lampiran8_answerpelajarc_penemuan

3
Lampiran 8 Jawapan Pelajar C Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran melalui kaedah penemuan? Bincangkan sejauh manakah kaedah penemuan boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah di Malaysia. Pembelajaran penemuan juga dikenali sebagai pembelajaran inkuiri. Bruner menganggap bahawa belajar melalui penemuan sesuai dengan pencarian pengetahuan secara aktif oleh manusia. Proses pembelajaran dan pengajaran merupakan satu proses pembelajaran inkuiri iaitu di mana pelajar memperoleh sesuatu ilmu melalui perasaan ingin tahunya sendiri dan mengembangkannya menjadi satu ilmu. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pelajar akan diberi kesempatan mencari atau menemukan sendiri makna segala sesuatu yang dipelajarinya. Di Malaysia, situasi di dalam bilik darjah tidak begitu menggalakkan untuk penggunaan kaedah penemuan. Nisbah guru dengan murid adalah sangat tinggi. Bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas, antara 35 hingga 50 orang murid, terutamanya di bandar, menyukarkan pengaplikasian kaedah penemuan di dalam bilik darjah. Bilangan murid yang ramai itu menyukarkan guru menjadi pemudah cara dan pembimbing murid. Selain itu, saiz fizikal bilik darjah juga kecil dibandingkan dengan bilangan murid. Implikasinya, kerusi meja terpaksa disusun mengikut cara tradisional, iaitu baris demi baris. Susunan sedemikian, termasuk ruang yang sempit di dalam bilik darjah kurang sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti kaedah penemuan. Pergerakan murid terhad untuk menjalankan aktiviti dan hal ini menjejaskan kejayaan kaedah penemuan. Pada hari ini, walau pun kerajaan telah banyak berbelanja untuk melengkapkan sekolah dengan pelbagai infrastruktur, masih terdapat banyak sekolah terutamanya di luar bandar dan pedalaman yang masih kekurangan kemudahan fizikal dan sumber pembelajaran seperti komputer, perpustakaan yang kondusif, pusat akeses kendiri, perabot dan bilik simulasi. Kemudahan

Upload: ericoh5665

Post on 24-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lampiran jawapan

TRANSCRIPT

Page 1: Lampiran8_answerPelajarC_penemuan

Lampiran 8Jawapan Pelajar C

Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran melalui kaedah penemuan? Bincangkan sejauh manakah kaedah penemuan boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah di Malaysia.

Pembelajaran penemuan juga dikenali sebagai pembelajaran inkuiri. Bruner menganggap bahawa belajar melalui penemuan sesuai dengan pencarian pengetahuan secara aktif oleh manusia. Proses pembelajaran dan pengajaran merupakan satu proses pembelajaran inkuiri iaitu di mana pelajar memperoleh sesuatu ilmu melalui perasaan ingin tahunya sendiri dan mengembangkannya menjadi satu ilmu. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pelajar akan diberi kesempatan mencari atau menemukan sendiri makna segala sesuatu yang dipelajarinya.

Di Malaysia, situasi di dalam bilik darjah tidak begitu menggalakkan untuk penggunaan kaedah penemuan. Nisbah guru dengan murid adalah sangat tinggi. Bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas, antara 35 hingga 50 orang murid, terutamanya di bandar, menyukarkan pengaplikasian kaedah penemuan di dalam bilik darjah. Bilangan murid yang ramai itu menyukarkan guru menjadi pemudah cara dan pembimbing murid. Selain itu, saiz fizikal bilik darjah juga kecil dibandingkan dengan bilangan murid. Implikasinya, kerusi meja terpaksa disusun mengikut cara tradisional, iaitu baris demi baris. Susunan sedemikian, termasuk ruang yang sempit di dalam bilik darjah kurang sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti kaedah penemuan. Pergerakan murid terhad untuk menjalankan aktiviti dan hal ini menjejaskan kejayaan kaedah penemuan.

Pada hari ini, walau pun kerajaan telah banyak berbelanja untuk melengkapkan sekolah dengan pelbagai infrastruktur, masih terdapat banyak sekolah terutamanya di luar bandar dan pedalaman yang masih kekurangan kemudahan fizikal dan sumber pembelajaran seperti komputer, perpustakaan yang kondusif, pusat akeses kendiri, perabot dan bilik simulasi. Kemudahan dan peralatan sedemikian diperlukan untuk menjalankan aktiviti kaedah penemuan. Kekurangan kemudahan sedemikian dapat menjejaskan implementasi kaedah penemuan di dalam bilik darjah di Malaysia.

Selain itu, kaedah penemuan mengambil masa yang lama. Contohnya, untuk membantu muridnya menemukan formula bagi luas segiempat iaitu Luas = Panjang x Lebar, seorang guru perlu menyediakan lembaran kerja. Di dalam lembaran kerja itu, akan dilukis beberapa segiempat yang berlainan dimensi. Contohnya,

Murid dikehendaki mengira bilangan petak 1 cm per segi untuk mencari luas bentuk-bentuk tersebut. Kemudian murid perlu mengisi jadual dan daripada jadual, guru perlu membimbing murid menemui formula; sering kali proses ini mengambil masa yang lama kerana murid menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti yang akan membawa kepada penemuan; dan

Page 2: Lampiran8_answerPelajarC_penemuan

walau pun jika murid berjaya melakukan aktiviti, sering kali mereka terpaksa menggunakan masa yang lama sebelum dapat menemui apa yang ingin ditemui. Oleh kerana ia memakan masa yang lama maka kaedah penemuan mungkin tidak sesuai untuk diaplikasi di dalam bilik darjah di Malaysia. Ini kerana sistem pendidikan Malaysia adalah sangat berorientasikan peperiksaan dan sukatannya padat dengan isi kandungan. Seseorang guru tak mungkin dapat meluangkan banayak masa untuk setiap sub-tajuk yang kecil.

Namun pengaplikasian kaedah penemuan boleh berjaya jika kerajaan mengambil langkah untuk memperbaiki situasi di sekolah. Sejak April tahun lepas, kerajaan telah mengambil beberapa tindakan seperti menyiapkan dan melengkapkan lebih kurang 90% daripada makmal komputer di seluruh Malaysia. Projek yang tergendala sekarang sudah mendapat nafas baru dan kerajaan telah memperuntukkan lebih kewangan untuk menaik taraf kemudahan yang sedia ada. Selain itu, sembilan buah sekolah baru yang lengkap dengan kemudahan TMK telah dibina. Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan selain mengurangkan nisbah guru-murid di sekolah. Jika usaha sedemikian berterusan, hasrat untuk mengimplementasikan kaedah penemuan di dalam bilik darjah boleh dicapai.