kuiz

Upload: mohd-herrinizam

Post on 06-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kuiz

TRANSCRIPT

  • 1

    PERTANDINGAN kuiz j-qaf / kap ISWAHYU

    PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT

  • 2

    SYARAT PERTANDINGAN

    1. PENGENALAN

    Pertandingan ini diadakan untuk menguji kefahaman dan penghayatan murid dalam

    kemahiran membaca dan menulis jawi, membaca Al-Quran, Bahasa Arab serta

    menguasai Fardu 'Ain.

    2. RASIONAL

    Ke arah melahirkan murid yang oleh menguasai semua kemahiran dalam bidang

    pelajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan penghayatan Asas Fardu 'Ain serta Asas

    Ulum Syar'iah dalam kehidupan seharian.

    3. OBJEKTIF

    3.1 Murid dapat menguasai bacaan dan tulisan Jawi, bacaan Al-Quran, Bahasa Arab

    serta menghayati Asas Fardu 'Ain dan Asas Ulum Syar'iah.

    3.2 Murid dapat mengaplikasi sikap kerjasama dan tolak ansur dalam kumpulan.

    3.3 Cintakan kepada musyawwarah dan persepakatan dalam kehidupan mereka.

    4. PERATURAN KUIZ

    4.1 Peserta

    4.1.1 Setiap pasukan diwakili oleh 3 orang peserta.

    4.1.2 Peserta terbuka kepada murid yang mengikuti program j-QAF dan KAP

    sahaja.

    4.1.3 Pakaian peserta lelaki (Baju Kebangsaan lengkap dan perempuan baju

    kurung)

    4.1.4 Untuk Pertandingan Kuiz, peserta terdiri daripada :

    i) Kuiz j-QAF-KAP Tahap 1 pesertaTahun 1 - 3 .

    ii) Kuiz j-QAF-KAP Tahap 2 pesertaTahun 4 6.

    PERTANDINGAN KUIZ j-QAF - KAP

    4.1.5 Setiap peserta adalah dilarang membawa sebarang bahan bercetak atau

    sebarang bentuk bahan yang oleh membantu peserta dalam pertandingan ini.

  • 3

    4.2 Bentuk pertandingan

    4.2.1 Pertandingan dijalankan sebanyak 4 pusingan :

    i) Pusingan Pertama (BahagianJawi)

    ii) Pusingan Kedua (Bahagian Al-Quran)

    iii) Pusingan Ketiga (Bahagian Arab)

    iv) Pusingan Keempat (Bahagian Fardu 'Ain)

    4.2.2 Soalan akan disediakan oleh Panel Penyediaan soalan.

    4.2.3 Jurukuiz akan membaca soalan sebanyak 2 kali sebelum para peserta

    dibenarkan menjawab.

    4.2.4 Setiap jawapan yang betul akan diberi 3 markah, jawapan yang kurang tepat

    diberi 1 markah mengikut penilaian juri. Jawapan salah 0 markah.

    4.2.5 Soalan dalam bentuk objektif 1 jawapan atau objektif aneka pilihan. Peserta

    boleh menukar jawapan sebelum masa tamat. Hanya jawapan terakhir sahaja

    diambil kira.

    4.2.6 Bagi soalan individu peserta dilarang sama sekali berbincang atau memberi

    jawapan kepada peserta yang sedang menjawab.

    4.2.7 Bagi soalan berkumpulan, peserta dibenarkan berbincang dalam kumpulan

    masing-masing.

    4.2.8 Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang mendapat jumlah markah

    tertinggi.

    4.2.9 Sekiranya terdapat markah yang sama di antara kumpulan yang bertanding,

    soalan tambahan akan diberikan.

    4.2.10 Di peringkat Kebangsaan, Kuiz akan dijalankan dalam 2 peringkat :

    i) Peringkat Saringan

    ii) Peringkat Akhir

    4.2.11 Kumpulan yang bertanding diundi semasa pertandingan.

    MASA

    4.2.12 Masa untuk menjawab soalan individu diperuntukkan selama 10 saat. Bagi

    soalan berkumpulan diperuntukkan selama 20 saat.

    4.2.13 Locengakan dibunyikan setelah masa tamat.

    4.3 Penghakiman dan Urusetia

    4.3.1 Kuiz ini dikendalikan oleh :

  • 4

    i) Ketua Hakim - 1 Orang

    ii) Hakim Juri - 2 Orang

    iii) Jurukuiz - 1 Orang

    iv) Penjaga Masa - 1 Orang

    v) Pencatat - 1 Orang

    4.4.2 Soalan akan dibaca oleh Jurukuiz.

    4.4.3 Markah jawapan ditentukan oleh Hakim Juri.

    4.4.4 Keputusan jawapan akandiumumkan oleh Juru kuiz.

    4.4.5 Markah akan dicatat oleh pencatat di papan markah.

    4.4.6 Keputusan juri adalah muktamad.