lagu dunia pandu puteri
TRANSCRIPT
LAGU DUNIA PANDU PUTERI
Arah kita jelas ke depan,Bendera berkibar;
Tidak berlipat di duniaHarapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih adaAkan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,setia abadi;
Kebebasan kita tepati, Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya.
Makna TUNAS PUTERI
T Tolong orang selaluU Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murniA Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan
P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiriT Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduanR Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa
Persetiaan Pandu Puteri Tunas Dengan sesungguhnya saya
berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya
kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu
Puteri Tunas.”
Undang-Undang Pandu Puteri TunasPandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang
yang tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak
hati sahaja.
Cogan Kata Pandu Puteri Tunas'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini
diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri
Tunas dan Istiadat Hormat Besar.
Kumpulan Pandu Puteri Tunas
Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang,
Cempaka dan Kenanga.
Melur Melur taat dan setiaBerusaha setiap masa
Siantan Siantan datang berkawanBerani macam pahlawan
Teratai Teratai nama kamiBekerja setiap hari
Kesidang Kami Kesidang datangMenolong pagi petang
Cempaka Cempaka bersuka riaMenolong orang duka
Kenanga Kami bernama KenangaBerjasa bertenaga