laporan kajian tindakan 2011

15
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN PENCAPAIAN PASUKAN BOLA BALING ( WATAK SUKAN SEKOLAH ) MELALUI KESEIMBANGAN FIZIKAL DAN KEMAHIRAN BOLA BALING “ KAEDAH 6KT2 + D “ Oleh: ENCIK MUZAINI BIN DAUD @ RONI ( Guru Cemerlang PJPK DGA 32 ) Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6, Taman Sri Lambak, 86000 Kluang, Johor.

Upload: hishamuddin-salim

Post on 26-Jun-2015

2.990 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kajian tindakan 2011

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENCAPAIAN PASUKAN BOLA BALING ( WATAK SUKAN SEKOLAH )

MELALUI KESEIMBANGAN FIZIKAL DAN KEMAHIRAN BOLA BALING“ KAEDAH 6KT2 + D “

Oleh:

ENCIK MUZAINI BIN DAUD @ RONI( Guru Cemerlang PJPK DGA 32 )

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar T6,Taman Sri Lambak,

86000 Kluang, Johor.

1Nama Pengkaji : Encik Muzaini bin Daud @ Roni

Page 2: Laporan kajian tindakan 2011

Tajuk Kajian : MENINGKATKAN PENCAPAIAN PASUKAN BOLA BALING

( WATAK SUKAN SEKOLAH ) MELALUI KESEIMBANGAN

FIZIKAL DAN KEMAHIRAN BOLA BALING:-

“ KAEDAH 6KT2 + D “

MEREFLEK:

Laporan saya ini ditulis pada 01 April 2011.

Saya merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Bola Baling Sekolah Menengah Kebangsaan

Bandar T6, Kluang sejak tahun 2004 hingga kini. Sepanjang penglibatan aktif saya ini,

didapati bahawa masalah utama yang saya hadapi bagi pasukan ini pada saban tahun

ialah berlakunya kekurangan dan ketidakseimbangan pemain-pemain dalam aspek

kecergasan fizikal dan kemahiran bola baling. Justeru itu, hal ini akan merencatkan

sasaran atau pencapaian yang disasarkan iaitu sekurang-kurangnya Naib Johan di

peringkat MSSD Kluang.

Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian tingkah laku dan temubual terhadap

pemain-pemain sama ada sebelum, semasa mahupun selepas latihan dilaksanakan.

Pelbagai keluhan dan alasan akan dikemukakan oleh pemain-pemain. Oleh yang

demikian pada latihan mingguan bertarikh 05 hingga 15 Januari 2011 suatu analisis

berbentuk temubual dan pemerhatian telah saya jalankan. Antara analisis / jawapan

yang diperoleh daripada soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

1) Soalan : Kenapa awak kelihatan seperti penat dan kurang bersungguh-sungguh?..

Jawapan : Badan saya letih dan rasa macam tidak bermaya…nafas pun laju, rasa

letih..

2) Jawapan : Badan saya rasa macam lembik dan tak larat nak berlatih pada peringkat

awal, nanti lama-lama baru ok..

3) Jawapan : Badan penat sebab tak ‘fit’..dah lama tak berlatih..

Manakala melalui pemerhatian saya sememangnya ramai pemain yang kelihatan agak

2

Page 3: Laporan kajian tindakan 2011

letih dan lesu, namun mereka berusaha juga untuk mencapai objektif latihan. Justeru

itu, saya berpendapat dan yakin bahawa pemain-pemain ini sebenarnya tidak bersedia

dalam aspek kecergasan fizikal. Lantaran itu juga, tanpa kecergasan fizikal yang

optimum, saya sangat yakin pemain-pemain ini sukar menguasai kemahiran bola baling,

seterusnya merencatkan taktikal pasukan ini ketika bertanding.

Daripada refleksi di atas, saya dapati masalah ini sebenarnya berlaku disebabkan

mereka kurang melakukan aktiviti fizikal yang sistematik. Mereka hanya bersukan atau

melakukan aktiviti fizikal secara bermusim / hanya ketika ada pertandingan sahaja. Atas

faktor inilah, maka kecergasan fizikal yang mantap dan pemantapan kemahiran

permainan tersebut tidak dapat dipertingkatkan. Jika hal ini tidak ditangani, maka suatu

kerugian kepada bakat-bakat muda dalam sukan bola baling ini, seterusnya pencapaian

yang disasarkan akan meleset.

Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini, saya telah memperkenalkan suatu kaedah iaitu

“ KAEDAH 6KT2 + D “. Saya sangat yakin kaedah ini akan dapat meningkatkan

kecergasan fizikal dan kemahiran bola baling SMK Bandar T6, Kluang ini. Tujuan utama

kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa hanya keseimbangan antara kecergasan

fizikal dan kemahiran satu-satu permainan (bola baling) akan menjamin kejayaan

kepada pasukan. Kajian saya ini melibatkan seramai 24 orang pemain yang mencakupi

12 orang pemain Lelaki 18 Tahun dan 12 orang pemain Perempuan 18 Tahun SMK

Bandar T6, Kluang.

MERANCANG :

Tarikh: 09 Februari hingga 11 Februari 2011:

Dalam usaha untuk membuktikan bahawa “ KAEDAH 6KT2 + D “ ini akan

membuahkan hasil, maka saya telah merancang untuk melaksanakan beberapa

tindakan seperti berikut :

1) Aktiviti 1 : Kecergasan Daya Tahan K ardiovaskular (DTK)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti yang sesuai.

Langkah 2 : Melakukan aktiviti-aktiviti DTK yang sesuai, berfokus pada

3

Page 4: Laporan kajian tindakan 2011

system aerbic. Contoh Aktiviti: Berjogging, Fartlek, Parcourse,

Berbasikal, dan lain-lain.

2) Aktiviti 2 : K ekuatan Otot (KO)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KO yang sesuai.

Contoh aktiviti: Bola Segar dan Latihan Bebanan.

Langkah 2 : Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bentuk latihan litar

berdasarkan prinsip-prinsip latihan. Contoh, bermula dengan

intensity rendah sederhana tinggi.

( penekanan pada fasa persediaan / awal )

3) Aktiviti 3 : K etahanan Otot / Daya Tahan Otot (DTO)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti DTO yang sesuai.

Contoh aktiviti: Bola Segar dan Latihan Bebanan

Langkah 2 : Melaksanakan aktiviti-aktiviti DTO dalam bentuk latihan litar

berdasarkan prinsip-prinsip latihan ( penekanan pada fasa

persediaan / awal )

4) Aktiviti 4 : K elajuan & Ketangkasan (KK)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KK yang sesuai.

Contoh aktiviti: Lari pecut 20m, 30m, 40m, 50m, Lari ulang-alik

4x10m, Shuttle run, dan lain-lain.

Langkah 2 : Melaksanakan aktiviti-aktiviti KK ( penekanan ketika

menghampiri pertandingan )

5) Aktiviti 5 : K uasa (K)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti K yang sesuai.

Contoh aktiviti: Lompat jauh berdiri, Lompat tinggi static, single

and doble hop, Latihan Benanan dan lain-lain yang sesuai untuk

membentuk kuasa, khususnya pada tangan dan kaki.

Langkah 2 : Melaksanakan aktiviti-aktiviti K ( selepas memperoleh kekuatan

dan daya tahan otot )

4

Page 5: Laporan kajian tindakan 2011

6) Aktiviti 6 : K oordinasi (KOR)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KOR yang sesuai.

Contoh aktiviti: Galah Panjang, ‘Number Ball’, dan lain-lain.

Langkah 2 : Melaksanakan aktiviti-aktiviti KOR.

7) Aktiviti 7 : T2 ( Teknikal dan Taktikal Permainan )

Langkah 1 : Menyenari dan menyusun semua teknikal permainan ini dan

taktikal yang sesuai dan akan digunakan untuk kedua-dua

pasukan ini.

Lagkah 2 : Melaksanakan kemahiran-kemahiran teknikal dan taktikal yang

disenaraikan, diperlukan serta bersesuaian dengan pasukan

yang dibentuk ini.

8) Aktiviti 8 : Disiplin Diri dan Pasukan

Langkah 1 : Memberikan motivasi dan pemantauan disiplin pemain-pemain

ketika melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang.

Semua aktiviti perlu dilaksanakan secara terancang dan

sistematik. Semua pemain perlu melaksanakannya.

BERTINDAK / TINDAKAN:

Tarikh: 12 Februari hingga 18 Februari 2011

Bermula pada 12 Februari 2011, saya telah melaksanakan semua aktiviti yang telah

dirancang.

1) Aktiviti 1 : Kecergasan Daya Tahan K ardiovaskular (DTK)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti yang sesuai.

Langkah 2 : Melakukan aktiviti-aktiviti DTK yang sesuai, berfokus pada

system aerbic. Contoh Aktiviti: Berjogging, Fartlek, Parcourse,

Berbasikal, dan lain-lain.

5

Page 6: Laporan kajian tindakan 2011

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti ini sangat sesuai dengan

atlet-atlet yang terlibat dalam sukan bola baling ini. Penekanan pada aspek ‘aerebic’

sememangnya tepat kerana permainan ini memerlukan stamina / daya tahan

kardiovaskular yang lama. Atlet-atlet semakin cergas dan aktif. Kesimpulannya, aktiviti

DTK ini merupakan asas penting dalam pembentukan sesebuah pasukan yang mantap.

2) Aktiviti 2 : K ekuatan Otot (KO)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KO yang sesuai.

Contoh aktiviti: Bola Segar dan Latihan Bebanan.

Langkah 2 : Melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam bentuk latihan litar

berdasarkan prinsip-prinsip latihan. Contoh, bermula dengan

intensity rendah sederhana tinggi.

( penekanan pada fasa persediaan / awal )

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa aktiviti KO ini perlu dilakukan

untuk mendapatkan kekuatan, khususnya kekuatan balingan.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan impak

yang sangat besar dalam membentuk keyakinan dan kekuatan balingan. Sedikit-

sebanyak aktiviti ini membentuk keberanian dan keyakinan yang tinggi, apatah lagi

fizikal semakin ‘kuat’.

3) Aktiviti 3 : K etahanan Otot / Daya Tahan Otot (DTO)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti DTO yang sesuai.

Contoh aktiviti: Bola Segar dan Latihan Bebanan

Langkah 2 : Melaksanakan aktiviti-aktiviti DTO dalam bentuk latihan litar

berdasarkan prinsip-prinsip latihan ( penekanan pada fasa

persediaan / awal )

Melalui pemerhatian saya juga, aktiviti-aktiviti DTO ini perlu dilaksanakan seiring

dengan KO. Dengan adanya DTO yang tinggi, pemain-pemain lebih yakin dan dapat

bertahan dan melaksanakan aktiviti dalam tempoh yang lebih lama tanpa ‘lesu otot’.

6

Page 7: Laporan kajian tindakan 2011

4) Aktiviti 4 : K elajuan & Ketangkasan (KK)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KK yang sesuai.

Contoh aktiviti: Lari pecut 20m, 30m, 40m, 50m, Lari ulang-alik

4x10m, Shuttle run, dan lain-lain.

Langkah 2 : Melaksanakan aktiviti-aktiviti KK ( penekanan ketika

menghampiri pertandingan )

Pemerhatian saya juga menunjukkan bahawa aspek kelajuan dan ketangkasan ini

sangat penting dalam permainan ini. Justeru itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah

menyokong dan memberikan impak yang sangat besar kepada pasukan.

Refleksi yang boleh saya nyatakan ialah dengan adanya aktiviti KK ini, pasukan telah

dapat bermain dengan laju dan dapat melakukan ‘fast break’ yang baik dan cepat.

Tempo permainan menjadi lebih laju dan teratur. Keseimbangan sebuah pasukan

diperoleh. Halangan ‘wall’ terhadap pihak lawan juga dapat diakukan dengan lebih

cepat dan tepat.

5) Aktiviti 5 : K uasa (K)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti K yang sesuai.

Contoh aktiviti: Lompat jauh berdiri, Lompat tinggi static, single

and doble hop, Latihan Benanan dan lain-lain yang sesuai untuk

membentuk kuasa, khususnya pada tangan dan kaki.

Langkah 2 : Melaksanakan aktiviti-aktiviti K ( selepas memperoleh kekuatan

dan daya tahan otot )

Pemerhatian saya menunjukkan aktiviti kuasa ini telah menyokong dan meningkatkan

kemahiran lompatan dan balingan. ‘Kuasa’ lompatan dan balingan lebih mantap.

Balingan lebih laju dan tepat serta lompatan lebih tinggi, stabil dan kukuh.

Refleksi saya menunjukkan bukan sahaja jaringan 6m diperoleh, malah jaringan dari

jarak yang jauh seperti 9m juga semakin bertambah baik ( tepat, laju, dan’power’ ).

7

Page 8: Laporan kajian tindakan 2011

6) Aktiviti 6 : K oordinasi (KOR)

Langkah 1 : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti KOR yang sesuai.

Contoh aktiviti: Galah Panjang, ‘Number Ball’, dan lain-lain.

Langkah 2 : Melaksanakan aktiviti-aktiviti KOR.

Pemerhatian saya juga menunjukkan aktiviti-aktiviti KOR ini membantu, khasnya ketika

bertahan.

Refleksi yang boleh saya nyatakan ialah pertahanan pasukan ini semakin baik dan

tersusun dengan adanya koordianasi yang mantap dalam pasukan.

7) Aktiviti 7 : T2 ( Teknikal dan Taktikal Permainan )

Langkah 1 : Menyenari dan menyusun semua teknikal permainan ini dan

taktikal yang sesuai dan akan digunakan untuk kedua-dua

pasukan ini.

Lagkah 2 : Melaksanakan kemahiran-kemahiran teknikal dan taktikal yang

disenaraikan, diperlukan serta bersesuaian dengan pasukan

yang dibentuk ini.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan penguasaan kemahiran / teknikal

permainan sangat besar impaknya terhadap hasil yang bakal diperoleh.

Refleksi yang boleh saya nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan ialah sesebuah pasukan

(pasukan saya ini) sangat gah dengan adanya penguasaan teknikal yang menyeluruh,

tinggi dan kepelbagaian taktikal sama ada individu mahupun pasukan.

8) Aktiviti 8 : Disiplin Diri dan Pasukan

Langkah 1 : Memberikan motivasi dan pemantauan disiplin pemain-pemain

ketika melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang.

Semua aktiviti perlu dilaksanakan secara terancang dan

sistematik. Semua pemain perlu melaksanakannya.

Pemerhatian saya juga menunjukkan betapa disiplin diri dan pasukan sangat penting

dalam usaha meniti kejayaan.

8

Page 9: Laporan kajian tindakan 2011

Refeleksi saya ialah hanya dengan disiplin yang tinggi dan pemantauan yang berterusan

dapat menjamin pelaksanaan semua aktiviti yang dirancang sama ada sebelum,

semasa dan selepas pertandingan dijalankan…hasilnya pasti cemerlang.

MEMERHATI :

Tarikh : 19 Februari hingga 04 Mac 2011

Berdasarkan keputusan yang diperoleh pada Pertandingan Bola Baling MSSD Kluang

2010 yang lalu, saya mendapati bahawa “ KAEDAH 6KT2 + D “ ini sememangnya

berkesan dan sangat sesuai diaplikasikan oleh mana-mana atlet / pasukan yang mahu

mengecapi kejayaan. Oleh yang demikian, untuk membuktikan dan memperkukuhkan

lagi ketepatan kajian ini maka, diteruskan setahun lagi iaitu pada tahun 2011 selaras

dengan ‘Blueprint Program Kecemerlangan Watak Sukan Sekolah : Bola Baling 2008-

2011).

Hasil yang diperoleh oleh pasukan ini adalah seperti berikut:

1) Lelaki 18 Tahun : Johan ( Naib Johan 2010 ) / JOHAN 2011

2) Perempuan 18 Tahun : Johan ( Johan 2010 ) / JOHAN 2011

3) Keseluruhan : Johan Bola Baling MSSD Kluang (Menengah 2010 &

2011)

Sehubungan itu, hasil kajian tindakan ini dengan jelas telah menunjukkan kejayaan

melalui hasil yang sangat cemerlang dan memberangsangkan.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan

ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi beberapa

masalah yang masih ada, demi menjamin kejayaan cemerlang yang berterusan. Akhir

kata, semoga kajian tindakan saya ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam

menempa kejayaan dalam satu-satu pertandingan sukan/permainan.

Disediakan oleh, 01 APRIL 2011

……………………………………

(MUZAINI BIN DAUD @ RONI)

9