langkah2

11
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU KOS KAHWIN YANG TINGGI Dalam era moden masa kini, ramai lelaki bujang lambat kahwin kerana situasi wang hantaran perkahwinan melambung tinggi. Hakikatnya ramai dikalangan mereka ini yang kebanyakkannya terdiri dalam lingkungan dalam 30 tahunmenjadi lambat kahwin kerana kekangan kewangan. Sesetengah keluarga Melayu suka meletakkan jumlah wang hantaran yang tinggi terhadap anak gadis mereka sesetengah pendapat dikaitkan dengan taraf pendidikan anak gadis atau pun jawatan yang disandang. Makin tinggi tahap pendidikan atau jawatan mereka, maka tinggi jugalah wang hantaran perkahwinan. Antara langkah-langkah yang boleh di ambil bagi mengatasi masalah ini ialah: 1. Merendahkan Mahar Secara definasinya Maskahwin/Mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Berikanlah kepada orang- orang perempuan itu maskahwin mereka" (Surah An-Nisa': 4). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi."(Riwayat Bukhari)

Upload: wannabilah

Post on 04-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: LANGKAH2

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU KOS KAHWIN YANG TINGGI

Dalam era moden masa kini, ramai lelaki bujang lambat kahwin kerana situasi wang

hantaran perkahwinan melambung tinggi.  Hakikatnya ramai dikalangan mereka ini yang

kebanyakkannya  terdiri dalam lingkungan  dalam 30 tahunmenjadi lambat kahwin kerana

kekangan kewangan.

Sesetengah keluarga Melayu suka meletakkan jumlah wang hantaran yang tinggi

terhadap anak gadis mereka sesetengah pendapat dikaitkan dengan taraf pendidikan anak gadis

atau pun jawatan yang disandang.  Makin tinggi tahap pendidikan atau jawatan mereka, maka

tinggi jugalah wang hantaran perkahwinan.

Antara langkah-langkah yang boleh di ambil bagi mengatasi masalah ini ialah:

1. Merendahkan Mahar

Secara definasinya Maskahwin/Mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami

kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Berikanlah

kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka" (Surah An-Nisa': 4). Sabda Rasulullah

s.a.w. yang bermaksud:"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang

diperbuat daripada besi."(Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadith ini, maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu

berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat. Rasulullah

s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk

dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau

(hafaz) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa

surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah

yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan

banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan

Page 2: LANGKAH2

taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang

terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih

rendah ". ( Riwayat Abu Daud ).

Mahar yang rendah, ialah apabila seseorang bapa ingin mengahwinkan anak

perempuannya dengan seseorang lelaki, tetapi lelaki itu ialah seorang yang tidak mampu.

Justeru, kerana lelaki itu baik agamanya, baik juga akhlaknya, maka bapa itu merendahkan

maharnya menjadi serendah-rendahnya sehingga mampu dibayar oleh lelaki itu. Inilah yang

menjadi sunnah dalam merendahkan mahar. Perkahwinan tersebut akan menjadi suatu

perkahwinan yang sangat mudah, cepat dan ringkas.

Perkahwinan dengan merendahkan mahar itu, ialah perkahwinan yang tiada kos lain,

berbeza dengan perkahwinan pada hari ini yang terlalu jauh daripada sunnah Nabi Muhammad.

Ini kerana, perkahwinan dengan merendahkan mahar itu

tiada majlis pertunangan,

tiada hantaran pertunangan,

tiada pakaian pengantin,

tiada pakaian sedondon keluarga pengantin,

tiada hantaran perkahwinan,

tiada kad jemputan perkahwinan,

tiada kos katering atau kenduri kahwin,

tiada kos sewa khemah atau kerusi meja,

tiada kos fotografi,

tiada kos audio-video perkahwinan,

Page 3: LANGKAH2

tiada kos lain langsung.

Oleh itu, ahli keluarga calon cari jodoh perlu faham bahawa dalam persoalan mahar, semakin

rendah jumlahnya, semakin berkat.

2. Nikah Khitbah

Nikah khitbah atau dalam bahasa mudah yang disebut dalam masyarakat kita adalah nikah

gantung merupakah salah satu cara yang dapat membantu dalam menyelesaikan masalah

hantaran yang tinggi. Tidak dapat dinafikan masyarakat pada hari ini lebih memandangkan nilai

hantaran berbanding mengikut hukum agama yang menyarankan agar lebih merendahkan mahar.

Proses cari jodoh melalui nikah khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan

perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

Suami

Isteri

Wali

Saksi

Aqad (Ijab Qabul)

Cuma melalui nikah khitbah, pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh

tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

Masih menuntut di kolej atau uniersiti

Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah/ sara tempat tinggal

Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Page 4: LANGKAH2

Justeru itu, buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal

berasingan atas persetujuan bersama dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing

sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar-benar telah

bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga bersama.

Kelebihan nikah gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut

hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu ,keluar

makan, “dating” , belajar bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun, maka apa yang

mereka lakukan itu adalah  tidak salah atau tidak haram.

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah perkahwinan

Rasulullah saw dengan Aishah ra menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ,

Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah

ketika Aishah berumur 9 tahun.

Hadis ini menjadi dalil berlakunya proses cari jodoh melalui nikah khitbah dengan aqad

nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas

persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Maka, dengan ini proses cari jodoh melalui nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa

bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum

berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari

segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah.

Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani

kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi

dan menggugurkan bayi atau membunuhnya.

Walaupun melalui nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi

sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak gadis dan teruna kita

berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan

penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar murka Allah

SWT itulah yang paling ditakuti.

Page 5: LANGKAH2

Proses nikah khitbah boleh dianggap sebagai langkah pencegahan daripada dosa sebab

kemungkinan untuk “dating”, bercumbuan, melakukan persetubuhan dan sebagainya itu tetap

ada dalam usaha cari jodoh. Sekiranya selepas nikah, kalau perkara itu berlaku, tidaklah berdosa.

Tapi itu bukan alasan untuk bernikah sebab nikah khitbah ini bukan semata-mata untuk

memenuhi keperluan nafsu, sebaliknya lebih daripada itu adalah memikul tanggungjawab yang

tidaklah seindah yang disangka.

Walaupun proses nikah khitbah ini melepaskan nafkah zahir (makan pakai dan tempat

tinggal) daripada tanggungjawab suami (atas persetujuan kedua belah pihak), tetapi ia bukanlah

merupakan satu kelebihan yang kebanyakan orang sangkakan.

Oleh kerana proses cari jodoh melalui nikah khitbah ini melepaskan tanggungjawab

nafkah terhadap suami, maka yang akan menanggung nafkah zahir isteri itu masih lagi menjadi

tanggungjawab bapa mertuanya. Dalam kes seorang wanita, kalau dilakukan nikah khitbah ini,

maka bapanya masih lagi bertanggungjawab untuk memberi nafkah zahir kepadanya.

3. Kahwin Misyar

Antara usaha cari jodoh ialah dengan kahwin misyar. Ia adalah "perkahwinan di antara

perempuan yang kaya, berkerjaya tinggi dan belum berkahwin dengan lelaki yang berperibadi

dan berakhlak mulia, baik tetapi tidak kaya dan berharta".

Syarat-syarat perkahwinan misyar ini tetap sama iaitu ada wali, saksi, mas kahwin dan akad

yang sama sepertimana perkahwinan lain. Mereka yang kahwin misya dan berkahwin suka sama

suka tetapi lelaki itu tidak menjanjikan sara hidup yang banyak untuk wanita tersebut.

Namun begitu dalam kahwin misyar ini, suami itu boleh memberi nafkah mengikut

kemampuannya, terpulang kepada wanita itu untuk menggunakannya atau cukup sekadar dengan

wang perbelanjaannya sendiri. Jika wanita itu berniaga, maka lelaki itu sama-sama

mengusahakan perniagaan bersama isterinya.

Antara faktor-faktor yang mengharuskan nikah misyar adalah:

Page 6: LANGKAH2

1. Merangkumi perkembangan keupayaan untuk mengawal kelahiran

2. Memelihara umat manusia yang mempunyai zuriat.

3. Termasuklah menjaga kehormatan dan kesuciannya dan

4. Mengelakan manusia ke dalam perkara tidak berakhlak dan perkara yang diharamkan.  

5. Bekerjasama di antara lelaki dan wanita dalam hal ehwal kehidupan dan keadaan hidup

yang bermajmuk.

6. Mencari kasih sayang dan ketenangan di antara pasangan suami isteri serta

7. Menjadi pendidik yg mempunyai belas kasihan dan lemah lembut.

Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu dianggap sah di sisi Syara’ perlulah ianya

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara’. Antara syarat-syarat untuk memastikan

bahawa perkahwinan itu sah ialah:

1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.

2. Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu

tertentu.

3. Adanya wali bagi pihak isteri.

4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.

5. Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.

Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan misyar ini

adalah perkahwinan yang sah selagimana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama

perkahwinan ini sekalipun.

Mungkin dengan kahwin misya ini adalah satu jalan keluar bagi wanita matang yang

berpangkat dan berkelulusan tinggi dalam mendapatkan suami yang lebih rendah kedudukan

Page 7: LANGKAH2

kewangan dan kelulusan akademiknya, tetapi mempunyai peribadi terpuji, bertakwa dan

budiman.

Apapun reaksi masyarakat terhadap isu dengan nikah misyar ini sebenarnya sangat

bergantung kepada niat pihak lelaki dan wanita yang terlibat. Sekiranya ia dilakukan demi

tuntutan mencari kerukunan yang soleh. Namun jika matlamat itu sekadar mahu memenuhi kuota

perkahwinan bagi wanita janda dan andartu, ia tidaklah haram tetapi ia bukanlah idea yang bijak

untuk menangani jenayah sosial di Malaysia.

Nabi Muhammad saw sendiri, walaupun dipinang oleh janda kaya Siti Khadijah tetapi

tidak bermakna Nabi Muhammad mengamalkan nikah misyar. Nabi masih menjadi seorang

lelaki yang bertanggungjawab, mencukupkan dan mencari nafkah untuk isterinya.

4. Peranan Jabatan-Jabatan Agama dan Pusat Zakat

Pihak-pihak berkenaan seharusnya memainkan peranan mereka sebagai institusi agama

dalam membantu golongan-golongan muda ini untuk mempermudahkan urusan mereka

dalam perkahwinan. Hal ini dapat mengurangkan kes-kes maksiat yang sangat berleluasa di

negara kita di samping dapat mencegah daripada mereka melakukan hubungan yang tidak

sah. Bukan itu sahaja, negara juga turut terkena tempias daripada perkara ini.

Jabatan-jabatan agama bagaikan tidak menggalakkan anak-anak IPT bernikah dengan

mudah. Mungkin mereka lebih gemar untuk mengendap dan memberkas pasangan yang

berkhalwat daripada menggalakkan anak-anak muda bernikah. Imam-imam dan para kadi

juga nampaknya kurang "jantan" di dalam perkara ini. Majoriti mereka lebih takutkan

prosedur dan juga apa yang termaktub di atas kertas berbanding dengan apa yang tertulis di

dalam al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada kuasa, nanti saya yang akan kena dakwa!" ,

merupakan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari dari mulut para imam dan kadi yang

diminta untuk memudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda yang tidak dapat melalui

proses birokrasi yang konvensional.

Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan proses

perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan di

Page 8: LANGKAH2

mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Pusat zakat juga sepatutnya

bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama agar dapat mengurangkan beban mahar yang

terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan muda ini. Upacara perkahwinan beramai-ramai

ataupun "karnival nikah" ini juga sepatutnya dijadikan upacara penarik pelancong. Karnival

tersebut jangan hanya diserikan dengan acara nikah dan makan sahaja, tetapi pameran, forum

perdana, ceramah, persembahan nasyid dan sketsa serta jualan murah barang-barang

keperluan harian untuk keluarga juga patut dijadikan acara sampingan.