konsep doa

Upload: adi

Post on 14-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Cara berdoa

TRANSCRIPT

Konsep Doa

Sebelum dihuraikan lebih jelas mengenai doa,marilah kit renungkan konsep doa itu terlebih dahulu. Sabda Nabi Muhammad SAW :

maksudnya : Bermula doa itu adalah otak ibadah

Firman Allah SAW :

maksudnya : Berdoalah,nescaya aku perkenankan untukmu

Di dalam kitab Hakim ada dijelaskan :

maksudnya : Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk memohon,ketahuilah bahawa Allah hendak memberi kamu.

Ertinya,kalau lidah mudah meminta bermakna Allah memang hendak memberi kepada kita. Syair Arab berbunyi :

maksudnya : Jangan engkau meminta kepada anak Adam sebarang keperluan .Mintalah kepada Allah yang pintu-Nya tiada sebarang penutup. Allah marah jika engkau tidak meminta. Anak Adam ketika diminta,ia marah dan murka.

Oleh itu dapatlah dibuat kesimpulan bahawa anak Adam hendaklah meminta kepada Allah SWT dan jangan meminta kepada makhluk Allah SWT . Firmannya:

maksudnya : Akan Engkau sahaja kami menyembah dan akan Engkau sahaja kami memohon pertolongan.