lagu rakyat.pptx

Upload: vimala-visha

Post on 07-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Lagu RakyatDEFINISI

Lagu-lagu yang dicipta untuk memperkenalkan sesuatu tempat, budaya sesebuah kaum atau negara.

Merupakan senipuisi berlagudan berirama serta mempunyai kecantikan lirik untuk diwarisi oleh bangsa Melayu sejakberzaman.

Lirik-liriknya berupa pantun, rangkapan syair mahupun puisi bebas disampaikan melalui melodi danirama.

Ada laguyang mempunyai cerita yang panjang, ada yang berangkap namun tetap mempunyai makna yang tersirat.

Lagu rakyat adalah salah satu bentuk puisi yang sangat digemari olehmasyarakat tradisional untuk menghiburkan hati. Lagu rakyat (puisi lirik) ialah puisi pendek yang tidak bercorak naratif yang dinyanyikan secara berlagu. Puisi seperti ini bercorak universal yang lahir dalam berbagai kebudayaan(Ismail Hamid, 1986: 81).Lagu rakyat adalah sejenis puisi lisan yang lahir dan berkembang dalam masyarakat illiterate iaitu masyarakat yang tidak tahu membaca dan menulis. Ia tersebar melalui pertuturan lisan dan disampaikan dari mulut ke mulut. Hasil lisan ini diwarisi dalam bentuk ingatan dari satu generasi ke generasi. Ia adalah paparan pengalaman dan perasaan manusia terhadap alam dan kemanusiaan yang digunakan untuk tujuan hiburan dan pendidikan secara tidak langsung oleh ahli masayarakat

Fungsi LaguRakyat

Merupakan satu daripada seni warisan yang melambangkan hasil kreatif daripada pujangga silam yang tingginilainya.

Memainkan pelbagai peranan yang berkesan dalam masyarakat dahulu mahupun sekarang.

4 fungsi utama ;MendidikSatu bentuk hiburan yang cukup mengasyikkan kepadapendengar-pendengar yang terdiri daripada pelbagailapisan masyarakat

Mendidik dan Memberi Nasihat

- Mendidik masyarakat supaya taat padaajaran agama disamping membentukn ilai berbudi bahasa

Contoh;BurungKenek-kenek.

Burung Kenek-kenek Terbang tinggi di awan Pesan datuk nenek Pandai-pandai cari kawan

Lagu rakyat Burung Kenek-kenek merupakan sebuah lagu yangditujukankepada kanak-kanak.

Lagu inimenyelitkan unsur nasihatsupaya kanak-kanak berhati-hati dalammemilih kawan.

Selain itu,lagu inimengingatkan kanak-kanak supaya menjadi insan yangbertaqwa dan menunaikan solat. - Perkataan pesan pada lirik laguyang membawa maksud nasihatmembuktikan bahawa lagu rakyat ini bertujuan untuk memberinasihatkepada khalayak

Ciri-ciri Lagu RakyatDiucapkan melaluiperantaraan lisan. Penyampaian adalah dari seorang individu kepada seorang individu atau kumpulan yang lain.

Seterusnya dari satu generasi kepada satu generasi yang lain

Dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

Lagu rakyat dianggap sebagai hak masyarakat dan bukannya hak perseorangan.

Perkara ini berlaku kerana seniman pada masa lampau tidak mempunyai kepentingan individu. Rasa bimbang atau ketakutan pada golongan tertentu juga merupakan faktor sastera rakyat atau juga sastera klasik ini tidak mempunyai nama pengarang atau penciptanya.

Lahir dalammasyarakat yangmbelummencapai taraf kehidupanyang majuatau bercorak bandaran.

Menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

Mempunyai unsur-unsur perulangan dan kesamaan.

Mempunyai nilai-nilai unsur pendidikan

Bentuknya tidak mantap, tiadaistilah, judul dan nama tertentu dan penyebarannya bersifat setempat.

Lahirnya daripada aktiviti-aktiviti sosial,agama, hiburan dan ritual yang berlaku dalam kehidupan rakyat sehari-hari.