koleksi penjodoh bilangan

Upload: sai-theebann

Post on 09-Jan-2016

162 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

TATABAHASA BAHASA MELAYU

TATABAHASA BAHASA MELAYU

BilPenjodoh BilanganPenggunaanContohContoh Ayat

1BarisKumpulan manusia atau benda yang tersusunTentera , kapal Dua angkatan tentera itu adalah dari Australia dan Perancis. Amerika Syarikat menghantar beberapa angkatan kapal perangnya ke Teluk Parsi.

2BatangBenda yang panjang, bulat dan kerasPensel, pokok, tiang,kayu, sungai, kapur Dua batang sungai yang jernih airnya mengalir merentas dusun ayah saya. Kelimalima batang jalan raya itu dibanjiri air.

3BentukBenda kecil yang melenkung (bentuk lengkung)Mata kail, cincin, subang Ahmad menghadiahi isterinya dua bentuk cincin pada ulang tahun perkahwinannya. Di dalam kotak itu ada beberapa bentuk mata kail.

4BidangBenda yang luas dan rataBendang , tanah, tikar, kainlayar Kerajaan telah mengambil balik beberapa bidang tanah yang tidak diusahakan oleh pemiliknya. Puan Lim membentangkan dua bidang tikar di atas lantai.

5BijiBenda yang kecilBuah buahan ,cawan, telur, cili Saya makan dua biji epal selepas makan malam. Dua biji cawan di dalam kotak itu sudah pecah.

6BilahSemua jenis senjata atau besi yang tajam dan runcingParang , kapak , keris, pisau Polis merampas empat bilah parang daripada perusuh itu. Dia menebang pokok itu dengan satu bilah kapak.

7BuahBenda padu yang tidak mempunyai saiz dan bentuk tertentuRumah , kereta, kerusi, bangku, bangunan Jutawan itu memiliki lima buah rumah banglo yang besar. Kemalangan itu melibatkan dua buah kereta.

8BukuBenda yang berbongkah atau berketulSabun , roti, keju Emak membeli sebuku roti di kedai Pak Hamid. Empat buku sabun itu dibungkus bersama-sama.

9ButirBenda yang kecil dan bulatManik , telur,Padi, permata, peluru

Rantai itu terdiri daripada dua puluh butir manik. Polis telah menjumpai lima butir peluru dalam kereta perompak itu.

10CucukBenda yang dicucuk atau ditusuk lidiSate , buah buahan Ahmad terdaya makan 20 cucuk sate sahaja. Dia membeli lima cucuk buah nangka daripada penjaja buah-buahan itu.

11Das Bunyi tembakan pistol, senapang,meriam, dan sebagainyaPistol, senapang, meriam Polis melepaskan beberapa das tembakan ke udara untuk meleraikan rusuhan.

12DeretBenda berderet-deret atau bersambungRumah, kedai, bangunan Kebakaran subuh tadi telah memusnahkan dua deret rumah papan. Empat deret bangunan yang lama itu akan dibaiki oleh pihak berkuasa.

13EkorHaiwan dan seranggaHarimau, tikus, ikan, buaya, burung Minah memelihara dua ekor kucing Parsi. Di dalam sangkar itu ada tiga ekor burung.

14GulungBenda yang panjang dan bergulungFilem, tikar, kertas, sijil Nik Manira membeli dua gulung filem untuk kameranya. Mereka membawa bersama-sama dua gulung tikar ketika berkelah di pantai.

15GugusBuah-buahan yang bertangkai, bendai yang berangkai atau berkolompokAnggur, pulau, kunci Siti membeli dua gugus anggur sebagai buah tangan apabila menziarahi makciknya di hospital. Di luar pantai Terengganu terdapat beberapa gugus pulau.

16HelaiBenda yang nipis dan lembutKertas,daun,baju Natasha membeli dua helai kain sutera di Terengganu. PadaTahun Baru Cina, dia membeli lima helai seluar baharu.

17JambakBenda yang berbentuk karangan atau berangkaiBuah-buahan, bunga , kunci Penjaga sekolah itu memegang tigajambak kunci. Dia memetik duajambak bunga ros dari taman bunga.

18JambanganBunga yang ditanam/digubahBunga Jambangan bunga di tamannya segar dan wangi.

19Kaki Semua benda yang berkaki atau bertangkaiPayung, tongkat, lilin, cendawan Lelaki tua itu memegang sekaki tongkat sambil melintas jalan. Pada batang kayu reput itu ada enam kaki cendawan.

20KepingBenda yang nipis, lebar, dan rataKertas , roti, gambar, biskut Mimi makan tiga keping biskut coklat waktu minum petang Segulung filem dapat menghasilkan 36 keping gambar foto.

21Kumpulan Kelompok orang, binatang, dan benda hidupMurid, kuda, pengakap Enam kumpulan penyajak dari dalam dan luar negara akan melafazkan sajak dalam pertandingan itu.

22KuntumUntuk sesuatu seperti bungaMawar , teratai, anggerik Yin Tien menghadiahkan dua kuntum mawar kepada ibunya pada sempena Hari Ibu. Pokok ros itu menghasilkan lima kuntum bunga

23LarasUntuk sesuatu seperti senjata apiSenapang, pistol, meriam Polis menemui tiga laras senapang di tempat pembunuhan itu Di kubu itu ada enam laras meriam

24LembarBenda yang panjang dan halusBenang, tali, rotan Pelanggan di restoran itu meradang apabila terjumpa beberapa lembar rambut dalam sayur yang dimakannya.

25LonggokBenda yang bertimbunSampah, pasir, kayu, kain Harga dua longgok durian itu Cuma dua puluh ringgit. Empat longgok kayu itu adalah untuk dibuat unggun api.

26NaskhahBenda yang boleh dibacaBuku, suratkhabar, majalah Maya membaca tiga naskhah buku cerita setiap bulan

27Orang ManusiaGuru, murid, posmen Cikgu Julia memilihtiga orang murid untuk mewakili kelas dalam pertandingan syarahan

28PapanBenda yang berkeping-kepingMercun, petai Ali membeli dua papan petai di pasar malam

29PasangBenda, manusia atau binatang yang berpasanganSubang, kasut, mata, sarung kaki, suami isteri Encik Hatta membeli dua pasang kasut sekolah untuk anaknya Siti membeli empat pasang sarung tangan getah

30Patahperkataan Karangan untuk pertandingan itu hendaklah tidak melebihi 800 patah perkataan

31PotongBenda yang telah dikeratRoti, kuih, daging, ayat Saya makan dua potong kuih sebelum pergi ke sekolah Sambungkan dua ayat itu menjadi satu

32PucukSenjata api dan benda yang halus dan nipisSurat, jarum, pistol Sejak meninggalkan rumah dua bulan yang lalu, dia telah menulis empat pucuk surat kepada ibu bapanya

33RangkapBentuk tulisanPantun, syair, sajak Setiap rangkap pantun mempunyai pembayang dan maksud Jelaskan maksud kedua-dua rangkap syair itu

34RawanBenda yang bersirat dan selengkapJala, jaring, pukat Di hadapan rumah nelayan itu, tergantung tiga rawanjala Beberapa rawan pukat dipasang di sekitar kuala sungai itu

35RuasBenda yang beruasTebu, rotan, buluh Murid itu menggunakan dua ruas buluh untuk dibuat tabung

36RumpunKumpulan pokok yang tumbuh berkelompok- kelompokSerai, buluh, lalang, padi Di belakang rumah saya terdapat tiga rumpun serai Ketiga-tiga rumpun buluh itu telah berusia sepuluh tahun

37Sikat/sisirBuah pisang yang bergugus Puan Siti membeli dua sikat pisang rastali untuk anak-anaknya

38TandanBuah-buahan yang bergugus-gugusKelapa , pisang Penjual pisang goreng itu membeli dua tandan pisang untuk digoreng Pokok kelapa itu menghasilkan lapan tandan kelapa

39TitikCecair yang menitikDakwat pen Beberapa titik dakwat telah mengenai permaidani itu

40TongkolBuahjagung Dia makan dua tongkol jagung yang telah direbus

41UlasIsi buah-buahanLimau, cempedak, nangka, durian Adik saya yang berumur setahun itu makan tiga ulas durian Punidha memberikan dua ulas limau kepada adiknya

42UratBenda yang panjang dan halusRotan, dawai, benang, rambut Dia menjumpai beberapa urat uban pada rambut kakaknya Gunakan dua urat benang yang berlainan warna untuk mengikat pensel-pensel itu

43UtasBenda yang berangkaianRantai, tali, dawai Pak Cik Min menggunakan dua utas tali untuk mengikat kayu api

2PANITIA BAHASA MELAYU SJKT LADANG LANCHANG