laporan kajian tindakan 2011

Upload: atim-tim

Post on 12-Jul-2015

307 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2011 KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

TAJUK KAJIAN KAEDAH MAIN PERANAN - ROLE PLAY DAPAT MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR - PELAJAR SEMESTER DUA DIPLOMA KEUSAHAWANAN (DEN) DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK PRINSIP PEMASARAN.

PENYELIDIK: NORASHIKIN BINTI ZAINUDDIN TAN (G1024584) NORHAFIDZAH BINTI AB RAHAMAN (G1020692)

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA TINGKAT 13 BANGUNAN GRAHA MAJU JALAN GRAHA MAJU 75300 MELAKA

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan ke atas 13 orang pelajar Semester 2, kursus Diploma Keusahawanan yang mengambil subjek Prinsip Pemasaran di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perlakuanperlakuan pelajar yang tidak dapat memahami sesuatu topik yang diajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga diharap dapat mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak memahami topik yang diajar serta membantu pensyarah memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran agar dapat meningkatkan kefahaman serta daya tumpuan pelajar. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah : a) Kajian Literatur dilakukan dengan membuat rujukan kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji lain dalam bidang pendidikan. Kajian yang dipilih lebih tertumpu kepada perlakuan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), punca-punca yang menjurus kepada ketidakfahaman terhadap sesuatu topik. Antara sumbersumber yang digunakan di dalam kajian literatur adalah journal, buku rujukan, majalah, suratkhabar dan perkhidmatan Internet. b) Pemerhatian tingkah laku pelajar dilakukan sebanyak dua kali oleh pengkaji sepanjang tempoh kajian. Pemerhatian pertama dilakukan semasa pengkaji menggunakan kaedah kuliah/bercerita semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian pertama dilakukan sebelum ujian pra diadakan. Pemerhatian dilakukan untuk mengenalpasti tingkah laku pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti puncapunca kenapa pelajar tidak memahami dan kurang menumpukan perhatian terhadap sesuatu topik. Pemerhatian juga dilakukan untuk merekodkan gangguan-gangguan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akibat daripada tingkah laku pelajar. Pemerhatian kedua di adakan selepas pengkaji menukar kaedah pembelajaran dari kaedah kuliah/bercerita kepada kaedah main peranan (role play). c) Soalan pengesanan dilakukan untuk menilai pengetahuan sedia ada pelajar sebelum kajian tindakan dilaksanakan dan juga selepas kajian tindakan dilaksanakan. Jenis soalan yang dikemukakan kepada pelajar adalah soalan berbentu betul atau salah dan juga esei. d) Soal Selidik digunakan dengan membina soalan berdasarkan maklumat semasa pemerhatian di lakukan di awal semester. Setiap borang soal selidik mengandungi 15 item. Borang soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu berkenaan latar belakang responden dan tingkah laku individu ADD (gangguan kurang tumpuan).

BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

1.1

LATARBELAKANG MASALAH KAJIAN

Subjek Prinsip Pemasaran merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar semester 2 (Diploma Keusahawanan) di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Ianya mengajar pelajar mengenai asas pemasaran dan kaedah pemasaran yang lebih terperinci di dalam sesebuah organisasi yang akan di guna pakai. Namun begitu, pelbagai rintangan perlu dihadapi oleh pensyarah subjek ini kerana para pelajar seringkali tidak dapat menumpukan perhatian serta tidak menunjukkan minat untuk mempelajari subjek ini ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Misalnya keputusan peperiksaan bagi subjek Prinsip Pemasaran untuk sesi Januari - Jun 2011 membuktikan kesan pemasalahan ini. Seramai 8 pelajar daripada 20 orang pelajar mendapat D+. Masalah ini amat membimbangkan para pensyarah kerana pelajar yang tidak menumpukan perhatian ketika sesi P & P akan menghadapi masalah apabila ingin menjawab soalan peperiksaan. Kesemua soalan peperiksaan akhir semester berbentuk esei dan kajian kes yang memerlukan pemahaman serta penghayatan supaya mereka dapat mengaplikasikannya ketika menjawab soalan tersebut. Kajian ini diharap dapat membantu di dalam mengenalpasti faktorfaktor yang mengganggu daya tumpuan serta minat pelajar bagi subjek Prinsip Pemasaran. Selain itu, kajian ini diharap dapat membantu untuk mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan daya tumpuan serta minat pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung agar peningkatan keputusan peperiksaan dapat diperbaiki.

1.2

PERNYATAAN MASALAH

Secara umumnya, pelajar semester 2 Diploma Keusahawanan (DEN) dilihat sentiasa tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh pensyarah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) diadakan. Ini secara tidak langsung, akan menyebabkan pelajar hilang tumpuan terhadap apa yang di ajar oleh pensyarah pada hari tersebut. Pelajar hanya boleh menumpukan perhatian selama tiga puluh minit yang pertama sahaja. Selepas itu, mereka akan melakukan aktiviti sendiri seperti makan, minum, membaca suratkhabar, membuat kerja bagi matapelajaran yang lain, menggunakan telefon bimbit, menconteng di atas meja tulis, menggunakan komputer riba serta berbual-bual sesama sendiri tentang perkara-perkara yang tiada kaitan dengan kandungan objektif pengajaran yang dirancang oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kesan kepada permasalahan ini, pelajar tidak dapat menjawab soalansoalan yang ditanya oleh pensyarah di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini akan memberi kesan kepada pelajar ketika menduduki peperiksaan akhir semester. Mereka akan menghadapi masalah untuk menjawab 10 soalan esei pendek dan 2 soalan esei panjang. Kajian tindakan ini diharap dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar untuk mempelajari dengan lebih mendalam subjek Prinsip Pemasaran serta mengenalpasti punca-punca yang mengakibatkan pelajar tidak memahami topik yang di sampaikan oleh pensyarah.

1.3

OBJEKTIF KAJIAN 1.3.1 Mengenalpasti perlakuanperlakuan pelajar yang tidak dapat memahami sesuatu topik yang diajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 1.3.2 Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak memahami topik tersebut.

1.3.3 Membantu

pensyarah

memperbaiki

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran dengan tujuan meningkatkan kefahaman dan daya tumpuan pelajar Semester 2 Diploma Keusahawanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.4

SOALAN KAJIAN 1.4.1 Apakah perlakuan-perlakuan pelajar yang tidak dapat memahami sesuatu topik yang diajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran? 1.4.2 Apakah punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak memahami topik yang diajar? 1.4.3 Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu pensyarah meningkatkan kefahaman daya tumpuan pelajar Semester 2 Diploma Keusahawanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian tindakan ini dijalankan adalah :

1.5.1

Mengenalpasti perlakuan-perlakuan pelajar yang mengganggu daya tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

1.5.2

Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak memahami topik-topik yang diajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

1.5.3 Membantu pensyarah mencari kaedah yang paling sesuai digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Prinsip Pemasaran.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0

PENGENALAN

Bahagian ini memberikan huraian literatur mengenai kajian ini. Huraian dibuat merujuk kepada tiga perkara iaitu punca pelajar kurang daya tumpuan di dalam kelas, attention deficit disorder (ADD) dan model pembelajaran main peranan. Perbincangan bahagian ini merujuk kepada kajian lepas yang mengenai 3 perkara tersebut

2.1

PUNCA PELAJAR KURANG DAYA TUMPUAN DI DALAM KELAS

Punca pelajar tidak dapat memberikan tumpuan penuh di dalam kelas adalah berkait rapat dengan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh individu tersebut. Menurut Dunn dan Dunn (1978), gaya pembelajaran adalah cara seseorang mula menumpu perhatian, memproses dan mengingat sesuatu maklumat yang sukar atau baru. Kajian ini menggunakan model Dunn dan Dunn untuk mengukur gaya pembelajaran responden kajian.

2.1.1

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: a) kebanyakan individu mampu dan boleh belajar, b) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu, c) gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan d) iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran. Dunn dan Dunn menyatakan individu pelajar dapat mempertingkatkan prestasi mereka sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn (1978) mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 5 bahagian iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Walaubagaimanapun, kajian ini hanya menumpukan aspek emosional sebagai asas utama mengapa pelajar tidak memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas.

Rangsangan Emosional

Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi, kecekalan,tanggungjawab dan struktur. i. Motivasi Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. Menurut Siti Hawa Munji (1990), apabila seseorang mendapat dorongan, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat. Bagi pelajar yang memerlukan motivasi ekstrinsik, mereka selalu didesak atau digalakkan supaya bertindak untuk mendapatkan ganjaran. Dalam pembelajaran, insentif diberikan dalam bentuk markah, gred, hadiah dan kedudukan dalam kelas. Pada akhir satu peringkat pembelajaran, keputusan peperiksaan yang baik, sijil dan surat akuan merupakan insentif yang mendorong pelajar supaya lebih berusaha dengan lebih tekun. Motivasi intrinsik juga penting untuk pelajar bagi memberikan dorongan dalaman kepada mereka untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Dorongan dalaman ini adalah seperti keperluan, minat, sikap dan emosi yang semulajadi ataupun berpandukan pengalaman serta kehendak persekitaran. Apabila pelajar sukar memahami dan memperoleh pengetahuan dalam sesuatu pengajaran, pelajar mudah kehilangan minat dan kurang memberi tumpuan. ii. Kecekalan Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat membantu pelajar belajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza. Ada segelintir pelajar yang mudah hilang minat serta berasa bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas kerana mereka hanya mampu menumpukan perhatian dalam jangka masa yang pendek sahaja. iii. Tanggungjawab

Menurut Bell (1972), individu yang ingin berjaya perlu ada perasaan bertanggungjawab. Oleh itu, terdapat sebilangan pelajar yang kurang tanggugjawab terhadap kejayaan dirinya tidak memberikan sepenuh perhatian di dalam kelas. iv. Struktur Arahan yang jelas dan berstruktur mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan. Namun begitu terdapat juga pelajar yang suka belajar dengan gaya bebas. Ini menyebabkan sebilangan pelajar lebih gemar mencari haluan sendiri dan tidak memberi tumpuan di dalam kelas. Menurut Dunn dan Dunn (1978) struktur didefinisikan sebagai suatu peraturan spesifik yang digunakan untuk melaksanakan kerja dan menyiapkan tugasan. Pelbagai jenis struktur yang berbeza yang diambil oleh pelajar bergantung kepada cara belajar setiap individu tersebut.

2.2

ATTENTION DEFICIT DISORDER Pelajar bermasalah pembelajaran terutamanya yang berkekurangupayaan kurang tumpuan (ADD) tidak dapat memberi tumpuan yang lama ketika sesi pembelajaran di kelas. Oleh itu kami ingin membuat kajian tindakan untuk meningkatkan masa tumpuan belajar mereka dengan menggunakan pengubahsuaian tingkah laku iaitu melalaui kaedah peneguhan. Attention Deficit Disorder (ADD) atau kekurangupayaan daya tumpuan adalah sejenis keadaan neurologi yang melibatkan masalah tumpuan dan keaktifan impulsif yang berkembang secara tidak konsisten dengan umur kanak-kanak. Masalah ini melibatkan kegagalan perkembangan fungsi penting otak yang mengawal kawalan dan limitasi diri. Menurut Barkley (1998), kehilangan kawalatur kendiri ini mengganggu fungsi otak lain yang penting untuk

mengimbangi perhatian termasuk kebolehan untuk membezakan ganjaran serta merta atau ganjaran terkemudian. Menurut Barkley (1997), kanak-kanak yang mengidap ADD biasanya diklasifikasikan kepada dua kategori ketahanan tumpuan yang teruk. Mereka yang menunjukkan gerak hati tidak terkawal lazimnya sukar menyertai aktiviti tugasan yang melibatkan sistem penggiliran. Tingkah laku lazim yang biasanya berlaku termasuk menjawab serta merta soalan tanpa menunggu untuk ditanya dan menukar satu tugasan kepada tugasan yang lain tanpa menyiapkan tugasan tersebut. Komponen kurang tumpuan ADD memberi kesan kepada pengalaman pendidikan kanak-kanak tersebut kerana ADD menyebabkan mereka tidak dapat memahami arahan yang terperinci, mengekalkan tumpuan dalam tempoh membuat tugasan dan tersalah meletakkan bahan yang diperlukan. Mereka akan gagal memberi tumpuan sepenuhnya kepada perincian tugasan, melakukan kesalahan secara kerap dan tidak gemar kepada tugasan yang melibatkan usaha ketahanan mental. Walaupun masalah tingkah laku dalam diri kanak-kanak tersebut bukan sebenarnya merupakan suatu masalah pembelajaran, hampir satu pertiga daripada pengidap ADD mengalami masalah pembelajaran. Menurut Cantwell & Baker (1991), kanak-kanak dengan ADD juga mengalami masalah dalam membaca, matematik dan komunikasi bertulis. 2.3 Model Pembelajaran Main Peranan Model Main Peranan dicadangkan sebagai salah satu alternatif untuk mengatasi masalah kualiti proses dan hasil pembelajaran. Menurut Sadali (2004), penerapan model pembelajaran Role Playing ke atas 30 orang siswa dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif memberikan dapatan kajian bahawa (a) terdapat peningkatan kemampuan guru dalam mencapai objektif pembelajaran, memotivasikan pelajar dan membimbing perbincangan; (b) pelajar lebih berani menyatakan pendapat; (c) terdapatnya kesedaran hubungan antara peranan yang dimainkan dengan masalah kehidupan masyarakat yang sebenar dan (d) memudahkan pelajar mengingat kembali tentang konsep, fakta dan teori. Melalui model main peranan (role playing), para pendidik mencuba

mengeksplorasi hubungan antara manusia dengan cara memperagakannya dan

mendiskusikannya

sehingga

secara

bersama-sama

pendidik

dapat

mengeksplorasi perasaan, sikap, nilai, dan berbagai strategi pemecahan masalah. Model main peranan dalam pembelajaran merupakan usaha untuk memecahkan masalah melalui peragaan, serta langkah-langkah identifikasi masalah, analisis, pemeranan, dan diskusi. Untuk kepentingan tersebut, sejumlah pelajar bertindak sebagai pameran dan yang lainnya sebagai pengamat. Seseorang pelajar itu harus mampu menghayati peranan yang dimainkannya. Melalui peranan tersebut, pelajar akan berinteraksi dengan orang lain yang juga membawakan peranan tertentu sesuai dengan tema yang dipilih.

Menurut Shaftel (1967), sembilan tahap main peranan yang dapat dijadikan pedoman dalam pembelajaran: (1) menghangatkan suasana dan memotivasi pelajar di dalam kelas, (2) pemilihan peranan, (3) menyusun tahap-tahap peranan, (4) menyiapkan pemerhati main peranan, (5) menjiwai peranan, (6) diskusi dan evaluasi, (7) mengulangi peranan, (8) diskusi dan evaluasi tahap dua, (9) memberii pengalaman dan mengambil kesimpulan. Kesembilan tahap ini bermula dengan menghangatkan suasana kelompok termasuk mengantarkan peserta didik terhadap masalah pembelajaran yang perlu dipelajari. Hal ini dapat dilakukan dengan mengidentifikasi masalah, menjelaskan masalah, menafsirkan cerita dan mengeksplorasi isu-isu, serta menjelaskan peranan yang akan dimainkan. Model main peranan akan berjaya apabila peserta didik menaruh minat dan memperhatikan masalah yang diajukan guru. Berdasarkan kajian lepas yang dilakukan, melalui model pembelajaran bermain peranan para pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih aktif dan terus menarik minat mereka. Kelas dapat diibaratkan sebagai suatu kehidupan sosial tempat pelajar belajar mengemukakan pendapat dan menghargai pendapat orang lain. Selain itu, beberapa faktor perlu diperhatikan dalam memilih topik masalah dalam main peranan agar memadai bagi pelajar seperti usia pelajar, latar belakang sosial budaya, kerumitan masalah, dan pengalaman pelajar dalam main peranan.

BAB 3 METADOLOGI 3.0 METADOLOGI KAJIAN

3.1

PENGENALAN

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perlakuanperlakuan pelajar yang tidak dapat memberikan tumpuan serta minat semasa sesi proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya mengenalpasti faktor-

faktor yang menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari subjek Prinsip Pemasaran. Ianya diharap dapat membantu pensyarah memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran bertujuan meningkatkan daya tumpuan dan minat pelajar semester 2 (Diploma Keusahawanan) dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Prinsip Pemasaran.

3.2

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

TARIKH/ BULAN 11hb Julai 2011 (Isnin) 25hb Julai 2011 (Isnin)

AKTIVITI Mesyuarat Jawatankuasa 1) Penulisan kertas cadangan 2) Menganalisis data headcount 3) Mengenalpasti instrumen Ujian pra dan post Soal selidik Kajian literatur Pemerhatian

9hb Ogos 2011 (Selasa) 16hb Ogos 2011 (Selasa) 23hb Ogos 2011 (Selasa) 14hb September 2011 (Rabu) 22hb September 2011 (Khamis) 29hb September 2011 (Khamis) 6hb Oktober 2011 (Khamis) 17hb Oktober 2011 (Isnin) 24hb Oktober 2011 (Isnin)

Mesyuarat perancangan Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos Perlaksanaan ujian pra Memproses data ujian pra Analisis data ujian pra dan pemerhatian Perlaksanaan ujian pos Memproses data ujian pos Analisis data ujian pos dan pemerhatian

7hb November 2011 (Isnin) 14hb November 2011 (Isnin) Disember 2011

Refleksi dan Penilaian Penulisan laporan kajian Pemurnian Laporan (Belum murni)

3.3

SASARAN KAJIAN Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada kumpulan pengkaji, 1 orang pensyarah subjek Prinsip Pemasaran, dan 13 orang pelajar Semester 2 yang dipilih secara rawak dari 1 kelas iaitu A. Pelajar terdiri daripada 5 orang perempuan dan 8 orang lelaki yang mengambil Diploma Keusahawanan di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka.

3.4

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Ketika kajian tindakan ini dilaksanakan, 4 kaedah pengumpulan data telah digunakan iaitu :3.4.1 Kajian Literatur Kajian literatur akan memberi fokus kepada kajian lepas yang telah di lakukan oleh pengkaji lain dalam bidang pendidikan. Kajian yang dipilih lebih tertumpu kepada perlakuan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), punca-punca yang menjurus kepada ketidakfahaman terhadap sesuatu topik. Antara sumber sumber yang di gunakan di dalam kajian literatur adalah journal, buku rujukan, majalah, suratkhabar dan perkhidmatan Internet.. Hasil dari kajian literatur di harap dapat membantu pengkaji dalam mengenalpasti perlakuan pelajar yang tidak memahami sesuatu topik yang diajar dan kurang menumpukan perhatian serta membantu pengkaji untuk mengenalpasti kaedahkaedah yang dapat membantu pensyarah

bagi meningkatkan penumpuan dan minat pelajar terhadap subjek Prinsip Pemasaran (MKT 2013).

3.4.2

Pemerhatian

Dua

pemerhatian

dilakukan

sepanjang

tempoh

penyelidikan.

Pemerhatian pertama dilakukan semasa pensyarah menggunakan kaedah kuliah/bercerita untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian pertama dilakukan sebelum ujian pra diadakan. Pemerhatian dilakukan untuk mengenalpasti tingkah laku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta mengenalpasti puncapunca pelajar tidak memahami dan kurang menumpukan perhatian terhadap sesuatu topik. Pemerhatian juga dilakukan untuk merekodkan gangguangangguan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akibat daripada tingkah laku pelajar. Rekod pemerhatian ini dibuat di dalam buku rekod mengajar pada bahagian refleksi. Pemerhatian kedua di adakan selepas pensyarah menukar kaedah pembelajaran dari kaedah kuliah/bercerita kepada kaedah main peranan. Pengkaji akan memerhatikan perkara yang sama sebelum ujian 2 diadakan. Rekod pemerhatian ini dibuat di dalam buku rekod mengajar pada bahagian refleksi.

3.4.3

Soalan pengesanan Soalan pengesanan dilakukan untuk menilai pengetahuan sedia ada pelajar sebelum kajian tindakan dilaksanakan. Jenis soalan pengesanan yang diberikan kepada pelajar adalah soalan berbentuk esei. Bagi soalan esei pelajar dikehendaki menjawab persoalan berdasarkan teori yang mereka pelajari. Pelajar perlu mengaplikasikan teori yang dipelajari serta memberikan contoh yang berkaitan dengan teori yang

ditanya. Soalan esei adalah berdasarkan topik tempat peruncitan dan pemborongan.

3.4.4

Soal selidik Soalan-soalan di dalam borang soal selidik dibina berdasarkan maklumat semasa pemerhatian dilakukan di awal semester. Setiap borang soal selidik mengandungi 15 item yang digunakan untuk mengutip data. Borang soal selidik mempunyai dua bahgian iaitu Bahagian A terdiri daripada 2 item iaitu soalan latar belakang responden. Manakala, Bahagian B mengenai tingkah laku individu ADD (gangguan kurang tumpuan) yang telah dikenalpasti.