kord lagu

Upload: madumanja

Post on 07-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lagu campur

TRANSCRIPT

Kord BlokPermainan kord blok adalah antara iringan yang paling mudah untuk mengiringi sesebuah lagu . Kord blok adalah memainkan not not dalam sebuah kord dengan serentak . Permainan kord blok biasanya dimainkan dalam pembalikan dan juga kedudukan perdu . Pembalikan kord akan mudahkan pergerakan jari untuk menekan setiap not yang terlibat . Contohnya kord pertama dalam nada C major ialah kord C yang mengandungi not C , not E dan not G. Ketiga-tiga not itu akan ditekan secara serentak berdasarkan cara iringan kord blok. Permainan not yang terlibat berdasarkan kord yang dimainkan juga bergantung kepada nada lagu . Setiap not yang dimainkan akan mengikut nada lagu tersebut. Berdasarkan keratin melodi di bawah kita dapat lihat pembentukan kord dalam kedudukan perdu sebagai iringan . Dengan itu juga kita dapat mengenalpasti not not yang terlibat dalam pembentukan sesebuah kord dengan lebih jelas. Keratan melodi tersebut adalah dalam nada D major . Kord yang pertama yang digunakan adalah melibatkan not D, not F# dan not A. Permainan not ini akan membentuk kord D . Cara permainan berdasarkan iringan kord blok ialah dengan menekan not D, not F# dan not A secara serantak.

Bagi keratan melodi dibawah kita dapat lihat not-not yang digunakan ialah not A, not C# dan not E. Not yang terlibat itu adalah not not yang membentuk kord A.Cara permainan berdasarkan iringan kord blok ialah dengan menekan not A, not C# dan not E secara serantak.

keratan melodi yang ditunjukkan menggunakan not E, not G dan not B sebagai pembinaan kord iringan. Not yang digunakan akan membina kord em . Cara permainan berdasarkan iringan kord blok ialah dengan menekan not E, not G dan not B secara serantak.

Broken KordBroken kord bermaksud setiap not dimainkan secara satu per satu ketika memainkan kord tersebut. Not yang ditekan hendaklah mengikut urutan yang betul . Bagi broken kord , urutan bagi permainan not adalah 1 , 3, 5,3. Contohnya dalam nada C major, kord yang pertama ialah kord C yang mengandungi not C, not E dan not G. Oleh itu, pemain harus menekan not C sebagai permulaan diikuti dengan not E ,not G dan not E . not yang ditekan hendaklah dimainkan secara bersambungan satu demi satu .Tiada not yang ditekan secara serentak untuk memainkan kord . berdasarkan keratan melodi di bawah not-not yang digunakan dalam pembinaan kord ialah not D, not F# dan not A. Cara permainan berdasarkan iringan broken kord ialah dimulakan dengan menekan not D, diikuti not F#, seterusnya not A dan akhir sekali ialah not F#. Setiap not akan ditekan mengikut urutan dan dimainkan secara bersambungan.

Not-not yang digunakan ialah not A, not C# dan not E dan membentuk kord A . Cara permainan berdasarkan iringan broken kord ialah dimulakan dengan menekan not A, diikuti not C#, seterusnya not E dan akhir sekali ialah not C#.

Berdasarkan keratan melodi dibawah ,not-not yang digunakan dalam pembinaan kord adalah ialah not E, not G dan not B. Dengan ini kita dapat mengenalpasti bahawa kord yang dimainkan adalah kord em. Cara permainan berdasarkan iringan broken kord ialah dimulakan dengan menekan not E, diikuti not G, seterusnya not B dan akhir sekali ialah not G.

Bes AlbertiBes alberti adalah sejenis iringan kord yang dimainkan seakan broken kord . Perbezaan pada best alberti adalah pada urutan not yang dimainkan. Not kord dimainkan secara satu per satu mengikut harmoni yang paling rendah, tinggi, sederhana dan tinggi. Dengan perkataan yang lebih mudah adalah not 1, 5,3,5 dalam kord tersebut . Setiap not dimainkan secara berterusan mengikut urutan yang betul . Contohnya dalam nada C major, kord yang pertama ialah kord C yang mengandungi not C, not E dan not G. Oleh itu, pemain harus menekan not C, diikuti not G, diikuti not E dan akhir sekali not G. Corak permainan ini akan dimainkan secara berulang-ulang.Berdasarkan keratan melodi dibawah ,not-not yang digunakan untuk pembinaan kord ialah not D, not F# dan not A. Cara permainan berdasarkan iringan bes alberti ialah dimulakan dengan menekan not D, diikuti not A, seterusnya not F# dan akhir sekali ialah not A.

Berdasarkan contoh di bawah not-not yang digunakan ialah not A, not C# dan not E. Kord yang terhasil adalah kord A . Cara permainan berdasarkan iringan bes alberti ialah dimulakan dengan menekan not A, diikuti not E, seterusnya not C# dan akhir sekali ialah not E. Setiap not ditekan mengikut urutan secara berulangan .

Bagi kord Em, not-not yang digunakan ialah not E, not G dan not B. Cara permainan berdasarkan iringan bes alberti ialah dimulakan dengan menekan not E, diikuti not B, seterusnya not G dan akhir sekali ialah not B. Corak permainan ini akan dimainkan secara berulang-ulang.kita dapat melihat urutan not tersebut dalam contoh yang di bawah .