kssm dan kssr.docx

21
QSU 3123 Kurikulum Dan Falsafah Sains Sukan Dan Pendidikan Jasmani KSSR DAN KSSM IMPLIKASINYA KE ATAS PELAKSANAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH NAMA NO MATRIK MOHAMAD FIEZWAN BIN ZAKARIA D 20121057927 MOHD RAFSHANJANI BIN AB HAMID D 20121057931 PENSYARAH DR. NORKHALID BIN SALIMIN

Upload: faiz-allblack

Post on 25-Sep-2015

78 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

QSU 3123 Kurikulum Dan Falsafah Sains Sukan Dan Pendidikan Jasmani

KSSR DAN KSSM IMPLIKASINYA KE ATAS PELAKSANAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DI SEKOLAH

NAMANO MATRIK

MOHAMAD FIEZWAN BIN ZAKARIAD 20121057927

MOHD RAFSHANJANI BIN AB HAMIDD 20121057931

PENSYARAHDR. NORKHALID BIN SALIMINISI KANDUNGANBILISI KANDUNGAN

1. Pengenalan

2.2.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) 2.1 Konsep Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah 2.2 Bentuk Kurikulum Transformasi 2.3Elemen Merentas Kurikulum (Emk)

3.3.0 Kurikulum SekolahMenengah(Kssm) 3.1Konsep Transformasi kurikulum Sekolah Menengah

4.4.0 Kssr Dan Kssm Dalam Konteks Pjpk 4.1 KSSR 4.2 KSSM

5.5.0 Implikasi Pelaksanaan Kssr Dan Kssm Dalam Pjpk Di Sekolah

6.Penutup

7.Rujukan

1.0 Pengenalan"... KURIKULUM KEBANGSAAN adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan"Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-146).Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tersebut. Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di sekolah tersebut. Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak melakukan penambahan, pegubahan atau pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan dari semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian. Setiap sekolah dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.Kementerian Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara. Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum. Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata. Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat. Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran. Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.

2.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr)2.1 Konsep Transformasi Kurikulum Sekolah RendahTransformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan. Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara. Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).2.2 Bentuk Kurikulum TransformasiMalaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan dan perancangan kurikulum sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan arah aliran perkembangan pendidikan tempatan dan antarabangsa. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud tarnsformasi sebagai perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic berdasarkan kurikulum persekolahansedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum : struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran , bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.Pendidikan diMalaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara(1988 Falsafah Pendidikan Negara)Sebarang perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan matlamat tersebut:a) Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

b) Literasi Sains & Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi c) Fizikal & Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasid) Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilaie) Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduanf) Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum 2.3 Elemen Merentas Kurikulum (Emk)Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah sepertiBahasa, Sains dan Teknologi,Pendidikan Alam Sekitar,Nilai MurnidanPatriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaituKreativiti dan Inovasi,Keusahawanan, sertaTeknologi Maklumat dan Komunikasidikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.Elemen Kreativiti dan InovasiBerdasarkan kepada pelbagai definisi, kreativiti boleh dijelaskan sebagai: kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. kebolehan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif. kebolehan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru. hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.Elemen Keusahawanan Eleman ini adalah satu proses ke arah pembentukan ciri-ciri, perwatakan, pemikiran dan gaya hidup sabagai seorang usahawanElemen Teknologi Maklumat Dan KomunikasiTeknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.

Pendekatan membudayakan TMK dalam p&p adalah seperti berikut: Belajar Mengenai TMK pengetahuan dan kemahiran TMK Belajar Dengan TMK pengupaya untuk mengajar dan belajar Belajar Melalui TMK pencapaian maklumat, ilmu pengetahuan dan penggunaan bahan p&p yang dicapai/akses melalui media TMK3.0 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Kssm)3.1 Konsep Transformasi Kurikulum Sekolah MenengahKurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), merupakan salah satu transformasi pendidikan di Malaysia. KSSM akan dilaksanakan pada tahun 2014. Pelaksanaan KSSM membawa transformasi kepada:- Perubahan sukatan semua mata pelajaran. Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Mengurangkan fokus peperiksaan.Konsep Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah. Berasaskan prinsip KBSM yang sedia ada:- Kesinambungan pendidikan rendah dan menengah Pendidikan umum untuk semua murid Penggunaan ilmu disiplin yang ada Kesepaduan antara unsur JERI Penekanan nilai-nilai murni Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia. Pendidikan sepanjang hayat.Perubahan Kurikulum Sekolah Menengah kepada:- Reka bentuk kurikulum Organisasi kurikulum Kandungan kurikulum Penekanan kepada kemahiran abad ke-21

4.0 KSSR Dan KSSM Dalam Konteks Pjpk4.1 KSSRMatlamatnya ialah bertujuan membina individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, pengetahuan, dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Ada dua modul iaitu kecergasan dan kemahiran, yang mana kesukanan diajar serentak dibawah modul kemahiran dan kecergasan dan P&P dijalankan selama 60 minit dalam dua hari. Konsep pembelajaran berasaskan enam tunjang iaitu: 1) Komunikasi 2) Kemanusiaan 3) Kerohanian, sikap dan nilai 4) Keterampilan diri, 5) Perkembangan fizikal dan estetika6) Sains dan teknologi Fokus pembelajaran hanya membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan, memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri dan sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.4.2 KSSM Matlamatnya bertujuan membina individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, pengetahuan, dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah matapelajaran teras dalam KSSM, yang mana memperuntukkan 3 waktu dalam seminggu untuk menengah rendah dan 2 waktu untuk menengah atas. Tunjang pembelajaran untuk PJPK ini adalah:Pendidikan Jasmania) Kecergasanb) Kemahiranc) KesukananPendidikan Kesihatana) Kesihatan diri dan keluarga b) Gaya hidup sihatc) Kebersihan dan keselamatan persekitaran.5.0 Implikasi Pelaksanaan Kssr Dan Kssm Dalam Pjpk Di Sekolah5.1 KomunikasiKomunikasi merupakan suatu medium pengantaraan yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada didalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Ini selaras dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Komunikasi yang berkesan dapat membantu pelajar dan guru menyampaikan maklumat yang berguna dan mantap untuk kefahaman pelajar itu sendiri. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat mengalikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondusif. Selain itu. murid-murid juga dapat mengikuti dan bermain permainan yang diajar oleh guru dengan seronok dan tidak bosan kerana berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid.Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir dengan berkesan kepada pelajar malah menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi.Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani pelbagai perkembangan organisasi pembelajaran. Ini sejajar dengan objektif dalam pembelajaran kognitif yang menyuruh pelajar berfikir secara terus menerus ketika melakukan aktiviti yang melibatkan kemahiran dalam setiap permainan.

5.2 Kerohanian, Sikap Dan NilaiAspek ini melibatkan penghayatan dalam melaksanakan amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dapat memupuk akhlak yang baik dan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid. Penghayatan ini dapat diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama islam. Hal ini kerana ianya dapat menyedarkan murid-murid tentang kepetingan dan kelebihan kepercayaan dan kesyukuran kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab saling hormat menghormati dan dapat membentuk jati diri yang sebenar. Selain itu, kurikulum pendidikan juga telah menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepimpinan murid-murid melalui kokurikulum. Hal ini kerana bagi melahirkan pemimpin yang adil pada suatu hari nanti memerlukan pengetahuan serta panduan yang bermula pada masa kini. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia. Perkara ini bertujuan untuk menguatkan hubungan sosial antara pelajar dengan masyarakat di sekeliling sekaligus merangkumi aspek objektif pembelajaran dalam komponen afektif dalam pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan yang mementingkan kerjasama dan sikap toleransi dalam kalangan pelajar.

5.3 Fizikal Dan EstetikaKSSR memberi penekanan kepada aspek fizikal dan estetika. Hal ini kerana kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititik beratkan dan diberi penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan minda yang cerdas. Melalui kecergasan tubuh badan, ianya dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang pelajar itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan berpengetahuan luas serta berpandangan jauh. Tambahan lagi, pemupukan daya imaginasi, kreativiti dan bakat amat penting dalam proses berlakunya transformasi dalam bidang pendidikan. Apabila badan murid cergas dan sihat pemikiran mereka juga dapat diasah agar lebih kreatif dan berinovasi berbanding sekiranya badan lemah dan tidak bermaya. Hal ini secara langsung dapat mengasah bakat yang terpendam dalam diri murid melalui pelbagai aktivit yang mereka sertai sama ada dalam atau luar sekolah.

5.4 Menerapkan Elemen Kreativiti Dan InovasiKeupayaan Negara untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 kini memerlukan masyarakat yang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea baru agar dapat berada di peringkat paling atas dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Oleh itu, dalam usaha untuk memperoleh inovasi tersebut, usaha ini perlulah di mulakan dari peringkat awal bermula dengan sistem pendidikan. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, elemen kreativiti dan inovasi perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar. Sekiranya elemen inovasi ini tidak diterapkan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, sudah tentu pelajar akan hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran tersebut. Oleh itu, jika guru tidak menerapkan elemen inovasi dalam pengajaran dan masih mengekalkan cara pengajaran tradisional yang membosankan sudah tentu pelajar akan hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran dan melihat ia sebagai subjek yang kurang menarik. Maka daripada penerapan elemen kreativiti dan inovasi ini lahirlah murid-murid yang dapat berfikiran jauh seterusnya dapat membawa perubahan dalam hidupnya dan juga kepada negara.Oleh hal yang demikian. Sebagai guru pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan hal ini haruslah dititikberatkan kerana guru harus bersedia memahami pelbagai tahap pengetahuan dan kebolehan pelajar. Penguasaan dalam memahami tahap tersebut membolehkan guru membina kemahiran dan strategi mengajar mengikut corak pelajar kerana kita sedia maklim bahawa di peringkat persekolahan pelajar bermula daripada sekolah rendah dan bergerak setiap tahun ke sekolah menengah. Justeru itu, kemahiran dan strategi mengajar perlulah disesuaikan dengan tahap perkembangan dan pertumbuhan pelajar.5.5 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan matapelajaran Teras Semua Aliran.PJK merangkumi hampir semua mata pelajaran yang lain di semua peringkat sekolah rendah dan menengah dan merupakan matapelajaran yang teras bagi semua aliran tidak kira aliran sains.sastera dan agama. Dalam subjek PJK ada perkara yang berkaitan sukan seperti asas bola sepak, badminton, olahraga dan lain-lain. Fisiologi seperti fungsi kardiovaskular, biologi sistem tubuh badan manusia manakala fizik seperti pergerakan manusia,peredaran darah,pembentukan asid laktik dan lain-lain. Matapelajaran Matematik merangkumi aspek pengiraan seperti pengiraan BMI,kadar nadi dan pendidikan kesihatan seperti pemakanan berkhasiat,kecergasan fizikal dan pelabagai aspek kesihatan yang lain. Hal ini sekaligus matapelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan telah merentasi kurikulum dan sewajarnya matapelajaran ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding matapelajaran yang lain.Justeru walaupun mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan tidak diserapkan ke dalam sistem peperiksaan besar di negara kita seperti UPSR,PMR dan SPM misalnya, mata pelajaran ini masih perlu diletakan sebaris dengan mata pelajaran yang lain kerana kepentingan kesihatan melebihi semua perkara lain. Contohnya dalam dua situasi iaitu yang pertama mana lebih penting diantara memiliki harta kekayaan tetapi sering keluar masuk hospital berbanding hidup sederhana tetapi sihat sepanjang masa. Maka pada abad ini kebanyakan kita sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan diri mereka sendiri. Justeru itu, mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan merupakan matapelajaran yang teras dan membolehkan semua pelajar mengetahui aspek penjagaan kesihatan dari peringkat bangku sekolah. Ini selaras dengan falasafah pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang sihat dan berfikiran holistik dan mampu mewujudkan persaingan yang sihat sekaligus mampu menerajui negara dengan penuh kewibawaan.

5.6 Membina Modal Insan BerkesanPembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam bagi memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), haruslah memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru dan membabitkan murid ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.Guru tidak dibenarkan membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen iti merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang murid sepanjang sesi persekolahan untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Justeru itu, dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan guru seharusnya berusaha untuk menilai tahap kecergasan pelajar melalui portfolio hasil daripada ujian kecergasan yang telah dibuat oleh pelajar itu sendiri.Portfolio kecergasan murid ini penting untuk rujukan guru pada masa akan datang. Hal ini dengan cara tidak langsung dapat membantu untuk merujuk perkembangan kesihatan pelajar sekaligus dapat memilih pelajar untuk mewakili sekolah dalam acara yang bersesuaian dengan kemampuan pelajar tersebut.6.0 PENUTUPKesimpulannya semua pihak harus berganding bahu dalam menyokong pendidikan di negara kita khususnya Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju dan setanding dengan negara luar. Lantaran itu, Kementerian Pelajaran merancang melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menjelang 2017. Kurikulum sekolah di kedua-dua peringkat rendah dan menengah akan disemak semula bagi menerap gabungan ilmu dan kemahiran yang seimbang seperti fikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.Kurikulum baru itu juga akan menyokong jalur pembelajaran yang dipertingkat untuk pelajar berprestasi tinggi menyelesaikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam masa empat dan bukan lima tahun, dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam masa lima dan bukan enam tahun.Pernyataan ini terkandung dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Akhbar Sinar Harian 11 September 2012 ). Sehubungan dengan itu kesan daripada KSSR dan KSSM terhadap pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan untuk memastikan semua murid melepasi standard dan menentapakn ilmu serta kemahiran sekaligus mampu membuat penilaian dan boleh diukur dengan jelas. Dalam pada itu, guru haruslah bijak mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning) agar murid tidak berasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung. Hal ini secara tidak langsung mampu mengatasi murid keciciran dalam pembelajaran dan perlaksanaan haruslah berdasarkan pentaksiran berasaskan sekolah.

7.0 RUJUKAN1. https://plus.google.com/106077674757027670523/posts/F9MDWMsDHBt

2. http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/KSSR_KSSMgantikurikulumsediaada/Article/ind

3. http://www.bumigemilang.com/category/pbs/

4. http://try123error.blogspot.com/2012/06/normal-0-false-false-false-style_05.html

5. http://istimewanyabidadari.blogspot.com/2013/01/pbs-kssr-kssm-semoga-memberi-kebaikan.html