laporan aktiviti span jun 2010
TRANSCRIPT
CYBERJAYA 10 JUN-
Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA) akan memban-
gunkan kerangka penetapan
tarif yang menggalakkan ke-
cekapan, ketelusan, disamp-
ing menyediakan struktur
harga yang termampu
kepada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif
SPAN, Dato’ Teo Yen Hua
berkata, kerangka yang di-
bangunkan dengan bantuan
juru perunding yang dilan-
tik KeTTHA itu akan men-
gambil kira pulangan yang
munasabah kepada yang
terpaksa ditanggung oleh
penyedia
perkhidmatan
dalam
JUN 2010 Muka Satu 1
SPAN
SPAN Bil. 2/10 LAPORAN AKTIVITI
LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
KeTTHA AKAN BANGUNKAN KERANGKA PENETAPAN TARIF, GALAKKAN STRUKTUR HARGA TERMAMPU KEPADA PENGGUNA
penyedia perkhidmatan
bekalan air dengan risiko
memberikan perkhidmatan
yang berkualiti kepada peng-
guna.
Dalam tembual bersama Ma-
jalah Lembaga Jurutera Ma-
laysia (BEM) di sini,
Dato’ Teo Yen Hua berkata
kerangka itu nanti juga di-
jangka menggalakkan ketelu-
san dan kebertanggungjawa-
ban SPAN dalam mengawal
selia pemegang lesennya.
Disamping itu katanya,
(Bersambung di sebelah)
Dato’ Teo Yen Hua ketika ditemubual oleh Kumpulan editorial Majalah BEM
LAPORAN AKTIVITI JUN 2010
Muka 2 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
KeTTHA AKAN BANGUNKAN KERANGKA PENETAPAN TARIF (Sambungan dari sebelah)
pengguna juga dapat memastikan tarif peng-
gunaan air di masa depan dibuat dengan
saksama. Tarif air itu juga, katanya, akan di-
kaji SPAN berdasarkan kecekapan yang di-
capai oleh penyedia perkhidmatan ber-
dasarkan petunjuk prestasi utama mereka
yang ditentukan oleh SPAN.
Selain daripada itu, Dato’ Teo Yen Hua men-
jelaskan bahawa SPAN menentu aras ke-
cekapan penyedia perkhidmatan air di ne-
gara ini, menerusi empat perkara utama
iaitu liputan perkhidmatan air, termasuk
bekalan air, kualiti bekalan air, tindak balas
pembaikan kerosakan dan tekanan air mini-
mum.
Bekalan air yang kurang sempurna boleh menjejaskan
kesihatan—Gambar fail
Perkara kedua ialah berhubung prestasi
khidmat pengguna yang diberikan oleh
penyedia perkhidmatan, termasuk isu
pengebilan dan maklum balas aduan yang
diterima daripada pengguna oleh penyedia
perkhidmatan.
Disamping itu, prestasi operasi dan eko-
nomi penyedia perkhidmatan iaitu pengu-
rangan kada air tidak terhasil (NRW), ke-
cekapan pengebilan, kos unit operasi dan
prestasi operasi turut diambil kira.
Dato’ Teo Yen Hua juga menekankan ke-
pentingan prestasi dalam penjagaan alaam
sekitar terutama kemudahan rawatan sisa
rawatan air dalam menentu ukur prestasi
penyedia perkhidmatan air di negara ini.
Pengguna berhak untuk mendapat bekalan air yang berkualiti
daripada penyedia perkhidmatan—Gambar hiasan
TINDAKAN MAHKAMAH JIKA PEMAJU GAGAL
SELENGGARA LOJI KUMBAHAN
Muka 3 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
JOHOR BAHRU 13 MEI-Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan
mengambil tindakan mahkmah jika men-
dapati ada pemaju yang masih tidak mahu
menyelenggara loji rawatan kumbahan di
kawasan yang dibangunkan oleh mereka
sebelum diserahkan kepada IWK atau Pi-
hak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pengarah Wilayah Selatan SPAN, Abdull
Sukor Ismail berkata, tindakan itu perlu
kerana kegagalan pemaju terbabit menye-
lenggara loji rawatan kumbahan boleh
mengakibatkan ketidak selesaan penghuni
di kawasan perumahan berhampiran.
SPAN, menurut Abdull Sukor lagi, tidak
akan teragak-agak untuk mengambil tinda-
kan sedemikian, jika mendapati pemaju
berkenaan masih berdegil selepas dimak-
lumkan berhubung arahan penyelengga-
raan yang dikeluarkan.
Abdull Sukor meninjau Loji Rawatan Kumbahan Taman
Tampoi Utama Fasa 3 yang telah siap dibaikpulih
Tindakan katanya, boleh diambil mengikut
Seksyen 65 dan 66 Akta Industri Perkhid-
matan Air 2006. Menurutnya, mengikut
Seksyen 65 Akta itu, mana-mana pemaju
yang didapati gagal menyelenggara loji den-
gan sempurna boleh dikenakan denda 50
ribu ringgit. Sementara mengikut Seksyen
66, mana-mana pemaju yang mengakibatkan
loji rawatan kumbahan seliaan mereka yang
mendatangkan kacau ganggu kepada perse-
kitaran, boleh dikenakan denda atau penjara
enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Dalam sidang medianya semasa lawatan ke
Loji Rawatan Kumbahan Taman Tampoi
Utama Fasa 3 di sini, beliau memuji tinda-
kan YPJ Holdings Sdn. Bhd. yang telah men-
gambil tindakan pantas untuk membaiki loji
rawatan kumbahan di tanah milik mereka
selepas mendapat aduan penduduk pada 1
Disember 2009 lalu.
Pembaikan ditanggung YPJ Holdings Sdn.
Bhd., selepas syarikat pemaju yang bertang-
gungjawab untuk menyelenggara loji berke-
naan muflis sebelum itu.
Bagaimanapun, menurut Abdull Sukor lagi,
setakat ini SPAN Wilayah Selatan masih be-
lum mengambil tindakan terhadap mana-
(bersambung di sebelah)
LAPORAN AKTIVITI JUN 2010
Muka 4 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
Tindakan mahkamah jika pemaju gagal selenggara loji
rawatan kumbahan (sambungan)
mana pemaju yang gagal menyelenggara
dan mahu pemaju mengambil tindakan
segera untuk memperbaiki dan menye-
lenggara loji rawatan kumbahan di bawah
seliaan pemaju masing-masing.
Sementara itu penduduk di kawasan
persekitaran iaitu di Taman Tampoi Utama
dan Kondominium Villa Ros, melahirkan
rasa kesyukuran kerana YPJ Holdings telah
mengambil tindakan membaiki dan menye-
lenggara loji rawatan kumbahan berkenaan
selepas dimaklumkan oleh SPAN.
Sidang media oleh Abdull Sukor di Loji Rawatan Kumbahan
Taman Tampoi Utama Fasa 3
Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Ber-
sama Kondominium Villa Ros, Norazman
Bosri, 31, berkata, kini penduduk di kawa-
san perumahan terbabit tidak lagi diancam
bau busuk selepas SPAN dan YPJH men-
gambil tindakan terhadap loji rawatan
kumbahan berkenaan yang terbiar sebelum
ini.
Abdull Sukor membawa media melawat Loji Rawatan Kum-
bahan Taman Tampoi Utama Fasa 3
“Tindakan YPJ Holdings Sd. Bhd. mengam-
bil tanggungjawab untuk membaiki dan
menyelenggara loji ini patut dipuji dan
menjadi dcontoh kepada pemaju hartanah
yang lain.” - Abdull Sukor Ismail, Pengarah
Wilayah Selatan SPAN
SPAN KOMITED BERI KHIDMAT TERBAIK KEPADA
PENGGUNA
Muka 5 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
BANDAR UTAMA, PETALING JAYA,
11 JUN-Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara, SPAN, komited dalam menguat-
kuasakan Akta Industri Perkhidmatan Air
2006 yang memelihara kepentingan peng-
guna perkhidmatan air dan pembetungan
di negara ini.
Ketika ditemubual dalam rancangan bual
bicara “The Breakfast Show” yang disiar-
kan secara langsung di ntv7, Ketua Ba-
hagian Hal Ehwal Pengguna, Pemantauan
dan Penguatkuasaan SPAN, Mohd. Ashwar
Abdul Aziz berkata, ini jelas dengan 85
peratus aduan pengguna telah ditangani
dan diselesaikan oleh SPAN berjumlah
1048 aduan keseluruhannya sejak berkuat-
kuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air
2006 pada tahun 2008.
Menurutnya, dalam memastikan pengguna
dapat menyalurkan maklumat yang ber-
guna kepada industri, terutama dalam in-
dustri perkhidmatan air, SPAN telah mem-
bantu dalam mewujudkan Forum Air, yang
berperanan untuk membuat cadangan
penambah baikkan bagi industri perkhid-
matan air dan menyuarakan pendapat
pengguna dalam struktur tarif air, pengu-
rangan kadar air tidak terhasil (NRW) dan
juga pemuliharaan sumber air mentah
serta kawasan tadahan air.
Dalam temubual oleh dua pengacara ran-
cangan itu iaitu Daphne Iking dan Aishah
Sinclair itu juga Mohd. Ashwar turut diser-
tai oleh pengacara rancangan “Talian Hayat”
ntv7, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim.
Dalam temubual itu juga, Mohd. Ashwar
juga telah diajukan soalan berhubung ma-
salah penduduk di Kampung Bukit Air Nasi,
Bedong Kedah yang dikatakan tidak menda-
pat bekalan air sejak 30 tahun lalu yang se-
dang ditangani pihak berkaitan, iaitu Syari-
kat Air Darul Aman, SADA.
“Ini jelas dengan 85 peratus aduan peng-
guna telah ditangani dan diselesaikan oleh
SPAN berjumlah 1048 aduan keseluru-
hannya sejak berkuatkuasanya Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 pada tahun 2008.” -
Mohd Ashwar Abdul Aziz
Mohd. Ashwar sedang diwawancara dalam rancangan “The
Breakfast Show” di ntv7
SYARIKAT BARANGAN LOGAM DIDENDA
Muka 6 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
SHAH ALAM 30 JUN –
Sebuah Syarikat perniagaan
barangan logam telah didenda
RM20,000 atau lima bulan pen-
jara oleh Mahkamah Sesyen Shah
Alam kerana didapati bersalah
membuat sambungan bekalan air
tidak sah di premisnya di Jalan
Sungai Buloh, Kampung Subang
dekat sini.
Hakim, Sharina Ali Pitchay men-
jatuhi hukuman itu selepas ter-
tuduh, Chin Chun Hardware &
Timber Trading mengaku ber-
salah di atas tuduhan dibacakan.
Hadir bagi mewakili syarikat
berkenaan ialah Chua Kok Lim.
Menurut fakta kes, dalam satu
serbuan Suruhanjaya Perkhidma-
tan Air Negara (SPAN) ke lokasi
kejadian pada 6 November 2008
mendapati, satu sambungan tidak
sah secara “tee-off” kelihatan
menuju ke rumah kongsi yang di-
huni oleh pekerja Chin Chun
Hardware & Timber Trading yang
berada di kawasan premis Chin
Chun Hardware & Timber Trading
tersebut.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pen-
dakwa SPAN, V. Kirupakaran dan Noor
Ashikin Mohamad.
Ketika serbuan, didapati wujud aliran air
ke dalam rumah kongsi tersebut dan
juga terdapat pili air dan singki yang
menunjukkan penggunaan air.
Kes dibicarakan mengikut Seksyen 123
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Sabit kesalahan, denda maksimum 100
ribu ringgit atau penjara tidak lebih satu
tahun boleh dikenakan.
Tertuduh membayar denda yang dikena-
kan.
LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
“Serbuan Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara (SPAN) ke lokasi kejadian pada
6 November 2008 mendapati, satu sam-
bungan tidak sah secara “tee-off” keli-
hatan menuju ke rumah kongsi yang di-
huni oleh pekerja Chin Chun Hardware
& Timber Trading .”
LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
Muka 7 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
KOLAM UDANG DISYAKI CURI AIR
KUALA LUMPUR – 28 JUN
2010- Taktik licik seorang pen-
gusaha kolam udang galah di Ta-
man Keramat, Hulu Kelang yang
menanam paip sambungan tidak
sah berjaya dihidu oleh SPAN
dalam satu serbuan di kolam
udang galah berkenaan.
Dalam serbuan Bahagian Hal Eh-
wal Pengguna, Pemantauan &
Penguatkuasaan SPAN di tapak
kolam berkenaan mendapati,
paip sambungan berkenaan tidak
melalui meter dan ia digunakan
untuk menyalurkan air ke kolam
udang berkenaan.
Dalam serbuan itu, SPAN telah
menyita paip yang disyaki diguna-
kan bagi tujuan sambungan tidak
sah berkenaan.
Kes kini disiasat mengikut Sek-
syen 123 Akta Industri Perkhid-
matan Air 2006 yang boleh mem-
bawa denda maksimum
RM100,000 atau 1 tahun penjara
atau kedua-duanya sekali.
Kolam udang yang disyaki mencuri air
Sambungan paip air tanpa melalui meter tertanam di bawah
lapisan lantai premis tersebut disita oleh SPAN
BANGLO BUKIT DAMANSARA DISYAKI CURI AIR
Muka 8 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
KUALA LUMPUR – 11 JUN 2010
-Bertindak hasil aduan yang diterima
dari orang awam, Bahagian Hal Ehwal
Pengguna, Pemantauan & Penguata-
kuasaan SPAN telah menyerbu sebuah
lot banglo yang dalam proses pen-
gubahsuaian di Bukit Damansara di
sini yang disyaki terdapat sambungan
bekalan air tidak sah.
Ketika serbuan, BHEPPP SPAN men-
dapati kontraktor yang menjalankan
kerja-kerja pengubahsuian berkenaan
telah membuat penyambungan paip
air secara menyalahi undang-undang
tanpa melalui meter bagi menjalankan
kerja-kerja pembinaan.
Pihak BHEPPP juga telah menyita per-
alatan perpaipan yang disyaki diguna-
kan untuk membuat penyambungan
tersebut dan akan memanggil pihak
yang berkenaan hadir memberi keter-
angan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 123
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Lot banglo yang dalam proses pengubahsuaian yang disyaki
terdapat penyambungan paip air secara menyalahi undang-
undang
Kes disiasat dibawah Seksyen
123 Akta Industri Perkhidma-
tan Air 2006
Paip air yang disambung secara menyalahi undang-undang
tanpa menggunakan meter.
PREMIS KITAR SEMULA DISERBU, DISYAKI CURI AIR
Muka 9 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
NILAI – 15 JUN 2010-Sebuah pre-
mis yang menjalankan perniagaan kitar
semula di Kawasan Perindustrian Nilai
3, di sini, diserbu BHEPPP SPAN ker-
ana disyaki membuat sambungan
bekalan air tidak sah ke premis berke-
naan.
Serbuan dilakukan SPAN hasil maklu-
mat orang ramai di premis yang men-
gitar semula bahan-bahan plastik itu.
Ketika serbuan, terdapat sambungan
paip yang disyaki tidak menggunakan
meter.
Tuan punya premis akan dipanggil oleh
SPAN untuk memberi keterangan
berhubung kes berkenaan dan paip
sambungan yang disyaki tanpa meng-
gunakan meter telah disita. Kes disi-
asat dibawah Seksyen 89(9) Akta In-
dustri Perkhidmatan Air 2006.
Sabit kesalahan denda RM50,000 atau
6 bulan penjara atau kedua-duanya
sekali boleh dikenakan.
“Serbuan dilakukan SPAN hasil
maklumat orang ramai di premis
yang mengitar semula bahan-
bahan plastik itu.”
Sambungan paip air tanpa melalui meter telah disita oleh
pihak BHEPPP.
Premis kitar semula yang disyaki membuat penyambungan
bekalan air secara menyalahi undang-undang
LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
Muka 10 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
PEMILIK PREMIS DI LANGKAWI DIMINTA BUAT
SAMBUNGAN KE PAIP PEMBETUNGAN AWAM
LANGKAWI, KEDAH 10 MEI
–SPAN Wilayah Utara dengan ker-
jasama daripada Jabatan Kawal Selia
Pembetungan dan Bahagian Hal Eh-
wal Pengguna, Pemantauan dan
Penguatkuasaan telah mengeluar-
kan notis di bawah seksyen 57 Akta
Industri Perkhidmatan Air 2006
kepada pemilik-pemilik premis di
sepanjang Pantai Cenang dan Pan-
tai Tengah, di sini.
Tujuan notis dikeluarkan adalah un-
tuk meminta pemilik premis
terbabit untuk membuat sambun-
gan kepada paip pembetungan
sedia ada di sepanjang jalan di Pan-
tai Cenang.
Aktiviti dua hari itu dibuat dengan
kerjasama Majlis Perbandaran
Langkawi Bandaraya Pelancongan
dan IWK.
Pegawai-pegawai SPAN sedang menyerahkan notis kepada
pemilik premis di kawasan Pantai Chenang, Langkawi
Dalam notis yang diserahkan itu
SPAN telah memberi tempoh selama
enam bulan kepada semua pemilik
premis terbabit untuk membuat sam-
bungan kepada paip pembetungan
sedia ada di sepanjang jalan di Pantai
Chenang.
Sambungan kepada paip pembetungan
yang telah siap itu perlu dibuat, bagi
memastikan pencemaran sisa kumba-
han tidak berlaku di kawasan tumpuan
pelancong berkenaan.
PEMAJU BINA TANGKI SEPTIK TANPA KELULUSAN
Muka 11
LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
TAIPING, PERAK 16 JUN-
sebuah syarikat pembinaan di
sini, telah diarahkan oleh SPAN
Wilayah Utara untuk membuat
sambungan pembetungan ke
paip pembetungan IWK tanpa
membuat sambungan ke tangki
septik yang dibina mereka tanpa
kebenaran sebelum ini.
Ketika lawatan ke tapak sambun-
gan di Taman Desa Aulong Utama di
sini, mendapati pemaju terbabit eng-
gan menyambung saluran pem-
betungan ke paip pembetungan
IWK yang disediakan, sebaliknya
membina tangki septik sendiri un-
tuk menyalurkan kumbahan di ka-
wasan perumahan berkenaan.
SPAN Wilayah Utara telah memberi
tempoh dua minggu kepada pemaju
perumahan terbabit untuk menyam-
bung paip pembetungan di kawasan
perumahan berkenaan kepada salu-
ran pembetungan IWK.
Kawasan tangki septik yang telah dirobohkan untuk
disambung kepada sistem pembetungan IWK
Dan selepas surat pemberitahuan
dihantar, tindakan pembetulan
oleh pemaju telah dilakukan, den-
gan sambungan ke paip pembetun-
gan IWK telahpun dibuat.
SPAN. Bil.1/10
Tinjauan pegawai-pegawai SPAN Wilayah Utara ke
lokasi
Muka 12 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
KSU KeTTHA LAWAT PROJEK PEMBETUNGAN
NEGERI PERLIS
LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
KANGAR, PERLIS, 29
JUN - Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air,
Dato’ Dr. Halim Man, telah
melawat projek penyam-
bungan premis ke rang-
kaian paip pembetungan di
Perlis.
Hadir sama pada lawatan itu,
Ketua Pengarah Jabatan
Perkhidmatan Pembetungan,
Tuan Haji Md. Akhir Jiwa dan
Pengarah Wilayah Utara
SPAN, Mohd. Rafie Othman.
Dato’ KSU KeTTHA sedang melawat kawsan yang terlibat
dalam projek penyambungan paip pembetungan
Dalam rangka lawatan sehari
itu juga, Dato’ Dr. Halim Man
juga telah memberikan takli-
mat kepada YAB Menteri Be-
sar Perlis, Dato’ Dr. Md. Isa
Sabu, berhubung projek pe-
yambungan itu, di Pejabat
Menteri Besar di sini.
Dato’ KSU KeTTHA sedang menyampaikan taklimat
kepada YAB Menteri Besar Perlis
Bergambar ketika lawatan
LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
Muka 13 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
SPAN SERTAI KELANTAN FIESTA 2010
KOTA BAHRU, KELANTAN, 16 JUN –
SPAN buat telah menyertai karnival sempena
“Kelantan Fiesta” yang julung-julung kalinya
diadakan di negeri Cik Siti Wan Kembang
selama empat hari.
Karnival anjuran Kerajaan Negeri Kelantan
dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri telah berlangsung dari 16 hingga
19 Jun 2010, bertempat di perkarangan Sta-
dium Sultan Mohamad ke IV, di sini.
Perasmian karnival telah dilakukan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Da-
tuk Mustapa Mohamed. Sebanyak 100 pem-
pamer, terdiri daripada Kementerian, agensi
kerajaan dan pihak swasta dalam dan luar Ke-
lantan termasuk SPAN mengambil bahagian
dalam karnival berkenaan.
SPAN diwakili oleh Pejabat Wilayah Timur
dan Bahagian Hal Ehwal Korporat
Salah seorang pengunjung sedang membuat aduan di
kaunter pameran SPAN
Kakitangan petugas pameran sedang menerangkan
fungsi SPAN kepada pengunjung gerai pameran
diketuai oleh Pengarah Wilayah Timur
SPAN, Mohamad Nasir Mahmood.
Pada pameran berkenaan, SPAN men-
gambil peluang untuk mendedahkan
kepada orang ramai peranan dan fungsi
SPAN dalam menguatkuasa Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006, disamping men-
gawal selia industri bekalan air dan pem-
betungan di Semenanjung Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada pameran itu juga, SPAN telah mem-
buka kaunter aduan di mana aduan akan
disalurkan kepada pihak bertanggung-
jawab untuk tindakan segera pada hari
yag sama. Sebanyak 26 aduan telah dire-
kodkan. SPAN adalah satu-satunya pem-
pamer yang membuka kaunter aduan
pada pameran empat hari itu. Kira-kira
dua ribu pengunjung telah mengunjungi
gerai pameran SPAN sepanjang karnival
itu berlangsung.
Muka 14 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
KERATAN AKHBAR
UTUSAN MALAYSIA 14 MEI 2010
KERATAN AKHBAR
Muka 15 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
THE STAR 17 MEI 2010
LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
Muka 16 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
KERATAN AKHBAR
NEW STRAITS TIMES 18 MEI 2010
LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
Muka 17 LAPORAN AKTIVITI SPAN JUN 2010
KERATAN AKHBAR
NEW STRAITS TIMES 27 MEI 2010