lagu

12
SMK SERI PERAK 34200 PARIT BUNTAR, PERAK. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PBS BIL.2/2014 Tarikh : 5 Mei 2014 (Isnin) Masa : 2.30 petang - 5.05 petang Tempat : Bilik Gerakan Kehadiran : Seperti dalam lampiran Agenda Mesyuarat 1.0 Ucapan Pengerusi (Pengetua) 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al- fatihah. 1.2 Pengerusikan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa PBS dalam mesyuarat ini. 1.3 Pengerusikan berharap satu sesi perjumpaan dibuat untuk guru-guru sesi pagi dan sesi petang yang bertujuan meningkatkan kefahaman guru-guru tentang penambahbaikan PBS. 1.4 Pengerusi memaklumkan tentang saranan Pengarah Pelajaran Perak yang baru, 8S 1C. 1.5 Pengerusi juga memaklumkan sekolah telah mencapai Band 3. Tindakan : Makluman 1

Upload: rajes-kanni-raji

Post on 09-Aug-2015

36 views

Category:

Business


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: lagu

SMK SERI PERAK34200 PARIT BUNTAR, PERAK.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PBS BIL.2/2014

Tarikh : 5 Mei 2014 (Isnin)Masa : 2.30 petang - 5.05 petangTempat : Bilik GerakanKehadiran : Seperti dalam lampiran

Agenda Mesyuarat

1.0 Ucapan Pengerusi (Pengetua)1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al-fatihah.

1.2 Pengerusikan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa PBS dalam mesyuarat ini.

1.3 Pengerusikan berharap satu sesi perjumpaan dibuat untuk guru-guru sesi pagi dan sesi petang yang bertujuan meningkatkan kefahaman guru-guru tentang penambahbaikan PBS.

1.4 Pengerusi memaklumkan tentang saranan Pengarah Pelajaran Perak yang baru, 8S 1C.

1.5 Pengerusi juga memaklumkan sekolah telah mencapai Band 3.

Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 1/20142.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

2.2 Tn. Hj Ahmad b Yaakob mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan, disokong oleh Pn. Norsalewati bt Mat Norwani.

Tindakan : Makluman

1

Page 2: lagu

3.0 Perkara Berbangkit3.1 Perkara 9.2 Laporan Kursus Dalaman CPD.

Mesyuarat dimaklumkan semua JU MP Tingkatan 3 telah melaksanakan kursus dalaman peringkat panitia masing-masing dan telah menyerahkan laporan pelaksanaan CPD kepada Penolong Kanan dan laporan tersebut telah dihantar ke PPD Kerian.

3.2 Perkara 9.3 Pengoperasian Bilik PBS. Peruntukan RM1000.00 tersebut masih belum digunakan (dalam simpanan Penolong Kanan). Mesyuarat dimaklumkan bilik PBS akan dijadikan bilik BBM dan peruntukan RM 1000.00 tersebut akan digunakan untuk bilik BBM.

Tindakan : Makluman

4.0 Dasar PBS (Penolong Kanan Pentadbiran)-Berdasarkan Buku Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah LPM 2014-

4.1 Punca kuasa bagi pelaksanaan PBS ialah :(a) Akta pendidikan 1996(b) Pindaan Surat Pekeliling LPM Bil.2 Tahun 2011(c) Surat Siaran LPM Bil.3 Tahun 2011(d) Surat Siaran LPM Bil.6 Tahun 2011(e) Surat Pekeliling LPM Bil.1 Tahun 2014

4.2 Komponen PBS

(a) Akademik(i) Pentaksiran Pusat (PP)(ii) Pentaksiran Sekolah (PS)

(b) Bukan Akademik(i) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)(ii) Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

4.3 Peraturan-peraturan Am4.3.1 Pelaksanaan di Sekolah

Komponen PBS Ting 1 Ting 2 Ting 3PP /PS / / /PAJSK / / /PPsi / /

2

Page 3: lagu

4.3.2 Jawatan kuasa Induk PBS

Pengerusi PengetuaNaib Pengerusi Penolong Kanan (PS dan PP)

Penolong Kanan Hem (PPsi)Penolong Kanan Kokurikulum (PAJSK)Penolong Kanan Petang (PS dan PP)Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)

Setiausaha Setiausaha PBS (pagi)Pen. Setiaausaha Pen.S/U (petang)Ahli Guru Kanan Mata Pelajaran – Penjaminan Kualiti

Ketua Panitia – Penjaminan KualitiGuru CemerlangGuru DisiplinGuru Bimbingan& Kaunseling sepenuh masa (PPsi)Guru yang dilantik (PAJSK)Guru Program Pendidikan Khas IntegrasiJurulatih Utama (setiap mata pelajaran)

4.3.3 Bidang tugas J/K Induk PBS hanya disenaraikan secara umum sahaja. Sehingga saat ini belum terdapat sebarang maklumat yang terperinci.

4.3.4 Jadual Pengoperasian PBS (setelah penambahbaikan PBS dilaksanakan) belum dapat dibuat kerana tiada maklumat yang terkini.

4.4 Pelaksanaan PBS merujuk kepada dokumen berikut:(a) Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(b) Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (Tingkatan 1, 2 dan 3)(c) Panduan Penjaminan Kualiti(d) Manual Pentaksiran Psikometrik(e) Manual Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum(f) Instrumen Pentaksiran Psikometrik(g) Format Instumen Pentaksiran Pusat

4.5 Pengerusi mengingatkan guru-guru melaksanakan PBS mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Integriti guru-guru sangat penting semasa melaksanakan PBS. Guru-guru diminta merujuk pekeliling-pekeliling terkini yang berkaitan dengan PBS.

4.6 Pengerusi juga berharap tiada masalah yang timbul semasa pelaksanaan PPsi.

Tindakan : Makluman

3

Page 4: lagu

4.7 Bagi PAJSK tiada maklumat terkini sama ada markah diisi on line atau sebaliknya. PK Kokurikulum akan mendapatkan maklum balas daripada pihak PPD.

Tindakan : PK Kokurikulum

5.0 PT3 (Penolong Kanan Pentadbiran)

5.1 Tanggungjawab sekolah :(a) Menyediakan Instrumen(b) Mentadbir Instrumen(c) Memeriksa Skrip Jawapan(d) Mengeluarkan Pelaporan

5.2 Instrumen PT3 seperti berikut:

Mata Pelajaran Jenis Instrumen

B.Melayu Ujian BertulisUjian Lisan (Bertutur dan Mendengar)B.Inggeris

Sains

Ujian BertulisMatematikKemahiran Hidup BersepaduPendidikan IslamSejarah Pelbagai Instrumen Geografi

5.2.1 PT3 merangkumi sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga 3.

5.2.2 Sekolah bertanggung jawab menyediakan peralatan untuk ujian lisan. Tindakan : Makluman

5.3 Pengurusan PT35.3.1 Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan memastikan

PT3 dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah sepanjang murid hadir ke sekolah.

5.3.2 Bagi kes disiplin (ponteng dan buang sekolah) pentadbir hendaklah memfailkan nama murid beserta surat amaran dan laporan tindakan daripada unit disiplin sekolah. PT3 hendaklah dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah.

5.3.3 Bagi kes murid yang tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan, pentadbir hendaklah memfailkan nama murid beserta dengan dokumen sokongan dalam

4

Page 5: lagu

Jadual Kedatangan Murid. Memastikan PT3 dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah.

Tindakan : PK Hem, Guru Kaunseling dan Guru Disiplin.

5.4 Murid Berkeperluan Khas (MBK)5.4.1 Pihak sekolah perlu kenal pasti kategori berdasarkan dokumen

murid.

5.4.2 Murid pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ujian lisan mendengar dan bertutur.

5.4.3 Melaksanakan ketetapan pengecualian murid daripada melaksanakan SEGAK dalam komponen PAJSK.

5.4.4 Melaksanakan ketetapan pengecualian murid daripada melaksanakan Inventori Tret Personaliti, Inventori Minat Kerjaya, Ujian Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus dalam PPsi.

5.4.5 Pihak sekolah perlu menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.

Tindakan : Makluman

5.5 Murid Bertukar Sekolah5.5.1 Pentadbir sekolah asal hendaklah mengambil tindakan seperti

berikut:(a) Mengemaskini skor PBS murid berkenaan dalam Sistem

Pengurusan Sekolah sebelum proses perpindahan tersebut.(b) Memastikan data murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah

dikemaskinikan.(c) Menyerahkan evidens PP dan PPsi secara rasmi kepada ibu

bapa / penjaga murid untuk diserahkan kepada sekolah baharu.

5.5.2 Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:(a) Memastkan evidens PP dan PPsi murid dari sekolah asal

diterima.(b) Memastikan data murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah

dikemaskini.Tindakan : Makluman

5

Page 6: lagu

5.5.3 Bagi murid pindah keluar, pihak sekolah perlu memastikan ibu bapa / penjaga menandatangi surat akuan terima dokumen semasa menyerahkan dokumen kepada mereka.

5.5.4 Semasa menerima murid baru, pastikan terima dokumen yang lengkap. Jika tidak lengkap, hubungi sekolah asal (melalui surat) untuk mendapatkan dokumen yang lengkap.

Tindakan : PK Hem dan PK Petang

5.6 Pemeriksaan5.6.1 Pemeriksaan skrip jawapan calon dilakukan oleh guru mata

pelajaran berpandukan Panduan Penskoran.

5.6.2 Penyelarasan pemeriksaan dan moderasi dilakukan oleh Ketua Panitia di peringkat sekolah. Penyelarasan juga berlaku diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.

5.6.3 Pemberian skor dan penetapan gred berpandukan Jadual Penggredan. Verifikasi skor dan gred dibuat oleh Ketua Panitia. Verifikasi skor dan gred juga dibuat di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

5.6.4 Pengetua akan membuat verifikasi gred calon sebelum dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.

5.6.5 Sekolah mengeluarkan pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3.

Tindakan : Makluman

5.7 Pelaporan5.7.1 Calon sekolah akan menerima pelaporan PT3 daripada pihak

sekolah. Calon Persendirian akan menerima laporan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri.

5.7.2 Calon akan menerima gred bagi mata pelajaran yang diduduki sahaja.

Tindakan : Makluman

6.0 Hal-hal lain

6

Page 7: lagu

6.1 Pengurusan Evidens dan Fail6.1.1 Semua fail murid bagi tahun 2012 dan 2013 yang terdapat dalam

Bilik PBS akan diserahkan pada pelajar.

Tindakan : SU PBS dan Pen.SU

6.2 Pengurusan Bilik Operasi PBS 6.2.1 Operasi Bilik PBS ditamatkan. Bilik tersebut akan dijadikan bilik BBM.

6.3 Pentaksiran Sekolah6.3.1 Peperiksaan bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 dikenali sebagai

Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

Tindakan : Makluman

6.4 PAJSK6.4.1 Markah PAJSK bagi murid pindah keluar ataupun pindah masuk

terdapat dalam Sistem Pengurusan Sekolah. Guru PAJSK diminta rujuk data tersebut daripada Guru Data (En.Azamkhairi)

6.4.2 Borang ekstra kokurikulum diberi pada guru kelas.

6.4.3 Guru PAJSK diminta memberi taklimat ekstra kokurikulum untuk guru-guru semasa contact time.

Tindakan : Guru PAJSK

7.0 Penutup 7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.05 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….. ……………………………………(NOORAZLINA BT SAIDIN) ( HJ MOHD ROSLI B AHMAD,PPT) Setiausaha PBS Pengetua

7

Page 8: lagu

Lampiran

KEHADIRAN

BIL NAMA GURU CATATAN1 Tn Hj Mohd Rosli b Ahmad , PPT Pengetua2 Pn Hjh Halimah bt Said Penolong Kanan3 Pn Hjh Sabihah bt Hj Omar PK Petang4 Pn Hjh Rusmawati bt Abu Bakar PK Hem5 Tn Hj Tajul Ariffin b Lope Abdul Rahman PK Pend.Khas6 Pn Noorazlina bt Saidin Setiausaha7 Pn Nor Hapiszah bt Aripen Pen.Setiausaha8 Pn Masda bt Othman JK Penjaminan Kualiti (Pementoran)9 En Mohd Padeli b Salleh JK Penjaminan Kualiti (Penyelarasan)10 Pn Che Su bt Abdul Manap JK Penjaminan Kualiti (Pemantauan)11 Pn Rahafidah bt Abdul Malek JK Penjaminan Kualiti (Pengesanan)12 Pn. Norsalewati bt Mat Norwani KP B.Inggeris13 Pn. Noorleha bt Idris KP Sains14 En Shahrul Nizam b Mohd Salleh KP KHB15 Tn Hj Ahmad b Yaakob KP Pend.Islam16 Pn Salina bt Mat Serat KP Sejarah17 Pn Zarina bt Zainun KP Geografi18 Pn Maziah bt Mat Zain KP PSV19 En Faisal b Ahmad KP PJK20 Pn Saliza bt Mat Saad KP P.Moral21 En Azzat b Habibullah KP PSK22 Pn Hanim bt Che Saad Guru B&K23 Pn Sumarni bt Sarjono Guru B&K24 Pn Sabariah bt Abu Bakar Guru PAJSK25 En Muhamad Hilmi b. Utoh Guru PAJSK

TIDAK HADIR BERSEBAB

BIL NAMA GURU CATATAN1 Pn Zainab bt Abdul Jamil PK Kokurikulum2 Pn Sarimah bt Abd Rahman KP Matematik3 Pn Nooriezana bt Marzuki Guru B&K

8