krp3013

Upload: chin-han-wei

Post on 05-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 KRP3013

    1/22

    Isi Kandungan

    No Tajuk/Soalan Muka surat

    1 Soalan 1

    Seorang guru baru atau guru yang menghadapi transformasi

    kurikulum akan menghadapi isu dan masalah dalam peranan

    mereka sebagai seorang guru untuk menjalankan kehendak

    kurikulum tersebut. Banyak isu-isu dan masalah kadang-kadang

    tidak dapat diduga. Apakah pengalaman dan cabaran andasebagai seorang guru dalam menghadapi isu/masalah ini?

    1 5

    2 Soalan 2

    Reflek balik cara-cara/bagaimana tuan/puan mengintegrasikan

    kurikulum dan pengajaran subjek tuan/puan dalam kurikulum

    bersepadu?

    6 12

    3 Soalan 3

    Reflek/mengimbas balik pada satu masalah/isu/aspek

    pengurusan kelas yang Tuan/Puan pernah alami.

    Bagaimanakah Tuan/Puan berjaya mengatasi

    masalah/isu/aspek ini? Apakah yang Tuan/Puan lakukan?

    13 19

    4 Rujukan 20 21

  • 7/31/2019 KRP3013

    2/22

    1

    1. Soalan 1

    Seorang guru baru atau guru yang menghadapi transformasi kurikulum akan

    menghadapi isu dan masalah dalam peranan mereka sebagai seorang guru untuk

    menjalankan kehendak kurikulum tersebut. Banyak isu-isu dan masalah kadang-

    kadang tidak dapat diduga. Apakah pengalaman dan cabaran anda sebagai

    seorang guru dalam menghadapi isu/masalah ini?

    Pengalaman saya selaku seorang guru yang berkhidmat hampir sepuluh tahun di

    dalam dunia pendidikan telah membenarkan saya mengalami transformasi kurikulum

    seiringan dengan arus pembangunan negara Malaysia yang sedang menuju ke arah

    negara maju selaras dengan Wawasan 2020. Perubahan dan transformasi yang

    dihadapi dalam konteks kurikulum pendidikan sememangnya tidak dapat dielakkan

    kerana untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, kita perlu mempunyai

    kurikulum yang berkualiti dan setaraf dengan standard negara maju.

    Transformasi kurikulum sememangnya akan menyebabkan seseorang guru

    menghadapi isu dan masalah yang baru kerana guru-guru akan terkeluar daripada zon

    selesa masing-masing. Keadaan ini berlaku kerana dalam transformsi kurikulum akan

    memaksa guru-guru untuk bertukar dan berubah. Guru-guru tidak boleh terus kekal

    dengan personaliti dan kebolehan yang ada pada diri mereka.Tetapi, guru-guru perlu

    bergerak selaras dengan transformasi kurikulum. Ini bukanlah sesuatu perkara yang

    mudah terutamanya kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat dalam dunia

    pendidikan. Berubah mungkin akan menjadikan guru-guru senior ini kelihatan seperti

    guru-guru yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan kerana mereka perlu mula

    belajar teknik-teknik, cara-cara, dasar-dasar, dan sebagainya yang boleh dikatakan

    asing dan baru kepada mereka. Ini semua adalah sebahagian daripada transformasikurikulum yang berlaku didalam dunia pendidikan. Demi mencapai matlamat ini,

    transformasi kurikulum tidak dapat dielakkan dalam dunia pendidikan di Malaysia untuk

    melahirkan masyarakat yang merupakan generasi peneraju negara yang mempunyai

    standard negara maju selaras dengan cabaran Wawasan 2020 yang ke enam yang di

  • 7/31/2019 KRP3013

    3/22

    2

    petik dari laman sesawang Wawasan 2020.

    http://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/panduan/06wawasan.htm iaitu:

    Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai

    daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadipengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi

    masa depan.

    Sebagai contoh, pada tahun 2011, Menteri Pendidikan Malaysia telah

    mengistiharkan pembubaran dasar PPSMI yang digantikan dengan dasar MBMMBI dan

    perubahan KBSR kepada KSSR. Sebagai seorang guru, kita memang tidak menduga

    bahawa dasar PPSMI yang boleh dikatakan masih baru dilaksanakan telah digantikan

    oleh dasar MBMMBI yang serba baru. Perubahan dasar PPSMI kepada MBMMBI

    sememangnya menimbulkan banyak isu dan masalah dalam dunia pendidikan

    khususnya kepada kami, guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan

    Matematik. Keadaan ini berlaku kerana, semasa kami menjalani latihan di maktab

    perguruan ataupun di universiti, kami diajar untuk mengajar mata pelajaran Sains dan

    Matematik dalam bahasa Inggeris. Tetapi selepas mengajar beberapa tahun, timbul

    pula isu transformasi kurikulum dengan menukarkan dasar PPSMI kepada MBMMBI

    dimana mata pelajaran Sains dan Matematik bukan lagi diajar dalam bahasa Inggeris

    tetapi mengikut bahasa sekolah penghantar masing-masing. Jadi, saya akan

    membincangkan dua transformasi kurikulum yang telah dilaksanakan semasa saya

    menjadi seorang guru iaitu PPSMI dan MBMMBI.

    Menurut dasar PPSMI, mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam

    bahasa Inggeris kerana kebanyakan bahan rujukan boleh didapati dalam bahasa

    Inggeris. Ini akan memudahkan pelajar-pelajar dan guru untuk memperoleh bahan

    rujukan. Pada masa yang sama, semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti,

    boleh dikatakan kesemua mata pelajaran Sains dan Matematik adalah diajar dalam

    bahasa Inggeris. Jadi, dasar PPSMI pada masa itu boleh dikatakan merupakan sebuah

    dasar yang sememangnya bagus dan dapat membantu negara Malaysia dalam menuju

    ke arah Wawasan 2020. Pada masa itu, ramai guru telah dihantar untuk menjalani

    http://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/panduan/06wawasan.htmhttp://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/panduan/06wawasan.htmhttp://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/panduan/06wawasan.htm
  • 7/31/2019 KRP3013

    4/22

    3

    latihan kursus untuk membolehkan guru-guru Sains dan Matematik dapat mengajar

    dalam bahasa Inggeris kerana pada masa itu, mata pelajaran Sains dan Matematik

    diajar dalam bahasa Malaysia. Kami yang merupakan guru yang baru keluaran maktab

    perguruan terpaksa belajar semula istilah-istilah Sains dan Matematik supaya dapat

    mengajar pelajar-pelajar kami dengan betul kerana istilah-istilah Sains dan Matematik

    adalah berbeza sama sekali didalam bahasa Malaysia dengan bahasa Inggeris. Pada

    masa ini, ramai guru-guru terpaksa berkursus dan meninggalkan sekolah dan keluarga

    untuk mentransformasikan diri masing-masing mengikut transformasi kurikulum pada

    masa itu. Walaupun menghadapi pelbagai masalah dan kekangan, kami, guru-guru

    Malaysia tetap cekal dan ikhlas untuk mengatasi segala rintangan dan cabaran yang

    dihadapi untuk merialisasikan dasar PPSMI yang telah ditetapkan oleh kerajaan

    Malaysia kerana kami mempunyai hati yang kental dan ikhlas untuk menjadi warga

    pendidik yang berjaya.

    Pada masa itu, ramai yang berpendapat bahawa kami, guru-guru merupakan

    tikus putih dan pelajar pula adalah bahan kajian untuk dasar PPSMI yang baru.

    Terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menghasut dan menjadi batu

    api untuk mencetuskan konflik semasa dasar PPSMI baru dilaksanakan tetapi, kami

    guru-guru Malaysia cekal dan tabah menghadapinya. Sememangnya, tahun pertama

    adalah tahun yang paling sukar sekali semasa pelaksanaan dasar PPSMI tetapi dengan

    berbekalkan semangat mengajar yang berkobar-kobar, guru-guru mata pelajaran Sains

    dan Matematik berjaya mengajar dengan jayanya. Keputusan peperiksaan UPSR bagi

    Sains dan Matematik menampakkan peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti selepas

    dinilai dari setahun ke setahun. Ini telah menunjukkan kami guru-guru Sains dan

    Matematik telah berjaya mengadaptasikan diri kami dalam transformasi kurikulum

    PPSMI dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

    Selepas beberapa tahun kemudian, Menteri Pendidikan Malaysia sekali lagi

    mengumumkan transformasi kurikulum yang baru iaitu dasar MBMMBI yang

    menggantikan dasar PPSMI. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2010),

    MBMMBI adalah menggunakan strategi memartabatkan bahasa Malaysia dengan

    melibatkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar Sains dan

  • 7/31/2019 KRP3013

    5/22

    4

    Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah. Di dalam dasar MBMBMBI sekali

    lagi, guru-guru Sains dan Matematik perlu mengubah bahasa pengajarannya. Keadaan

    ini berlaku kerana, MBMMBI yang menggantikan PPSMI akan memaksa guru-guru

    untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik mengikut bahasa penghantar

    sekolah masing-masing. Jadi, guru-guru tidak boleh mengajar mata pelajaran Sains dan

    Matematik dalam bahasa Inggeris. Mereka perlu mengajar Sains dan Matematik dalam

    bahasa Malaysia bagi sekolah kebangsaan, bahasa Cina bagi sekolah jenis

    kebangsaan cina dan bahasa Tamil untuk sekolah jenis kebangsaan tamil.

    Transformasi kurikulum MBMMBI yang menggantikan PPSMI ini sekali lagi

    memaksa guru-guru Sains dan Matematik untuk berkursus supaya dapat mengajar

    Sains dan Matematik mengikut bahasa penghantar sekolah masing-masing. Keadaan

    ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana pada masa ini kerajaan Malaysia

    berpendapat pengajaran Sains dan Matematik tidak semestinya diajar dalam bahasa

    Inggeris kerana negara maju seperti sistem pendidikan di Jepun tidak mengajar mata

    pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi menggunakan bahasa

    negaranya iaitu bahasa Jepun. Ini telah membuktikan bahawa bukan dengan mengajar

    Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sahaja yang dapat menjadikan sesebuah

    negara itu menjadi negara maju.

    Jadi, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk mengikut jejak negera

    Jepun yang merupakan diantara negara termaju didunia untuk mengajar mata pelajaran

    Sains dan Matematik mengikut bahasa kebangsaan. Dengan ini, MBMMBI telah

    dilaksanakan untuk menggantikan dasar PPSMI. Transformasi ini telah sekali lagi

    memeningkan guru-guru yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan

    Matematik. Tetapi dengan bantuan Latihan Dalam Perkhidmatan dan kursus-kursus

    yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran, akhirnya kami guru-guru Sains dan

    Matematik berjaya mengadaptasikan diri kami untuk mengajar mata pelajaran Sains

    dan Matematik mengikut bahasa penghantar sekolah yang sememangnya jauh berbeza

    jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris kerana perkataan dan sebutan yang

    berbeza.

  • 7/31/2019 KRP3013

    6/22

    5

    Dalam menghadapi kedua-dua transformasi kurikulum ini, saya berpendapat

    bahawa kita sebagai seorang guru yang merupakan warga pendidik anak bangsa

    negara perlulah fleksibel dan sentiasa bersedia untuk berubah mengikut arus

    perubahan dan pembangunan supaya dapat memberikan kualiti perkhidmatan

    pendidikan yang terbaik dan berstandard kepada pelajar-pelajar kita. Ini adalah selaras

    dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dipetik dari laman sesawang

    Kementerian Pelajaran Malaysiahttp://apps2.emoe.gov.myiaitu,

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran masyarakat dan negara.

    http://apps2.emoe.gov.my/http://apps2.emoe.gov.my/http://apps2.emoe.gov.my/http://apps2.emoe.gov.my/
  • 7/31/2019 KRP3013

    7/22

    6

    2. Soalan 2

    Reflek balik cara-cara/bagaimana tuan/puan mengintegrasikan kurikulum dan

    pengajaran subjek tuan/puan dalam kurikulum bersepadu?

    Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986), integrasi diertikan sebagai

    proses menggabungkan berbagai-bagai bidang pengetahuan dan kemahiran untuk

    menghasilkan suatu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Contohnya, semasa

    mengajar pelajar tentang kepentingan hidup berjiran bagi mata pelajaran Bahasa

    Melayu, saya boleh mengintegrasikan elemen muzik dengan memainkan lagu Hidup

    Berjiran untuk dinyanyikan oleh pelajar. Pada masa yang sama, saya juga boleh

    mengintegrasikan elemen pergerakan dengan menyuruh pelajar berlakon cara

    menghormati jiran semasa menyanyikan lagu tersebut. Selain itu, saya juga boleh

    memasukkan elemen visual dengan meminta pelajar untuk mewarnakan gambar hidup

    berjiran yang diedarkan. Kesemua pengintegrasian elemen visual, pergerakan, dan

    muzik ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan proses

    pengajaran dan pembelajaran dalam kelas menjadi lebih menarik.

    Mengintegrasikan kurikulum dan pengajaran subjek adalah berbawa maksud

    penggabungjalinan pelbagai aspek kemahiran dan pelajaran dalam suatu sesi

    pengajaran dan pembelajaran pada suatu masa. Sebagai seorang guru, kita tidak boleh

    terkongkong dengan bidang dan kemahiran yang statik. Jika seorang guru itu hanya

    mengajar mengikut konteks mata pelajarannya yang tidak mengintegrasikan kurikulum

    dan pengajaran subjek akan menjadikan kelas tersebut membosankan dan secara

    langsung akan mengurangkan kualiti pengajaran dan pembelajarannya. Jadi, guru perlu

    mengintegrasikan kurikulum dan pengajaran subjek dalam pengajarannya supaya

    dapat mencorakkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk menjadilebih berkualiti dan berkesan kepada pelajar untuk mempelajarinya.

    Pada masa yang sama, mengintegrasikan kurikulum dan pengajaran subjek

    akan menambahkan kreativiti saya sebagai seorang guru untuk mengajar dan

    menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas menjadi lebih ceria dan

  • 7/31/2019 KRP3013

    8/22

    7

    menarik. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), guru yang kreatif dapat mewujudkan

    suasana pembelajaran yang sangat menarik kepada pelajar-pelajar dan merangsang

    minat mereka terhadap pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Ini cecara langsung

    akan memotivasikan pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

    Menurut Howard Gardner (1983), setiap individu mempunyai lapan kecerdasan

    yang pelbagai dan guru perlu berusaha untuk memperkembangkan pelbagai

    kecerdasan yang ada pada pelajar untuk melahirkan individu yang holistic, seimbang,

    dan harmonis. Di sini, saya telah belajar bahawa setiap pelajar mempunyai kecerdasan

    yang pelbagai dan bukan semua pelajar mempunyai tahap penguasaan kecerdasaan

    pelbagai yang sama. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang

    supaya pelajar dapat menguasai kecerdasaan pelbagai mereka. Sebagai contoh,

    semasa mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan tentang tajuk Sungai, guru boleh

    meminta pelajar untuk melukis gambar sungai (visual ruang), menyanyi lagu Cintai

    Sungai Kita bersama-sama (muzik, verbal linguistik, interpersonal, dan intrapersonal),

    berlakon berkelah di sungai (naturalis dan kinestatik). Ketujuh-tujuh jenis kecerdasan

    pelbagai ini boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan

    mengintegrasikan kurikulum dan pengajaran subjek seperti yang dinyatakan diatas.

    Dengan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, kecerdasan pelbagai pelajar dapat di

    perkembangkan. Ini akan memudahkan pelajar belajar kerana bukan semua pelajar

    mempunyai darjah kecerdasan pelbagai yang sama, maka guru perlu melakukan aktiviti

    yang menggabungkan pelbagai jenis kecerdasan supaya semua pelajar dapat belajar.

    Saya sebagai seorang guru telah mengaplikasikan pelbagai cara dan teknik

    untuk mengintergrasikan kurikulum dan pengajaran subjek dalam setiap mata pelajaran

    yang diajar oleh saya di dalam kelas. Di sini, saya akan mereflek kembali salah satu

    sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya aplikasikan teknik mengintergrasian

    kurikulum dan pengajaran subjek secara terperinci.

    Semasa saya mengajar tema Elakkan Pencemaran dari Unit 20 Persekitaran

    Berkualiti Hidup Sihat oleh mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4, perkara yang

    penting yang terdapat pada tema ini adalah memberitahu pelajar akan kesan dan akibat

    pencemaran ke atas manusia dan alam sekitar. Tema ini juga mengajar pelajar

  • 7/31/2019 KRP3013

    9/22

    8

    bersikap perihatin terhadap masalah pencemaran dan tidak melibatkan diri dalam

    kegiatan yang boleh mencemar dan memusnahkan alam sekitar seperti tidak

    membuang sampah ke dalam sungai. Tema ini juga mengajar pelajar tentang

    kepentingan melibatkan diri dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti

    menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan sungai. Selain itu, pelajar akan diajar

    tentang aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar supaya mereka tidak akan

    melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar. Akhir sekali, pelajar akan

    dapat tahu langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran seperti tidak membuang

    sampah atau plastik ke dalam sungai.

    Saya telah mengintergrasikan kurikulum dan pengajaran subjek Muzik ke dalam

    sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Aktiviti muzik yang boleh dijalankan adalah guru

    memaparkan lirik lagu Sungai dan menyanyi lagu tersebut bersama-sama dengan

    pelajar. Pelajar-pelajar diminta untuk menghayati lirik lagu yang dinyanyikan supaya

    mereka dapat merasai apa yang ingin disampaikan oleh lagu tersebut iaitu, mencintai

    sungai kita dengan menjaga kebersihan sungai kita dengan tidak membuang sampah

    ke dalamnya. Lirik lagu Cintai Sungai Kita di petik daripada laman sesawang

    http://www.skyvarius7.blogdrive.com/lirik.html .

    Lirik Lagu Cintai Sungai Kita

    Airmu jernih sekali, Sungguh jernih hingga nampak ikan-ikan,

    Sungguh jernih sekali, Rasa bahagia macam di syurga,

    Rasa nyaman sekali, Berkelah di tepi sungai,

    Cintai sungai kita, Jangan sesekali buang sampah kedalamnya,

    Tengok ikan-ikan berenang, Sungguh menggembirakan hati,

    Mari bersama-sama, Cintai sungai kita.

    http://www.skyvarius7.blogdrive.com/lirik.htmlhttp://www.skyvarius7.blogdrive.com/lirik.htmlhttp://www.skyvarius7.blogdrive.com/lirik.html
  • 7/31/2019 KRP3013

    10/22

  • 7/31/2019 KRP3013

    11/22

    10

    Melalui aktiviti seni pergerakan yang boleh dijalankan oleh guru dengan meminta

    pelajar untuk berlakon sebagai watak ikan didalam sungai. Pada mulanya, pelajar

    diminta untuk mewatakkan ikan yang sihat dalam sungai yang bersih. Pelajar akan

    berlakon dengan bergerak ke sana sini dengan bebas dan gembira. Kemudian, apabila

    pelajar bertukar watak kepada ikan yang sakit didalam sungai yang tercemar dengan

    banyak sampah-sarap didalamnya yang menyebabkan ikan tersebut sukar bergerak,

    pelajar berlakon mengikut imaginasi ikan yang sakit dan sukar bergerak. Semasa

    berlakon, mereka dapat mendalami keadaan ikan yang hidup didalam sungai. Maka

    mereka akan dapat merasai keadaan kehidupan ikan didalam sungai tersebut sama

    ada yang bersih atau tercemar. Melalui pengalaman berlakon ini, mereka akan tahu

    akan sebab mengapa mereka perlu menjaga dan mencintai sungai dengan tidak

    membuang sampah ke dalam sungai. Secara tidak langsung mereka telah belajar untuk

    mencintai sungai dan mengelakkan pencemaran.

    Melalui aktiviti seni visual yang boleh dijalankan oleh guru dengan meminta

    pelajar untuk melukis gambar kehidupan ikan yang sihat didalam sungai yang bersih

    dan gambar kehidupan ikan yang sakit didalam sungai yang tercemar mengikut

    kreativiti masing-masing telah membenarkan pelajar menunjukkan kreativiti mereka.

    Pada masa yang sama mereka dapat idea untuk melukis dengan merujuk kepada

    lakonan dan nyanyian mereka. Melalui gambar yang dilukis, mereka tahu sungai mana

    yang mereka inginkan iaitu sungai yang bersih dan bukan yang tercemar. Ini secara

    tidak langsung telah memberi mereka satu pengajaran untuk menjaga kebersihan

    sungai dengan tidak membuang sampah kedalam sungai.

    Selain itu, melalui aktiviti seni muzik, seni visual, dan seni pergerakan yang telah

    dijalankan juga telah memotivasikan pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-

    sungguh kerana mereka dapat menyanyi, berlakon, dan melukis. Aktiviti seperti ini akan

    mengelakkan pelajar daripada menjadi bosan semasa belajar kerana pelajar lebih suka

    aktiviti belajar melalui bermain dan pengalaman. Melalui aktiviti seni muzik, seni visual,

    dan seni pergerakan yang telah dijalankan telah membenarkan mereka belajar melalui

    bermain dan pengalaman.

  • 7/31/2019 KRP3013

    12/22

    11

    Alat atau bahan yang sesuai untuk pelajar meneroka, memperolehi pengalaman

    dan mengalami ekspresi adalah dengan memberi mereka menonton satu tayangan

    gambar tentang kehidupan ikan didalam sungai yang bersih dan kehidupan ikan

    didalam sungai yang tercemar. Selepas menonton, guru akan meminta pelajar untuk

    menyatakan apakah pendapat mereka tentang kehidupan ikan didalam sungai yang

    bersih dan sungai yang tercemar. Kemudian, guru akan bertanya pendapat pelajar

    tentang sungai manakah yang mereka ingin tinggal jika mereka adalah seekor ikan dan

    minta mereka menerangkan sebabnya. Selepas itu, guru akan bertanya mengapa

    sungai itu tercemar dan bagaimana pelajar boleh mengelakkannya daripada tercemar.

    Alat atau bahan seterusnya adalah guru membawa balang kaca lutsinar berisi air

    jernih dan bahan buangan seperti plastik, kertas, serbuk kapur dan dakwat hitam. Guru

    bertanya kepada pelajar tentang kandungan balang tersebut. Bolehkah air ini diminum?

    Mengapa? Apakah yang terjadi jika bahan buangan yang dibawa dimasukkan kedalam

    balang? Sekarang bolehkah air itu diminum? Mengapa? Kesemua soalan ini adalah

    untuk memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka, memperolehi pengalaman dan

    mengalami ekspresi. Mereka akan meluahkan apa yang mereka rasa dan tahu. Ini akan

    memberi mereka meneroka masalah tersebut iaitu bagaimana air tersebut menjadi

    tercemar dan keadaan air yang tercemar boleh diminum atau tidak. Pengalaman akan

    diperolehi dengan melihat air yang jernih itu menjadi tercemar selepas bahan buangan

    dimasukkan kedalam balang. Pengalaman ini akan memberitahu mereka bahawa

    mereka tidak boleh membuang sampah kedalam sungai kerana ini akan mencemarkan

    air sungai seperti air balang itu. Mereka akan mengalami ekspresi dengan

    mengekspresikan perasaan mereka dan pandangan mereka semasa mereka melihat

    dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

    Ini telah jelas menunjukkan sesi pengajaran dan pembelajaran tema Elakkan

    Pencemaran dari Unit 20 Persekitaran Berkualiti Hidup Sihat oleh mata pelajaran

    Pendidikan Moral Tahun 4 yang mengintegrasikan kurikulum dan pengajaran subjek

    dapat membantu guru untuk meningkatkan kualiti dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran di dalam kelas. Ini secara langsung akan membantu guru untuk

    mencapai objektif standard pengajaran dan pembelajaran dalam sesi pengajaran dan

  • 7/31/2019 KRP3013

    13/22

    12

    pembelajaran. Pelajar-pelajar juga akan termotivasi untuk mengikuti sesi pengajaran

    dan pembelajaran yang dijalankan dan mereka dapat mempelajari pelbagai jenis

    kemahiran dalam satu masa. Ini secara langsung juga akan meningkatkan kemahiran

    mereka dalam pelbagai aspek seperti kemahiran berfikir, kinestatik, visual ruang, logik

    matematik dan sebagainya. Jadi dapat dirumuskan bahawa mengintegrasikan

    kurikulum dan pengajaran subjek dapat membantu guru untuk membentuk generasi

    pelapis negara yang standrad selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    yang dipetik dari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia

    http://apps2.emoe.gov.myiaitu,

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran masyarakat dan negara.

    http://apps2.emoe.gov.my/http://apps2.emoe.gov.my/http://apps2.emoe.gov.my/
  • 7/31/2019 KRP3013

    14/22

    13

    3. Soalan 3

    Reflek/mengimbas balik pada satu masalah/isu/aspek pengurusan kelas yang

    Tuan/Puan pernah alami. Bagaimanakah Tuan/Puan berjaya mengatasi

    masalah/isu/aspek ini? Apakah yang Tuan/Puan lakukan?

    Pengurusan kelas adalah diantara elemen yang terpenting bagi seseorang guru

    untuk memastikan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajarannya demi mencapai

    objektif standard pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Melalui

    pengalaman saya selaku seorang guru selama hampir sepuluh tahun, saya amat

    bersetuju dengan kepentingan aspek pengurusan kelas. Bagi saya, sesi pengajaran

    dan pembelajaran tidak akan berjaya jika aspek pengurusan kelas tidak dapat dikawal

    dengan baik. Di sini, saya akan mengimbas balik salah satu masalah dalam

    pengurusan kelas yang telah saya lalui dan cara-cara yang saya aplikasikan untuk

    mengatasi masalah tersebut.

    Masalah pengurusan kelas ini berlaku dalam sesi pengajaran mata pelajaran

    Bahasa Melayu yang diajar oleh saya yang menunjukkan pelbagai masalah tingkahlaku

    dikalangan pelajar-pelajar di kelas 4 Biru. Pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut terdiri

    daripada pelbagai latar belakang keluarga. Ada di antara mereka mempunyai tahap

    pembelajaran yang lemah dan sering tidak membawa buku ke sekolah. Berikut adalah

    beberapa orang pelajar yang bermasalah di kelas 4 Biru;

    Ming Chong merupakan seorang pelajar nakal dan suka mengganggu pelajar-

    pelajar yang sedang belajar. Manakala Lee Ching pula suka mengusik pelajar-pelajar

    perempuan. Keadaan ini menyebabkan saya sukar untuk mengendalikan pengajaran

    dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. See How dan See Boon adalah pasangan

    kembar siam yang selalu bergaduh di dalam kelas untuk menarik perhatian saya.

    Amelia Tan pula suka berdandan di dalam kelas dan menjerit bila diejek oleh pelajar

    lelaki.

  • 7/31/2019 KRP3013

    15/22

    14

    Pada masa itu, sebahagian besar pelajar-pelajar tidak menghiraukan arahan dan

    teguran saya. Keadaan ini telah menyebabkan suasana kelas yang tidak teratur dan

    tidak terkawal.

    Keadaan di Kelas 4 Biru telah menunjukkan pelbagai jenis masalah tingkah laku

    yang boleh menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Semua masalah tingkah

    laku ini perlu diatasi dengan cara yang terbaik untuk memastikan saya dapat

    menjalankan tugas saya sebagai guru dengan sempurna. Ini penting supaya semua

    pelajar dapat memahami dan mengikuti apa yang diajar oleh saya. Keadaan tingkah

    laku bermasalah dalam kelas saya dapat diselesaikan dengan menggunakan

    kemahiran komunikasi yang berkesan dan pengurusan disiplin yang baik.

    Cara kemahiran komunikasi pertama yang digunakan oleh saya untuk

    menangani masalah tingkah laku yang menjadi penyebab kepada masalah pengurusan

    dalam kelas 4 Biru adalah dengan menggunakan nada suara dan intonansi yang kuat

    dan jelas boleh didengar oleh pelajar. Menurut Azman Wan Chik (1985), dalam

    penyebutan suku kata, guru perlu menggunakan nada dan intonasi yang jelas supaya

    pelajar dapat mendengar dengan jelas. Jadi, saya telah menggunakan nada suara dan

    intonansi yang kuat iaitu suara yang cukup lantang supaya semua pelajar-pelajar dalam

    kelas 4 Biru dapat mendengar arahan saya dengan jelas. Keadaan ini penting supayaarahan dan maklumat yang ingin disampaikan oleh saya dapat disampaikan dengan

    jelas kepada pelajar-pelajar. Perkara ini penting kerana pelajar-pelajar membuat bising

    didalam kelas kerana mereka tidak mendapat arahan yang jelas daripada gurunya.

    Pelajar-pelajar yang sukar mendengar dengan jelas akan merasa jemu dan mula

    mempamerkan tingkah laku yang bermasalah. Selain itu, arahan yang tidak jelas akan

    menyebabkan mereka berasa keliru dan mula melakukan kerja mereka sendiri yang

    akhirnya berkesudahan dengan tingkah laku bermasalah seperti mengacau kawan.

    Mereka mengacau kawan kerana mereka tidak menerima arahan dengan betul. Oleh

    itu, saya akan memastikan arahan yang diberikan adalah jelas dan tepat supaya semua

    pelajar tahu apa yang perlu dibuat. Oleh itu, saya juga perlu menggunakan kemahiran

    komunikasi lisan yang baik supaya semua arahan dan teguran yang diberikan kepada

    pelajar-pelajar kelas 4 Biru dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh pelajar-

  • 7/31/2019 KRP3013

    16/22

    15

    pelajar. Pada masa yang sama intonansi suara yang jelas dapat menarik perhatian

    pelajar-pelajar yang bermasalah dan menyedarkan mereka bahawa saya tengah

    memerhatikan mereka seperti menggunakan intonansi suara yang tinggi apabila

    mendapati ada pelajar yang melakukan tingkah laku bermasalah. Pelajar tersebut akan

    memahami maksud intonansi yang tinggi oleh cikgu lalu mereka akan mendisiplinkan

    diri mereka semula.

    Cara komunikasi kedua yang digunakan oleh saya bagi mengatasi masalah

    pengurusan kelas adalah dengan menggunakan komunikasi hubungan mata.

    Hubungan mata adalah perlu untuk memastikan pelajar dapat merasakan cikgu yang

    mengajar menunjukkan minat, keperihatinan dan kemesraan. Keadaan ini berlaku

    kerana hubungan mata merupakan saluran penting dalam komunikasi interpersonal.

    Saya akan menunjukkan minat untuk mengajar kepada pelajar-pelajar kelas 4 Biru

    dengan menggunakan hubungan mata iaitu melihat ke arah pelajar-pelajar semasa

    memberi arahan ataupun semasa mendengar apa yang ingin disampaikan oleh pelajar.

    Ini secara langsung menunjukkan saya perihatin terhadap mereka dan meningkatkan

    kreadibiliti saya sebagai penyampai.

    Cara komunikasi ketiga yang digunakan oleh saya bagi mengatasi masalah

    pengurusan kelas adalah dengan menggunakan ekspresi wajah. Keadaan ini berlakukerana ekspresi wajah merupakan elemen pertama yang merapatkan hubungan

    diantara cikgu dan pelajar. Menurut Ee Ah Meng (1996), guru boleh menunjukkan

    senyuman bagi menggalakkan pelajar-pelajar mengambil bahagian dalam

    pengajarannya. Ekspresi muka yang negatif seperti muka yang masam menunjukkan

    cikgu tersebut garang dan pelajar tidak menyukai cikgu yang garang. Ini akan

    menyebabkan mereka melakukan banyak tingkah laku negatif kerana mereka tidak

    menyukai cikgu tersebut. Oleh itu, saya akan menampilkan ekspresi muka yang baik

    iaitu senyum selalu maka pelajar-pelajar kelas 4 Biru akan merasa selesa dan saya

    akan dilihat sebagai seorang yang mudah didekati dan disenangi. Pada masa yang

    sama senyuman merapatkan hubungan kemesraan diantara saya dengan pelajar-

    pelajar lalu menyebabkan pelajar-pelajar tidak akan melakukan perkara yang boleh

    menyusahkan saya seperti bertingkah laku negatif atau bermasalah. Mereka akan

  • 7/31/2019 KRP3013

    17/22

    16

    menghentikan tingkah laku bermasalah dan akan berbaik dan mendengar arahan saya

    kerana mereka menghormati dan suka pada saya.

    Cara komunikasi keempat yang digunakan oleh saya bagi mengatasi masalah

    pengurusan kelas adalah dengan menyelitkan unsur lucu dalam pengajaran dan

    pembelajaran di dalam kelas. Unsur lucu yang dimaksudkan adalah dapat

    menghiburkan kelas dengan lawak jenaka yang tidak keterlaluan tetapi dapat

    memotiwasikan pelajar untuk belajar di dalam kelas. Saya telah menyelitkan unsur

    kecindan seperti membuat lawak jenaka yang boleh membantu pelajar-pelajar

    melepaskan tekanan dalam diri mereka. Keadaan ini bukan sahaja menghiburkan

    pelajar-pelajar tetapi menambahkan rasa ingin belajar didalam diri pelajar-pelajar.

    Mereka akan mula suka akan cara pengajaran saya dan akan ingin mendengar lawak

    jenaka yang menyebabkan mereka mendisiplinkan diri untuk kelas saya. Keadaan ini

    berlaku kerana mereka ingin mendapatkan ganjaran mendengar lawak jenaka daripada

    saya dan pada masa yang sama mereka suka akan cara saya mengajar. Pada masa

    yang sama mereka akan menghormati dan mendengar arahan daripada orang yang

    mereka sukai iaitu saya.

    Cara komunikasi kelima yang digunakan oleh saya bagi mengatasi masalah

    pengurusan kelas adalah dengan menggunakan jarak yang sesuai. Jarak adalah satukomponen yang penting untuk memastikan gap diantara cikgu dan pelajar tidak terlalu

    besar. Oleh itu, cikgu perlu peka dengan isu jarak cikgu dengan pelajar. Cikgu perlu

    sentiasa bergerak ke semua arah dan mendekati pelajar mereka untuk meningkatkan

    interaksi dengan pelajar. Apabila cikgu berada dalam keadaan yang dekat dengan

    pelajar, pelajar akan berasa mereka mempunyai hubungan mata yang lebih dan ini

    memberi mereka peluang untuk meluahkan pendapat mereka. Oleh itu, saya akan

    sentiasa bergerak di dalam kelas untuk memantau semua pelajar. Keadaan ini amat

    diperlukan untuk mengawal pelajar yang bertingkah laku bermasalah kerana pelajar

    tersebut akan berasa takut ditangkap oleh saya dan mereka akan mendisiplinkan diri

    mereka. Pelajar yang bermasalah ini akan menghadapi masalah sukar untuk

    menonjolkan tingkah laku bermasalah mereka dan sekali gus menyekat mereka

    daripada melakukan masalah dalam kelas kerana saya senang untuk menangkap

  • 7/31/2019 KRP3013

    18/22

    17

    mereka. Saya dapat bergerak ke arah pelajar yang bermasalah selalu dan ini akan

    menghalang mereka daripada melakukan masalah tingkah laku kerana mereka takut di

    tangkap dan didenda oleh saya.

    Cara komunikasi keenam yang digunakan oleh saya bagi mengatasi masalah

    pengurusan kelas adalah melalui komunikasi dua hala dimana cikgu dan pelajar saling

    bertukar pendapat dan meleraikan ketidakkefahaman terhadap maklumat atau bahan

    yang diberikan cikgu. Saya akan menjalankan pengajarannya dalam bentuk komunikasi

    dua hala. Keadaan ini akan meleraikan banyak masalah tingkah laku pelajar yang

    timbul kesan daripada ketidaksamaan pendapat dikalang pelajar dengan cikgu. Saya

    akan melakukan komunikasi dua hala dengan bertanya soalan rutin yang boleh

    merangsang pelajar untuk belajar ataupun meminta pelajar memberi komen terhadap

    apa yang mereka pelajari. Ini akan memastikan infomasi dapat disampaikan dengan

    lebih tepat dan pelajar akan berasa lebih selesa untuk belajar. Keadaan ini akan

    menghindarkan pelajar daripada melakukan masalah tingkah laku kerana mereka dapat

    berkongsi masalah pembelajaran mereka dengan saya.

    Pada masa yang sama, saya akan menggunakan pengurusan disiplin yang

    berkesan untuk membantu saya dalam sesi pengurusan kelas saya yang bermasalah.

    Pengurusan disiplin merupakan satu cara yang amat berkesan untuk mengawal tingkahlaku bermasalah di dalam kelas. Terdapat beberapa jenis pengurusan disiplin yang

    boleh dilakukan untuk mengelakkan berlakunya masalah tingkah laku dalam kelas.

    Pengurusan disiplin pertama yang digunakan oleh saya adalah mencegah. Guru

    yang efektif akan menguruskan pelajar supaya mereka dapat menggunakan masa

    mereka dengan kerja yang berfaedah. Oleh itu, saya akan mencegah pelajar-pelajar

    kelas 4 Biru daripada melakukan masalah tingkah laku dengan pelbagai cara. Salah

    satu caranya adalah dengan memberitahu mereka akan peraturan kelas yang telahditetapkan oleh saya. Setiap kali sebelum kelas bermula, saya akan mengingatkan

    pelajar-pelajar tentang peraturan kelas yang mereka perlu ikuti. Keadaan ini akan

    menyebabkan pelajar-pelajar tahu akan peraturan kelas dan tidak akan melanggar

    peraturan kelas. Pada masa yang sama, pelajar diberitahu akan kesan dan hukuman

  • 7/31/2019 KRP3013

    19/22

    18

    jika mereka melanggar peraturan tersebut. Ini akan menyebabkan mereka takut dan

    tidak akan mengulangi masalah tingkah laku tersebut. Pencegahan dengan cara

    memberitahu pelajar terlebih dahulu akan peraturan kelas dapat membantu

    mengelakkan masalah tingkah laku dalam kelas.

    Pengurusan disiplin kedua yang digunakan oleh saya untuk mengatasi masalah

    pengurusan kelas saya adalah memupuk. Memupuk yang dimaksudkan adalah

    motivasi yang diberikan kepada pelajar apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan

    yang dikehendaki seperti menjawab soalan atau bertingkah laku baik. Menurut

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1988), guru perlu memberi pengukuhan positif

    seperti pujian kepada pelajar yang mendapat markah yang tinggi. Keadaan ini berlaku

    kerana motivasi merupakan satu cara dimana tingkah laku dan perangai yang baik

    dapat dipupuk. Oleh itu, saya akan memberikan ganjaran dan motivasi apabila pelajar-

    pelajar kelas 4 Biru mempamerkan tingkah laku yang baik. Keadaan ini akan

    menimbulkan rasa dihargai dikalangan pelajar-pelajar dan mereka akan mengulangi

    tingkah laku yang baik seperti yang diingini untuk mendapatkan pujian dan motivasi

    daripada saya. Saya juga dapat memupuk tingkah laku dan sikap yang baik dikalangan

    pelajar dengan mengajar mereka akan tingkah laku yang baik. Pada masa yang sama,

    saya akan menjadikan diri saya sendiri sebagai model untuk menunjukkan sikap

    tingkah laku yang baik dan pada masa yang sama menjelaskan kesan dan akibat

    melakukan tingkah laku yang baik. Keadaan ini dapat memupuk tingkah laku yang baik

    di kalangan pelajar-pelajar kelas 4 Biru dan mengatasi masalah tingkah laku yang

    dihadapi oleh mereka.

    Pengurusan disiplin ketiga yang digunakan oleh saya untuk mengatasi masalah

    pengurusan kelas saya adalah memulih. Terdapat tiga perkara yang penting yang perlu

    guru lakukan untuk membantu pelajar iaitu memberitahu kesalahan pelajar, berdamai

    dengan pelajar dan fokus kepada penyelesaian masalah. Oleh itu, saya akan

    mengatasi masalah tingkah laku dengan memulih tingkah laku bermasalah yang

    dihadapi oleh pelajar saya. Saya akan mengenalpasti masalah pelajar dan

    memberitahu pelajar tersebut akan masalahnya. Kemudian saya akan memastikan

    pelajar tersebut berdamai dan mengaku salah akan perbuatannya dengan rela. Akhir

  • 7/31/2019 KRP3013

    20/22

    19

    sekali, saya akan menyelesaikan msalah pelajar tersebut. Keadaan ini akan memberi

    kesedaran kepada pelajar bahawa saya telah memaafkan kesilapan mereka dan

    mereka akan berasa tersentuh lalu tidak akan mengulangi masalah tingkah laku

    tersebut. Mereka pada masa yang sama dapat belajar tentang apa yang betul dan

    salah.

    Selepas saya menggunakan kemahiran komunikasi dan pengurusan disiplin

    didalam pengurusan kelas saya, masalah-masalah pelajar saya berjaya diatasi dan sesi

    pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas saya dapat berjalan dengan lancar dan

    sempurna. Ini jelas menunjukkan bahawa cara untuk mengatasi masalah tingkah laku

    pelajar-pelajar yang mengganggu pengurusan kelas guru boleh dibahagikan kepada

    dua bahagian yang utama iaitu kemahiran komunikasi dan pengurusan disiplin. Dengan

    adanya kemahiran dan aplikasi kedua-dua kemahiran ini, sudah tentu semua masalah

    disiplin di dalam kelas dapat diatasi dan pengurusan kelas guru akan berjaya

    dilaksanakan dengan jayanya.

  • 7/31/2019 KRP3013

    21/22

    20

    4. Rujukan

    Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan:

    Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.

    Azman Wan Chik. (1985). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru dan Bahan.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ee Ah Meng. (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan Semester 1

    (Edisi Kedua). Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    http://apps2.emoe.gov.my.(Dipetik pada Selasa, 17.4.2012).

    Howard Gardner. (1983). Frames of Mind: Theory of Multiple Intelligent. USA: University

    of Illinois Press.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Memartabatkan Bahasa Malaysia &

    Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk

    Guru Besar dan Guru. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    http://apps2.emoe.gov.my/http://apps2.emoe.gov.my/http://apps2.emoe.gov.my/
  • 7/31/2019 KRP3013

    22/22