laporan bengkel melukis poster

5
LAPORAN BENGKEL MELUKIS POSTER Pada 2 September 2015, telah berlangsung satu bengkel melukis poster kemerdekaan anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah Taman Rinting 3. Bengkel melukis poster kemerdekaan bermatlamat memberi pendedahan kepada murid tentang cara dan teknik untuk melukis sebuah poster bersama seorang tenaga pengajar yang mahir. Selain itu bengkel ini dapat menanam semangat kewarganegaraan dalam diri murid. Bengkel melukis poster kemerdekaan ini berfokus kepada murid tahun 4 dan murid tahun 5. Jumlah peserta adalah seramai 261 orang. Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah supaya murid dapat mempelajari teknik melukis poster dengan betul, memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara dalam diri murid serta memupuk sikap menghargai serta minat dalam bidang pendidikan seni visual. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Tertutup Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3. Bengkel melukis poster ini telah berlangsung pada jam 10.50 pagi hingga jam 1.50 tengah hari. Para peserta dilihat begitu teruja dan bersemangat kerana bengkel

Upload: aminhakim

Post on 15-Apr-2016

117 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Laporan Panitia PSV

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Bengkel Melukis Poster

LAPORAN BENGKEL MELUKIS POSTER

Pada 2 September 2015, telah berlangsung satu bengkel melukis poster kemerdekaan

anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah Taman Rinting 3. Bengkel melukis

poster kemerdekaan bermatlamat memberi pendedahan kepada murid tentang cara

dan teknik untuk melukis sebuah poster bersama seorang tenaga pengajar yang mahir.

Selain itu bengkel ini dapat menanam semangat kewarganegaraan dalam diri murid.

Bengkel melukis poster kemerdekaan ini berfokus kepada murid tahun 4 dan

murid tahun 5. Jumlah peserta adalah seramai 261 orang. Objektif pelaksanaan

bengkel ini adalah supaya murid dapat mempelajari teknik melukis poster dengan betul,

memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara dalam diri murid serta memupuk

sikap menghargai serta minat dalam bidang pendidikan seni visual.

Bengkel ini telah diadakan di Dewan Tertutup Sekolah Kebangsaan Taman

Rinting 3. Bengkel melukis poster ini telah berlangsung pada jam 10.50 pagi hingga jam

1.50 tengah hari. Para peserta dilihat begitu teruja dan bersemangat kerana bengkel

melukis poster merupakan program yang ditunggu-tunggu oleh mereka.

Tenaga pengajar merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang

seni visual. Encik Yan Chee Hong telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi bengkel

melukis poster kemerdekaan. Beliau telah menunjukkan tekcik dan cara melukis poster

yang betul dan mudah, bersesuaian dengan tahap umur mereka.

Page 2: Laporan Bengkel Melukis Poster

Para peserta telah dibekalkan dengan alat dan bahan bagi melukis poster

kemerdekaan. Semasa bengkel ini berlangsung, Encik Yan Chee Hong bukan sahaja

berkongsi teknik dan cara melukis poster bahkan beliau juga memberikan tips untuk

mewarna. Encik Yan Chee Hong turut membawa bersamanya dua orang rakan untuk

membantu murid-murid. Poster kemerdekaan yang terbaik akan dipilih bagi menyertai

pertandingan melukis poster kemerdekaan peringkat daerah.

Diharapkan semoga program seperti memberikan manfaat dan faedah kepada

murid-murid. Tips yang diberi moga menjadi panduan yang berguna kepada murid

sekiranya mereka menyertai pertandingan seni visual.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh

………………………………………….(AMINNULHAKIM BIN ABDUL ISA)AJK DOKUMENTASI

Page 3: Laporan Bengkel Melukis Poster

Lampiran

Gambar 1: En. Yan Chee Hong memberikan penerangan.

Gambar 2: Teknik melukis poster.

Gambar 3: Peserta sedang diberi tunjuk ajar. Gambar 4: Contoh karya peserta bengkel.