kuasa doa - wordpress.com

86
Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang Kuasa Doa Abd Raai Osman

Upload: others

Post on 28-Oct-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuasa Doa - WordPress.com

Warkah Dari HospitalOleh Seorang PesakitBuah Pinggang

K u a s a D o a

Abd Raai Osman

Page 2: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 1Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Terbitan pertama: Jun 2021- 

Perhargaan Buat:

Isteri dan anak-anak menatu

Doktor Jururawat Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Kakitangan Pusat Rawatan Dialisis Bandar Baru Bangi, Selangor

Sahabat-sahabat di UKM yang sering melawat saya ketika mendengar saya

dimasukkan ke hospital.

Diterbitkan oleh Haji Abd Raai Bin Osman P.J.K 

Penyunting: Selamah Bte Nekman

Emel [email protected]

Page 3: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 2Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Kandungan

MS 3 Pengenalan

MS 7 Khabar Duku

MS  10 Rawatan 

MS 13 Pembedahan Terbuka

MS 9 Penyisatan

MS 13 Pembedahan Terbuka

MS 15 Kita Tidak Sedar Sedang Sakit

MS 20  Ku Rasai Derita Tanpa Suara

MS  35 Allah Yang Menentukan

MS 36 Hidup Mesti Diteruskan

MS 45 Pembedahan Kecil

MS 46 Ujian Di Bulan Ramadan

MS 48 Usah Lemah Semangat

MS 51 Saya Manusia Yang Lemah

54=57 Warkah Dari Hospital 1 hingga 4

MS 60 Pesakit Dialisis Bukan Dihujung Hayat

MS 61 Pesakit Hilang Ingatan

MS 63 Kesihatan Di Bulan Ramadan

MS 64 Kesihatan Dan Wang Persaraan

MS 69 Kemurungan Seorang Pesakit

MS 82 Kita Telah Bersedia?

MS 84 Rujukan

Page 4: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 3My Ebook

Pengenalan:

Setelah mengalami masalah gangguan kesihatan sejak tahun 1999 apabila mata saya

didapati oleh doktor bocor. Menggunakan beberapa kaedah trapi saya akhirnya

reda dari masalah tersebut dengan izin Allah.

Namun apa yang membuatkan saya terganggu selepas menggunakan untuk

menghilangkan bengkak mata, badan saya mengalami perubahan. Saya dilihat oleh

rakan- rakan sebagai orang yang gemuk. Mereka sering kali mengaitkan keadaan ini

dengan pemakanan saya.

staroid

Tidak dapat dinafikan saya memang mempunyai selera yang tinggi. Namun saya

mengawal dengan memakan sayur, buah atau lain-lain serat dengan jumlah yang

banyak. Biarpun begitu saya mengalami peningkatan berat badan dari 80kg ke 85kg.

Jikalau turun hanya di bulan Ramadan dan puasa enam yang saya amalkan.

Mungkin kerana kerjaya saya makanan yang "hebat" sukar dikawal kerana hampir

setiap hari saya memperolehi makanan percuma di mana-mana majlis yang saya

buat liputan.

Saya banyak membaca buku-buku motovasi untuk meningkat kekuatan minda.

Motivasi saya untuk memgukirkan kejayaan dalam kerjaya memang tinggi. Paling

menarik dalam setiap buku yang saya baca, penulis mengaitkan soal kawalan berat

badan. Saya terpengaruh dan berfikir kenapa tidak saya ubah tabiat hidup dan

mencari sesuatu untuk mengubah "sedikit" tabiat makan saya.

Page 5: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 4Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Walaupun selama ini tabiat makan saya sudah baik kerana tidak makan diluar waktu

makan seperti makan selepas sarapan, makan tengahari atau makan malam dengan

makanan ringan. Saya sering menggosok gigi selepas makan walaupun di pejabat

kerana hendak mengelak makan makanan ringan selepas waktu makan sebenar.

Pada 26 Disember 2009 saya memulakan memakan sejenis supliment yang diadun

dengan 65 jenis organik dan buah-buahan. Peringkat awal saya dan isteri memakan

dua bungkus sehari. Satu pagi dan satu petang. Alhamdulillah pada 1 Januari 2010

saya mendapati berat badan saya telah turun 1 kg. Cara makan saya telah berubah.

Saya hanya makan nasi dalam jumlah yang amat sedikit. Di waktu pagi saya hanya

sarapan dalam jumlah yang sedikit. Saya telah meninggalkan nasi lemak, mi goreng,

mi bandung, roti canai. Kecuali Sabtu dan Ahad saya menjamah juga makanan

kegemaran saya itu.

Setelah hampir tiga bulan, saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak

5kg. Badan terasa ringan dan sakit bahu sudah berkurangan. Menakjubkan semasa

saya menjalani pemeriksaan kesihatan di hari terbuka Kolej Tun Syed Nasir UKM,

kolesterol saya berada pada tahap yg baik, masalah gula dalam darah juga tidak ada.

Page 6: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 5Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Doktor panel UKM meminta saya membuat pemeriksaan lanjut di hospital pakar

setelah memberitahu keputusan ujian darah saya. Kata doktor, buah pinggang saya

bermasaalah. Saya telah membuat tempahan masa di Hospital UKM (HUKM). 9 Mac

2015 saya telah ke HUKM untuk membuat ujian darah dan urin. Pada 16 Mac saya

membuat pemeriksaan ultrasound. Doktor memberitahu buah pinggang saya

mempunyai batu karang sebesar 6mm. 17 Mac 2015 saya berjumpa doctor buat kali

pertama untuk pemeriksaan lanjut. Oleh kerana buah pinggang saya terdapat batu

karang maka beliau meminta membuat tempahan tarikh di klinik surgery. Kata

kakitangan di klinik tersebut tempuh tiga minggu baru akan diberitahu bila tarikh

yang sepatutnya saya perlu jumpa doctor. 27 April 2015 Saya tiba di perkarangan

HUKM jam 8.30 pagi. Setelah menunggu agak lama, pada jam 11 pagi nombor giliran

saya dipanggil. Doktor memberitahu pembedahan perlu disegerakan dalam tempuh

dua bulan. Katanya batu karang begitu besar. Beliau memberikan tarikh masuk wad

ialah 17 Jun dan pembedahan pada 18 Jun. Saya hanya mengawal emosi dan

mendengar arahan doktor pakar.

Kata doktor, batu karang saya sebesar 7cm. Ya Allah besarnya. Doktor memberi

borang untuk melakukan scan dan saya ke klinik Radiologi untuk mendapatkan

tarikh. Di sana staff klinik itu memberikan 8 Jun ia itu satu tarikh sebelum tarikh

pembedahan.

Itulah ketentuan Allah. Untuk pengesahan saya bertanya doktor berapa lama

pembedahan akan dilakukan. Beliau memberitahu sekitar tiga jam dalam keadaan

saya tidur (bius). Laser yang akan dilakukan bergantung keadaan buah pinggang jika

lemah pembedahan akan dilakukan keatas buah pinggang.

Khabar Duka:

Page 7: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 6Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Saya menanti tarikh 18 Jun yang mana ketika itu umat Islam akan menyambut

Ramadan. Namun kehendak Allah, tarikh itu saya akan dibedah. Saya berserah

kepada Allah. 5 Mei 2015, saya membawa Urin ke makmal di HUKM. Urin ini saya

ambil sejak 24 jam dari pukul 6.50 pagi semalam hingga 6.50 pagi. Rupa-rupanya

cukup berharga urin saya ini. Andai ada kesilapan pasti saya kena ulang semula

menyimpan untuk 24 jam lagi.

Saya masih menunggu 18 Jun 2015 untuk tarikh pembedahan. 19 Mei 2015. Hari ini

sebenarnya hampir sebulan lagi saya harus menjalani pembedahan. Semalam

seorang Profesor mencadangkan meminum air alkali. Beliau sedekahkan aku air itu

yang dibelinya dengan harga RM10. Debaran tetap terasa menanti tarikh 18 Jun...... 8

Jun 2015. Hari ini jam 8.30 pagi saya sudah berada di Jabatan Radiologi untuk

membuat CT Scan. Nasib kurang baik. Mesin rosak. Puas doktor kat situ

menerangkan masalahnya. Saya faham. Namun kata saya saya harus buat scan

sebelum 17 Jun. Beliau faham.

9 Jun 2015. Perjalanan merawat diteruskan. Ketika menimbang berat badan, saya

telah turun menjadi 82 kg. Patutlah ada orang kata badan saya nampak kurus.

Klinik begitu ramai wargamas menunggu giliran. Oh rupanya resiko gangguan buah

pinggang amat tinggi. Ketika menunggu nombor giliran naik, saya ambil keputusan

pergi ke Jabatan Radiologi. Setelah berada di kaunter doktor memberitahu bahawa

CT Scan boleh dibuat di makmal kecemasan. Akhirnya saya discan dan

mempamerkan kedudukan batu karang.

Page 8: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 7Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Air kencing terbentuk di dalam buah pingggang mengalir melalui struktur tiub yang

dipanggil ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang atau kalkuli

boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing. Di

Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing ( buah

pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding

dengan 15%-18% di negara barat.

Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu

di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing

mempunyai bahan yang dipanggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu

karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi

ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang

pengambilan cecair. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras

bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan

jumlah bahan ini di dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali

juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada

saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan

menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-

ulang. Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak

normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.

Ada beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan

cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat

bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia,

batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui. Gejala dan

Tanda

Batu Karang

Page 9: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 8Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Batu karang di buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan mungkin

ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau x-ray abdomen

untuk sebab-sebab yang lain. Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit

atau mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang

hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah yang biasanya disebut sebagai

'Renal Colic'. Ini berlaku apabila batu itu bergerak melalui saluran ureter yang sempit

yang mengecut untuk mengeluarkannya. Setengah pesakit akan merasa sakit yang

tajam pada testikel mereka atau sepanjang zakar mereka semasa kencing. Mereka

biasanya dapat mengesan adanya darah di dalam air kencing.

Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di

dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ini akan menyebabkan sakit yang

berterusan dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman. Biasanya pesakit

batu karang di buah pinggang akan merasa sakit dan sengal-sengal di belakang.

Sakit ini tidak dipengaruhi oleh pergerakan atau perubahan postur yang biasanya

disebabkan oleh sakit yang berpunca dari tulang ataupun otot.

Page 10: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 9Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Satu siri ujian darah dijalankan untuk menilai fungsi buah pinggang, paras asid urik

dan kalsium di dalam darah. Ujian air kencing pula dijalankan untuk melihat jika ada

jangkitan kuman, keasidan atau alkali. Dalam setengah kes, juga untuk memeriksa

paras kalsium, oxalate dan asid urik. Komplikasi

Batu karang di buah pinggang atau ureter akan menyebabkan halangan. Ini akan

mengundang jangkitan kuman pada buah pinggang dan dalam kes yang teruk

pembentukan nanah. Jangkitan ini boleh merebak ke dalam darah dan pesakit akan

jadi sangat teruk kerana urosepsis. Ini adalah dan pesakit tersebut perlu

rawatan dengan antibiotik dan halangan tersebut perlu di atasi dengan

memasukkan tiub ke dalam ureter untuk melepasi ureter atau memasukkan tiub ke

buah pinggang untuk mengalirkan air kencing yang dijangkiti kuman. Halangan yang

kronik akan merosakkan buah pinggang dan jika berlaku pada kedua-dua buah

pinggang pesakit tersebut akan mengalami kegagalan buah pinggang. Jika ada batu

karang, tetapi tidak menghalang aliran air kencing juga boleh menyebabkan

jangkitan yang berulang-ulang yang di namakan Pyelonephritis.

kecemasan

Penyiasatan 90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ini biasanya

diikuti dengan siri x-ray yang di ambil selepas sejenis pewarna disuntik ke dalam

badan. Prosedur yang dikenali sebagai Intravenous Pyelogram (IVP) ini digunakan

untuk melihat pada paras mana batu karang tersebut berada dan kemungkinan

adanya halangan. Ujian Ultrasound pula akan diadakan jika batu karang disyaki

tetapi tidak dapat dilihat dengan x-ray. Kaedah yang lebih tepat adalah dengan

imbasan CT (CT Scan) abdomen, tetapi ini hanya ada di hospital yang besar sahaja.

Page 11: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 10Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

penting kerana pesakit mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing dari pundi

kencing biarpun batu tersebut telah dikeluarkan.

Dalam kes yang jarang berlaku, terdapat gangguan berterusan oleh batu karang

pada permukaan dalam pundi kencing dan akan menyebabkan kanser.

Rawatan

Kebanyakan batu karang yang kurang dari 4mm akan keluar dengan sendiri. Tetapi

pesakit akan memerlukan intervensi/rawatan jika batu itu tidak keluar selepas

tempoh pemerhatian dan berterusan menyebabkan kesakitan. Batu tersebut

mungkin akan membesar atau menyebabkan komplikasi seperti halangan dan

jangkitan. Kadangkala batu karang tersebut tidak menyebabkan kesakitan tetapi

menyebabkan fungsi buah pinggang semakin teruk. Rawatan batu karang ini

bergantung kepada lokasi, saiz dan jenis batu karang tersebut.

Begitu juga dengan batu karang di pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan

kuman. Batu ini boleh menjadi penghalang dengan tersekat pada pangkal pundi

kencing, di bahagian pundi kencing bersambung dengan urethra iaitu saluran

kencing di dalam zakar, atau di dalam urethra sendiri. Dalam situasi ini, pesakit

tersebut akan menghadapi kesukaran membuang air kecil dan terdapat

pengumpulan air kencing. Jika ia berlaku untuk tempoh yang lama tekanan

kebelakang mungkin akan memberi kesan kepada ureter dan buah pinggang yang

akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Otot pada pundi kencing yang gagal

mengeluarkan halangan tersebut akan meregang dan kemudiannya menjadi

kegagalan otot. Ini adalah

Page 12: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 11Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Ini adalah prosedur pesakit luar dan biasanya pesakit akan diberi suntikan penahan

sakit dan ubat tidur. Batu yang lebih besar memerlukan beberapa kali siri rawatan.

Kesan lebam mungkin boleh dilihat di bahagian belakang. Lazimnya terdapat

kencing berdarah, kadangkala pendarahan ini akan menyebabkan darah beku yang

besar di sekeliling atau di dalam buah pinggang. Jika terlalu besar, ia akan menekan

buah pinggang. Jangkitan boleh berlaku dan pesakit akan demam dan sakit

belakang. Serpihan batu itu mungkin tidak keluar kesemuanya dan akan membentuk

jalur yang menghalang ureter. Oleh kerana itu tiub akan dimasukkan untuk

mengeluarkan air kencing dari pundi kencing dan buah pinggang sebelum ESWL.

Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)

Ini adalah prosedur yang biasa dijalankan di mana pesakit akan baring di atas meja

khas dan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan pesakit

dan memecahkan batu itu kepada ketulan-ketulan kecil. Pesakit itu akan

mengeluarkan serpihan batu ini apabila kencing. X-ray atau ultrasound digunakan

untuk mengesan lokasi batu karang tersebut. Prosedur ini sesuai untuk batu karang

yang kurang dari 2 cm dan kebanyakan batu karang di dalam ureter boleh dilihat

dengan x-ray.

Page 13: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 12Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Prosedur ureteroscopy melibatkan memasukkan sejenis alat melalui urethra, pundi

kencing dan ke dalam ureter. Batu karang akan dipecahkan, dikeluarkan dan tiub

sementara akan dipasang dalam ureter untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur

ini dilakukan dengan bius penuh dan sesuai untuk batu karang dalam ureter yang

besar, tidak dapat dilihat dengan x-ray atau gagal dipecahkan dengan ESWL.

Komplikasi yang biasa termasuk kecederaan pada ureter, jangkitan dan pendarahan.

Komplikasi yang biasa berlaku adalah jangkitan dan pendarahan semasa atau

selepas prosedur. Kadangkala agak mustahil untuk mengeluarkan kesemua batu

karang tersebut dan pesakit perlu menjalani prosedur kecil melalui hirisan yang

sama untuk mengeluarkan baki batu tersebut.

Ureteroscopy

Dalam prosedur ini doktor akan melakukan hirisan kecil pada belakang pesakit di

bahagian buah pinggang untuk membentuk satu laluan bagi memasukkan sejenis alat

yang berteleskop. Batu karang dilihat dan dipecahkan dengan sumber kuasa seperti

laser, ultrasound atau angin. Di akhir prosedur, pesakit akan ada tiub sementara

untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dijalankan dengan bius penuh, sesuai

untuk batu karang yang lebih besar dari 2 cm dan yang gagal ESWL.

Percutaneous Nephrolithotomy

Page 14: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 13Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Ini jarang dilakukan sekarang kerana kebanyakan batu boleh dikeluarkan dengan

cara yang lebih mudah. Untuk pesakit yang mempunyai batu karang yang besar, ia

masih lagi menjadi pilihan. Kadangkala apabila buah pinggang dengan batu karang

ini menjadi berparut dan tidak berfungsi dengan baik, ia akan dikeluarkan. Masih

lagi ada peranan pembedahan terbuka untuk membuang batu karang yang besar.

Pencegahan

Apabila pesakit telah ada batu karang, dia mempunyai risiko untuk pembentukan

batu karang lagi. Pesakit dinasihatkan untuk meminum sekuarng-kurangnya 2-3 liter

air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka.

Panduan yang baik ialah apabila kencing, warnanya jernih seperti air. Nasihat ini

lebih penting kita di iklim panas ini.

Pembedahan Terbuka

Page 15: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 14Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Perubahan dalam pemakanan mungkin diperlukan untuk mencegah pembentukan

batu karang. Diet yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan

pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing. Pesakit yang

mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk mengurangkan makanan

yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol. Tidak

ada halangan untuk mengambil makanan tenusu yang kaya dengan kalsium untuk

mencegah batu karang jenis kalsium, tetapi biarlah bersederhana. Makanan seperti

coklat, kopi dan bayam kaya dengan oxalate dan patut dikurangkan

pengambilannya untuk mereka yang berulangkali membentuk batu karang jenis

oxalate. Dalam keadaan lain pesakit mungkin perlu mengambil ubat untuk mencegah

pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik. Ubat allupurinol mungkin

berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarpun

dengan mengawal makanan. Ini biasanya dengan kombinasi ubat untuk

mengurangkan keasidan air kencing. 14 Julai 2015, mahu tak mahu saya kena ke wad

DayCare PPUKM. Hadir untuk mengeluarkan exctane yang dimasukkan pada

pembedahan 18 Jun 2015.

Bersama isteri saya ke wad tersebut. Kebetulan terjumpa lelaki berbangsa cina yang

sama sehari membuat pembedahan. Dapat berbual panjang dengannya.

Pembedahan kecil ini untuk mengeluarkan satu alat yang telah dimasukkan pada

hari pembedahan 18 Jun lepas. Saluran urin saya dimasukkan tiub untuk

mengeluarkan alat itu. Dalkam tempuh lima minit pembedahan kecil ini selesai. Allah

Huakbar sakitnya boleh tahan juga.

Page 16: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 15Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Saya seorang penulis blog. Saya juga seorang Jurufoto. Pengalaman kerjaya

membawa saya membuat keputusan menulis pengalaman ketika dirawat setelah

terkena penyakit batu karang. Tidak ramai yang mahu pengalaman peribadi ini

ditulis ketika sedang derita. Tapi percayalah dengan penulisan ini saya harus

bertanggungjawab agar ada ramai yang akan berwaspada menempuh hidup ini.

Berapa ramai yang mengidap sakit jantung, barah, leukimia sanggup menulis

pengalaman mereka. Doktor, mereka agak sibuk merawat pesakit dan ada yang

menulis pun kerana faktor desakan kenaikan pangkat. Percayalah saya menulis

dengan luahan hati ingin mengajak orang berubah.

Arwah mak saya pengidap Leukimia. Saya hanya mampu menulis dari pihak anak.

Saya tidak mampu menulis sebagai pesakit. Isteri juga begitu. Malahan ia terlalu hak

peribadi, saya tidak mahu menulis kerana tidak mahu hak peribadinya di hebahkan.

Saya pernah menulis pengalaman puteri kedua diserang demam denggi. Tahap

kecelaruan paling tinggi saya alami apabila dia dimasukkan ke ICU selama empat

hari. Saya menulis ketika itu kerana mahu masyarakat faham apa itu denggi! Sebagai

Jurufoto saya kerap makan di jamuan secara percuma sejak lebih tiga puluh tahun

lamanya.

Saya punggut kolesterol percuma di mana-mana. Di hotel,di dewan makan dan

sebagainya. Sotong, Udang, Ketam, daging, di merata tempat saya makan bersama.

Itu nikmat yang saya ambil sekitar tiga puluh tahun.

Kita Tidak Sedar Sedang Sakit!

Page 17: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 16Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Emak saya orang miskin. Balu kematian suami sejak saya berusia sebelas tahun.

Kalau dapat makan yang sedap hanya setahun sekali. Hari-hari lain saya kerap

makan ikan masin, pucuk paku, pucuk ubi dan cekor manis. Petai jering, genuak,

pucuk genuak, pucuk jering pucuk kopi adalah ulam saya. Kata orang itu ubat

kencing manis. Sedap lagi lazat. Sambal belacan, sambal udang adalah makanan

paling lazat. Jeruk maman, jeruk rebung makanan orang miskin. Saya rasa selamat

sebagai makanan seimbang.

Pada tahun 2010 saya disahkan ada penyakit darah tinggi. Saya masih yakin ia

bukan penyakit kronik saya kerana mungkin akibat tekanan kerja. Ingat kalau kita

berkerja dalam bidang yang paling kita minat sekali pun tekanan tetap ada. Sekitar

tahun 2011 saya disahkan mengidap Deabetes. Makanlah ubat sepanjang hayat

selepas itu. Disamping itu saya kawal makanan. Tengok teh tarik macam racun,

tengok roti canai macam toksik dan durian Raja Buah saya sudah takut tengok. Saya

kena kawal makanan. Syukur ianya terkawal.

Sekitar 2012 saya mengalami kesakitan yang pelik. Asalnya saya ingat kena angin

pasang. Kerana ketika ke Sarawak pada tahun 2009 saya pernah terasa sakit

bahagian bawah pundi kencing akibat memikul beg kamera yang berat. Rakan

doktor dari Unit Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) yang ikut

serta berkata itu adalah penyakit angin pasang. Kesakitan itu datang semula tahun

2012. Pernah saya membawa beg pakaian dengan harapan ditahan di wad tetapi

tidak. Ajaibnya dengan doa dan menggunakan sirih yang dilayur pada api dan

dituam pada bahagian lelaki, saya pulih seperti biasa. Lega dan selesa sehingga pada

tahun 2014 saya melihat perubahan pada air kencing. Sesekali ada darah. Air

kencing keroh seperti air tebu cair yang terdapat buih. Paling ketara bila membuang

air kecil di tandas duduk.

Page 18: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 17Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Saya membuat ujian darah di poliklinik UKM Bandar Baru Bangi, Selangor. Selang

tiga hari keputusan saya perolehi. Doktor berkata buah pinggang saya bermasalah.

Masya-Allah. Saya bawa surat rujukan ke HCTM. Sekitar bulan April 2015 baru saya

dapat tarikh untuk bertemu doktor.

Setelah dibuat , saya disahkan ada batu karang di buah pinggang sebelah kiri.

Sukar saya terima tetapi apabila mengenangkan inilah takdir maka saya pasrah.

Bertemu dengan pakar surgeri yang membuatkan saya terasa seperti batu besar

menghempap ke badan.

scan

Saya kena bedah dalam tempuh dua bulan ini. Pada 17 Jun 2015 dimasukkan ke wad

dan 18 Jun dibedah. Keputusan doktor mandatori. Saya diarahkan membuat temu

janji untuk melakukan CT Scan.

Perjalanan untuk dibedah berjalan dengan kuasa Allah. Ada tak saya melakukan

rawatan alternatif? Saya minta puteri sulong membaca ayat-ayat Quran terpilih ke

atas air rebusan kulit Delima. Memang terasa tidak selesa dalam proses saya minum

air itu. Saya pernah minum air jus apel hijau sebanyak empat biji. Saya pernah

minum air Ural. Namun, 18 Jun 2015 saya masih menanti.

Pernah puteri saya membawa bertemu seorang pengamal perubatan yang

mana beliau memberitahu batu karang saya tidak besar. Paling besar 5mm. Tapi

doktor pakar telah memberitahu saya sebesar 7 CM. Saya diberikan (membeli) ubat

dengan jaminan seminggu batu akan pecah.

Metafizik

Heomopaty

Page 19: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 18Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Sabda Rasullah:  لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أُصِیْبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ الل

Maksudnya: “ Untuk setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuaidengan penyakitnya, penyakit tersebut akan sembuh dengan seizin Allah ” (H.R.Muslim).

Keyakinan inilah yang saya amalkan. Namun dalam mencari ubat haruslah mengikut

landasan Islam. Usah percaya perubatan yang boleh membawa kepada syirik.

Percayalah penyakit itu akan membersih dosa kita. Oleh yang demikian jangan

jadikan penyakit itu membawa kita ke arah menyesatkan. Bawalah bertemu dengan

orang alim yang boleh merawat secara yang mampu meningkatkan tahap keimanan

kita. Paling mudah buat solat hajat. Baca doa yang boleh dirujuk dengan alim ulama.

Doa zikir yang mustajab bacalah

Saya yakin apa jua yang saya usahakan Allah izinkan kerana sepanjang menunggu

hari pembedahan saya tidak sakit. Memang sepanjang saya disahkan ada batu

karang tidak pernah merasai kesakitan. Kecuali ketika terlalu lama berdiri sakit pada

pinggang akan terasa.

Malahan saya masih aktif bertugas ke Johor, ke Pahang, ke Penang. Sehari sebelum

masuk wad, saya masih sempat memberi ceramah fotografi di Agensi Nuklear

Malaysia.

Page 20: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 19Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Insya-Allah jika membaca ayat ini Allah sembuhkan penyakit maka sembuhlah kita.

Seandainya tidak dan kita dijemputNya mudah-mudahn Allah ampuni dosa

terhadapNya.

Saya bersyukur Allah kembalikan kesihatan saya. Insyaallah rawatan susulan akan

saya lalui. Malahan dikatakan satu pembedahan kedua akan dilakukan oleh doktor

pakar enam bulan lagi.

Terima isteri dan anak-anak. Kakak, abang Mad, Sukri dan isteri serta anak-anak.

Rakan yang melawat saya ketika di wad 5D. KZ, Rosli, Rahman, Hasnan, Khaidir dan

isteri, Presiden Kesukma (Exco Ceupacs) En Abd Rahman dua orang staff di HCTM,

Sharif Othman, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali (Naib Canselor UKM) Prof Dr

Imran Hoo Abdullah (TNC Hejim UKM), dan En Aizam (pegawai khas NC), Wahid

dan isteri, Cek Leha dan suami, Kak Su dan Is, Penasihat Undang-undang UMK Prof

Datuk Abdul Halim Sidek. Pengarah PKK dan staff PKK (senarai ada di bawah.

Pasukan doktor dan nurse di wad 5D dan 5J. Rakan-rakan facebook yang agak

ramai menyedari saya masuk wad. Rakan-rakan di UKM yang mendoakan untuk

saya.

Mohon jaga kesihatan. Ada waktunya kita tak sedar kita sebenarnya sedang sakit!

Page 21: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 20Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Waktu orang sedang bersahur saya sudah bangun tapi bukan untuk bersahur. Saya

membersihkan diri dan menukar pakaian baru yang diberikan oleh hospital. Selepas

solat Subuh saya berehat. Sekitar jam 9 pagi saya buat solat Duha, solat Taubat serta

solat Hajat. Siapa yang tidak takut! Tubuh akan diserahkan kepada doktor pakar

untuk dibedah. Ditebuk. Saya menyerah nyawa dan takdir hanya pada Ilahi.

Saa pernah menguji semangat dengan melakukan terjunan tempat tinggi di Kem

Latihan Tentera Darat Sungai Buluh. Saya pernah melakukan tugasan merakam

gambar gambar dari helikopter tanpa pintu ditutup. Saya pernah terjatuh ke dalam

Sungai Taman Negara ketika bertugas. Saya pernah mengalami tekanan udara

sebanyak dua kali dalam penerbangan dari Labuan ke Kuala Lumpur. Saya pernah

mengikuti penerbangan Agensi Penguatkuasaan Maritem ketika hujan lebat di

Subang. Itu ujian lain yang mampu dan saya alami, semua dengan kehendak Allah!

Ini satu proses pembedahan yang pasti akan menyakitkan... 12.30 tengahari, saya

mula bersedia dengan baju pembedahan. Siapa yang tidak gusar dengan

pembedahan. Inilah kali pertama. Kalau ada pun ialah ketika cabut dan bersihkan

gigi. Paling tidak ialah ketika merawat mata pada Februari 2012 dengan rawatan

mencucuk mata dengan ubat.

Saya diberi ubat penenang. Kemudian saya naik atas katil dan disurung ke dewan

bedah Pusat Perubatan Canselor Tuanku Mukhriz (PCTM). Keluarga, Isteri tiga

puteri, kakak dan abang ipar, anak saudara dan isteri serta anak-anak ada di luar

wad 5D terlihat juga bakal menantu. Ya Allah cukup dramatik. Saya melepasi lift

tingkat 5 dan masuk ke dewan bedah di tingkat 2. Suhunya sejuk luar biasa.

Ku Merasai Derita Tanpa Suara 18 Jun 2015

Page 22: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 21Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Maha kaya Allah, saya sedar dan berada di luar bilik bedah dan ditempatkan dalam

bilik pemantauan dimana keadaan saya masih tidak stabil. Kehendak Allah saya

mendengar suara seorang perempuan mengerang kesakitan bersebelahan saya.

Saya pasti ia pun baru lepas dibedah. Kemudian isteri memberitahu wanita itu

dibedah di bahagian kepala. Masya-Allah lebih hebat ujiannya berbanding saya.

Saya dipindahkan ke katil khas dan diminta pandang lampu yang terletak di atas

muka. Saya ikut saja sambil mengawal perasaan agar tekanan darah tidak tingggi.

Doktor dan Jururawat membetulkan badan saya. Suasana dalam bilik bedah

memang menyeramkan. Mungkin ubat penenang dan zikir kepada Allah segala-

galanya membuatkan saya jadi tenang.

Pasukan doktor pakar meneruskan tugasan mereka dan saya masih pasrah. Kuasa

Allah siapa yang tahu. Ilmu Allah cukup hebat. Hanya sedikit diberikan kepada

manusia namun saya mampu ditidurkan tanpa menyedari apa yang diperlakukan.

Menurut puteri sulong saya, ketika pembedahan berlangsung hujan amat lebat di

luar hospital. Puteri saya amat risau mana tahu berlaku bekalan letrik terputus. Tapi

katanya pihak hospital pasti telah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Saya dimaklumkan setelah empat jam dibedah, abang ipar masuk ke ruang kaunter

untuk bertanya khabar. Petugas membuat panggilan ke pihak petugas bilik

bedah. Mereka memaklumkan tidak lama lagi pembedahan akan selesai...

intercom

Page 23: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 22Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Isteri dan anak-anak adalah syurga saya. Saya tahu sepanjang pembedahan enam

jam jiwa mereka kosong dan menyerahkan kepada kuasa Ilahi. Namun, saya sudah

mengajar mereka agar menerima segala ujian kerana Allah pasti memberi ujian baik

kecil atau besar jika ia mengasihi kita.

قَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمَ

Saya dibawa keluar. Saya sedar keluarga menanti di luar. Wajah mereka saya

nampak. Saya mendengar suara isteri berkata "besarnya..." besar yang dimaksudkan

ialah batu karang yang dikeluarkan. Saya antara tidur dengan tidak. Kemudian

dibawa ke sebuah bilik yang saya pasti bukan Wad 5D. Malamnya baru saya tahu ia

adalah Wad 5J yang dikelaskan sebagai wad spara kritikal.

Isteri saya datang bersama kakak. Kemudian masuk puteri sulong Nur Atikah dengan

menantu kakak. Masuk pula abang ipar dan anaknya Sukri. Masuk pula puteri

tengah Nur Amirah dengan cucu saudara Amera. Masuk pula puteri bongsu Nur

Aqilah. Ketika Nur Atiqah masuk dia sempat berpesan "ayah jangan lupa ayat LAILA

HAILA ANTA SUBHANAKAINI KUNTOM MINAZZOLIMIN". Saya anggukkan

kepala. Ayat itulah saya saya baca sepanjang proses dibedah selain mengucap

syahadah. Paling menggembira keluarga, mungkin apabila saya tersenyum ketika

kakak masuk melawat dia kata "Paksu senyum dik". Katanya kepada isteri saya.

Inilah saat-saat yang yang terjadi antara kami. Saya tidak

ramai adik beradik, tapi Allah memberikan seorang kakak yang mengasihi saya.

Sebenarnya dia mengasuh saya sejak bayi sebab sayalah adik tunggalnya berlainan

ayah. Namun sayang saya tetap sama tiada beza. Kami datang dari satu rahim ibu,

Putih bte Mat.

dramatik, sentimental

Page 24: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 23Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Terasa loya dan nak muntah. Ini kesan ubat bius yang berikan. Saya mendengar

siaran TV. Saya kembali sedar tengahmalam 19 Jun. Saya berkata kepada jururawat

"rupanya baru tengahmalam ingatkan sudah pagi". Kata jururawat ya.

Saya lakukan solat tanpa wuduk (solat menghormati waktu). Namun saya masih

sedar solat Maqhrib dan Isyak belum ditunaikan. Saya tunaikan solat dengan isyarat

sahaja. Semoga Allah menerima solat itu.

Kesan luka yang dibedah tidak terasa sangat, tapi kesan kemasukan tiub ke saluran

kencing amat azab. Begnya tergantung bersama tiub. Allah saja yang tahu seksanya.

Saya tidur hingga Subuh. Jururawat menukarkan pakaian dan cadar. Sekali lagi kena

bergerak. Oh azabnya. 19 Jun 2015: Jumaat.

Jururawat menyalin pakaian baru dan menukar cadar baru. Soal kebersihan

diamalkan dengan baik syabas HCTM. Mereka dudukan saya di atas kerusi khas

yang selesa. Tapi segala tiub yang ada di badan menyukarkan pergerakan saya.

Makanan belum diberikan. Saya mengesahkan arah qiblat. Saya lakukan solat

Subuh sambil duduk.

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescayaAku perkenankan doa permohonan kamu.”

Selepas itu saya tidur dan tersedar sesekali. Telinga mendengar jururawat

menguruskan saya. Disamping itu saya mendegar detikan alat sokongan disebelah

yang mengukur tekanan darah dan nadi. Saya tidak diberi makan sehingga keesokan

hari (19 Jun). Saya sedar telah dipuasakan sejak 12 tengah malam 18 Jun.

Page 25: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 24Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Kenapa saya dibedah? Dalam bulan Disember 2014 saya membuat rutin periksa

darah di Poliklinik UKM. Doktor mengesahkan buah pinggang saya ada masalah.

Saya membuat rawatan pakar di HCTM. Doktor pakar melakukan dan

mendapati terdapat batu karang sebesar 7cm!. Kemudian saya diminta berhubung

dengan jabatan Surgery. Doktor pakar menetapkan tarikh 17 Jun masuk wad dan

pembedahan dilakukan pada 18 Jun 2015.

Ultra Sound

Sekitar jam 9 pagi saya dibawa ke Jabatan Radiologi untuk di Xray. Diusung dengan

katil. Sering kali melihat situasi ini, dan kini saya merasainya. Selesai membuat Xray,

saya dibawa kembali ke Wad 5D. Ditempatkan pada katil terdahulu.

Memang saya tidak ditemani oleh sesiapa kerana Ramadan baru tiba. Anak isteri

perlu selesa untuk bersahur. Ini pengorbanan saya yang tidak dapat menyambut

Ramadan. Namun malam pertama sebelum saya dibedah, saya sempat melakukan

solat Terawih sendirian lapan rakaat sahaja

Terbaring saya di katil. Kesan ubat tahan sakit dan bius menyebabkan saya terus

tidur tanpa dipaksa. Saya tidak fikir apa-apa lagi. Malahan dalam ilmu terapi minda

tidur adalah perubatan yang digalakkan untuk kesihatan.Kuasa Separa Sedar

Page 26: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 25Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Hari ini saya bergerak ke bilik air untuk membuang air kecil secara normal. Darah

masih ada dan memedihkan. 21 Jun 2015: 

Bagaimana batu karang terbentuk? Ini yang kira perlu tahu untuk mengelak dari

terjadi. Banyak metos yang diceritakan oleh orang kita. Walhal ianya ada ketikanya

tidak benar. Oleh kerana ada yang takut untuk berubat cara moden dibiarkan

berubat cara tradisional. Sedangkan ianya dilakukan oleh orang yang bukan pakar

perubatan. Ada yang menggunakan bedah batin, sedangkan batu itu hanya keluar

satu sahaja. Mungkin masih banyak di dalam buah pinggang, hempedu dan pundi

kencing. 20 Jun 2015: Sabtu

Selepas jururawat menukar cadar dan pakaian saya sepasukan doktor wad 5D

membuat rondaan dari katil ke katil pesakit. Mereka lakukan selepas jururawat

memeriksa tahap kesihatan kami. Darah dan tahap gula saya bagus. Demam sudah

tiada. Doktor membuat keputusan bahawa tiub saluran kencing akan dicabut.

"Masyaallah kataku sendiri..." mukaku berubah dan disedari jururawat yang

mengiringi pasukan doktor.

Sekitar jam 9 pagi jururawat berkata tiub akan dicabut. Beliau menutup katil saya

dengan langsir. Dalam keadaan duduk jururawat mencabut tiub saluran kencing

dengan cekap sekali. Namun kesannya amat memedihkan. Saya dalam keadaan

tidak selesa. Siapa yang pernah alami pasti tahu keadaan ini. Namun gangguan

kerana saluran kencing telah tiada. Jururawat nasihatkan saya minum air banyak,

dan kencing cara biasa. Sedangkan tiub yang menyambung ke buah pinggang masih

ada.

Page 27: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 26Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Hospital UKM (dulu HUKM) kemudian dikenali Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Kini

nama rasminya ialah Pusat Peubatan Canselor Tuanku Mukhriz (PPCTM).

Mengambil sempena nama Canselor UKM ketiga yang juga Yang Dipertuan Besar

Negeri sembilan.

Rutin biasa petugas di wad 5D berjalan seperti biasa. Jika petugas hendak habis shif

mereka akan memeriksa pesakit termasuk saya. Lepas itu doktor akan datang dari

satu katil ke satu katil. Tak payah kita beritahu, hasil rekod yang ada mereka telah

tahu tahap kesihatan kita.

Kalau demam mereka akan nasihatkan saya makan ubat dan banyak minum air. Ini

bagusnya jika berada di katil hospital. Lawatan pasukan doktor pagi Ahad

memberitahu, tiub yang mengeluarkan air kumbahan dari buah pinggang akan di

offkan. Jika tiada masalah Isnin tiub itu akan dicabut.

Kesan ubat penahan sakit, ubat bius sekali terasa mual. Tapi muntahnya tiada.

Melayan mengantuk adalah paling menyeronokan. Pantang letak kepala pasti

nyenyak. Waktu melawat hari Ahad seperti Sabtu dari jam 12.30 tengahari hingga

7.30. Masih dapat bersama dengan keluarga agak lama. Lebih kurang sama waktu

saya dalam dewan bedah.

Ahad Hari Kelima Di Wad 5D

Page 28: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 27Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Biarpun saya terharu dan sempat berkata, "terima kasih Tan Sri dalam sibuk-sibuk

sempat singgah insan kerdil ini". Beliau sempat berbisik satu ungkapan yang amat

rahsia secara peribadi meningkatkan motivasi saya untuk balik menggalas kamera......

Saya sudah mengetahui telah discas oleh doktor yang bertugas. Namun kerana harus

menunggu isteri datang menjemput maka tengahari itu adalah masa saya untuk

menerima tetamu.

Paling terharu, apabila muncul Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM Prof

Datin Dr Norizan, En Radzuan Gahzali, Puan Nastura, En Antony, Cik Hanim, Puan

Fairus, Puan Julaiha, Hanis, Siti, Anne, Miza, Dua Jurufoto PKK Ikhwan dan Izwan

yang sering kami 'bergaduh' dan bertukar idea sewaktu menghasilkan produk.

Hari ini kami berkumpul ketika saya sakit. Selalunya kami berkumpul menerima

arahan dan memberi idea dalam meningkat nama UKM. Namun saya terharu

dengan kehadiran ini paling tidak mereka adalah 'keluarga' yang harus saya gauli

sehingga tarikh pencen 2018.

Ketika waktu melawat doktor pakar masih belum mencabut. Tetapi tetiba masuk

seorang VIP dengan lengkap pakaian suite. YBhg Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan

Ghazali, Naib Canselor UKM bersama pegawai khasnya En Aizam Abu Bakar. Oleh

kerana saya mampu bangun saya menyambut beliau.

Kata seorang doktor wanita berbangsa cina berkata nanti mereka akan merujuk

dengan pakar untuk membuat keputusan mencabut atau tidak tiub di belakang saya.

22 Jun 2105: Isnin.

Page 29: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 28Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Isteri saya datang dan menguruskan discaj saya. Syukur hari ini saya balik ke

rumah.....Hari ini 22 Jun adalah ulangtahun perkahwinan kami ke-30. Inilah hadiah

ulangtahun kami paling berharga.

Selepas mereka pulang, saya ke bilik air mengambil wuduk. Doktor dari kaunter

memberitahu bahawa beliau nak cabut tiub yang masih ada kat belakang yang

disambung ke buah pinggang.. Saya memberitahu beliau berikan masa saya nak

solat Zohor. Katanya ok.

Selang tak lama selepas itu doktor telah mencabut tiub itu. Oh, agak pedih dan terasa

senak pada bahagian buah pinggang. Saya membawa diri berbaring.

Tak lama datang Kak Su biras saya dan anaknya Is. Kemudian muncul Saadon

rakan sepejabat isteri. Menyusul selepas itu datang dikatil seorang sahabat yang

bertugas di hospital tersebut. Kemudian muncul Prof Datuk Abdul Halim Sidik

Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Kelantan yang merupakan suami

kepada TNC HEPA UKM . Menyayat hati dalam beliau sempat melawat saya

puterinya juga sedang bertarung nyawa dan akan dibedah keesokkan hari. Sdra

Saedon juga melawqat adiknya yang membuat pembedahan tonsil. 24 Jun 2015

Tidak ketinggalan selepas itu datang pegawai dan rakan-rakan sepejabat isteri. Puan

Hamiza, En Aidil, En Amir.

Page 30: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 29Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Terima kasih Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM bersama pegawai dan

rakan-rakan staff yang berkelapangan masa melawat saya di hari terakhir. Allah jua

yang membalas budi anda... 11 April 2016

Saya masuk bilik 1 Klinik Surgery HCTM (PPUKM). Doktor bertanya mahu dibedah

atau tidak untuk kali kedua. Saya termenung sebentar. "Pada pandangan doktor

bagaimana?", tanya saya. "Terpulang pada Encik. Tapi untuk menyelamatkan buah

pinggang adalah elok dibedah.", tegas doktor. "Ok doktor saya setuju dibedah!" jawab

saya dengan penuh yakin.

Pembedahan ini perlu dilakukan bagi mengeluarkan satu alat (extance) yang

dimasukan pada saluran kencing semasa pembedahan dulu. Allah saja yang

mengetahui betapi seksanya ketika itu apabila doktor memasukkan tiub ke dalam

saluran kencing. Tahan sajalah. Lebih kurang enam minit proses ini dilakukan

dengan bantuan dua orang para medik maka alat itu dapat dikeluarkan. Kata doktor

terdapat sedikit batu karang semasa alat itu dikerluarkan. Masyaallah sakitnya .........

Proses ini membuatkan saya tidak selesa untuk jangka masa yang agak lama tapi

tidak sampai sehari.

Empat hari menjelang 1 Syawal saya kembali ke HCTM untuk melakukan minor

operation. Menunggu giliran untuk pembedahan kecil ini saya ditemani isteri.

Kebetulan hari itu pesakit yang sama-sama dibedah berada di Wad jagaan harian.

Kami berbual panjang.

14 Julai 2015:

Page 31: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 30Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Hari ini 6 Syawal. Saya mendaftar untuk ke wad 5D Hospital Canselor Tuanku

Mukhriz (HTCTM). Kemudian saya masuk wad 5D bersama isteri dan puteri sulung

Nur Atiqah. Selepas diambil berat badan dan darah saya diminta mengambil katil 17.

Doktor kata nak bedah bulan Jun. Tapi saya minta tangguh selepas hari raya

Aidilfitri dengan hasrat untuk menyambut Ramadan. Kerana Ramadan tahun lepas

saya tidak berpuasa selama 21 hari. Doktor memberi dua tarikh, 13 Julai atau 20 Julai.

Tapi saya memilih 13 Julai. Saya akan masuk wad 5D untuk kali kedua ketika umat

Islam masih menyambut raya Aidilfitri.

Inilah kali kedua saya menjadi penghuni wad 5D. Masya-Allah katil 17 bersamaan

tarikh lahir 17 April 1958. Kali pertama saya tinggal di sini pada 17 Jun 2015, 30

Syaaban 1436. Semuanya ada angka 17.

Biarlah kemeriahan untuk itu bukan milik saya. Saya berkurban diri ini untuk

menyehatkan badan demi meneruskan perkhidmatan kepada orang lain selepas itu.

Jururawat membuat semakan tahap kesihatan saya. Kemudian saya dibuat ujian

jantung (ECG). Kata Jururawat jantung saya baik.

Selang tak lama, sahabat saya Sharif seorang Ketua Pengawal Keselamatan di

PPUKM datang menziarahi saya. Ketika waktu lawatan En Saipul, Pengurus di

pejabat saya datang melawat bersama isterinya.

Insya-Allah jika tiada aral melintang saya dan keluarga ke Tanah Suci Mekah pada

30 Mei- 10 Jun 2016. Semoga di depan Kaabah saya boleh memohon doa

keselamatan diri ini...amin.

Page 32: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 31Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Sepasukan doktor bersama pakarnya bernama Dr Tan datang ke katil dan

menerangkan komplikasi pembedahan. Kesan 10-20 kepada beberapa organ serta

pendarahan.

Wad lengang. Kata seorang staff di situ ramai pesakit menangguhkan masuk wad

kerana masih hari raya.

Malamnya saya berbuka puasa enam Syawal untuk hari kelima bersama isteri dan

Atiqah. Syukur Allah memberi kekuatan.

Siapa Bersama Kita Ketika Menderita Sakit? 12 Julai: Doktor pakar memberitahu

saya bahawa proses pembedahan saya menggunakan kaedah menebuk pada buah

pinggang dan memasukan tiub menerusi saluran urin. Saya termenung

mengenangkan prosesnya telah berubah. Namun apa yang boleh saya elak, kerana

borang akur untuk dibedah telah ditandatangan!

Oleh kerana tiga bulan lepas saya agak tenang kerana memikirkan proses

pembedahannya sama dengan tahun lepas tetapi selepas mendapat pandangan

doktor saya mula diserang cemas. Maklumlah kata doktor kesannya 1-3%

menyebabkan komplikasi luka dan terjadi putus maka saya jadi tidak tenteram.

Tak lama lepas itu tangan dicucuk jarum oleh doktor. Ia bertujuan untuk

memudahkan mengambil darah dan memasukkan tiub air.

Menjelang 13 Julai 2016 saya membawa diri untuk bertenang. Ketenangan dicari

dengan mendekati Allah. Siapa lagi yang wajib kita cari ketika ini kecuali yang Maha

Esa. Doktor

Page 33: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 32Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

hanya menjalankan tanggungjawab untuk merawat. Natijah pada kesembuhan

hanyalah Allah. Sebagai orang Islam ini wajib menjadi pegangan kita! 13 Julai seawal

jam 4 pagi saya telah bangun menunaikan solat Tahajut, Taubat, Hajat dan Witir.

Inilah kekuatan kita jika ingin mencari penyembuhan yang hakiki. Kepada kita yang

mengharapkan penyembuhan dalam mengukuhkan iman maka mengadaplah Allah.

Kepada anda yang pernah mengalami peristiwa seperti ini akan tahu perasaan saya.

Saya harus menenangkan fikiran kerana pembedahan tahun lepas mengambil masa

enam jam. Kata doktor pembedahan kali ini selama 3 jam sahaja. Menyerahkan

jasad kepada kumpulan pakar perubatan dan menyerahkan roh kepada Allah

adalah satu kejadian yang mendebarkan.

Di luar wad 5D isteri dan tiga orang puteri menunggu dengan debaran. Mereka

sampai seawal jam 8 pagi.

Page 34: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 33Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Ketika saya dibenarkan pulang pada 14 Jul kesihatan ditahap memuaskan.

Sebaliknya pada 15 hingga 17 Julai saya mengalami demam berulangkali. Jika saya

makan ubat demam kembali pulih namun selepasa lima jam saya kembali demam.

Pada petang Ahad 17 Julai saya dibawa ke Jabatan Kecemasan HCTM~PPUKM.

Setelah beberapa pemeriksaan rapi saya dihantar masuk ke Wad 5D pada jam 10

malam.

Wad 5D: Dari katil 17 Ke Katil 22 Di Hospital Canselor Tuanku Muhkriz 13 Jul- Jam 10

pagi saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Kali ini saya tenang keranalah kali

kedua mengalami suasana begini.

Di dalam bilik bedah saya menguasai keadaan sambil mata dapat melihat

suasananya. Walaupun pernah melihat bilik bedah sebelum ini namun kali ini saya

dibawa masuk kerana hendak dibedah.

Dr Tan datang ke katil saya. Beliau kelihatan sudah bersedia kerana Dr Tan telah

memakai pakaian seragam doktor. "Saya sudah berbincang dengan doktor lain

selepas tengok CT Scan. Kami akan menggunakan kaedah memasukan tiub ke

saluran urin menerusi pundi kencing untuk membuang batu karang di saluran buah

pinggang. " kata Dr Tan.

Proses pembedahan bermula ketika saya dibawa ke bilik bedah jam 10 pagi. Jam 1

petang saya dibawa balik ke katil 17 dan kesakitan terasa ketika itu. Petang itu ketika

doktor membuat lawatan saya diberitahu tiub tidak dapat masuk ke buah pinggang.

Petang itu doktor mengarahkan nurse mengeluarkan tiub pada saluran kencing.

Kepedihan terasa sangat. Namun terpaksa dilalui.

Page 35: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 34Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Hari ini saya menyambut hari raya kelapan dalam bilik bedah dengan baju bedah.

Oleh kerana saya baru habis puasa enam semalam, hari ini saya menyambut raya

puasa enam dalam bilik bedah

Kali ini ketika saya dibedah hanya isteri dan tiga orang puteri diluar bilik bedah. Jika

tahun

lepas kakak dan abang ipar serta anak saudara menunggu dengan debaran.

Jam 1 petang saya selamat menjalani pembedahan sekitar tiga jam. Perancangan

doktor pakar untuk membuat dengan menebuk belakang agar dapat mengeluarkan

batu karang yang masih berbaki.

Doktor pakar pada awalnya akan membuat pembedahan tebuk belakang seperti

tahun lepas. Namun selepas melihat CT Scan doktor membuat keputusan membuat

pembedahan dan membawa masuk tiub ke saluran buah pinggang.

Page 36: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 35Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Sejam sebelum saya dibawa ke bilik bedah, doktor Tan datang ke katil saya dan

memberitahu setelah berbincang dengan kumpulan pakar, mereka membuat

keputusan akan membuat pembedahan dengan kaedah memasuki tiub menerusi

saluran urin ke pundi kencing ke saluran buah pinggang. 14 Jul- Saya telah

dibenarkan balik ke rumah 15 Jul- Saya demam sebelah pagi. Makan ubat reda.

Dalam 5 jam tu terasa balik. Menggigil 16 Jul- Saya masih demam cuba bertahan

dengan ubat. Tapi gagal. 17 Jul- Setelah bertahan hingga hari Ahad saya tewas. Pergi

ke Jabatan Kecematan HCTM- PPUKM. Selepas pemeriksaan rapi oleh doktor

bermula jam 4 petang, jam 10 malam saya diminta masuk ke wad 5D di katil 22 untuk

rawatan susulan. Minggu lepas pada 11 hingga 14 Julai di katil 17. Sepanjang malam

saya dipantau rapi oleh doktor dan jururawat sehingga pagi. 18 Jul- Masih di wad

dengan pemantauan pasukan perubatan. Kesan surgery masih terasa. 19 Jul- Deman

semakin reda. Tiub air pada tangan dicabut hari ini. 20 Jul- Tiub pada saluran urin

dikeluarkan hari ini. 21 Jul- Doktor pakar berkata saya akan balik esok. 22 Jul- Ketika

lawatan pasukan Dr Preven membuat keputusan ubat antibiotik perlu dihabiskan

dan saya akan keluar wad esok. 23 Jul- Saya keluar dari wad 5D sekitar jam 12.30

tengahari.

Syukur Alhamdulillah.

Allah Yang Menentukan

Seawal jam 8 pagi saya telah mendaftar untuk Wad 5D. Di Wad 5D saya diletakkan

di katil no 18. Selepas menukar pakaian pesakit, saya dibawa ke bilik X-Ray.

Sekembali ke wad, ujian ECG dilakukan dan jantung saya dalam keadaan baik.

Alhamdulillah. Seperti biasa ujian urin, darah akan dilakukan untuk memastikan saya

berada dalam mood sihat dan selamat .

Page 37: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 36Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Selepas jam 2 petang doktor di wad memberitahu bahawa urin saya ada jangkitan

kuman dan beliau tidak pasti samada doktor pakar mahu meneruskan atau tidak

pembedahan esoknya (24 Ogos).

Sekitar jam 3 petang kumpulan doktor pakar memberitahu saya hal yang sama.

Katanya jika dibuat pembedahan akan mengalami resiko selepas itu. Oleh itu mereka

mengambil keputusan menangguhkan pembedahan. Atibiotik akan dibekalkan

kepada saya untuk jangka masa dua atau empat hari.

Pada masa yang sama doktor bius telah bertemu saya. Beliau memberitahu bahawa

giliran saya ialah yang kedua. Oleh kerana pembedahan ditangguhkan maka borang

akuan bius tidak jadi saya tandatangan.

Sekitar jam 8 malam saya meninggalkan wad 5D Hospital Canselor Tuanku Mukhriz

selepas bersolat Maghrib di surau Ibu Sina HCTM.

Hidup Mesti Diteruskan

Saya akan memasuki dewan bedah kali ketiga pada 24 Ogos ini. Trauma tetap ada

kerana merasai kesakitan yang sukar digambarkan. Namun jika ada ketentuan Allah

saya memohon maaf andainya terdapat sebarang kesalahan saya.

Masuk Wad 5D Kali Kelima 30 November 2016: Jam 8.30 pagi saya daftar masuk

wad 5D dan ditempatkan di katil 11. Selepas mengambil sempel darah dan tekanan

darah saya telah dilakukan ujian ECG. Kemudian ke bilik XRay untuk membuat scan

pada paru-paru.

Page 38: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 37Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Jam 2.30petang doktor membuat pemeriksaan dan memberitahu terdapat jangkitan

kuman. Kini saya kena tunggu tindakan susulan doktor pakar

Doktor pakar bersama ahli kumpulannya telah melawat sekitar jam 3 petang. Doktor

Tan memberitahu pembedahan ditangguhkan. Mereka hanya akan mengeluarkan

stand yang terdapat di dalam saluran buah pinggang saya.

Selepas itu doktor bius datang bertemu saya. Setelah perbincangan dibuat saya

mengambil keputusan untuk bersetuju dilakukan bius sepenuh badan. Saya tak nak

bius separuh badan kerana tak sanggup nak tengok proses yang dilakukan doktor.

Walaupun katanya mereka akan meletakan skrin untuk menghalang penglihatan

saya.

Sekitar jam 10.30 malam seorang doktor datang memberitahu saya akan dilewatkan

masuk bilik bedah kerana ada satu pembedahan lebih besar iaitu seorang pesakit

akan dibedah membuang salah satu buah pinggangnya. 1 Disember 2016 | Jam 6.30

pagi:

Ketika terjaga dari tidur jam empat pagi tadi kelihatan baju bedah telah tersedia di

hujung katil saya. 7.00 pagi, saya dibenarkan sarapan dan mulai berpuasa sejak 7.30

sehingga saya dibawa masuk bilik bedah.

10.00 malam:

Jam 1.30 petang saya telah dibawa ke bilik bedah. Proses bius berlaku sekitar jam

2.30 kerana jumlah pesakit ramai.

Page 39: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 38Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Kemudian saya tidak sedar lagi..Alhamdulillah 3.30 petang saya sedar. Nama saya

dipanggil sayup-sayup kedengaran. Telinga saya mendengar terasa bising. Saya

dibawa keluar dari bilik bedah. Kini masih lemah. 2 Disember 2016:

Nurse membuat pemeriksaan. Saya demam dengan suhu 39.5℃. Malam tadi saya

tidak dapat tidur. Mungkinkah saya akan berada lebih lama di sini seperti bulan

Julai.....Saya kuatir kerana, adakah kuman ini lebih kuat berbanding sebelum ini?

Demam saya semakin kuat hari ini. Antibiotik dimasukkan. Kata Dr Nurul tak

mengapa janji ikut dosnya. Nurul anak sahabat karib saya yang saya kenal sejak

beliau kecil lagi. Beliau yang bertugas di HCTM datang melawat saya mewakili

keluarganya. Risau juga sebab agak kerap antibiotik dicucuk ke badan saya.

Tengahari tadi seorang rakan Pegawai Fisiotrapi menziarahi saya dan beliau

memberikan beberapa tip-tip untuk menjaga kesihatan selepas pebedahan.

Petang keluarga datang membawa sijil Anugerah Bitara yang diterima oleh isteri saya

mewakli saya pagi tadi. Gembiralah sikit.

Kali ini baru saya merasai bagaimana proses bius dilakukan. Corong Oksigen

diletakkan pada mulut dan hidung saya. Saya bernafas seperti biasa. Kemudian

doktor Geris memberitahu beliau akan melakukan proses menidurkan saya.

Saya mengucapkan Syahadah. Cuma sementara proses menidurkan itu saya berkata

dalam hati "harab berjaya proses bius ini".

Page 40: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 39Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Oleh kerana demam saya agak tinggi anak-anak mencadangkan ibu mereka

menemankan saya. Tapi saya kesihan pula jika isteri tidur di wad bukan selesa

sangat. Lagi pun saya rasa masih terkawal. 4 Disember 2016:

Hari ini dan semalam tiada catatan boleh disampaikan kecuali menyatakan saya

sudah dibenarkan keluar wad..

Terima kasih kepada semua yang menunjukkan rasa prihatin kepada saya. Ikutilah

catatan seterusnya. Catatan ini dibuat dari katil hospital.

Pembedahan Ketiga 30 September 2016:Saya telah bertemu doktor pakar hari ini.

Pertemuan kali ini ringkas sahaja. Doktor pakar memberitahu keadaan Batu Karang

tinggal satu sahaja lagi. Ini berdasarkan CT Scan yang yang telah dilakukan pada 27

September lalu.

Setelah berbincang dengan doktor saya bersetuju untuk dilakukan pembedahan

secara masuk skop ke saluran Buah Pinggang. Insyaallah 30 November 2016 saya

akan masuk wad, 1 Disember 2016 saya akan masuk bilik bedah. 25 Ogos 2016

Semalam sepatutnya saya dibedah. Oleh kerana ada jangkitan kuman pada air

kencing maka doktor pakar menangguhkan sehingga suatu masa yang akan

ditetapkan pada 30 September nanti.

Hari ini saya pergi semula ke Wad 5D untuk mengambil temujanji untuk membuat

CT Scan. Disamping itu saya juga membeli gambar CTScan yang telah dibuat

sebelum ini.

Page 41: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 40Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Jam 8.45 pagi: Doktor pakar melawat. Mereka belum membuat keputusan kerana

keadaan saya dikatakan sukar dibuat keputusan kerana keadaan buah pinggang

saya. Jika diberi antibiotik memungkinkan berlaku kerosakan lebih teruk kepada

buah pinggang. Masih menunggu keputusan doktor pakar kuman.

Jam 2.00 petang: Ketika pulang dari bersolat Jumaat di Sarau HCTM doktor

bahagian kuman memberitahu saya bahawa kuman saya telah menghuni dalam

saluran urin sejak bulan Julai 2016. Doktor masih belum membuat keputusan untuk

memberi antibiotik. Jika diberi saya akan menghadapi kesukaran jika sakit di masa

lain kerana antibiotik ini kuat.

Jam 4.00 petang: Ketika Ustaz Khairil Khuzairi Pegawai Agama Islam HCTM telah

datang melawat. Ketika itu doktor memberitahu saya dibenarkan pulang dan diminta

datang semula pada 24 Januari untuk meneruskan proses pembedahan pada 26

Januari.

Bila saya lihat semula Masyaallah rupanya Batu Karang saya telah kecil. Mungkin

Allah telah memberi mujarab pada ubat yang makan ia itu Ural. Syukur

Alhamdulillah.

Masuk Wad 5D Kali Keenam 19 Januari 2017: Saya datang untuk memperolehi

keputusan urin. Doktor tahan saya di wad kerana urin saya terdapat kuman.

Sehingga malam tiada rawatan dilakukan kecuali mengambil darah. 20 Januari 2017:

Sekitar jam 1.30 pesakit di katil 26 berbangsa India telah meninggal dunia. Rupanya

malaikat maut bertamu di wad 5D......

Page 42: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 41Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Proses biasa dilakukan oleh petugas wad. Saya ditempatkan di katil 18 sebelah

tingkap. Menarik pemandangan menghala ke Taman Midah.

Doktor memberitahu kuman masih ada namun mereka menunggu pakar kuman

untuk redakan keadaan ini. 25 Januari: Jam 8.40 pagi kumpulan doktor pakar yang

diketuai oleh Prof Preveen melawat saya. Saya diberitahu pagi esok akan dimasukkan

Antibiotik sebelum pembedahan dilakukan. 26 Januari 1.30 pagi saya terjaga dari

tidur. Syukur Allah memberi masa untuk bermunajat hingga jam 3 pagi. Jam 2 saya

sudah mulai berpuasa.

Jam 4.30 nurse membuat pemeriksaan pagi. Tiada demam. Tekanan darah normal.

Gula 7.1, mungkin sebelum itu saya makan biskut...

Jam 5 pagi nurse mamasukkan antibiotik sekitar 200ml. Masalah aliran kurang baik

mungkin cecairnya pekat.

Jam 11 pagi nama saya dipanggil untuk ke bilik bedah. 11.30 saya dibawa masuk ke

bilik bedah 1 oleh dua orang doktor bius seorang Melayu seorang India.

Di Sini Mungkin Berakhir 24 Januari 2017: Saya melangkah masuk ke wad 5D buat

kali ketujuh. Saya membuang resah di koridor wad. Kemesraan petugas wad 5D jelas

seperti anak-anak menyambut kepulangan ayah!

Saya bergurau dengan petugas di kaunter jangan tempatkan saya di katil nombor

×€. Dia orang ketawa kerana faham maksud saya kerana malam Jumaat lepas ada

seorang lelaki india telah meninggal pada jam 1 pagi.

Page 43: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 42Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Sesampai dalam bilik bedah saya dipindahkan ke katil terakhir dengan peralatan

pembedahan. Doktor India meletakkan corong Oksigen ke mulut dan hidung saya.

Doktor wanita memasang alat tekanan darah. Doktor Rizal memberitahu proses

menidurkan saya. Jika jarum yang ada tidak berfungsi untuk nyenyakkan saya beliau

akan memindahkan ke tempat baru. Cemas juga saya.

Akhirnya saya tidak sedar. Ketika sedar, saya telah berada di bilik pemantauan. Saya

nampak petugas bilik bedah dalam samar-samar.

Seorang petugas bertanya samada rasa muntah atau tidak. Saya geleng kepala.

Kemudian dia berkata kepada rakannya tekanan darah sudah turun sedikit

berbanding sebelumnya 190!

Ketika itu mereka berbual tentang proses Viva. Mereka sebenarnya doktor yang

sedang menyambung pengajian master di Fakulti Perubatan UKM. Mereka tidak

tahu saya warga UKM yang faham intipati perbualan itu.

Page 44: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 43Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Setelah stabil saya dibawa balik ke Wad 5D. Keadaan sejuk di bilik bedah hilang.

Suhu di luar suam.

Petang itu sekumpulan doktor datang ke katil 18. Katanya batu karang sudah habis

dikeluarkan. Kata doktor tiub di saluran kencing sudah boleh dikeluarkan. Esok balik

(27 Januari).

Saya berbincang dengan nurse agar tiub itu dicabut keesokkan hari sebab saya

kuatir pening ketika hendak masuk ke bilik air. Nurse bersetuju.

Malam saya tidur nyenyak dan bersolat dalam keadaan berbaring.....

Empat hari penuh dengan kelesuan . Pagi 27 Januari saya demam....37 +++ (tak ingat).

Surat untuk keluar wad doktor sudah siapkan. Ketika Suraya rakan sepejabat datang

belum terasa demam.

Petang selepas balik bersolat Jumaat di Surau HCTM, saya merayu kepada doktor

Iraq yang belajar di sini. Dia nak juga saya balik.

Pengalaman Julai 2016 mengajar saya jangan balik. Ketika sdra Firdaus dan ustaz

Khairil Pegawai Hal Ehwal Islam HCTM datang ziarah dan kumpulan doktor pakar

masuk melawat saya buat rayuan. Saya dibenarkan tinggal lagi di wad. Selepas

Maqhrib badan saya menggigil. Suhu badan tinggi. Nurse minta saya mandi. Jangan

pakai jeket. Jangan pakai stokin. Malam itu saya diberikan Pracetamol. Tidurlah saya

dalam keadaan tidak selesa. Sakit saya tanggung sendirian. 28 Januari: keadaan

suhu badan semakin tinggi. Pernah mencecah 39.6. Sekitar jam 12 tengahmalam

ketika saya hendak ke bilik air kelihatan di sebuah katil bernombor %€£ (rahsia)

keluarga pesakit sedang mengelilinginya. Sedang nazak.

Page 45: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 44Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Hari ini Sdra Ramli dan Kamarul bersama-sama isteri datang menziarah saya. 29

Januari: Oleh kerana saya demam doktor memindahkan saya ke katil 13. Doktor

pakar kuman datang membuat pemeriksaan. Tak lama selepas itu nurse memulakan

suntikkan antibioatik lebih kurang 200ml.

Cuti panjang kerana Tahun Baru Cina membolehkan isteri dan puteri sulung datang

menziarahi saya. Puteri bongsu pula demam dah tiga tak dapat jumpa saya. Mujur

kerinduan dapat diselesaikan dengan sidang video. 30 Januari: Hari ini ketika

pemeriksaan pagi oleh nurse, demam saya menurun.

Menurut Dr Suren yang melakukan lawatan pagi memberitahu keadaan darah saya

ada kuman. Sel darah putih tinggi.

Sekitar jam 9.29 pagi saya pindahkan ke katil 17. Ini kerana demam saya

berkurangan. 31 Januari: Hari ini doktor memberitahu mereka perlu habiskan

antibiotik untuk dua hari lagi. Saya mungkin discas hari Khamis.

Selepas bersolat Isyak saya pergi ke katil itu dan meminta izin membacakan Yasin.

Keadaan pesakit itu dalam sakaratul maut. Seperti orang lain yang pernah saya

bantu pemergian mereka, saya berdoa agar dipermudahkan pemergiaan Ahmad

Suhaimi. Saya tidur kembali setelah melakukan solat Tahajjut, Taubat, Hajat dan

Witir. Maklumlah saya masih lemah.

Jam 5 pagi nurse memberitahu pesakit itu telah meninggal dunia. Arwah mengidap

barah prosted.

Page 46: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 45Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Pesan saya kepada diri sendiri dan anda, bersabarlah ketika sakit. Ini ujian untuk

kita. Terima kasih kepada petugas wad 5D. Bilik bedah HCTM. Anda yang sudi ziarah

saya. Keluarga yang sabar dengan dugaan Allah ini. Allah menyayangi kita.

Pembedahan Kecil

Syukur Alhamdulillah kerana hari ini saya telah selamat menjalani pembedahan kecil

mengeluarkan stand sepanjang 39cm atau 15.2 inci dari dalam saluran kencing ke

saluran buah pinggang.

Prosesnya mudah dan mengambil masa yang pendek. Walaupun pernah dibuat

pada Julai 2015 tetapi traumanya tetap ada. Mana tidaknya tiub dimasukkan

menerusi saluran kencing yang sempit.

Syukur hari ini ramai pelawat ziarah saya. Pagi Datuk Othman Karim dan Haji Zul.

Tengahari Ikhwan dan Khidir. Kemudian Datin Norizan bersama Anne, Juli, Fairuz,

Miza, En Radzuan. Terhibur sedikit dengan kehadiran mereka. Seperti biasa isteri

dan along datang. 1 Februari: Alhamdulillah hari ini doktor membenarkan saya

keluar wad. Pemantauan dengan menyuntik antibiotik berakhir. Seksa juga kesan

antibiotiknya. Perut terasa senak. Doktor menyuruh saya minum air banyak.

Insya-Allah catatan pengalaman masuk wad dengan pembedahan buang batu

karang tamat untuk setakat ini. Ini kali ketujuh saya masuk wad. Saya berhenti

menulis catatan ini.

Page 47: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 46Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Prof Dr Praven mengambil tanggungjawab ini dengan dibantu oleh seorang nurse.

Stand yang bahannya dibuat dari getah yang bermutu itu dimasukan sewaktu

pembedahan pada 26 Januari 2017 lepas bertujuan membesarkan saluran kencing

dan saluran buah pinggang agar sisa-sisa batu karang keluar ketika membuang aur

kencing.

Ujian Di Bulan Ramadan 1438

Pada 25 Mei 2017 ketika bertugas di majlis Hari Keselamatan Usus dan Hati anjuran

Fakulti Perubatan UKM, saya telah membuat ujian tahap kesihatan hati. Selepas itu

doktor memberitahu keputusan bahawa tahap kesihatan hati saya telah menurun.

Doktor memberi surat lampiran untuk membuat rawatan lanjut di Hospital Canselor

Tuanku Jaafar. 6 Jun 2017 baru saya ada kesempatan membawa surat itu ke Klinik

Peruabatan 1 untuk membuat temujanji. Jururawat memberitahu tunggu sehingga

doktor pakar memberikan tarikh untuk pertemuan pertama.

Allah Masih Menguji Saya.

Kali terakhir saya ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM/PPUKM-atau

HUKM) ialah pada 7 November untuk bertemu doktor pakar bagi rawatan susulan

selepas pembedahan terakhir pada Januari 2017. Terus terang saya ingin katakan

tahap buah pinggang saya berada pada peringkat empat (4).

Page 48: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 47Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Keputusan ini telah saya perolehi sudah lama bukan pada 7 November. Sebelum ini

seorang doktor India juga membuat kiraan saya telah berada pada tahap empat.

Inilah kenyataan yang wajib saya terima. Inilah kenyataan yang harus saya beritahu

kepada keluarga.

Saya keciwa? Oh tidak, saya tidak keciwa dan lemah semangat. Saya masih boleh

bangun dan meneruskan kerjaya sebagai Jurufoto di UKM hingga April 2018!

Kenapa saya harus keciwa, bukankah penyakit itu pemberian Allah kepada saya.

Allah tidak menghukum saya. Tetapi saya yakin Allah sayangkan saya dan

hambanya. Saya bersyukur dengan anugerah penyakit ini membolehkan saya

memohon ampun kepada-Nya. Saya masih mampu bertemu sesiapa saja untuk

memohon ampun dan maaf.

Usah terkejut jika kalian yang bertemu dengan saya akan kelihatan saya masih sihat.

Saya mampu tersenyum biar pun senyum itu kalian lihat agak tawar. Saya masih

ingat bisikan kepada isteri tercinta "Biar abang mati sebagai Jurufoto".

Saya masih menerima tugasan biar ke mana sajak. Malah dalam keputusan doktor

begitu saya yakin Allah masih boleh memulihkan buah pinggang ini. Saya yakin, Allah

berkuasa untuk membuat apa saja. Jika saya mati sekali pun bukankah itu

pemberian Allah yang maha besar. Bukankah kematian itu yang kita akan tempuhi?

Page 49: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 48Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Saya berdoa agar tarikh 17 April 2018 sempat saya temui.

Syukur kepada Allah, Dia memberi Rahmat-Nya kepada saya untuk bangun setiap

awal pagi mendirikan solat Tahajut, Taubat , Hajat dan Witir. Paling tidak dengan

kesempatan ini saya berpeluang merayu kepada-Nya. Syukur Allah tetap memberi

kekuatan kepada saya. Jika sesekali lemah semangat itu adalah biasa sebagai

manusia yang sering diganggu oleh syaitan dan iblis.

Usah Lemah Semangat Ketika Sakit

Saya lebih dikenali sebagai Jurufoto Makan Gaji Kerajaan. Cukup bulan dapat gaji.

Pada tahun 2000 mata saya menghadapi masalah. Mata sebelah kiri, saya istilahkan

sebagai 'buta' sebab tidak mampu melihat kabur dan gelap. Sehingga kini saya

melihat dunia yang indah hanya dengan mata kanan.

Ingatlah janji Allah jika kita nak diberikan Rahmat-Nya pasti akan dapat. Saya

pernah berdoa ketika di Madinah dan Mekah pada tahun 2016 agar Allah

memulihkan kesihatan saya. Ketika itu ada sebulan lagi saya akan dibedah untuk kali

kedua pada tahun 2016, seminggu selepas Aidilfitri ❤ Proses pembedahan berjalan

dengan lancar. Kali akhir ialah Januari 2017. Biar pun ketika sedar doktor berkata

tekanan darah saya 190/ tak ingat. Bayangkan andai lebih 200 mungkin saya tidak

menulis catatan ini lagi.

Kira-kira lima bulan dari tarikh ini saya akan menyambut ulangtahun kelahiran 60

tahun.

Page 50: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 49Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Pada 16 April 2018 hari akhir saya bertugas dan membuat kunjungan hormat ke

pejabat Naib Canselor UKM (NC ketika itu), YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor

Azlan Ghazali. Beliau terkejut apabila saya memberitahu masalah mata saya. Apa

tidak terkejut sebab sepanjang bertugas membuat liputan gambar ke mana saja

beliau pergi, saya melakukan kerja seperti tiada masalah.

Sepanjang saya bertugas di UKM banyak kejayaan saya capai. Paling membawa

kenangan tahin 2017 saya diberi Anugerah Bitara Kecemerlangan dan pada tahun

2018 saya disemat Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K) oleh Yang DiPertuan Besar Negeri

Sembilan.

Pada hujung tahun 2014 saya diberitahu oleh di Poliklinik UKM bahawa buah

pinggang telah lemah dan perlu dirujuk dengan doktor pakar. Pertengahan tahun

2015 saya menjalani satu pembedahan agak besar membuang batu karang sebesar

hampir 3cm selama enam jam di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz/Pusat

Perubatan UKM (HCTM). Siri pembedahan telah saya jalani selepas itu pada tahun

2016 dan 2017.

Pada tahun 2018 saya terus membuat rawatan di HCTM yang akhir pada bulan

April 2019 doktor pakar buah pinggang meminta saya mengikuti taklimat proses

dialisis.

Page 51: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 50Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Demikianlah perjalanan kehidupan saya sebagi pesakit yang berkaitan mata dan

buah pinggang. Kenapa saya menulis di sini. Adakah saya telah keciwa. Allahuakbar

tidak sama sekali. Saya yakin ia satu ujian Allah buat saya.

Selepas balik menunai haji ada orang bertanya apakah saya tak perlu menjalani

rawatan dialisis lagi? Maklumlah saya sudah sampai Padang Arafah, Mina, Baitullah

dan Raudah. Adakah doa-doa saya di sana telah dimakbulkan oleh Allah.

Kuasa Allah siapa tahu. Bulan Julai 2019 saya dan isteri dijemput oleh Allah

menunaikan fardu Haji pada musim 1440. Secara jujur saya beritahu saya dan isteri

menunai haji dengan pakej swasta Tabung Haji. Kami menggunakan wang hasil

bersara. Rezeki yang ada kami korban demi tuntutan Allah. Jika kami tak ambil

kesempatan ini maka kemungkinan besar tiada lagi peluang menunaikan fardu haji.

Pesakit buah pinggang tidak boleh menunaikan haji. 6 Disember 2019 ketika saya

bertemu doktor pakar Hati, beliau terkejut kerana tahap prestasi Buah Pinggang saya

telah lemah sangat. Doktor mengarahkan saya masuk wad rawatan Buah Pinggang.

Hari itu sebenarnya kami bersedia nak balik Kedah. Hotel dah tempat untuk 4

malam.

Selepas Asar 6 Disember saya melalui memasukkan tiub di leher. Selepas Maqhrib

saya dengan rasminya menjalani proses dialisis yang pertama selama dua jam di

HCTM.

Page 52: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 51Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Maaf saya menulis agak panjang bab saya sebagai pesakit kronik. Bukan nak minta

sempati jauh sekali menunjuk-nunjuk. Saya ingin memberikan motivasi bahawa selagi

Allah berkehendakan kita terus hidup, kita akan hidup! Kerana dengan panjangnya

usia kita akan memboleh dakwah diteruskan walaupun hanya kepada keluarga.

Jika Allah hendak matikan saya sudah pasti saya akan meninggal dunia di Mekah

atau Madinah pada tahun 2016 dan 2018 (saya tunai umrah) atau pada tahun 2019

ketika menunaikan haji.

Alhamdulillah sehingga kini saya masih mampu meneruskan kehidupan sehingga kini.

Malah di bulan Ramadan mampu menjadi Imam Tarawikh dan membuat tazkirah

online FB bersama anak-anak dan anak-anak saudara.

Baik, kita sebagai hamba Allah jangan berburuk sangka terhadap-Nya. Dalam

banyak hal saya fikir Allah telah memakbulkan doa saya misalnya ketika saya

melawat Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru pada bulan November 2019 tiada

kejadian yang merbahaya terjadi. Ketika saya nak balik Kedah saya dihalang dengan

masuk wad. Kalau saya teruskan juga perjalanan jauh tersebut dan terjadi sesuatu

sudah pasti amat merbahaya.

Malah sekarang saya menjalani rawatan Dialisis dengan mudah tanpa sebarang

komplikasi buruk.

Ingat pada Kekuatan Solat Lima Waktu,Tahajut, Witir, Taubat dan Duha. Percayalah

pada kehebatan Zakat, Wakaf dan Sedekah.

Page 53: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 52Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Tulisan ini saya ingin memberi motivasi kepada semua pesakit kronik dan sesiapa

saja yang sedang menghadapi masalah pesakit Corona Covid-19 dan mereka yang

terkesan kerana wabak Covid.

Kita hendaklah redho dengan ujian Allah dan jangan buruk sangka dengan Allah.

Allah tak akan beri ujian kepada kita jika tidak mampu.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a. Abu Hurairah r.a daripada Nabi

SAW, Baginda bersabda "Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang

berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan

kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya" (Riwayat Muslim)

Saya Manusia Yang Lemah

Subuh 26 November 2019 saya telah menulis di halaman Facebook "Saya akan

meninggalkan dunia fotografi" Bergegar wall FB dengan reaksi rakan-rakan

termasuk mereka yang tidak pernah saya kenali di alam nyata.

adalah orang pertama memberikan reaksi terkejut. Saya tak tahu

apakah waktu beliau sedang berada di corong radio atau tidak kerana Amy adalah

DJ radio yang pernah menjadi pelajar saya suatu masa dulu.

Amy Anissah

Saya menangis sebenarnya selepas itu tanpa diketahui oleh sesiapa. Saya pegang

telefon pintar dengan lenangan air mata sambil berbisik, "sudah sampai masanya

aku pergi dari dunia fotografi yang telah banyak meninggalkan rezeki".

Page 54: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 53Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Tarikh-tarikh ini terjadi setahun selepas balik dari menunaikan umrah. Manakala itu

ia akan genap tiga bulan balik dari menunaikan haji. Percayalah keputusan ini telah

saya pertimbangkan sejak setahun lalu selepas bersara dari UKM. Lebih mendalam

ketika saya berada di Tanah Suci. Hasrat meninggalkan dunia fotografi semakin

hebat.

Selain itu mata saya semakin kurang jelas kini. Mata yang banyak menghasilkan

gambar- gambar selama ini tinggal sebelah sahaja yang boleh digunakan. Saya

menangis tak siapa tahu setiap kali mengenangkan nasib mata saya. Saya hanya

mampu melihat menggunakan sebelah kanan. Saya mengidap masalah mata bocor

yang istilah sebagai PCB. Saya redho.

Fotografi juga telah mengkayakan saya sehingga telah berjaya membawa saya dan

keluarga menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebanyak tiga kali. Fotografi pernah

membawa saya menjelajah ke beberapa tempat di dunia ini secara percuma.

Bukan kerana saya telah menunaikan haji lantaran membuatkan tindakan ini.

Bukan. Malah saya masih berkata bidang fotografi yang saya ceburi tidak

mengadunkan unsur-unsur haram. Malahan jika dilihat ustaz Azhar Idrus sendiri

meminati fotografi.

Fotografi saya pelajari sejak tahun 1977. Hujung tahun 1977 saya tamat belajar. Saya

memulakan kerjaya dalam bidang fotografi adalah pada 5 November 1979.

Mengejutkan apabila saya membuat keputusan meninggalkan fotografi adalah pada

26 November.

Page 55: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 54Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Izinkan saya berehat dengan menumpukan masa bersara dengan aktiviti

keagamaan. Saya akan teruskan aktiviti ziarah keluarga selaku terdaya. Terlalu sukar

saya mengalami semua ini namun Allah telah menentukan keselesaan hidup saya

telah sampai hadnya.

Izinkan saya memenuhi hasrat arwah ayah untuk melihat menjadi 'orang pondok'.

Malah tidak mustahil jika saya ke arah itu.

Oleh itu diharap tuan/puan dapat mematuhi SOP. Terima kasih petugas barisan

hadapan di HCTM,/ PPUKM. Anda hero.

Walau bagaimana pun saya harap kepada sesiapa yang telah belajar ilmu foto

dengan saya akan terus mengamalkan secara halal.

Warkah Dari Hospital -1

Assalamualiakum. Hari ini saya sihat sedikit dan boleh buka mata setelah

dimasukkan antibiotik dua botol. Ujian swap Covid saya negatif.

Namun pengalaman disaring di wad khas amat menyedihkan. Keluarga tidak boleh

berjumpa. Petugas wad begitu berhati-hati dengan pakiaan khas. Doktor hanya buat

temuramah menerusi telefon.

Saya telah diberitahu jika positif akan ditempatkan di Sungai Buloh sehingga sembuh.

Saya telah berpesan kepada keluarga andai tidak kembàli, semalam adalah

pertemuan kami yang terakhir.

Page 56: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 55Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Pada hemat saya apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan namun waspadalah

kerana rata- rata pesakit yang disaring berusia 60 tahun ke atas. Mereka cukup

lemah dan menyedihkan.

Allah memberikan gambaran jelas kepada saya bahawa jika dijangkiti Covid cukup

menyiksakan. Belum lagi kira ambil kira soal emosi yang cukup tertekan. Allah

mendengar doa kita. Terima kasih doa tuan/puan.

Dari wad khas HCTM.

Warkah Dari Hospital-2

Renungan

Sahabat mari saya kongsi pengalaman di hospital kali ini. Entah kesepuluh atau

kelimabelas saya menghuni di wad-wad hospital ini, saya sudah lupa.

Menghuni di wad umpama berada di pinggir Alam Barzah. Wang yang banyak di

bank tiada makna pun. Kalau bawa pun makanan hospital sahaja yang kita makan.

Petugas wad bersikap baik kerana mereka bertugas untuk kita. Tapi apabila mereka

hendak cucuk jarum, hendak bedah tanpa belas kasihan mereka akan buat. Itu tugas

mereka. Jika petugas Islam sudah pasti ada juga bacaan Bismillah. Itu manusia yang

ada sifat kesihan belas. Malaikat Maut bagaimana?

Kadang kala kita yang akan dibius sedang menderita melawan emosi, petugas masih

bersembang macam biasa sebab sudah tentu mereka stress bekerja.

Page 57: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 56Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Tambahan di zaman Covid mereka berdepan dengan resiko cukup tinggi. Belum lagi

ragam pesakit ada yang masih degil ketika sedang dikuarantin.

Walapun sebenarnya masuk hospital bukan bermakna kita akan mati tapi mati itu

pasti datang.

Warkah Dari Hospital-3

Apa yang kita kena buat jika masih sihat dan tidak pernah sakit teruk? 1. Bersolatlah.

Berjemaahlah di masjid atau surau. Menitis air mata apabila mendengar azan

sedangkan kita sedang sakit. 2. Ketika sihat kita boleh solat dengan sempurna.

Belajarlah cara-cara solat ketika sakit. *Cara duduk, cara berbaring*.

Terima kasih dan syabas kepada KKM dengan SOP Covid yang dilaksanakan di

tempat awam dan di hospital.

Pengalaman melihat pesakit Islam langsung tak boleh atau tak mahu solat ketika sakit

sedangkan mereka masih boleh berjalan, makan dan bercakap. Cukup sedih.

Di Malaysia majoriti petugas hospital adalah Islam. Malah ada yang lulusan

pengajian agama. Mereka ini mampu membantu kita. Amat malang jika tiada

keinsafan.

Belum lagi jika saya sentuh hal zakat, wakaf, sedekah, membaca Al Quran. Sebab

ketika kita tiba di Alam Barzah solat yang akan dinilai oleh Allah.

Jika anda sakit anda tidak rugi atau malang tetapi Allah memperlihatkan wajah-

wajah bakal penghuni syurga atau neraka. Namun segala-gala hak Allah. Insaflah.

Page 58: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 57Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Kasihan juga melihat petugas yang bertegas dengan pesakit degil nak melanggar

garisan zon larangan.

Kita harap jika ada yang dimasukkan ke zon saringan bersabar dan patuh segala

peraturan. Kepada waris sebaik-baiknya usah datang ziarah resiko amat tinggi.

Bayangkan petugas wajib pakai baju khas jika hendak masuk ke zon khas.

Bayangkan selepas dia periksa orang lain dan datang periksa kita pula.

Paling menyeramkan dan sedih apabila pesakit yang seiring di Swap dengan kita

dan dapat keputusan kemudian disurung dengan troli Covid.

Apakah itu perjalanan terakhirnya? Allahuakbar. Semuanya takdir Allah.

Warkah Dari Hospital-4

Sahabat, siapa yang mahu sakit? Saya pun begitu juga semasa muda dulu cukup

gerun dengan penyakit jantung, barah, diabetes, leukimia. Arwah ayah saya diabetes,

arwah mak saya leukimia.

Isteri saya ada penyakit, biar saya rahsiakan sebab itu hak peribadi beliau yang tidak

elok saya ceritakan kecuali saya yang ingin berterus terang supaya menjadi panduan

orang lain. Ramai orang fikir saya tak jaga kesihatan sebab itu saya sakit. Maaf

sahabat penyakit ini anugerah Allah. Kita harus reda dan bersyukur jika sudah

berpenyakit jangan menyusahkan orang lain.

Page 59: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 58Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

1. Jangan abaikan Allah. Lakukan apa sahaja perintah Allah. Tunaikan dengan

istiqamah segala rukun lima Islam. 2. Lakukan solat wajib dengan betul. Amalkan

solat sunat seperti Duha, Tahajjut, Hajat, Witir dan lain-lain kerana ketika kita sakit

solat sunat payah kita nak lakukan. Tetapi jika menjadi amalan kita maka ketika

sakitlah banyak peluang dilakukan. Umpamanya jika masih larat bangun kita

lakukan di sisi katil hospital. 3. Banyak membaca Al Quran kerana bila sudah uzur

mata pun dah tak nampak. Menyebut huruf pun ada yang betul. Bayangkan ada kes

keluarga hanya memasang bacaan Yasin dari telefon ketika suami sedang nazak di

katil hospital. Saya sedih tapi atas sifat kemanusiaan walaupun saya sedang demam,

saya tolong bacakan.

Kita yakin semua yng hidup akan mati. Sebab itu kisah seorang pemuda meminta di

hantar ke India oleh nabi Sulaiman dengan menggunakan kuasa angin. Ketika itu

nabi Suliaman ternampak wajah malaikat maut. Setelah sampai di India, pemuda itu

meninggal dunia. Fahamlah nabi Sulaiman bahawa pemuda itu telah tiba hari

kematiannya (rujuk kitab Imam Al Qutubi 'Rahsia Kematian'.)

Kita hargai jasa petugas perubatan yang merawat kita namun kita jangan lupa kuasa

Allah. Sebab itu setiap khutbah Jumaat wajib mengingati tentang tawakal.

Apa persiapan kita jika masih sihat untuk bersedia jika berlaku serangan penyakit:

Page 60: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 59Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Baca Quran bukan bermaksud pesakit saja itu kena baca tetapi keluarga pesakit

kena baca. Kata ustaz Ahmad Dusuki, jika dah tak boleh baca, rabun dan sebagainya

ambil Al Quran dan letakan jejari dan bacalah apa-apa ayat yang kita hafal biar

hanya Qulhu. 3. Harta kita untuk siapa? Berzakatlah sahabat, berwakaflah,

bersedekahlah. Merayu setiap hamba yang mati agar dihidupkan kembali agar dapat

melakukan sedekah atas hartanya. Menyesal insan itu.

Berwasiatlah ketika masih sihat. Jangan mencari harta atau sayang harta tetapi

setelah tenat anak-anak sudah mula berebut hinggakan katil nak tidur pun tak ada.

Misalnya jangan berkira dengan wang jika untuk pengajian agama untuk anak-anak.

Jangan bandingkan antara ilmu dunia dengan akhirat. Ia sama penting. 4. Anda

yang membaca warkah saya adalah sahabat yang bijak dan beriman. Mungkin lebih

hebat daripada saya. 5. Pesan saya jika ada keluarga sedang diserang penyakit

bawalah jadi insan sempurna. Pandai mengurus orang sakit, pandai baca Quran,

tahu apa nak buat jika ibu ayah meninggal di tenahmalam. Belajar cara nak jadi

imam solat jenazah jika anak lelaki. Jangan bergaduh. Jika belum bersolat,

bersolatlah. Jika belum tutup aurat tutuplah aurat. 6. Dari katil hospital saya sering

mendengar raungan pesakit yang sakit Apakah raungan itu sama dengan ahli kubur

dan ahli neraka? Jururawat tiada masa nak nasihat kita untuk bersolat. Tapi tahukah

sahabat jika kita terlalu uzur nak turun katil pun mereka tak benarkan. Itu SOP nya.

Sebab jika kita terjatuh mereka kena menjawab dengan laporan yang lengkap. Ketika

masih sihat bawalah menghafal apa-apa doa untuk mengukuhkan iman. Kita sering

mendengar ada orang meninggal dalam keadaan terpilih, malam Jumaat, di

Madinah, Mekah, tengah solat. Jika kita hendak begitu jadilah orang Islam yang

sempurna. Sakit tak pilih siapa. Ada yang kata dia jaga makan, jaga senaman di

hujung kehidupan dia sakit juga.

Page 61: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 60Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Pesakit Dialisis Bukan Bermakna Berada Di Hujung Hayat.

Mesin pencuci darah adalah ikhtiar untuk sihat disamping berdoa agar Allah

memudahkan urusan sepanjang usia yang masih ada.

Apabila saya membuat dialisis sejak setahun lalu ada rakan-rakan yang bersimpati

dengan mencadangkan berbagai ubat/suplement. Malah entah dedaun apa juga

telah disyorkan.

Beginilah untuk memahamkan kepada yang tidak merasainya. Doktor mengatakan

bahawa tahap buah pinggang sudah rosak ialah apabila taraf Creatininie telah tinggi.

Taraf normal ialah 55-115 umol/L.

Jika berada pada paras lebih dari itu maka doktor sudah membuat pengawalan

setiap 3 bulan.

Kami akan dibuat ujian darah tiga bulan sekali. Paras Protin, Potosium, Urid Asid,

gula, Hemogelobin, Sel darah putih. Banyak lagi jika nak disenaraikan.

Ada waktunya katil hospital menginsafkan kita tapi sejadah juga tempat kita

bermunajat. Ubat bukan penyembuh tapi iman yang menentukan kita mati dengan

sempurna. Ketika sedang nazak orang yang paling disayangi tidak mungkin berada

di sisi kita tapi yakinlah Allah sentiasa bersama kita. 7C katil 7 HCTM.4 pagi.

Oleh itu memakan entah apa-apa ubat atau suplement bukanlah penentu pesakit

tidak perlu dialisis lagi. Malah resiko untuk dilebih parah akan terjadi.

Page 62: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 61Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Bayangkan pemakanan kami diambil kira. Tak semua sayur, buah boleh dimakan.

Daging dan berbagai lagi harus diminimumkan pengambilannya.

Bayangkanlah jika kita memakan ubat-ubat yang yang tidak diiktiraf apa akan jadi

pada darah, jantung, paru-paru dan hati. Sebab buah pinggang yang lemah sudah

pasti akan membuatkan organ lain jadi lemah.

Tidak semua pesakit dialisis mati kerana kerosakan buah pinggang rosak tapi kerana

kesan kepada organ-organ lain.

Oleh itu langkah ikut nasihat doktor, makan kena jaga, kawal jumlah air dalam

badan, ikut jadual buat dialisis.

terbaik

Berdoa kepada Allah kerana biarlah mati dijauhkan dari fitnah. Semoga melawan

sakit dalam iman, mati dalam Islam.

Penyakit Hilang Ingatan

Setelah memasuki usia emas, saya ada satu perkara yang hendak dikongsikan iaitu

masalah hilang ingatan. Tambahan bagi kita yang ada penyakit kronik atau yang

melibatkan kemurungan.

Page 63: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 62Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Dikatakan otak kecut. Rakan-rakan bidang perubatan boleh membantu saya

menghuraikan masalah ini. Oleh itu ada beberapa perkara perlu dielak sebelum

terjadi: 1. Kawal emosi. Jangan biar kemurungan yang ada dalam diri kita.

Bergembiralah dengan isteri atau suami, keluarga dan rakan-rakan. 2. Enjoy dengan

kerjaya walaupun anda tidak suka. 3. Banyakkan membaca Quran, zikir, membaca

buku-buku. 4. Masalah orang jangan difikir. Kalau tidak mampu membantu tolong

carikan orang mampu menolong. 5. Sentiasa memaafkan orang buat salah dengan

kita dan minta maaf jika kita ada buat salah. 6. Ada hutang bayar ikut kemampuan. 7.

Ingat Allah sepanjang masa. 8. Ingat bahawa mati itu pasti dan jangan lupa buat

persiapan untuk menuju kematian sepanjang masa. Kepada yang ada keluarga atau

rakan yang berpotensi begini: 1. Jangan biar dia bersendirian. 2. Bangunkan potensi

dirinya. Bagi ucapan penghargaan kepada beliau 3. Hiburkan dia supaya tidak

kemurungan 4. Bawa jumpa pakar agama atau perubatan. Sebenarnya ciri-ciri ini

banyak terjadi setelah Covid-19 datang. Lebih parah bagi mereka yang berpenyakit

kronik.

Boleh dicam jika kita tahu bagaimana ianya terjadi. Ia amat merbahaya jika terjadi di

luar rumah tidak tahu hendak balik ke rumah. Jika ini terjadi maka seseorang itu

akan hilang terus ingatan dia tentang dirinya. Sering terjadi juga kepada mereka

yang kemalangan namun apa yang saya hendak sentuh ialah hilang ingatan akibat

tekanan hidup berpunca kerana penyakit, masalah peribadi, masalah keluarga. Saya

sentuh hal ini kerana ada sahabat dan keluarga sebelah isteri saya jadi begitu dan

hingga kini terus hilang identitinya. Perubatan menyebut penyakit Alzheimer kita

sebut nyanyuk.

Page 64: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 63Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Justeru, pendekatan diambil memulakan berpuasa dengan berdoa kepada Allah

agar diberi perlindungan serta mengharapkan puasa-puasa terdahulu dapat

memberi kekuatan kepada jiwa dan fizikal kepada saya.

Kesihatan Dan Puasa Ramadan

Alhamdulillah dengan 'Power of Doa' saya dapat meneruskan puasa sepanjang

bulan Ramadan lepas tanpa sebarang gangguan walaupun saya sudah membuat

congak bahawa kemungkinan saya akan meninggalkan puasa sebanyak 12 kali.

Allah memudahkan proses rawatan ddialisis bermula seawal jam 6.30 pagi di mana

baharu sahaja bersahor kira-kira sejam sebelum itu.

Oleh itu saya merumuskan jika pesakit nasih boleh bertenaga dan kekuatan masih

ada maka boleh terus berpuasa disamping itu nasihat pakar harus diambil kira dan

pendapat dari ilmuan agama juga usah diabaikan.

Sekadar menyentuh Puasa dan Pesakit Kronik. Sebelum datangnya bulan Ramadan

saya sudah membuat sedkit soal selidik dengan pesakit yang dah lama (ada yang dah

11tahun) menjalani rawatan dialisis. Mereka kata ikut kemampuan.

Nurse di pusat Dialisis juga memberi panduan, misalnya jika berlaku komplikasi

semasa proses cuci darah dilakukan elok berbuka.

Pendapat ilmuan agama Islam juga dirujuk yang mengatakan bahawa boleh tidak

berpuasa jika memudaratkan.

Page 65: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 64Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Pada hemat saya, jika masih sihat jangan abaikan apa jua ibadat kerana ketika telah

datang penyakit sudah pasti Allah akan membantu kerana Dia lebih tahu apa yang

kita mampu dan tak mampu lakukan.

Jangan dirisau akan segala-gala kemungkinan kerana bantuan dari Allah adalah

pasti! Kehidupan harus diteruskan dengan fikiran yang POSITIF.

Pada 2 Syawal 1441 saya memulakan puasa enam hari bulan Syawal dengan

ditemani oleh isteri, AcikMah.

Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara

Alhamdulillah jika begitu. Tetapi jika sebelum bersara

anda sudah ada Darah Tinggi, Deabetes, Jantung Masalah Pernafasan dan lain-lain

sebenarnya anda akan melalui titik hitam suatu masa nanti. Bersedialah walaupun

anda seorang yang cergas melakukan aktiviti senaman.

Anda sihat setelah bersara?

Namun jika anda membuat pemantauan kesihatan di hospital Alhamdulillah anda

tidak akan melalui kehidupan yang samar. Usia 60an bukan usia untuk bersuka ria

dengan apa sahaja perkara seperti usia 20an atau 30an.

Ada kes kawan saya sebulan sebelum bersara jatuh dan terlantar di hospital kerana

masalah jantung. Ada kawan saya tiga bulan sebelum bersara dimasukkan ke

hospital kerana masalah Deabetes. Seorang kawan saya yang sedang merancang

untuk bersara awal, jatuh selepas bermain bedminton dan meninggal. Manakala

rakan sepejabat isteri saya pulang ke rumah ketika tengahari jatuh dan meninggal

sebelum masuk kerja sesi petang.

Page 66: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 65Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Saya bukan hendak menakutkan anda. Kepada yang yang masih muda

berwaspadalah dengan kesihatan. Jaga makan, jaga rehat, jaga emosi, jaga amal

ibadat. Semua ini antara perkara yang akan membuatkan anda sihat dan bahagia.

Anda menjadi orang kaya selepas bersara? Bila bertemu rakan-rakan anda akan

digelar orang kaya baru. Tidak kira yang bekerja dengan kerajaan atau swasta status

ini akan dilekatkan pada diri anda.

Dalam catatan kali ini saya hendak menyentuh dengan wang anda. Kenapa saya

harus menyentuh kewangan anda? Dengki oh tidak. Wang anda tetap milik anda.

Jumlah yang anda dapat mengikut gaji akhir yang anda perolehi ketika bersara.

Begitu jika anda bersara dengan menyimpan KWSP.

Setelah saya bersara hampir dua tahun maka satu analisa tentang pentingnya

menyimpan untuk peruntukan kesihatan. Ahhh kewangan kerajaan kan ada, itu

mungkin bisik hati anda. Ya jika bersara dengan kerajaan ada peruntukan ini. Tapi

sejauh mana kelancaran proses untuk memperolehi kewangan ini.

Page 67: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 66Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Ada kes-kes penyakit kronik memerlukan kewangan yang lumayan. Misalnya

penyakit Barah, Jantung, Paru-paru, Otak, Buah Pinggang. Oleh itu dalam kes-kes

begini ia amat memerlukan peruntukan yang tinggi. Jangan cemas jika anda tidak

mengidap penyakit seumpama itu.

Harus anda ingat jika Allah hendak menguji kita selepas lima atau sepuluh tahun kita

bersara, hospital menjadi tempat utama kunjungan kita selain masjid dan surau.

Pada masa itu anda tidak lagi ada masa ke pulau-pulau percutian, hotel-hotel untuk

berehat.

Jadi apa harus kita buat dengan wang yang lumayan? Berikut saya berikan

cadangan yang mudah jika anda seorang Islam. 1. Simpan dahulu untuk jangkamasa

setahun. 2. Gunakan untuk menunaikan haji atau jika nama belum dijemput,

rancanglah pergi umrah.

Page 68: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 67Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Simpan Untuk Urusan Kesihatan.

Simpanlah wang untuk kesihatan kerana ada masa-masa tertentu anda perlukan

wang untuk merawat kesihatan. Pada masa itu misalnya jika bantuan dari pihak-

pihak tertentu belum mendapat kelulusan.

Pengalaman saya sejak Disember 2019 peruntukkan kewangan yang tinggi perlu

dikeluarkan. Setelah saya wajib membuat Dialisis setiap tiga kali seminggu maka

wang simpanan harus disediakan untuk tujuan itu. Saya harus membayar sendiri

terlebih dahulu setiap kali Dialisis kepada pusat Homodialisis.

Begitu juga ada seorang rakan yang bekerja swasta harus menanggung kos rawatan

yang sama. Kini beliau mendapat pencen terbitan dari Perkeso.

Renungkanlah wahai saudara/i jika terkena kepada anda atau keluarga anda, mesti

galap mata memikirkan masalah ini.

3. Jangan lupa bayar zakat sebaik sahaja dapat wang tersebut. 4. Buat wakaf dengan

mana-mana badan yang diiktiraf. Misalnya tabung pembangunan masjid, surau,

rumah anak-anak yatim, rumah-rumah orang tua. 5. Simpan untuk urusan kesihatan.

Ingat jika anda berinfak ke jalan Allah wang anda akan terjamin dengan ganjaran

pahala yang besar. "Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana

(menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu segaja mencampakkan diri kamu ke

dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) : dan baikilah (dengan sebaik-

baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi

orang-rang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah Al Baqarah 2: 195)

Page 69: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 68Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Wang anda tetap wang anda. Sesiapa pun tidak boleh menegur atau menghalang

apa yang anda nak buat dengan wang itu.

Anda nak kawinkan anak dengan perbelanjaan yang besar. Anda nak besarkan

rumah atau nak beli rumah baru? Anda nak melancong setiap bulan? Anda nak

kawin seorang lagi? Anda nak beli kereta atau motiskal baharu? Semua itu hak

anda. Memang sesiapa tak boleh ganggu. Namun setelah anda sakit dalam tempuh

tertentu selepas bersara dan wang dalam simpanan telah kering di mana nak cari

lagi sumber kewangan.

Anda boleh berkata, ahh saya tidak akan sakit yang kronik kerana saya jaga

kesihatan. Tetapi harus ingat apabila doktor berkata "penyakit pakcik tidak boleh

pulih atas faktor penuaan" bagaimana perasaan anda.

Kawal Kewangan Anda.

Page 70: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 69Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Ingat, kemurungan kerana ketiadaan wang ketika sakit lebih merbahaya dari

penyakit itu sendiri. Namun harus kita ingat wang juga bukan penyebab kita akan

sihat kerana kesihatan itu Allah yang tentukan.

Kemurungan Seorang Pesakit

Kes pertama: Saya diberitahu ada pesakit tiba-tiba mengamuk nak bunuh diri.

Setelah dipujuk pesakit dirujuk ke Psikiatri. Puncanya pesakit tersebut tertekan

kerana melihat sebutharga rawatannya yang amat tinggi.

Kes kedua: Ada pesakit Buah Pinggang yang menderita jiwa dan bertanya apakah

dia boleh sembuh dengan proses Dyalisis setiap tiga kali seminggu.

Kes ketiga: Ada pesakit hilang ingatan kerana anaknya meninggal kerana penyakit

barah.

Kisah-kisah di atas saya petik dari peristiwa yang sebenar tapi perlu merahsiakan

nama hospital dan nama pesakit. Kebanyakannya mereka saya kenal rapat.

Kemurungan atau tekanan perasaan seorang pesakit fizikal banyak terjadi dewasa

ini. Ada yang mengeluarkan kata-kata "kenapa Allah beri penyakit ini kepada saya?".

Atau ada yang berkata, "kenapa penyakit ini dihidap oleh anak saya, bukan saya".

Page 71: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 70Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Dalam catatan ini saya ingin menumpukan kisah bagi seseorang pesakit. Antaranya

ialah pesakit Buah Pinggang, Barah, Jantung, Kencing Manis dan penyakit-penyakit

kronik lain.

Ada kes yang saya dengar dalam satu program Radio Sinar FM, pesakit mengaku dia

mengalami masalah kemurungan yang serius. Pesakit ini bukan sebarangan kerana

dia mempunyai ilmu agama Islam yang tinggi. Ibadat tidak tinggal tetapi jiwanya

kacau dan menuju ke arah membunuh diri!

Pengalaman saya apabila doktor di sebuah klinik memberitahu ujian darah saya

menunjukan kelemahan Buah Pinggang pada tahun 2014 saya jadi tidak menentu.

Setelah dirujuk dengan pakar Nefrologi saya disahkan mempunyai masalah Batu

Karang di dalam Buah Pinggang. Tahun 2015 saya dibedah dan Batu Karang sebesar

2.5 cm telah dikeluarkan dengan satu pembedahan besar selama 6 jam.

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorangitu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marahserta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalammasa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur,jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atauber tahun-tahun. (rujukan di sila klik)

Page 72: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 71Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Ketika di wad dan pusat Dyalisis jiwa terganggu dengan keadaan pesakit lain.

Mereka yang lebih lemah memberi kesan kepada saya. Saya mula terfikir,

mungkinkah suatu masa saya terjadi seperti mereka.

Saya rasa pada catatan ini tidak molek untuk menceritakan keresahan saya kepada

pembaca. Saya hendak bawa bagaimana saya mengubah kebimbangan kepada

keyakinan sejak tahun 2014 hingga sekarang.

Sejak tahun 2015 saya menerima rawatan yang berjadual di Hospital Canselor

Tuanku Mukhriz (HCTM/PPUKM). Beberapa siri pembedahan terus dilakukan oleh

doktor HCTM pada tahun 2016 sehingga 2017. Pada tahun 2018 tahap kerosakan

Buah Pinggang semakin serius. Pada April 2019 saya telah dinasihatkan oleh doktor

pakar HCTM untuk menghadiri sesi taklimat rawatan Buah Pinggang iaitu Dyalisis.

Rezeki saya dengan usaha dan doa kepada Allah pada 24 Julai 2019 saya berangkat

ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada musim haji 1440H. Kisah ini boleh

diikuti di Travellog Dua Tanah Suci.

Pada 6 Disember 2019 bermula kisah saya sebagai Pesakit Buah Pinggang apabila

doktor meminta saya menurunkan tandatangan untuk membuat tiub pada dada.

Pada jam 8.00 malam saya melalui proses Dyalisis untuk kali pertama selama dua

jam.

Perasaan saya tidak terganggu ke? Masakan tidak sebagai manusia yang lemah jiwa

tetap terganggu. Semua keistimewaan hidup hilang. Saya tidak boleh menjalani

kehidupan bebas seperti sebelum ini. Ia bukan sahaja pada diri saya tetapi isteri dan

anak-anak juga terkesan.

Page 73: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 72Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

3. Gunakan hukum purata bagi menghilangkan kebimbangan kita. Tanya kepada diri

sendiri,"Apakah kejadian yang jarang-jarang berlaku itu boleh terjadi?" 4. Pasrah

pada kententuan takdir. Sekiranya kita tahu musibah yang melanda kita itu tidak

boleh diubah atau ditukar kerana ia di luar kemampuan kita, katakanlah kepada diri

sendiri, "Apabila sudah ditakdirkan begitu. Begitulah jadinya. 5.Tentukan

pada kebimbangan kita. Bagi setiap masalah yang menimpa, kita perlu menentukan

sendiri setakat mana had maksimum kebimbangan yang dapat kita terima.

Sekiranya ia melebihi had itu, lupakan sahaja masalah itu. 6. Usah memikirkan

perkara yang sudah lepas. Biarkan ia berlalu pergi.

Stop-loss

Sebagai orang Islam saya bersyukur kerana kita ada Allah. Saya yakin setiap

penyakit adalah anugerah Allah. Saya anggap bertuah kerana telah tahu apakah

penyakit yang akan membawa saya balik ke Alam Akhirat. Saya yakin penyakit yang

datang adalah ujian Allah kerana Dia sayangkan kita. Kita kena yakin setiap Rasul

dan Nabi mengidap penyakit tertentu sebagai ujian kepada mereka.

Dalam buku How to Stop Worrying and Start Living; penulisnya Dale Carnegie

menulis beberapa langkah menghilangkan kebimbangan: 1. Minda kita dapat hindari

perasaan bimbang sekiranya kita sentiasa sibuk. Menyibukkan diri adalah terapi

terbaik yang pernah dicipta bagi menyembuhkan penyakit wibber gibbers. 2. Jangan

membiarkan hal yang remeh-temeh merosakkan kebahagian kita.

Page 74: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 73Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Saya senaraikan antara amalan yang mampu dilakukan bagi orang yang belum

ditimpa sebarang penyakit (masih sihat). 1. Jangan tinggal amalan wajib. Solat, Puasa,

Zakat Fitrah dan Haji (jika mampu). Semua ibadat ini jika masih sihat kita abaikan

maka ketika sakit amat berat hendak dilakukan. Bayangkan ketika sakit baru nak

solat sedangkan mahu berdiri pun tidak mampu. Mengambil wuduk pun sakit. Puasa

wajib juga begitu. Mana mungkin setelah sakit baru nak memulakannya amat berat

rasanya. Malah orang yang sakit ada yang tidak diwajibkan berpuasa. Fardu Haji;

ada beberapa penyakit yang tidak akan dibenarkan menunaikan fardu haji

terutamanya pesakit Buah Pinggang.

Dalam hubungan masalah saya, saya ambil pendekatan 1, 2,4 dan 6. Jangan

merisaukan jiwa dengan mengenangkan bahawa kalau saya menjaga kesihatan sejak

muda pasti Buah Pinggang tidak rosak. Pasrah pada takdir juga satu kekuatan iman

yang mampu melatihkan diri kita redho dengan pemberian Allah. Jangan anggap

penyakit ini hukuman Allah tapi anugerah yang amat mahal buat kita!

Terdapat banyak rujukan dalam Al Quran dan Hadis yang mampu memberikan

ketenangan. Islam mengajar kita bersabar, redho dengan segala ujian. Menerusi

catatan Ustaz Hanafi, beliau menekan cara menghadapi penyakitnya (barah).

Antaranya ialah kuatkan beribadah, ganti solat fardu yang ditinggalkan.

Dalam bukau tulisan Ustaz Ku Muhamad Asmadi, beliau

menulis Sedekah menghindarkan musibah dan menjauhkan kematian yang buruk.

The Power of Sedekah

Dr Zaharuddin Abdul Rahman dalam bukunya

menghuraikan peranan sedekah sebagai Penawar kepada

kebanyakan penyakit rohani atau hati.

Sedekah Luar Biasa-KeajaibanAmalan Penarik Rezeki

Page 75: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 74Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Sunat Rawatib berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung

supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-

solat fardu. Solat sunat rawatib umpama dinding yang melengkapi rumah yang telah

dibina tiangnya. Solat sunat rawatib lebih afdal dilaksanakan dirumah. Hadis

riwayat imam al bukhari dalam sahihnya kitab al jumu’ah no.1180 yang bermaksud “

aku telah menghafal (menjaga) dari nabi saw tentang sepuluh rakaat ( iaitu solah

sunat) iaitu 2 rakaat sebelum solat zuhur dan 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat setelah

solat maghrib dirumahnya, 2 rakaat setelah solat isyak dirumahnya dan 2 rakaat

sebelum solat subuh”.-Wikipedia

Solat Taubat, Hajat, Tahajut dan Witir mampu memberi kekuatan jiwa ketika sihat

mahupun setelah berpenyakit. Ada satu anugerah besar bagi hamba Allah yang

hadir di Mahsyar waktu itu iaitu hadiah Qiamulai, yang pernah diamalkan ketika

hidup di dunia. Manusia yang sentiasa melaksanakan Qiamulai akan mendapat

keringanan dari Allah ta'ala selama dia berdiri dalam panasnya Mahsyar.

Keringanan itu sesuai dengan lamanya berdiri ketika melaksanakan Qiamulai.

Alangkah ruginya jika sudah sakit baru nak memulakan ibadat ini. Namun jika

hendak dilakukan setelah bertaubat lakukanlah dengan cara yang termampu kerana

Allah itu Maha Pengasih. 2. Perbanyakkan ibadat sunat semasa masih sihat, banyak

amalan sunat yang boleh dilakukan antaranya ialah solat Sunat Rawatib.

Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu lima waktu.

Solat ini amat digalakkan oleh Islam dan selalu diamalkan dan dilakukan oleh

Rasulullah s.a.w. Solat

Page 76: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 75Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

RUMUSAN: Lakukanlah ketika kita masih sihat. Ketika sakit InshaAllah ada

keringanan pada jiwa-

PETIKAN BUKU MISTERI SOLAT TAHAJJUT MENEMBUS ARASY oleh

Djamaluddin Ahmad Al-Bun

Sudah pasti kepada anda yang masih sihat menjaga kesihatan agar tidak

menghadapi kemurungan yang serius.

Kepada yang masih sihat ada beberapa panduan jika mengetahui keluarga, sahabat

atau kawan sakit: 1. Ziarahlah pesakit ini walaupun hanya lima minit. 2. Cari waktu

yang sesuai untuk ziarah. Misalnya waktu yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. 3.

Jika pesakit itu tidak sedar, tanya waktu yang sesuai untuk ziarah. Ada masanya

waktu-waktu tertentu keluarga menguruskan pesakit untuk membersih tubuh ibu atau

ayahnya. 4. Bawa makanan yang sesuai. Misalnya jika ia pesakit barah usus jangan

bawa makanan yang keras. 5. Bersederhana dalam perbualan jika di wad kerana ia

akan mengganggu pesakit lain. 6. Elak bergambar jika pesakit tak suka. 7. Jangan

mencadangkan perubatan lain yang tidak munasabah. Misalnya jika sah pesakit

rosak Buah Pinggang jangan cadangkan ubat-ubatan yang tidak dibenarkan oleh

doktor. 8. Berdoa kepada pesakit agar ia kembali sembuh atau doa agar keluarga

pesakit tabah dengan ujian ini.

Page 77: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 76Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

9. Jangan menggunakan ayat nasihat yang menyinggung perasaan seperti "Sakit ini

menghapus dosa" nanti pesakit terasa bahawa dia sakit kerana banyak dosa. 10.

Kalau nampak keluarga kita sakit agak kritikal, belajarlah tatacara menguruskan

jenazah. Misalnya kedudukan jenazah. Di mana hendak letak kepala atau kaki

mengikut arah Qiblat. Belajar cara mandi jenazah. Belajar solat jenazah setidak-tidak

kita jadi makmum ketika solat itu. Paling afdal menjadi Imam. 11. Sediakan tilam dan

penutup jenazah yang sesuai.

Saya menulis berdasarkan pengalaman melihat orang yang sakit dan mengalami

sendiri. Ingatlah tidak semua orang mahu sakit. Namun penyakit itu tidak mungkin

dapat dielak jika ia sudah ketentuan Allah. Mengalami sakit antara saya dan orang

lain tidaklah sama. Melarikan diri dari penyakit juga ada waktunya kita gagal. Seperti

mati, tidak semua orang hidup akan dapat lari kematian.

KEADAAN YANG DISUKAI PADA ORANG YANG MENJELANG AJAL: "Ketahuilah,

sesungguhnya yang disukai dari orang yang sedang menjelang ajal ialah

ketenteraman dan ketenangan. Dari lidahnya terucap dua kalimat syahadat, dan

hatinya adalah ia punya bersangka baik kepada Allah Ta'ala. " Petikan Di Balik Tabir

Kematian- IMAM AL-GHAZALI.

Kita sebagai pengidap apa-apa penyakit akan menemui ajal pada bila-bila masa

yang Allah tentukan. Meminta mati hukumnya haram. Membunuh diri berdosa besar.

Jangan kita kata kenapa penyakit ini datang pada kita. Tetapi bersyukurlah dengan

kehadiran penyakit ini kita sudah tahu akan ada penghujung kehidupan. Cuma

jangan meramal bila akan mati. "Soal roh itu hak Allah", sabda Rasulullah S.A.W. Kata

Ustaz Badli Shah jika sakit minta pada Allah kesembuhannya dan berubat mengikut

kaedah yang betul. Tidak mustahil ada penyakit yang akan sembuh.

Page 78: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 77Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Ayuh mulai hari ini perbanyakkan ibadat, mengingati Allah. Jangan keciwa jika doa

kita belum makbul mana tahu di akhirat kelak apa yang kita minta tercapai di sana.

Kita orang Islam mengesakan Allah adalah keutamaan semua. Ingat nyawa kita hak

Allah. Tubuh kita hak Allah.

Perbanyakkan membaca Al Quran selagi mata masih terang. Jika sebaliknya baca

saja ayat- ayat yang kita telah hafal. Keindahan dunia telah Allah ambil sedikit demi

sedikit. Bacalah buku-buku tentang akhirat kerana di sana kita akan kekal buat

selama-lamanya. InshaAllah ujian hebat yang kita lalui akan menempatkan kita di

satu tempat yang indah di alam akhirat.

Malah jika tidak sembuh, ketika mati kelak penyakit akan sembuh juga setelah kita

dikuburkan kerana kita tidak membawa penyakit itu ke Alam Barzah. Apa yang kita

bawa ialah amalan di dunia. Kebaikan yang kita buat kepada Allah dan makhluk-Nya

akan dinilai di sana.

Page 79: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 78Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Saya lega sebab nombor giliran saya naik cepat. Doktor terus bersuara dalam

keadaan serius, "Encik U ada pernah jumpa doktor Nefro?". Saya jawab ringkas;

"Ada...." Doktor menyambung lagi bahawa Buah Pinggang saya semakin lemah.

Cretianen 1,000 lebih ulas doktor. stop

Doktor terus menghubungi klinik pakar Nefro. Doktor di sana meminta saya naik ke

wad 6F. Nanti saya buat surat lampiran kata doktor tersebut.

Arahan Doktor Pada 6 Disember 2019 6 Disember 2019 saya isteri dan puteri

bongsu keluar seawal jam 6.30 pagi ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz

(HCTM)/PPUKM. Saya ada temujanji klinik hati. Kami keluar awal sebab merancang

selepas siap temujanji dengan doktor akan bergerak ke Utara balik ziarah saudara

mara dan kawan-kawan di sana.

Page 80: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 79Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Saya naik ke tingkat 6 HCTM dan bertemu Nurse. Mereka mengambil darah saya

dan minta datang semula selepas solat Jumaat. Seperti yang diminta selepas solat

Jumaat di surau HCTM saya kembali ke wad 6F bertemu doktor dan memberitahu

keputusan ujian darah telah diperolehi.

Diringkaskan cerita selepas solat Asar sekitar jam 5 petang saya menjalani proses

IJC dengan memasukkan tiub menerusi dada kanan. Lama jugalah proses ini

dilakukan oleh doktor pakar.

Jam 7.30 malam saya dibawa ke bilik Homodyalisis HCTM. Jam 8 malam proses cuci

darah berlaku untuk selama 2 jam. Bermulalah kehidupan baharu saya sebagai

pesakit Buah Pinggang. Anda kena baca kronori perjalanan hidup saya setelah

mendapati Buah Pinggang saya rosak.

Sila baca di tajuk dan satu lagi tajuk . Di

sana saya catatkan kisah penyakit yang dilalui sejak tahun 2014.

Haji: Doa dan Air Mata Ketika Saya Sakit

Jika anda telah membaca semua itu maka saya ingin mengharapkan agar anda tidak

menyamakan masalah saya dengan sesiapa. Jika anda membaca kejayaan saya

menunaikan haji jangan jadikan kes saya untuk membuat rayuan dan menjadikan

kes saya sebagai rujukan. Usah pula memberitahu Tabung Haji ada orang berjaya

pergi menunaikan haji walaupun pesakit Buah Pinggang.

Saya menunaikan haji sebelum membuat proses Dyalisis. Saya ke Tanah Suci ketika

saya belum membuat Pestula. Saya masih menganggap kehadiran di Tanah Suci

betul-betul kerana jemputan Allah. 6, 8 dan 10 Disember 2019 adalah tarikh dimana

setelah genap tiga bulan pulang dari menunaikan haji. Tarikh ini juga mengambil kira

tarikh wukuf pada 9 Ogos 2019 genap

Page 81: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 80Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

empat bulan. Saya akur dengan kehendak takdir dan saya juga telah berjanji kepada

Allah setiap kali berdoa kepada-Nya.

Walaupun hakikatnya ketika menunaikan segala rukun umrah dan haji tenaga saya

berkurangan namun dengan doa dan izin Allah telah menolong saya.

Saya meneruskan Dyalisis di sebuah pusat Homodyalisis Bandar Baru Bangi setiap

Isnin, Rabu dan Jumaat. Jadual kehidupan saya kini perlu berada di Pusat Dyalisis

setiap hari tersebut jam 6.30 hingga 11.00 pagi. Saya redho sebab telah bersedia sejak

tahun 2014.

Walaupun anda yang mengenali saya secara dekat tidak tahu derita ini. tambahan

ketika masih bekerjaya dulu. Malah dua bulan selepas saya menjalani pembedahan

besar Buah Pinggang dengan 6 jam dibius, saya telah menerima tugasan ke Kemboja.

Saya juga menerima tugasan ke Jakarta empat bulan selepas itu.

Page 82: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 81Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Malah ketika saya dibedah pada tahun 2016, sehari selepas itu telah dianugerahkan

Anugerah Bitara oleh Universiti Kebangsaan Malaysia bagi ketogeri individu. Banyak

anugerah saya cipta dalam derita tak semua orang tahu. Di pejabat rakan-rakan

tidak pernah melihat kemurungan saya. Malah, rakan sepejabat adalah orang-orang

yang membantu mengubat kemurungan saya.

Kepada isteri, anak-anak dan menantu mereka adalah rakan yang cukup membantu

menguatkan semangat saya. Saya mampu melawan semua ini sebab saya telah

melalui segala kesusahan sejak berusia 11 tahun. Saya juga pernah menjaga seorang

ibu yang mengidap penyakit Leukimia. Malah isteri saya juga mengidap penyakit

yang harus saya rahsiakan.

Inshallah saya akan teruskan semua proses Dyalisis ini yang telah dinotakan oleh

doktor bagi tempuh seumur hidup. Ada seorang rakan Facebook pernah menulis

kepada saya "Adakah proses Dyalisis tak jadi buat selepas balik dari menunai haji?

Mana tahu doa tuan di Arafah telah dimakbulkan?"

Bagi saya ketika diarah membuat cuci darah tidak timbul sangkaan buruk terhadap

Allah. Kalau saya kena cuci darah bukan bermakna doa-doa di Arafah, depan

Baitullah dan di mana saja tidak makbul. Saya beranggapan Allah tetap akan

memberikan yang terbaik walaupun kini terpaksa melawan derita batin, sakit tangan

dan anggota lain. Alhamdulillah segala derita ini saya lalui kerana saya percaya

setiap penyakit ada ubatnya.

Page 83: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 82Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Kita telah bersedia?"

Biar saya meneruskan proses merawat penyakit saya. Inshaallah jika saya ada masa,

saya akan terus menulis bagi memberi panduan agar orang lain sihat. Sayangi Buah

Pinggang Kita. Ketika meneruskan kehidupan ini yang saya tak pasti sampai bila?

pastinya jika ada catatan pun hanyalah pengalaman boleh dikongsi bersama. Terima

kasih kepada keluarga (isteri,anak-anak dan menantu) yang banyak menyokong

saya. Terima kasih kepada yang menziarahi saya. Malah ada Hero Yang Tidak Saya

Dendang sering menziarahi saya sejak tahun 2015 hingga kini. Ada sahabat yang

lebih dari saudara kandung mendekati saya sejak lama. Rakan-rakan FB yang

mendoakan buat saya, Like status saya. Anda yang sudi membaca setiap catatan

saya.

Saya ada menulis di FB pada 7 Januari 2020 yang berbunyi "Jika kita telah didapatiada tanda-tanda awal penyakit seperti Darah Tinggi, Kencing Manis Jantung dansebagainya maka harus bersedia dalam jangkamasa 4 hingga 10 tahun kemungkinanterjadi lebih serius. Buat pemeriksaan ikut arahan doktor. Belajar menghadapikenyataan. Ubah gaya hidup. Kuatkan semangat dengan bersedia menempuh situasilebih serius. Kebiasaannya penyakit fizikal tidak seteruk mana tapi kawalan emosiharus kuat. Ingat! Ujian kesakitan tidak sama dengan orang lain. Allah tak uji jika kitatak mampu. Namun Allah tetap menguji untuk menguatkan daya tahan kita. Mungkinujian di dunia lebih teruk tetapi di akhirat kita mendapat keringanan kerana redhodengan ujian Allah. Selalulah anggap ujian itu anugerah Allah yang orang lain tidakdapat. Orang yang tak sakit tak pernah mengerti makna penyakit itu penghapus dosatetapi sebelum jatuh sakit belajarlah bertaubat untuk menghapus dosa.

Page 84: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 83Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Saya sering berpegang pada prinsip "Doktor dan petugas perubatan hanya hamba

Allah yang jujur merawat saya. Yang akan menyembuhkan saya dan semua orang

hanyalah Allah". 28 Disember 2019

Sebenarnya malam tadi dah stabil. Selepas doktor berusaha tebuk leher kanan saya

gagal saya dah mula cemas. Masalahnya apa dia sembang saya faham kecuali istilah

perubatan. Tak apa doktor buat? Mereka berusaha yang sebelah kiri. Ayat paling

Win doktor kata ok saya cucuk ubat tahan sakit ye....lepas itu gilu je masuk tiub 16cm.

Takpalah tiub ke Buah Pinggang lagi panjang 36cm. Syusssss masuk. Syittt terasalah

pedih. Selesai setelah sejam saya bangun macam orang mamai. Alaaah prosesnya

macam jumpa doktor gigi je. Malam buat Dialisis. Suuup dapat buat 2 jam 20 minit

saya pening. Misi call doktor kemudian dia stop cuci darah. Sepanjang malam tadi

saya tidur lena teringat macam-macam. Pesan saya jagalah Buah Pinggang. Jangan

banyak makan makanan proses. Jangan banyak minum manis. *Gambar sekadar

hiasan

Page 85: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa Doa Oleh Abd Raai Osman

Muka Surat 84Warkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit Buah Pinggang

Rujukan:

 

1. Al Quran dan Hadis

2. Indahnya Amaln Berdoa, Dato' Ismail Kamus-Telaga Biru, 2010

3. Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab Hamid,

Telaga Biru 2009.

4. Indahnya Amalan Berdoa, Dato' Ismail Kamus-Telaga Biru, 2010.

5- Di Balik Tabir Kematian, Imam Al-Ghazali, Pusataka Al Ehsan,2013

6. Aku Sakit Dia Penyembuh, Ustaz Sharhan Safie-Al-Ruqyah Thobibi,2014

7. Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy, Djamluddin Ahmad Al-Buni, Al-Hidayah,

2014

8. Sedekah Luar Biasa, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Telaga Biru, 2015

9. Anda Sakit, Maka Bersedekahlah, Muhammad Luqman, Jasmin. 2016

10. The Power Of Sedekah Ku Muhamad Asmadi, Pusataka Al-Ehsan, 2017

11. Rahsia Kematian Alam Akhirat dan Kiamat, Imam Al -Qurtubu, Al Hidayah, 2019

Page 86: Kuasa Doa - WordPress.com

Kuasa DoaWarkah Dari Hospital Oleh Seorang Pesakit

Buah Pinggang

Penyakit adalah anugerah Allah. Oleh itu jangan buruk sangka dengan Allah. Maka berubatlahdengan penuh takwa. Bertawakallah dengan Allah. Berdoa adalah  ubat paling mustajab.

Apa saja yang kita alami ia adalah ujian dari Allah. Kita wajib menjaga iman agar tidak terpesong.Jangan sesekali menyebut, mengeluh dan apa saja "kenapa Allah letakkan penyakit ini kepadakita". Itu buruk sangka namanya.

Sebelum kita dilahirkan zuriat kita adalah yang terkuat dari air mani ayah kita. Kita dikandungkanibu dalam tempuh sembilan bulan sepuluh hari dalam rahimnya yang lembut. Akhirnya kita lahirmenjadi manusia gagah samada lelaki atau wanita. Kita kuat.

Penyakit ini adalah sebahagian ujian menuju ke alam akhirat. Jika  meminta maka mintalahkepada Allah walaupun hingga akhir hayat. Jangan lakukan rawatan yang boleh mensyirikkankita.

Haji Abd Raai bin Osman P.J.K

Siapa mahu sakit? Sudah tentu tidak. Jika telah mengidap penyakit kronik maka kita kena reda.