lampiran kajian tindakan

5
Frenulum Linguae istilah gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan pelat . Kebiasaannya pelat pada huruf R, S, F, D. Pelat bukan akibat lidah pendek. Pelat biasanya berlaku pada kanak-kanak seawal usia setahun. Diusia ini, kanak-kanak mula belajar mengenali huruf & membunyikan huruf. Anak kedua saya juga pelat. Tetapi apabila sudah mula bersekolah, pelat dia mulai hilang & seterusnya sebutan menjadi normal. Ada beberapa cara nak hilangkan pelat ni. Antaranya:- 1) Jangan ajar anak cakap pelat walaupun anak masih bayi lagi. Ibu bapa yang suka bercakap pelat dengan anak-anak kecil berisiko tinggi menyebabkan anak mereka bercakap pelat. 2) Selalu latih anak menyebut huruf R, S, F, D setiap hari. InsyaAllah, pelat anak akan berkurangan kerana lidah bergetar dengan betul. 3) Bercakaplah dengan anak secara perlahan-lahan agar mereka mudah menangkap bunyi yang hendak ditiru & perbetulkan sebutan anak jika ada kesilapan. 4) Geselkan cincin emas atau perak ke lelangit & lidah anak semasa mereka tidur sambil berselawat Nabi. Saya pernah cuba cara ni, Alhamdulillah ada nampak kesannya tetapi kena buat setiap hari. Jangan risau, PELAT bukanlah cacat. Ia sesuatu yang normal & comel khususnya pada kanak-kanak. Sumber dari mymertro Ditertawakan rakan hanya kerana bunyi aneh dalam setiap sebutan yang terlahir di bibir. Bahkan, ada yang berani meniru intonasi percakapannya dengan gaya jenaka. Beginilah saban hari terpaksa melalui keadaan sama dengan dikelilingi rakan yang kuat menyakat. Lumrah manusia diberikan akal dan perasaan yang sering menerjah di lubuk hati. Seperti mereka yang pelat, risiko untuk kerap berkecil hati itu lebih tinggi. Malahan, ia turut membabitkan emosi dan mental seseorang.

Upload: aisyaharraz

Post on 09-Dec-2015

110 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: lampiran kajian tindakan

Frenulum Linguae – istilah gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih

dikenali dengan ‘pelat’. Kebiasaannya pelat pada huruf R, S, F, D.

Pelat bukan akibat lidah pendek. Pelat biasanya berlaku pada kanak-kanak

seawal usia setahun. Diusia ini, kanak-kanak mula belajar mengenali huruf &

membunyikan huruf.

Anak kedua saya juga pelat. Tetapi apabila sudah mula bersekolah, pelat dia mulai

hilang & seterusnya sebutan menjadi normal.

Ada beberapa cara nak hilangkan pelat ni. Antaranya:-

1) Jangan ajar anak cakap pelat walaupun anak masih bayi lagi. Ibu bapa yang

suka bercakap pelat dengan anak-anak kecil berisiko tinggi menyebabkan anak

mereka bercakap pelat.

2) Selalu latih anak menyebut huruf R, S, F, D setiap hari. InsyaAllah, pelat anak

akan berkurangan kerana lidah bergetar dengan betul.

3) Bercakaplah dengan anak secara perlahan-lahan agar mereka mudah

menangkap bunyi yang hendak ditiru & perbetulkan sebutan anak jika ada kesilapan.

4) Geselkan cincin emas atau perak ke lelangit & lidah anak semasa mereka

tidur sambil berselawat Nabi. Saya pernah cuba cara ni, Alhamdulillah ada nampak

kesannya tetapi kena buat setiap hari.

Jangan risau, PELAT bukanlah cacat. Ia sesuatu yang normal & comel khususnya

pada kanak-kanak.

Sumber dari mymertro

Ditertawakan rakan hanya kerana bunyi aneh dalam setiap sebutan yang ‘terlahir’ di bibir. Bahkan, ada yang ‘berani’ meniru intonasi percakapannya dengan gaya jenaka. Beginilah saban hari terpaksa melalui keadaan sama dengan dikelilingi rakan yang kuat menyakat.

Lumrah manusia diberikan akal dan perasaan yang sering menerjah di lubuk hati. Seperti mereka yang pelat, risiko untuk kerap berkecil hati itu lebih tinggi. Malahan, ia turut membabitkan emosi dan mental seseorang. 

Page 2: lampiran kajian tindakan

KANAK-KANAK PELATBukan sesuatu yang pelik jika kanak-kanak bercakap pelat kerana pada

peringkat awal tumbesaran, kanak-kanak tidak boleh mendapat bunyi yang

betul. Secara biologi, lidah mereka tidak boleh mendapat bunyi yang tepat dan

apabila si kecil menutup bibir dan menghembus, perkataan pertama yang akan

keluar ialah `ma'. Sebab itu, panggilan untuk ibu di seluruh dunia

kebanyakannya bermula daripada huruf M seperti 'mak', `mama', `mummy' dan

`ma' kerana is antara perkataan awal yang keluar daripada mulut bayi.

Saintis Social dan Eksekutif Unit Penyelidikan dan Pembangunan Intelek Uforia

UiTM Perak, Airil Haimi Adnan, berkata pelat kanak-kanak bukan berpunca

daripada ajaran orang dewasa, sebaliknya perkara semula jadi yang tidak boleh

dielak dan biasanya dilalui setiap kanak-kanak. Menurutnya, perkataan itu

kemudian diikuti sebutan `pa', lalu timbulkan perkataan `papa' untuk

memanggil bapa. Perkataan lain seperti `abah', 'ayah' dan 'umi' jugamudah

disebut, tetapi kanak-kanak menyebut suku kata akhir terlebih dulu yang lebih

mudah disebut sebelum dapat menyebut perkataan penuh.

Sementara itu, untuk mereka yang menggelarkan diri sebagai ibu atau

bonda, walid (bapa), si anak mengambil masa menyebut perkataan berkenaan

kerana si bayi akan menuturkan apa yang mampu dikeluarkannya dulu. "Pada

1980-an dan 1990-an, masyarakat kita sering diingatkan supaya jangan melayan

kanak-kanak dengan bercakap pelat kerana dikhuatiri menyebabkan kanak-

kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik apabila besar. "Sebenarnya, ada dua

pendapat berbeza dalam hal ini, iaitu tidak salah bercakap pelat jika hendak

mengajuk atau bermanja dengan anak itu. "Kanak-kanak boleh faham

percakapan kita j ika kita 'bercakap bahasa betul atau bercakap pelat ketika

berbual dengannya. Satu pendapat lagi, jangan amalkan bercakap pelat sebab

nanti mcmpengaruhi kecekapan si kecil bertutur," katanya. Punca kanak-kanak

lambat bercakap bukan disebabkan dia bercakap pelat. Perbezaan gender

antara faktornya iaitu kanak-kanak perempuan lebih cepat membezakan bunyi,

menyebabkan dia lebih cekap bercakap berbanding kanak-kanak lelaki.

Bagaimanapun, daripada segi lain, kanak-kanak lelaki lebih cepat menguasai

kemahiran fizikal, misalnya berlari berbanding kanak-kanak perempuan.

"Sebaik-baiknya, apabila kanak-kanak mampu bercakap normal, jangan

bercakap pelat dengannya kerana kanak-kanak tidak menyukai kelakuan itu

kerana rasa dipermainkan. lni menyebabkan dia tidak berminat bercakap atau

berbual. Jika hendak mengusik tidak mengapa, tetapi jangan diamalkan,"

Page 3: lampiran kajian tindakan

katanya.

Menurutnya, sampai satu tahap apabila kanak-kanak itu dapat mengenal

pasti bunyi yang betul, si kecil akan bercakap dengan bahasa betul. "Jika pada

usia enam tahun kanak-kanak itu masih pelat, perkara itu boleh diterima.

Bagaimanapun, jika pada usia tujuh hingga lapan tahun dia masih tidak mampu

bercakap dengan betul, ibu bapa diminta berjumpa pakar bahasa percakapan

bagi merujuk masalah itu," katanya. Anak murid saya ada yang pelat sehingga

berumur 5 tahun. Kanak-kanak pelat adalah sejak awal umur mereka dan

bukannya bermula di sekitar 5-7 tahun... dengan erti kata lain, mereka bermula

dari rumah iaitu sebelum melangkah ke sekolah. Ada dikalangan kanak-kanak

yang dikurniakan lidah yang pendek. Namun tidak dinafikan ada dikalangan

ibubapa yang sering menukar bunyi sesuatu sebutan bahasa seolah-olah

mengajuk bahasa kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak hanya menerima

sebutan tersebut tanpa mengetahui ianya betul atau salah kerana mereka

sememangnya hanya menyerap apa yang dipelajarai dan mudah menerima

sesuatu yang diajar itu.

Perkataan atau sebutan yang sering dipelatkan adalah perkataan 's'..

contohnya susu ditukarkan menjadi syusyu.. sibuk ditukarkan menjadi syibuk..

sayang ditukarkan menjadi syayang. Sekiranya perkataan tidak diperbetulkan

ianya akan kekal digunakan hingga kanak-kanak dewasa. Kanak-kanak yang

pelat akan menjadi amat malu dan menjadi kurang berkeyakinan untuk bergaul

apabila berada di sekolah. Selain itu, bahasa dan pertuturan kanak-kanak juga

sukar difahami oleh orang lain.

TIPS-TIPS MEMBANTU KANAK-KANAK PELAT

Bercakap memerlukan skill yang tinggi. Pelat ketika berusia tiga tahun

merupakan suatu yang normal, tetapi elok juga dibetulkan sebelum terlambat.

Kalau sampai sudah hendak sekolah masih pelat, boleh menimbulkan masalah

lain seperti inferior atau malu diejek oleh rakan-rakan.

Di antara tindakan susulan yang perlu dilaksanakan bagi membantu

kanak-kanak yang pelat adalah seperti menggunakan gabungan banyak otot

untuk menyebut perkataan dengan betul iaitu meniru bunyi yang dihasilkan.

Bila bercakap dengannya, tunjukkan mimik wajah yang tepat. Meniru mimik

Page 4: lampiran kajian tindakan

wajah lebih mudah. Yang kedua, bercakap dengan perlahan (slow, bukan soft)

supaya lebih mudah kanak-kanak menangkap bunyi yang hendak ditiru. Yang

ketiga ialah mengenalpasti konsonan apa yang sukar disebutnya. Mulakan

dengan satu suku kata. Jika 'k' yang sukar disebut, latih sebut 'ku' dahulu.

Sudah dapat, ikuti dengan 'kuku'. Menumpukan satu konsonan pada satu-satu

masa. Melakukan aktiviti latih tubi. Sekejap-sekejap lebih baik tetapi berulang-

ulang. Jangan memaksa atau beri tekanan pada kanak-kanak kerana apabila

terlalu lama ia akan membuat kanak-kanak tersebut jemu. Memberi upah atau

dorongan jika dia berjaya menyebut dengan betul. Cukup sekadar pujian, tepuk

tangan atau dakapan kepada murid tersebut. Memberikan cermin muka kepada

kanak-kanak dan biarkan dia tersenyum di depan cermin. Ini dapat

mengaktifkan otot-otot wajahnya. Bercakap dengan cermin juga baik. Dia dapat

mengenalpasti otot-otot yang perlu digunakan ketika bercakap. 

Selain itu, guru hendaklah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan

bahasa dan pertuturan kanak-kanak. Guru boleh menjalankan aktiviti bermain

peranan ketika di dalam kelas. Ia dapat membantu murid melatih dirinya

memperbaiki pertuturannya.

Guru perlu memperbetulkan setiap perkataan yang dipertuturkan jika didapati

perkataan pelat digunakan. Guru hendaklah mengambil berat tentang masalah

ini supaya kepelatan tersebut dapat diatasi dengan baik. Apa-apa pun proses

pembelajaran sepatutnya menyeronokkan ibu dan bapa, guru dan kanak-kanak.

Lebih interaktif lebih baik. Jika dia tidak dapat menyebut 's' dengan betul,

berikan ciuman dan sebut 'kissss'. Minta dia ulang pada anda. Cium dan sebut

'kiss.

Selain itu, guru hendaklah melakukan penyusunan, penilaian pemahaman

dalam ujian diagnostic. Memberi bimbingan yang khusus ke atas kanak-kanak

yang bermasalah. Memberi pendedahan tentang penggunaan program perisian

yang dapat membantu kanak-kanak. Menyokong interaksi sosial kanak-kanak

melalui rekreasi bersama-sama. Melakukan terapi seperti menjalankan aktiviti

main peranan secara kelas ataupun secara individu. Melaksanakan aktiviti

berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain melalui aktiviti permainan dan

perbualan. Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang tahap

penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara

individu, kumpulan dan kelas melalui proses pembelajaran yang dilaksanakan.

Page 5: lampiran kajian tindakan
Page 6: lampiran kajian tindakan