laozi

Upload: shalany-vijayakumar

Post on 10-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tokoh Laozi

TRANSCRIPT

LaoziDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.(Dilencongkan dariLao Tze), Laozi

Laozi meninggalkan negeri Chu dengan kerbaunya.

Nama ()Li Er()(Pinyin: L r )

Wade-Giles()Lao Tzu

Ejaan lainLao Tse, Laotse,Lau Tze, Laotze

NamaZi()(nama selepas berkahwinatau mencapai 20 tahun)Boyang() atauDan(Pinyin: B Yng) (Pinyin: Dn)

Gelaran Anumerta(selepas kematian);(Pinyin: Loz)

Laozi(Bahasa Cina,, juga dieja sebagaiLau Tze,Lau Zi,Lao Tzu) merupakanahli falsafah Cinaterkemuka yang dipercayai hidup sekitar abad ke-4 SM (570 SM-470 SM), semasaSeratus Sekolah Pemikir(Pinyin: zh z bi ji,Hundred Schools of Thought) padaZaman Chunqiu, (770 SM~476 SM).KecetusanZaman Chunqiudisebabkan keruntuhanDinasti Dongzhou,, dimanaDinasti Dongzhouterbahagi menjadi negeri-negeri yang kecil. Ketiga, negeri-negeri tersebut saling melancarkan peperangan antara satu sama lain untuk meragut kuasa, tertimbulnyaZaman Negera Berperang, . Perjuangan antara pelbagai kelas dan lapisan masyarakat juga berlaku dengan hebat. Sehubungan dengan itu, ramai ahli falsafah terlahir untuk mewakili pelbagai kaum. Laozi mencapai kemasyhuran kerana karyanya,Daode Jing, , yang masih amat popular pada masa kini.Zhuangzi,, pengikutnya yang terutama, menulis sebuah buku berjudul selepasnya"Zhuangzi",, yang amat mempengaruhi golongan pujangga Cina melalui gagasan-gagasannya terhadapindividualisme, kebebasan tanpa kerunsingan, dan walaupun beliau tidak pernah bercakap tentangnya, kesenian, yang telah merupakan asas untukestetikCina.

Kehidupan peribadi[sunting|sunting sumber]Catatan tentang Laozi dalam buku sejarah tidak banyak. Sehingga sekarang, terdapatnya beberapa legenda, serta perdebatan, mengenai kewujudan Laozi. Bagaimanapun, ahli sejarah telah mendapat beberapa identiti sejarah yang boleh membuktikan kewujudan Laozi. Identiti-identiti tersebut terkumpul diLuoyang, China.Dilahirkan di negeri Chu (sekarangHenan), Laozi telah dilantik sebagai penjaga kitab negara oleh Maharaja Dinasti Dongzhou diLuoyang. Beliau menggenggam peluang keemasan ini banyak membaca sehingga berpengetahuan luas terpentang. Kemasyhuran Laozi luas tersebar sehingga kedengaran Confucius.Laozi meletak jawatannya ketika keruntuhan Dinasti Dongzhou. Laozi menunggangkerbaunyameninggalkan bandar untuk menetap di luar bandar. Semasa beliau tiba ke Kastam Hangu (), Yixi (), pegawai kastam ketika itu meminta Laozi meninggalkan sepatah dua. Laozi bersetuju dan menulisDaode Jingyang mengandungi 5,000 perkataan untuk pegawai itu. Selepas itu, Laozi berlepas menuju ke tempat sunyi yang tidak diketahui umum.Perjumpaan Confucius dengan Laozi[sunting|sunting sumber]Sewaktu kemasyhuran Laozi telah disebar luas di seluruh China sehingga diketahui oleh Confucius, Confucius berjumpa dengan Laozi. Dalam perjumpaan itu, Confucius menanyai Laozi tentang upacara dan amalan yang patut diamalkan. Laozi menjawab:"Apa yang ditanyai merupakan tubuh manusia yang akan menjadi debu pada suatu hari. Yang tertinggal adalah kata-katanya. Seseorang akan berjaya jika masa kejayaannya tiba; jika tidak, dia akan gagal juga. Pedagang yang berjaya akan menyorok kekayaannya, dan begitu juga cendekiawan akan berkelakuan kurang bijak. Oleh itu, kamu hendaklah meninggalkan sikap-sikap sombong, berhasrat tinggi, berasa megah dan berboros. Sikap-sikap itu adalah tidak berguna bagi kamu."Kemudiannya, Confucius memberitahu pengikut-pengikutnya:"Burung boleh terbang,Ikan boleh berenang,Haiwan boleh berlari,Jadi mereka semua akan terperangkap."