langkah demi langkah buat blog blogspot

5
Langkah demi langkah buat Blog Blogspot 1.PENGENALAN KEPADA BLOGSPOT Blog adalah diari peribadi. Mimbar harian. Ruang usaha sama. Tempat berucap politik. Saluran berita tergempar. Koleksi pautan. Fikiran peribadi anda. Memo untuk dunia.Blog adalah sebuah halaman web, bongkahan-bongkahan informasi diskrit yang disebut dengan posts (kiriman-kiriman). Post tersebut diatur berdasarkan urutan terbalik. Setiap post secara unik diidentifikasi oleh sebuah tag anchor <a>, dan ditandai dengan link permanen yang dapat diacu oleh yang lainnya, yang ingin melakukan link terhadap post tersebut. Blog anda adalah apa sahaja yang anda mahu jadikannya. Terdapat berjuta-juta blog, dalam segala bentuk dan saiz, dan tiada peraturan sebenar. Dalam istilah ringkas, blog adalah laman web, di mana anda menulis bahan berdasarkan yang sedang berlaku. Bahan baru muncul di atas, jadi pelawat anda boleh membaca apa yang terbaru. Kemudian mereka mengulas padanya atau pautkan padanya atau menghantar e-mel kepada anda. Atau tidak.Sejak Blogger dilancarkan pada tahun 1999, blog telah membentuk semula web, memberi kesan terhadap politik, menggoncang kewartawanan, dan membolehkan berjuta-juta orang menyuarakan pendapat dan berhubung dengan orang lain . 1.1.TERBITKAN PANDANGAN ANDA Blog memberikan anda ruang untuk bersuara dalam web. Ia merupakan tempat mengumpul dan berkongsi perkara yang anda rasa menarik sama ada ia ulasan politik anda, diari peribadi, atau pautan kepada laman web yang anda ingin ingati.Ramai orang menggunakan blog hanya untuk menguruskan pendapat mereka sendiri, sementara yang lain mengawal beribu-ribu pelawat berpengaruh di seluruh dunia. Wartawan profesional dan amatur menggunakan blog untuk menerbitkan berita mengejutkan, sementara penulis jurnal peribadi mengetengahkan pandangan yang

Upload: badarudin-kusni

Post on 09-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah Demi Langkah Buat Blog Blogspot

Langkah demi langkah buat Blog Blogspot

1.PENGENALAN KEPADA BLOGSPOT

Blog adalah diari peribadi. Mimbar harian. Ruang usaha sama. Tempat berucap politik. Saluran berita tergempar. Koleksi pautan. Fikiran peribadi anda. Memo untuk dunia.Blog adalah sebuah halaman web, bongkahan-bongkahan informasi diskrit yang disebut dengan posts

(kiriman-kiriman). Post tersebut diatur berdasarkan urutan terbalik. Setiap post secara unik diidentifikasi oleh sebuah tag anchor <a>, dan ditandai dengan link permanen yang dapat diacu oleh yang lainnya, yang ingin melakukan link terhadap post tersebut.

Blog anda adalah apa sahaja yang anda mahu jadikannya. Terdapat berjuta-juta blog, dalam segala bentuk dan saiz, dan tiada peraturan sebenar.

Dalam istilah ringkas, blog adalah laman web, di mana anda menulis bahan berdasarkan yang sedang berlaku. Bahan baru muncul di atas, jadi pelawat anda boleh membaca apa yang terbaru. Kemudian mereka mengulas padanya atau pautkan padanya atau menghantar e-mel kepada anda. Atau tidak.Sejak Blogger dilancarkan pada tahun 1999, blog telah membentuk semula web, memberi kesan terhadap politik, menggoncang kewartawanan, dan membolehkan berjuta-juta orang menyuarakan pendapat dan berhubung dengan orang lain .

1.1.TERBITKAN PANDANGAN ANDA

Blog memberikan anda ruang untuk bersuara dalam web. Ia merupakan tempat mengumpul dan berkongsi perkara yang anda rasa menarik sama ada ia ulasan politik anda, diari peribadi, atau pautan kepada laman web yang anda ingin ingati.Ramai orang menggunakan blog hanya untuk menguruskan pendapat mereka sendiri, sementara yang lain mengawal beribu-ribu pelawat berpengaruh di seluruh dunia. Wartawan profesional dan amatur menggunakan blog untuk menerbitkan berita mengejutkan, sementara penulis jurnal peribadi mengetengahkan pandangan yang tersirat.Apa yang perlu anda katakan, Blogger boleh bantu anda mengatakannya

1.2.AJAK RAKAN MEMBUAT BLOG

Blog bukan sekadar meletakkan buah fikiran anda dalam laman web. Ia berkenaan hubungan dengan dan mendengar daripada sesiapa yang membaca hasil tulisan anda dan ambil berat untuk memberi respons. Dengan Blogger, anda boleh mengawal siapa yang boleh membaca dan menulis pada blog anda benarkan hanya beberapa orang kawan atau seluruh dunia lihat apa yang perlu anda perkatakan!

1.3.ULASAN BLOGGER

Page 2: Langkah Demi Langkah Buat Blog Blogspot

Membolehkan sesiapa saja, di mana jua, memberi maklum balas pada catatan anda. Anda boleh memilih sama ada anda mahu membenarkan ulasan secara catatan-demi-catatan, atau anda boleh memadam sebarang ulasan yang tidak disukai.

1.4.KAWALAN AKSES

Membiarkan anda memutuskan siapa yang boleh membaca dan siapa yang boleh menulis ke blog anda. Anda boleh menggunakan blog kumpulan dengan pengarang berbilang sebagai satu alat komunikasi cemerlang bagi pasukan kecil, keluarga dan kumpulan lain. Atau sebagai pengarang tunggal, anda boleh membuat ruang dalam talian persendirian untuk mengumpul berita, pautan, dan idea, untuk simpanan sendiri atau berkongsi dengan sebanyak mana pembaca yang anda mahu.

3

1.5.PROFIL BLOGGER

Membolehkan anda mencari orang dan blog yang berkongsi minat anda. Profil Blogger anda, di mana anda boleh menyenaraikan blog anda, minat anda, dan banyak lagi, membiarkan orang mencari anda (tetapi jika hanya anda mahu ditemui).

1.6.REKA BENTUK BLOG ANDA

Sama ada anda memulakan blog anda atau hanya terfikir yang sudah tiba masanya anda memberi wajah baru pada blog sedia ada anda, alat mengedit mesra pengguna Blogger membantu anda mereka bentuk halaman yang menarik dengan mudah.

1.7.TEMPLAT

(SUSUN ATUR)

Koleksi templat di Blogger akan membuat anda bermula terus dengan tapak yang lebih menarik tanpa anda perlu mempelajari sebarang HTML, walaupun Blogger juga membenarkan anda mengedit kod HTML blog anda pada bila-bila yang anda mahu.

1.8.WARNA DAN FON PERIBADI

Apabila anda telah bersedia untuk mengambil langkah seterusnya, anda boleh terus memperibadikan templat kami untuk membuat reka bentuk yang benar-benar mencerminkan anda dan blog anda.

4

Page 3: Langkah Demi Langkah Buat Blog Blogspot

1.9.ELEMEN HALAMAN SERET-DAN-TURUN

Sistem seret-dan-turun Blogger yang mudah membolehkan anda membuat keputusan dengan mudah tentang di mana pos, profil, arkib dan bahagian blog anda yang lain perlu diletakkan di halaman tersebut.

1.10.SIAR FOTO

Kadangkala anda hanya mahu berkongsi foto. Terdapat butang untuk memuat naik foto dalam antara muka Blogger. Hanya klik butang foto untuk memuat naik foto dari komputer anda. Jika foto yang anda ingin letakkan dalam blog anda sudah berada di web, itu juga tidak mengapa. Hanya beritahu kami di mana letaknya.Anda juga boleh menghantar foto telefon berkamera terus ke blog anda sementara anda sedang menjalankan Mudah Alih Blogger.

5

1.11.JALANKAN MUDAH ALIH

Mudah Alih Blogger

membolehkan anda menghantar gambar dan teks terus ke blog anda sementara anda sedang melayari. Apa yang anda perlu lakukan adalah menghantar mesej ke [email protected] dari telefon anda. Anda tidak perlu mempunyai akaun Blogger. Mesej ini sendiri sudah cukup untuk membuat satu blog baru dan menyiarkan apa jua gambar dan teks yang telah dihantar.Kemudian, jika anda ingin menuntut blog mudah alih atau mengalihkan catatan anda ke blog lain, hanya log masuk pada

go.blogger.com

dan gunakan kod tuntutan Blogger yang dihantar ke telefon anda.Kami menyokong kebanyakan pembawa telefom bimbit popular di US dan serata dunia. Jika Mudah Alih Blogger tidak tersedia daripada pembekal anda, anda masih boleh menghantar catatan ke blog anda menggunakan

Mel-ke-Blogger

.

6

2.CARA – CARA MEMBUAT BLOG DI BLOGSPOT

Cara terpantas untuk memahami cara memblog adalah dengan mencubanya. Kami telah berusaha keras untuk menjadikannya benar-benar mudah untuk anda. Hanya klik pautan di bawah, dan anda boleh menjadi sebahagian daripada fenomena yang menukarkan web dan media kepada aktiviti penyertaan dalam masa

Page 4: Langkah Demi Langkah Buat Blog Blogspot

kurang daripada lima minit

. Serius ni.Apa akan berlaku kemudian? Siapa tahu. Ia mungkin yang menyeronokkan.Dan ingat: Blogger sememangnya percuma, dan jika anda mempunyai masalah, hanya klik pada butang Bantuan dari mana-mana skrin, dan anda boleh cari jawapan yang dikehendaki atau tanya staf sokongan kami yang berdedikasi.

7