krts kerja hari guru

7
KERTAS KERJA CADANGAN SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK SAMPARITA KOTA MARUDU ================================================ 1.Latar belakang Tarikh penerimaan cadangan-cadangan Laporan jawatankuasa Pelajaran ( Laporan Razak ) sebagai dasar pelajaran Negara oleh Majlis Undang- Undang Persekutuan Tanah Melayu ( Legislatif Council Malaya ) pada 16 Mei 1956 telah diabadikan sebagai tarikh sambutan perayaan Hari Guru. Semenjak tahun 1972 perayaan Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan guru yang menjadi pemangkin kearah kehebatan negara . Disamping itu kecekapan guru pula akan dapat memastikan pembangunan modal insan yang cemerlang dan disegani mampu melonjakkan imej negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Ini bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini “Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” 2. Objektif 1. Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak kearah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal , rohani dan emosi. 2. Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik , ibubapa dan pelajar di sekolah ini kearah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat kecemerlangan. 3. Memperhebatkan lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan kearah meningkatkan kesejahteraan hidup di masa hadapan bukan sahaja dari segi kebendaan bahkan juga dari segi moral dan keagamaan. 3. Tarikh Pelaksanaan HARI : Khamis TARIKH : 28 Mei 2015

Upload: dayang-rohayati

Post on 18-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA CADANGANSAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK SAMPARITA KOTA MARUDU================================================

1.Latar belakang

Tarikh penerimaan cadangan-cadangan Laporan jawatankuasa Pelajaran ( Laporan Razak ) sebagai dasar pelajaran Negara oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ( Legislatif Council Malaya ) pada 16 Mei 1956 telah diabadikan sebagai tarikh sambutan perayaan Hari Guru. Semenjak tahun 1972 perayaan Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf jasa dan kecemerlangan guru yang menjadi pemangkin kearah kehebatan negara . Disamping itu kecekapan guru pula akan dapat memastikan pembangunan modal insan yang cemerlang dan disegani mampu melonjakkan imej negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Ini bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

2. Objektif

1. Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak kearah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal , rohani dan emosi.

1. Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik , ibubapa dan pelajar di sekolah ini kearah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat kecemerlangan.

1. Memperhebatkan lagi usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan kearah meningkatkan kesejahteraan hidup di masa hadapan bukan sahaja dari segi kebendaan bahkan juga dari segi moral dan keagamaan.

3. Tarikh Pelaksanaan

HARI: KhamisTARIKH: 28 Mei 2015Masa: 7.30 pagi 1.30 petang

4. Penglibatan :1. Semua guru dan Kakitangan Sekolah2. Semua Pelajar - Tahun 1 hingga Tahun 6

SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-44 TAHUN 2015PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SAMPARITA

PENGERUSIEN ISMARAH MADCASAR ADKGURU BESAR SK SAMPARITA

TIMBALAN PENGERUSI EN JAIS AMROSPENOLONG KANAN KOKURIKULUM

EN BULAH GORIBAUPENOLONG KANAN 1

EN MATAUS ANIUPENOLONG KANAN HEM

SETIAUSAHAUST MOHD IZHAR BIN KAMARUDDIN

BENDAHARIPN MAZRINA KELLY MICKY

JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa / Personalia

Bidang Tugas

PENYELARAS PROGRAM

PK Kokurikulum

Membentuk AJK Kerja sambutan hari guru peringkat sekolah Menyelaras program sambutan hari guru peringkat sekolah

DOAUstaz Mohd Izhar bin Kamaruddin

Mengetuai bacaan doa

SIARAYA/PA SISTEMEn Rajiklee MajalisEn Lomir Birula

Menyediakan alatan yang diperlukan Memastikan alatan berfungsi sepanjang program

BROSUR

Pn Arlyna UjinCik Elvainey Panus

Menyediakan dan mengedarkan brosur kepada guru dan staf pada hari tersebut

PENGACARAHIASAN PENTAS & BACK DROP

En Richado TawithEn Md Nor Fadzli Md ZakiEn Mohd Izzat Fakhruddin AdnanPn Norfazilawati bt Jaafar Sidek

Menyediakan back drop pentas Menyediakan skrip juruacara Menjadi juruacara majlis

PENYEDIAAN KHEMAHEn Wesly KisilEn Masminin BulanEn Usevert SimbirEn Ali LasangEn Mohd Amin LaidinPembersihan lelaki

Memasang khemah di Arena 1 Memastikan khemah dalam keadaan yang baik Menyimpan semula khemah selepas majlis selesai

HADIAH

Cik Nur Adlina Abdul AzizCik Mazrina Kelly MickyPn Helda BaintinPn Loniah Masingkang Penyediaan hadiah guru Pembelian hadiah aktiviti sukan permainan Bekerjasama dengan AJK Sukan permainan untuk memastikan bilangan hadiah mengikut acara yang dipertandingkan

DOKUMENTASI

Ust Mohd Izhar bin Kamaruddin

Dokumentasikan program Serahkan satu set dokumentasi program kepada PK KK

ACARA SENAMROBIK

Cik Azrina TahirEn Thoupil MaisiCik Hellmye Dell

Menyediakan tempat senamrobik Mengendalikan senamrobik

ACARA SUKAN PERMAINAN

En Andly YalipEn Hamdan KhalidEn Ali LasangEn M.Faizal MaralPn Lennywati Mijia

Penyediaan peralatan yang diperlukan Pengurusan peserta yang akan mengambil bahagian Persediaan tempat aktiviti Taklimat pertandingan Penghakiman

PERSEMBAHAN MURID / GURU

Cik Hamimi Talib (murid)En Jackson Jailip (guru)

Menentukan persembahan yang akan dibuat oleh guru Menetapkan persembahan yang akan dibuat oleh pelajar (individu / kumpulan) Memimpin dan melatih peserta persembahan

JURUFOTOEn Bownston Lesuin

Membuat rakaman semua aktiviti Serahkan rakaman gambar kepada AJK Dokumentasi

KAWALAN MURID

En Raibit GaulEn Jolumin AsunEn Manshur KotungEn Jaywan Musit

Susun atur kedudukan pelajar di Arena 1 Memastikan disiplin murid berada dalam keadaan terkawal sepanjang majlis diadakan

JAMUAN GURU Pn Norfazilawati bt Jaafar SidekPn Pamela Grece ItinPn Rusidah JangayanCik Hilne Maital Tempahan makanan dan kek Memastikan tempat jamuan dalam keadaan bersih semasa dan selepas majlis tersebut

ATURCARA MAJLIS

7.30 PAGIGURU DAN MURID BERHIMPUN DI PADANG8.00 PAGIACARA SENAMROBIK

9.00 10.30 PAGISUKAN PERMAINAN

10.30 PAGIREHAT11.00 PAGIACARA KEMUNCAK HARI GURU PERSEMBAHAN GURU PERSEMBAHAN MURID PENYAMPAIAN HADIAH MURID KEPADA GURU PENYAMPAIAN HADIAH DARI KELAS 2R KEPADA SEMUA GURU PERTUKARAN HADIAH GURU1.00 TGHPELAJAR BERSURAI1.10 TGHJAMUAN GURU

7. Anggaran Kos

1. HadiahSukan PermainanRM400.002. Jamuan makanRM400.003. KekRM200.004. Banner(sekiranya sumber kewangan mencukupi)RM100.00-----------------RM1,100.00===========8. Sumber Kewangan1. Sumbangan Dewan makan (RM200)2. Sumbangan dari kantin (RM100)3. Sumbangan dari pembersihan (RM100)4. Sumbangan dari keselamatan (RM100)5. Lain lain sumbangan

9. Penutup Dengan berkat limpah taufiq dan hidayahNya, kita sama-sama berkesempatan menyambut hari Guru bagi tahun ini. Perjalanan masa yang pantas, seolah-olah menafikan bahawa kita telah menyambut hari penuh bermakna ini kepada para pendidik dan pelajar setahun yang lalu. Ucapan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua lapisan warga pendidik yang menjadi tonggak dan harapan bangsa serta negara dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan masyarakat. Jadikan tarikh ini sebagai hari yang bermakna dan detik penting menyemat iltizam baru serta kesungguhan untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita murni kita. Selamat Menyambut Hari Guru.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

____________________________________________________ (UST MOHD IZHAR B. KAMARUDDIN)(EN JAIS AMROS)Setiausaha Sambutan Hari GuruPenolong Kanan Ko-Kurikulum

Disahkan oleh,

_______________________________(EN ISMARAH MADCASAR ADK)Guru Besar S.K Samparita