lampiran c- syarat-syarat kemasukan

Upload: lim-ahmad

Post on 03-Mar-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

syarat kemasukan

TRANSCRIPT

  • SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SESI 2014/2015 No. Pendaftaran : .................................................................................. No. Kad Pengenalan/Pasport bagi warga asing : .............................................. 1. Tawaran masuk ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    1.1 pengesahan oleh Senat Universiti

    1.2 mengesahkan penerimaan tawaran ini dengan segera. Sekiranya Universiti tidak menerima pengesahan dari saudara/i dalam tempoh yang ditetapkan, saudara/i dianggap menolak tawaran dan seterusnya tawaran ini luput dengan sendirinya dan tempat saudara/i akan ditawarkan kepada calon lain.

    1.3 menjelaskan bayaran-bayaran seperti yang dinyatakan dalam tawaran kemasukan dan bayaran yang ditetapkan oleh PIHAK BERKUASA UNIVERSITI.

    1.4 Lulus pemeriksaan doktor, termasuk X-ray dada dari Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta. Universiti berhak mendapatkan pendapat kedua (second opinion) untuk memastikan sama ada saudara/i benar-benar sihat untuk belajar.

    1.5 Tawaran ini terbatal sekiranya saudara/i adalah pelajar yang sedang mengikuti kursus di Maktab-Maktab Perguruan atau Institusi Pendidikan Tinggi dalam atau luar negara atau sedang mengikuti Program Pengajian Jarak Jauh atau seumpamanya di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Tempatan. Pegawai Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah mengemukakan surat kebenaran yang ditetapkan.

    2. Mematuhi Ikrar Mahasiswa seperti berikut:

    Bahawasanya saya mengaku sebagai mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia akan patuh kepada tatatertib Universiti.

    Bahawasanya saya akan berusaha sedaya upaya saya mencari dan memperdalamkan ilmu pengetahuan dan menjunjung tinggi kebebasan berbuat demikian.

    Bahawasanya saya akan sentiasa memelihara dan meninggikan nama baik Universiti dan akan memberi khidmat kepada masyarakat.

    3. Mematuhi aku janji seperti yang dinyatakan di dalam Surat Aku Janji Universiti Kebangsaan Malaysia.

    4. Universiti berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa jika pada satu-satu masa sepanjang tempoh pengajian didapati kenyataan dan maklumat yang saudara/i berikan dalam permohonan saudara/i tidak benar. Pihak Universiti juga berhak mengambil tindakan yang sesuai terhadap saudara/i jika saudara/i didapati melanggar peraturan yang ditetapkan di atas.

    (Satu salinan lengkap lampiran ini yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada Pusat Kembangan Pendidikan semasa hari pendaftaran). Saya ............ bersetuju dengan syarat-syarat kemasukan yang dinyatakan di atas. Tandatangan . Tarikh .............

    LAMPIRAN C