laporan akhir hc komunikasi

3
LAPORAN AKHIR HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI Nama: Nurul Hidayah Mohd Ismail No Matrik: A143690 Fakulti: Perubatan Tahun: 1 Projek: Light Up Autism No Kod: DN00065/2014 Persatuan: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERUBATAN Tarikh: 6 April 2014 Tempat: Taman Tasik Titiwangsa Jawatan: Exco Program dan Protokol

Upload: nurulhdayah

Post on 13-Aug-2015

39 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan akhir hc komunikasi

LAPORAN AKHIR

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Nama: Nurul Hidayah Mohd Ismail

No Matrik: A143690

Fakulti: Perubatan

Tahun: 1

Projek: Light Up Autism

No Kod: DN00065/2014

Persatuan: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERUBATAN

Tarikh: 6 April 2014

Tempat: Taman Tasik Titiwangsa

Jawatan: Exco Program dan Protokol

Page 2: Laporan akhir hc komunikasi

1. Pengenalan

Program Light Up Autism adalah sebuah program besar yang melibatkan penglibatan mahasiswa daripada kampus Bangi dan Kuala Lumpur. Program juga ini adalah anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengumpul dana untuk Makmal Autisme Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kanak – kanak autisme disamping memberi pendedahan kepada mahasiswa UKM sendiri tentang kebaikkan melakukan kerja secara berkumpulan. Bukan itu sahaja, program ini melatih kami sebagai satu organisasi dan juga sebagai seorang pelajar untuk berfikiran kritis, kreatif dan inovatif sepanjang pelaksanaan program ini. Selain itu, ia telah meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial dalam kalangan masyarakat serta mahasiswa sewaktu berinteraksi bersama kanak – kanak autisme dan peserta sewaktu larian berlangsung.

Dalam program ini, saya telah diberi amanah sebagai salah seorang exco program dan protokol. Skop tugas saya ialah merangka tentatif program untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Selain itu, saya juga dikehendaki untuk menyiapkan teks pengacara majlis dan menyediakan buku program.

2. PerlaksanaanUntuk memastikan program mendapat sambutan, saya dan organisasi yang lain telah

menyertai ‘flashmob’ di sekitar Kuala Lumpur. Ini adalah salah satu inisiatif untuk mempromosikan program kami bagi meningkatkan jumlah pelari untuk menyertai larian yang kami anjurkan. Di samping itu, kami bukan sahaja telah menari malah saya telah menolong menyebarkan risalah tentang aktiviti ini di sekitar KL Sentral.

Sebelum itu, saya bersama – sama exco saya telah merancang tentatif program untuk hari itu. Saya telah mencadangkan untuk meletakkan permainan seperti istana besar untuk kanak – kanak bermain. Ini juga adalah satu inisiatif untuk mengumpul dana bagi Makmal Autisme tersebut. Saya telah berhubung dengan syarikat luar untuk menyewa permainan tersebut.

Tambahan pula, saya telah menempah ‘mock tiket’ sebagai hadiah untuk pemenang cabutan bertuah yang akan dicabut oleh perasmi. Exco program dan protokol telah bergabung dengan exco multimedia untuk melaksanakan tugasan ini. Komunikasi antara exco dapat ditunjukkan disini. Selain itu, saya telah berkerjasama dengan orang luar untuk menyiapkan teks pengacara majlis iaitu PRO UKM dan Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan teks tersebut mengikuti protokol mereka.

3. Kesimpulan Program yang dijalankan telah berjaya dilaksanakan walaupun banyak cabaran yang

dihadapi. Namun begitu, hasil aplikasi kemahiran komunikasi sama ada kepada pihak dalam mahupun pihak luar telah membantu menyelesaikan beberapa masalah berbangkit sepanjang program ini berlangsung. Kemahiran komunikasi yang berkesan di mana setiap maklumat dan mesej yang cuba disampaikan diterima dan difahami oleh pihak kedua amat penting dalam menjayakan program. Berdasarkan program ini, saya telah berjaya melatih diri dalam mengaplikasikan kemahiran komunikasi yang berkesan semasa berhubung dengan orang dalam mahupun pihak luar. Setelah program ini dijalankan saya dapati cara saya bersosial dengan komuniti menjadi sangat berkesan kerana saya lebih berani dan yakin untuk bergaul dengan orang lain.

Saya juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan program ini. Salah satunya ialah timbul perubahan pada saat akhir seperti perubahan teks pengacara majlis kerana pihak PRO UKM dan Jabatan Perdana Menteri tidak dapat hadir sebelum ini. Selain itu, gambar juga kurang di ambil kerana program ini lebih tertumpu kepada kanak – kanak autisme tersebut.