konflik antara undang-undang sivil dan...

11
KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN HUKUM SYARAK DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DI SINGAPURA FATHIAH BINTE PADALE MOHD ZAMRO BIN MUDA Abstrak Kertas kerja ini membincangkan tentang persoalan yang menyentuh pelbagai isu pengurusan harta pusaka orang Islam di Singapura, dengan memberi tumpuan terhadap polimik konflik pertembungan undang-undang sivil dan syariah yang dihadapi masyarakat Islam setempatnya. Sejajar dengan kemajuan dan perkembangan Singapura sebagai hab kewangan antarabangsa, ramai di kalangan masyarakat Islam setempatnya kini mempunyai pelbagai aset seperti rumah di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan, HDB (Housing Development Board), wang insurans, wang Tabung Simpanan Pekerja CPF (Central Provident Fund) dan lain-lain lagi. Namun persoalannya, kebanyakan daripada mereka kurang memahami akan cara-cara pengalihan harta pusaka selepas berlakunya sesebuah kematian. Justeru itu, turut sama akan disentuh dalam kertaskerja ini, ialah perihal persoalan harta pusaka yang akan dikaitkan dengan isu-isu khusus dalan konteks Singapura, seperti Kontrak Pemilikan Bersama (Joint Tenancy) bagi rumah yang dimiliki, serta nominasi wang insurans dan wang CPF yang dilakukan semasa hayat mereka. Adalah perlu diketahui, bahawa meskipun pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Singapura tertakluk di bawah Akta Undang-Undang Pentadbiran Islam; AMLA (Administration Of Muslim Law Act), yang berteraskan hukum Syari c ah, namun dalam aspek pengurusan ketiga-tiga asset tersebut , undang-undang sivil sama sekali akan mengatasi hukum syarak. Sebagai contoh; Kontrak Joint Tenancy di bawah Conveyancing and Law of Property Act’, wang CPF di bawah „CPF Act’ dan wang insurans di bawah „Insurance Act’. Justeru itu, tujuan utama artikel ini adalah bukan sahaja untuk memberi gambaran dan senario keseluruhan mengenai isu konflik antara perundangan sivil dan hukum syarak di Singapura, namun juga untuk turut sama mendedahkan pendekatan ijtihadi yang diambil oleh MUIS melalui keputusan Jawatankuasa Fatwanya dalam menangani kemelut pertembungan antara kedua-dua perundanagan tersebut demi menjamin kemaslahatan masyarakat Islamnya dalam menjalani kehidupan bersyari c ah di negara tersebut. PENGENALAN Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Malaysia, 137 kilometer (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. 1 Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura merupakan sebuah negara berbilang kaum yang terdiri dari 5 juta penduduk berbagai kelompok kumpulan etnik seperti Cina, Melayu, India, Arab dan Eurasia. Kumpulan etnik majoriti di Sinapura adalah orang Cina yang terdiri dari 75 peratus dari penduduk negaranya. Justeru itu dari aspek pegangan agama pula, Islam hanyalah 1 m.s.wikipedia.org/wiki/Singapura

Upload: lamlien

Post on 29-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN HUKUM SYARAK

DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DI SINGAPURA

FATHIAH BINTE PADALE

MOHD ZAMRO BIN MUDA

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan tentang persoalan yang menyentuh pelbagai isu

pengurusan harta pusaka orang Islam di Singapura, dengan memberi tumpuan

terhadap polimik konflik pertembungan undang-undang sivil dan syariah yang

dihadapi masyarakat Islam setempatnya. Sejajar dengan kemajuan dan perkembangan

Singapura sebagai hab kewangan antarabangsa, ramai di kalangan masyarakat Islam

setempatnya kini mempunyai pelbagai aset seperti rumah di bawah Lembaga

Pembangunan Perumahan, HDB (Housing Development Board), wang insurans, wang

Tabung Simpanan Pekerja CPF (Central Provident Fund) dan lain-lain lagi. Namun

persoalannya, kebanyakan daripada mereka kurang memahami akan cara-cara

pengalihan harta pusaka selepas berlakunya sesebuah kematian. Justeru itu, turut sama

akan disentuh dalam kertaskerja ini, ialah perihal persoalan harta pusaka yang akan

dikaitkan dengan isu-isu khusus dalan konteks Singapura, seperti Kontrak Pemilikan

Bersama (Joint Tenancy) bagi rumah yang dimiliki, serta nominasi wang insurans dan

wang CPF yang dilakukan semasa hayat mereka. Adalah perlu diketahui, bahawa

meskipun pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Singapura

tertakluk di bawah Akta Undang-Undang Pentadbiran Islam; AMLA (Administration

Of Muslim Law Act), yang berteraskan hukum Syaricah, namun dalam aspek

pengurusan ketiga-tiga asset tersebut , undang-undang sivil sama sekali akan

mengatasi hukum syarak. Sebagai contoh; Kontrak Joint Tenancy di bawah

„Conveyancing and Law of Property Act’, wang CPF di bawah „CPF Act’ dan wang

insurans di bawah „Insurance Act’. Justeru itu, tujuan utama artikel ini adalah bukan

sahaja untuk memberi gambaran dan senario keseluruhan mengenai isu konflik antara

perundangan sivil dan hukum syarak di Singapura, namun juga untuk turut sama

mendedahkan pendekatan ijtihadi yang diambil oleh MUIS melalui keputusan

Jawatankuasa Fatwanya dalam menangani kemelut pertembungan antara kedua-dua

perundanagan tersebut demi menjamin kemaslahatan masyarakat Islamnya dalam

menjalani kehidupan bersyaricah di negara tersebut.

PENGENALAN

Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan

Semenanjung Malaysia, 137 kilometer (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia

Tenggara.1 Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau

Indonesia dengan Selat Singapura di selatan.

Singapura merupakan sebuah negara berbilang kaum yang terdiri dari 5 juta penduduk

berbagai kelompok kumpulan etnik seperti Cina, Melayu, India, Arab dan Eurasia.

Kumpulan etnik majoriti di Sinapura adalah orang Cina yang terdiri dari 75 peratus

dari penduduk negaranya. Justeru itu dari aspek pegangan agama pula, Islam hanyalah

1m.s.wikipedia.org/wiki/Singapura

Page 2: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

382

merupakan agama minoriti nagara ini, kerana berdasarkan data pada 2008 sekitar 16

peratus sahaja penduduk Singapura adalah terdiri dari kelompok etnik Melayu

Singapura yang beragama Islam. Selainnya terdiri dari etnik-etnik kelompok yang lain

seperti Pakistan dan sejumlah kecil etnik Cina, Arab dan Eurasia. Kaum Muslimin di

Singapura secara tradisinya merupakan Muslim sunni yang bermazhab Syafici.

Sebahagian yang lainnya pula, kebanyakannya merupakan orang-orang India,

bermazhab Hanafi serta terdapat juga sebilangan kecil kelompok Muslim syicah.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem sivil, masyarakat Islam Singapura

terpaksa berdepan dengan persoalan yang rigid; iaitu pertembungan dua perundangan

(Sivil dan Syariah) yang sama-sama sekaligus kedua-duanya harus dipatuhi.

Pertembungan perundangan inilah yang menjadikan para waris khususnya di

Singapura terjerat dalam peraturan-peraturan yang membingungkan sehingga

menghalang mereka untuk melaksanakan permintaan terakhir si mati atau munkin

menghalang mereka sama sekali dari melaksanakan pembahagian mengikut hukum

syarak kerana jika mereka ingin melaksanakan juga hukum syarak, mereka mungkin

akan melanggar peraturan sivil dan ini akan menyusahkan mereka disebabkan mereka

mungkin boleh didakwa. Ini diibaratkan seperti kita ingin menyeberang jalan di mana

banyak kendaraan sedang lalu di sana. Munkin kereta-kerata yang di hadapan adalah

kepunyaan saudara-saudara kita dan mereka menghentikan kereta-kereta mereka

untuk memberi laluan kepada kita. Namun adakah kereta-kereta di belakang mereka

akan juga berhenti untuk melakukan perkara yang sama terhadap kita? Pasti tidak.

Mereka akan terus melanggar saudara-saudara kita yang berhenti untuk membolehkan

kita menyeberang jalan dan sudah pasti ini akan menyebabkan kemalangan yang tidak

sepatutnya berlaku kerana kemalangan ini pastinya akan menyusahkan saudara-

saudara kita itu sendiri.

Bagi menangani kemelut persoalan inilah maka pendekatan ijtihadi memainkan

peranannya yang tersendiri bagi mecari jalan keluar dalam merentasi keunikan syariah

Islam dalam perundangan harta pusaka. Bahkan ini sememangnyalah adalah

merupakan rahmat Allah bagi setiap hambaNya walau di mana pun jua mereka

berada.

SISTEM PENGALIHAN HARTA DI SINGAPURA

Harta Pusaka bagi masyarakat Islam di Singapura terbahagi kepada dua pengalihan;

iaitu Disposisi Berkanun (Statutory Disposition) dan Disposisi Persuratan Terakhir

(Testamentary Disposition)

Disposisi Berkanun (Statutory Disposition)2

Disposisi Berkanun adalah merupakan suatu pembahagian harta pusaka mengikut

undang-undang yang terikat pada aset-aset tertentu, seperti CPF, yang terikat kepada

CPF Act, cap 36, rumah milik bersama ‟Joint Tenancy‟, yang terikat kepada

Conveyancing & Law of Property Act (CLPA), cap 61, insurans yang dinominasikan

mengikut S73, yang terikat kepada Conveyancing & Law of Property Act, cap 61, dan

S49L yang terikat kepada Insurance Act cap 61 serta wang koperatif yang

dinominasikan, yang terikat kepada Co-operative Societies Act, cap 62, S4.

2Sadali Rasban, Isu-Isu Harta Pusaka, Singapura: HTHT Advisory services Pte. Ltd. hlm 1

Page 3: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

383

Disposisi Persuratan Terakhir (Testamentary Disposition)3

Manakala Disposisi Persuratan Terakhir pula adalah merupakan suatu pembahagian

harta pusaka yang tidak tertakluk dalam kategori Disposisi Berkanun seperti; rumah

milik tunggal, wang simpanan, saham, CPF yang tidak dinominasikan serta Insurans

tanpa nominasi; 49M di bawah Akta Insurans. Harta-harta ini dibahagikan mengikut

Undang-undang Syariah seperti yang tertakluk dalam AMLA, cap 3, S111/2.4

KONFLIK UNDANG-UNDANG SIVIL DENGAN FATWA MAJLIS UGAMA

ISLAM (MUIS)

Sebagai sebuah negara yang ditadbir dengan undang-undang sivil, maka sudah

tentulah tidak dapat dielakkkan, akan terdapatnya sedikit sebanyak percanggahan

dalam menyelaraskan perlaksanaaan antara undang-undang sivil dengan hukum

Islam, sehingga mendesak pihak MUIS untuk mencari jalan keluar bagi memastikan

kemaslahatan masyarakat Islam setempat.. Ini dapat dilihat dalam tiga isu berikut:5

Joint Tenancy

Joint Tenancy merupakan kontrak pemilikan harta tak alih (immovable property)

seperti rumah kediaman di mana apabila seorang pemilik bersama (joint tenant)

meninggal dunia, hak miliknya berpindah kepada pemilik bersama yang masih

hidup.Manakala Tenancy in Common pula tidak seperti Joint Tenancy.Hak milik

kontrak Tenancy in Common ditetapkan pada awal kontrak tersebut dimeterai. Jika

seorang pemilik hanya memiliki 30 peratus daripada rumah tersebut, maka apabila dia

meninggal dunia, hanya miliknya yang 30 peratus itu sahajalah yang akan dikira

sebagai harta pusakanya.

Kebanyakan daripada anggota masyarakat Islam Singapura tinggal di rumah-rumah

flat yang dibeli dengan cara pemilikan bersama (Joint Tenancy). Mengikut undang-

undang sivil, apabila seorang pemilik bersama meninggal dunia, pemilikan akan

berpindah secara automatik kepada pemilik bersama yang masih hidup, secara mutlak.

Bagaimanapun mengikut fatwa MUIS, ini tidak bersesuaian dengan prinsip-prinsip

syariah, di mana apabila seorang pemilik bersama meninggal dunia, hak miliknya itu

perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Namun pada tahun 2010 MUIS telah mengelurkan fatwa berkenaan kesahan nuzriyah

dan hibah al-ruqba yang dibuat seorang pemilik harta sebelum kematiannya bagi

menghalalkan pemindahan milik itu kepada pemilik bersama yang masih hidup

sebagai contoh isterinya, sebagaimana akan diperbincangkan persoalan ini di

penghujung kertaskerja ini kelak.

Dengan cara ini, rumah itu akan dimiliki pasangan yang masih hidup tersebut dari

segi sivil mahupun syarak, walaupun ada tuntutan daripada waris lain.

3 Sadali Rasban, 2012. Hlm 2

4 AMLA S112 (1): S112(1) of AMLA states 'in the case of any Muslim person domiciled

in Singapore dying intestate, the estate and effects shall be distributed according to the Muslim

law as modified, where applicable, by Malay custom.'

5Suhaimi Salleh. 2011. Isu-isu wasiat, Faraid & Harta Pusaka di Singapura. Singapura : Barakah

Capital Planners Pte Ltd. Hlm 4

Page 4: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

384

Nominasi CPF

Mengikut undang-undang sivil, penama atau nominee CPF dianggap sebagai waris

mutlak kepada wang CPF tersebut.Kes-kes mahkamah misalnya kes Saniah Bte Ali

pada 1990, menegaskan peraturan sivil tersebut.

Sejak tahun 1971, fatwa MUIS menetapkan wang CPF sebagai harta pusaka, kerana

itu, nominee CPF hanyalah dianggap sebagai pengamanah waris-waris faraid si mati.

Wang CPF yang diterima nominee CPF itu perlulah dikembalikan kepada para waris

si mati untuk diagihkan mengikut hukum faraid.

Bagaimanapun pada September 2010, fatwa yang dikeluarkan MUIS telah

menetapkan bahawa nominee CPF adalah sebagai penerima mutlak wang CPF si

pencarum, selaras dengan peraturan sivil. Oleh itu, wang CPF yang diterima nominee

CPF tidak perlu lagi dikumpulkan semula untuk diagihkan kepada waris-waris faraid

seperti yang diputuskan fatwa yang lama.

Perubahan fatwa ini bertujuan menjaga kemaslahatan masyarakat Islam Singapura

secara umumnya. Oleh itu bagi memastikan pengagihan wang CPF selepas kematian

itu bersesuaian dengan syarak, pencarum CPF ada dua pilihan:

a) Jika beliau ingin wang CPFnya itu dibahagikan kepada waris-waris tertentu

sahaja, maka beliau bolehlah menamakan mereka sebagai nominee dalam

borang nominasi CPF. Selepas kematiannya, wang itu akan disalurkan oleh

pihak CPF kepada para nominee tersebut.

b) Jika beliau mahu wang itu dibahagikan mengikut faraid, maka beliau tidak

perlulah membuat sebarang nominasi. Dengan cara ini, pihak CPF akan

mengagihkan wang CPFnya itu kepada waris-warisnya mengikut Sijil Warisan

(Certificate of Inheritance) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syaricah.

Perlu diingatkan, dari masa ke semasa, bagi pencarum CPF yang memilih untuk

membuat nominasi bagi wang CPFnya, haruslah membuat nominasi baru apabila

kedudukan keluarga bertambah, misalnya ada kelahiran atau kematian waris dan

sebagainya.

Selain daripada itu, nominasi CPF yang dibuat sebelum si pencarum yang mendirikan

rumahtangga akan terbatal setelah beliau berkahwin. Jika tiada perubahan dibuat

kepada borang nominasi selepas perkahwinan, wang CPF ini akan dibahagikan

mengikut faraid selepas kematian pencarum tersebut.

Namun perlu diketahui bahawa perceraian tidak membatalkan nominasi CPF. Si

pencarum mungkin masih mahu memberikan sebahagian daripada wang CPFnya

kepada bekas pasangan dan juga anak-anaknya. Oleh itu perlulah bagi si pencarum

membuat nominasi baru selepas perceraian berlaku dengan membuat penukaran atau

pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan (Notice of Revocation). Jika

ini tidak dilakukan, bekas pasangan yang telah dinominasikan sebelum itu masih

boleh mendapatkan hak daripada wang CPF tersebut selepas kematiannya.

Page 5: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

385

Nominasi Insurans6

Insurans merupakan satu kontrak perjanjian persetujuan antara satu pihak untuk

membayar gantirugi/ manfaat tertentu (polisi perlindungan) kepada satu pihak yang

lain yang membuat caruman dengan jumlah tertentu setelah berlakunya sesuatu

musibah atau peristiwa seperti kemalangan, kecacatan, kematian dan sebagainya.

Dengan itu, apabila berlaku kematian, waris atau beneficiary yang dinamakan pada

polisi insurans akan diberikan pampasan insurans oleh pihak syarikat insurans yang

disertai oleh si mati. Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyertai sesuatu

skim insurans. Beberapa ulamak seperti ; Dr. Mustafa Zarqa‟, Dr cAli Jumua

cah;

Mufti Mesir berpendapat bahawa sebahagian dari skim-skim insurans yang ada adalah

dibenarkan dalam Islam berdasarkan kepada keperluan masyarakat. Manakala

sebagaian ulamak pula seperti; Sheikh Ibn Abidin Al-Hanafi, Shaykh Jadal Haq Ali

dan Majmac Fiqh Islami (bernaung di bawah pertubuhan kerjasama Islam –OIC)

berpendapat sebaliknya, kerana terkandung di dalamnya unsur gharar, syubhah dan

maysir samaada dalam aspek pengumpulan dana ataupun cara pelaburan dan

sebagainya.

Namun Jawatankuasa Fatwa telah mengambilkira berdasarkan perubahan keadaan

ekonomi dan demografi yang mendorong seseorang untuk merancang kewangannya,

samaada bagi mengahadapi umur senja ataupun bagi keperluan masa depan

keluarganya. Dengan pilihan pelaburan yang agak terhad bagi masyarakat yang

memiliki pendapatan yang rendah ataupun sederhana, sebahagian mereka memilih

untuk melakukan perancangan mereka di dalam bentuk insurans. Jawatankuasa Fatwa

berpendapat bahawa setiap individu Muslim yang ingin menyertai mana-mana skim

insurans bertanggungjawab memilih skim yang sesuai dengan syarak berdasarkan

pandangan ulamak yang diyakininya.

Oleh itu, penamaan/nominasi di dalam insurans merupakan satu instrumen yang dapat

memenuhi keperluan mereka yang merancang untuk memberi hasil dari wang

caruman insurans mereka kepada orang-orang yang memerlukannya. Namun sayugia

perlu diingatkan bahawa terdapat dua bentuk Nominasi Insurans yang terdapat di

Singapura iaitu; Nominasi Irrevocable ( di bawah Akta 49L) mengikut section 73

Conveying and Law of Property Act (CLPA) dan Nominasi Revocable (di bawah akta

49M) yang tidak tertakluk di bawah section 73 (CLPA) tadi.

Nominasi Revocable merupakan sebuah penamaan di mana pemilik polisi masih

mempunyai hak penuh untuk melakukan apa-apa perubahan atau pembatalan kepada

nominasi yang telah dilakukannya.Segala pulangan sewaktu hayat (life benefits) akan

diberikan kepadanya, dan hanya pulangan selepas kematian (death benefits) sahaja

yang akan diberikan kepada para penama.

Manakala Nominasi Irrevocable pula merupakan sebuah penamaan di mana

pemegang polisi telah hilang pemilikan ke atas segala pulangan tersebut kerana ia

telah diberikan kepada penama secara mutlak. Sekiranya pemegang polisi ingin

melakukan pembatalan atau perubahan bagi nominasi ini, beliau perlu memperolehi

keizinan daripada setiap penama.

6Dr.Mohamed Fatris. 2012. Fatwa Nominasi Insuran. Singapura : MUIS. Hlm 1

Page 6: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

386

Atas dasar peri pentingnya Nominasi Insurans bagi merancang kewangan keluarga

masakini , sebuah fatwa telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MUIS pada tahun

2007 yang membenarkan Nominasi Insurans dilakukan. Walau bagaimanapun, hanya

nominasi yang berbentuk irrevocable sahaja yang dianggap sebagai pemilik secara

mutlak kerana ia memenuhi pengertian dan syarat hibah seperti yang termaktub di

dalam khazanah fiqh Islam. Manakala bagi penama dalam Nominasi Revocable pula,

penama hanya dianggap sebagai pengamanah kepada waris-waris faraid si mati.

Namun, satu pindaan telah berlaku pada tahun 2009 di dalam Akta Pentadbiran

Hukum Islam (AMLA) di bawah seksyen 111. Pindaan tersebut tidak membenarkan

kaum Muslimin melakukan penamaan insurans berbentuk revocable melainkan ia

selari dengan garispandu agama (hukum syaricah).

Keputusan fatwa ini telah menimbulkan beberapa kecelaruan di kalangan masyarakat

Islam setempat sebagaimana yang telah dilaporkan di akhbar Berita Harian pada 7

April 2011. Maka setelah melakukan penelitian, Jawatankuasa Fatwa terkini

mendapati bahawa perlaksanaan Nominasi Irrevocable sejak fatwa 2007 dikeluarkan,

memiliki beberapa keterbatasan yang membawa kesukaran kepada pemegang polisi

insurans. Antaranya ialah;

a) Syarat yang menetapkan bahawa penama hanya boleh dilakukan untuk anak-

anak dan di antara pasangan suami isteri sahaja.

b) Pemberian melalui Nominasi Irrevocable juga tidak boleh dibatalkan

walaupun setelah berlaku perceraian antara pasangan tersebut.

c) Tambahan dari itu, segala hasil dan pulangan dari polisi insurans sewaktu

hidup hanya diberikan kepada penama, sedangkan si pemegang polisi itu

sendiri tidak dapat memanfaatkan pampasan insurans dari hasil carumannya

sendiri sekiranya ia sendiri ditimpa kecelakaan.

d) Selain dari itu, sekiranya si penama meninggal dunia, hak ke atas polisi

insurans berkenaan berpindah kepada warisnya sebagai sebahagian harta

pusakanya, dan bukan kembali kepada si pemegang polisi.

Justeru itu, dalam membuat semakan terhadap keputusan fatwa mengenai Nominasi

Insurans.Jawatankuasa Fatwa telah meneliti fatwa Nominasi CPF tahun 2010 untuk

mengkaji ciri-ciri persamaan yang terdapat di dalamnya dengan Nominasi Revocable.

Antaranya:

Hasil pulangan dari kedua-dua jenis akaun (akaun CPF dan akaun Nominasi

Revocable) menjadi hak penama hanya setelah si pemegang polisi meneinggal

dunia.

Nominasi terbatal dengan kematian penama dan wang tersebut kekal menjadi

hak milik pencarum iaitu si pemegang polisi tersebut.

Pencarum berhak untuk merubah nominasi yang telah dilakukannya tanpa

perlu mendapat keizinan mana-mana pihak.

Page 7: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

387

KONSEP HIBAH DAN NOMINASI7

Bagi memastikan agar kemaslahatan masyarakat Islam terus dapatdipertahankan

dalam mengahdapi konflik di antara Akta Insurans dengan Fatwa MUIS 2007,

Jawatankuasa Fatwa merasakan perlunya mengeluarkan fatwa agar kecelaruan ini

dapat diatasi. Jawatankuasa Fatwa mendapati wujudnya persamaan di antara hibah

dan nominasi dari beberapa aspek. Antaranya adalah: Pemberi hibah berhak untuk

menarik balik atau menukar hibanya, selagi tiada al-qabadterhadap pemberiannya. Di

dalam isu nominasi insurans berbentuk revocable, sepertimana juga nominasi CPF,

al-qabad belum berlaku sebelum kematian si pencarum mengikut ketetapan undang-

undang.

Jawatankuasa Fatwa juga berpandangan bahawa sistem nominasi sebegini boleh

dianggap sebagai satu bentuk hibah kerana ia dilakukan sewaktu si pencarum CPF

dan pemegang polisi insurans masih hidup. Apabila seorang pemegang polisi insurans

melakukan sebuah nominasi, secara rasmi, ia merupakan satu bukti jelas tentang

kesungguhannya dan janjinya untuk memberi wangnya kepada penama.

Firman Allah swt.:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah segala perjanjian-

perjanjian”.al-Maidah:1)

FirmanNya lagi:

Maksudnya:”Dan tunaikanlah janji, sesungguhnya setiap janji itu akan dipersoalkan”.

(al-Isra’: 34)

KEPUTUSAN JAWATANKUASA FATWA8

Fatwa telah diputuskan bahawa Nominasi Insurans berbentukr revocable ini adalah

sebuah bentuk hibah kontemporari. Ia merupakan cara baru pengurusan harta yang

sesuai dengan prinsip-prinsip syarak. Walaupun cara ini tidak terdapat dalam

penulisan dan karya para ulamak terdahulu, ia dapat diterima. Ini berdasarkan kaedah

fiqh yang membenarkan ijtihad di dalam isu muamalat, terutama perkara-perkara baru

yang tidak terdapat perbincangan khusus mengenainya di dalam khazanah Ilmu Fiqh

Islam sebelumnya. Justeru itu, terbukalah ruang ijtihad yang mendesak di dalamnya.

Ini dinyatakan oleh Ibn Qayim al-Jawzi:

الأصل يف العقود والرشوط الصحة الا ما أأبطهل الشارع أأو هنى عنه

Maksudnya: ”Hukum asal bagi akad adalah sah, kecuali apa yang dibatalkan ataupun

dilarang oleh syarak”

Dengan ini, Jawatankuasa Fatwa berpandangan bahawa hukum Nominasi Insurans

berbentuk revocable dan hukum nominasi CPF adalah sama dan kedua-dua jenis

nominasi tersebut adalah merupakan pemberian (hibah) yang sah.

7Dr.Mohamed Fatris. 2012. Fatwa Nominasi Insuran. Singapura : MUIS. Hlm 4

8Dr.Mohamed Fatris. 2012. Fatwa Nominasi Insuran. Singapura : MUIS. Hlm 5

Page 8: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

388

PERSOALAN NUZRIYAH9

Nuzriyah diambil dari perkataan nazar yang bermaksud bersumpah. Nazar adalah

pengakuan bersumpah bahawa seseorang akan melakukan sesuatu atau menyerahkan

sebahagian hartanya bagi sesuatu yang dibenarkan syarak. Membuat nazar dalam

Islam pada dasarnya adalah harus sekiranya nuzriyah tersebut dibuat dengan niat

untuk menjaga maslahah mereka yang hidup dan lebih memerlukan. Namun jika ia

dibuat dengan niat menzalimi ahli waris yang sepatutnya menerima harta pusaka

maka ia ditegah dan haram dalam Islam.

Nuzriyah akan menjadi sah sekiranya ia memenuhi syarat-syarat di bawah:

a) Ia dilakukan dengan sighah yang ditulis dengan tepat.

b) Ia disaksikan oleh dua orang lelaki muslim yang adil dan tidak fasiq.

c) Ia dilakukan dalam keadaan waras dan sihat.

Jelasnya, nuzriyah adalah antara instrumen perancangan harta pusaka yang

dibenarkan syarak. Bagaimanapun ia haruslah digunakan dengan wajar dan tidak

menindas atau menzalimi hak waris-waris lain yang berhak ke atas harta pusaka

tersebut, kerana nuzriyah dianggap sebagai satu pemberian sebelum kematian. Oleh

itu, harta yang telah dinazarkan (diberikan melalui nuzriyah) dianggap sebagai

pemberian si mati kepada orang-orang yang dinamakan dalam nuzriyah tersebut.

Bagaimanapun, harta yang dimiliki atas nama si mati seorang dan telah dinazarkan

oleh si mati tersebut mungkin boleh dipertikaikan oleh waris-warsi si mati yang lain

di mahkamah. Ini pernah berlaku dalam kes Mohd Ismail Ibrahim v Mohd Taha

Ibrahim di mahkamah Tinggi Singapura, di mana nuzriyah yang dibuat oleh seorang

ayah kepada sebahgian waris-warisnya tidak diperakui di mahkamah kerana pihak

defendan gagal membuktikannya sebagai selari dengan hukum syaricah sebgaimana

yang ternaktub dalam AMLA. Justeru itu, harta pusaka si ayah tersebut perlu

dibahagikan mengikut faraid.

Berdasarkan kes Mahkamah Tinggi tersebut, maka nuzriyah lebih berkesan jika

digunakan untuk harta-harta seperti rumah Joint Tenancy, kerana kedudukan hak

milik rumah tersebut sudah ditetapkan ole undang-undang sivil.

Sebagaimana yang telah diperjelaskan sebelum ini, bahawa prinsip Joint Tenancy

memindahkan hak milik rumah tersebut kepada pemilik yang masih hidup jika salah

seorang daripda pemilik bersama (join tenant) itu meninggal dunia, sedang Fatwa

MUIS pula bagaimanapun, menetapkan bahawa hak milik si mati perlu dibahagikan

mengikut faraid, kecuali jika terdapatnya akad nuzriyah atau hibah al-ruqbah. Dalam

percanggahan ini , hukum Sivil yang akan dilaksanakan mahkamah. Ini ditegaskan

dalam satu lagi kes di Mahkamah Tinggi pada awal tahun 2010, iaitu kes Shafeeg bin

Salim Talib.

Justeru itu nuzriyah boleh berperanan untuk menyesuaikan hukum sivil dengan

hukum Islam. Misalnya dalam hal Joint Tenancy, untuk memastikan agar si pemilik

9Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). 2011. Guidelines For Muslims On Purchasing And Owning

An HDB Property Under Joint Tenancy. Singapore: MUIS. Hlm 5

Page 9: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

389

bersama (si isteri misalnya) yang masih hidup mendapat hak milik mengikut hukum

Islam dan rumah tersebut pula tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain, dengan si

suami bolehlah membuat nuzriyah untuk membolehkan pasangan yang ditinggalkan

memiliki hak sepenuhnya terhadap rumah tersebut sama ada secara hukum sivil

mahupun hukum Islam.

Bagaimanapun nuzriyah untuk harta milik tunggal si mati tidak mendapat jaminan

hukum sivil dan munkin ditolak mahkamah jika dipertikaikan oleh waris- waris yang

lain.

PERSOALAN HIBAH AL-RUQBA10

Hibah al- ruqba merupakan pemberian yang belaku apabila seseorang berkata : “

Harta ini menjadi milikkmu secara ruqba; jika kamu meninggal sebelum aku, harta itu

kembali kepadaku, manakala jika aku meninggal sebelum kamu harta itu menjadi

milik kamu”.

Ulamak fiqh mempunyai pendapat yang berbeza mengenai hibah al-ruqba justeru itu

ia merupakan sebuah perkara ijtihadi. Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Malik

hibahal-ruqbah adalah batal kerana ia berkait dengan sesuatu yang bahaya dan tidak

harus mengaitkan sesuatu pemilikan dengan sesuatu yang bahaya. Manakala mazhab

Shafici dan Hanbali pula menghukumkannya sebagai sah namun syaratnya tidak

digunapakai.11

Bagaimanapun,terdapat sebuah pendapat lama (qaul qadim) daripada

mazhab Shafici yang menerima akad Hibah al-Ruqba serta syarat yang dinyatakan

juga sebagai sah.

NUZRIYAH DAN HIBAH AL-RUQBA DALAM KONTEKS SKIM

PEMILIKAN RUMAH BERSAMA - JOINT TENANCY DI SINGAPURA

Dalam konteks masyarakat Islam di Singapura, ramai yang mungkin terkeliru dengan

kenyataan beberapa pihak tidak beberapa lama dahulu bahawa tiada keperluan untuk

melakukan nuzriyah mahupun hibah al-ruqba jika rumah tersebut dimiliki atas dasar

Joint Tenancy. Ini memandang, hak milik rumah tersebut akan dipindahkan kepada

pemilik bersama yang masih hidup, mengikut undang-undang sivil. Oleh itu,

meskipun tuntutan faraid oleh waris-waris yang lain di bawa ke mahkamah, tuntutan

tersebut sama sekali tidak akan berhasil.

Namun perlu disedari bahawa, sebagaimana yang telah dibentangkan sebelum ini,

menurut fatwa MUIS , jika seorang suami misalnya, berniat memberi hak miliknya

pada rumah tersebut kepada isterinya mengikut prinsip Joint Tenancy, maka perlulah

beliau membuat pengikraran nuzriah atau hibah al-ruqba bagi menjelaskan niat

tersebut agar tidak dapat dipertikaikan oleh waris-waris yang lain. Jika mereka gagal

berbuat demikian, akibatnya apabila waris si mati membuat tuntutan, ia adalah sama

seperti merampas hak faraid orang lain. Justeru dengan adanya pengikraran tersebut

rumah tersebut telah dimiliki oleh si pemilik bersama yang masih hidup itusecara sah

mengikut hukum sivil mahupun hukum syarak

10Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). 2011. Guidelines For Muslims On Purchasing And Owning

An HDB Property Under Joint Tenancy. Singapore: MUIS. Hlm 7

11Al-Imrani. Tt. Al-Bayan fi Madhhab al-Imam al-Shafi’i: Sharh Kitab al-Muhadhdhab. Jil 8. Dar al-

Minhaj

Page 10: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

390

PEMBATAN NUZRIYAH ATAU HIBAH Al-RUQBA12

Seseorang perlu membuat pertimbangan yang teliti sebelum membuat sebarang

nuzriyah atau hibah al-ruqba. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

Namun begitu sekiranya keadaan memerlukan seseorang untuk menarik kembali

nuzriyah yang telah dilakukan sebelum tiba waktu yang telah ditetapkan, ia hendaklah

membayar kaffarah dengan dengan perkara-perkara berikut:

a) Memberi makan 10 orang fakir miskin dengan makanan yang biasa dimakan

olehnya. Atau

b) Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin. Atau

c) Berpuasa tiga hari (jika kedua-dua perkara di atas tidak dapat dilakukan)

Tiada kaffarah dikenakan bagi sesiapa yang membatalkan hibah al-ruqba yang

dilakukan, kerana Hibah al-Ruqba tersebut belum berpindah milik secara sempurna.

Walaubagaimanapun ia mestilah melafazkan niatnya untuk membatalkan hibah al-

ruqba tersebut. Namun, membatalkan sesebuah hibah selepas melafazkannya tanpa

sebarang alasan kukuh tidak digalakkan dalam Islam. Justeru itu bagi mereka yang

telah mendapat pengesahan nuzriyah atau hibah al-ruqba melalui saluran undang-

undang yang sah, tindakan undang-undang yang wajar juga harus diambil untuk

membatalkannya.

KESIMPULAN

Undang-unadang pusaka Islam (faraid) adalah undang-undang pembahagian harta

pusaka seseorang si mati selepas berlakunya kematian. Pembahagian faraid tidak

pernah berlaku semasa hidup seseorang manusia. Oleh itu peraturan dan undang-

undang pusaka Islam itu hendaklah dilengkapkan dengan dengan peraturan-peraturan

(undang-undang) lain secara menyeluruh semasa hidup seorang Muslim lagi, seperti

hibah, wasiat, nuzriyah dan wakaf. Keempat-keempat jenis undang-undang ini

mempunyai hukum dan peraturan-peraturan tertentu yang perlu diketahui oleh setiap

umat Islam untuk melupuskan harta milik mereka semasa hidup samaada kepada

waris mahupun bukan waris bagi mencari pahala dan kebajikan.

Memandangkan keadaan perumahan yang agak unik dan mahal di Singapura, maka

amatlah penting bagi setiap pemilik harta tersebut, memastikan kebajikan pasangan

dan anak-anak yang bakal ditinggalkan sekiranya berlakunya kematian tertamanya

dari aspek rumah, agar kemaslahatannya tetap terpelihara, dan tidak menyebabkan

ahli keluarga tanggungannya merempat akibat kurang perancangan semasa hayatnya.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta untuk menilai keadaan

dan keperluan keluarga yang ditinggalkan sebelum keputusan pemilihan dijalankan.

Begitu juga adalah menjadi tanggungjawab sebuah institusi fatwa untuk memberikan

pilihan kepada umat Islam agar setiap kemelut mahupun kecalaruan dapat ditangani

dengan bijaksana.

12Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). 2011. Guidelines For Muslims On Purchasing And Owning

An HDB Property Under Joint Tenancy. Singapore: hlm 8

Page 11: KONFLIK ANTARA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/31-Fathiah... · pembatalan pada nominasinya melalui Notis Pembatalan ... Insurans merupakan

391

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Akta Wasiat (Wills Act)

Akta Insurans 1996.

Akta CPF.

Administration of Muslim Law. 1966 (Akta Pentadbiran Undang-undang Islam

Singapura)

Al-Imrani. Tt. Al-Bayan fi Madhhab al-Imam al-Shafi’i: Sharh Kitab al-Muhadhdhab.

Jil 8. Dar al-Minhaj.

Internet:3 Februari 2012.

http://www.moh.gov.sg/content/dam/moh_web/Legislations/HOTA

Internet: 4 Februari 2012. http://www.iro.org.sg/website/irobookbook.html.

Internet:25Februari2012.http://www.islandweb.net/newlibrary/display_umna.php?lan

g=A&Babld=9&ChapterId=9&BookId=219&CatId=201&startno=0.

Internet:25 Februari 2012:

http;//www.muis.gov.sg/cms/oomweb/irsyad.aspx?id=14412.

Internet:26Februari 2012:

http://www.muis.gov.sg/cms/news.aspx?id=14070&terms=nuzriah.

Internet: AnneAhira. 10 April 2012. www.anneahira.com/islam-di-singapura.htm

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). 2009. Harta Pusaka dan Pengurusannya Di

Dalam Islam: Perspektif Fatwa Berkaitan Nuzriah dan Joint-Tenancy.

Singapura: MUIS

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). 2011. Guidelines For Muslims On

Purchasing And Owning An HDB Property Under Joint Tenancy. Singapore:

MUIS.

Sadali Rasban. 2010. Hibah al-Ruqba & Pemilikan Bersama (Joint Tenancy) di

Dalam Hukum Syari’ah. Singapura: HTHT Advisory Services Pte Ltd

Sadali Rasban. 2009. Nazar (Vow) & Hibah (Gift). Singapura: Pustaka National Pte

Ltd

Sadali Rasban. 2013.Hibah Amanah. Singapura:HTHT Advisory Services Pte Ltd

Sadali Rasban. 2013. Nuzriah. Singapura:HTHT Advisory Services Pte Ltd

Suhaimi Salleh. 2011. Is-isu Wasiat, Faraid & Harta Pusaka di Singapura.

Singapura: Barakah Capital Planners Pte Ltd.