laporan aktiviti hari bumi

8
LAPORAN AKTIVITI HARI BUMI SMK.PEREMPUAN LIKAS Aktiviti sempena Hari Bumi diadakan pada 22 April 2008, bersempena dengan Hari Bumi Sedunia pada tarikh yang sama.Walaupun peperiksaan sedang dijalankan pada tarikh tersebut namun warga sekolah tidak melupakan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ; 1. Aktiviti menanam pokok oleh Pn. Hetty @Hayati ( Pengetua SMK.Perempuan Likas), warga sekolah ,YDP. PIBG dan ibu bapa yang mewakili masyarakat setempat; 2. Pelajar – pelajar mengedarkan risalah dan maklumat tentang Hari Bumi serta maklumat – maklumat berkaiatan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada warga sekolah dan ibu bapa. Gambar-gambar aktiviti Hari Bumi :

Upload: norfadzilahahmad

Post on 24-Nov-2015

210 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITI HARI BUMI

LAPORAN AKTIVITI HARI BUMI

SMK.PEREMPUAN LIKAS

Aktiviti sempena Hari Bumi diadakan pada 22 April 2008, bersempena dengan Hari Bumi Sedunia pada tarikh yang sama.Walaupun peperiksaan sedang dijalankan pada tarikh tersebut namun warga sekolah tidak melupakan tanggungjawab terhadap alam sekitar.Antara aktiviti yang dijalankan adalah ;

1. Aktiviti menanam pokok oleh Pn. Hetty @Hayati ( Pengetua SMK.Perempuan Likas), warga sekolah ,YDP. PIBG dan ibu bapa yang mewakili masyarakat setempat;

2. Pelajar pelajar mengedarkan risalah dan maklumat tentang Hari Bumi serta maklumat maklumat berkaiatan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada warga sekolah dan ibu bapa. Gambar-gambar aktiviti Hari Bumi :LAPORAN AKTIVITI IKRAR ANTIKUTU SAMPAH

Pada tanggal 5 Mei 2008,satu program khas Ikrar Antikutu Sampah telah diadakan.Ikrar ini merupakan ilham Puan Hetty @ Hayati selaku pengetua SMK.Perempuan Likas yang prihatin tentang pendidikan seimbang dalam kalangan pelajar.Program ini bertujuan memupuk sifat dan amalan menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat sekolah terutama para pelajar.Dengan pelaksanaan aktiviti ini diharapkan para pelajar dan warga sekolah akan dapat memupuk amalan tidak membuang sampah di merata-rata tempat,mengamalkan kitar semula dan menjaga persekitaran bukan sahaja di kawasan sekolah, malahan sikap ini akan menjadi kebiasaan di mana mana sahaja kita berada.Gambar-gambar aktiviti ikrar :LAPORAN AKTIVITI LUAR SEKOLAH

AKTIVITI MEMANAM POKOK DI GRACE POINT, TUGU PERINGATAN DOUBLE SIX SIMBULAN, KOTA KINABALU

Pada 20 April 2008, sepuluh orang pelajar SMK.Perempuan Likas telah turut serta dalam aktiviti menanam pokok di Grace Point. Aktiviti ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kesan pemanasan globle yang diakibatkan oleh aktiviti penebangan pokok secara rakus.Aktiviti yang dianjurkan oleh DBKK ini , turut disertai oleh para pelajar dari lima belas buah sekolah sekitar Kota Kinabalu.

Di samping aktiviti menanam pokok, pelajar-pelajar juga dihidangkan dengan ceramah ringkas berkaitan kepentingan menanam,menjaga dan memulihara pokok-pokok.Gambar-gambar aktiviti : LAPORAN PROGRAM KITAR SEMULA TAHUN 2008

Aktiviti Kitar Semula tahun 2008 merupakan kesinambungan aktiviti Kitar Semula pada tahun 2007.Antara aktiviti yang telah dijalankan pada tahun ini adalah;

1. Menambah bilangan tong kitar semula.Penambahan tong ini bertujuan memperluas aktiviti dan amalan kitar semula agar menjadi amalan atau kebiasaan dalam kalangan warga sekolah untuk mengamalkan kitar semula.Amalan ini diharapkan akan diteruskan semasa para pelajar / warga sekolah berada di rumah dan juga di tempat-tempat lain.

2. Pertandingan menghasilkan produk atau barang-barang kegunaan,perhiasan dan sebagainya dengan bahan bahan terbuang.Aktiviti ini diharapkan akan menimbulkan kesedaran untuk mengguna semula bahan terbuang sekali gus dapat menggurangkan jumlah sampah.

3. Menggumpul dan menjual bahan kitar semula.Setiap kelas dan bilik-bilik khas telah tersedia tong / kotak untuk mengisi bahan kitar semula yang terhasil semasa mereka berada di dalam kelas/ bilik berkenaan. Amalan kitar semula ini telah dimulakan oleh pelajar dan warga sekolah sejak tahun 2007.Wang hasil jualan bahan kitar semula yang terkumpul telah melebihi RM500.Urusan keluar dan masuk wang ini direkodkan dalam fail Kitar Semula.4. Pertandingan pertandingan bersifat kesedaran amalan kitar semula dalam kelab dan persatuan kokurikulum.Melukis poster,rekaan kreatef dan inovatif telah dan sedang dijalankan oleh bererapa kelab dan persatuan di sekolah ini.

Gambar gambar kegiatan Program Kitar semula :

LAPORAN AKTIVITI GOTONG ROYONG SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR, SMK.PEREMPUAN LIKAS, TAHUN 2008.

Aktiviti gotong-royang telah diadakan beberapa kali pada tahun ini.

Aktiviti ini bertujuan mendidik para pelajar dan warga sekolah agar menjaga persekitaran sekolah supaya sentiasa kondusif di samping taman-taman dapat dijaga dengan baik.

Gambar-gambar aktiviti gotong-royong :

SEGERA !LAPORAN SERASI 2008BAHAGIAN;1. LAPORAN TAMAN-TAMAN ANGKAT KECERIAAN SERASI

2. BILIK-BILIK KHAS/KELAS

3. BAJA KOMPOS

4. INOVASI

5. KANTIN,TANDAS

6. PENJIMATAN AIR & ELEKTRIK

SEMUA PENYELARAS BAHAGIAN DIMINTA MENYEDIAKAN LAPORAN DAN MENYERAHKAN LAPORAN TERSEBUT KEPADA EN. JOHARI AJMAIN SELEWAT-LEWATNYA PADA ________________________________.

SILA RUJUK SENARAI JAWATANKUASA SERASI JIKA KURANG PASTI BAHAGIAN YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA ANDA.Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Saya yang menjalankan tugas,