUNG SUMBANGAN

SAGUHATI NELAYAN

JUMLAH (RM Juta)

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (%)

2014 2.22 9.34 11.56 1.02 4.87 5.89 50.9

2015 3.30 0.89 4.19 3.99 0.89 4.88 116.5

2016 2.93 13.21 16.14 2.71 13.02 15.73 97.5

JUMLAH 8.45 23.44 31.89 7.72 18.78 26.50 83.1

Sumber: UPENM dan JKPNM

b. Penurunan dan peningkatan peratusan kutipan sumbangan disebabkan

faktor-faktor berikut:

i. Kerajaan Negeri Memberi Pengurangan Kadar Bayaran Sumbangan

Kadar sumbangan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi bayaran

sumbangan Tabung Ekonomi Nelayan adalah RM5,000 bagi setiap ekar

dan RM0.50 bagi setiap kaki persegi sebagai bayaran sumbangan sagu

hati kepada nelayan. Semakan Audit mendapati terdapat perbezaan

antara jumlah sumbangan mengikut kadar yang ditetapkan berbanding

jumlah sumbangan yang dinyatakan di dalam dokumen perjanjian bagi

dua buah syarikat konsesi yang terlibat dengan penambakan laut.

Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 2.4 PERBEZAAN SUMBANGAN MENGIKUT

PERJANJIAN BERBANDING KADAR YANG DITETAPKAN

BIL. NAMA

SYARIKAT (Sdn. Bhd.)

LUAS TAMBAK

LAUT (Ekar)

KADAR YANG DITETAPKAN PERJANJIAN / SURAT KELULUSAN

TABUNG EKONOMI NELAYAN

SAGUHATI NELAYAN JUMLAH

(RM Juta)

TABUNG EKONOMI NELAYAN

SAGU HATI

NELAYAN JUMLAH (RM Juta)

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

1. KAJ Development

91 0.45 1.98 2.44 0.45 0.79 1.25

2. Jayamas Cekap (lantikan Yayasan DMDI)

250 1.25 5.44 6.69 0.05 1.09 1.14

JUMLAH 1.70 7.42 9.13 0.50 1.88 2.39

Sumber: UPENM

Page 64: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 44

Semakan Audit selanjutnya mendapati perbezaan tersebut disebabkan

permohonan rayuan oleh Syarikat KAJ Development Sdn. Bhd. untuk

pengurangan kadar bayaran sumbangan sagu hati nelayan daripada

RM0.50 setiap kaki persegi kepada RM0.20 setiap kaki persegi yang

telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan Negeri

Bilangan 5 Tahun 2014 bertarikh pada 16 Mei 2014.

Manakala Syarikat Jayamas Cekap Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang dilantik

oleh Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) telah ditawarkan oleh

Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka

(MMKN) Bilangan 3 Tahun 2011 bertarikh 26 Januari 2011. Kadar

sumbangan Tabung Ekonomi Nelayan iaitu RM200 seekar dan kadar

sumbangan sagu hati nelayan pada RM0.10 setiap kaki persegi

dinyatakan di dalam perjanjian bertarikh 11 Mac 2011 berbanding kadar

bayaran yang ditetapkan. Kesan pengurangan kadar bayaran

sumbangan tersebut menyebabkan Kerajaan Negeri mengalami

pengurangan hasil sejumlah RM2.39 juta.

Menurut UPENM, pengurangan kadar bayaran sumbangan adalah

tertakluk keputusan Pihak Berkuasa Negeri dengan mengambil kira faktor

dan sebab yang munasabah.

Pada pendapat Audit, prestasi penerimaan sumbangan adalah

memuaskan kerana kutipan sumbangan telah mencapai 83.1%

berbanding sasaran.

ii. Kesilapan Amaun Bayaran Pada Klausa Perjanjian

Semakan Audit mendapati kesilapan pengiraan dalam perjanjian antara

Kerajaan Negeri dengan Syarikat Laila Development berkaitan klausa

bayaran sagu hati kepada nelayan. Jumlah nilai bayaran sagu hati yang

dinyatakan dalam perjanjian adalah RM13,100 adalah tidak selaras

dengan kadar bayaran yang ditetapkan Mesyuarat Jawatankuasa

Pembangunan Bilangan 8 Tahun 2013 iaitu RM0.50 setiap kaki persegi.

Mengikut perkiraan Audit, bayaran yang sepatut dinyatakan dalam

perjanjian berkenaan adalah RM130,680 berdasarkan keluasan

penambakan laut dan kadar bayaran tersebut. Perbezaan amaun yang

dinyatakan dalam perjanjian menyebabkan Kerajaan Negeri kekurangan

hasil sebanyak RM117,580. Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:

Page 65: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 45

JADUAL 2.5 PERBEZAAN PENGIRAAN KADAR

SUMBANGAN BERBANDING DOKUMEN PERJANJIAN

NAMA SYARIKAT

LUAS TAMBAK

LAUT (Ekar)

SAGUHATI NELAYAN KURANGAN

HASIL

(a-b)

KADAR MENGIKUT

PERJANJIAN (a)

KADAR SEPATUT DITUNTUT

(b)

(RM) (RM) (RM)

Laila Development Sdn. Bhd. 6 13,100 130,680 (117,580)

Sumber: UPENM

Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017

JKPNM memaklumkan maklum balas yang diterima daripada UPENM

menyatakan tindakan tuntutan semula baki bayaran tersebut telah

dibuat dengan mengemukakan surat kepada Syarikat Laila

Development Sdn. Bhd. pada 17 Ogos 2017.

Pada pendapat Audit, UPENM perlu meneliti klausa yang dinyatakan

pada dokumen perjanjian bagi mengelakkan kerugian kepada Kerajaan.

iii. Sumbangan Terlebih Diperakaunkan

Semakan selanjutnya mendapati sejumlah RM1.48 juta telah terlebih

diperakaunkan ke dalam akaun amanah ini. Bayaran terlebih catat bagi

Syarikat Obor Maju Sdn. Bhd. disebabkan kesilapan mengakaun bayaran

royalti pasir pada 11 Februari 2015 yang berjumlah RM0.89 juta sebagai

sumbangan tabung ekonomi nelayan. Manakala sejumlah RM0.20 juta

yang sepatutnya direkodkan sebagai bayaran sumbangan tabung

ekonomi nelayan telah dimasukkan ke dalam akaun hasil Jabatan Ketua

Menteri Melaka (JKMM) sebagai royalti pasir.

Selain itu, semakan Audit mendapati Syarikat KAJ Development Sdn.

Bhd. telah membuat lima kali bayaran secara ansuran berjumlah

RM2.39 juta yang merangkumi sumbangan tabung ekonomi nelayan,

sagu hati nelayan, bayaran earnest money dan royalti pasir daripada

bulan Julai hingga Oktober 2016. Bagaimanapun sejumlah RM0.79 juta

daripada jumlah tersebut adalah merupakan bayaran royalti pasir yang

masih belum dibuat pelarasan kepada JKMM. Ini menyebabkan akaun

amanah nelayan telah terlebih catat sejumlah RM0.79 juta. Butiran lanjut

adalah seperti jadual berikut:

Page 66: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 46

JADUAL 2.6 AMAUN BAYARAN SUMBANGAN TERLEBIH DIPERAKAUNKAN

BIL. NAMA

SYARIKAT (Sdn. Bhd.)

PERJANJIAN / SURAT KELULUSAN SUMBANGAN YANG DITERIMA

PERBEZAAN (RM Juta)

TABUNG EKONOMI NELAYAN

SAGUHATI NELAYAN JUMLAH

(RM Juta)

TABUNG EKONOMI NELAYAN

SAGUHATI NELAYAN JUMLAH

(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

1. Obor Maju 0.20 0.89 1.09 0.89 0.89 1.78 (0.69)

2. Awan Plasma 0.56 2.61 3.17 0.56 2.61 3.17 (0.00)*

3. KAJ Development 0.46 0.79 1.25 0.46 1.58 2.04 (0.79)

JUMLAH 1.22 4.29 5.51 1.91 5.08 6.99 (1.48)

Sumber: UPENM Dan JKPNM Nota: * - RM600

Pihak Audit mendapati UPENM tidak memberi salinan dokumen

perjanjian sebaliknya hanya memberi makluman melalui surat untuk

mengakaun dan membuat pelarasan terhadap kod-kod hasil yang

ditetapkan kepada JKPNM dan tiada pemantauan dilaksanakan terhadap

rekod pembayaran sumbangan. Ini menyebabkan akaun berkenaan

terlebih catat sejumlah RM1.48 juta berbanding kutipan sebenar.

Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 16 Oktober 2017

JKPNM memaklumkan telah mengambil tindakan pelarasan melalui

jurnal BJ 170368 bertarikh 18 Ogos 2017 bagi Syarikat KAJ

Development Sdn. Bhd. Manakala bagi Syarikat Obor Maju Sdn.

Bhd. pelarasan telah dibuat melalui jurnal BJ 170370 bertarikh

29 Ogos 2017. Bagi Syarikat Awan Plasma Sdn. Bhd. pelarasan bagi

terimaan royalti pasir telah dibuat melalui jurnal BJ 170226 bertarikh

14 Jun 2017.

Pada pendapat Audit, salinan perjanjian perlu diserahkan kepada

JKPNM dan JKMM sebagai dokumen sokongan kepada resit bagi

memastikan bayaran diakaunkan kepada kod hasil masing-masing

dengan tepat. Selain itu, UPENM dan JKPNM perlu membuat

pemantauan terhadap rekod pembayaran sumbangan daripada

syarikat konsesi bagi mengelakkan kesilapan.

2.5.2. Pengurusan Bayaran Sagu Hati Nelayan

2.5.2.1. Bayaran Sagu Hati Kepada Nelayan yang Terlibat Dengan Penambakan Laut dan Lain-lain Kerja Pembangunan

a. Arahan Amanah Akaun Amanah Nelayan yang berkuat kuasa sebelum

pindaan 14 November 2014 menyatakan wang dalam akaun ini boleh

digunakan bagi bayaran sagu hati kepada nelayan yang terjejas akibat

aktiviti penambakan laut dan lain-lain kerja pembangunan. Nelayan yang

Page 67: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 47

layak menerima bantuan sagu hati hendaklah berdaftar dengan Jabatan

Perikanan Negeri Melaka dan persatuan-persatuan nelayan yang berdaftar

di Negeri Melaka.

b. Mesyuarat JKMITN menyelaras segala tuntutan dan bayaran sagu hati bagi

nelayan yang terlibat dengan aktiviti penambakan laut dan lain-lain kerja

pembangunan seperti menentukan nelayan yang layak bagi bayaran sagu

hati dan jumlah tuntutan yang boleh dibayar kepada nelayan berdasarkan

bilangan hari ke laut.

c. Bayaran sagu hati yang telah dibayar kepada nelayan yang terlibat mulai

tahun 2007 adalah berjumlah RM2.77 juta. Nelayan yang telah menerima

bantuan sagu hati akibat aktiviti penambakan laut merupakan nelayan di

kawasan Klebang, Tengkera dan Kampung Portugis berjumlah RM2.38 juta.

Selain itu, bantuan sagu hati turut diberikan kepada nelayan yang terjejas

akibat kerja pembangunan Liquefied Natural Gas (LNG) dan projek

penghantaran bekalan elektrik ke Pulau Besar dari Pantai Siring masing-

masing berjumlah RM0.30 juta dan RM85,400. Butiran lanjut bayaran sagu

hati serta perkara yang ditemui adalah seperti berikut:

JADUAL 2.7 BAYARAN SAGU HATI NELAYAN

AKIBAT PENAMBAKAN LAUT DAN LAIN-LAIN KERJA PEMBANGUNAN

BIL. KAWASAN BILANGAN NELAYAN

(Orang)

KADAR BAYARAN SAGU HATI MENGIKUT KATEGORI JUMLAH NELAYAN SEPENUH

MASA NELAYAN SEPARUH

MASA

(RM) (RM) (RM)

a. PENAMBAKAN LAUT

1. Klebang 137 Mengikut bilangan hari ke laut 40,959

2. Klebang 137 1,200 500 128,700

3. Klebang 577 3,200 1,600 1,042,100

4. Kampung Portugis

410 3,200 1,600 1,113,600

5. Tengkera 15 4,000 60,000

JUMLAH 2,385,359

b. PEMBANGUNAN LIQUEFIED NATURAL GAS (LNG)

BIL. KAWASAN BILANGAN NELAYAN

(Orang)

KADAR BAYARAN SAGU HATI MENGIKUT KATEGORI

JUMLAH NELAYAN

BERLESEN/ AHLI PNK*

NELAYAN TIDAK

BERLESEN DAN AHLI

PNK

NELAYAN TIDAK

BERLESEN DAN

BUKAN AHLI PNK

AWAK-AWAK

BERDAFTAR

(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

1. Pantai Kundur dan Tanjung Bidara

193 1,400 1,050 700 - 250,650

2. Kampung Hailam, Lereh dan Balik Bukit

113 500 - - 300 48,900

JUMLAH 299,550

Page 68: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 48

c. PROJEK PENGHANTARAN BEKALAN ELEKTRIK

KAWASAN BILANGAN NELAYAN

(Orang)

KADAR BAYARAN SAGUHATI MENGIKUT KATEGORI JUMLAH

PEMILIK BOT BERLESEN AWAK-AWAK BERDAFTAR

(RM) (RM) (RM)

Pantai Siring 66 1,400 700 85,400

JUMLAH 85,400

JUMLAH KESELURUHAN 2,770,309

Sumber: UPENM Nota: * Persatuan Nelayan Kawasan

i. Kadar Bayaran Sagu Hati yang Berbeza

Semakan Audit mendapati bayaran sagu hati nelayan yang terjejas

akibat aktiviti pembangunan seperti projek penambakan laut,

pembangunan Liquefied Natural Gas (LNG) dan projek penghantaran

bekalan elektrik ke Pulau Besar dari Pantai Siring adalah berbeza-beza.

Berdasarkan Jadual 2.7, kadar bayaran sagu hati yang dibayar kepada

nelayan yang terjejas akibat penambakan laut dan kerja pembangunan

LNG masing-masing adalah di antara RM500 hingga RM4,000 dan

RM300 hingga RM1,400. Manakala bayaran sagu hati bagi nelayan yang

terjejas akibat projek penghantaran bekalan elektrik ke Pulau Besar dari

Pantai Siring adalah RM700 dan RM1,400. Kadar bayaran berkenaan

adalah mengikut kategori nelayan yang ditetapkan. Pihak Audit tidak

dapat mengesahkan asas pengiraan yang tetap bagi kadar sagu hati

yang dibayar kepada nelayan.

Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017

JKPNM memaklumkan maklum balas yang diterima daripada Jabatan

Perikanan Negeri Melaka menyatakan kadar bayaran sagu hati nelayan

sebelum ini telah dibincangkan pada Mesyuarat JKMITN. Selain itu,

proses penyediaan garis panduan pengiraan kadar bayaran sagu hati

yang boleh dirujuk supaya ianya konsisten untuk masa hadapan telah

dicadangkan pada Mesyuarat Mengenai Terma Dan Syarat Penggunaan

Peruntukan Tabung Amanah Nelayan Negeri Melaka pada 22 Februari

2017.

Pada pendapat Audit, garis panduan berkaitan formula pengiraan sagu

hati untuk nelayan yang terjejas akibat penambakan laut perlulah

diwujudkan sebagai asas pengiraan bagi bayaran sagu hati untuk masa

hadapan.

Page 69: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 49

ii. Bayaran Sagu Hati Kepada Nelayan yang Terlibat Dengan Projek Penghantaran Bekalan Elektrik ke Pulau Besar dari Pantai Siring Tidak Dibayar Sepenuhnya

Mesyuarat JKMITN Bilangan 3 Tahun 2013 pada 19 Ogos 2013 telah

membincangkan mengenai tuntutan nelayan yang terlibat secara

langsung dengan projek penghantaran bekalan elektrik ke Pulau Besar.

Justifikasi permohonan tuntutan daripada nelayan antaranya adalah

kesulitan nelayan untuk menangkap ikan dalam tempoh dua tahun

sehingga projek tersebut di jangka siap. Selain itu, nelayan juga akan

menghadapi masalah kekurangan hasil tangkapan disebabkan kesan

gema hentakan semasa projek dijalankan. Mesyuarat berkenaan

bersetuju bayaran sagu hati hendaklah dibayar oleh Perbadanan

Kemajuan Negeri Melaka dan Tenaga Nasional Berhad. Selain itu,

PKNM memaklumkan perkara ini telah dibincangkan dan dipersetujui

oleh Ahli Lembaga Pengarah PKNM untuk membayar sagu hati yang

keseluruhan berjumlah RM250,000 bagi 50 orang nelayan dengan kadar

tidak melebihi RM5,000 seorang.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui surat yang bernombor rujukan

JKMM/379/7 Klt. 7 (10) bertarikh 8 Oktober 2013 telah memohon pihak

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk membuat bayaran

sumbangan sagu hati kepada nelayan melalui Akaun Amanah Nelayan

yang berjumlah RM285,000. Pengiraan tersebut melibatkan sebanyak

57 orang nelayan yang aktif dengan kadar sagu hati sejumlah

RM5,000 bagi setiap nelayan.

Semakan Audit mendapati PKNM telah membuat bayaran sagu hati

tersebut seperti permohonan daripada Kerajaan Negeri. Pembayaran

sagu hati berkenaan telah diuruskan dan dibayar oleh Kerajaan Negeri

kepada 56 pemilik bot berlesen dan 10 awak-awak yang berdaftar

melalui JKPNM.

Bayaran sagu hati yang dibayar kepada nelayan yang terlibat dengan

projek tersebut adalah berbeza dengan jumlah permohonan sumbangan

sagu hati kepada nelayan yang dipohon oleh Kerajaan Negeri. Nelayan

dan awak-awak dibayar sejumlah RM700 hingga RM1,400 pada kadar

bayaran RM100 sehari bagi kategori nelayan dan RM50 sehari bagi

kategori awak-awak. Setiap nelayan dan awak-awak dibayar sagu hati

pada kadar berkenaan selama mencari kawasan tangkapan baharu

dalam tempoh 14 hari. Bayaran tersebut berdasarkan keputusan

mesyuarat JKMITN Bilangan 3 Tahun 2013 dan diluluskan di dalam

Mesyuarat MMKN Bilangan 34 Tahun 2013 yang bersidang pada

18 Disember 2013. Pembayaran sagu hati pada nilai berkenaan

Page 70: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 50

menunjukkan sejumlah RM199,600 baki yang tidak disalurkan kepada

nelayan berkenaan. Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 2.8 KADAR SAGU HATI YANG PATUT DIBAYAR KEPADA NELAYAN

KADAR SAGU HATI YANG PATUT DI BAYAR KEPADA NELAYAN

KADAR SAGU HATI YANG DIBAYAR KEPADA NELAYAN

KATEGORI BILANGAN

(Orang)

JUMLAH SAGU HATI SEORANG

JUMLAH (a) BILANGAN

(Orang)

JUMLAH SAGU HATI

SEORANG

JUMLAH (b)

(RM) (RM) (RM) (RM)

Nelayan 57 5,000 285,000

56 1,400 78,400

Awak-Awak 10 700 7,000

JUMLAH 57 285,000 66 85,400

BAKI/LEBIHAN (a)-(b)

199,600

Sumber: Baucar Bayaran

Pada pendapat Audit, bayaran sagu hati kepada nelayan yang terlibat

dengan projek tersebut tidak mencapai matlamat kerana jumlah

bantuan patut diberikan sepenuhnya kepada nelayan yang mana

pendapatannya terjejas dalam tempoh projek tersebut dilaksanakan.

iii. Bantuan Sagu Hati Kepada Nelayan yang Terlibat Dengan Kes Kemalangan di Laut

Berdasarkan Arahan Amanah Nelayan Negeri Melaka bertarikh

28 September 2005, akaun ini hanya boleh digunakan untuk memberi

sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan kerja penambakan laut

dan lain-lain kerja pembangunan di pantai Negeri Melaka.

Bagaimanapun selepas pindaan Arahan Amanah pada 14 November

2014, akaun ini dibenarkan untuk digunakan sebagai pembayaran sagu

hati kepada nelayan selain yang terlibat dengan konsesi penambakan

laut mengikut kelulusan JKMITN.

Semakan Audit terhadap minit mesyuarat JKMITN mendapati masalah-

masalah nelayan yang dibangkitkan antaranya ialah permohonan

bantuan disebabkan oleh penambakan laut, kemalangan di laut atau

bencana, kehilangan dan kecurian serta kebakaran bot. Semakan Audit

selanjutnya mendapati bantuan sagu hati telah diberikan kepada nelayan

yang tidak terlibat dengan penambakan laut sebelum pindaan Arahan

Amanah.

Selain itu, bayaran tersebut dibuat oleh JKPNM berdasarkan surat

permohonan daripada pihak UPENM tanpa dibincangkan di dalam

mesyuarat Akaun Amanah untuk kelulusan. Menurut UPENM,

permohonan bayaran sagu hati tersebut adalah disebabkan keadaan

Page 71: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 51

mendesak bertujuan untuk menjaga kebajikan nelayan pada ketika itu.

Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 2.9 BAYARAN BANTUAN SAGU HATI KEPADA

NELAYAN YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PENAMBAKAN LAUT

BIL. NOMBOR BAUCAR

TARIKH PERIHAL AMAUN BAUCAR (RM)

1. V0001828 12.11.2014 Sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan kes kemalangan di laut

1,200

2. V0001685 15.10.2014 Sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan kes kebakaran bot pada 14 Mac 2014

5,000

3. V0001286 11.07.2014 Sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan kes kemalangan di laut

4,100

JUMLAH 10,300

Sumber: Baucar Bayaran

Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017

Jabatan akan memastikan semua bantuan sagu hati perlu mendapatkan

kelulusan Jawatankuasa Amanah terlebih dahulu sebelum pembayaran

dibuat.

Pada pendapat Audit, pembayaran yang menggunakan Akaun Amanah

ini perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Amanah. Selain itu,

bantuan akibat kes kemalangan dan kebakaran bot boleh dituntut

daripada pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pihak

insurans.

iv. Tiada Bayaran Sagu Hati Kepada Nelayan yang Terjejas Akibat Aktiviti Pembangunan Selepas Tahun 2013

Semakan Audit mendapati keluasan penambakan laut semakin

bertambah dan sumbangan daripada syarikat konsesi penambakan laut

serta syarikat yang membangunkan kemudahan LNG telah diterima

berjumlah RM26.50 juta bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016.

Bagaimanapun tiada pembayaran sagu hati dibayar kepada nelayan

yang terjejas akibat aktiviti penambakan laut selepas tahun 2013 kecuali

bayaran sagu hati kepada nelayan yang terlibat dengan kemalangan di

laut dan bayaran kepada tiga orang nelayan yang belum menerima sagu

hati bagi projek Pantai Siring yang keseluruhan berjumlah RM17,900.

Semakan lanjut mendapati selepas tahun 2013 Mesyuarat Jawatankuasa

Akaun Amanah Nelayan tiada membincangkan perkara berkaitan

bayaran sagu hati kepada nelayan walaupun keluasan kawasan

penambakan laut bertambah dari masa ke semasa.

Semakan lanjut mendapati lain-lain perbelanjaan telah mula

dilaksanakan pada tahun 2015 iaitu setelah tiada pembayaran sagu hati

Page 72: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 52

kepada nelayan yang terjejas akibat aktiviti pembangunan di laut dan

selepas pindaan Arahan Amanah Akaun Amanah yang berkuat kuasa

pada 14 November 2014. Sebahagian besar lain-lain perbelanjaan

adalah berkaitan projek infrastruktur. Selain itu, tiada perancangan

dibincangkan terhadap lebihan baki akaun amanah untuk pelaburan dan

simpanan tetap di dalam mesyuarat tersebut. Butiran sumbangan yang

diterima dan perbelanjaan adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 2.10 SUMBANGAN YANG DITERIMA DAN PERBELANJAAN

AKAUN AMANAH NELAYAN BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016

TAHUN

BAKI AKAUN AMANAH

PADA 1 JANUARI

SUMBANGAN YANG

DITERIMA

BAYARAN BAKI AKAUN AMANAH

PADA 31 DISEMBER

SAGU HATI NELAYAN

LAIN-LAIN PERBELANJAAN

(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

2014 10,435,422 5,891,050 14,500 - 16,311,972

2015 16,311,973 4,875,941 3,400 199,551 20,984,963

2016 20,984,963 15,743,496 - 1,639,433 35,089,026

JUMLAH 26,510,487 17,900 1,838,984

Sumber: JKPNM

Analisis Audit mendapati 55 atau 68.7% daripada 80 borang soal selidik

yang dilengkapkan oleh nelayan yang terlibat dalam penambakan laut

menyatakan kawasan penangkapan ikan menjadi semakin mengecil dan

terhad serta menjejaskan pendapatan nelayan pantai. Butiran lanjut

adalah seperti peta berikut:

PETA 2.1

Klebang, Melaka Tengah

- Kawasan Penambakan Laut Berkeluasan 2,520.14 Ekar Pada Tahun 2014 (20.11.2014)

(Sumber: Agensi Remote Sensing Malaysia)

Page 73: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 53

PETA 2.2

Klebang, Melaka Tengah

- Kawasan Penambakan Laut Berkeluasan 3,203.13 Ekar Pada Tahun 2017 (09.04.2017)

Sumber: Agensi Remote Sensing Malaysia

Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017

JKPNM memaklumkan maklum balas yang diterima daripada Jabatan

Perikanan Negeri Melaka menyatakan tiada tuntutan daripada nelayan

dalam tempoh tersebut dan pembayaran sagu hati selepas ini merujuk

kepada Garis Panduan yang akan disediakan. Maklum balas UPENM

dalam mesyuarat Exit Conference bertarikh 18 Ogos 2017 menyatakan

UPENM akan mempertimbangkan bayaran yang boleh dibuat daripada

baki akaun amanah nelayan bagi membantu nelayan yang terjejas

dengan kerja penambakan laut.

Pada pendapat Audit, pengurusan bayaran sagu hati kepada nelayan

yang terjejas akibat aktiviti pembangunan adalah tidak memuaskan

kerana garis panduan berkaitan formula pengiraan tidak disediakan di

peringkat JKMITN mengakibatkan tiada hala tuju jelas berkaitan

bayaran yang dibuat.

2.5.3. Pembangunan Infrastruktur

2.5.3.1. Perolehan Kerja

Pindaan Arahan Amanah pada 14 November 2014 telah membenarkan

penggunaan wang daripada akaun ini bagi perbelanjaan menambah baik

Page 74: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 54

infrastruktur bagi kegunaan nelayan. Sejumlah RM1.90 juta telah diperuntukkan

untuk tujuh perolehan kerja bagi tempoh dua tahun daripada tahun 2015 hingga

tahun 2016. Peratusan perbelanjaan bagi kesemua perolehan kerja sehingga

tarikh pengauditan adalah 97.4% (RM1.85 juta) berbanding dengan jumlah

peruntukan.

JPS merupakan agensi pelaksana bagi perolehan kerja pembangunan

infrastruktur untuk nelayan. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah seperti

pembinaan jeti, pembinaan struktur hakisan pantai dan kerja-kerja pengorekan

untuk mendalamkan muara sungai serta pembinaan menara tinjau. Butiran

lanjut mengenai peruntukan dan perbelanjaan perolehan kerja adalah seperti

jadual berikut:

JADUAL 2.11 PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PEROLEHAN KERJA

BAGI TEMPOH 2015 HINGGA 2016

BIL. TAHUN PEROLEHAN KERJA

JUMLAH PERUNTUKAN

JUMLAH PERBELANJAAN

PERATUSAN PERBELANJAAN

(RM Juta) (RM Juta) (%)

1. 2015

Kerja Membina dan Menyiapkan Jeti Tambatan Kuala Air Tawar Serta Kerja-kerja Berkaitan di Sungai Rambai, Melaka

0.20 0.20 99.8

2. 2016 Pembinaan Struktur Hakisan Pantai di Pangkalan Teluk Gong

0.20 0.19 94.4

3. 2016 Pembinaan Struktur Hakisan Pantai di Pangkalan Kampung Hailam

0.50 0.50 100.0

4. 2016 Pembinaan Jeti Tambatan di Pangkalan Kampung Hailam

0.20 0.20 100.0

5. 2016 Kerja-kerja pengorekan/mendalamkan Muara Kuala Sungai Baru

0.40 0.38 95.0

6. 2016 Kerja-kerja pengorekan/mendalamkan Muara Sungai Sempang

0.20 0.20 99.1

7. 2016 Pembinaan Menara Tinjau di Kuala Air Tawar, Sungai Rambai, Jasin

0.20 0.18 92.5

JUMLAH 1.90 1.85 97.4

Sumber: Baucar Bayaran

Pada pendapat Audit perbelanjaan peruntukan adalah baik. Bagaimanapun

kerja-kerja berkaitan dengan aktiviti JPS seperti pembinaan struktur

hakisan pantai dan kerja-kerja pengorekan untuk mendalamkan muara

sungai tidak sewajarnya menggunakan wang amanah nelayan. Perkara ini

perlu dirancang di dalam belanjawan JPS supaya wang amanah nelayan

dapat dibelanjakan bagi pembangunan yang lain.

2.5.3.2. Pengurusan Perolehan

Pengurusan perolehan yang baik bertujuan untuk memastikan perolehan

dilaksanakan dengan cekap, mematuhi undang-undang dan peraturan yang

Page 75: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 55

ditetapkan serta mengikut amalan tadbir urus yang baik (Good Governance

Practices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan iaitu akauntabiliti awam,

diuruskan secara telus, memberi nilai faedah yang terbaik serta dibuat dengan

saingan terbuka, adil dan saksama. Pengauditan telah dijalankan ke atas dua

projek yang telah dilaksanakan iaitu Projek Menaik Taraf Jeti Tambatan Kuala

Air Tawar dan Menara Tinjau di Kuala Air Tawar berjumlah RM0.38 juta.

a. Pelantikan kontraktor

i. Penilaian teknikal dan kewangan serta Jawatankuasa Penilaian Sebut

Harga perlu diadakan bagi mengenal pasti kontraktor yang layak.

Pemilihan kontraktor bagi Kerja Membina dan Menyiapkan Jeti Tambatan

oleh Jawatankuasa Sebut Harga pada 3 Ogos 2015 adalah berdasarkan

harga terendah dan rekod prestasi kerja terhadap kerja-kerja yang telah

berjaya dilaksanakan oleh kontraktor. Manakala Kerja Pembinaan

Menara Tinjau dilaksanakan oleh JPS berdasarkan kelulusan khas

JKPNM pada 9 Jun 2016 disebabkan projek berkenaan perlu

dilaksanakan segera dan melibatkan kepakaran kontraktor tertentu.

Butiran lanjut adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 2.12 KONTRAKTOR PROJEK YANG DILANTIK

BIL. NAMA PROJEK TAHUN NILAI

PEROLEHAN (RM Juta)

NAMA KONTRAKTOR YANG DILANTIK

1.

Kerja Membina dan Menyiapkan Jeti Tambatan Kuala Air Tawar Serta Kerja-kerja Berkaitan di Sungai Rambai, Melaka (No. Sebut Harga: JPS/M/PNG/3/2015)

2015 0.20 AAF Construction & Civil

Engineering

2. Kerja Pembinaan Menara Tinjau di Pangkalan Air Tawar, Sungai Rambai (No. Sebut Harga: JPS/M/PNG/15/2016)

2016 0.18 AAF Construction & Civil

Engineering

JUMLAH 0.38

Sumber: JPS

b. Prestasi Projek

i. Pencapaian Fizikal Projek

Mengikut syarat kontrak, kontraktor perlu menyiapkan Projek Pembinaan

Jeti Tambatan dan Projek Pembinaan Menara Tinjau masing-masing

pada 24 November 2015 dan 22 Disember 2016. Semakan Audit

mendapati kedua-dua projek tersebut telah siap dilaksanakan oleh JPS.

Butiran adalah seperti di gambar berikut:

Page 76: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 56

GAMBAR 2.1 GAMBAR 2.2

Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Jeti Nelayan yang Telah Dibina

(19.05.2017)

Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Menara Tinjau yang Telah Dibina

(19.05.2017)

Semakan lanjut mendapati Projek Menara Tinjau telah diberi kelulusan

lanjutan masa [Extension Of Time (EOT)] selama 52 hari iaitu bermula

daripada 23 Disember 2016 sehingga 18 Februari 2017. Ini berpunca

daripada berlakunya fenomena air pasang besar selama hampir sebulan

yang mengakibatkan tapak pembinaan ditenggelami air laut. Selain itu,

perubahan spesifikasi kerja atas permintaan kontraktor seperti

penukaran sumber tenaga elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad

kepada penggunaan tenaga solar dan perubahan jenis bahan untuk

handrail daripada besi galvani digantikan dengan Fiber Reinforced

Plastics telah menyumbang kepada kelewatan projek tersebut. Butiran

lanjut adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 2.13 STATUS FIZIKAL PROJEK

BIL. PEROLEHAN JUMLAH (RM Juta)

TEMPOH PERLAKSANAAN

PROJEK EOT DILULUSKAN

MULA SIAP TARIKH BIL. HARI

1.

Kerja Membina dan Menyiapkan Jeti Tambatan Kuala Air Tawar Serta Kerja-kerja Berkaitan di Sungai Rambai, Melaka

0.20 18.08.2015 24.11.2015 Disiapkan Mengikut

Jadual

2. Kerja Pembinaan Menara Tinjau di Pangkalan Air Tawar, Sungai Rambai

0.18 29.09.2016 22.12.2016 18.02.2017 52

Sumber: JPS

Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017

JKPNM memaklumkan JPS akan membuat perancangan dan

pemantauan yang lebih efektif untuk memastikan kerja-kerja dapat

disiapkan dalam tempoh yang optimum.

Pada pendapat Audit, EOT yang diberikan oleh JPS terhadap

perubahan spesifikasi kerja tersebut adalah wajar diluluskan kerana

perubahan spesifikasi ini tidak melibatkan kos tambahan.

Page 77: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 57

c. Kualiti Kerja

i. Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi

Lawatan Audit pada bulan Mei 2017 mendapati Projek Pembinaan

Menara Tinjau yang dilaksanakan oleh kontraktor tidak mengikut

spesifikasi yang ditetapkan oleh JPS. Projek berkenaan tidak mengikut

spesifikasi yang ditetapkan iaitu tiada pemasangan gutter dan downpipe.

Selain itu lampu yang telah dipasang juga tidak berfungsi. Butiran lanjut

adalah seperti di jadual dan gambar berikut:

JADUAL 2.14 KERJA-KERJA PEMBINAAN MENARA TINJAU YANG TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI

BIL. BUTIRAN KERJA JUMLAH

(RM) PENEMUAN

AUDIT

1. Pemasangan gutter dan donwpipe 1,160 Tiada pemasangan gutter dan donwpipe

2. Pemasangan lampu solar 21,460 Lampu tidak berfungsi

JUMLAH 22,620

Sumber: JPS

GAMBAR 2.3 GAMBAR 2.4

Kuala Air Tawar, Sungai Rambai

- Tiada Pemasangan Gutter Dan Downpipe (19.05.2017)

Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Lampu Tidak Berfungsi

(19.05.2017)

ii. Semakan lanjut mendapati pembayaran kerja pembinaan menara tinjau

termasuk kerja-kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi yang

berjumlah RM22,620 telah dijelaskan kepada kontraktor tanpa Sijil

Perakuan Siap Kerja (CPC).

Maklum Balas JKPNM yang Diterima pada 24 Ogos 2017

JKPNM memaklumkan maklum balas yang diterima daripada JPS

menyatakan kerja-kerja pembaikan lampu, pemasangan gutter dan

downpipe telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor dalam tempoh

kecacatan. JPS telah mengeluarkan CPC bagi projek tersebut selepas

teguran Audit.

Pada pendapat Audit, JPS perlu membuat pemantauan terhadap kerja

pembinaan oleh kontraktor bagi memastikan kerja pembinaan tersebut

Page 78: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 58

dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, JKPNM

perlu memastikan dokumen sokongan seperti CPC telah dilampirkan

pada dokumen tuntutan sebelum bayaran dibuat kepada kontraktor.

d. Pencapaian Objektif Perolehan

Setiap projek yang dilaksana hendaklah mengikut objektif perolehan agar

tidak menyebabkan pembaziran wang Kerajaan dan memberi manfaat

kepada kumpulan sasar. Projek Pembinaan Jeti Tambatan adalah bertujuan

mengurangkan kepadatan bot-bot di Pangkalan Nelayan Sebatu. Manakala

Projek Pembinaan Menara Tinjau bertujuan membantu nelayan mencari

arah pulang ke pangkalan ketika cuaca buruk.

i. Jeti Tambatan dan Menara Tinjau Tidak Digunakan

Projek Pembinaan Jeti Tambatan telah dilaksanakan oleh JPS pada

tahun 2015 berdasarkan kelulusan Jawatankuasa Amanah Bilangan 1

Tahun 2015 bertarikh 31 Mac 2015. Manakala Projek Pembinaan

Menara Tinjau telah dilaksanakan dengan kelulusan khas oleh YB

Pegawai Kewangan Negeri pada 2 Jun 2016. Kelulusan ini diberikan

berdasarkan permohonan surat rujukan EXCO/JPM/2016-01 bertarikh

20 April 2016 bagi memenuhi permintaan dan keperluan 10 orang

nelayan setempat. Sebelum kelulusan khas diberikan Jawatankuasa

Amanah telah menghendaki kajian kemungkinan (feasibility study)

dilaksanakan oleh JPS dan UPENM melalui mesyuarat Bilangan 1 Tahun

2016 bertarikh 23 Februari 2016. Bagaimanapun pihak Audit, tidak dapat

mengesahkan sama ada kajian kemungkinan telah dibuat atau

sebaliknya oleh pihak berkenaan.

Lawatan Audit pada 17 Mei 2017, 24 Mei 2017 dan 16 Jun 2017

mendapati jeti yang dibina tidak digunakan oleh nelayan sebagai

penempatan bot. Temu bual Audit dengan masyarakat setempat

mendapati nelayan tidak menempatkan bot di jeti berkenaan disebabkan

muara dan kedalaman sungai yang cetek serta laluan sungai yang

sempit. Keadaan tersebut menyukarkan laluan keluar masuk bot nelayan

ke jeti berkenaan. Selain itu, faktor keselamatan turut menjadi

kebimbangan nelayan untuk menggunakan jeti kerana kawasan

persekitaran jeti adalah jauh daripada penempatan masyarakat

setempat, sunyi dan gelap pada waktu malam.

Pihak Audit mendapati jeti yang tidak digunakan turut menyebabkan

objektif pembinaan menara tinjau sebagai pandu arah kepada nelayan

tidak tercapai. Selain itu, pemeriksaan Audit mendapati hakisan tanah

dan gejala vandalisme seperti handrail patah dan kehilangan spotlight

Page 79: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 59

telah berlaku di kawasan menara tinjau tersebut. Butiran lanjut adalah

seperti gambar berikut:

GAMBAR 2.5 GAMBAR 2.6

Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Keadaan Jeti Ketika Air Surut

(17.05.2017)

Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Laluan Bot Yang Sempit Dan Cetek

(17.05.2017)

GAMBAR 2.7

Kuala Air Tawar, Sungai Rambai

- Hakisan Tanah (24.05.2017)

GAMBAR 2.8 GAMBAR 2.9

Kuala Air Tawar, Sungai Rambai

- Handrail Patah (19.05.2017)

Kuala Air Tawar, Sungai Rambai - Spotlight Hilang

(19.05.2017)

Pada pendapat Audit, pelaksanaan kedua-dua projek berkenaan tidak

mencapai objektif pembinaan kerana tidak dapat dimanfaatkan oleh

nelayan.

2.5.4. Tiada Perancangan Terhadap Pembangunan Modal Insan di Kalangan Komuniti Nelayan

2.5.4.1. Pembangunan modal insan merupakan satu aspek yang penting

dalam pembangunan ekonomi sesebuah Negara. Modal insan ditakrifkan

sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh manusia yang mempunyai pengetahuan dan

Page 80: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 60

kemahiran dalam menjadikan mereka lebih produktif untuk menyumbang ke

arah peningkatan perkembangan ekonomi. Pembangunan modal insan perlu

dilaksanakan melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

2.5.4.2. Semakan Audit mendapati tiada perancangan dalam pembangunan

modal insan di kalangan nelayan. Pembangunan ini dilihat penting dalam

menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran di kalangan nelayan yang terjejas

akibat aktiviti pembangunan di laut bagi membantu mereka mencari sumber

pendapatan lain. Ini adalah kerana kawasan penangkapan ikan yang semakin

kecil akibat aktiviti pembangunan di laut telah mengurangkan hasil tangkapan

ikan.

Pada pendapat Audit, program pembangunan modal insan tidak memuaskan

kerana tiada perancangan untuk dilaksanakan bagi memberi peluang kepada

nelayan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran.

2.6. SYOR AUDIT

Bagi memastikan Pengendalian Akaun Amanah Nelayan Negeri Melaka diuruskan

dengan cekap dan mencapai objektif yang ditetapkan di dalam Arahan Amanah adalah

disyorkan supaya JKPNM melaksanakan perkara-perkara berikut:

2.6.1. garis panduan pengurusan pembayaran bantuan sagu hati perlu ditetapkan

bagi memastikan nelayan menerima bantuan sagu hati yang sewajarnya berbanding

sumbangan sagu hati yang diterima daripada syarikat konsesi dan penyumbang

yang lain;

2.6.2. pemantauan hendaklah dilaksanakan bagi memastikan kerja pembinaan

dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, pembayaran perlu

dilaksanakan berdasarkan peraturan kewangan semasa untuk memastikan

perolehan dilaksanakan dengan cekap dan mematuhi undang-undang serta

mengikut amalan tadbir urus yang baik (Good Governance Practices);

2.6.3. perancangan projek infrastruktur perlu diteliti supaya dapat dimanfaatkan oleh

nelayan; dan

2.6.4. pembangunan modal insan di kalangan nelayan perlu diberi perhatian bagi

memberi peluang kepada nelayan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran

serta menjadi lebih produktif bagi menyumbang peningkatan perkembangan

ekonomi.

Page 81: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 61

PERBADANAN BIOTEKNOLOGI MELAKA

IAN SAVASI

3. MELAKA BIOTECH HOLDINGS SDN. BHD.

3.1. LATAR BELAKANG

3.1.1. Syarikat Melaka Biotech Holdings Sdn. Bhd. (MBH) merupakan syarikat

subsidiari milik penuh Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) yang ditubuhkan

pada 27 Julai 1995 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan

berjumlah RM5 juta dan modal berbayar berjumlah RM1.1 juta. MBH ditubuhkan

untuk menjalankan aktiviti komersial bagi pihak PBM. Aktiviti komersial yang

dijalankan adalah mengkomersialkan perkhidmatan ujian makmal saintifik,

menganjurkan seminar/bengkel dan latihan yang berkaitan dan sebagai konsultan

bagi pembangunan produk, farmaseutikal dan peranti perubatan. Visi MBH

menjadikan Melaka sebuah negeri yang progresif dan dinamik serta pusat

kecemerlangan dalam bidang bioteknologi dalam membentuk kekayaan baru yang

berterusan. MBH beroperasi di bangunan PBM, Ayer Keroh, Melaka. Setakat bulan

Jun 2016, MBH melaksanakan 12 perkhidmatan/produk di bawah tiga jenis

perkhidmatan iaitu mengkomersialkan ujian makmal saintifik, produk biodegradasi

dan perkhidmatan konsultasi seperti jadual berikut:

JADUAL 3.1 PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH MBH

BIL JENIS PERKHIDMATAN KETERANGAN

1. Ujian Makmal Saintifik Microbiologi Chemical & Food Technology Halal & Molecular Biology

2. Produk Biodegradasi Utensil Set Food Packaging Biodegradable Bags

3. Perkhidmatan Konsultasi

MS ISO/IEC 17025:2005 Consultations Halal Consultation Product Formulation OECD GLP Consultation Food Safety & Quality (MeSTI) Pre-Clinical Safety Testing

Sumber: MBH

3.1.2. Lembaga Pengarah MBH dianggotai oleh seramai enam orang yang

dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka. Ahli lain terdiri daripada wakil Kerajaan

Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif PBM, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri,

Pengarah MARDI dan seorang Pengarah Syarikat Persendirian. Pengurusan MBH

diketuai oleh seorang Pengarah Urusan yang juga merupakan Ketua Pegawai

Page 82: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 62

Eksekutif PBM dan dibantu oleh 34 orang kakitangan PBM. MBH mempunyai

sebuah syarikat subsidiari dan sebuah syarikat bersekutu iaitu Melaka Cell Farming

Sdn. Bhd. (MCF) dan Tropical Bioessence Sdn. Bhd. dengan pegangan saham

masing-masing sebanyak 100% dan 20%. Pengurusan MBH adalah tertakluk

kepada Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Penubuhan (M&A) serta

Standard Operating Procedures syarikat.

3.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai prestasi kewangan dan amalan tadbir urus MBH

adalah baik, pengurusan aktiviti telah dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan

berkesan selaras dengan objektif penubuhannya.

3.3. SKOP PENGAUDITAN

Pengauditan meliputi prestasi kewangan bagi tahun 2014, 2015 dan 2016 serta amalan

tadbir urus dan pengurusan aktiviti bagi tahun 2014 hingga bulan Julai 2017.

Pengauditan dilakukan ke atas pengurusan aktiviti mengkomersialkan perkhidmatan

ujian makmal saintifik kerana menyumbang pendapatan yang tinggi kepada MBH pada

setiap tahun dan penjualan produk biodegradasi. Pengauditan telah dijalankan di ibu

pejabat syarikat MBH.

3.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Penilaian prestasi kewangan dilaksanakan berdasarkan penyata kewangan MBH bagi

tahun 2014, 2015 dan 2016 yang telah diaudit dan diberi Laporan Juruaudit berteguran

pada tahun 2014 dan 2015 manakala Laporan Juruaudit Tanpa Teguran pada tahun

2016 oleh Tetuan Khairuddin Hasyudeen & Razi. Penilaian ini melibatkan empat

analisis iaitu analisis trend pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi, analisis trend

aset dan liabiliti, analisis nisbah kewangan dan analisis aliran tunai. Bagi amalan tadbir

urus dan pengurusan aktiviti kaedah pengauditan adalah melalui semakan terhadap

rekod, fail, minit mesyuarat dan dokumen yang dikemukakan oleh pengurusan MBH.

Selain itu, pihak Audit juga menjalankan analisis terhadap kedudukan kewangan

syarikat, menemu bual pegawai berkaitan dan menjalankan pemeriksaan fizikal

terhadap aktiviti yang dijalankan. Exit conference yang dipengerusikan oleh Pengarah

Urusan MBH telah diadakan pada 11 Ogos 2017.

3.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan telah dijalankan pada bulan April 2017 hingga Julai 2017 mendapati pada

keseluruhannya, prestasi kewangan MBH adalah kurang memuaskan kerana

mengalami kerugian terkumpul bagi tiga tahun berturut-turut. Kerugian MBH pada tahun

Page 83: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 63

2014 mencatatkan jumlah RM344,214, 2015 berjumlah RM311,940 dan pada tahun

2016 berjumlah RM301,304. Bagi tadbir urus korporat MBH juga didapati kurang

memuaskan kerana terdapat beberapa aspek penting tadbir urus seperti amalan terbaik

Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan dan Standard Operating Procedures,

Rancangan Korporat/KPI, Jawatankuasa Audit dan Audit Dalaman masih belum

dilaksana. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan kurang cekap, berhemat dan

berkesan tetapi selaras dengan objektif yang ditetapkan. Terdapat beberapa kelemahan

yang perlu diberi perhatian oleh MBH seperti ringkasan berikut:

i. sasaran pendapatan MBH daripada perkhidmatan ujian makmal tidak tercapai

kecuali pada tahun 2015; tunggakan penghutang perniagaan meningkat setiap

tahun; ujian makmal secara outsource lebih banyak berbanding ujian inhouse

dan pendapatan ujian makmal saintifik oleh PBM diakaunkan ke dalam akaun

MBH: dan

ii. tiada sasaran pendapatan untuk penjualan produk biodegradasi dibuat pada

tahun 2015 dan 2017 walaupun stok masih ada dan sasaran pendapatan pada

tahun 2016 tidak dicapai.

3.5.1. Prestasi Kewangan

3.5.1.1. Analisis terhadap prestasi kewangan MBH bagi tahun 2014, 2015

dan 2016 telah dilaksanakan berdasarkan kedudukan kewangan syarikat ini

yang merangkumi pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi, aset dan liabiliti

serta tunai dan kesetaraan tunai seperti di jadual berikut:

JADUAL 3.2 KEDUDUKAN KEWANGAN BAGI TAHUN 2014, 2015 DAN 2016

BUTIRAN 2014 (RM)

2015 (RM)

2016 (RM)

Pendapatan 302,078 1,401,223 2,197,522

Lain-lain Pendapatan 69,220 181,720 16,991

JUMLAH PENDAPATAN 371,298 1,582,943 2,214,513

Kos Pendapatan (45,722) (1,255,136) (1,708,029)

Belanja Pentadbiran dan Operasi (340,669) (292,874) (492,968)

Belanja Pembiayaan - (2,659) (2,796)

JUMLAH PERBELANJAAN (386,391) (1,550,669) (2,203,793)

KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI (15,093) 32,274 10,720

Cukai - - (84)

KEUNTUNGAN/KERUGIAN SELEPAS CUKAI (15,093) 32,274 10,636

KERUGIAN TERKUMPUL (344,214) (311,940) (301,304)

JUMLAH ASET 1,809,076 2,043,532 2,100,824

JUMLAH LIABILITI 2,033,290 1,255,472 1,302,128

JUMLAH EKUITI (244,214) 788,060 798,696

JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 1,789,076 2,043,532 2,100,824

TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 315,165 257,569 16,203

Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2014, 2015 dan 2016

Page 84: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 64

3.5.1.2. Pendapatan utama MBH adalah hasil daripada perkhidmatan makmal

ujian saintifik, perkhidmatan konsultasi dan penjualan produk biodegradasi. Lain-

lain pendapatan MBH pula terdiri daripada pendapatan menganjurkan

seminar/bengkel dan latihan yang berkaitan. Pendapatan pada tahun 2016

antaranya disumbangkan oleh perkhidmatan makmal secara outsource

berjumlah RM1,050,388 dan penjualan produk biodegradasi berjumlah

RM83,867. Trend pendapatan bagi tiga tahun yang berkaitan adalah seperti

Jadual 3.2 dan Carta 3.1.

3.5.1.3. Bagi tahun 2014 hingga 2016, perbelanjaan MBH menunjukkan trend

kenaikan yang selari dengan pendapatan yang memberi kesan kepada

keuntungan kasar. Antara perbelanjaan MBH terdiri daripada kos pendapatan,

belanja pentadbiran dan operasi dan belanja pembiayaan. Peningkatan kos

pendapatan pada tahun 2016 sebanyak RM452,893 antaranya disebabkan

peningkatan perbelanjaan bagi menjalankan ujian makmal oleh PBM sebanyak

51.9% berbanding tahun 2015 dan perbelanjaan bagi pembekalan bahan kimia

bagi memenuhi tender bekalan dan perkhidmatan kepada Syarikat Air Melaka

Berhad. Trend perbelanjaan bagi tiga tahun yang berkaitan adalah seperti

Jadual 3.2 dan Carta 3.1.

3.5.1.4. Trend pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2014, 2015 dan 2016

telah memberi kesan terhadap keuntungan MBH. Pada tahun 2016, MBH

mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM10,720 iaitu menurun

sejumlah RM21,554 (201.1%) berbanding tahun 2015. Ini antaranya disebabkan

peningkatan perbelanjaan ujian sampel kepada syarikat luar sebanyak

RM429,300 atau 79.5% dan pembekalan bahan kimia daripada syarikat

Arachem (M) Sdn. Bhd. berjumlah RM383,031 (100%) walaupun pada tahun

2016 MBH mencatatkan peningkatan terhadap pendapatan ujian makmal secara

outsource sebanyak 82.8% berbanding tahun 2015. Pada 31 Disember 2016,

MBH merekodkan kerugian terkumpul berjumlah RM301,304 iaitu menurun

sejumlah RM10,636 berbanding tahun 2015. Jadual 3.2 dan Carta 3.2 adalah

berkaitan.

Page 85: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 65

CARTA 3.1

TREND PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

BAGI TAHUN 2014, 2015 DAN 2016

CARTA 3.2 TREND KEUNTUNGAN

(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI SERTA KERUGIAN TERKUMPUL

BAGI TAHUN 2014, 2015 DAN 2016

Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Bagi Tahun 2014, 2015 dan 2016

Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017

Kerugian terkumpul MBH bermula pada tahun 2003 disebabkan antaranya

kerugian anak syarikat iaitu MCF. Walau bagaimanapun jumlah tersebut

menunjukkan trend penurunan setiap tahun.

3.5.1.5. Analisis Audit juga mendapati MBH mempunyai sumber yang

mencukupi bagi memenuhi obligasi kerana kedudukan aset MBH melebihi liabiliti

bagi tempoh 2015 dan 2016. Komponen terbesar yang menyumbang kepada

aset syarikat ialah pelaburan dalam anak syarikat dan penghutang perniagaan

manakala bagi liabiliti adalah pinjaman. Didapati MBH berada pada tahap

kecairan yang memuaskan kerana menunjukkan pada bila-bila masa syarikat ini

mampu memenuhi obligasi jangka pendeknya di mana aset semasa melebihi

liabiliti semasa antara lima hingga enam kali ganda tetapi menurun kepada satu

kali ganda pada tahun 2016. Ini kerana jumlah terhutang daripada syarikat

milikan sejumlah RM1.23 juta telah dijadikan sebagai aset bukan semasa di

bawah pelaburan syarikat milikan. Selain itu, walaupun MBH dapat menjana

pendapatan RM1.32 bagi setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset bukan

semasa tetapi pengurusan kredit MBH didapati tidak cekap kerana mengambil

purata antara 65 hingga 307 hari untuk mengutip hutang. Ini menunjukkan

bahawa purata tempoh kutipan adalah kurang memuaskan dan pelanggan tidak

menjelaskan bayaran mereka dalam tempoh singkat untuk digunakan semula

bagi membayar pemiutang. Polisi kredit MBH menetapkan pembayaran balik

0.37

1.58

2.21

0.39

1.55

2.20

0

0.5

1

1.5

2

2.5

2014 2015 2016

RM Juta

Pendapatan Perbelanjaan

(0.34) (0.31) (0.30)

(0.02) 0.03 0.01

-0.40

0.00

0.402014 2015 2016

RM Juta

Kerugian TerkumpulKeuntungan/(Kerugian) sebelum cukai

Page 86: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 66

hutang dibuat dalam tempoh 30 hari. Purata tempoh kutipan yang tinggi adalah

disebabkan kegagalan penghutang untuk membayar balik hutang walaupun

surat peringatan telah diberi dan penghutang tidak dapat dihubungi. Ini

menyebabkan MBH mempunyai hutang lapuk yang tinggi iaitu berjumlah

RM172,272 dan pegangan tunai mencatatkan penurunan yang ketara.

3.5.1.6. Analisis Audit telah dijalankan terhadap aliran tunai MBH bagi menilai

keupayaan syarikat menjana aliran tunai daripada operasi, pelaburan dan

pembiayaan untuk menampung keperluan perbelanjaan syarikat. Pada akhir

tahun kewangan 2016, MBH mempunyai tunai dan kesetaraan tunai berjumlah

RM16,203 dengan pengurangan sejumlah RM241,366 (93.7%) berbanding

RM257,569 pada akhir tahun 2015. Antara faktor utama yang menyumbang

kepada pengurangan tunai dan kesetaraan tunai ini adalah perbelanjaan yang

semakin meningkat daripada aktiviti operasi dan pelaburan.

Pada pendapat Audit, berdasarkan analisis yang dijalankan di atas, secara

keseluruhannya prestasi kewangan MBH adalah kurang memuaskan.

3.5.2. Pengurusan Aktiviti

Aktiviti utama MBH adalah mengkomersialkan perkhidmatan ujian makmal saintifik

PBM, penjualan produk biodegradasi dan memberikan perkhidmatan konsultasi.

Perkhidmatan ujian makmal saintifik meliputi ujian kimia & teknologi makanan, ujian

mikrobiologi, ujian toksikologi dan ujian halal & molekular. Ujian-ujian ini

dilaksanakan ke atas produk-produk makanan dan minuman, produk farmaseutikal

dan kosmetik dan alam sekitar. Manakala produk biodegradasi adalah peralatan

pembungkusan makanan dan alat seni yang dibuat daripada hampas tebu. Produk

ini berkebolehan terkompas dalam masa 180 hari setelah digunakan, selamat untuk

penggunaan gelombang mikro, tidak mudah diserap air selama empat jam, mampu

bertahan minyak dan kepanasan suku maksimum 100 darjah calcius serta selamat

untuk kanak-kanak. Ia boleh mengurangkan kebergantungan terhadap bekas

polistrin yang mengambil masa 100-500 tahun untuk terurai. Hasil semakan Audit

terhadap aktiviti MBH adalah seperti berikut:

3.5.2.1. Prestasi Pendapatan Ujian Makmal Saintifik

a. Peranan MBH adalah untuk mengkomersial dan memperkenalkan

perkhidmatan ujian makmal PBM kepada industri-industri terlibat di dalam

dan luar negeri Melaka. PBM menjalankan perkhidmatan ujian makmal

saintifik iaitu ujian kimia dan teknologi makanan, ujian mikrobiologi, ujian

toksikologi dan ujian halal dan molekular. PBM memiliki makmal yang

memenuhi kriteria MS ISO/IEC 7025:2005 iaitu ‘General requirements for

competence of testing and calibration laboratories’ di bawah Skim Akreditasi

Makmal Malaysia daripada Jabatan Standard Malaysia selain pengiktirafan

Page 87: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 67

daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan makmal halal.

Makmal PBM juga bertindak sebagai makmal panel untuk mengeluarkan sijil

kesihatan bermula tahun 2014, sijil Halal JAKIM bermula Disember 2015 dan

sijil National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) untuk produk

ubatan tradisional bermula 2016. Antara program pengkomersialan yang

dijalankan oleh MBH adalah seperti pengiklanan di media massa (radio,

television, surat khabar dan facebook), pameran dan mempromosikan

kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan yang berpotensi.

b. Kaedah pelaksanaan perkhidmatan ujian makmal dibahagikan kepada dua

cara iaitu samaada dijalankan oleh PBM (inhouse) atau dilaksanakan oleh

syarikat luar (outsource). Kedua-dua kaedah ini menjalankan ujian makmal

yang sama iaitu ujian kimia dan teknologi makanan, ujian mikrobiologi, ujian

toksikologi dan ujian halal dan molekular tetapi parameter ujian yang

berbeza. Sampel ujian akan diuji oleh syarikat luar sekiranya PBM tidak

berkelayakan untuk menjalankan ujian mengikut parameter yang

dikehendaki oleh pengguna.

c. Sasaran pendapatan daripada perkhidmatan ujian makmal saintifik bagi

tahun 2014 hingga 2016 adalah ditetapkan oleh PBM. Jumlah sasaran yang

ditetapkan adalah merangkumi sasaran setiap ujian makmal bagi kedua-dua

kaedah ujian iaitu secara inhouse dan outsource. Pendapatan dan

perbelanjaan daripada perkhidmatan ujian makmal secara inhouse dan

outsource akan diakaunkan dalam akaun MBH sebagai pendapatan utama

dan kos pendapatan.

d. Jumlah pendapatan ujian makmal secara inhouse dan outsource dan

sasaran pendapatan bagi tahun 2014 hingga 2016 adalah seperti jadual

berikut:

JADUAL 3.3 JUMLAH PENDAPATAN UJIAN MAKMAL

SAINTIFIK SECARA INHOUSE DAN OUTSOURCE DAN SASARAN PENDAPATAN BAGI TAHUN 2014 HINGGA BULAN JUN 2017

KAEDAH UJIAN

2014 2015 2016 SEHINGGA JUN 2017

JUMLAH (RM)

% JUMLAH

(RM) %

JUMLAH (RM)

% JUMLAH

(RM) %

Inhouse 139,219 51.7 143,823 20.0 159,600 13.2 89,859 14.4

Outsource 129,952 48.3 574,712 80.0 1,050,388 86.8 532,496 85.6

JUMLAH 269,171 43.6

718,537 116.5

1,209,991 77.7

622,355

Sasaran 616,742 616,742 1,556,820 - -

Perbezaan 347,571 - 346,829 TB -

Sumber: Penyata Kewangan dan KPI MBH Bagi Tahun 2014 Hingga 2016

e. Semakan Audit mendapati sasaran pendapatan secara keseluruhan bagi

ujian makmal bagi tahun 2014 hingga 2016 adalah masing-masing berjumlah

Page 88: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 68

RM616,742, RM616,742 dan RM1,566,820. Analisis Audit terhadap laporan

bajet PBM tahun 2014 hingga 2016 mendapati pencapaian jumlah

pendapatan ujian makmal saintifik berbanding sasaran pada tahun 2016

hanya 77.7%. Ini kerana didapati semakin banyak makmal pesaing wujud di

pasaran semasa dengan memberi perkhidmatan ujian yang lebih lengkap

dan harga yang berdaya saing. Pada tahun 2015 pendapatan ujian makmal

saintifik meningkat menjadi 116.5% kerana permintaan yang tinggi terhadap

perkhidmatan ujian makmal secara outsource. Pencapaian pendapatan yang

paling rendah adalah pada tahun 2014 iaitu 43.6% berbanding sasaran. Ini

kerana jumlah ujian yang boleh dijalankan adalah terhad berbanding tahun

2015.

Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017

Pencapaian pendapatan yang paling rendah pada tahun 2014 adalah

kerana MBH sukar mempromosikan perkhidmatan ujian makmal PBM

kerana skop akreditasi ISO 17025 yang diperolehi oleh PBM pada

September 2013 untuk menjalankan ujian makmal saintifik adalah

minima kerana sumber kewangan yang terhad.

f. Semakan lanjut mendapati ujian makmal secara inhouse melibatkan empat

jenis makmal ujian iaitu kimia dan teknologi makanan, mikrobiologi,

toksikologi dan halal dan molekular. Secara keseluruhannya, setiap tahun

terdapat peningkatan pendapatan ujian makmal inhouse di mana pada tahun

2014 berjumlah RM139,219, 2015 berjumlah RM143,219 dan RM159,600

pada tahun 2016. Pendapatan bagi 3 makmal ujian telah meningkat di antara

6.3% hingga 174.1% pada tahun 2016 kecuali makmal ujian toksikologi yang

menurun sebanyak 77%. Pada tahun 2015 terdapat penurunan pendapatan

ke atas ujian kimia dan teknologi makanan sebanyak 2.5% serta mikrobiologi

sebanyak 49.8%. Manakala makmal ujian toksikologi mencatat peningkatan

sebanyak 77.5% serta halal dan molekular meningkat sebanyak 43.4%.

Maklumat pendapatan ujian makmal secara inhouse adalah seperti jadual

dan carta berikut:

Page 89: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 69

JADUAL 3.4 PENDAPATAN UJIAN MAKMAL

PERBADANAN (INHOUSE) BAGI TAHUN 2014 SEHINGGA BULAN JUN 2017

MAKMAL UJIAN

JUMLAH PENDAPATAN (RM)

2014 2015 2016 SEHINGGA JUN

2017

Kimia dan Teknologi Makanan 57,921 56,450 73,751 45,418

Mikrobiologi 41,824 21,017 57,604 32,754

Toksikologi 28,607 50,770 11,684 0.00

Halal dan Molekular 10,866 15,586 16,561 11,687

JUMLAH 139,219 143,823 159,600 89,859

Sumber: Penyata Kewangan MBH Tahun 2014, 2015 dan 2016

Pada pendapat Audit, prestasi pendapatan perkhidmatan ujian makmal

saintifk MBH adalah kurang memuaskan kerana ia tidak diuruskan

dengan cekap dan berkesan selain kegagalan MBH untuk menyediakan

rancangan korporat dan KPI yang khusus bagi menilai prestasi aktiviti

syarikat menyebabkan pendapatan ujian makmal tidak mencapai

sasaran pada tahun 2014 dan 2016 kecuali pada tahun 2015 dengan

lebihan sebanyak 16.51%.

3.5.2.2. Prestasi Penjualan Produk Biodegradasi

a. Produk biodegradasi adalah peralatan pembungkusan makanan dan alat

seni yang dibuat daripada hampas tebu. Ia boleh mengurangkan

kebergantungan terhadap bekas polistrin yang mengambil masa 100-500

tahun untuk terurai. Minit mesyuarat Lembaga Pengarah MBH Bil 1/2015

bertarikh 24 Mac 2015 memberi kelulusan kepada MBH untuk menjadi

pengedar kepada produk biodegradasi di Melaka. Pada 22 September 2015

MBH telah memohon kepada Kerajaan Negeri supaya menyarankan kepada

agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendapatkan produk

biodegradasi ini daripada MBH. Selain itu, Program Melaka Tanpa Beg

Plastik dan Polistrin dilaksanakan di seluruh Negeri Melaka berkuat kuasa

1 Januari 2016 pada setiap hari sebagai alternatif kerajaan negeri

menggalakkan penggunaan secara meluas produk biodegradasi sebagai

bahan pengganti kepada beg plastik dan polistrin melalui Perbadanan

Teknologi Hijau.

b. Semakan Audit mendapati MBH tidak menetapkan sasaran jumlah

pendapatan dan perbelanjaan bagi penjualan produk biodegradasi pada

tahun 2015 kerana kelulusan daripada Lembaga Pengarah bagi penjualan

produk ini diperoleh pada 24 Mac 2015. Ini menyebabkan prestasi penjualan

produk biodegradasi berbanding sasaran pada tahun 2015 tidak dapat

diukur. Mesyuarat Lembaga Pengarah MBH Bil. 2/2015 menolak cadangan

Page 90: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 70

MBH untuk membuka kilang bagi menghasilkan produk ini sendiri dengan

anggaran pelaburan sejumlah RM2.0 juta. Disebabkan itu MBH telah

membuat pembelian produk ini bermula bulan Mei hingga Disember 2015

daripada lima buah syarikat pembekal yang berjumlah RM92,684 bagi tujuan

penjualan semula. Pada tahun 2015 hasil penjualan produk biodegradasi ini

adalah berjumlah RM66,746 dengan baki di stok berjumlah RM35,949.76.

c. MBH mula menetapkan sasaran pendapatan penjualan produk biodegradasi

pada tahun 2016 berjumlah RM241,392. Semakan Audit mendapati

pendapatan sebenar hasil daripada penjualan produk biodegradasi bagi

tahun 2016 adalah berjumlah RM83,867 (65.3%) berbanding sasaran yang

ditetapkan. Semakan lanjut mendapati, tiada sasaran pendapatan penjualan

produk biodegradasi ditetapkan pada tahun 2017 dan sehingga bulan

Jun 2017 jumlah pendapatan daripada penjualan produk ini hanya berjumlah

RM7,700 disebabkan larangan penggunaan produk polistrin tidak

dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri. Selain itu, tiada sasaran perbelanjaan

ditetapkan oleh MBH bagi mempromosikan produk biodegradasi ini.

Maklumat pendapatan dan pembelian produk biodegradasi seperti jadual

berikut:

JADUAL 3.5 PENDAPATAN PENJUALAN PRODUK

BIODEGRADASI BAGI TAHUN 2015 HINGGA JUN 2017

TAHUN

JUMLAH (RM)

SASARAN SEBENAR KOS BELIAN

2015 (mula penjualan) - 66,746 92,684

2016 241,392 83,867 52,241

2017 (Sehingga bulan Jun) - 7,700 9,444

JUMLAH 241,392 158,313 154,371

Sumber: Penyata Kewangan MBH Tahun 2014, 2015 dan 2016

d. Penentuan harga jualan dapat mempengaruhi sama ada produk yang dijual

akan laku atau tidak dan ia merupakan faktor utama kepada kejayaan

sesuatu perniagaan.

e. Semakan Audit mendapati MBH mendapatkan produk biodegradasi daripada

beberapa pembekal untuk dijual semula kepada pengguna. Bagi tahun 2015

hingga 2017 MBH telah membelanjakan sejumlah RM154,371 bagi

mendapatkan stok jualan. Secara keseluruhan sebanyak 24 jenis item

produk biodegradasi yang dijual oleh MBH antaranya seperti pinggan

mangkuk tebu termasuk kotak burger dan kotak makan tengah hari, pinggan

mangkuk jagung termasuk cawan, sudu dan garpu, sudu cina dan mangkuk

serta beg t-shirt biodegradasi. Produk ini dijual dengan kadar 10% hingga

15% lebih tinggi berbanding harga pembekal. Ini mengakibatkan harga

Page 91: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 71

produk biodegradasi MBH lebih mahal berbanding harga di pasaran semasa.

Akibatnya peniaga atau pengguna mendapatkan bekalan daripada pembekal

yang memberikan harga yang lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh

MBH.

f. Semakan lanjut mendapati bagi tahun 2015 hingga 2016 tiada perancangan

dan strategi pemasaran yang terperinci yang mana ia menjelaskan secara

mendalam tentang maklumat produk biodegradasi, sasaran pendapatan dan

perbelanjaan yang terlibat, strategik dan promosi pemasaran, sasaran

pasaran dan sebagainya. Akibatnya pelaksanaan penjualan produk

biodegradasi oleh MBH tidak cekap dan tidak mampu bersaing di pasaran.

Maklum balas MBH yang diterima pada 22 Ogos 2017

Pihak MBH menyatakan bahawa MBH mengkomersialkan produk

biodegradasi adalah untuk menyahut seruan kerajaan negeri Melaka,

Green City pada tahun 2015. Sasaran pendapatan pada tahun 2016

tidak tercapai disebabkan pasaran produk ini adalah pasaran baru dan

penguatkuasaan daripada pihak berkuasa masih tidak dapat

dilaksanakan sepenuhnya.

Pada pendapat Audit, prestasi penjualan produk biodegradasi adalah

kurang memuaskan kerana ianya tidak dijalankan dengan cekap dan

berkesan serta MBH tidak mewujudkan polisi penilaian prestasi yang

khusus bagi penjualan produk biodegradasi dan menyebabkan sasaran

pendapatan pada tahun 2015 dan 2017 tidak ditetapkan manakala

sasaran pendapatan pada tahun 2016 tidak dapat dicapai.

3.5.2.3. Pelaksanaan Mengkomersialkan Ujian Makmal Saintifik

a. Tunggakan Pendapatan Ujian Makmal Saintifik

i. Menurut SOP MBH, pelanggan dikehendaki membayar 50% deposit

sebelum ujian makmal ke atas sampel dijalankan. Manakala baki 50%

lagi hendaklah dijelaskan sebelum sijil ujian diserahkan kepada

pelanggan. Sekiranya jumlah ini tidak dijelaskan, ia akan dikategorikan

sebagai penghutang perniagaan. Menurut MS ISO/IEC 7025:2005 iaitu

‘General requirements for competence of testing and calibration

laboratories’ bahawa purata masa yang diambil untuk mengkaji satu

sampel adalah di antara satu hingga 14 hari sehingga sijil dikeluarkan.

ii. Penghutang perniagaan MBH terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat

kerajaan, syarikat swasta, orang perseorangan dan lain-lain seperti kolej

ataupun koperasi yang memerlukan perkhidmatan ujian dan lain-lain

perkhidmatan daripada MBH. Menurut SOP MBH, syarikat memberi

Page 92: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 72

tempoh selama 30 hari dari tarikh invois dikeluarkan kepada pelanggan

untuk menyelesaikan bayaran perkhidmatan yang diberi. Notifikasi akan

dikemukakan kepada pelanggan bagi menjelaskan hutang tertunggak

oleh Unit Kewangan dan dimaklumkan kepada Unit Pemasaran. Selagi

pelanggan tidak melunaskan hutang tersebut, unit pemasaran tidak akan

memberikan sijil ujian kepada mereka. Unit Kewangan akan berhubung

secara atas talian dan memberikan surat kepada penghutang sebanyak

tiga kali sebagai peringatan. Pihak syarikat akan menghantar letter of

demand melalui peguam sekiranya diarahkan oleh Pengarah Urusan.

iii. Semakan Audit mendapati bagi tahun 2014 hingga 2016 penghutang

perniagaan MBH mencatatkan peningkatan setiap tahun iaitu masing-

masing berjumlah RM185,640, RM315,206 iaitu 69.8% peningkatan dan

RM584,144 dengan 85.3% peningkatan. Manakala mengikut laporan

pengumuran penghutang perniagaan setakat 6 Julai 2017 mendapati

jumlah keseluruhan penghutang MBH adalah seramai 154 orang iaitu

berjumlah RM494,144 melibatkan 154 sijil yang tidak dituntut. Tempoh

tunggakan yang tertinggi adalah melebihi 120 hari berjumlah RM164,485

melibatkan seramai 82 orang penghutang. Maklumat lanjut adalah

seperti jadual berikut:

JADUAL 3.6 TUNGGAKAN PENGHUTANG PERNIAGAAN

BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016 SETAKAT 6 JULAI 2017

PERKARA TUNGGAKAN (HARI)

JUMLAH 1 - 30 31 – 60 61 - 90 91 – 120 >120

Bilangan Akaun (Penghutang) 56 9 1 7 82 154

Jumlah (RM) 259,781 43,492 95 26,291 164,485 494,144

Sumber: MBH

iv. Analisis Audit terhadap 50 sampel akaun penghutang mendapati

terdapat 24 akaun penghutang melibatkan 24 sijil ujian tidak dituntut

yang telah tertunggak lebih 120 hari tidak menunjukkan sebarang

pergerakan amaun bagi tempoh 2014 hingga 2016 berjumlah

RM231,991 (46.9%). Daripada jumlah ini RM174,296 (75.1%) adalah

tunggakan dari agensi dan syarikat kerajaan, RM55,525 (23.9%)

tunggakan dari syarikat swasta, RM800 tunggakan dari orang

perseorangan dan RM1,370 tunggakan dari lain-lain seperti kolej dan

koperasi. Daripada 24 penghutang ini, tiga penghutang telah dikenakan

letter of demand pada tahun 2014 dan 21 penghutang diberi surat

peringatan pada 22 Februari 2017. Bagaimanapun sehingga kini, tiada

maklum balas diterima daripada penghutang berkenaan. Ini

menyebabkan jumlah penghutang perniagaan meningkat setiap tahun

dan peruntukan hutang ragu yang tinggi pada tahun 2016 iaitu berjumlah

Page 93: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 73

RM172,272. Butiran lanjut penghutang MBH sehingga 6 Julai 2017

adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 3.7 TUNGGAKAN PENGHUTANG PERNIAGAAN

BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016 SETAKAT 6 JULAI 2017

BIL PENGHUTANG TUNGGAKAN

(RM) CATATAN

1 Penghutang 1 168,412 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

2 Penghutang 2 15,626 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

3 Penghutang 3 12,000 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan. Letter Of Demand dikeluarkan bth 7.10.2014.

4 Penghutang 4 6,620 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

5 Penghutang 5 5,271 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

6 Penghutang 6 5,493 Tiada maklumat.

7 Penghutang 7 2,756 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

8 Penghutang 8 2,067 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

9 Penghutang 9 1,730 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

10 Penghutang 10 1,700 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

11 Penghutang 11 1,440 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan. Letter Of Demand dikeluarkan bth 7.10.2014.

12 Penghutang 12 1,415 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan. Letter Of Demand dikeluarkan bth 7.10.2014.

13 Penghutang 13 1,310 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

14 Penghutang 14 1,200 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

15 Penghutang 15 1,100 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

16 Penghutang 16 1,000 Tiada maklumat.

17 Penghutang 17 800 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

18 Penghutang 18 800 Tiada maklumat.

19 Penghutang 19 400 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

20 Penghutang 20 270 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

21 Penghutang 21 200 Tiada maklumat

22 Penghutang 22 200 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

23 Penghutang 23 121 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

24 Penghutang 24 60 Surat bth 22.2.2017 dikeluarkan.

JUMLAH 231,991

Sumber: MBH

Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017

Pihak MBH menyatakan mana-mana tunggakan yang melebihi tiga

bulan, tindakan undang-undang akan diambil oleh MBH terhadap

penghutang-penghutang ini.

Pada pendapat Audit, tunggakan pendapatan ujian makmal saintifik

MBH adalah kurang memuaskan kerana tidak diuruskan dengan cekap

dan berkesan.

Page 94: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 74

b. Ujian Secara Outsource Melebihi Secara Inhouse

i. Merujuk kepada dasar penubuhan syarikat MBH, tujuan penubuhan

syarikat adalah untuk menjalankan aktiviti komersial bagi pihak PBM.

MBH berperanan untuk mendapatkan pelanggan sama ada agensi

kerajaan, syarikat kerajaan, orang perseorangan ataupun syarikat-

syarikat swasta yang memerlukan perkhidmatan ujian saintifik (inhouse).

Perkhidmatan ujian makmal saintifik merangkumi ujian kimia dan

teknologi makanan, ujian mikrobiologi, ujian toksikologi dan ujian halal

dan molekular yang dijalankan terhadap sampel yang dihantar pelanggan

mengikut parameter-parameter tertentu. Perkhidmatan ujian makmal

saintifik secara outsource terjadi apabila PBM tidak berkelayakan untuk

menjalankan ujian mengikut parameter yang dikehendaki oleh

pelanggan. Kadar harga yang dikenakan oleh MBH kepada pelanggan

adalah 30% lebih tinggi daripada harga yang dikenakan oleh syarikat

luar. Jumlah pendapatan outsource adalah merangkumi jumlah bagi

keempat-empat ujian makmal yang dijalankan oleh syarikat luar.

ii. Semakan Audit mendapati pendapatan daripada perkhidmatan ujian

secara outsource meningkat setiap tahun iaitu berjumlah RM129,952

pada tahun 2014, RM574,712 pada tahun 2015 dan RM1,050,388 pada

tahun 2016 serta menyumbang kepada keseluruhan pendapatan ujian

makmal masing-masing meningkat sebanyak 48.3%, 80% dan 86.8%.

Pihak Audit tidak dapat mengukur prestasi bagi setiap ujian makmal yang

dibuat secara outsource kerana jumlah pendapatan secara outsource

adalah merangkumi kesemua ujian dan tidak diasingkan mengikut empat

jenis ujian makmal.

iii. Pendapatan yang tinggi terhadap perkhidmatan ujian secara outsource

berbanding inhouse adalah kerana PBM tidak dapat memenuhi

kehendak pelanggan untuk menjalankan ujian makmal kerana PBM tidak

mempunyai kelengkapan makmal yang mencukupi bagi menjalankan

ujian ke atas parameter-parameter tertentu yang dikehendaki. Ini

disebabkan PBM tidak berkemampuan untuk membeli kelengkapan

makmal yang membolehkan parameter-parameter ini diuji sendiri oleh

PBM kerana ianya melibatkan kos yang tinggi. Akibatnya perkhidmatan

secara outsource meningkat setiap tahun dan menyumbang sebanyak

86.8% daripada keseluruhan pendapatan MBH berbanding pendapatan

secara inhouse dengan 13.2% sumbangan.

iv. Maklumat perbezaan pendapatan ujian makmal secara inhouse dan

outsource adalah seperti Jadual 3.3 dan carta berikut:

Page 95: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 75

CARTA 3.4 PENDAPATAN UJIAN MAKMAL

SECARA INHOUSE DAN OUTSOURCE BAGI TAHUN 2014 HINGGA JUN 2017

Sumber: Penyata Pendapatan Tahun 2014 Hingga 2016

Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017

Pihak MBH menyatakan bahawa MBH memang memberi keutamaan

kepada makmal PBM tetapi jika skop ujian tidak terdapat dalam makmal

PBM maka MBH akan membuat outsource kepada makmal yang boleh

memberi perkhidmatan tersebut.

Pada pendapat Audit, MBH dan PBM perlu menetapkan KPI berhubung

perkhidmatan ujian makmal yang dipersetujui bersama pada setiap

tahun.

c. Pendapatan PBM diakaunkan ke Akaun MBH

i. Aktiviti utama MBH adalah untuk mengkomersialkan perkhidmatan PBM

selain mengambil alih projek bioteknologi di bandar Melaka terutamanya

dan di Malaysia umumnya.

ii. Seramai 14 orang kakitangan PBM yang bertanggungjawab menjalankan

perkhidmatan ujian makmal. Daripada 14 orang kakitangan tiga orang di

bahagian kualiti, lima orang di makmal toksikologi, tiga orang di makmal

kimia dan teknologi makanan, dua orang di makmal mikrobiologi dan

seorang di makmal halal dan biologi molekul. Berdasarkan Laporan Audit

Penyata Kewangan PBM pada tahun 2014, Mesyuarat Lembaga

Pengarah PBM Bil. 2 Tahun 2015 bertarikh 22 September 2015

meluluskan supaya perbelanjaan aktiviti dan operasi makmal ditanggung

oleh MBH.

0100,000200,000300,000400,000500,000600,000700,000800,000900,000

1,000,0001,100,000

2014 2015 2016 Jun-17

139,

219

143,

823

159,

600

89,8

59

129,

952

574,

712 1,

050,

388

532,

496

In-house Outsouce

RM

Page 96: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 76

iii. Semakan Audit mendapati pada tahun 2014 hingga 2016 pendapatan

dan perbelanjaan daripada ujian makmal PBM telah diakaunkan ke

dalam penyata kewangan MBH sebagai pendapatan utama dan

perbelanjaan sebagai kos pengeluaran MBH walaupun MBH tidak

menjalankan ujian makmal tersebut. Jumlah pendapatan ujian makmal

saintifik PBM bagi tahun 2014 hingga 2016 ialah berjumlah RM139,219,

RM143,824 dan RM159,602. Ini akan mengakibatkan pendapatan utama

MBH akan terlebih nyata. Perbelanjaan makmal saintifik ditanggung

sepenuhnya oleh MBH bermula tahun 2015 iaitu berjumlah RM211,071

dan RM91,152 pada tahun 2016. Bagaimanapun semakan Audit

terhadap Penyata Kewangan PBM pada tahun 2015 mendapati, PBM

masih lagi membelanjakan sejumlah RM108,721 untuk pembelian

bekalan bahan mentah dan penyelidikan bagi perkhidmatan ujian

makmal kerana pesanan belian tersebut dibuat atas nama PBM. Jumlah

pendapatan dan perbelanjaan yang diakaunkan seperti jadual berikut:

JADUAL 3.8 PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN UJIAN

MAKMAL OLEH MBH DAN PBM DARI TAHUN 2014 HINGGA 2016

MAKLUMAT

JUMLAH (RM)

2014 2015 2016

MBH PBM MBH PBM MBH PBM

Pendapatan 139,219 0.00 143,823 0.00 159,600 0.00

Perbelanjaan 0.00** (131,573) (211,071) (108,721) (91,152) (541)

JUMLAH KEUNTUNGAN/(KERUGIAN)

139,219 (131,573) (67,248) (108,721) 68,448 (541)

Sumber: Penyata Kewangan MBH Tahun 2014 Hingga 2016 Nota: ** Diakaunkan ke Penyata Kewangan PBM Bagi Tahun 2014

Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017

Pihak MBH menyatakan bahawa MBH menjalankan aktiviti

mengkomersialkan PBM seperti yang tertakluk dalam M&A MBH. Itu

menyebabkan segala keuntungan dan perbelanjaan PBM termasuk

dalam akaun MBH.

Pada pendapat Audit, MBH dan PBM perlu menetapkan KPI berhubung

perkhidmatan ujian makmal yang dipersetujui bersama dan

memperjelaskan syarat-syarat berkaitan dalam perjanjian antara kedua

pihak. Selain itu, Jawatankuasa Audit (JKA) perlu diwujudkan bagi

menyelia kualiti dan integriti amalan perakaunan dan laporan syarikat.

3.5.3. Tadbir Urus

3.5.3.1. Tadbir urus merujuk kepada proses yang digunakan untuk mentadbir,

mengurus dan mengawal syarikat. Ia merangkumi dasar, undang-undang dan

Page 97: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 77

peraturan, sistem dan prosedur, kawalan pengurusan syarikat dan pengurusan

risiko. Tadbir urus yang baik dapat membantu syarikat mempertingkatkan

kecekapan dalam mencapai objektifnya serta membolehkan syarikat diurus

dengan lebih sempurna, telus dan bertanggungjawab. Tadbir urus yang baik

patut diamalkan dengan meluas untuk memaparkan mutu dan integriti tertinggi

pemimpin dalam organisasi. Antara amalan terbaik yang boleh diguna pakai

adalah Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG), The Green Book -

Enhancing Board Effectiveness April 2006 dan panduan tadbir urus daripada

Chartered Institute of Internal Auditor.

3.5.3.2. Semakan Audit telah dijalankan terhadap amalan tadbir urus di MBH

dan penemuan Audit terhadap lapan aspek amalan tadbir urus penting adalah

seperti berikut:

a. Pengerusi

i. Mengikut amalan terbaik The Green Book – Enhancing Board

Effectiveness (Buku Hijau) Perenggan 1.1.3, Pengerusi yang dilantik

hendaklah tidak mempunyai kuasa eksekutif dan tidak campur tangan

dalam urusan operasi harian syarikat. Perenggan 2.1.3 juga menyatakan

tugas dan tanggungjawab Pengerusi hendaklah ditentukan secara

bertulis dengan jelas.

ii. Semakan Audit mendapati Pengerusi Lembaga Pengarah MBH adalah

Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan Pengerusi PBM telah

dilantik sejak tahun 2013. Semakan Audit terhadap amalan terbaik tadbir

urus bagi Pengerusi mendapati dua amalan terbaik telah dilaksanakan

oleh MBH seperti berikut:

Pengerusi tidak mempunyai kuasa eksekutif dan tidak campur tangan

dalam urusan operasi harian syarikat. [MCCG 2012 principle 3,

recommendation 3.4 & Green Book perenggan 1.1.3]

Pengerusi dan CEO adalah dua individu yang berbeza.[MCCG 2012

principle 3, recommendation 3.4 & Green Book perenggan 1.1.3]

iii. Menurut MCCG 2012 principle 1, recommendation 1.1, 1.2 dan Green

Book perenggan 1.1.3 dan 2.1.3, tugas dan tanggungjawab Pengerusi

hendaklah ditentukan secara bertulis dengan jelas. Semakan Audit

mendapati dokumen bertulis berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab

Pengerusi tidak disediakan.

Pada pendapat Audit amalan tadbir urus bagi pengerusi adalah

memuaskan kerana tugas dan tanggungjawab Pengerusi tidak

ditentukan secara bertulis dengan jelas.

Page 98: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 78

b. Lembaga Pengarah

i. Lembaga Pengarah bertanggungjawab memastikan syarikat beroperasi

selaras dengan objektif penubuhannya melalui penyediaan strategi,

pelan perniagaan (business plan) yang mantap, dan rangka kerja tadbir

urus yang berkesan. Semakan Audit terhadap amalan terbaik tadbir urus

bagi Lembaga Pengarah mendapati lima daripada sepuluh amalan

terbaik ini telah dilaksanakan seperti berikut:

Komposisi Lembaga Pengarah tidak melebihi 10 orang. [Green Book

perenggan 1.1.1]

Sekiranya Pengerusi bebas, satu per tiga keahlian Lembaga

Pengarah hendaklah bebas. [Green Book perenggan 1.1.2]

Ahli Lembaga Pengarah berada dalam komposisi Lembaga

Pengarah tidak melebihi sembilan tahun bagi mengekalkan status

bebas. [MCCG 2012, principal 3, recommendation 3.2]

Lembaga Pengarah dilantik atas kepakaran dan pengalaman dalam

bidang yang berkaitan dengan perniagaan syarikat. [Green Book

perenggan 1.1.4]

Semua keputusan perniagaan yang material/signifikan dibuat melalui

mesyuarat Lembaga Pengarah dan bukan secara DCR (Resolusi

Lembaga Pengarah). [Handbook - perenggan 2.5(d)]

ii. Semakan Audit terhadap komposisi ahli Lembaga Pengarah MBH

mendapati tiga daripada enam ahli Lembaga Pengarah adalah Pengarah

Bebas dan ini adalah selaras dengan perenggan 3.5 Kod Tadbir Urus

Korporat Malaysia 2012. Manakala Pengarah Urusan MBH yang dilantik

pada bulan Jun 2013 merupakan Pengarah Eksekutif kerana merupakan

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli LP agensi induknya PBM. Selain itu,

Pengarah Urusan juga telah dilantik sebagai Ahli LP MBH pada bulan

Oktober 2013. Pelantikan individu yang sama dengan pelbagai jawatan

boleh menyebabkan berlakunya risiko konflik kepentingan. Butiran lanjut

adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 3.9 KEAHLIAN LEMBAGA PENGARAH MBH PADA BULAN JULAI TAHUN 2017

JAWATAN JAWATAN DI

MBH

KEAHLIAN LEMBAGA

PENGARAH MBH

TAHUN LANTIKAN LEMBAGA

PENGARAH MBH

PENGARAH BUKAN

EKSEKUTIF (YA/(√)/TIDAK(X)

PENGARAH BEBAS

(YA/(√)/TIDAK(X)

Ketua Menteri Melaka

Tiada Pengerusi 2013 √ x

Setiausaha Kerajaan Negeri

Tiada Ahli 2013 √ x

Ketua Pegawai Eksekutf PBM

Pengarah Urusan

Ahli 2013 x x

Page 99: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 79

JAWATAN JAWATAN DI

MBH

KEAHLIAN LEMBAGA

PENGARAH MBH

TAHUN LANTIKAN LEMBAGA

PENGARAH MBH

PENGARAH BUKAN

EKSEKUTIF (YA/(√)/TIDAK(X)

PENGARAH BEBAS

(YA/(√)/TIDAK(X)

Pengarah UPEN Tiada Ahli 2015 √ √

Pengarah MARDI Tiada Ahli 2016 √ √

Pengarah Syarikat Tiada Ahli 2016 √ √

Sumber: Rekod MBH

iii. Semakan Audit mendapati antara amalan tadbir urus Lembaga Pengarah

yang tidak dilaksanakan adalah tidak menyediakan kod etika rasmi

syarikat, peranan dan tanggungjawab ahli juga tidak dinyatakan dengan

jelas dan ahlinya juga tidak didedahkan kepada program pembelajaran

yang berterusan bagi memperkasakan diri dalam pembangunan

perniagaan serta mengekalkan penyertaan yang aktif semasa

mesyuarat. Ini tidak selaras dengan MCGG 2012 principle 1

recommendation 1.3 dan Green Book perenggan 1.2.2. MCCG 2012,

principle 4 recommendation 4.2.

iv. Lembaga Pengarah perlu mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang

boleh secara puratanya enam ke lapan kali setahun selaras dengan

perenggan 2.1 The Green Book – Enhancing Board Effectiveness (Buku

Hijau). Semakan Audit mendapati Lembaga Pengarah telah

bermesyuarat sebanyak dua kali pada tahun 2014 dan sebanyak tiga kali

masing-masing pada tahun 2015 dan 2016. Antara keputusan mesyuarat

dan telah dilaksanakan adalah mengenai aktiviti dan prestasi kewangan

syarikat, syarikat milikan dan bersekutu, aktiviti pelaburan, keputusan

membekalkan bahan kimia bagi proses rawatan air kepada SAMB,

menjadi pengedar produk biodegradasi, bayaran elaun kehadiran

menghadiri mesyuarat ALP dan kenaikan elaun kakitangan MBH,

penukaran hutang MCF kepada modal berbayar, dan melupuskan hutang

lapuk.

v. Semakan Audit juga mendapati kehadiran Ahli Lembaga Pengarah

adalah antara 33% hingga 71% dan terdapat dua orang ALP yang

dilantik pada tahun 2015 dan 2016 tidak pernah menghadiri mesyuarat

ALP MBH.

Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017

Pihak MBH menyatakan jadual tahunan mesyuarat ALP MBH telah

dihantar setiap tahun kepada setiausaha MBH dan Pejabat Ketua

Menteri Melaka, bagaimanapun kesibukan jadual Pengerusi MBH telah

menyebabkan dapat bermesyuarat tiga kali setahun. Manakala

Page 100: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 80

ketidakhadiran dua ahli Lembaga Pengarah disebabkan mereka bukan

dari Melaka menyebabkan jadual mereka susah diuruskan.

Pihak Audit berpendapat, amalan terbaik tadbir urus Lembaga

Pengarah MBH adalah kurang memuaskan kerana kod etika rasmi

syarikat, peranan dan tanggungjawab ahli juga tidak disediakan dan

ahlinya juga tidak didedahkan kepada program pembelajaran.

c. Pengarah Urusan

i. Berdasarkan amalan terbaik, Pengarah Urusan hendaklah dilantik oleh

pemegang saham/Menteri/agensi yang bertanggungjawab sepertimana

disarankan oleh Handbook perenggan 3.5. Selain itu, MCCG 2012

principle 1, recommendation 1.1 dan Green Book perenggan 2.1.3

menyatakan tugas dan tanggungjawab Pengarah Urusan hendaklah

ditentukan secara bertulis dengan jelas. Semakan Audit mendapati tugas

dan tanggungjawab Pengarah Urusan MBH tidak disediakan secara

bertulis.

Pihak Audit berpendapat amalan terbaik tadbir urus bagi Pengarah

Urusan MBH adalah kurang memuaskan kerana tugas dan

tanggungjawab Pengarah Urusan tidak disediakan.

d. Standard Operating Procedures

i. Lembaga Pengarah hendaklah memastikan standard operating

procedures (SOP) merangkumi proses, prosedur dan polisi yang lengkap

dan menyeluruh terhadap aspek kewangan, dan aktiviti dalam

menguruskan syarikat bagi mencapai objektifnya. Semakan semula

terhadap SOP perlu dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan dan

perubahan dalam operasi syarikat. SOP dan sebarang perubahannya

perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah.

ii. Semakan Audit lanjut mendapati MBH mempunyai SOP berkaitan urusan

dan operasi syarikat terutamanya bagi SOP kewangan seperti prosedur

terimaan hasil, pengeluaran resit dan penyimpanan wang atau cek,

prosedur pembelian, penerimaan dan pembayaran bagi bekalan dan

perkhidmatan serta pengurusan aset dan inventorinya. Bagaimanapun

syarikat tidak menyediakan dokumen mengenai prosedur bagi

pengurusan akaun pemiutang dan pengurusan perolehan mengenai

perkhidmatan yang mempunyai nilai perolehan setahun yang tinggi.

Page 101: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 81

Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017

Pihak MBH memaklumkan akan mengkaji semula SOP perolehan dan

akaun pemiutang bagi menyesuaikan dengan operasi semasa MBH.

e. Rancangan Korporat dan Petunjuk Prestasi Utama

i. Mengikut amalan terbaik, setiap syarikat perlu menyediakan rancangan

korporat dan menetapkan strateginya bagi menentukan hala tuju syarikat

dan merangka strategi pelaksanaannya. Rancangan Korporat dan Key

Performance Indicator (KPI) perlu dibentangkan dan diluluskan oleh

Lembaga Pengarah Syarikat. KPI yang disediakan perlulah berkait rapat

dengan strategi syarikat dan penetapan KPI bagi Ketua Eksekutif dan

syarikat keseluruhannya. Berdasarkan amalan terbaik Green Book

Bahagian 1 perenggan 3.2 menyarankan peranan Lembaga Pengarah

adalah memantau prestasi dan pencapaian syarikat serta memastikan

syarikat diuruskan dengan baik dan berkesan. Kaedah yang paling

berkesan adalah dengan mengukur pencapaian dan prestasi syarikat

melalui penetapan KPI.

ii. Semakan Audit mendapati MBH tidak menyediakan rancangan korporat

dan KPI secara khusus untuk mengukur prestasi syarikat bagi tahun

2014 hingga 2016.

Pada pendapat Audit, SOP MBH adalah tidak memuaskan kerana Pelan

Strategik/Rancangan Korporat/Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi

Utama tidak disediakan.

f. Jawatankuasa Audit

i. Lembaga Pengarah hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Audit (JKA)

yang bertanggungjawab menilai dan memberi syor terhadap kualiti

kawalan dalaman operasi syarikat kepada Lembaga Pengarah untuk

meningkatkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan syarikat.

ii. Berdasarkan MCCG 2012, principle 6 recommendation 6.2 dan Green

Book perenggan 1.2.1 menyarankan Lembaga Pengarah menubuhkan

Jawatankuasa Audit, dipengerusikan oleh Pengarah Bebas, mempunyai

komposisi sekurang-kurangnya tiga ahli dan tidak melebihi 4 ahli sama

ada di kalangan Lembaga Pengarah atau orang luar yang memiliki

kepakaran kewangan. Semakan Audit mendapati JKA tidak ditubuhkan

oleh MBH.

Page 102: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 82

g. Audit Dalaman

i. Peranan utama Audit Dalaman ialah menilai pematuhan, pengurusan

kepada dasar dan prosedur yang ditetapkan. Ia membantu JKA dalam

menilai dan meningkatkan keberkesanan proses pengurusan risiko,

kawalan dalaman dan tadbir urus.

ii. Berdasarkan MCCG 2012, principle 6.2 menyarankan Lembaga

Pengarah perlu menubuhkan fungsi Audit Dalaman yang melapor terus

kepada Jawatankuasa Audit. Audit Dalaman hendaklah melaksanakan

pengauditan bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus, pengurusan

risiko dan kawalan dalaman dalam syarikat dan seterusnya memastikan

tindakan susulan diambil oleh pengurusan terhadap perkara yang

dibangkitkan. MCCG 2017, guidance 10.1 pula menyatakan Ketua Audit

Dalaman hendaklah dilantik oleh JKA dan terma rujukan Audit Dalaman

hendaklah jelas dan diluluskan oleh JKA.

iii. Semakan Audit mendapati MBH tidak mewujudkan Audit Dalaman

kerana fungsi Audit Dalam dilaksanakan oleh pihak firma audit swasta

(FAS). Bagi tahun 2014 hingga 2016, FAS telah melaporkan penemuan

Audit antaranya mengenai pinjaman jangka panjang dan faedah

pinjaman, kerugian yang dialami syarikat dan anak syarikatnya serta

defisit dalam dana pemegang saham.

h. Pemantauan Melaka Cell Farming Sdn. Bhd. (Syarikat Milikan) Dan Tropical Bioessence Sdn. Bhd. (Syarikat Bersekutu)

i. Melaka Cell Farming Sdn. Bhd. (MCF) merupakan syarikat milikan MBH

yang ditubuhkan pada 30 Ogos 2004 dengan saham berbayar berjumlah

RM1.33 juta dengan pegangan saham MBH dalam MCF adalah

sebanyak 100%. MCF ditubuhkan khusus untuk aktiviti pertanian, rumpai

laut dan penternakan ikan. Ahli Lembaga Pengarah MCF adalah Datuk

Haji Kamarudin bin Md Shah, Pn. Azlieza binti Azizan dan En. Badrul

Hisham bin Badrudin.

ii. Tropical Bioessence Sdn. Bhd. (TBE) merupakan syarikat bersekutu

MBH yang ditubuhkan pada 8 Mac 2005 dengan saham berbayar

berjumlah RM100,000 dengan pegangan saham MBH dalam TBE adalah

sebanyak 20%. Pegangan saham sebanyak 80% dalam TBE adalah

dimiliki oleh Encik Mohd Khairil bin Said. TBE ditubuhkan untuk

pembuatan minyak pati daripada tumbuhan herba dan beraromatik. Ahli

Lembaga Pengarah TBE adalah En. Mohd Khairil bin Said, En. Badrul

Hisham bin Badrudin dan Pn. Asmaliyah binti Senan. Butiran lanjut

adalah seperti jadual berikut:

Page 103: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 83

JADUAL 3.10 SENARAI SYARIKAT MILIKAN

DAN BERSEKUTU DI BAWAH MBH SETAKAT 31 DISEMBER 2016

NAMA SYARIKAT AKTIVITI SYARIKAT MODAL

BERBAYAR (RM Juta)

PERATUS PEGANGAN EKUITI (%)

STATUS

Melaka Cell Farming Sdn. Bhd.

Pertanian, Rumpai Laut Dan Penternakan Ikan

1.33 100 Aktif

Tropical Bioessence Sdn. Bhd.

Pembuatan Minyak Pati Daripada Tumbuhan Herba Dan Beraromatik

0.10 20 Aktif

Sumber: Rekod MBH, MCF dan TBE

iii. Syarikat Milikan/Bersekutu Mengalami Kerugian Terkumpul

Analisis Audit mendapati prestasi kewangan syarikat MCF bagi

tempoh 2014 hingga 2016 adalah kurang memuaskan kerana

mengalami kerugian sebelum cukai iaitu berjumlah RM46,762 pada

tahun 2014, RM7,367 pada tahun 2015 dan RM9,904 pada tahun

2016. Kerugian terkumpul MCF pada akhir tahun 2016 adalah

berjumlah RM1.29 juta. Kerugian berterusan yang dialami dalam

tempoh tersebut adalah penyumbang utama kepada peningkatan

kerugian terkumpul MBH. Manakala prestasi kewangan TBE bagi

tempoh 2014 hingga 2016 menunjukkan syarikat memperoleh

keuntungan sebelum cukai tetapi mengalami penurunan yang ketara

pada tahun 2015 iaitu sebanyak RM524,107 (87.9%) berbanding

RM596,671 tahun 2014. Bagaimanapun, pada tahun 2016 TBE

memperoleh kerugian sebelum cukai berjumlah RM245,287

menyebabkan syarikat masih belum dapat menampung kerugian

terkumpul yang berjumlah RM864,139 pada akhir tahun 2016.

iv. Pembayaran Dividen

Semakan Audit mendapati tiada dividen di isytihar atau dibayar oleh

MBH bagi tahun kewangan 2015 dan 2016 walaupun MBH

memperoleh keuntungan bersih selepas cukai masing-masing

berjumlah RM32,274 dan RM10,636. Ini adalah disebabkan

keuntungan yang diperoleh masih belum dapat menampung jumlah

kerugian terkumpul MBH berturut-turut masing-masing yang

berjumlah RM344,214, RM311,940 dan RM301,304 bagi tahun 2014

hingga 2016.

Semakan Audit juga mendapati bagi tahun 2014 hingga 2016 tiada

pembayaran dividen dibuat oleh MCF kepada MBH kerana syarikat

mengalami kerugian berturut-turut. Semakan Audit mendapati tiada

pembayaran dividen ada dibuat oleh TBE kepada MBH walaupun

TBE ada memperoleh keuntungan sebelum cukai pada tahun 2014

yang berjumlah RM596,671. Bagaimanapun pada tahun 2015, TBE

Page 104: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 84

telah membayar dividen kepada MBH berjumlah RM5,000

(RM25,000x20%) dan selebihnya RM20,000 kepada pemegang

utama syarikat manakala tiada bayaran dividen pada tahun 2016

kerana mengalami kerugian. Prestasi kewangan syarikat milikan dan

bersekutu bagi tahun 2014 hingga 2016 adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 3.11 PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT MILIKAN

DAN BERSEKUTU BAGI TAHUN 2014, 2015 dan 2016

NAMA SYARIKAT

PENDAPATAN (RM)

UNTUNG/(RUGI) SEBELUM CUKAI

(RM)

DIVIDEN DIISYTIHAR DAN DIBAYAR

(RM)

2014 2015 2016 2014 2015 2016 2014 2015 2016

MCF 17,897 - 5,000 (46,762) (7,367) (9,904) - - -

TBE 1,704,293 1,814,293 1,442,584 596,671 72,264 (245,287) - 25,000 -

Sumber: Rekod MBH, MCF dan TBE

v. Pendahuluan/Pinjaman

• MBH telah memberi pinjaman kepada syarikat MCF yang berjumlah

RM1 juta bagi tujuan penternakan rumpai laut di Merlimau, Melaka

pada tahun 2004. Mengikut penyata kewangan MBH, baki terhutang

syarikat MCF bagi tempoh 2014 dan 2015 adalah berjumlah RM1.23

juta. Sehingga tahun 2015, MCF tidak mampu untuk membuat

bayaran balik pinjaman tersebut disebabkan mengalami kerugian.

Pada akhir tahun 2016, hutang tersebut telah dilaraskan sebagai

modal berbayar MCF berdasarkan kepada keputusan mesyuarat ALP

Bilangan 1 Tahun 2016 bertujuan untuk mengurangkan kerugian

terkumpul syarikat. Manakala baki terhutang kepada syarikat TBE

pada tahun 2014, 2015 dan 2016 adalah masing-masing berjumlah

RM42,003, RM47,003 dan RM31,674. Semakan Audit mendapati

bayaran balik bagi TBE adalah memuaskan. Butiran lanjut adalah

seperti jadual berikut:

JADUAL 3.12 JUMLAH TERHUTANG DARIPADA SYARIKAT MILIKAN & BERSEKUTU

BIL PEMINJAM BAKI PINJAMAN (RM)

2014 2015 2016

1. MCF 1,231,179 1,231,179 -

2. TBE 42,003 47,003 31,674

JUMLAH 1,273,182 1,278,182 31,674

Sumber: Rekod MBH, MCF dan TBE

Maklum Balas MBH yang Diterima pada 22 Ogos 2017

Pihak MBH menyatakan bahawa kerugian MCF adalah disebabkan

projek rumpai laut pada tahun 2014. Dengan itu usaha sama bersama

Atlantys telah diadakan pada bulan Ogos 2012 untuk menyelesaikan

Page 105: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 85

masalah kerugian tersebut. Usaha ini telah mula menunjukkan

peningkatan iaitu sejumlah RM5,000 diterima pada tahun 2015 dan

sejumlah RM10,000 diterima pada tahun 2016.

Pihak MBH menjelaskan bahawa TBE telah menunjukkan peningkatan

dari segi penjualan dan hutang TBE kepada MBH telah mula membuat

bayaran bermula dari tahun 2015.

Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap syarikat MCF dan TBE

adalah kurang memuaskan kerana syarikat mengalami kerugian dan

pinjaman yang disalurkan tidak dibayar tetapi ditukarkan kepada modal

syarikat.

3.6. Syor Audit

Bagi memastikan objektif penubuhan MBH dapat dicapai sepenuhnya, adalah disyorkan

pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah MBH mengambil langkah yang proaktif dan

berkesan bagi menangani kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini.

Sehubungan ini, pihak Audit mengesyorkan pihak yang terlibat memberi pertimbangan

terhadap perkara berikut:

3.6.1. MBH hendaklah memastikan pengurusan aktiviti syarikat diurus dengan

cekap, berhemat dan berkesan selaras dengan objektif yang telah ditentukan;

3.6.2. MBH dan PBM perlu menetapkan KPI berhubung perkhidmatan ujian

makmal yang dipersetujui bersama pada setiap tahun serta memperjelas syarat-

syarat berkaitan dalam perjanjian antara kedua pihak;

3.6.3. MBH perlu menyemak semula harga produk biodegradasi bagi

membolehkan produk ini bersaing dengan pembekal-pembekal di pasaran semasa;

3.6.4. MBH perlu menyediakan Pelan Perniagaan Strategik (strategic Business

Plan), Rancangan Korporat/Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama yang

baik bagi memastikan perancangan perniagaan yang berkesan dapat dilaksanakan

untuk memaju dan memantapkan syarikat;

3.6.5. MBH perlu mewujudkan Jawatankuasa Audit dilantik dari kalangan Ahli

Lembaga Pengarah MBH. Manakala Audit Dalaman hendaklah diwujudkan

dikalangan kakitangan MBH selain daripada unit pentadbiran dan kewangan;

3.6.6. MBH hendaklah mewujudkan kod etika rasmi syarikat, menyenaraikan

peranan, tugas dan tanggungjawab ahli dan memberi program pembelajaran

kepada ahli supaya terbaik tadbir urus bagi Pengarah Urusan di amalkan dengan

baik untuk memajukan syarikat; dan

3.6.7. Mewujudkan mekanisme pemantauan yang teratur kepada syarikat milikan

MBH.

Page 106: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 107: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

PENUTUP

Page 108: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 109: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

LKAN NEGERI MELAKA 2016 SIRI 2 | 89

PENUTUP

Secara keseluruhan, pengauditan yang dijalankan telah menunjukkan beberapa

penambahbaikan dalam pelaksanaan program dan aktiviti Jabatan/Agensi dan

Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri seperti berkurangnya kes-kes ketidakpatuhan

terhadap prosedur Kerajaan dan penetapan asas-asas yang jelas dalam pelaksanaan

projek atau program. Namun begitu, kegagalan mengambil tindakan awal terhadap

masalah yang berlaku sepanjang pelaksanaan projek/program telah menjejaskan

pencapaian matlamat projek/program pada akhirnya. Selain itu, aspek pemantauan dan

penyeliaan masih perlu dipertingkatkan dan dilakukan secara berterusan terhadap

kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kakitangan bawahan, kontraktor dan vendor.

Sehubungan itu, Jabatan/Agensi/Pengurusan Syarikat Negeri yang terlibat bukan

sahaja perlu mengambil tindakan selepas mendapat teguran daripada pihak Audit,

malah perlu bertindak dengan cepat sebaik sahaja masalah atau kelemahan itu dikenal

pasti. Pegawai Pengawal yang terlibat juga perlu mengatur supaya pemeriksaan secara

menyeluruh dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang sama juga

berlaku dalam projek/program lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil

tindakan pembetulan yang sewajarnya.

Agensi Kerajaan Negeri juga perlu memantau aktiviti syarikat miliknya untuk

memastikan syarikat mewujudkan tadbir urus korporat yang baik, mematuhi undang-

undang dan peraturan Kerajaan, berdaya saing serta bagi memastikan objektif

penubuhan syarikat tercapai sepenuhnya.

Jabatan Audit Negara

Putrajaya

17 Oktober 2017

Page 110: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADKUALA LUMPUR, 2017www.printnasional.com.myemail: [email protected].: 03-92366895 Faks: 03-92224773

Page 111: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan
Page 112: LAPORAN KETUA AUDIT - intosaiitaudit.org. Aktiviti Melaka... · abstraksi air mentah, pencemaran sumber air dan lain-lain ... dengan nama Akaun Amanah Tabung ... cekap dan berkesan

JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANo. 15, Aras 1-5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 Putrajaya.| Tel : +603 8889 9000 | Faks : +603 8888 9721

JABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA

LAPORANKETUAAUDITNEGARA PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/ AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN

NEGERI MELAKA TAHUN 2016

SIRI 2

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA | PENGURUSAN AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2016

SIRI 2