kuiz 1

3

Click here to load reader

Upload: mageswary-rajagopal

Post on 14-Jul-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NN

TRANSCRIPT

Page 1: KUIZ 1

Kuiz 1 (5%)

Terdapat pelbagai definisi kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kajian

tindakan. Antaranya adalah dari Ebbut (1985), Kemmis & McTaggart (1988), McNiff (1988),

Somekh (1989), Cochran-Smith dan Lytle (1990) dan Kember dan Gow (1992). Daripada

definisi-definisi ini, apakah definisi kajian tindakan yang boleh anda tafsirkan?

Terdapat pelbagai definisi kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kajian

tindakan. Antaranya adalah seperti :

i. Ebbut (1985)

Kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan

pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan

melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat

tindakan tersebut.

ii. Kemmis & McTaggart (1988)

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara

kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan

meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan

pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang

amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

iii. McNiff (1988)

Kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan

kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih

sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut

dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri

yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Page 2: KUIZ 1

iv. Somekh (1989)

Kajian tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam

situasi sosial itusendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti

amalan masing-masing.

v. Cochran-Smith dan Lytle (1990)

Kajian tindakan sebagai kajian bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi

membolehkan mereka meneroka isu-isu yang mereka sukai. Ianya juga menyediakan

satu kaedah yang formal bagi menjadikan pengetahuan guru sebagai sebahagian

daripada sumber maklumat dalam pengajaran serta mendekatkan guru dalam

struktur kuasa dalam pendidikan.

vi. Kember dan Gow (1992),

Kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) untuk mencuba membaiki pengajaran

mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan,

pemerhatian dan refleksi.

Daripada definisi-definisi di atas, definasi kajian tindakan yang boleh saya tafsirkan adalah

merupakan satu kaedah untuk guru mereflek masalah yang mereka hadapi, memungut

dan menganalisis data dan melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan 

dapatan-dapatan yang diperolehi. Kajian tindakan menjurus kepada matlamat menjalankan

penyelidikan tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderungan guru untuk membaiki kualiti 

amalan atau pengajaran dan pembelajaran serta situasi kerja. Sehubungan dengan itu, guru

juga dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dalam konteks amalan mereka sendiri.